Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PERLIS
BEHOR PULAI, 01000 KANGAR
PERLIS

PBKK3063
MAKMAL KAUNSELING INDIVIDU

Nama : NOR AYUNIE FATASYA BINTI


MOHD SUKIMAN
No. K/P : 021216-03-1096
Angka Giliran : 2021232340064
Program : PISMP
Ambilan : JUN 2021
Unit : BIMBINGAN DAN KAUNSELING A
Nama Pensyarah : ENCIK NOR ADLI BIN
CHE MUDA
Tarikh Hantar : 30 SEPT 2022
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya
sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN P ELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


Sesi kaunseling individu merupakan satu proses perhubungan menolong yang sistematik
yang berasaskan prinsip psikologi. Sesi kaunseling ini akan dijalankan oleh seorang kaunselor
yang profesional dalam membantu klien berkembang dan menyesuaikan peribadi dirinya dengan
baik (Sapora Sipon et. al, ). Sesi kaunseling boleh dilakukan secara sukarela atau dirujuk oleh
pihak-pihak tertentu dan akan berlangsung sesuai dengan etika kaunseling. Saya telah
menjalankan sesi kaunseling individu bersama kenalan saya pada minggu yang lalu. Hasil
dapatan daripada sesi tersebut, saya berjaya mengenal pasti masalah klien dengan
menggunakan kemahiran asas kaunseling serta penerapan teori kaunseling yang saya pilih. Saya
telah mengaplikasikan beberapa fasa seperti fasa membina hubungan, penstrukturan,
penerokaan dan mengenal pasti masalah berserta kemahiran-kemahiran asas yang sesuai.

Proses pertama yang telah saya lakukan ialah proses membina hubungan atau lebih
dikenali sebagai membina rapo. Pada tahap ini klien akan menilai kaunselor sama ada boleh
dipercayai untuk meluah isi hati mereka tanpa ada rasa ragu-ragu atau dikritik oleh kaunselor
(KPMIM, 2018). Di mana, saya telah mengambil kira dalam setiap reaksi lisan dan reaksi bukan
lisan kerana perkara ini dapat memainkan peranan penting bagi mewujudkan rasa percaya klien
kepada diri kaunselor. Justeru itu, mengetahui tentang latar belakang diri klien membolehkan
saya membuat pendedahan kendiri untuk mewujudkan persamaan antara diri saya dengan klien.
Sebagai contoh, saya menyatakan pengalaman hidup saya yang sama dengannya seperti anak
yang kedua dari enam adik beradik. Kesannya, klien akan rasa selesa dan dapat memupuk
kejelekitan antara diri klien dengan saya. Secara tidak langsung, sesi kaunseling dapat diteruskan
dalam suasana yang mesra (Nurul Akasyah & Komathy Ramadas, 2015). Semasa dalam fasa
membina hubungan juga, saya telah menggunakan kemahiran melayan semasa klien
menceritakan latar belakang atau pengalaman hidup dirinya. Sebagai contoh, saya
menggunakan perkataan “ehemm” dan anggukan kepala yang menandakan saya peka dan
menunjukkan rasa minat dengan penceritaannya. Kesannya, klien merasakan diri saya ikhlas
untuk menerima dan mendengar masalahnya. Sekali gus dapat menimbulkan kepercayaan
dalam dirinya terhadap kaunselor dan membolehkan kami berkomunikasi dengan baik. Jelaslah
bahawa dalam fasa membina hubungan, kaunselor bertanggungjawab untuk mewujudkan
suasana yang teraputik dan mesra dengan mengaplikasikan kemahiran asas seperti kemahiran
melayan dan pendedahan kendiri. Hal ini adalah untuk memastikan klien merasakan dirinya
diterima dan dihormati oleh kaunselor. Di mana, apabila klien merasakan dirinya diterima, maka
klien akan rasa selesa dan selamat semasa sesi kaunseling sedang berlangsung.
Seterusnya, saya telah membuat penstrukturan mengenai sesi kaunseling yang bakal
dijalankan bersama klien saya. emasa dalam peringkat penstrukturan ini, saya telah
menggunakan kemahiran memberi penjelasan dengan jelas. Di mana, saya menerangkan
mengenai etika kerahsiaan yang akan saya berpegang teguh kepada prinsip tersebut. Sebagai
contoh, saya menggunakan ayat yang mudah difahami oleh klien, seperti cerita sini habis sini
dan jika klien buat suatu tindakan yang merbahaya kepada diri atau orang sekeliling, saya akan
beritahu kepada pihak yang bertanggungjawab. Hal ini kerana sekiranya penstrukturan dilakukan
dengan baik dalam sesuatu sesi kaunseling itu, ia akan dapat membina hubungan yang mesra
dengan klien. Justeru itu, apabila klien mengetahui mengenai etika kerahsiaan ini, mereka
mendapat pendedahan bahawa kaunselor akan menyimpan rahsia mereka dan tidak akan
menyebarkan maklumat mereka tanpa persetujuan mereka (Nurul Hayati, 2013). Secara
ringkasnya, mereka akan rasa selamat untuk berkongsi apa sahaja tanpa merisaukan maklumat
diri mereka terbongkar kerana yakin dengan kaunselor akan menyimpan rahsia mereka. Oleh itu,
fasa penstrukturan ini sangat penting untuk membantu klien memahami apa itu sesi kaunseling
dan yakin serta percaya bahawa segala perkara yang dibincangkan akan dirahsiakan oleh
kaunselor.

Di samping itu, di fasa penerokaan saya telah menggunakan kemahiran seperti menyoal,
dorongan minima, membuat prafarsa, pendedahan kendiri serta rumusan. Saya telah
menggunakan dua jenis soalan, iaitu terbuka dan tertutup.Soalan terbuka yang saya gunakan
adalah bertujuan untuk mendapatkan penjelasan daripada klien dan membolehkan klien bercerita
lebih lnjut. Sebagai contoh, saya bertanya mengapa dirinya “insecure” dengan penampilan orang
lain. Kemudian klien akan menceritakan dengan lebih lanjut mengenai perasaannya dan
pengalaman yang menyebabkan dirinya “insecure” dengan orang sekeliling. Kemudian, saya
menggunakan kemahiran dorongan minima secara nonverbal, seperti anggukan kepala dan
reaksi wajah seperti senyuman atau kerutan muka dan postur badan seperti gerakan tangan.
Tambahan juga, saya menggunakan kemahiran dorongan minimal verbal seperti “ehemm”, “ooo”
dan sebagainya. Hal ini dapat memberi sokongan kepada klien untuk meneruskan percakapan
dan perbincangannya mengenai masalah yang dihadapi oleh dirinya (Fatin, 2016). Seterusnya,
kemahiran membuat parafarsa iaitu tindak balas oleh kaunselor terhadap maklumat yang
disampaikan oleh klien untuk menyemak kefahaman kaunselor dengan isu utama klien (Jessika
Denis, 2019). Sebagai contoh, setelah klien menceritakan masalahnya, saya akan menggunakan
ayat saya sendiri untuk menunjukkan saya faham dan berada di landasan yang betul. Justeru itu,
dalam membuat penerokaan masalah klien, saya juga menggunakan kemahiran pendedahan
kendiri dengan menceritakan pengalaman saya yang berkaitan dengan situasi klien. Sebagai
contoh, mengenai pengalaman memilih dan menggunakan alat solek yang sedikit supaya
kelihatan biasa dan lebih ceria. Hal ini adalah bertujuan untuk mengelakkan klien rasa rendah diri
(Che’gu Man, 2012). Secara tidak langsung, pendedahan kendiri yang dibuat dapat membantu
klien untuk fahami keadaan dirinya dan masalahnya. Akhir sekali, sebelum bergerak ke fasa
seterusnya, saya telah membuat kesimpulan mengenai masalah klien tersebut dengan
menggunakan kemahiran membuat rumusan. Di mana saya membuat rumusan kecil mengenai
masalahnya dari awal hingga akhir sesi. Sebagai contoh, saya dapat simpulkan bahawa klien
tersebut mempunyai pemikiran yang tidak rasional kerana sering membuat persepsi yang negatif
terhadap pandangan mata orang lain kepada dirinya. Hal ini membolehkan klien sedar dan
membuat penilaian semula mengenai pandangannya terhadap isu yang dihadapi oleh klien
tersebut (Fathmalyn Abdullah, 2016). Oleh itu, kemahiran merumus penting sebagai rangsangan
atau tindak balas hasil daripada penerokaan isu klien bukti kaunselor mempunyai pemahaman
yang sama dan selaras dengan klien.

Sebelum menamatkann sesi, saya menggunakan kemahiran meminta penjelasan dalam


fasa mengenal pasti masalah. Di mana saya meminta klien untuk menjelaskan matlamatnya
untuk sesi yang dihadirinya itu.supaya sesi dapat diteruskan sesuai dengan keinginan matlamt
(Zakwan Azhar, 2019). Kemudian, klien berkata dia hanya menginginkan tempat untuk
mendengar luahan masalahnya. Hal ini terbukti bahawa klien berasa lega selepas menyatakan
semua masalah yang dipendam oleh dirinya dan tidak meminta prnyelesaian bagi mengatasi
isunya. Oleh itu, kemahiran meminta penjelasan ini penting untuk kaunselor daripada membuat
sebarang andaian terhadap klien.

Oleh itu, kaunselor perlu peka dan cakna dalam menggunakan kemahiran-kemahiran
asas supaya dapat diaplikasikan sesuai dengan setiap fasa sesi kaunseling. Hal ini kerana
kemahiran asas dalam setiap fasa dapat membantu kaunselor dalam mengendalikan sesi
kaunseling individu dengan baik dan melancarkan perjalanan sesi sehingga fasa penamatan.
Sepanjang saya laksanakan sesi bersama klien tersebut, saya telah menggunakan teori
pemusatan klien yang dipelopori oleh Carl Rogers. Di mana, saya percaya klien boleh bergerak
sendiri ke arah perkembangan yang positif dengan menyediakan suasana yang teraputik untuk
dan selesa. Justeru itu, saya juga mengamalkan tiga sifat seorang kaunselor yang baik menurut
Carl Rogers (Ann Raihan, 2018), antaranya kongruen, iaitu ikhlas dan menunjukkan ketulenan
dalam mendengar luahan klien supaya dapat meyakinkan diri klien bahawa dia didengari.
Seterusnya, sifat penerimaan tanpa syarat, iaitu saya sedia menerima dan mengambil berat
mengenai diri klien supaya dia merasakan dirinya dihargai dan penting dalam sesi yang
dijalankan. Akhir sekali, sifat empati, iaitu saya memahami perasaan klien dengan lebih
mendalam serta mampu meletakkan diri saya dalam kasut klien untuk merasakan perasaan yang
dirasainya. Jelaslah bahawa, sesi kaunseling yang baik dan efektif dapat diwujudkan oleh
kaunselor yang profesional dan mahir dalam menggunakan pelbagai kemahiran asas kaunseling
secara sistematik.
RUJUKAN

Ann R. (2018). Teori Pemusatan Klien Carl Rogers. Dipetik daripada


https://www.academia.edu/6216786/Teori_Pemusatan_Klien_Carl_Rogers

Che’gu Man. (2012). Kemahiran Sesi Kaunseling. Dipetik daripada


http://chegu-man.blogspot.com/2012/01/kemahiran-dalam-sesi-kaunseling.html#

Fatin. (2016). Kemahiran Melakukan Dorongan Minima. Dipetik daripada


http://fatin19.blogspot.com/2016/10/kemahiran-melakukan-dorongan-minima.html

Fathmalyn A. (2016). Bab 8 Kemahiran Asas Kaunseling. Dipetik daripada


https://www.slideshare.net/FathmalynAbdullah/bab-8-kemahiran-asas-kaunseling

Jessika D. (2019). Kemahira Parafrasa. Dipetik daripada


https://www.slideshare.net/JessikaDenis1/kemahiran-parafrasa

Nurul A. & Komathy R. (2015). Kepentingan Hubungan Antara Kaunselor dan Klien. Dipetik
daripada https://www.slideshare.net/komathyramadas/kepentingan-hubungan-antara-
kaunselor-dan-klien

KPMIM. (2018). Definisi Kaunseling. Dipetik daripada


http://www.kpmim.edu.my/?page_id=2914

Sapora S. Hapsyah Md. Y. & Ab. Aziz M. Y. (2006). Kaunseling Individu. Edisi Ketiga.
Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Selangor.

Zakwan A. (2019). Kemahiran Dalam Sesi Kaunseling. Dipetik daripada


https://www.slideshare.net/zakwanazharstudy/kemahiran-dalam-sesi-kaunseling

Anda mungkin juga menyukai