Anda di halaman 1dari 26

KARANGAN SUMBANGAN DARIPADA GURU BAHASA MELAYU YANG

MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG SPM 2011

KARANGAN PASANG SIAP UNTUK KUMPULAN CEMERLANG

AKTIVITI 1 : MENTAFSIR SOALAN

A. PANDUAN MEMAHAMI SOALAN KARANGAN RESPONS TERBUKA

Baca arahan dengan teliti


Baca semua soalan
Pilih soalan berdasarkan pengetahuan, pemahaman dan keupayaan
Kenal pasti isu, penyataan soalan dan arah soalan

B. KONSEP MENTAFSIR SOALAN KARANGAN

Isu = Topik dalam soalan


Ayat penyataan = Ayat isu
Ayat tugasan = Ayat kehendak soalan

C. CONTOH MENTAFSIR SOALAN

Kenal pasti dan lengkapkan jadual jadual mentafsir soalan di bawah. PENYATAAN SOALAN
Contoh soalan : ISU
Sejak akhir-akhir ini [ masalah sosial dalam kalangan remaja ] semakin
meningkat dan membimbangkan banyak pihak

AYAT TUGASAN
Huraikan [ langkah langkah untuk mengatasi masalah ini.]

Isu Masalah sosial dalam kalangan remaja

Penyataan soalan Sejak akhir akhir ini masalah sosial dalam kalangan remaja
semakin meningkat dan membimbangkan banyak pihak

Ayat tugasan Langkah langkah mengatasi.


A. Perenggan Pendahuluan

1. Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia
ini tentang isu . ( isu karangan ).
2. Umum mengetahui bahawa ( isu). semakin hari semakin serius/ kritikal/
berkurangan/ meningkat/ membimbangkan.
3. Seandainya kita terus leka dan memandang remeh terhadap isu ini pasti ( kesan)
4. Persoalannya mengapakah hal/masalah/fenomena sedemikian berlaku?
5. Siapakah yang harus dipersalahkan? .. ( masukkan peribahasa yang
sesuai. Cth tepuk dada Tanya selera)
6. Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan
pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar
umbi.

B.Perenggan Isi

ISI PERTAMA

1. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa.. ( ayat tugasan). ialah..
( isi 1 / apa)
2.Hal ini demikian kerana . ( huraian / mengapa )
3.Sekiranya dipraktikkan akan ( bagaimana/kesan)
4. Sebagai analoginya .( masukkan contoh )
5. Hal ini menyebabkan . ( huraian contoh )
6. Persis kata peribahasa Melayu,
7. Natijahnya,.. ( kesimpulan kecil/ penutup isi)

ISI KEDUA

1. Sesungguhnya . ( ayat tugasan ).. ialah ( isi 2 / apa)


2. Hal ini tercetus kerana .. ( huraian isi/ mengapa )
3. Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa ( kesan jangka pendek ).
4. Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah.(contoh)..
5. Justifikasinya.( huraian contoh)
6. Bertepatanlah dengan kata peribahasa bahawa( jika ada )
7. Dengan keadaan sedemikian .. ( kesan/kesimpulan kecil )

ISI KETIGA

1. Umum mengetahui bahawa . ( ayat tugasan ) yang seterusnya ialah .. ( isi


3/apa)..
2. Dalam konteks ini .. ( huraian isi/ mengapa)..
3 ..huraian (bagaimana)..
4.Misalnya.( contoh )..
5. Oleh hal yang demikian (huraian contoh ).
6 . Fenomena ini dikatakan ..(masukkan peribahasa jika ada)
7. Yang pasti ..(kesan jangka panjang/kesimpulan kecil)

ISI KEEMPAT

1. Tidak dapat dinafikan dari perspektif yang lain..( ayat tugasan )ialah ( isi empat
/apa)
2. Hal ini demikian kerana huraian isi/mengapa)
3 . ..huraian / bagaimana ...
4. Sebagaimana yang kita sedia maklum,.( masukkan contoh)
5. Oleh hal yang sedemikian..(huraian contoh )
6. Bak kata peribahasa atau ungkapan menarik jika ada
7. Tentulah ..( kesan jangka panjang/kesimpulan kecil )

ISI KELIMA
1. Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah
( ayat tugasan ).. ialah ( isi 5/apa)
2. Buktinya ialah( huraian isi /mengapa ).
3. Hal ini dilakukan kerana ( kesan jangka pendek )..
4. Tamsilnya..
5. Jelaslah bahawa. huraian contoh )
6. Persis kata mutiara..
7. Nyatalah.(kesan jangka panjang/kesimpulan kecil)

c.Kesimpulan

1. Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama ibarat ke bukit
sama didaki ke lurah sama dituruni mengatasi / menyokong isu _________ini.

2. Jika tidak kita akan *dipandang rendah / dipandang tinggi oleh negara lain.

3. Semoga kita akan dapat melahirkan masyarakat / negara yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.

4. Namun begitu bak kata peribahasa tepuk dada tanya selera.


Contoh Karangan Menggunakan Teknik Pasang Siap

Soalan: Terdapat sebilangan remaja yang menghabiskan masa lapang mereka dengan melepak
dan merempit. Sebahagian remja pula terjebak dalam gejala sosial seperti menagih
dadah dan pergaulan bebas.
Huraikan langkah langkah untuk mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja.

Contoh karangan

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap penjuru dunia
tentang masalah sosial dalam kalangan remaja seperti merempit, melepak , penyalahgunaan
dadah, pergaulan bebas dan sebagainya. Umum mengetahui bahawa masalah sosial dalam
kalangan remaja semakin membimbangkan. Seandainya kita terus leka dan memandang
remeh terhadap isu ini pasti usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada
tahun 2020 pasti akan menjadi omomg kosong sahaja. Persoalannya mengapakah masalah
sedemikian berlaku? Siapakah yang harus dipersalahkan? Tiada prnyakit yang tiada
penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan
secara berterusan agar masalah ini boleh diatasi hingga ke akar umbi.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa, antara tindakan yang boleh
diambil untuk mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja ialah melalui peranan ibu
bapa dan keluarga. Hal ini demikian kerana kita sedia maklum bahawa kebanyakan masa para
remaja banyak dihabiskan di rumah terutamanya sewaktu cuti persekolahan. Ibu bapa
sewajarnya memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak remaja. Sebagai
analoginya ibu bapa hendaklah bertanya kepada anak-anak remaja tentang permasalahan yang
dihadapi dan berusaha untuk membantu mereka menyelesaikannya atau dengan kata lain ibu
bapa adalah pakar rujuk kepada anak anak semasa di rumah. Hal ini menyebabkan anak
anak akan berasa diri mereka dihargai dan disayangi oleh ibu bapa mereka. Bak kata mutiara
anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Tegaslah,perhatian dan kasih sayang daripada
ibu bapa amat penting dalam usaha menangani masalah sosial dalam kalangan remaja.

Sesungguhnya, selain ibu bapa, pihak masyarakat dan pemimpin setempat juga perlu
memainkan peranan yang signifikan dalam menangani masalah ini. Hal ini tercetus kerana
para remaja merupakan ahli kepada masyarakat setempat yang perlu diberikan perhatian.
Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa jika masyarakat mendapati terdapat remaja
yang melakukan perbuatan negatif, mereka mestilah menegur dan memberi nasihat secara
berhemah. Dengan kata lain, pihak masyarakat setempat perlu menjadi mata dan telinga dalam
membentuk tingkah laku remaja. Contoh yang ketara paling dekat dengan kita ialah masalah
vandalisme. Justifikasinya, sekiranya masalah ini berlaku, masyarakat boleh menegur para
remaja yang melakukan masalah tersebut dengan berhemah dengan harapan remaja akan
lembut hati dan makan nasihat. Bertepatanlah dengan kata-kata mutiara iaitu tunjuk menjadi
telaga budi, ajar menjadi suluh hati. Dengan keadaan sedemikian sekiranya masyarakat
setempat sentiasa ambil cakna terhadap permasalahan remaja, masalah ini akan dapat diatasi.
Umum mengetahui bahawa antara langkah yang pragmatik untuk menangani masalah
sosial dalam kalangan remaja ialah peranan pihak media massa. Dalam konteks ini, media
massa perlu memainkan peranan yang berkesan dalam mempengaruhi hati dan minda para
remaja. Media massa seperti televisyen, radio,Internet ataupun media cetak yang merupakan
perantara yang paling dekat dengan jiwa remaja perlu menyiarkan program program yang
boleh memberi kesedaran kepada remaja terutama dalam usaha remaja mencari jati diri
mereka. Misalnya program seperti Rancangan realiti Imam Muda atau Ustazah Pilihan amat
berguna kepada remaja kerana melalui program ini terdapat info yang amat berguna untuk
remaja.Oleh hal yang demikian pemilihan progam yang berkualiti dapat memberi banyak
faedah dan pihak media massa sewajarnya tidak menjadikan remaja sebagai alat untuk
mengaut keuntungan semata mata tetapi menjadi wadah penting untuk menjana remaja yang
berwawasan.Yang pasti, masalah sosial dalam kalangan pelajar akan dapat diatasi sekiranya
pihak media massa sama- sama bahu - membahu memainkan peranan dan tidak hanya
memikirkan keuntungan sahaja.

Tidak dapat dinafikan dari perspektif yang lain, pihak kerajaan juga boleh memainkan
peranan yang penting dalam menangani masalah sosial dalam kalangan remaja. Hal ini kerana
pihak kerajaan mempunyai autoriti dalam negara kerana mempunyai kuasa sumber kewangan
dan boleh menggubal undang undang. Beberapa program untuk remaja perlu dirangka dan
dilaksanakan secara berterusan agar segala nilai nilai murni yang cuba diterapkan melalui
program ini akan diamalkan oleh para remaja. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN )
yang telah dianjurkan oleh kerajaan adalah satu program yang baik kepada remaja. Hal ini
demikian kerana melalui program ini, remaja akan mempunyai jati diri, nilai moral yang
tinggi dan taat kepada agama, bangsa dan negara. Pujangga ada berkata, Pemuda Harapan
Bangsa, Pemudi Tiang Negara. Oleh itu, remaja yang dilahirkan ialah remaja yang boleh
menjadi modal insan yang berguna untuk membangunkan negara pada masa akan datang.

Namun demikian, satu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah, antara langkah
menangani masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan agensi kerajaan seperti
Kementerian Belia dan Sukan. Kementerian Belia dan Sukan adalah antara agensi yang aktif
menjalankan pelbagai program untuk menarik minat para remaja. Kementeria Belia dan Sukan
bertanggungjawab menjadikan remaja dan belia di Malaysia berkualiti dan seterusnya berjaya
menjana kemajuan negara.Tamsilnya, Program Rakan Muda merupakan antara program yang
dilancarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.Jelaslah bahawa melalui program ini remaja
telah dibentuk agar mempunyai jati diri dan sahsiah yang terpuji sesuai dengan pembentukan
modal insan kelas pertama kerana remajalah yang bakal menerajui tampuk pimpinan negara.
Nyatalah sekiranya pihak Kementerian Belia dan Sukan aktif menjalankan pelbagai program
yang berguna untuk remaja, nescaya remaja akan terhindar daripada anasir-anasir yang
negatif.

Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama sama ibarat
kebukit sama didaki kelurah sama dituruni berusaha untuk mengatasi masalah yang beronal
dalam kalangan remaja kita. Jika tidak kita akan dipandang rendah oleh negara lain. Semoga
kita akan dapat melahirkan remaja yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Negara amat
mengharapkan remaja yang berkualiti dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
maju. Namun begitu bak kata peribahasa, tepuk dada tanya selera. (812 patah perkataan)
CONTOH 2

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda berdasarkan gambar tersebut.
Panjang huraian anda antara 200-250 patah perkataan.

Alam semula jadi Kemudahan pengangkutan

Tempat-tempat menarik Kebudayaan pelbagai kaum

MENGGUNAKAN KAEDAH SAYA PINTAR MENGARANG


( Sumbangan Puan Romzan Bt Abdullah )

Pendahuluan Malaysia ialah sebuah negara yang sering menjadi tumpuan pelacong
dari serata dunia. Hal ini menyebabkan Malaysia mempunya potensi
yang besar untuk membangunkan sektor pelancongan. Atas dasar
inilah kerajaan telah berusaha untuk mempromosikan sektor
pelancongan di Malaysia melalui pelbagai cara. Antaranya adalah
dengan memperkenalkan keistimewaan Malaysia kerana kata orang tak
kenal maka tak cinta.

Perenggan Isi Huraian Contoh Kesimpulan


Isi 1 Antara Keindahan Contohnya Selain itu
keistimewaan gunung Gunung terdapat juga
yang dimiliki ganang, bukit- Kinabalu, Tanah tarikan lain
oleh Malaysia bukau dan pulau Tinggi Cameron iaitu
dan menjadi pulau yang Highlands, bangunan
tarikan utama terdapat di Pulau Langkawi, bersejarah
pelancong ialah Malaysia telah dan Pantai dan bangunan
keindahan alam menarik jutaan Cherating berkembar
semulajadinya pelancong memukau Petronas
datang ke pelancong (KLCC).
Malaysia setiap dengan
tahun panoramanya
yang indah
Isi 2 Tarikan lain Keadaan ini Contohnya, Dengan
pelancong ke akan apabila kemudahan
Malaysia ialah memudahkan pelancong pengangkutan
kemudahan pelancong untuk sampai sahaja di yang
pengangkutan bergerak dari Lapangan disediakan ini
yang sistematik. satu destinasi ke Terbang akan
satu destinasi Antarabangsa memberikan
(KLIA) , daya tarikan
pelancong akan kepada
mendapat pengunjung
kemudahan untuk
pengangkutan melancong ke
yang seterusnya Malaysia.
untuk bergerak
ke destinasi
yang diingini
seperti teksi,
komuter, LRT
dan sebagainya
Isi 3 Malaysia juga Keunikan Pelancong dapat Tambahan
terkenal dengan budaya ini melihat lagi, rakyat
keunikan adalah kepelbagaian Malaysia
budayanya yang disebabkan oleh perayaan di yang terdiri
juga boleh masyarakat Malaysia seperti daripada
menjadi tarikan Malaysia yang Perayaan pelbagai
kepada terdiri daripada Deepavali, Hari kaum bukan
pelancong pelbagai kaum Raya Aidilfitri, sahaja
Tahun Baru menampilkan
Cina, Hari kebudayaan
Gawai dan yang
sebagainya pelbagai,
bahkan
mewujudkan
pelbagai jenis
makanan
tempatan.

Kesimpulan Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah
melakukan pelbagai usaha untuk memajukan sektor pelancongan. Selaku
rakyat Malaysia, tugas kita adalah menjaga keindahan alam semulajadi
yang terdapat di Malaysia. Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita
yakin dan percaya bahawa kita akan dapat meningkatkan jumlah
pelancong yang datang ke Malaysia pada masa yang akan datang.
Contoh Karangan

Malaysia ialah sebuah negara yang sering menjadi tumpuan pelacong dari serata dunia.
Hal ini menyebabkan Malaysia mempunya potensi yang besar untuk membangunkan sektor
pelancongan. Atas dasar inilah kerajaan telah berusaha untuk mempromosikan sektor
pelancongan di Malaysia melalui pelbagai cara. Antaranya adalah dengan memperkenalkan
keistimewaan Malaysia kerana kata orang tak kenal maka tak cinta.

Antara keistimewaan yang dimiliki oleh Malaysia dan menjadi tarikan utama pelancong
ialah keindahan alam semulajadinya. Keindahan gunung ganang, bukit- bukau dan pulau
pulau yang terdapat di Malaysia telah menarik jutaan pelancong datang ke Malaysia setiap
tahun. Contohnya Gunung Kinabalu, Tanah Tinggi Cameron Highlands, Pulau Langkawi, dan
Pantai Cherating memukau pelancong dengan panoramanya yang indah. Selain itu terdapat
juga tarikan lain iaitu bangunan bersejarah dan bangunan berkembar Petronas (KLCC).

Tarikan lain pelancong ke Malaysia ialah kemudahan pengangkutan yang sistematik.


Keadaan ini akan memudahkan pelancong untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi.
Contohnya, apabila pelancong sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) ,
pelancong akan mendapat kemudahan pengangkutan yang seterusnya untuk bergerak ke
destinasi yang diingini seperti teksi, komuter, LRT dan sebagainya. Dengan kemudahan
pengangkutan yang disediakan ini akan memberikan daya tarikan kepada pengunjung untuk
melancong ke Malaysia.

Malaysia juga terkenal dengan keunikan budayanya yang juga boleh menjadi tarikan
kepada pelancong. Keunikan budaya ini adalah disebabkan oleh masyarakat Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai kaum. Pelancong dapat melihat kepelbagaian perayaan di Malaysia
seperti Perayaan Deepavali, Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan
sebagainya. Tambahan lagi, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum bukan sahaja
menampilkan kebudayaan yang pelbagai, bahkan mewujudkan pelbagai jenis makanan
tempatan.

Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah melakukan
pelbagai usaha untuk memajukan sektor pelancongan. Selaku rakyat Malaysia, tugas kita
adalah menjaga keindahan alam semulajadi yang terdapat di Malaysia. Dengan keizinan
Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa kita akan dapat meningkatkan jumlah
pelancong yang datang ke Malaysia pada masa yang akan datang.
CONTOH KARANGAN A : JADUAL

KERTAS 1 (1103/1)

KARANGAN A : BAHAN RANGSANGAN

CONTOH 2:

Lihat jadual di bawah ini dengan teliti. Huraikan faktor-faktor penyebab kemalangan jalan
raya dengan berdasarkan data yang terdapat dalam jadual tersebut. Panjang huraian anda
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Faktor-faktor Penyebab Kemalangan Jalan Raya di Malaysia


dengan berdasarkan 533 Kajian Kes.

Faktor Manusia Jumlah Kemalangan Peratus (%)


Memandu laju 17 3.38
Kecuaian 301 59.96
Khayal 4 0.79
Terbabas 44 8.7
Dilanggar kereta lain 116 23.11
Lumba haram 4 0.79
Letih/mengantuk 7 1.39
Brek secara mengejut 6 8.76

Langgar lampu merah 2 0.39


Guna telefon bimbit 1 0.19
Jumlah 502 94.18
Faktor Persekitaran Jumlah Kemalangan Peratus (%)
Hujan 11 2
Jalan licin 9 1.6
Tiada lampu jalan 2 0.3
Tiada had laju 1 0.1
Jalan berlubang 1 0.1
Jumlah 24 4.5
Faktor Mekanikal Jumlah Kemalangan Peratus (%)
Brek rosak 1 0.1
Lampu isyarat rosak 2 0.39
Tayar pancit 4 0.8
Jumlah 7 1.31
(Sumber Kajian Kumpulan Penyelidik Kemalangan
Dan Keselamatan Universiti Kebangsaan Malaysia)
Dalam menelusuri era globalisasi, kemalangan jalan raya masih menjadi isu polemik
bukan sahaja warung-warung kopi bahkan turut diperdebatkan di Dewan Parlimen. Hal ini
demikian kerana, kes-kes kemalangan jalan raya bukan sahaja melibatkan kerugian harta benda
tetapi turut meragut nyawa. Kes-kes kemalangan jalan raya semakin meningkat setiap kali
musim perayaan atau cuti persekolahan kerana pada ini jumlah kenderaan di jalan raya
meningkat beberapa kali ganda berbanding hari biasa. Peningkatan kes-kes kemalangan jalan
raya telah menimbulkan kegusaran bukan sahaja dalam kalangan pengguna jalan raya tetapi juga
pihak penguat kuasa. Sehubungan dengan itu, para penyelidik dari Universiti Kebangsaan
Malaysia telah menjalankan kajian tentang isu nasional ini. Dapatan kajian mendapati bahawa
terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan kemalangan berlaku di Malaysia.

Faktor paling dominan ialah ialah faktor manusia. Sejumlah 94.18% atau 502 kes
kemalangan disebabkan kecuaian, terbabas, dilanggar kenderaan lain dan memandu terlalu laju.
Terdapat pengguna jalan raya yang tidak mahu mengubah sifat negatif semasa berada di jalan
raya. Slogan Pandu Cermat Jiwa Selamat semakin tidak dipraktikkan. Pengguna-pengguna
jalan raya tidak menghiraukan kesihatan fizikal mereka, keadaan kenderaan sebelum memulakan
perjalanan, tidak mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan serta memandu secara
tidak berhemah. Mereka memandu laju, sering berkhayal, membrek secara mengejut, melanggar
lampu merah dan menggunakan telefon bimbit. Mereka bukan sahaja seolah-olah tidak sayang
nyawa melayang tetapi tidak peduli penderitaan yang terpaksa ditanggung ahli keluarga. Lebih
malang lagi jika kecuaian menyebabkan perlindungan insurans tidak diberikan. Bukan sahaja
tiada pampasan kepada keluarga yang tinggal malah kematian mereka ibarat mati katak sahaja.
Semua pengguna jalan raya menyedari bahawa malang tidak berbau. Ironinya, mereka tidak
pula tidak mengamalkan slogan Berhati-hati di Jalan Raya, Ingatlah Orang Yang Tersayang.
Jelaslah, kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap pengguna jalan raya yang tidak mahu
mengubah sifat negatif dalam diri mereka.

Faktor mekanikal turut menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku. Walaupun


hanya menyebabkan 1.3% kes kemalangan namun faktor ini tidak boleh dipandang sebelah
mata. Hal ini demikian kerana, kejadian yang tidak diingini seperti kerosakan brek, tayar pancit
atau lampu isyarat tidak berfungsi sebenarnya boleh dielakkan. Pemilik kenderaan tidak
mempunyai rasa tanggungjawap untuk memastikan bahawa kenderaan berada dalam keadaan
selamat sebelum memulakan perjalanan, khususnya ke destinasi yang jauh. Tidak dinafikan ada
yang mengambil mudah hal-hal sebegini tetapi ada juga alpa kerana kempen-kempen kesedaran
yang disiarkan di corong-corong radio dan di dada-dada akhbar tidak berkesan. Kempen-
kempen kesedaran oleh pihak media massa yang tidak disiarkan pada waktu perdana sehingga
menyebabkan ramai yang tidak menyedarinya. Selain itu, kempen-kempen kesedaran tentang hal
ini juga tidak melibatkan ikon terkemuka seperti tokoh motivasi tersohor tanah air seperti datuk
Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah dan penceramah bebas Uztar Azahar Idrus. Ketiadaan tokoh-
tokoh yang berwibawa seperti menjadi kempen-kempen kesedaran kurang menarik kerana ikon
seperti mereka mempunyai pengaruh yang besar dan kata-kata mereka akan didengar oleh ribuan
peminat. Kempen-kempen kesedaran tentang kepentingan memastikan kenderaan sentiasa dalam
keaadaan selamat juga disiarkan secara bermusim dan tidak berterusan. Pihak PUSPAKOM pula
tidak menjalankan program atau kempen kesedaran yang benar-benar menarik untuk
menggalakkan pemilik kenderaan melakukan pemeriksaan berkala. Di samping itu, mungkin
juga usaha-usaha yang dijalankan untuk memberikan kesedaran ini bersifat hangat-hangat tahi
ayam sahaja. Hal ini menyebabkan pemilik-pemilik kenderaaan memandang enteng hal ini
sedangkan kita tidak mahu sudah terantuk baru terngadah. Apabila nasi sudah menjadi
bubur, penyesalan tidak berguna lagi. Jelaslah, faktor kenderaan juga merupakan penyebab
kemalangan jalan raya.

Faktor persekitaran pula ialah jalan licin, jalan berlubang dan tiada lampu jalan. Faktor
ini akan menyebabkan kemalangan biarpun pemandu berhati-hati dan kenderaan dalam keadaan
baik kerana pesan orang tua-tua malang tidak berbau.Walaupun daripada 533 kes yang dikaji,
hanya 24 kes kemalangan disebabkan faktor ini namun pemandu mesti berhati-hati kerana
peribahasa ada menasihati kita agar sediakan payung sebelum hujan. Faktor persekitaran ini
sangat berkait rapat dengan faktor alam. Apabila hujan lebat, kemalangan lebih mudah berlaku
kerana jalan raya menjadi licin. Keaadaan menjadi semakin serius sekiranya pemandu tidak
memandu secara berhemah dan jalan berliku-liku atau bercerun curam. Suasana berkabus dan
ketiadaan lampu jalan akan menyebabkan pengguna jalan raya melanggar lubang di atas jalan
kerana jarak penglihatan terhad. Selain itu, kedudukan jalan raya yang berhampiran dengan
hutan juga boleh menyebabkan kemalangan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes
kemalangan yang berpunca daripada kegagalan pengguna jalan raya mengelak binatang liar
seperti musang, monyet dan ular yang melintas jala secara tiba-tiba. Terdapat juga kemalangan
yang disebabkan kegagalan pemandu menyedari kehadiran haiwan ternakan penduduk di
kawasan berhampiran seperti lembu dan kambing. Di samping itu, kemalangan juga berpunca
daripada sikap tidak bekerjasama pihak swasta untuk membantu kerajaan mengurangkan kes-kes
kemalangan jalan raya. Pihak swasta seperti pengendali lebuh raya dan pihak pengiklanan tidak
menjalankan tanggungjawab sosial dengan menyediakan papan tanda tentang keadaan
persekitaran di kawasan yang sering berlaku kemalangan untuk memberi amaran atau peringatan
pengguna yang menggunakan laluan tersebut. Jelaslah, factor persekitan turut menjadi punca
berlakunya kemalangan jalan raya.

Konklusinya, semua pihak mesti berganding bahu seperti aur dengan tebing
dalam usaha mengelakkan kemalangan dan menjadikan jalan raya tempat yang selamat kerana
jalan raya di Malaysia terkenal sebagai Pembunuh Nombor 1 Negara. Semua pihak janganlah
hanya pandai menuding jari kea rah orang lain seperti yang terdapat dalam lagu rakyat Bangau
Oh Bangau kerana sikap ini tidak menguntungkan sesiapa malah hanya membuang masa. Selain
itu, kita juga mestilah melakukan anjakan paradigma dengan mengubah persepsi yang salah
bahawa tanggungjawab menangani kemalangan jalan raya tergalas di bahu pihak kerajaan
semata-mata. Sebaliknya, semua pihak mestilah saling membantu untuk menjayakan pelbagai
usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan seperti kempen Sifar Kemalangan Jalan Raya.
Hal ini demikian kerana, sebanyak manapun usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan tetapi
jika anggota masyarakat tidak mahu bekerjasama menjayakannya sudah pasti semua usaha itu
menjadi sia-sia. Hal ini bertepatan dengan analogi yang mengatakan bahawa, kita boleh
memaksa lembu turun ke sungai tetapi kita tidak dapat memaksanya untuk minum
air.Setiap pengguna jalan raya mestilah mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi untuk
mengubah sikap-sikap negatif yang ada di dalam diri mereka dan bekerjasama menjayakan
pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Hal ini demikian kerana, firman Allah
dalam Surah Ar Rad, Ayat: 11 ada menyebut Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu
kaum sehingga kaum itu mengubah nasib mereka sendiri. Sehubungan dengan itu, slogan
Pandu Cermat Jiwa Selamat perlulah menjadi panduan dan amalan semua rakyat Malaysia
semasa berada di jalan raya.

TEKNIK MENGHURAIKAN IDEA DALAM PENULISAN KARANGAN

Soalan 2 : DIMENSI IBU BAPA

ISU : AMALAN BERBUDI BAHASA


SOALAN : Langkah-langkah menjayakan amalan berbudi bahasa.

KATA KUNCI 1 : QUDWAH HASANAH.

Kata Kunci Ayat Huraian


Ayat Judul 1 Langkah paling dominan ialah ibu bapa mestilah menjadi
qudwah hasanah terbaik kepada anak-anak.

What? 2 Ibu bapa mestilah bertutur dengan sopan dan menghormati


Apakah orang lain, khususnya golongan warga emas. Ibu bapa mestilah
contoh teladan sentiasa menjalinkan hubungan baik sesama insan seperti
yang mesti menziarahi jiran tetangga yg sakit, membantu orang yang
ditunjukkan? memerlukan dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan.

Why/How? 3-7 Ibu bapa yang bertutur secara sopan dan menghormati orang lain
(Mengapa akan memberi gambaran yang baik kepada anak-anak tentang
/ Bagaimana cara berkomunikasi yang berhemah dalam kehidupan seharian.
contoh teladan Sekiranyanya ibu bapa sering menziarahi jiran tetangga / sanak
dapat menjayakan saudara dan membawa anak-anak bersama-sama dengan
amalan ini) mereka, sudah pasti amalan mulia ini dapat dipupuk dalam diri
anak-anak kerana kata peribahasa bagaimana acuan, begitulah
Kata-kata kuihnya. Selain itu, sikap mulia ibu bapa seperti sering
menarik/Peribahas bersedekah dan melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong
a akan mendorong anak-anak agar melakukan amalan yang sama.
Hal ini demikian kerana anak-anak ibarat kain putih, ibu
bapalah yang mencorakkan mereka. Selain itu. hal ini juga
bertepatan dengan ajaran Confucius iaitu Kepimpinan
Melalui Teladan. Sebaliknya, jika ibu bapa tidak mengamalkan
budaya berbudi bahasa dalam kehidupan seharian seperti
bertutur secara kasar, tidak menghormati orang lain dan bersikap
seperti enau, melepaskan pucuk masing-masing sudah pasti
sukar bagi mereka menasihati anak-anak agar berbudi bahasa
kerana mereka kelihatan tidak ubah seperti ketam menyuruh
anaknya berjalan lurus.

+CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA MANA SUMBER


ISU
When? 8-11 Ibu bapa mesti menunujukkan contoh teladan yang terbaik
Bila/ kepada anak-anak secara berkesan dan tidak besifat hangat-
tempoh hangat tahi ayam.
pelaksanaan
Ayat Penegasan Jelaslah, ibu bapa mestilah menjadi qudwah hasanah terbaik
untuk memupuk amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja.

KATA KUNCI 2 : PERATURAN DAN HUKUMAN.

Kata Kunci Ayat Huraian


Ayat Judul 1 Langkah yang pragmatik ialah ibu bapa mestilah menetapkan
peraturan dan melaksanakan hukuman.

What? 2 Ibu bapa mestilah menetapkan peraturan-peraturan kecil di


Apakah ruah seperti mesti bertutur secara sopan, mesti menghormati ibu
contoh peraturan / bapa dan anggota keluarga yang lebih berusia serta berbuat baik
hukuman yang sepanjang masa.
mesti dilaksanakan [Ibu bapa mestilah menetapkan peraturan-peraturan kecil di
ruah seperti tidak dibenarkan mengeluarkan kata-kata kesat,
dilarang menganiayai anggota keluarga, dan sebagainya]
Ibu bapa mestilah memberikan amaran keras kepada anak-anak
yang melanggar peraturan. Sekiranya mereka melakukannya
berulang kali hukuman seperti merotan, memastikan anak-anak
melakukan kerja-kerja amal dalam kawasan kejiranan mestilah
dilaksanakan.
Why/How? 3-7 Sekiranya anak-anak mematuhi peraturan-peraturan di rumah
(Mengapa seperti sentiasa bertutur secara sopan, sentiasa menghormati ibu
/ Bagaimanakah bapa dan anggota keluarga serta bekerjasama dalam kehidupan
peraturan dan seharian sejak kecil sudah pasti amalan berbudi bahasa akan
hukuman dapat menjadi budaya hidup mereka. Anak-anak yang melanggar
menjayakan peraturan yang telah ditetapkan seperti mengeluarkan kata-kata
amalan ini) kesat, menyakiti jiran tetangga dan enggan melibatkan diri
dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan mestilah diberikan
Kata-kata amaran yang keras dan dikenakan hukuman yang setimpal
menarik/Peribahas seperti hukuman rotan, tidak dibenarkan keluar bersama-sama
a dengan kawan untuk satu tempoh tertentu atau mesti melibatkan
diri dalam kerja-kerja amal. Hukuman yang tegas dan tanpa
kompromi penting agar anak-anak menyedari bahawa ibu-bapa
benar-benar serius dalam hal ini. Hukuman yang dikenakan juga
akan menjadikan anak-anak serik untuk mengulangi kesilapan
yang sama. Sebaliknya mereka akan berusaha untuk menjadikan
amalan berbudi bahasa sebagai budaya hidup mereka. Hal ini
bertepatan dengan kata-kata tokoh legalisme China, Han Fei
Tzu iaitu hanya undang-undang yang ketat yang mampu
mengawal tingkah laku manusia.
+CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA MANA SUMBER
ISU
When? 8-11 Peraturan-peraturan yang ditetapkan mestilah dipamerkan di
Bila/ rumah dan hendaklah dipatuhi sepanjang masa. Hal ini penting
tempoh agar anak-anak terbiasa dengan amalan mulia ini kerana kata
pelaksanaan orang tua-tua alah bisa tegal biasa. Hukuman mestilah
dilaksanakan sejak anak-anak kecil kerana melentur buluh,
biarlah dari rebungnya.

Ayat Penegasan Jelaslah, peraturan dan hukuman dapat memupuk amalan


berbudi bahasa dalam kalangan anak-anak remaja.

KATA KUNCI 3 : PROGRAM.

Kata Kunci Ayat Huraian


Ayat Judul 1 Langkah yang tidak kurang efisiennya ialah ibu bapa mestilah
mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik dan memotivasi
anak-anak menyertai program-programm yang dianjurkan
oleh pihak lain.

What? 2 Ibu bapa mestilah mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat


Apakah mendorong anak-anak agar menjadikan amalan budi bahasa
contoh aktiviti / sebagai budaya hidup mereka seperti aktiviti yang dapat
program yang dijalankan ibu bapa ialah usrah/tazkirah, lawatan ke rumah
mesti dilaksanakan kebajikan dan sambutan Hari Keluarga. Program-program yang
dianjurkan oleh pihak lain yang dianjurkan oleh JKK kawasan
perumahan, pihak sekolah, NGO dan pihak kerajaan ialah Kem
Bina Insan, Kuliah Perdana, Kempen Budi Bahasa budaya
Kita dan Program Masyarakat Penyayang.

Why/How? 3-7 Usrah/tazkirah selepas solat Maghrib atau Subuh dapat memberi
(Mengapa pengetahuan dan kesedaran kepada anak-anak tentang
/ Bagaimanakah kepentingan amalan berbudi bahasa dalam kehidupan mereka.
aktiviti dan Lawatan ke rumah-rumah kebajikan seperti rumah anak-anak
program dapat yatim, rumah golongan istimewa dan rumah warga emas dapat
menjayakan memupuk rasa empati, nilai tanggungjawap dan keprihatinan
amalan ini) untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik .Ibu bapa
yang kesuntukan masa untuk mengadakan aktiviti-aktiviti
Kata-kata mestilah mempunyai inisiatif untuk memotivasikan anak-anak
menarik/Peribahas agar menyertai program-program yang dianjurkan oleh pelbagai
a pihak lain. Namun begitu, aktiviti atau program yang dijalankan
mestilah benar-benar menarik dan dilaksanakan scara sistematik.
Program-program yang dianjurkan mestilah dapat menarik minat
anak-anak seperti melibatkan ikon tersohor seperti Datuk Dr Hj
Mohd Fadzillah Kamsah dan Ustaz Azhar Idrus kerana kata-
kata mereka dapat mempengaruhi ribuan peminat yang
ISU mendengarnya. Ibu bapa juga mestilah menyedarkan anak-anak
bahawa semua program yang dilaksanakan tidak mendatangkan
apa-apa makna sekiranya mereka tidak mahu bekerjasama
menjayakannya. Ibu bapa mesti memberi kesedaran kepada
anak-anak bahawa kita boleh menarik lembu ke sungai tetapi
tidak boleh memaksa lembu itu minum air. Selain itu, dalam
Surah Ar Rad Ayat:11 Allah berfirman Allah tidak akan
mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah
nasib mereka sendiri.
+CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA MANA SUMBER

When? 8-11 Program-program ini mestilah dijalankan sekerap mungkin dan


Bila/ tidak bersifat bermusim. hujung minggu dan pada musim cuti
tempoh persekolahan.

Ayat Penegasan Jelaslah, program-program yang menarik dapat memupuk


amalan berbudi bahasa dalam kalangan anak-anak remaja.

KATA KUNCI 4 : PERHATIAN DAN KASIH-SAYANG.


Kata Kunci Ayat Huraian
Ayat Judul 1 Langkah yang juga efektif ialah ibu bapa mestilah memberikan
perhatian dan kasih-sayang kepada anak-anak.

What? 2 Ibu bapa mestilah memberikan perhatian yang secukupnya


Apakah bentuk kepada anak-anak seperti memantau tingkah laku, pergaulan dan
Perhatian dan kasih aktiviti-aktiviti yang disertai mereka. Kasih-sayang yang
sayang yang mesti mencukupi seperti sentiasa meluangkan masa bersama-sama
diterapkan? dengan anak-anak dan tidak brrsikap pilih kasih juga perlu
diamalkan.

Why/How? 3-7 Ibu bapa mestilah memberikan perhatian dan kasih-sayang yang
(Mengapa secukupnya kepada anak-anak agar mereka berasa disayangi.
/ Bagaimana Hal ini demikian kerana, anak-anak yang berasa disayangi lebih
perhatian dan mudah mendengar kata, contohnya agar sentiasa berbudi bahasa.
kasih-sayang dapat Ibu bapa mestilah memantau tingkah laku anak-anak, di luar
menjayakan rumah khususnya kerana tutur kata dan tingkah laku mereka
amalan ini) seringkali dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya. Sekiranya,
rakan-rakan mereka sentiasa bertutur dan berkelakuan secara
Kata-kata sopan sudah pasti anak-anak juga akan bersopan dalam
menarik/Peribahas pergaulan. Sebaliknya, jika kawan-kawan mereka bersikap
a biadap dan sering mengeluarkan kata-kata kesat sudah pasti
anak-anak juga bersikap sedemikian. Hal ini bertepatan dengan
kata-kata tokoh motivasi terkenal tanah air, Dr Dr Hj Mohd
Fadzilah Kamsah iaitu anak-anak kita ialah siapa kawan-
kawan mereka. Selain itu, Ibu bapa juga mestilah menasihati
anak-anak agar bijak memilih rakan sebaya kerana pepatah
Arab ada menyebut bahawa berkawanlah dengan pembuat
minyak wangi agar kamu terpalit bau wanginya itu dan
janganlah berkawan dengan tukang besi agar bau busuk
besi terbakar tidak melekat padamu. Di samping itu, ibu bapa
mestilah menasihati anak-anak tentang kepentingan menjadikan
amalan berbudi bahasa ini sebagai budaya hidup dengan penuh
rasa kasih sayang tanpa sedikit pun rasa jemu kerana lazimnya
anak-anak mengambil masa yang lama untuk menerima sesuatu.
Datuk Dr Hi Mohd Fadzilah Kamsah juga ada mengingatkan
bahawa untuk menasihati seseorang, kita mestilah
mengulan-ulang nasihat yang sama sebanyak 200 kali.

+CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA MANA SUMBER


ISU
When? 8-11 Ibu bapa mesti sentiasa berusaha memberikan perhatian dan
Bila/ kasih sayang kepada anak-anak, walaupun sibuk dengan kerjaya
tempoh atau urusan rumah tangga.
pelaksanaan
Ayat Penegasan Jelaslah, didikan agama dan penerapan nilai-nilai murni
dapat menjayakan amalan berbudi bahasa dalam kalangan
remaja.

KATA KUNCI 5 : AGAMA DAN NILAI-NILAI MURNI.

Kata Kunci Ayat Huraian


Ayat Judul 1 Langkah yang juga efektif ialah ibu bapa mestilah memberikan
didikan agama dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri
anak-anak.

What? 2 Ibu bapa mestilah memberikan pendidikan agama yang


Apakah secukupnya kepada anak-anak mereka. Konsep Dosa Pahala
Didikan gama dan mestilah dijelaskan dan ajaran Amal Makruf Nahi Mungkar
Nilai-nilai Murni mestilah menjadi pegangan hidup anak-anak. Nilai-nilai muni
yang mesti seperti bertutur dengan sopan dan sentiasa berbuat baik sesama
diterapkan? insan mestilah diterapkan sejak anak-anak masih kecil supaya
amalan berbudi bahasa menjadi budaya hidup mereka.
Why/How? 3-7 Ibu bapa yang sentiasa mendidik anak-anak agar menjadikan
(Mengapa ajaran agama sebagai panduan hidup mereka pasti mudah
/ Bagaimana menasihati anak-anak agar menjadikan amalan berbudi bahasa
contoh didikan sebagai budaya hidup mereka. hal ini demikian kerana semua
agama dan NNM agama menganjurkan penganut-penganutnya agar melakukan
dapat menjayakan kebaikan dan meninggalkan amalan-amalan buruk seperti
amalan ini) mengeluarkan kata-kata kesat, menyakiti orang lain, sombong
dan bersikap seperti enau melepaskan pucuk masing-masing.
Kata-kata Anak-anak sentiasa akan mengawal pertuturan dan tingkahlaku
menarik/Peribahas mereka kerana percaya kepada pembalasan di akhirat kelak.
a Ajaran agama Hindu dan Buddha juga ada menjelaskan
Hukum Karma dan Kelahiran Semula. Oleh itu, anak-anak
tidak mengira agama lebih mudah dinasihati agar berbudi bahasa
kerana mereka yakin dan percaya akan ganjaran dosa dan
pahala. Kejayaan ibu bapa menerapkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan anak-anak juga akan membantu kerajaan menjayakan
amalan mulia ini kerana para remaja telah terbiasa dengan
kehidupan yang mengutamakan amalan berbudi bahasa. Ibu
bapa juga mestilah menyedarkan anak-anak bahawa ajaran
agama dan nilai-nilai murni yang telah dipelajari tidak
mendatangkan apa-apa makna sekiranya mereka tidak mahu
mengamalkankan dalam kehidupan seharian. Hal ini bertepatan
dengan pepatah Arab yang menyebut bahawa ilmu tanpa amal
ibarat pohon rending tanpa buah.

+CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA MANA SUMBER


ISU
When? 8-11 Ibu bapa mesti memberikan didikan agama dan menerapkan
Bila/ nilai-nilai murni dalam diri anak-anak sejak mereka masih kecil
tempoh lagi melalui sesi usrah/tazkirah atau secara tidak langsung.
pelaksanaan
Ayat Penegasan Jelaslah, didikan agama dan penerapan nilai-nilai murni dapat
menjayakan amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja.
KARANGAN BAHAGIAN A (KARANGAN CONTOH CEMERLANG)

TAJUK : PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan


sebarang bahan kimia, jirim, zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan
mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidupan lain serta
merosakkan alam sekitar ke dalam atmosfera. Contoh pencemaran udara ialah
seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflourokarbon, bau-bauan, logam
toksik seperti plumbum dan tembaga dan bahan radioaktif. Walau bagaimanapun,
bumi masih mempunyai kaedah semulajadi bagi menangani pencemaran semula
jadi ini. Apabila manusia mula menjalankan aktiviti perindustrian mahupun aktiviti
harian, pencemaran alam sekitar semakin berleluasa dan bumi tidak mampu lagi
memikul beban pencemaran tersebut.

Kini, semua orang harus menerima hakikat bahawa jalan raya di bandar
besar sudah tidak mampu lagi menampung jumlah kenderaan yang semakin
bertambah. Di Bandaraya Kuala Lumpur umpamanya dikatakan terdapat lebih
kurang sejuta buah kenderaan memasukinya setiap hari. Banyak faktor yang
menyumbang kepada kesesakan ini. Salah satu puncanya ialah tidak keseimbangan
pada kadar pertambahan antara jumlah kenderaan dengan pertambahan keluasan
jalan raya. Setiap hari jumlah kenderaan bertambah sedangkan penambahan
keluasan jalan raya boleh dikatakan amat perlahan. Ketidakseimbangan ini
menjadikan kepadatan kenderaan di jalan raya semakin tinggi. Kesesakan juga
menyebabkan pengeluaran asap kenderaan yang terkumpul dari kenderaan telah
mengumpulkan gas karbon monoksida dan gas dari penyaman udara mencemar
udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan kloroflourokarbon
(CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon.

Selain itu, aktiviti perkilangan juga penyumbang kepada pencemaran udara.


Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan
terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun, kadar pengeluaran yang
kian meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas
organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri
menghasilkan bahan cemar yang berbeza. Sebagai contoh, industri kimia
melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan
nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang
mengandungi sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar
terutama karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat
memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seantero dunia. Selain
pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan premis-premis atau zon industri
tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan
getaran.

Seterusnya pembakaran terbuka turut memainkan peranan penting. Sebagai


contoh, pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula
mengandungi banyak partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada
jarak yang jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang
udara Malaysia. Api dari pembakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap yang
mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di sekitarnya.
Dalam pada itu, fenomena jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini
berpunca daripada pembakaran hutan secara terbuka bagi tujuan pembersihan
tanah pertanian di sekitar Riau, Sumatera, Kalimantan dan Indonesia. Disebabkan
perkara ini, kerajaan mengisytiharkan darurat jerebu bermula 11 0gos 2005.
Natijahnya, jarak penglihatan semakin terjejas dan mengakibatkan penyakit
Bronkitis, asma dan katarak mata.

Tuntasnya, kemerosotan kualiti udara di negara kita sebenarnya disebabkan


oleh kealpaan masyarakat di negara ini dalam mengejar arus pemodenan. Semua
pihak haruslah berganding bahu bagi menyelesaikan permasalahan ini agar kesan
buruk tidak berlaku. Sebelum nasi menjadi bubur langkah-langkah pencegahan
perlulah diambil dengan segera kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tiada berguna. Hal ini juga untuk kebaikan semua pihak dan untuk generasi yang
akan datang tidak perlu hidup di dalam dunia yang bagaikan neraka yang panas
dengan peningkatan suhu Bumi.
Bahagian A
( 30 markah )
( Masa dicadangkan : 45 minit )

Lihat rajah di bawah dengan teliti . Huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam
memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak. Panjangnya huraian hendaklah antara
200 hingga 250 patah perkataan.

PERANAN IBU BAPA

Menjadi Mengunjungi
suri teladan perpustakaan dan
Ilmu buku
pameran
keibubapaan

Ibu bapa mempunyai peranan penting dalam memupuk minat membaca


dalam kalangan anak-anak. Alang-alang menyeluk pekasam , biar sampai ke
pangkal lengan. Alang-alang menjadi ibu bapa, mainkanlah peranan dengan
sebaik mungkin. Dalam meniti arus pemodenan negara, negara Malaysia semakin
hari semakin berkembang pesat. Bangunan-bangunan pencakar langit banyak
dibina bak cendawan tumbuh selepas hujan lantaran menawarkan peluang-
peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Tidak hairanlah pada abad ke-
21 ini hampir kesemua ibu bapa bekerja dalam sektor kerajaan mahupun swasta
untuk mencari nafkah bagi keluarga masing-masing. Hal ini kerana Malaysia telah
menunjukkan peningkatan dalam bidang pendidikan setaraf dengan negara maju
yang lain dan menawarkan banyak peluang pekerjaan. Namun begitu, budaya
membaca dalam kalangan masyarakat jauh ketinggalan oleh pemodenan negara
bagai langit dengan bumi. Ibu bapa yang bekerja ini kebanyakannya alpa akan
tanggungjawab mereka terhadap anak-anak dek kerana mengejar kemewahan
duniawi.Saya berpendapat ibu bapa mestilah proaktif dalam memupuk minat
minat membaca.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk budaya membaca


dalam diri anak-anak. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Dalam institusi
kekeluargaan, ibu bapa haruslah menjadi suri teladan kepada anak-anak. Mereka
haruslah menunjukkan sikap positif terhadap budaya membaca. Sikap bagai
ketam mengajar anaknya berjalan, seharusnya tidak wujud dalam diri ibu
bapa.Tamsilannya, ibu bapa menyuruh anaknya membaca serta melakukan
aktiviti-aktiviti berfaedah daripada menonton televisyen 24 jam. Pada hakikatnya,
ibu bapa ini hanya menyuruh dan mereka hanya omong-omong kosong terhadap
anak-anak mereka tanpa mengajak membaca bersama-sama.

Tidak dapat disangkal jua , ibu bapa mempunyai peranan penting dalam
memupuk budaya membca dalam diri anak-anak dengan mengukuhkan ilmu
parenting skill dalam diri ibu bapa. Ibu bapa seharusnya memantau pembacaan
anak-anak. Negara maju seperti negara China, ibu bapa adalah nadi kepada budaya
membaca dalam diri anak-anak. Rakyat negara China akan sentiasa memantau dan
memastikan anak-anak mereka membaca walaupun sebuah buku dalam sehari.
Usaha ini membuahkan hasil dan melahirkan anak-anak yang suka membaca dan
sentiasa berfikir di luar kotak. Sikap ini seharusnya menjadi ikutan ibu bapa di
Malaysia bak aforisme Melayu ,yang baik menjadi ikutan, yang buruk
menjadi teladan.

Sementelahan itu, dengan berkunjung ke pusat-pusat yang terdapat bahan


bacaan boleh memupuk budaya membaca. Tidak kenal maka tidak cinta.
Sebagai contoh, apabila kerajaan mengadakan pesta buku antarabangsa di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah menawan hati rakyat untuk berkunjung dan
mencintai amalan membaca. Akhbar Utusan Malaysia, 16 April 2009 menyatakan
bahawa seramai 2,000 orang pengunjung telah menjayakan program yang
dianjurkan oleh kerajaan Malaysia selama empat hari iaitu dari 14 April hingga 17
April 2009. Justeru, ibu bapa perlu membawa anak-anak mereka ke tempat yang
sedemikian bagi menanamkan rasa cinta terhadap membaca dan menjadikan
budaya membaca sebagai amalan kita seharian.

Sudah terang lagi bersuluh, peranan ibu bapa amat penting dalam
memupuk budaya membaca anak-anak. Hal ini demikian kerana ibu bapalah orang
yang paling hampir dan memahami anak-anak. Selain itu, ajaran agama juga amat
menitikberatkan ibu bapa supaya mendidik anak-anak sejak kecil lagi. Malah ibu
bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan budaya hidup anak-anak.
Seandainya corak yang dilakarkan itu cantik maka cantiklah cara kehidupan anak-
anak.

Bahagian B
( 100 markah )
( Masa yang dicadangkan : 1 jam 30 minit )
Soalan:

Anda merupakan Pengerusi Persatuan Sejarah di sekolah anda. Sempena


Kempen Bulan Kebangsaan di peringkat sekolah, anda telah diminta
menyampaikan syarahan bertajuk, Kepentingan Mata Pelajaran Sejarah.
Sediakan teks syarahan anda itu.

Analisis soalan:
Kata kunci : Mata pelajaran Sejarah
Kehendak soalan : Kepentingan mata pelajaran Sejarah
Jenis karangan : Syarahan

KEPENTINGAN MATA PELAJARAN SEJARAH

Terima Kasih Tuan Pengerusi Majlis . Yang Berusaha,Tuan Haji Azmi bin
Zulkefli, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 24, Yang Dikasihi Puan
Noor Hamiza bin Hang Tuah,Pengerusi Panita Sejarah, guru-guru, dan rakan
pelajar yang dikasihi. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya
merakamkan rasa penghargaan saya di atas kesudian pihak sekolah member
peluang kepada saya menyampaikan syarahan yang bertajuk Kepentingan Mata
Pelajaran Sejarah. Bagi saya, undangan ini merupakan penghargaan pihak sekolah
terhadap penglibatan saya di dalam Persatuan Sejarah Sekolah.

Hadirin Yang dimuliakan,

Menurut Kamus Dewan, sejarah bermaksud peristiwa yang benar-benar


berlaku pada waktu lampau. Apabila menyebut peristiwa, kebiasaannya yang
dirakamkan ialah tentang peristiwa yang melibatkan jatuh bangun sesebuah
negara atau bangsa. Sejak KBSM diperkenalkan pada akhir tahun 1980-an, mata
pelajaran Sejarah diwajibkan dalam peperiksaan PMR dan SPM. Belajar apa-apa
juga aliran, tidak mempunyai pilihan, minat atau tidak mesti mempelajari sejarah
untuk berdepan dengan peperiksaan. Pada peringkat awal, memang ramai yang
menentang kerana pelajaran sejarah tidak mempunyai nilai ekonomi. Anda sendiri
pun berasa tidak selesa kerana berdepan dengan tarikh dan peristiwa ,namun alah
bisa tegal biasa. Justeru, yakinlah tujuan mewajibkan mata pelajaran ini demi
kepentingan kita semua .

Negara kita didiami oleh rakyat berbilang kaum, dengan kaum terbesar
Melayu, Cina, dan India. Kepelbagaian kaum dengan anutan agama yang berbeza
dan corak budaya seharian yang berlainan tidak menjadi masalah untuk
berkomunikasi , saling mengerti, bertolak ansur, dan berdaya saing untuk
memaknakan kemerdekaan tanah air. Kecuali peristiwa yang berlaku pada 13 Mei
1969, sepanjang waktu melalui kehidupan dengan aman dan damai. Hal ini
berpunca mereka mengerti asal usul mereka, hak masing-masing, dan peranan
perlu dimainkan di dalam Negara ini. Semuanya dirakamkan dalam mata pelajaran
Sejarah. Orang Melayu sedar, sebahagian daripada mereka dari Kepulauan
Indonesia, orang Cina mengerti mereka dari Tanah Besar China, dan orang India
juga faham mereka dari negara India. Pengertian yang diperoleh menerusi mata
pelajaran Sejarah menjadikan mereka dapat mengelakkan rasa ini bagi
menghadapi cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini agar tidak
tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak
tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira
keturunan dan anutan agama, perlu bergerak seiring sebagai satu bangsa, yakni
Bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang
sama iaitu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara
maju yang lain.

Hadirin yang dikasihi,


Mata pelajaran Sejarah juga menyebabkan kita mengenali tokoh tertentu
yang berhasil melakar sejarah tanah air seperti Datuk Maharajalela, Mat Kilau,
Dato Onn, Tunku Abdul Rahman dan Ahmad Boestaman.Rata-rata mereka terlibat
dalam memperjuangkan tanah air daripada dibelenggu penjajah Inggeris.Kecuali
Tunku Abdul Rahman yang berpeluang menjadi Ketua Menteri, kemudian Perdana
Menteri , pemimpin yang lain hanya mampu mengalirkan keringat demi
keselesaan anak watan. Jika sesetengah negara para pejuangnya bermandikan
darah sebelum negara memperoleh kemerdekaan,tetapi perjuangan kita dengan
cara permuafakatan. Pengetahuan ini menyedarkan kita akan kesenangan yang
dinikmati ini dengan keringat para pejuang silam.

Semasa hayatnya Tunku Abdul Rahman pernah berkata, memperoleh


kemerdekaan lebih mudah berbanding untuk mempertahankannya. Sebenarnya,
kita janganlah berasa terlalu selesa, sehinggakan tidak sesekali berwaspada akan
kemungkinan negara ini dijajah. Penjajahan alaf baru ini bukan semestinya
dengan senjata tetapi dengan ekonomi. Peristiwa tahun 1997 apabila negara kita
diserang penyangak mata wang , George Soros menyebabkan nilai ringgit
menjunam wajar dijadikan iktibar. Sejarah akan berulang dan sebab itu
kemungkinan buruk senantiasa ada. Bagaimana kita boleh mengingati akan hal ini
jika kita tidak mempelajari sejarah? Pengetahuan akan pengalaman pahit
sesebuah negara begitu sukar jika hanya menatap akhbar atau majalah, kecuali
mata pelajaran Sejarah.

Para pelajar yang budiman,

Sebenarnya mempelajari Sejarah juga menambahkan pengetahuan kita.


Sebagaimana mata pelajaran Geografi,Fizik, atau Kimia, berfungsi menggerak
minda menjadikan seseorang pelajar itu berwawasan. Dalam konteks mata
pelajaran sejarah, segala pengetahuan tersebut boleh dimanfaatkan dalam
kehidupan sehari-hari, sekali gus mengelakkan kita seperti menjadi katak di
bawah tempurung. Pengetahuan ini mampu mewujudkan rasa kecintaan di dalam
diri kita. Sebagai contoh jika mengetahui sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad
dan Stadium Merdeka, sudah tentu kita akan menentang jika tempat tersebut
dirobohkan kerana hal ini berkait rapat dengan kemerdekaan negara pada 31 Ogos
1957, lalu kita mencadangkan agar tempat tersebut dipulihara sebagai satu bahan
bersejarah yang tidak ternilai harganya.

Kini, anak-anak muda bersikap negatiif terhadap kepimpinan negara dengan


melontarkan pelbagai tohmahan terhadap apa-apa yang dilakukan oleh
pemimpin. Apa-apa juga usaha dilakukan untuk pembangunan negara ,tetapi
tanggapan buruk telah dihamburkan. Pada saat inilah mata pelajaran Sejarah
berperanan menyedarkan mereka terhadap sikap keterlaluan mereka dengan
melihat akan peranan pemimpin tidak sekadar memikirkan perut rakyat semata-
mata, tetapi menyediakan pelbagai perkara bukan untuk saat ini sahaja tetapi
generasi mendatang. Sebab itulah sepanjang bulan Ogos hingga 16 September ,
pelbagai aktiviti dijalankan seperti kempen mengibar Bendera Jalur Gemilang dan
media massa pula memaparkan sejarah perjuangan silam kerana mereka sedar
hanya sejarah dapat menyedarkan orang ramai.Sehubungan itu, YAB Dato Sri
Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kita telah memperkenalkan
Gagasan 1Malaysia yang berpaksikan prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan. Gagasan 1Malaysia ini bertujuan memperkukuhkan hubungan dan
kerjasa antara rakyat pelbagai kaum di Negara ini sebagai senjata utama untuk
menghadapi ancaman dan cabaran yang bertujuan menggugat kesejahteraan
hidup mereka.

Rasanya sudah panjang saya menyampaikan syarahan pada pagi yang mulia
ini. Izinkan saya menyampaikan serangkap pantun yang berbunyi,
Dari runtuhnya Kota Melaka,
Kehebatan Putrajaya kita dirikan;
Sejarah melakar detik merdeka,
Keharmonian hidup mampu dikekalkan.

Sebelum mengakhiri syarahan ini, saya menyeru rakan pelajar semua


meminati mata pelajaran Sejarah yang kelihatan tiada nilai ekonomi tetapi besar
peranannya dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan mewujudkan jati
diri dalam kalangan kita semua .Justeru, mampu menjadikan Malaysia sebuah
negara yang aman dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh
dunia. Saya akhiri syarahan dengan lafaz terima kasih.

Romzan binti Abdullah


SMK Jengka 24

Anda mungkin juga menyukai