Anda di halaman 1dari 17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, 27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR

PBKK 1054
PENGENALAN BIMBINAGN DAN KAUNSELING
TUGASAN 3: PENULISAN AKADEMIK
Nama : WONG SHIN CI
No. K/P : 050730131156
Angka Giliran : 2023112310173
Program : PISMP
Ambilan : JUN 2023
Unit : BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2
Nama Pensyarah : PN. NOR DZAHIRAH BINTI ADZHARI
Tarikh Hantar : 1 NOVEMBER 2023

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:______________________Tarikh : _____________________

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:_______________________Tarikh : _____________________


ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT

Isi Kandungan 2

Halaman Pengakuan 3

Biodata 4

Penghargaan 5

TUGASAN 3: PENULISAN AKADEMIK

TUGASAN I

Pengenalan 6

2.0 Perbezaan Antara Konsep Bimbingan, Kaunseling dan 7


Psikoterapi dari Segi Matlamat

2.1 Perbezaan Antara Konsep Bimbingan, Kaunseling dan 8


Psikoterapi dari Segi Pendekatan dan Teknik
2.2 Perbezaan Antara Konsep Bimbingan, Kaunseling dan 9
Psikoterapi dari Segi Tempat dan Sasaran Klien
3.0 Penutup 10

TUGASAN II

1.0 Pengenalan 11

2.0 Isu Budaya dan Pelbagai Etnik 12

2.1 Isu Privasi dan Kepercayaan

2.2 Cabaran Kekurangan Sumber dan Tenaga 13

3.0 Cara Menangani Cabaran dan Isu Bimbingan dan Kaunseling 14-15
di dalam Sekolah
Penutup 16

Rujukan 17

2
HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ............................................

Nama penulis : WONG SHIN CI

No. kad pengenalan : 050730-13-1156

Unit : BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2

Tarikh :

3
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
KM 10, JALAN PADANG TENGKU 27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR

BIODATA

NAMA : WONG SHIN CI

NO. KAD PENGENALAN : 050730-13-1156

EMAIL : shinci0730@gmail.com

ALAMAT : NO. 1J, LORONG ULU SUNGAI MERAH 40C, 96000


SIBU, SARAWAK

STATUS : BUJANG

NOMBOR TELEFON : 0165101836

NAMA BAPA : WONG SIE ING

NAMA IBU : CHIONG SWEE LING

UNIT : BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SJKC) UNIT 2

AMBILAN : JUN 2023/2028

4
Penghargaan

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana telah
mengurniakan saya kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan kerja kursus dengan jayanya.
Tugasan kerja kursus ini telah memberikan banyak kebaikan kepada saya dari segi
pengetahuan dan pengalaman. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
IPGKTAA kerana memberi peluang kepada saya untuk mempelajari kursus ini.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu
Puan Latifah kerana mengajar kelas dengan penuh kesabaran dan tanggungjawab. Beliau
telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya supaya menghasilkan
tugasan yang lebih baik. Selain itu, beliau juga memberi pendapat kepada saya agar
membuat penambahbaikan pada tugasan ini. Oleh itu, kerja kursus saya dapat disiapkan
dalam masa yang ditetapkan dengan adanya bantuan beliau.

Bukan itu sahaja, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang
sanggup membantu saya jika saya menghadapi masalah semasa menghasilkan tugasan ini.
Saya sering berbincang dengan mereka tentang tugasan yang diberikan supaya boleh
berkongsi maklumat yang didapati masing-masing dan bertukar-tukar idea. Dengan adanya
dorongan rakan-rakan, saya lebih bermotivasi dan bersemangat untuk menyiapkan kerja
kursus ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga dan
rakan-rakan saya yang selalu memberikan pandangan dan cadangan kepada saya dari
pelbagai aspek. Melalui tugasan ini, saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan di
samping belajar untuk menjadi bakal guru yang bertanggungjawab.

5
TUGASAN 3: PENULISAN AKADEMIK

TUGASAN I

1.0 Pengelanan

Bimbingan, kaunseling, dan psikoterapi adalah konsep yang sering digunakan dalam bidang
pemerkasaan individu dan pembangunan mental. Ketiga-tiga konsep ini, walaupun berkait
rapat, memiliki perbezaan yang penting dalam konteks penyediaan sokongan emosi dan
pembangunan individu. Oleh itu, dalam penulisan akademik ini kita akan menghuraikan
perbezaan utama antara konsep bimbingan, kaunseling, dan psikoterapi, serta
menggambarkan bagaimana setiap konsep ini memberi sumbangan kepada perkembangan
psikologi manusia.

Bimbingan adalah proses yang dirangka untuk membantu individu memahami diri
mereka sendiri, mencapai matlamat, dan mengatasi masalah kehidupan sehari-hari.
Bimbingan sering digunakan dalam konteks pendidikan dan kerjaya, di mana penasihat atau
kaunselor memberi nasihat kepada individu untuk membuat pilihan yang lebih baik berkaitan
dengan pendidikan dan kerjaya mereka. Bimbingan membantu individu mengenal pasti
minat, bakat, dan kekuatan mereka, serta merancang langkah-langkah untuk mencapai
matlamat pendidikan atau kerjaya yang diinginkan. Dari perspektif yang lain, kaunseling
lebih menekankan kepada aspek psikososial dan emosi. Ia adalah satu bentuk pertemuan
yang lebih intensif di mana kaunselor membantu individu mengendalikan masalah emosi,
seperti tekanan, kecemasan, atau perhubungan yang bermasalah. Kaunseling membantu
individu memahami dan mengendalikan perasaan mereka, serta memberikan alat untuk
mengatasi masalah emosi. Ia sering digunakan dalam konteks pasangan, keluarga, atau
individu yang memerlukan sokongan emosi tambahan. Sementara itu, psikoterapi adalah
pendekatan yang lebih mendalam dan terstruktur untuk membantu individu mengendalikan
masalah psikologi yang lebih serius. Psikoterapi sering digunakan untuk merawat gangguan
psikologi seperti depresi, gangguan kecemasan, atau trauma. Kaunselor atau psikoterapis
dalam konteks ini memiliki latihan khusus dan mengguna pakai pelbagai teori dan teknik
terapeutik untuk membantu individu mencapai pemulihan psikologi. Psikoterapi adalah
proses yang lebih panjang dan mendalam daripada bimbingan atau kaunseling.

Secara keseluruhan, walaupun bimbingan, kaunseling, dan psikoterapi semua


berusaha membantu individu mencapai perkembangan yang lebih baik dan keselamatan
emosi, mereka berbeza dalam kedalaman, skop, dan matlamat. Sebagai seorang guru
bimbingan dan kaunseling pelatih, memahami perbezaan antara ketiga-tiga konsep ini
penting untuk memilih pendekatan yang sesuai dengan keperluan klien dan membantu
mereka mencapai potensi maksimum mereka dalam kehidupan.

6
2.0 Perbezaan Antara Konsep Bimbingan, Kaunseling dan Psikoterapi dari Segi
Matlamat

Bagi memahami perbezaan antara konsep bimbingan, kaunseling dan psikoterapi


secara mendalam, kita boleh melihat dari beberapa segi yang berbeza. Antara perbezaan
konsep bimbingan, kaunseling dan psikoterapi ialah perbezaan dari segi matlamat.

Bimbingan adalah satu proses yang bertujuan untuk membantu individu mencapai
perkembangan penuh potensi mereka dalam bidang pendidikan atau kerjaya. Matlamat
utama bimbingan adalah memberikan nasihat, panduan, dan sokongan kepada individu
dalam membuat keputusan pendidikan atau kerjaya yang lebih baik. Contohnya, dalam
bimbingan termasuk penasihat pendidikan yang membantu pelajar memilih jurusan yang
sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, atau penasihat kerjaya yang membantu
pekerja mencapai matlamat karier mereka.

Sebaliknya, kaunseling lebih menumpukan kepada matlamat emosi dan psikososial.


Ia bertujuan untuk membantu individu mengatasi masalah emosi, tekanan, atau konflik
peribadi. Matlamat utama kaunseling adalah memberikan sokongan emosi dan membantu
individu mengendalikan perasaan mereka dengan lebih efektif. Contoh sokongan dalam
kaunseling termasuk kaunselor perkahwinan yang membantu pasangan mengatasi konflik
dalam hubungan mereka atau kaunselor trauma yang membantu mangsa trauma
menghadapi pengalaman traumatis mereka.

Dari perspektif yang lain, psikoterapi mempunyai matlamat yang lebih mendalam
dan berfokus pada rawatan masalah psikologi yang serius. Matlamat utama psikoterapi
adalah untuk menyembuhkan atau mengurangkan simptom gangguan psikologi seperti
depresi, kecemasan, atau gangguan makan. Misalnya, dalam psikoterapi termasuk
psikoterapis yang menggunakan terapi kognitif tingkah laku untuk membantu individu
dengan gangguan kecemasan mengubah pemikiran negatif mereka dan mengurangkan
kecemasan mereka.

7
2.1 Perbezaan Antara Konsep Bimbingan, Kaunseling dan Psikoterapi dari Segi
Pendekatan dan Teknik
Perbezaan antara bimbingan, kaunseling, dan psikoterapi dari segi pendekatan dan
teknik adalah penting untuk difahami kerana ia mempengaruhi cara setiap konsep
membantu individu dalam mengatasi masalah atau mencapai matlamat mereka.

Pertama kali, Bimbingan adalah satu pendekatan yang berfokus pada memberikan
nasihat dan panduan kepada individu dalam membuat keputusan berkaitan pendidikan,
kerjaya, atau pembangunan diri. Pendekatan ini lebih berorientasikan pendidikan dan
biasanya lebih ringan daripada kaunseling atau psikoterapi. Teknik bimbingan termasuk
ujian minat dan bakat, sesi perbualan yang membantu individu mengenalpasti matlamat
mereka, dan menyusun langkah-langkah untuk mencapainya. Contohnya, seorang
penasihat pendidikan dapat membantu seorang pelajar memilih jurusan yang sesuai dengan
minat dan kebolehan mereka.

Berbanding dengan kaedah bimbingan, kaunseling lebih berfokus pada


sokongan emosi dan membantu individu mengatasi masalah emosi, tekanan, atau konflik
peribadi. Pendekatan ini adalah lebih empati dan bersifat perbualan berpusatkan individu.
Kaunselor bekerja dengan individu untuk membantu mereka merungkai masalah,
mengenalpasti punca masalah emosi, dan mencari penyelesaian. Kaunselor menggunakan
teknik seperti aktif mendengar, refleksi, dan pertanyaan terbuka untuk membantu individu
mencapai pemahaman yang lebih mendalam tentang diri mereka.

Sebaliknya,psikoterapi adalah pendekatan yang lebih dalam dan berstruktur untuk


merawat masalah psikologi yang serius. Ini melibatkan pelbagai pendekatan terapeutik,
seperti terapi kognitif-tingkah laku, terapi psikoanalitik, atau terapi gestalt. Psikoterapis
bekerja untuk membantu individu mengatasi gangguan psikologi seperti depresi,
kecemasan, atau gangguan makan. Teknik psikoterapi boleh merangkumi interpretasi
mimpi, analisis alam bawah sedar, atau eksposur sistematis. Sebagai buktinya, terapis
kognitif-tingkah laku boleh membantu individu dengan gangguan kecemasan mengubah
pemikiran negatif mereka dan mengurangkan gejala kecemasan.

8
2.2 Perbezaan Antara Konsep Bimbingan, Kaunseling dan Psikoterapi dari Segi
Tempat dan Sasaran Klien
Selain daripada perbezan yang telah dibincangkan di atas, kita juga boleh
membincangkan perbezaan dari segi tempat melaksanakan proses dan klien kaedah-
kaedah tersebut. Bimbingan sering dilaksanakan di tempat pendidikan atau kerjaya seperti
sekolah, kolej, universiti, atau pusat pekerjaan. Ia bertujuan untuk membantu pelajar atau
individu yang mencari bimbingan dalam membuat keputusan pendidikan atau kerjaya. Klien
bimbingan adalah pelajar, pencari kerja, atau individu yang ingin meningkatkan kemahiran
dan pengetahuan mereka dalam bidang tertentu.

Seterusnya, walaupun kaunseling boleh berlaku di tempat pendidikan atau


pekerjaan, lebih cenderung berlaku di tempat-tempat yang memberikan perkhidmatan
kesihatan mental, seperti klinik kaunseling, agensi kaunseling, atau dalam konteks terapi
pasangan atau keluarga. Kaunseling bertujuan untuk membantu individu mengatasi masalah
emosi, perhubungan, dan tekanan dalam kehidupan harian mereka. Klien kaunseling boleh
termasuk individu yang mengalami masalah emosi, pasangan yang mengalami konflik, atau
sesiapa yang memerlukan sokongan emosi.

Dari persepsi yang lain, Psikoterapi biasanya berlaku di tempat-tempat yang


memberikan perkhidmatan kesihatan mental, seperti hospital psikiatri, klinik terapi, atau
pejabat psikoterapis. Ia lebih mendalam dan berorientasi kepada rawatan gangguan
psikologi yang serius. Klien psikoterapi adalah individu yang menghadapi masalah psikologi
yang memerlukan terapi jangka panjang, seperti depresi, kecemasan, gangguan makan dan
gangguan mental yang lain-lainnya.

9
3.0 Penutup
Dalam kesimpulannya, adalah penting untuk memahami perbezaan antara konsep
bimbingan, kaunseling, dan psikoterapi. Bimbingan adalah suatu proses di mana individu
diberi panduan dan nasihat untuk mengatasi masalah yang lebih ringan atau untuk
mencapai matlamat pendidikan dan kerjaya. Kaunseling, di sisi lain, lebih menekankan pada
perbualan dan interaksi emosi, membantu individu untuk memahami dan mengatasi isu-isu
peribadi atau hubungan. Sementara itu, psikoterapi adalah pendekatan terapeutik yang lebih
terperinci dan berfokus pada merawat masalah kesihatan mental seperti gangguan emosi
dan psikologi yang serius. Kesemua konsep ini mempunyai peranan yang penting dalam
membantu individu mencapai kesejahteraan emosi dan psikologi yang seimbang, tetapi
mereka berbeza dalam matlamat, pendekatan, dan skop kerjaya profesional yang berkaitan.

10
TUGASAN II
1.0 Pengenalan
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah memainkan peranan penting
dalam pembangunan pelajar dan membantu mereka mengatasi cabaran kehidupan. Namun,
cabaran dan isu-isu yang berkaitan dengan perkhidmatan ini dalam konteks persekolahan
seringkali menjadi tumpuan penting dalam usaha meningkatkan kualiti penyediaan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Dalam pendahuluan ini, kami akan
mengeksplorasi beberapa cabaran dan isu yang kerap dihadapi oleh kaunselor sekolah,
serta cara-cara untuk mengatasinya. Kefahaman dan penyelesaian terhadap cabaran ini
adalah kunci untuk memastikan bahawa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkesan
dan memberikan sokongan yang diperlukan kepada pelajar dalam mencapai potensi
maksimum mereka.

Selain itu, tindakan yang tepat dalam mengatasi cabaran ini akan membolehkan
kaunselor sekolah untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan menyeluruh, yang
pada gilirannya akan memberi kesan positif kepada pembangunan pelajar dan persekolahan
secara keseluruhan. Dengan itu, kita akan meneroka secara lebih mendalam cabaran utama
yang melibatkan isu budaya, masalah kesihatan mental, perkhidmatan yang terhad dan lain-
lain, serta merangkumi strategi dan pendekatan yang sesuai untuk mengatasi cabaran ini
dalam konteks perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

Sebagai persoalannya, apakah isu dan cabaran perkhidmatan bimbingan dan


kaunseling yang biasa dihadapi di sekolah serta bagaimanakah seorang guru bimbingan
dan kaunseling mengatasi dan menghadapi masalah tersebut?

11
2.0 Isu Budaya dan Pelbagai Etnik

Isu budaya dan pelbagai etnik dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di
sekolah adalah aspek penting yang memerlukan perhatian khusus. Pelbagai budaya, nilai,
dan kepercayaan etnik yang ada dalam kalangan pelajar serta pelajar dengan latar belakang
budaya yang berbeza dapat membawa cabaran tersendiri. Pertama kali, cabaran utama
adalah bagaimana kaunseling dilihat dari perspektif budaya. Pelajar dari latar belakang
budaya yang berbeza mungkin mempunyai pandangan yang berbeza tentang masalah
psikologi, peranan kaunselor, dan penggunaan perkhidmatan kesihatan mental. Sebagai
contoh, budaya tertentu mungkin mengalami stigma dalam mengakui masalah emosi atau
kesihatan mental. Selain itu, bahasa juga salah satu masalah yang amat mencabarkan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam. Kaunselor mungkin perlu berkomunikasi
dalam bahasa yang berbeza atau memahami perbezaan dialek untuk memastikan maklumat
disampaikan dan difahami dengan betul. Kesalahfahaman yang diakibatkan oleh perbezaan
bahasa boleh menyukarkan proses kaunseling. Di samping itu, kepekaan budaya juga amat
mencabarkan. Kaunselor perlu sensitif terhadap nilai-nilai, adat, dan kepercayaan budaya
yang berbeza mengikuti keturunan, agama dan latar belakang klien. Hal ini disebabkan
perkara yang diterima sebagai norma dalam satu budaya mungkin dianggap tidak wajar
dalam budaya lain. Sebagai contoh, tafsiran terhadap kehormatan keluarga atau konsep
kesopanan boleh berbeza secara signifikan antara budaya. Bukan itu sahaja, pelajar dari
latar belakang etnik yang berbeza mungkin mengalami cabaran dalam mengembangkan
identiti yang seimbang serta menghadapi cabaran penyesuaian sosial dan akademik. Oleh
itu, kaunselor perlu menyediakan sokongan yang sesuai untuk membantu klien berjaya
dalam persekolahan dan membantu mereka menjelajahi identiti budaya mereka sambil
mencapai rasa keterlibatan serta identiti yang positif dalam masyarakat yang lebih luas.

12
2.1 Isu Privasi dan Kepercayaan

Selain itu, isu privasi dan kepercayaan dalam konteks perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling di sekolah merupakan aspek penting yang mempengaruhi hubungan antara
kaunselor dan pelajar. Keharmonian dan kualiti interaksi dalam sesi kaunseling bergantung
pada tahap privasi yang dihormati dan kepercayaan yang dibina antara pelajar dan
kaunselor. Sebagai contoh, satu cabaran yang berulang adalah bagaimana kaunselor
mengekalkan kepercayaan pelajar sambil mematuhi undang-undang privasi dan etika
profesional.

Pelajar mungkin merasa bimbang tentang penyingkiran maklumat peribadi


mereka dan bagaimana maklumat tersebut digunakan oleh kaunselor. Perkara ini boleh
merencatkan pembinaan hubungan yang rapat dan mempengaruhi kesediaan pelajar untuk
berkongsi masalah mereka secara terbuka. Pelbagai faktor seperti peraturan sekolah,
undang-undang privasi, dan etika profesional juga perlu diambil kira oleh kaunselor ketika
menyimpan dan menggunakan maklumat peribadi pelajar.

2.2 Cabaran Kekurangan Sumber dan Tenaga

Kekurangan sumber dan tenaga kerja merupakan isu yang sering dihadapi dalam
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Ia melibatkan cabaran untuk
memastikan bahawa kaunselor sekolah mempunyai sumber daya yang mencukupi untuk
menyokong pelajar dengan berkesan. Terdapat beberapa aspek penting berkaitan isu ini:
Kekurangan Kaunselor Sekolah: Salah satu cabaran utama adalah kurangnya bilangan
kaunselor sekolah yang tersedia untuk berkhidmat kepada bilangan pelajar yang besar.
Kekurangan kaunselor menyebabkan beban kerja yang tinggi dan kurangnya waktu untuk
memberikan perkhidmatan kaunseling yang berkualiti. Kekurangan Sumber Kewangan:
Sekolah sering menghadapi cabaran dalam mengalokasikan sumber kewangan yang
mencukupi untuk perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Ini termasuk peralatan, perisian
kaunseling, dan bahan-bahan yang diperlukan untuk menjalankan sesi kaunseling yang
efektif.

Pelbagai Kehendak Pelajar: Setiap pelajar adalah unik dan mempunyai keperluan yang
berbeza. Kekurangan sumber dan tenaga kerja dapat membuat sukar untuk menyediakan
sokongan yang dipersonalisasi kepada pelajar. Ini terutamanya mencabar dalam
persekolahan yang pelajar berlatar belakang budaya, bahasa, atau perlu belajar berlainan.
Kurangnya Pemantauan dan Penilaian: Kekurangan sumber boleh menjadikan pemantauan
dan penilaian prestasi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sukar dilaksanakan. Ini
mungkin mengakibatkan ketidakpastian tentang keberkesanan perkhidmatan yang
disediakan.

13
3.0 Cara Menangani Cabaran dan Isu Bimbingan dan Kaunseling di dalam Sekolah

3.0.1 Cara Kerjasama dengan Pihak Lain

Kerjasama dengan pihak lain adalah unsur penting dalam menangani isu dan
cabaran dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Sebagai seorang guru
bimbingan dan kaunseling kita haruslah bekerjasama dengan guru biasa. Kita boleh
berkongsi maklumat dan sumber daya dengan guru biasa untuk membantu mereka
mengenalpasti pelajar yang memerlukan bimbingan dan kaunseling. Kita boleh juga
memberikan latihan dan panduan kepada guru tentang tanda-tanda pelajar yang mungkin
memerlukan sokongan tambahan.

Selain itu., sebagai seorang guru pelatih bimbingan dan kaunseling, kita boleh
berkomunikasi secara berkala dengan ibu bapa untuk berkongsi perkembangan pelajar dan
mendengar kebimbangan mereka. Hal ini disebabkan penglibatan ibu bapa dalam proses
bimbingan dan kaunseling adalah penting untuk membantu pelajar dalam segala
perkembangan mereka.

Bukan itu sahaja, kita juga boleh berkolaborasi dengan agensi luar. Terdapat banyak
agensi luar seperti NGO dan organisasi kemasyarakatan yang boleh memberikan sokongan
tambahan kepada pelajar. Jalinan kerjasama dengan agensi ini untuk menyediakan
perkhidmatan tambahan seperti program pembangunan kemahiran sosial. Hal ini dikatakan
demikian kerana kerjasama yang efektif dengan pihak lain akan membantu
memaksimumkan sumber daya dan menyediakan sokongan yang holistik kepada pelajar. Ia
juga mencipta persekitaran yang positif di sekolah yang memberi tumpuan kepada
perkembangan pelajar.

14
3.0.2 Guru BImbingan dan Kaunseling Haruslah Mengikuti Garis Panduan Etika

Sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling, mematuhi garis panduan etika
dalam menjalankan tugas kita adalah penting. Ini adalah langkah penting untuk menangani
cabaran dan isu-isu dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

Pertama kali, kita haruslah memahami dan mematuhi kod etika professional.
Kebanyakan organisasi kaunseling, seperti American School Counselor Association (ASCA)
di Amerika Syarikat, mempunyai kod etika yang ditetapkan untuk kaunselor. Kita haruslah
memahami kod etika dan memastikan kita mematuhi setiap prinsip yang termaktub dalam
kod tersebut, termasuk perkara seperti menjaga privasi pelajar, menjalankan penilaian
dengan integriti, dan mengelakkan konflik kepentingan.

Seterusnya, sebagai kaunselor, maklumat yang diberikan oleh pelajar adalah sulit
dan peribadi. Kita haruslah meastikan bahawa maklumat ini dijaga dengan rapi dan hanya
didedahkan kepada individu yang berkenaan dengan perkhidmatan kaunseling pelajar. Hal
ini adalah asas penting dalam menjaga kepercayaan pelajar. Jika terdapat keadaan di mana
maklumat perlu dikongsi dengan individu atau entiti lain seperti pada keaadam kecemasan
pelajar tersebut. Kita sebagai guru bimbingan dan kaunseling haruslah melakukan ini
dengan kebenaran dan berdasarkan kepada keperluan yang munasabah

15
4.0 Penutup

Dalam mengakhiri perbincangan tentang cabaran dan isu-isu dalam perkhidmatan


bimbingan dan kaunseling di sekolah, adalah penting untuk diingat bahawa perkhidmatan ini
memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan pelajar. Walaupun terdapat
cabaran yang muncul, ada pelbagai cara untuk mengatasinya dan memastikan
perkhidmatan ini berkesan Seperti dengan cara berkerjasama secara berkesan dengan
pihak pengurusan sekolah, guru, ibu bapa, agensi luar, dan pelajar sendiri, kita dapat
mengatasi pelbagai cabaran dan isu-isu dengan lebih baik dan pematuhan terhadap garis
panduan etika adalah asas kepada integriti dalam perkhidmatan kaunseling yang telah
dibincangkan dalan penulisan di atas..

Kesimpulannya, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah adalah kunci


kepada pembangunan pelajar yang sihat secara emosi, sosial, dan akademik. Dengan
kesedaran, kerjasama, pematuhan terhadap etika, pelaburan dalam latihan, dan penekanan
kepada kesihatan mental, kita boleh mengatasi cabaran dan isu-isu ini dengan lebih
berkesan, dan memberikan sokongan yang diperlukan kepada pelajar dalam usaha mereka
mencapai potensi maksimum mereka.

16
Rujukan

Gysbers, N.C. and Henderson, P. (2012) Developing & managing: Your school guidance &
counseling program. Alexandria, VA: American Counseling Association.

Sink, C. A. (2008). Turn An Exploration of the School Counselor's Role in Responding to


Students with Disabilities: . A National Study. The Professional School Counselor.

Bakshi, A.J. and Yuen, M. (2022) ‘Counselling and career guidance in Asia’, British Journal
of Guidance & Counselling, 50(6), pp. 813–817.
doi:10.1080/03069885.2023.2165037.

Journals (no date) ACA(WEBusage). Available at:


https://www.counseling.org/publications/counseling-journals (Accessed: 01 November
2023).

Peranan Unit Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah. (2021, February 4). Ipendidikan.my.

https://www.ipendidikan.my/peranan-unit-bimbingan-dan-kaunseling.html

Cabaran Guru Dalam Bimbingan Dan Kaunseling. (n.d.). Cabaran Guru Dalam Bimbingan

Dan Kaunseling. https://alexswealthegun.blogspot.com/p/cabaran-guru-dalam-

bimbingan-dan.html

Kendra Cherry, Mse. (2023) What to know about psychotherapy, Verywell Mind. Available
at: https://www.verywellmind.com/psychotherapy-4157172 (Accessed: 01 November
2023).

Guidance counseling (no date) Encyclopædia Britannica. Available at:


https://www.britannica.com/topic/guidance-counseling (Accessed: 01 November
2023).

17

Anda mungkin juga menyukai