Anda di halaman 1dari 20

SCS 101 : COMMUNICATION SKILLS

Pensyarah : Puan Fadhillah Bt Aziz

TUGASAN (60%)
SEMESTER JANUARY 2022

KOD SUBJEK : SCS101

TAJUK SUBJEK : COMMUNICATION SKILLS

PERINGKAT : IJAZAH SARJANA MUDA

NAMA PELAJAR : NUR HABIBAH BINTI YUSUF

NOMBOR MATRIK : A30105200007

PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN


ISLAM

FASILITATOR : PN. FADHILLAH BT AZIZ


AKADEMIK nur.fadhillah@aeu.edu.my | 016-515 5859

PUSAT : FULLY ONLINE


PEMBELAJARAN

NUR HABIBAH BT YUSUF ( A30105200007 ) 1


SCS 101 : COMMUNICATION SKILLS
Pensyarah : Puan Fadhillah Bt Aziz

ASIA e UNIVERSITY, Wisma Subang Jaya, No 106, Jalan


SS15/4, 47500, Subang Jaya, Selangor , Malaysia

Disediakan Oleh :

Nur Habibah Bt Yusuf Telefon : 1 - 300 - 300 - 238 Faks : 03 - 2785 001 Website :
www.aeu.edu.my
No Matriks : A30105200007

SEMESTER : 6
Bachelor Of Education
(Teaching Islamic Studies In
Primary School) With
SUBJEK : SCS 101
Honours :
( COMMUNICATION SKILLS )
Semester 6

JUMLAH MARKAH : 60%


Disediakan Untuk :

Puan Fadhillah Bt Aziz


TARIKH AKHIR SERAHAN :
Pensyarah : SCS 101
(COMMUNICATION SKILLS)
03 APRIL 2022

Asia ‘e’ Universiti, Subang


Jaya, Selangor

NUR HABIBAH BT YUSUF ( A30105200007 ) 2


SCS 101 : COMMUNICATION SKILLS
Pensyarah : Puan Fadhillah Bt Aziz

ISI KANDUNGAN MUKASURAT

Penghargaan 4

Bahagian A:

1.0 Pendahuluan
5
1.1 Pemahaman Diri 5
1.2 Konsep Tingkap Johari 6
7
1.3 Penutup

Bahagian B:
2.0 Pengenalan dan definisi Ego 8

2.1 Analisis kesan Ego terhadap komunikasi dan sikap 9

2.2 Penutup 10

Bahagian C:
3.0 Pengenalan dan definisi Agenda Tersembunyi 11
3.1 Dua fungsi Agenda Tersembunyi 11
3.2 Aspek penting yang mempengaruhi Agenda Tersembunyi 11
3.3 Lapan Agenda Tersembunyi 12
3.4 Alpukah-alpukah dalam mengubah Agenda 14
3.5 Penutup 15
Bahagian D :
4.0 Pengenalan etika dan komunikasi 15
4.1 Signifikan amalan etika dalam kehidupan seharian 16
4.2 Dilema etika dan kekurangan etika dalam persekitaran kerja 18
4.3 Tingkah laku kurang beretika dalam persekitaran kerja 19
4.4 Garis panduan dilema etika di tempat kerja 20
4.5 Penutup 20
5.0 Rujukan 20
SCS 101 : COMMUNICATION SKILLS
Pensyarah : Puan Fadhillah Bt Aziz

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim. Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah SWT saya Berjaya


menyiapkan tugasan yang diamanahkan dengan baik. Pada kesempatan ini, saya ingin
mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada Puan Fadhillah Bt Aziz, Pensyarah Subjek : SCS
101 : COMMUNICATION SKILLS kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada suami, ibu serta anak-anak
yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga saya
berjaya menghabiskan tugasan ini. Seterusnya, ucapan penghargaan ini ditujukan kepada
majikan saya, Tuan Pengetua, Tuan Haji Fadzlan Shahidi Bin Ghazali atas dorongan dan
memberikan ruang serta peluang untuk saya meneruskan cita-cita menggenggam segulung
ijazah.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Bantuan mereka tidak dilupakan kerana
menjawab setiap pertanyaan yang diajukan kepada mereka. Akhir madah, saya mengucapkan
terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyiapan
tugasan ini.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini, yang saya telah banyak mempelajari ilmu baharu
sepanjang penyiapan tugasan ini. Momen indah memberi saya seribu satu makna dalam
menimba ilmu di Universiti e-Asia ini. Saya berdoa agar Allah SWT mempermudahkan segala
urusan saya sepanjang pengajian. Pahala berjihad dalam menuntut ilmu Allah ini, saya
hadiahkan kepada Almarhum ayahanda saya, Tuan Haji Yusuf Bin Yahaya. Sokongan dan doa
beliau semasa hayatnya memberikan inspirasi kepada saya menamatkan pengajian ini dengan
cemerlang. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin ya rabbal alamin.

Terima kasih.

NUR HABIBAH BT YUSUF ( A30105200007 ) Page 4


SCS 101 : COMMUNICATION SKILLS
Pensyarah : Puan Fadhillah Bt Aziz
SOALAN 1

1.0 Pendahuluan

‘Apabila seseorang mengenal dirinya, maka dia sebenarnya mengenal tuhannya’


anekdot daripada kata-kata hikmah ini menunjukkan individu yang mengenal tuhan yang
telah menciptakannya perlu mengenal dan memahami diri sendiri. Menurut Dr. ‘Aid
Abdullah al-Qarni dalam bukunya ‘La Tahzan’ membicarakan bahawa kita wajar
memperbaharui hidup kita, menjadikan hidup lebih bervariasi dan kebiasaan hidup perlu
diubah dan diperbaiki.

1.1 Pemahaman Diri

Seseorang yang mengetahui kelebihan dan kekurangan yang ada pada dirinya
sendiri lebih mudah memahami diri dan keupayaannya. Menurut Dr Aid Abdullah al-
Qarni, kita harus bersyukur kepada Tuhan atas nikmat agama, pendengaran, penglihatan,
akal, kesihatan, menutup (aib), rezeki, kehidupan bekeluarga serta nikmat-nikmat yang lain.

a) kepentingan pemahaman diri

Sebelum kita mengenal Allah S.W.T dengan sebenar-benarnya. Kita dituntut menghayati
kejadian penciptaan diri manusia untuk mengenal kekuasaan Allah S.W.T dengan lebih
mendalam mendasari aspek ketuhanan (konsep Tauhid) seperti berikut :-

1. Individu dituntut mengenal Allah SWT sebagai tuhan yang wajib disembah dan
dipatuhi.
2. Sebagai insan perlu memahami matlamat penciptaan manusia sebagai khalifah atas
muka bumi.
3. Seseorang perlu memahami diri bagi meningkatkan potensi dan keupayaan diri.
4. Kita perlulah mensyukuri nikmat dan kelebihan diri sendiri
5. Manusia perlu menyedari akan kelemahan dan kekurangan diri sendiri.
6. Setiap individu wajar memahami kehidupan orang lain, masyarakat dan alam
sekeliling melibatkan (haiwan dan tumbuhan).

NUR HABIBAH BT YUSUF ( A30105200007 ) Page 5


SCS 101 : COMMUNICATION SKILLS
Pensyarah : Puan Fadhillah Bt Aziz

Antara aspek yang perlu dikenal pasti dalam pemahaman diri adalah berkaitan dengan
skil komunikasi yang baik. Menurut Salovey, keseimbangan emosi dapat mempengaruhi skill
komunikasi yang baik mencakupi lima domain utama iaitu :-

1. Kemampuan seseorang mengetahui emosi sendiri.


2. Kemampuan individu dalam menguruskan emosi
3. Keupayaan personal bagi meningkatkan motivasi diri sendiri.
4. Kebolehan manusia dalam mengenali emosi orang lain.
5. Keupayaan insan dalam menjalinkan hubungan silaturahim dan persaudaraan.

1.2 Konsep tingkap Johari

Joseph Luft dan Harrington Ingham memperkenalkan teori personaliti melalui Konsep
Tingkap Johari dapat membantu memahami diri.

Tingkap 1 (Bebas) Maklumat-maklumat selamat dan tidak mengancam diri dan keluarga
seperti maklumat diri, keluarga, tempat tinggal dan sebagainya.

Tingkap 2 (Tidak Disedari Kita tidak dapat menilai diri sendiri,semasa berinteraksi dengan
orang lain namun, orang lain boleh menilai melalui kesan suara atau bahasa yang melibatkan
‘body language’ gaya berjalan dan lain-lain.

Tingkap 3 (Tersembunyi) Seseorang tidak suka rahsia diri diketahui oleh orang lain lalu
disimpan sebagai rahsia diri. Kita kurang selesa, apabila orang lain cuba mencungkil hal
peribadi. Contohnya, angan-angan atau impian, rahsia yang dipendam, keinginan serta
kemahuan, dan sebagainya.

NUR HABIBAH BT YUSUF ( A30105200007 ) Page 6


SCS 101 : COMMUNICATION SKILLS
Pensyarah : Puan Fadhillah Bt Aziz
Tingkap 4 (Tidak Diketahui Langsung) Diri sendiri dan juga orang lain yang tidak kita
ketahui. Disebut sebagai ‘minda bawah sedar’ diilhamkan melalui mimpi, gerak hati (intuisi)
dan hipnosis (hypnosis).

Bentuk Tingkap Johari yang berlaku kepada seseorang apabila bertemu dengan orang lain.

Saya tahu Saya Tak Tahu

1 2
Bebas Tidak Disedari

Anda
Tahu

3 4

Anda Tersembunyi Tidak Diketahui


Tak Tahu Langsung

1.3 Penutup

Sebagai penutup bicara, setiap individu mempunyai karekter yang berbeza-beza.


Kekuatan dan kekurangan diri seseorang juga tidak sama. Maka, kita perlulah bersifat ‘give
and take’ agar dapat mengurangkan pelbagai isu yang mungkin timbul dalam sesuatu
komunikasi. Tuntasnya, pemahaman diri sendiri amat berkaitan dengan skil komunikasi
yang baik dan berkesan. Justeru, tingkatkan pemahaman diri sendiri agar dapat menjadikan
komunikasi lebih bermakna dan berkesan dalam sesebuah komuniti.

NUR HABIBAH BT YUSUF ( A30105200007 ) Page 7


SCS 101 : COMMUNICATION SKILLS
Pensyarah : Puan Fadhillah Bt Aziz
SOALAN 2

2.0 Pengenalan dan definisi Ego

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi (ego) ialah persepsi seseorang
tentang harga dirinya, mempengaruhi keyakinan dirinya, dan sebagai hamba yang sudah
bebas kembali, keperibadiannya tumbuh, sifatnya sebagai manusia berkembang dan
mengukuh kuat. Sifat ego tidak boleh digambarkan melalui visual atau perkataan
merupakan penyakit dalaman yang subjektif. Berdasarkan istilah bahasa Melayu, ego
ertinya sombong atau angkuh, sikap ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar yang wujud
dalam diri setiap manusia. Namun, dapat dikesan melalui perilaku dan perbuatan
seseorang.

Perincian sifat ‘Ego’ secara harfiah merangkumi elemen berikut :-

1. ”Ego” disifatkan sebagai kuasa eksekutif dalam struktur personaliti yang beroperasi
mendasari prinsip realiti dalam kehidupan.

2. ”Ego” secara rasional dan boleh diterima oleh masyarakat merujuk kepada sifat
berusaha mencipta kepuasan demi mengelak kekurangan hidup

3. Sifat tercela yang patut dijauhi oleh setiap manusia disebut ‘Egois’.

4. Seseorang yang menjaga kepentingan dirinya sendiri tanpa memikirkan atau


memahami kepentingan orang lain dikenali sebagai ‘Egois’

5. Sikap ego signifikan dengan sifat tidak menerima pendapat saranan dan kritikan,
mementingkan diri sendiri serta tidak memperdulikan orang lain,

NUR HABIBAH BT YUSUF ( A30105200007 ) Page 8


SCS 101 : COMMUNICATION SKILLS
Pensyarah : Puan Fadhillah Bt Aziz
2.1 Analisis kesan Ego terhadap komunikasi dan sikap

Sifat kibir (takabbur), sombong atau ego adalah penyakit paling besar di hati
manusia. Tetapi tidak dianggap penyakit jiwa juga dikenali sebagai sifat mazmumah.
Sombong atau ego dianggap sebagai penyakit jiwa yang paling bahaya.

Sombong atau ego sekurang-kurangnya ada tiga peringkat buruk atau jahatnya iaitu:

1. Apabila manusia sombong, ertinya dia mengambil sifat atau pakaian Tuhan yang tidak
dibolehkan oleh Tuhan. Ada Hadis Qudsi yang menyatakan: Maksudnya: “Kibir itu adalah
selendang-Ku dan kemegahan adalah sarung-Ku. Barang siapa merampas salah satu darinya,
Aku lemparkan dia ke Neraka Jahannam.” (Riwayat Abu Daud). Sifat ego boleh lahir syirik
yang merupakan dosa besar. Sifat ego diibaratkan mengambil pakaian Raja segala raja.

2. Musuh paling besar di sisi Tuhan ialah iblis. Bukan manusia yang memulakan Sifat ego
tetapi, iblis laknatullah memulakan sifat ego adalah mazmumah yang pertama berlaku.
Maksud Hadis :

“Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari
kesombongan.” (Riwayat Muslim). Begitulah murkanya Tuhan pada orang yang bersifat ego
kerana mengikut iblis, tidak mengikut Tuhan.

3. Sifat ego merupakan sifat mazmumah yang membawa dosa besar selepas kufur. Impak
sifat ego menjadi kufur apabila ego itu sudah besar dan tidak dapat dikawal. sifat
mazmumah-mazmumah akan dilahirkan melalui sifat ego. Ego adalah pokok kejahatan
dalam hati manusia dan beracun yang melahirkan sifat pemarah, dendam, sifat keras hati dan
susah terima kebenaran serta penzaliman seterusnya, melahirkan bibit-bibit kejahatan.

4. Sifat egois hanya mementingkan dirinya sendiri tanpa memperdulikan orang lain juga
boleh Memporak perandakan tali persaudaraan dan hubungan kekeluargaan.

NUR HABIBAH BT YUSUF ( A30105200007 ) Page 9


SCS 101 : COMMUNICATION SKILLS
Pensyarah : Puan Fadhillah Bt Aziz
5. Individu yang egois akan memutuskan hubungan silaturahim. Mereka hanya
bersilaturahim dengan orang tertentu sahaja.

6. Sikap egois dijauhi orang dan rakan-rakannya kerana menimbulkan tidak suka orang
lain terhadapnya.

7. Individu yang egois menimbulkan rasa kebencian, pergaduhan dan permusuhan


antara sesama manusia.

8. Sifat egois boleh mendatangkan dosa di sisi Allah SWT, karena sifat tersebut tidak elok
dan dilarang dalam agama Islam.

2.2 Penutup

Sebagai penutup bicara, sikap egois mirip terhadap orang yang takabur atau
sombong dan angkuh. Intihanya, orang yang egois selalu bersifat acuh tak acuh terhadap
lingkungan sekitarnya. Bagi mereka, sesuatu yang tidak menguntungkan dirinya, maka,
mereka akan menganggap remeh orang lain. Begitulah anggapan orang yang egois. Sifat
egois akan mendatangkan kehancuran bagi dirinya sendiri. Walakin, sebagai umat Islam,
kita wajar menjauhi sifat egois. Hal ini demikian kerana, sifat egois akan merugikan diri
sendiri dan juga merugikan orang lain, bahkan juga lingkungan disekitarnya.

Sabda Rasulullah Saw :

َ ‫اب ُك ِل ذِي َرأْي ٍ ِب َرأْ ِي ِه فَ َعلَي َْك ِبنَ ْفس‬


‫ِك‬ َ ‫عا َوه ًَوى ُمت َّ َبعًا َود ُ ْن َيا ُمؤْ ث َ َرة ً َو ِإ ْع َج‬ َ ‫ش ًّحا ُم‬
ً ‫طا‬ َ ‫ِإذَا َرأَي‬
ُ ‫ْت‬
Maksudnya : “Jika engkau melihat kikir ditaati, hawa nafsu diikuti, dan kekaguman pemilik
pendapat, jagalah dirimu.” (HR Abu Daud)

NUR HABIBAH BT YUSUF ( A30105200007 ) Page 10


SCS 101 : COMMUNICATION SKILLS
Pensyarah : Puan Fadhillah Bt Aziz
SOALAN 3

3.0 Pengenalan dan definisi Agenda Tersembunyi

Definisi : agenda ialah susunan perkara yang dikemukakan untuk dibincangkan


(dalam mesyuarat. Selain itu, maksud agenda ialah tersembunyi tidak kelihatan,
terlindung, dirahsiakan: (Kamus Dewan Edisi Keempat).

3.1 Dua Fungsi Agenda Tersembunyi:

1. Bagi membina dan mengekalkan pendirian asas agenda yang strategik untuk
menghadapi perasaan teras ketidakcukupan.

2. Bagi mempromosikan motif dan keperluan tersembunyi berdasarkan agenda adaptif


bertujuan mengasingkan diri daripada orang lain. Akhirnya, dapat menghalang seseorang
individu daripada rasa lega kerana dikenali dan diterima seadanya.

3.2 Aspek penting mempengaruhi Agenda Tersembunyi

1. Pengalaman peribadi

Oskamp (dalam Ramdhani, 2009) mengungkapkan dua aspek yang secara khusus
memberi sumbangan dalam membentuk sikap; pertama adalah peristiwa yang
memberikan kesan kuat pada individu (salient incident), iaitu peristiwa traumatik yang
merubah secara drastik kehidupan individu, misalnya kehilangan anggota tubuh disebabkan
kecelakaan. Kedua, munculnya objek secara berulang-ulang (repeated exposure).

2. Pengaruh orang lain yang dianggap penting

Menurut Ali (2000:36), seseorang yang tumbuh dan berkembang sesuai dengan rangkaian
interaksi antara perorangan dalam kehidupan sekitar keluarganya, dengan rakan sebaya,
teman akrab atau pernikahan juga yang bersifat formal dan informal yang berlangsung
secara relatif. Interaksi secara berkelompok akan berpengaruh besar terhadap komponen
kognitif, afektif, dan kognatif serta sikap.

NUR HABIBAH BT YUSUF ( A30105200007 ) Page 11


SCS 101 : COMMUNICATION SKILLS
Pensyarah : Puan Fadhillah Bt Aziz
3.3 Lapan Agenda Tersembunyi

1. Saya Baik.

Dalam semua situasi kita adalah wira, mesej yang biasanya ialah Saya Baik ialah: Saya
jujur; Saya bekerja keras; Saya berani; Saya setia, saya pemurah; Saya bercita-cita tinggi;
Saya berjaya; Saya berkuasa; Saya kuat; Saya berkorban diri; Saya seorang petualang.
Manakala, semua orang agak palsu, tetapi agenda ‘Saya Baik’ adalah lebih dalam kehidupan.

2. Saya Baik (Tapi Anda Tidak Baik).

Kita membuktikan diri baik-baik sahaja lalu menunjukkan betapa buruknya sifat orang lain.
"Semua orang bodoh, tidak cekap, mementingkan diri sendiri, malas, takut, dan kacau.
Anekdotnya, semua situasi adalah variasi pada situasi ini. Namun, terdapat beberapa variasi
dalam agenda ini iaitu Kritikan tersirat. Menjelaskan kesukaran seseorang bekerja, atau
kekerapan sifat berputus asa atau mementingkan dirinya sendiri.

3. Anda Baik (Tapi Saya Tidak Baik).

Agenda ini adalah versi paling mudah iaitu agenda sanjungan. Bentuk yang lebih kompleks
melibatkan sejenis pemujaan orang pintar, cantik atau kuat. "Kamu melakukannya
dengan baik, saya sangat menyukainya." "Saya harap saya mempunyai keberanian kamu,
"Saya terlalu takut." Kedudukan ‘one-down’ ini digunakan untuk mendapatkan nikmat atau
pujian strategi untuk menangkis kemarahan dan penolakan, merendahkan dirinya
biasanya akan disenangi, keluar daripada situasi yang tidak selesa, atau menyekat
permintaan serta jangkaan. Ungkapan "Saya tidak baik' digunakan untuk mengelak
penolakan, serta digunakan sebagai alasan untuk tidak berubah.

NUR HABIBAH BT YUSUF ( A30105200007 ) Page 12


SCS 101 : COMMUNICATION SKILLS
Pensyarah : Puan Fadhillah Bt Aziz
4. Saya Tidak Dibantu, Saya Menderita.

Agenda ini adalah agenda asas mangsa namun bukanlah asas yang baik untuk
hubungan yang berkekalan.melibatkan rasa malang, ketidakadilan dan penderaan,
seseorang yang tersekat, yang mencuba namun tidak dapat melarikan diri, yang bertahan
tanpa harapan lagi untuk sembuh. Misalnya,"Jangan minta saya melakukan apa-apa
tentang semua kesakitan ini, saya tidak bertanggungjawab." Kenyataan, I’m Helpless, I
Suffer’

5. Saya Tidak Bersalah.

Agenda ini adalah agenda pilihan apabila berlaku masalah untuk mengemukakan seribu
alasan mengenai kegagalan seseorang. Seterusnya, mencari orang lain atau sesuatu yang
lain untuk dipersalahkan atas kegagalan itu, lalu menyalahkan penasihat atau orang
memberikan nasihat untuk semua yang salah.

6. Saya Rapuh.

Agenda ini kedudukan asasnya ialah, "Jangan sakiti saya." Anda bercerita tentang diri
anda telah dikhianati dan dilukai pada masa lalu. Kemudiannya, anda menyatakan dengan
jelas bahawa anda memerlukan perlindungan, bahawa anda tidak tahan untuk
diberitahu seluruh kebenaran.

7. Saya Tegar/degil.

Kehidupan ini melibatkan kedua-dua aspek psikologi dan fizikal. Seorang wanita hebat
yang bekerja menyara keluarga, melakukan kerja-kerja rumah serta melibatkan diri
dalam aktiviti kejiranan. Begitu juga, Seorang lelaki yang bekerja keras untuk menyara
keluarga, kemudian menguruskan kerja-kerja rumah tangga seperti memasang paip
Mereka dikategorikan sebagai orang yang sangat takut akan penolakan serta sangat tidak
yakin akan nilai diri sendiri.

NUR HABIBAH BT YUSUF ( A30105200007 ) Page 13


SCS 101 : COMMUNICATION SKILLS
Pensyarah : Puan Fadhillah Bt Aziz
8. Saya Tahu Semuanya.

Agenda ini berfungsi paling baik dengan orang yang lebih muda, yang mungkin kagum atau
takut. Fungsi sebenar untuk mengelakkan mengalami semula pengalaman awal disebabkan
tidak tahu dan tidak merasa cukup. Tujuan berkomunikasi bukan untuk memaklumkan atau
menghiburkan orang lain, tetapi sebagai mesej pengajaran.

3.4 Alpukah-Alpukah Dalam Mengubah Agenda

Jika agenda tersekat, latih mental dengan pendekatan baru. Berikut adalah beberapa contoh
bagi mengubah agenda :-

Agenda Posisi yang baharu


Saya baik Saya adalah campuran antara kekuatan dan kelemahan. Saya boleh membentuk kedua-
dua belah diri saya.
Saya baik Saya tidak perlu menjatuhkan awak untuk menjadikan diri saya baik. Saya (kita) tidak
(kamu tidak lagi dalam perbandingan/persaingan.
baik)
Awak baik Saya boleh mendapat perhatian dengan kekuatan dan kebolehan diri saya. Saya tidak
(teetapi saya perlu berdalih.
tidak)
Saya Tidak Hidup saya adalah keseimbangan di antara kesenangan dan kesakitan, harapan dan
Berdaya, kesedihan. Saya boleh berkongsi setiap satunya sisi diri saya.
Saya
Menderita
Saya Tak Tiada sesiapapun yang sempurna. Keputusan yang saya buat kadangkala mempengaruhi
Bercela perkara yang salah. Maka, sebenarnya saya boleh melakukan kesilapan.
Saya Rapuh Sedikit menakutkan saya (kita) apabila seseorang kecewa, tetapi saya masih boleh
mendengarnya dan cuba memahaminya.
Saya Tegar / Saya boleh menjaga diri saya sendiri. Saya boleh berehat dan masih ada orang akan
teguh menyukai saya. Saya boleh selamat tanpa menakutkan orang lain.
Saya Tahu Saya boleh mendengar, boleh berminat, boleh bertanya soalan. Namun, terdapat perkara
Semuanya yang menarik perlu saya pelajari dan temui.

NUR HABIBAH BT YUSUF ( A30105200007 ) Page 14


SCS 101 : COMMUNICATION SKILLS
Pensyarah : Puan Fadhillah Bt Aziz
Adaptasi daripada : Mesej, ‘The Communication Skills Book’, McKay, Davis

3.5 Penutup

Akhirulkalam, sememangnya agenda tersembunyi digunakan dalam kehidupan


peribadi setiap orang yakni diri sendiri dan orang di sekeliling. Agenda tersembunyi
juga amat mempengaruhi interaksi individu dengan orang lain. Kita perlu memahami agenda
tersembunyi kerana amat signifikan dengan komunikasi yang berkesan. Tuntasnya, setiap
kita wajar memahami agenda tersembunyi dalam diri sendiri dan diri orang lain agar
kehidupan lebih harmoni dan tenteram juga menumbulkan kesejahteraan dalam
berkomunikasi serta persekitaran yang kondusif.

SOALAN 4 (20 Markah)

4.0 Pengenalan etika dan komunikasi

Perkataan etika berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘ethos’ yang bermaksud
‘watak’. Etika merupakan suatu piawaian yang berlandaskan betul dan salah terhadap
perbuatan atau tingkah laku seseorang dalam melaksanakan kewajipan manusia.
Etika mencakupi nilai-nilai moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau
kumpulan komuniti dalam menentukan perbuatan atau tingkah laku masing-masing.

Kehidupan yang beretika akan memastikan manusia melaksanakan kewajipan hidup


yang dapat memberi faedah kepada diri sendiri dan komuniti. Contohnya, seseorang itu
dikatakan beretika apabila bertindak jujur, menunjukkan belas kasihan dan kesetiaan.
Manakala perbuatan yang tidak beretika dalam masyarakat seperti mencuri, membunuh,
memeras ugut dan pecah amanah. Tuntasnya, seseorang manusia berlaku baik atau beretika
semata-mata bertujuan untuk mencari kesejahteraan hidup di dunia ini.

4.1 Signifikan Amalan Etika Dalam Kehidupan Seharian

Pelbagai perkara yang menjadi etika amalan hidup seharian. Sikap mulia dan
menjadi amalan orang Jepun ialah tidak suka membazir makanan. Misalnya, jika

NUR HABIBAH BT YUSUF ( A30105200007 ) Page 15


SCS 101 : COMMUNICATION SKILLS
Pensyarah : Puan Fadhillah Bt Aziz
seseorang itu pergi ke buffet di Jepun, maka, setiap orang akan mengambil makanan sekadar
yang diperlukan sahaja. Mereka akan menghabiskan makanan dengan di dalam pinggan
mangkuk sebelum mengambil makanan seterusnya. Pelayan menyebut “omatase
shamashita” bermaksud “saya telah membuat kamu menunggu”, ekspresi itu adalah
amalan budi bahasa masyarakat Jepun.

1. Amalan menepati masa

Menepati masa amat penting dalam amalan harian di Jepun. Jika lewat ketika berjumpa
dengan kawan-kawan Jepun, mintalah maaf dahulu. Apabila membuat temu janji, etika yang
baik ialah tiba di lokasi lima hingga sepuluh minit awal. Sistem pengangkutan Jepun bergerak
tepat mengikuti jadual melainkan berlaku kemalangan atau bencana alam. “Sijil lewat masa”
diberikan sekiranya terlewat ke sekolah atau ke pejabat kerana kelewatan keretapi,
membuktikan pada orang atasan bahawa tidak bertanggungjawab ke atas kelewatan tersebut.

2. Amalan ‘Inemuri’

Di Malaysia, tidur di pejabat mungkin menyebabkan dimarahi oleh majikan.


Sebaliknya, amalan budaya perniagaan atau syarikat di Jepun, pekerja yang ‘inemuri’
atau tidur di tempat kerja dianggap pekerja yang bekerja keras. Gaya tidur juga diambil
kira, tetapi kebanyakan mereka mengamalkan ‘inemuri’ semasa waktu rehat. Sunnah Nabi
Muhammad SAW mengajar kita bahawa tidur atau lelap sekejap sebelum waktu Zohor
(kailullah) adalah Sunnah kerana dapat menyegarkan seseorang untuk beribadat dan
meneruskan kerja atau tugasan seterusnya.

3. Amalan Hidup Berjiran

Amalan harian bagi keluarga Jepun yang memasuki rumah baru atau berpindah ke
rumah sewa baru juga menarik. Tradisi masyarakat Jepun ialah memberikan hadiah

NUR HABIBAH BT YUSUF ( A30105200007 ) Page 16


SCS 101 : COMMUNICATION SKILLS
Pensyarah : Puan Fadhillah Bt Aziz
kepada jiran berhampiran apabila memasuki rumah baru. Menurut kajian, pemberian
cenderahati atau buah tangan tersebut bertujuan memperkenalkan ahli keluarga mereka
kepada jiran-jiran. Amalan menghormati jiran masih lagi diamalkan oleh mereka
terutamanya golongan suri rumah.

4. Amalan Berjimat

Orang Jepun memiliki semangat hidup berjimat dalam kehidupan seharian. Sikap tidak
suka berlebihan dipraktikkan dalam pelbagai bidang kehidupan mereka. Kebanyakan orang
Jepun berbelanja di pasar raya pada sekitar senja atau awal malam. Hal ini kerana pasar raya
di Jepun akan memberi potongan harga sampai separuh harga pada waktu sekitar setengah
jam sebelum tutup. Orang Jepun ada yang tidak memiliki kereta bukan kerana tidak mampu,
tetapi mereka berjimat menggunakan pengangkutan awam. Pegawai tinggi jabatan kerajaan
dan swasta Jepun dan Profesor juga terbiasa menaiki basikal ke stesen kereta api dengan
alasan menjaga kesihatan dan lebih jimat.

5. Amalan Budaya Kerja Berkumpulan dan Kolektif

Budaya masyarajat Jepun kurang membuat kerja yang terlalu bersifat individualistik.
Hasil kerja secara berkumpulan menjadi teras kepada kejayaan dalam perniagaan dan
industri syarikat-syarikat Jepun. Orang Jepun akan mengadakan mesyuarat dengan pasukan
dalam jabatan atau syarikat untuk menentukan strategi menaikkan lagi keluaran syarikat dan
sebagainya. Kunci kejayaan organisasi Jepun adalah kebolehan menggunakan cadangan
pekerja bawahan. Pekerja bawahan diberi peluang untuk mengemukakan cadangan dan
kreativiti bagi memperbaiki proses kerja, sistem dan prosedur.

4.2 Dilema etika dan kekurangan etika dalam persekitaran kerja

Pada era transisi modenisme ini, pengaruh Rakan Rakan merupakan individu yang
berpengaruh menentukan tingkah laku seseorang dalam kehidupan seharian. Kualiti
hubungan dan pengaruh rakan yang baik akan membantu ke arah masa depan yang
baik manakala rakan yang tidak baik akan membawa kepada kehancuran. Rakan yang
mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi akan menjadi pendorong kepada kita untuk
melakukan kerja dengan penuh bertanggungjawab. Manakala, rakan yang bermasalah

NUR HABIBAH BT YUSUF ( A30105200007 ) Page 17


SCS 101 : COMMUNICATION SKILLS
Pensyarah : Puan Fadhillah Bt Aziz
di tempat kerja boleh mempengaruhi seseorang bertindak melakukan perbuatan seperti pecah
amanah, salah guna kuasa, bekerja sambil lewa dan sebagainya yang boleh membawa kesan
buruk kepada kerjaya.

Faktor Situasi di tempat kerja banyak mempengaruhi perwatakan dan tingkahlaku


seseorang individu. Seseorang yang mempunyai etika dan tingkah laku yang baik boleh
bertindak bertentangan dengan kelakuan yang baik disebabkan oleh aktor situasi. faktor
situasi memberi justifikasi dalam keadaan apakah seseorang itu bertindak secara tidak
beretika. Secara umumnya, faktor situasi tempat kerja signifikan memainkan peranan
dalam pembentukan etika baik atau buruk seseorang individu.

Secara umumnya, konsep etika bekerja di dalam Islam dapat diringkaskan seperti
berikut;

i. Bekerja sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Ain – bekerja juga dianggap sebagai ibadah
dalam Islam merupakan keperluan setiap individu.

ii. Bekerja sebagai satu ibadah – konsep ini berteraskan kepada keimanan seseorang
bertunjangkan amalannya.

4.3 Tingkah laku Kurang Beretika dalam persekitaran kerja

1. Pembohongan : Sifat pembohongan boleh membunuh kepercayaan dan


mempengaruhi hubungan serta mendatangkan masalah kepada orang lain.

2. Ambil kerja kredit untuk orang lain – Pihak pengurusan mengambil hak cipta
pekerja dan mengakui sebgai idea dan pemikirannya. Pihak pengurusan perlu
menggunakan ganti nama diri ‘kami’ bukan ‘saya’.

3. Gangguan / penganiayaan lisan : Penyalahgunaan lisan seperti bercakap kasar dan


menyakiti hati rakan sekerja memberikan impak negatif kepada sesuatu organisasi.

4. Keganasan : Setiap unit dalam sesabuah organisasi tidak berlaku ganas daripada segi
fizikal atau mental untuk mengelakkan sebarang masalah timbul. Sifat berdiam diri
daripada melakukan kekerasan atau bertikam lidah.

NUR HABIBAH BT YUSUF ( A30105200007 ) Page 18


SCS 101 : COMMUNICATION SKILLS
Pensyarah : Puan Fadhillah Bt Aziz
5. Kerja berkaitan bukan pejabat : Pekerja melakukan aktiviti lain seperti melakukan
perniagaan semasa bekerja dan ‘mencuri tulang’ iaitu menggunakan masa untuk
kepentingan peribadi.

6. Kecurian / penyelewengan : Pekerja menggunakan barang di pejabat sebagai hak


persendirian. Terdapat juga pekerja yang menggelapkan wang syarikat untuk
kepentingan diri sendiri.

7. Gangguan seksual : Gangguan seksual di tempat kerja boleh berlaku dan hal ini
boleh mendatangkan masalah kepada semua peringkat organisasi. Di samping itu,
imej buruk tempat kerja tersebut turut tercemar kerana perbuatan tersebut akan
dibicarakan di mahkamah.

8. Amalan rasuah – Sikap ‘tumbuk rusuk’ ini biasanya berlaku pada syarikat yang
terlibat meminta kontraktor menawarkan projek tetapi hanya diberikan kepada rakan
yang tidak membuat tawaran sama sekali.

4.4 Garis panduan menangani dilema etika di tempat kerja

a) Setiap pekerjaan perlulah mempunyai kehendak yang berpatutan, tidak hanya


bergantung pada ketahanan yang lama tetapi juga memberikan variasi kepada pekerja
daripada segi melaksanakan tugasan kerja.

b) Pekerja mestilah berpeluang untuk belajar semasa kerja dan dibenarkan terus
belajar apabila kerjaya mereka berkembang.

c) Pekerjaan tersebut membolehkan pekerja mengambil peranan dalam membuat


keputusan sendiri berkenaan dengan hal pekerjaan.

d) Sokongan sosial dan pengiktirafan kerja oleh organisasi harus diberikan kepada
pekerja.

e) Pekerja perlu merasakan bahawa kerja tersebut akan menjamin masa depan yang
cerah.

NUR HABIBAH BT YUSUF ( A30105200007 ) Page 19


SCS 101 : COMMUNICATION SKILLS
Pensyarah : Puan Fadhillah Bt Aziz

4.5 Penutup.

Akhirulkalam, Pembentukan etika seseorang individu berkait rapat dengan


faktor-faktor seperti keluarga. rakan sebaya dan situasi. Ibu bapalah insan penting yang
boleh membimbing dan memberi tunjuk ajar berkaitan kelakuan yang baik dan nilai-nilai
asas yang disanjung oleh masyarakat. Ibu bapa perlu sentiasa bersedia mendengar
permasalahan anak-anak remaja dan meluangkan masa bersama supaya mereka tidak
berasa keseorangan. Ibubapa juga perlu mengetahui rakan-rakan anak mereka kerana
pengaruh negatif rakan boleh menghancurkan etika anak-anak. Etika individu juga
bergantung kepada faktor situasi kerana keadaan tertekan boleh menyebabkan
seseorang bertindak di luar norma-norma masyarakat

5.0 Rujukan

Ainon Mohd & Abdullah Hassan (2002). Mendorong Diri Sendiri. PTS Publications &
Distributor Sdn. Bhd. Pahang.

Asmawati Desa. 1997. PSIKOLOGI untuk golongan profesional. Bangi. Jabatan Psikologi,
Universiti Kebangsaan Malaysia

Azizi Yahaya.(n.d). (2013). Keluarga Dalam Pembentukan Moral. Universiti Teknologi

Malaysia. http://eprints.utm.my/6035/1/aziziyahmoral.pdf

Ee Ah Meng (1999). Psikologi Pendidikan 1. Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor.

NUR HABIBAH BT YUSUF ( A30105200007 ) Page 20

Anda mungkin juga menyukai