Anda di halaman 1dari 11

Program Cuti-cuti Belajar Panitia Bahasa Melayu SMAS Tingkatan 5 2016

Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan - Ciri-ciri


generasi yang berwawasan

Gambar dibawah ini menunjukkan sebahagian daripada ciri generasi yang berwawasan. Huraikan
pendapat anda tentang ciri-ciri generasi yang berwawasan. Panjang huraian anda hendaklah
antara 200 hingga 250 patah perkataan

 Bersemangat patriotik
 Berusaha membina ilmu
 Pantang berputus asa
 Inovatif
 Berkemahiran tinggi

Remaja merupakan aset negara. Remaja juga pelapis pemimpin pada masa hadapan.
Kepentingan mereka kepada negara tidak dinafikan lagi, apatah lagi dalam usaha kita untuk
melangkah ke arah negara maju menjelang tahun 2020. Apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam diri
remaja yang berwawasan untuk menyahut Wawasan 2020?
Ciri pertama dan paling penting adalah mempunyai semangat patriotik. Sebagai
warganegara Malaysia yang sejati, remaja harus menyayangi negara ini dengan sepenuh hati
tanpa sebarang prasangka. Cara yang boleh dilakukan untuk membuktikan kecintaan terhadap
negara dengan mematuhi undang-undang. Di samping itu, para remaja hendaklah sentiasa
mendahulukan kepentingan negara dalam apa-apa tindakan. Remaja perlu memahami
kandungan Rukun Negara sebagai teras. Penglibatan remaja dalam Program Latihan Khidmat
Negara misalnya, merupakan contoh terbaik untuk menanam perasaan cinta akan negara dalam
kalangan remaja Malaysia.
Remaja juga perlu berusaha untuk menuntut ilmu setiap masa. Pelbagai cara boleh
dilakukan untuk menuntut ilmu seperti membaca buku, akhbar, dan majalah, malayari Internet,
melalui pengalaman sendiri dan orang lain, dan sebagainya. Selain belajar untuk memperoleh
kecemerlangan akademik, remaja boleh meningkatkan kemahiran diri mereka dalam apa-apa
bidang yang diminati dengan ilmu yang ada. Yang penting, ilmu yang diterima itu akan menjadikan
remaja mampu memberikan sumbangan kepada negara sama ada kecil atau besar. Ilmu dimiliki
itu pula seharusnya dimanfaatkan bersama-sama orang lain. Sebagai contoh, remaja yang
mempunyai pengetahuan tentang masakan, seharusnya menyebarluaskan ilmunya kepada orang
lain.
Remaja yang berwawasan juga pantang berputus asa. Semasa melakukan aktiviti atau
ketika menuntut ilmu tidak dapat dinafikan akan wujud halangan tertentu seperti sukar mempelajari
sesuatu perkara, masalah kewangan, kurang dorongan, dan sebagainya. Walau bagaimanapun,
halangan demikian sepatutnya tidak akan melemahkan semangat remaja, sebaliknya perlu
diharungi dengan tabah supaya memperoleh kejayaan, bak peribahasa, berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Selain itu, remaja perlu inovatif. Remaja yang berwawasan seharusnya sanggup
mempelajari dan menguasai pelbagai cabang ilmu, terutamanya ilmu dari negara-negara maju
seperti Amerika, Jepun, dan Korea, khususnya penyelidikan dan pengembangan. Ilmu yang
dikuasai itu haruslah dapat dikembangkan dalam acuan Malaysia supaya dapat digunakan dalam

[AUTHOR NAME] DISEDIAKAN OLEH : PN NUR HABIBAH BT YUSUF 1


Program Cuti-cuti Belajar Panitia Bahasa Melayu SMAS Tingkatan 5 2016

membangunkan model insan. Jepun dan Korea misalnya, mengambil teknologi dari negara Barat
tetapi mereka mengadaptasi teknologi tersebut mengikut acuan persekitaran mereka sehingga
produk yang dihasilkan beridentiti mereka dan lebih canggih. Jika remaja kita boleh berbuat
demikian, maka tidak hairanlah pemenang Hadiah Nobel akan menjadi milik warga Malaysia suatu
hari nanti.
Kesimpulannya, remaja yang berwawasan haruslah dibentuk oleh semua pihak mulai
sekarang agar mereka dapat menjadi warga Malaysia yang berkualiti dan unggul. Remaja sendiri
perlu mempunyai kekuatan diri untuk melakukan perubahan, bukannya menunggu orang lain
untuk mengubahnya.

Monday, 2 April 2012


karangan persediaan menghadapi alam pekerjaan

Antara persediaan saya menghadapi alam pekerjaan ialah menyiapkan diri dari
segi mental dan fizikal.dari segi mental saya harus menjaga fikiran saya dari
pekara perkara negatif.sebagai contoh tidak melakukan aktiviti tidak
bermoral seperti merokok menghisap dadah memcuri dan sebagainya. Dari
sudut agama pula saya sebagai seorang pelajar islam haruslah selalu berdoa
pada allah swt agar di berikan jiwa yang tenang tidak selalu stress dan dapat
menempuh dugaan dlm hidup serta dijauhkan dari godaan syaitan
laknattullah.persediaan dari segi fizikal pula saya harus menjaga kesihatan
diri agar tidak menjejaskan tubuh badan saya.saya harus menjaga pemakanan
dengan mengamalkan diet yang seimbang serta tidak mengambil makanan atau
ubat yang boleh merosakkan sistem imunisasi badan saya.selain itu saya juga
perlu bersenam untuk memastikan badan saya sentiasa sihat.saya yakin rakyat
Malaysia mengenali cogan kata ini ‘’otak cergas minda cerdas’’ jadi memang
terbuktilah bahawa saya harus menyiapkan diri dari degi fizikal kerana
kerajaan Malaysia juga sangat menitik beratkan perihal kesihatan rakyat
apatah lagi saya yang bakal menempuh alam pekerjaan ini.

Pada realitinya.memang tidak dapat dinafikan bahawa pentingnya untuk saya


mengetahui bidang kerjaya yang bakal diceburi.hal ini sedikit sebanyak
membantu saya memilih kerjaya yang bersesuai dengan diri saya.pemilihan
bidang kerjaya yang betul boleh meningkatkan mutu kerja yang berkualiti
sekaligus menjanjikan masa depan yang cerah kepada saya. minat yang
mendalam beserta diri saya yang mengetahui sedikit sebanyak mengenai
perihal kerjaya yang saya pilih membuatkan saya tidak bosan apabila bekerja
nanti.

[AUTHOR NAME] DISEDIAKAN OLEH : PN NUR HABIBAH BT YUSUF 2


Program Cuti-cuti Belajar Panitia Bahasa Melayu SMAS Tingkatan 5 2016

Selain itu,saya haruslah menyiapkan diri dari segi ilmu dan kemahiran untuk
menghadapi alam pekerjaan.definisi ilmu ialah pembelajaran di sekolah sama
ada bagus untuk melangkah ke alam pekerjaan atau sebaliknya.jika saya ingin
melangkah ke alam pekerjaan saya harus bersedia meningkatkan gred
akedemik saya di sekolah terlebih dahulu.tetapi lain pula bakal terjadi
sekiranya saya hanya memberikan tumpuan pada persediaan dari segi ilmu
tidak pada kemahiran.bidang kerjaya yang saya pilih memungkinkan saya
untuk mencari gali kemahiran dalam bidang kerjaya tersebut.dunia kini
sangat sinonim dengan penggunaan teknologi yang begitu pesat.contohnya
kemajuan sistem internet.saya hanya perlu membuka komputer riba dan
menaip bidang kerjaya yang saya pilih di internet untuk mengetahui
kemahiran apa yang perlu saya tahu untuk kerjaya yang saya pilih.dengan itu
saya boleh bersedia untuk menghadapi alam pekerjaan nanti.

Pendedahan mengenai bidang kerjaya yang dapat saya ikuti juga merupakan
salah satu persediaan bagi saya melangkah ke alam pekerjaan.pendedahan ini
boleh saja dilakukan dari segi ceramah, sesi dialog , pameran risalah atau
laman web yang berkaitan dengan kerjaya yang saya pilih.oleh itu saya
berharap pihak kerajaan dan pihak sekolah memainkan peranan
membantu saya dan generasi muda yang lain bagi memilih bidang kerjaya
berdasarkan minat, ilmu , dan kemahiran kami.persis kata peribahasa ‘’ ada
kemeyan sebesar lutut jika tidak dibakar tidak akan berbau ‘’

Akhir kata , banyak yang saya harus lakukan bagi menyiapkan diri menghadapi
alam pekerjaan.dengan itu saya mengharapkan seribu satu sokongan dari
keluarga, pihak sekolah dan pihak kerajaan membantu serba sedikit untuk
saya bersedia menghadapi alam pekerjaan kerana saya percaya pada
peribahasa yang berbunyi ‘’alang alang berdakwat biar sampai hitam ‘’salam 1
malaysia

Kertas 1 Bahagian B - Peranan ibu bapa dalam usaha


memupuk amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan risiko
penyakit jantung pada masa hadapan. Namun demikian, ribuan
rakyatMalaysia mempunyai berat badan berlebihan, tidak aktif dan terlalu banyak
menghisap rokok. Ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat
sejak kecil lagi seperti menggemari makanan yang mengandungi kolesterol, tidak
melakukan senaman dan makan secara berlebihan. Oleh itu, untuk mengurangkan
risiko penyakit berbahaya seperti sakit jantung, obesiti, darah tinggi, kencing manis
dan sebagainya, rakyat Malaysia perlulah mengamalkangaya hidup sihat. Secara
umumnya, tanggungjawab ini sudah semestinya jatuh pada bahu ibu bapa yang

[AUTHOR NAME] DISEDIAKAN OLEH : PN NUR HABIBAH BT YUSUF 3


Program Cuti-cuti Belajar Panitia Bahasa Melayu SMAS Tingkatan 5 2016

melahirkan anak-anak serta menjaga mereka sejak kecil lagi. Persoalannya, apakah
peranan ibu bapa dan keluarga untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam
kalangan anak-anak mereka?
Peranan utama ibu bapa dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dalam
kalangan anak-anak mereka adalah dengan memastikan anak-anak mengamalkan
pemakanan yang seimbang. Pemakanan yang seimbang adalah pemakanan yang
mengandungi ketujuh-tujuh kelas makanan dalam kadar yang bersesuaian iaitu
karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak, air serta serat. Ibu bapa perlulah
sentiasa menghidangkan makanan yang berzat serta bernutrisi kepada anak-anak.
Selain itu, ibu bapa juga digalakkan untuk makan di rumah kerana makanan di luar,
khususnya gerai-gerai makanan di sepanjang jalan yang makanannya biasa digoreng
dengan penuh minyak. Jika tabiat yang baik ditanam dalam diri anak-anak, sudah
pasti anak-anak akan tahu menjaga pemakanan mereka apabila dewasa kelak. Ibu
bapa juga perlu mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat oleh anak-anak
kerana minuman sebegini tidak memberikan apa-apa kebaikan dan mengandungi
kandungan gula yang berlebihan. Anak-anak perlulah diajar untuk minum air kosong
atau jus buah-buahan yang asli. Jelasnya, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak
mengamalkan pemakanan seimbang dalam memupuk amalan gaya hidup sihat.
Selain itu, ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah
bersama anak-anak. Perbuatan ini bukan sahaja akan menyihatkan badan, malah
hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak akan menjadi lebih erat. Aktiviti
bersenam mampu mengekalkan gaya hidup sihat kerana peluh-peluh yang keluar
sewaktu melakukan senaman akan keluar bersama-sama toksin badan. Kesannya,
anak-anak mampu membina tahap imunisasi yang tinggi terhadap serangan penyakit.
Aktiviti senaman perlulah dilakukan sekurang-kurannya 20 minit sehari dan tiga kali
seminggu. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah senamrobik, berjoging,
berbasikal, berenang serta mendaki bukit. Disebabkan ramai golongan ibu bapa yang
bekerja, senaman ini boleh dilakukan pada awal pagi ataupun pada waktu petang
selepas ibu bapa pulang dari kerja. Apabila seseorang itu bersenam dan beriadah,
mreka dapat meningkatkan kesihatan diri dari aspek fizikal dan mental bak kata
pepatah, badan cergas otak cerdas. Tegasnya, ibu bapa perlulah melakukan aktiviti
senaman dan riadah bersama anak-anak supaya amalan gaya hidup sihat dapat
dipupuk.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah membawa anak-anak membuat
pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk memupuk amalan gaya hidup sihat. Ibu
bapa digalakkan untuk membawa anak-anak menjalani pemeriksaan kesihatan
sekurang-kurangnya enam bulan sekali ataupun dua kali setahun. Pemeriksaan
kesihatan adalah penting kerana mampu mengesan sesuatu penyakit ketika masih di
peringkat awal dan memudahkan pesakit menjalani rawatan dengan teknologi moden
kini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Dengan ini, ibu bapa
dapat mengenali tubuh badan anak-anak mereka dengan lebih baik dan mampu
menentukan pilihan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jika ibu bapa mendapati
anak-anak mereka tidak sihat, ibu bapa perlulah segala membawa mereka berjumpa
dengan doktor untuk mendapat ubat serta pengesahan tentang penyakit yang
dihidapi. Bukan itu sahaja, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mematuhi
nasihat doktor dan mengambil ubat pada masa yang ditetapkan. Jelasnya,

[AUTHOR NAME] DISEDIAKAN OLEH : PN NUR HABIBAH BT YUSUF 4


Program Cuti-cuti Belajar Panitia Bahasa Melayu SMAS Tingkatan 5 2016

pemeriksaan kesihatan secara berkala oleh anak-anak akan memupuk


amalan gaya hidup sihat.
Ibu bapa juga perlu mengajar dan melatih anak-anak mereka mengutamakan
kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada
sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih,
waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi
mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan
budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan
dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak
dihinggapi lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa
menjamu selera. Sikap sambil lewa ibu bapa dalam menitik beratkan aspek berkenaan
mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus dilentur sejak dari
rebung dalam diri anak-anak agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat apabila
mereka dewasa kelak.

Pada masa yang sama, selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, ibu
bapa juga perlu mendidik ahli keluarga mereka agar menjaga kebersihan
persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan
dan gayahidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, ibu
bapa menggalakkan anak-anak mengadakan gotong-royong di rumah setiap hujung
minggu untuk membersihkan kawasan rumah bersama ahli keluarga. Ibu bapa juga
boleh membawa anak-anak menyertai kegiatan gotong royong ditaman perumahan
dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran
mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen
pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat
pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun
tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara
demikian, ibu bapa dapat melatihgaya hidup yang positif dalam diri anak-anak
mereka sekaligus akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit.

Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu.
Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain
didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka
bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan
masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi
dengan efektif. Ibu bapa digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra
bersama-sama anak-anak atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan
biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan.
Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi
memperoleh gaya hidup yang sihat ini Peranan ibu bapa mengamalkan
cara berkomunikasi berkesan dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga
serta mengamalkan ibadat mengikut agama masing-masing akan memberi impak
psikologi yang positif.
.
..........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh
seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran
yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang
melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang
penuh cabaran terutama tekanan di pejabat ,kekangan di tempat kerja memerlukan
satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita.Para ibu bapa perlu bijak
[AUTHOR NAME] DISEDIAKAN OLEH : PN NUR HABIBAH BT YUSUF 5
Program Cuti-cuti Belajar Panitia Bahasa Melayu SMAS Tingkatan 5 2016

menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada


pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana
tekanan yang dialami boleh menjuruskan ibu bapa pada perlakuan negatif seperti
mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi,
semakin positif minda ibu bapa itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang
mampu dicapai oleh dirinya dan keluarga kelak. Penguasaan diri yang baik dan
pesanan yang sering meransang anak-anak ke arah positif menangani cabaran
merupakan asuhan yang amat dicontohi oleh anak-anak sehingga mereka dewasa.

Tambahan pula, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam anak-anak,
ibu bapa perlulah membawa mereka menziarahi orang sakit sama ada saudara-mara,
jiran tetangga ataupun rakan-rakan. Hari ini kita siha, tetapi bagaimana pula dengan
hari esok? Jika ibu bapa sering melawat orang yang sedang sakit, nescaya anak-anak
mereka juga akan berbuat demikian kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Anak-anak tidak seharusnya merasakan bahawa perbuatan sebegini hanya membuang
masa dan merugikan diri kerana ianya sesuatu amalan yang mulia. Apabila kita
menziarahi ornag yang sakit, secara tidak langsung kehadiran kita dapat melahirkan
perasaan gembira kepada pesakit dan memberi kekuatan kepada diri pesakit itu
untuk melawan kesakitan yang ditanggungnya. Perbuatan menziarahi orang yang
sakit akan sedikit sebanyak melahirkan rasa simpati terhadap nasib orang lain dan
pada masa yang sama anak-anak akan bersyukur atas kurniaan sebuah badan yang
sihat. Kehadiran kita menunjukkan bahawa kita, khususnya anak-anak, mengambil
berat tentang diri pesakit dan dapat mengurnagkan perasaan sedih pesakit walaupun
pepatah menyatakan bahawa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Tegasnya, amalan menziarahi orang yang sakit oleh ibu bapa dan anak-anak mampu
menanamkan amalan gaya hidup yang sihat.

Akhir sekali, bagi menjalani amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan
agar anak-anak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Tubuh badan anak-anak
juga perlu direhatkan dengan kadar yang diperlukan untuk mengecas semula organ-
organ dalam badan mereka. Bagi anak-anak yang telah mencapai usia remaja,
mereka memerlukan sekurang-kurangnya lapan jam sehari untuk tidur dengan
selesa. Namun, ramai anak-anak muda pada masa ini yang lebih suka tidur selepas
tengah malam walaupun keesokan merupakan hari persekolahan. Kesannya, mereka
tidak akan berasa cergas dan badan akan lesu dan tidak bermaya. Malahan,
pelajaran anak-anak juga diganggu dan lama-kelamaan prestasi mereka dalam
peperiksaan semakin merosot. Salah satu langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa
adalah menetapkan satu masa yang spesifik untuk anak-anak masuk tidur dan
mestilah dipatuhi dengan sepenuhnya. Tegasnya, untuk memupuk
amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat rehat yang
secukupnya.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa


memainkan peranan yang besar untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam
kalangan anak-anak. Amalan ini adalah penting untuk dilaksanakan agar kesihatan
rakyat dalam negara ini sentiasa dalam keadaan yang baik. Oleh itu, langkah-
langkah di atas perlulah diamalkan oleh anak-anak yang menjadi pemimpin generasi
akan datang bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Semua
[AUTHOR NAME] DISEDIAKAN OLEH : PN NUR HABIBAH BT YUSUF 6
Program Cuti-cuti Belajar Panitia Bahasa Melayu SMAS Tingkatan 5 2016

rakyat Malaysia haruslah mengamalkan gaya hidup sihat supaya penyakit seperti
kencing manis, obesiti, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya dapat
dikurangkan dalam jangka masa yang panjang ini. Jelasnya, jika hal-hal yang
dinyatakan di atas itu kita laksanakan, sudah pasti kita memiliki ciri-ciri manusia
yang berjaya bak kata pepatah hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

Usaha-usaha memelihara Alam sekitar(Karangan Matang)


Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Jika kita dengarkan kembali lagu Hijau dendangan Zainal Abidin pasti kita sedar akan
mesej yang cuba disampaikan tentang betapa eratnya alam sekitar dengan manusia.Bait-bait
awal dalam lagu tersebut memberi isyarat yang jelas kepada kita sebagai manusia atau satu-
satunya makhluk yang mempunyai akal untuk berfikir dan bertindak sewarasnya dalam
menjaga warisan alam sekitar yang tidak terbanding ini.Selagi kita terus mengamalkan sikap
negatif dan acuh tak acuh dalam mengekalkan alam sekitar yang bersih, indah dan tidak
tercemar, maka kita sendiri akan menerima padahnya. Oleh itu usaha-usaha untuk memelihara
alam sekitar perlu diberi perhatian dan melibatkan oleh semua pihak.

Antara usaha yang praktikal ialah mengitar semula barang terpakai.40 peratus sampah
sarap seperti tin,besi buruk ,botol,kertas dan barangan plastik boleh dikitar semula. Dengan
mengitar semula satu tin aluminium kita seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik
tiga jam untuk televisyen .Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum kita dapat
mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok . Dengan
mengitar semula satu botol kaca kita seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik
mentol lampu 100 watt selama empat jam.Tegasnya amalan kitar semula
seumpama serampang dua mata,menyelamatkan alam sekitar dan dapat pula mengurangkan
kos sumber tenaga serta menambah pendapatan keluarga.
Selain itu,elakkan pembakaran terbuka.Biasanya pembakaran terbuka ini dilakukan
oleh petani yang memugar hutan untuk tanaman padi bukit ,jagung dan getah. Ada juga petani
yang membakar jerami padi selepas musim menuai.Sebagai akibatnya berlakulah pencemaran
udara dan jerebu. Pembakaran terbuka mestilah dihalang melalui penguatkuasaan undang-
undang memandangkan proses pembakaran akan meningkatkan karbon dioksida seterusnya
akan menyebabkan kesan rumah hijau.Kesan rumah hijau pula akan menyebabkan pemanasan
global.Tuntasnya jika pembakaran terbuka dapat dibendung maka alam sekitar pasti
terpelihara.
Akhir sekali,semua pihak mestilah menyahut seruan kerajaan dalam program tanam
semula pokok.Sebagai contoh,Kempen Tanam 26 Juta Pokok Menjelang 2015,Kempen Hari
Bumi ,Kempen Tanam 50 Jenis Pokok Hutan UPM 2011 dan Kempen Tanam Pokok Bakau
Melaka 2010. Pokok-pokok terutamanya bagi Hutan Hujan Topika amat penting untuk

[AUTHOR NAME] DISEDIAKAN OLEH : PN NUR HABIBAH BT YUSUF 7


Program Cuti-cuti Belajar Panitia Bahasa Melayu SMAS Tingkatan 5 2016

menyerap karbon dioksida yang dilepaskan oleh kenderaan,kilang dan pembakaran


terbuka.Pokok-pokok juga melepaskan gas oksigen untuk kehidupan makhluk di
bumi,menghalang hakisan,zon penampan ribut atau tsunami dan memulihkan ekosistem bumi
yang kian terganggu.Tegasnya program tanam semula pokok mestilah dilakukan dengan
konsisten agar alam sekitar dapat diselamatkan daripada pemanasan global.Jangan terhantuk
baru tengadah,cuaca panas di Cameron Higlands wajar menjadi iktibar kepada semua pihak
agar lebih serius dalam memelihara alam sekitar.
Kesimpulannya, memelihara alam sekitar menjadi tanggungjawab semua pihak
bertepatan dengan pesanan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar,Tan Sri Joseph
Kurup. Beliau berkata semua pihak tanpa mengira umur,sektor swasta atau kerajaan perlu
bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi memelihara , memulihara alam sekitar yang
semakin terancam pada hari ini sehingga menyebabkan banjir,tanah runtuh dan pelbagai
bencana alam yang lain.Sesungguhnya alam sekitar ini bukanlah milik kita,tetapi dipinjamkan
oleh generasi yang akan datang.Oleh itu kita mestilah amanah dalam menjaga dan memelihara
alam sekitar.

KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM


Era globalisasi ini, penggunaan kemudahan pengangkutan awam dapat
mengurangkan kesesakan lalu lintas, menjimatkan wang dan mengurangkan
kadar kemalangan jalan raya di negara kita. Hal ini demikian kerana penggunaan
kemudahan pengangkutan awam ini telah mendapat perhatian dan menarik minat
pengguna jalan raya di negara ini. Pengguna jalan raya menggunakan alternetif ini
bagi memudahkan mereka menuju ke destinasi masing-masing. Lantaran itu,
mereka telah memilih pelbagai pengangkutan awam seperti bas, LRT, monorel
dan kereta api sebagai pengangkutan utama mereka. Oleh itu, pertumbuhan
pengangkutan awam ini telah meningkat dengan mendadak seperti cendawan
tumbuh selepas hujan. Persoalannya, apakah kepentingan yang dapat diperoleh
melalui kemudahan pengangkutan awam ini?

Kepentingan perdana menggunakan kemudahan pengangkutan awam ialah kita


dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Kesesakan lalu lintas berlaku kerana
rata-rata rakyat Malaysia lebih berminat menggunakan kenderaan sendiri
berbanding menggunakan pengangkutan awam. Oleh sebab rakyat Malaysia yang
bersikap hidung tinggi dan malu untuk menaiki kenderaan awam mengakibatkan
jumlah kenderaan di seluruh negara didapati meningkat hampir dua kali ganda
sejak tahun 1980. Oleh sebab itu, kesesakan lalu lintas sering berlaku di negara
kita,terutama sekali di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Shah Alam,
Kota Bharu,dan sebagainya. Dengan menggunakan kemudahan pengangkutan
awam seperti bas, teksi, monorel akan mengurangkan jumlah kenderaan di jalan

[AUTHOR NAME] DISEDIAKAN OLEH : PN NUR HABIBAH BT YUSUF 8


Program Cuti-cuti Belajar Panitia Bahasa Melayu SMAS Tingkatan 5 2016

raya, sekali gus dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. Sebagai contoh,
masyarakat di negara matahari terbit iaitu Jepun, mereka lebih suka
menggunakan pengangkutan awam untuk melakukan kegiatan harian mereka,
oleh itu di negara Jepun tidak berlaku kesesakan lalu lintas walaupun negara
Jepun mempunyai penduduk yang ramai. Seandainya rakyat Malaysia
menggunakan pengangkutan awam sebagai rutin harian, nescaya kesesakan lalu
lintas dapat dielakkan. Oleh itu, pihak pengusaha pengangkutan awam perlu
menyediakan pengangkutan yang selesa supaya dapat menarik minat para
penumpang agar rakyat Malaysia tidak berasa sangsi untuk menggunakan
pengangkutan awam dan kesesakan lalu lintas dapat diatasi. Jelaslah bahawa
penggunaan kemudahan pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan
lalu lintas di negara ini.

Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga mampu mengurangkan kadar


kemalangan jalan raya di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana, amaun
kenderaan yang menyusur di jalan raya berkurang dan sekali gus dapat
mengalicaukan kenderaan daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas
yang teruk terutamanya di ibu kota. Sebagai pengguna yang peka dan sensitif
terhadap keadaan semasa, kita haruslah sedar bahawa, penggunaan kenderaan
persendirian yang bertali arus dapat mengundang risiko yang tinggi untuk berlaku
kemalangan. Sekiranya, semua rakyat Malaysia memprioritikan pengangkutan
awam, sudah tentu statistik kemalangan jalan raya akan menurun dan secara tidak
langsung juga negara tidak akan mengalami kerugian dari segi infrastruktur dan
modal insan. Sebenarnya, kadar kemalangan jalan raya meningkat secara
mendadak pada musim perayaan dan pada waktu puncak kerana pada ketika itu
bilangan kenderaan di jalan raya juga meningkat. Jadi semolek-moleknya, jika kita
ingin pulang ke kampung pada musim perayaan kita wajarlah menggunakan
perkhidmatan awam yang terdapat dalam negara kita sebagai contoh bas, kereta
api dan kapal terbang. Oleh itu, penggunaan pengangkutan awam akan dapat
mengelakkan seseorang daripada menjadi mangsa nahas kemalangan jalan raya
yang keseterusnya. Kita harus ingat bahawa malang tidak berbau jadi kita perlulah
beringat sebelum terkena.

Seterusnya, penggunaan kemudahan pengangkutan awam juga dapat memupuk


perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita. Untuk menuju ke
destinasi, masyarakat yang berbilang kaum di negara kita akan berpusu-pusu

[AUTHOR NAME] DISEDIAKAN OLEH : PN NUR HABIBAH BT YUSUF 9


Program Cuti-cuti Belajar Panitia Bahasa Melayu SMAS Tingkatan 5 2016

menaiki pengangkutan awam untuk menuju ke destinasi. Situasi sedemikian


sedikit sebanyak dapat menyimpul tali silaturahim antara komuniti Melayu, Cina,
India dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila kita menaiki sesebuah
pengangkutan awam khususnya monorel sudah semestinya kita akan berinteraksi
dengan individu-individu di sekeliling kita. Seandainya kita menggunakan inisiatif
ini secara konsisten, sudah tentu satu ikatan yang erat dapat dijalinkan sekali gus
merealisasikan slogan 1Malaysia yang berteraskan satu jiwa satu bangsa.
Tegasnya, penggunaan kemudahan pengangkutan awam dapat memupuk
perpaduan yang jitu dalam kalangan masyarakat Malaysia yang akan membawa
kepada pembentukan sebuah negara yang aman dan sentosa ibarat ‘air dalam
talam.’

Tambahan pula,penggunaan kemudahan awam dapat merealisasikan persekitaran


yang mesra alam selari dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan sebuah negara
yang bebas daripada pencemaran.Hal ini dikatakan demikian kerana gas karbon
monoksida yang dilepaskan daripada asap kenderaan dapat dikurangkan ekoran
berkurangnya jumlah kenderaan di jalan raya.Sebagai contoh,pembebasan asap
daripada kenderaan akan mendatangkan pelbagai impak negative terutama
kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.Dalam konteks ini,asap yang
dikeluarkan oleh kenderaan akan menipiskan lapisan ozon dan memaksimumkan
tahap pencemaran kualiti udara.Pencemaran udara ini diibaratkanseperti duri
dalam daging kepada alam sekitar dan kesihatan manusia.Jika masyarakat
menyahut seruan kerajaan untuk menggunakan kemudahan pengangkutan
awam,maka tahap pencemaran alam sekitar dapat diminimumkan sekali gus dapat
melestarikan persekitaran yang bersih dan indah.Sudah terang lagi
bersuluh,penggunaan kemudahan pengangkutan awam dapat merealisasikan
persekitaran yang mesra alam.

Tuntasnya, penggunaan perkhidmatan awam di Malaysia menyumbang banyak


manfaat dan kelebihan kepada kita semua. Dunia serba moden era ini memerlukan
masyarakat yang berdaya saing dalam segala hal. Kerajaan juga hendaklah
menaiktaraf perkhidmatan awam di Malaysia agar setanding dengan negara maju
yang lain bak kata pepatah “Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah”. Oleh itu,
masyarakat Malaysia diseru supaya bersama-sama menggunakan pengangkutan

1
[AUTHOR NAME] DISEDIAKAN OLEH : PN NUR HABIBAH BT YUSUF
0
Program Cuti-cuti Belajar Panitia Bahasa Melayu SMAS Tingkatan 5 2016

awam agar hasrat kerajaan untuk memajukan negara tidak tinggal impian semata-
mata seiring dengan wawasan 2020.

1
[AUTHOR NAME] DISEDIAKAN OLEH : PN NUR HABIBAH BT YUSUF
1

Anda mungkin juga menyukai