Anda di halaman 1dari 11

Proses Kaunseling Individu

Pengenalan
Kaunseling merupakan perkhidmatan menolong, khususnya pertolongan yang
diberikan oleh kaunselor kepada kliennya. Muhd Mansur Abdullah & Siti Nordinar
(1993).

Maka, proses merupakan sebarang fenomena yang menunjukkan

perubahan yang berterusan mengikut masa atau tindakan yang menuju ke arah
tercapainya sesuatu matlamat.
Menurut Patterson 1986, dan Rogers (1977) mengatakan bahawa proses
kaunseling adalah satu percakapan yang dikemukakan oleh seseorang klien
mengenai dirinya dan juga permasalahan yang dihadapinya dan tindakan yang akan
diambil selepas itu. Sementara Kell dan Mueller (1966), dalam Corey (2001) pula
mengatakan proses kaunseling adalah satu proses yang sistematik seseorang klien
dapat membina satu matlamat yang konkrit dan segi pemikirannya kepada satu
bentuk perubahan yang intelektualnya.
Oleh itu, proses kaunseling boleh dijelaskan bahawa proses kaunseling
melibatkan seseorang kaunselor dengan klien dalam situasi bersemuka untuk
mengenali diri, permasalah, penyesuaian, mententeramkan emosi dan fikiran,
membuat keputusan mahupun mengatasi serta menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh kliennya.
Terdapat beberapa tahap yang utama dalam proses kaunseling iaitu terdiri
daripada tahap membina hubungan, penerokaan, membuat keputusan, pelaksanaan
dan sesi penamatan.

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

Page 1

Proses Kaunseling Individu


Isu/Masalah klien:
Ah Hong merupakan seorang pelajar tingkatan lima yang akan menduduki
peperiksaan SPM. Sebelum ini, Ah Hong adalah murid cemerlang dalam akademik
dan kokurikulum. Sikapnya yang rajin serta bertanggungjawab amat disukai oleh
rakan-rakan mahupun guru-guru di sekolah. Namun, kebelakangan ini, guru kelas
mendapati terdapat perubahan berlaku pada Ah Hong. Dia selalu mengantuk pada
waktu pengajaran dan pembelajaran, tidak menyiapkan kerja rumah yang dipesan
oleh guru serta tidak aktif dalam kokurikulum lagi. Tambahan pula, guru menyedari
bahawa keputusan Ah Hong semakin merosot. Fenomena sebegini amat
membimbangkan guru-guru bahawa perubahan ini akan menjejaskan keputusan
SPM yang akan datang. Oleh itu, guru kelas pun memberi peluang kepada Ah Hong
dengan mengatur masa untuk berjumpa dengan kaunselor sekolah.

Tahap 1: Membina hubungan


Permulaan dan kemasukan ialah peringkat yang memulakan temu bual
antara pelajar yang berkenaan. Di peringkat ini, guru kaunseling hendaklah
mewujudkan suasana yang menggalakkan interaksi serta menguasai kemahiran
membina perasaan kepercayaan pelajar terhadapnya. Pada tahap ini klien
mengukur kaunselor sama ada benar-benar boleh dipercayai sama ada dia
mendengar apa yang klien perkatakan atau sekadar berpura-pura. Oleh itu reaksi
lisan dan reaksi bukan lisan kaunselor amatlah memainkan peranan yang penting
bagi mewujudkan rasa percaya klien kepada kaunselor dan mengetahui tentang
latar belakang serba sedikit tentang diri klien
Bukan itu sahaja, kaunselor juga perlulah memperlihatkan bahawa dia
memahami ruang rujuk yang terdapat dalam diri klien, keikhlasan, kemesraan, dan
penerimaan tanpa syarat. Hal ini perlu, bagi menimbulkan kepercayaan kepada diri
klien agar klien dapat membuat pendedahan tentang masalah yang berlaku
terhadap dirinya.
Keadaan tempat yang selesa dan selamat juga merupakan satu perkara
yang penting dalam tahap ini. Misalnya situasi, hiasan bilik kaunseling serta jarak
duduk antara keduanya merupakan satu cara membantu komunikasi mereka nanti.
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

Page 2

Proses Kaunseling Individu


Ini adalah kerana kata Lawrence M.Brammer (1973), jarak kedudukan kerusi
semasa temu bual lazimnya berbeza-beza yang bergantung bagaimana mesra,
selesa dan ikut serta klien itu sendiri. Sesetengah orang lebih suka bersemuka
dalam jarak dekat kerana mereka merasa selamat dan dikawal.
Kaunselor

: Selamat pagi. Mari masuk duduk, adik. Sudah makankah?

Klien

: Selamat pagi, cikgu. Sudah makan tadi

Kaunselor

: Apa yang adik makan tadi? Sedapkah?

Klien

: Ohmasih bolehlah. Mee goreng saya makan.

Kaunselor

: Adik suka makan mee gorengkah?

Klien

: Ermtaklah. Mee goreng kenyang dan murah harganya, cikgu.

Kaunselor

: Ohmacam tu. Jangan sengan sangat. Duduklah, dik. Jangan berdiri


sana sahaja.

(Klien pun duduk.)


Kaunselor

: Selesakah duduk macam ini?

Klien

: Oklah. (Menarik kerusi ke belakang sikit)

Kaunselor

: Saya rasa gembira berjumpa dengan anda di sini. Saya mendapati


kebelakangan ini keputusan adik semakin merosot dan sentiasa
mengantuk di dalam kelas. Letihkah?

Klien

:(berdiam)

Kaunselor

: Adakah adik sudi berkongsi masalah adik dengan saya?

Di samping itu, proses membina hubungan ini juga adalah dilakukan untuk
memperjelaskan lagi kepada klien mengenai tujuan kaunseling dijalankan,
tanggungjawab kaunselor dan klien dalam kaunseling serta menyimpan kerahsiaan
klien. Tujuan menstrukturkan hubungan ini dijalankan adalah supaya klien dapat
menerima bantuan dalam mengendalikan persoalan yang dihadapi oleh klien.
Kaunselor

: Adakah adik kenal saya?

Klien

: Tak kenal. Tapi saya tahu cikgu adalah guru kaunseling.

Kaunselor

: Ya. Jadi, adik tahukah apa tugas seorang guru kaunseling?

Klien

: Ermtak berapa tahulah.

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

Page 3

Proses Kaunseling Individu


Kaunselor : Sebenarnya, peranan kaunselor adalah membantu murid mengenal
diri sendiri dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid. Jika adik
mempunyai masalah, adik boleh menceritakan kepada saya. Saya akan membantu
adik. Jangan malu.
Klien

: Erm

Kaunselor

: Adik, jangan risau. Saya tidak akan ceritakan masalah adik kepada
orang lain. Ini adalah rahsia antara kami berdua sahaja. Guru
kaunseling mempunyai tanggungjawab untuk menyimpan rahsia
kepada klien.
Pada tahap ini, jika kaunselor gagal membina kepercayaan klien

terhadapnya, klien itu tidak akan mahu bercakap benar dan meluahkan
perasaannya terhadap kaunselor. Maka, sesi kaunseling ini tidak dapat
dimulakan.

Tahap 2: Penerokaan
Menurut Charhuff dan Anthony (1979) telah menyatakan bahawa tahap
penerokaan adalah dilakukan bagi membantu individu melihat di manakah mereka
berada. Hal ini jelas menunjukkan bahawa tahap penerokaan ini adalah untuk
memastikan bahawa kaunselor dan klien dapat memahami permasalahan dengan
betul. Selain itu, ianya juga membantu klien menganalisis masalah yang dihadapi
dengan lebih spesifik.
Untuk mendorong dan memahami perasaan klien, kaunselor juga harus
menguasai kemahiran menyoal untuk klien meluahkan perasaan. Pada masa yang
sama, kaunselor juga harus aktif mendengar dan memberi galakkan secara lisan
dan bukan lisan seperti mengangguk kepala, senyum, memberi pujian dan
sebagainya.
Kaunselor

: Nampaknya adik kelihatan tidak bersemangat. Tidak cukup rehat


semalam?

Klien

: Erm

Kaunselor

: Cikgu dengar bahawa adik sering tidak menyertai aktiviti kokurikulum


sejak awal tahun ini. Bukan itu sahaja, keputusan adik semakin

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

Page 4

Proses Kaunseling Individu


merosot jika berbanding dengan dulu. Sudikah adik berkongsi masalah
dengan cikgu? (galakkan)
Klien

: ErmSebenarnya,saya ada part time job selepas sekolah dari


petang hinggalah malam. Bila sampai rumah, saya sebagai anak
sulung kena jaga adik-adik yang masih kecil lagi dan kemaskan rumah.
Selepas saya siapkan semua kerja, masa sudah lewat. Oleh itu,
barang kali saya tiada masa untuk menyiapkan kerja rumah dan
mengulang kaji, cikgu.

Kaunselor

: (Mengangguk kepala) Sejak bila adik buat part time? Kan adik masih
belajar lagi, bolehkah saya tahu sebab adik nak buat part time?

Klien

: Sejak awal tahun, saya mendapat kerja ini. Saya memerlukan wang
yang banyak untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Kaunselor

: ya...emmmm...(sambil menggangguk sedikit) Adakah ibu bapa adik


tahu pasal ni?

Klien

: (berdiam sekejap) Ibu bapa sudah tidak tinggal bersama lagi.


Tetapi saya dan adik-adik masih tinggal bersama dengan ibu. Oleh
kerana ibu bekerja keras, ibu saya telah pengsan semasa bekerja pada
akhir tahun lepas dan didapati ibu saya menghidapi penyakit kanser
perut. Rawatan ibu memerlukan wang yang banyak. Tambahan lagi,
kami tak cukup duit(mengeluh)

Kaunselor

: Ibu adik jatuh sakit. Jadi, awak kena menjaga adik-adik dan membuat
kerja sampingan adalah untuk mengumpul duit dan menampung
perbelanjaan keluarga sehinggalah mengabaikan pelajaran adik, betul?

Klien

: (Menggangguk kepala)

Kaunselor

: Baiknya, adik. (senyum) Nampaknya adik sayang sangat terhadap


keluarga. Tapi peperiksaan SPM semakin dekat, adik tidak risaukah?
(Suara mesra)

Klien

: Risau juga, cikgu

Jika kaunselor gagal dalam tahap ini, klien tidak akan meluahkan
perasaan dan masalah mereka kepadanya. Ini akan menyebabkan
kaunselor tidak dapat membantu klien menganalisis masalah. Jadi klien
tidak dapat memahami masalah yang dihadapi oleh mereka.

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

Page 5

Proses Kaunseling Individu


Tahap 3: Membuat Keputusan
Bagi tahap membuat keputusan, terdapat dua tugasan yang berkaitan yang
mesti dilaksanakan iaitu pertama, matlamat kaunseling mesti sudah sama-sama
dipersetujui

oleh

kaunselor

dan

klien.

Kedua,

guru

kaunselor

harus

menganalisis, menilai, mengusul dan membuat keputusan untuk membantu


pelajar mencari alternatif yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Kaunselor

: Apakah cita-cita adik?

Klien

: Saya nak jadi seorang doktor, cikgu. Saya nak mengubati penyakit
ibu saya.

Kaunselor

: (Menggangguk kepala) Adik mempunyai cita-cita yang sanjung tinggi.


Tahukah adik kalau keadaan ini berterusan, adik tidak akan mendapat
keputusan yang baik dalam SPM. Jika gagal, kemungkinan adik tidak
dapat melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi.

Klien

: Saya faham, cikgu. Saya juga risau tentang hal ini.

Kaunselor

: Adik jangan risau. Setiap masalah mesti ada penyelesaiannya.


Apakah agaknya yang adik rasa, tindakan yang boleh adik lakukan?

Klien

: Tak mungkin saya biarkan adik-adik dan ibu dekat hospital saja. Saya
tak tahulah cikgu. Fikiran saya sangat keliru, tak pernah saya
mengalami masalah ini. Bolehkah cikgu tolong saya supaya
menyelesaikan masalah ini?

Kaunselor

: Kalau macam tu, mari kami sama-sama menyelesaikan masalah.


Pernahkah adik memikir untuk mendapatkan bantuan daripada skim
kebajikan sekolah ataupun minta bantuan daripada bapa? Bagaimana
dengan ahli keluarga adik?

Klien

: Betul juga.

Kaunselor

:Jika mendapat bantuan daripada salah satu pihak, bolehkah adik cuba
mengurangkan harian untuk bekerja supaya mempunyai masa untuk
membuat kerja rumah dan mengulang kaji? Pernahkah adik fikir untuk
menghantar adik-adik kepada ahli keluarga atau bapa untuk dijaga
buat sementara?

Klien

: Saya akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan bantuan


kewangan daripada ahli keluarga. Jika berjaya, saya akan lebih
menumpukan perhatian atas pelajaran dan bersedia untuk meduduki
peperiksaan SPM.

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

Page 6

Proses Kaunseling Individu


Jika kaunselor tidak dapat memberi hala tuju kepada klien untuk
menyelesaikan masalah pada tahap ini, klien tidak dapat membuat
keputusan untuk menyelesaikan masalahnya. Pada masa yang sama,
klien akan kehilangan keyakinan terhadap seseorang kaunselor. Dengan
itu, masalah klien masih berterusan dan proses sesi kaunseling ini akan
terganggu.

Tahap 4: Melaksanakan Keputusan


Tahap

pelaksanaan

yang

dimaksudkan

di

sini

ialah

melaksanakan

pendekatan kaunseling yang sesuai. Tugas utama di tahap ini ialah membantu
klien menyelesaikan masalah dan membimbingnya.
Pada masa yang sama, kaunselor juga harus memberi sokongan emosi,
galakkan dan pengukuhan ikut strategi tertentu. Selain itu, kaunselor juga boleh
memberi fokus kepada kognitif (pemikiran), afektif (perasaan) atau perlakuan agar
dapat berfungsi dengan lebih efektif.
Klien

: Cikgu, terima kasih atas bimbingan dan sokongan. Kini, saya dan
adik-adik tinggal bersama dengan nenek buat sementara. Ahli keluarga
saya juga telah berjanji untuk membantu sebahagian kos perubatan
ibu saya. Pada masa yang sama, kami juga sedang memohon skim
dan masih menunggu balasan daripada pihak berkenaan.

Kaunselor

: Nampaknya adik berjaya mendapat bantuan daripada keluarga.


Baiklah macam tu. Saya berasa amat bangga terhadap usaha adik
yang tidak berputus asa dan jangan bimbang sangat dengan
perbelanjaan kehidupan sehingga mengabaikan akademik. Nenek
sayang tak dekat adik orang? Siapa lagi yang tinggal bersama dengan
nenek?

Klien

: Ya. Nenek sayang sama kami. Ada lagi keluarga pak cik sulung
tinggal bersama. Dengan bantuan mereka, sekarang saya dapat
meluangkan masa untuk mengulang kaji dan menjaga ibu saya dengan
baik.

Kaunselor

: Yakah? Baiklah macam tu. Saya percaya adik dapat hidup dengan
lebih selesa sekarangkan? Apakah perasaan adik?

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

Page 7

Proses Kaunseling Individu


Klien

: Saya berasa bersyukur kerana mempunyai nenek dan pak cik yang
begitu baik walaupun tanpa bantuan daripada bapa. Saya akan
berusaha untuk mendapat keputusan yang baik untuk membalas jasa
mereka. Pada masa yang sama, saya juga berharap dapat
mengurangkan kerisauan ibu terhadap saya.

Kaunselor

: Saya percaya adik dapat melakukannya dengan baik.

Jika klien gagal melaksanakan keputusan yang dibincangkan


sebelum ini, klien akan kehilangan keyakinan untuk menghadapi
masalahnya.

Kemungkinan masalah tersebut juga akan bertambah

serius dan klien akan membuat keputusan tanpa fikiran rasional.


Dengan itu, kaunselor perlu memberi tindakan susulan kepadanya.

Tahap 5: Penamatan
Di peringkat akhir dalam proses kaunseling ialah peringkat penamat.
Peringkat di mana hasil dan kejayaan itu dirumus dan ditutupkan. Selalunya
penilaian secara umum ke atas apa yang telah dihasilkan mengikut kehendak klien
sendiri. Sebagai langkah menamatkan proses tolong bantu ini, kaunselor kata
Robert L.Gilson dan Marianne H.Hitcheel, (1981):
adalah menjadi tanggungjawab kaunselor mengalakkan tindakan kliennya
sebagaiman yang ditetapkan untuk menyelesaikan masalah itu. Semasa klien sibuk
membuat penyelesaian, kaunselor

hendaklah selalu mengawal hubungannya

sebagai perujuk yang berterusan iaitu sebagai penyokong dan sekaligus penggalak
kepada kliennya. ...
Pada tahap ini, kaunselor dapat melihat satu perubahan berlaku kepada
kliennya. Klien yang telah mengambil keputusan serta membuat penyelesaian
terhadap masalahnya ini akan merasa benar-benar lega.
Kaunselor

: Sekarang adik tidak lagi rusing dengan kos perbelanjaan keluarga


lagi. Jadi, adik berasa lega sekarang?

Klien

: Ya. Saya berasa amat lega. (senyum) Tambahan lagi, saya pun boleh
menumpu perhatian atas pembelajaran saya dan saya juga dapat aktif

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

Page 8

Proses Kaunseling Individu


semula dalam aktiviti kokurikulum. Adik-adik saya juga mendapat
jagaan yang baik.
Kaunselor

: Baguslah adik fikir macam tu. Harap-harap adik dapat menyusun


masa dengan baik antara keluarga dan pelajaran. Baiklah
adik, nampaknya masa sudah tamat, adakah adik selesa jika kita
berhenti di sini? Ataupun mungkin ada lagi perkara yang ingin adik
kongsikan lagi bagi mengurangkan bebanan emosi adik?

Klien

: Tak ada lagi. Cuma saya berharap saya boleh mendapat skim
pinjaman supaya mengurangkan bebanan nenek saya. Adik rasa
cukuplah setakat ini . Dengan alternative penyelesaian ini, adik yakin
ini dapat diselesaikan di bawah bimbingan cikgu.

Kaunselor

: Jika begitu saya tamatkan sesi saya ini dan saya mengucapkan
terima kasih kepada adik kerana sudi berjumpa dengan saya untuk
kongsikan masalah adik dengan saya. Jika adik mempunyai masalah
atau tekanan lagi, saya sentiasa mengalu-alukan kedatangan adik.

Klien

: Ya. Memang saya akan datang jika menghadapi masalah pada masa
yang akan datang. Terima kasih cikgu atas kesudian mendengar dan
bimbingan cikgu.
Kesimpulannya dapatlah kita rumuskan bahawa dalam peringkat ini adalah

merupakan

peringkat penilaian kembali bagi seseorang kaunselor itu. Dia cuba

melihat sejauh manakah peranan kliennya selepas dia menetapkan strategi yang
bakal diambilnya. Dari sini dapatlah dinilai sama ada perkhidmatan dan proses temu
bual itu berjaya dan bermanfaat atau sebaliknya. Untuk itu kedua belah pihak
dapatlah mengetahui kedudukannya masing-masing. Mereka mengukur apakah
mereka sama-sama sudah memenuhi kehendak masing-masing ataupun belum.
Jika belum, apakah langkah seterusnya bagi temu bual yang akan datang yang perlu
diambil kira dan ditekankan lagi?
Jika klien dan kaunselor gagal dalam tahap ini, bermaknalah sesi
kaunseling ini tidak berkesan dan berfungsi dengan begitu efektif.
Terutamanya mereka akan membazirkan masa dan klien masih tidak
dapat menyelesaikan masalah. Klien akan kehilangan keyakinan dan
kepercayaan terhadap kaunselor dan diri sendiri. Dengan itu, tindakan
susulan akan dilaksanakan untuk mencari alternatif yang lebih
berkesan.

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

Page 9

Proses Kaunseling Individu


Rumusan :
Kesimpulannya, kaunseling individu dapat didefinisikan sebagai hubungan
seorang dengan seorang yang melibatkan kaunselor terlatih dan memusatkannya
kepada beberapa aspek terhadap penyesuaian diri klien, perkembangan atau
membuat

keputusan

dan

pemilihan

yang

diperlukan.

Kaunseling

individu

menyediakan perhubungan dan komunikasi di mana klien berpeluang membina


pemahaman, penerokaan penjelasan ke atas beberapa kemungkinan dan alternatif,
dan mengharapkan perubahan tingkah laku akan berlaku.
Proses kaunseling individu merangkumi lima tahap yang utama iaitu membina
hubungan, penerokaan, membuat keputusan, melaksanakan keputusan dan
penamatan. Sebenarnya, setiap tahap memainkan peranan yang penting dalam
menyelesaikan masalah klien. Di samping itu, setiap tahap mempunyai perhubungan
dan berkaitan antara satu sama lain. Jika kaunselor gagal dalam bimbingan pada
salah satu tahap, ia tidak dapat bersambung kepada tahap berikutnya. Jadi,
kaunselor perlu menggunakan kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang sesuai
mengikut dinamika yang berlaku dalam setiap tahap.
Pada tahap awal, kewujudan kepercayaan klien terhadap kaunselor adalah
amat penting untuk meluahkan perasaan dan

masalah klien kepada kaunselor.

Dengan ini, kaunselor barulah dapat membuat taksiran dan memberi alternatif yang
sesuai untuk menyelesaikan masalah klien. Klien juga akan merasa senang dan
berpuas hati sekiranya alternatif yang disarankan itu dapat disaringnya bersama
dengan kaunselornya, melihat segala implikasi, kemungkinan dan risikonya sekali di
samping bersedia pula dengan langkah-langkah mengatasi segala rintangan yang
bakal timbul nanti. Sekurang-kurangnya dia terpaksa memilih dan menggunakan
alternatif baru atau yang lain-lain pula.
Menurut Albert Ellis (1960,1973, 1976), ahli kaunseling rasional emosi
berpendapat bahawa proses kauseling menolong individu mengenal dan menerima
kelakuan yang diterima orang. Kaunseling individu menolong klien berfikir dan
bertindak dalam bentuk rasional. Yang paling penting, klien dapat menyelesaikan
masalah dengan berkesan atau mencegah masalah kritikal menumbul, atau
mengubah tingkah laku negatif kepada positif.

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

Page 10

Proses Kaunseling Individu

BIBLIOGRAFI

1. Dari Internet
Http://www.scribd.com/doc/22469661/TAHAP-DALAM-PROSESKAUNSELING
Http://www.scribd.com/doc/4711162/Memulakan-ProsesKaunseling#download

2. Dari Buku
Choong Lean Keow, (2010), Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak,
Selangor, Percetakan Seasons Sdn.Bhd.
Muhd Mansur Abdullah, Siti Nordinar Mohd.Tamin, (1993), Pengantar
Kaunseling, Selangor Darul Ehsan, Percetakan Dewan Bahasa dan
Pustaka.

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

Page 11

Anda mungkin juga menyukai