Anda di halaman 1dari 12

Laporan Pelaksanaan Internship

Nama

Pelajar

: Winnie Ling Ting Sia

Program

: Program Mengemas Bengkel Kemahiran Hidup

Nama Sekolah

: Sjk (C) Peng Bin

Nama Projek/Aktiviti

: Mengemas Bengkel Kemahiran Hidup

Tempoh Pelaksanaan

: 23 Julai 2013 24 Julai 2013

Objektif

:
Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan

insan ke arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran


sekolah yang kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada
warga sekolah sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum,
kokurikulum atau kerohanian.
Persekitaran yang selasa membolehkan guru menjalankan aktiviti P&P
dengan senang hati di samping meningkatkan minat belajar dalam kalangan murid.
Oleh itu, guru-guru pelatih akan mengambil peluang ini untuk menceriakan bengkel
Kemahiran Hidup bagi mewujudkan suatu suasana yang selasa dan selamat untuk
para murid terutamanya semasa mereka datang ke bengkel tersebut.
Tujuan kami mengemas bengkel KH adalah untuk memudahkan guru
dalam pencarian dan penyimpanan bahan-bahan serta peralatan-peralatan tertentu.
Guru dapat mencari bahan-bahan yang dikehendaki dengan cepat dan mudah.
Peralatan juga dapat disimpan dengan baik dan dalam keadaan yang selamat.
Selain itu, pengemasan bengkel KH ini juga dapat memberikan keselesaan untuk
para

murid

dalam

melaksanakan

aktiviti

di

bengkel.

Murid-murid

dapat

melaksanakan aktiviti dalam bengkel yang bersih dan selamat. Contohnya, muridmurid dapat menggunakan alatan tangan atau bahan-bahan dalam keadaan yang
selamat.
Di samping itu, program ini juga dapat memberi pengalaman baru
kepada guru pelatih dalam pengurusan keceriaan sekolah dan pengalaman ini dapat
digunakan apabila kami bakal berkhidmat sebagai guru sebenar pada masa akan

datang. Umpamanya, kami dapat mengurus bengkel KH dengan baik dan sistematik
apabila kami menjadi guru kemahiran hidup pada masa depan.

Strategi Pelaksanaan

Sebelum
Mula-mula kami membuat perbincangan bersama dengan guru
penyelaras iaitu Encik Law King Seong. Beliau adalah guru panitia kemahiran hidup.
Kami berbincang dengan beliau tentang pengemasan bengkel kemahiran hidup dan
perkara-perkara yang perlu dititikberatkan. Beliau juga meminta pertolongan kami
untuk membaiki pintu depan dan pintu belakang bengkel kemahiran hidup yang telah
berlubang di bahagian bawah. Di samping itu, beliau juga telah mencadangkan
peruntukkan wang program ini boleh didapati daripada jabatan kemahiran hidup Sjk
(C) Peng Bin.

Berbincang dengan Encik Encik Low King Seong

Pintu bengkel KH yang berlubang


Selepas itu, Lau Hie Shin sebagai setiausaha telah membina kertas
kerja dengan secepat mungkin untuk mendapat kelulusan daripada guru besar.
Selepas pembinaan kertas kerja, kami pun mencari mentor kami iaitu Encik Chiew
Lean Siang (PK 1) dan Encik Oon Bak Lim (PK HEM) untuk mendapat nasihat
mereka tentang program pengemasan bengkel kemahiran hidup ini. Mereka juga
telah banyak membantu kami dalam pembetulan kertas kerja kami supaya program
ini dapat menjadi lebih sempurna. Selepas pembetulan kertas kerja program kitar
semula ini, kami pun mencari guru besar, Encik Tan Swee Choon untuk mendapat
kelulusan beliau bagi melaksanakan aktivti ini di Sjk (C) Peng Bin.
Selepas mendapat kelulusan daripada guru besar, kami pun pergi
mengukur pintu yang berlubang untuk membeli papan. Selain itu, kami juga telah
membeli cat kilat yang berwarna frost blue dan berus untuk mengecat pintu yang
berlubang tersebut. Kami juga menyemak dan mencatat bahan-bahan yang berada
dalam almari di bengkel KH untuk membuat senarai bahan.

Mengukur pintu

Menyemak dan mencatat bahan-bahan di dalam almari


Selepas
Mula-mula,

kami

mengeluarkan

semua

alatan

tangan

untuk

memudahkan kerja mengelap rak yang di belakang bengkel kemahiran hidup.


Semua rak dan dawai penuh dengan debu yang tebals serta sarang labah-labah.
Jadi, kami membahagikan kerja kami dengan setiap orang mengelap satu rak. Kami
juga mengelap setiap alatan tangan satu demi satu dan memastikan sama ada
alatan tangan tersebut dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan oleh murid.
Selepas itu, kami meletak balik alatan tangan pada kedudukan yang asal.

Rak yang penuh dengan debu dan sarang labah-labah

Mengelap rak alatan tangan

Mengelap alatan tangan (gergaji tangan)

Meletak balik semua alatan tangan


Selepas mengemas rak di belakang bengkel KH, saya telah mengemas
almari yang berada di depan bengkel KH untuk meletak hasil kerja murid-murid.

Mengelap almari

Meletak hasil kerja murid-murid


Kami juga telah mengemaskan almari-almari di tepi bengkel KH. Mulamula, kami memindahkan semua bahan-bahan atau alatan keluar dari almari. Kami
mengelap setiap almari dan bahan-bahan tersebut. Setelah itu, kami meletak balik
bahan-bahan itu ke dalam almari dan menyusun dengan baik dan kemas.

Memindah bahan-bahan keluar dari almari

Mengelap almari

Meletak balik bahan-bahan ke dalam almari


Selepas mengemas almari, kami pun membaiki pintu-pintu yang rosak.
Mula-mula, kami memaku papan lapis pada bahagian yang berlubang. Kami juga
mengecat papan lapis tersebut dengan cat kilat yang berwarna frost blue supaya
papan lapis itu dapat bertahan lama dan kelihatan ceria.

Pintu yang berlubang

Memaku papan lapis

Pintu siap dibaiki

Mengecat pintu
Selepas
Selepas pengemasan bengkel kemahiran hidup, kami telah balik
membuat senarai-senarai bahan untuk dilekat pada setiap almari. Mula-mula, kami
mencetak senarai bahan dan laminate kertas. Selepas itu, kami melekat senarai
bahan pada almari.

Laminate kertas

Melekat senarai pada almari


Pada keesokan hari, mentor-mentor kami datang memantau hasil kerja
kami di bengkel kemahiran hidup. Mereka memuji kesungguhan kami mengemaskan

bengkel kemahiran hidup dan menjadikan bengkel lebih bersih dan kelihatan selesa
digunakan. Kami berasa amat gembira.

Pemantauan Mentor

Selepas pemantauan

Refleksi

Kekuatan Projek/Aktivti
Projek pengemasan bengkel ini telah memudahkan guru dalam
pencarian dan penyimpanan bahan-bahan serta peralatan-peralatan tertentu. Guru
dapat mencari bahan-bahan yang dikehendaki dengan cepat dan mudah. Peralatan
juga dapat disimpan dengan baik dan dalam keadaan yang selamat. Selain itu,
pengemasan bengkel KH ini juga dapat memberikan keselesaan untuk para murid
dalam melaksanakan aktiviti di bengkel. Murid-murid dapat melaksanakan aktiviti
dalam

bengkel

yang

bersih

dan

selamat.

Contohnya,

murid-murid

dapat

menggunakan alatan tangan atau bahan-bahan dalam keadaan yang selamat.


Di samping itu, kami dapat bekerjasama melaksanakan projek ini
dengan cepat dan selesai pada masa yang tepat.

Kelemahan Projek/Aktiviti
Kami mendapati bahawa terdapat banyak alatan tangan yang rosak
seperti gergaji tangan. Kotak kecemasan adalah kosong di bengkel KH ini. Dengan
itu, keselamatan murid tidak dapat terjamin. Selain itu, pengudaraan bengkel KH ini
adalah kurang baik. Ini adalah kerana tiada tingkap dalam bengkel ini. Bengkel ini
cuma hanya mempunyai dua belah pintu sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan
ketidakselesaan murid untuk belajar di bengkel.
Cadangan Penambahbaikan
:
Ketua panitia harus mengeluarkan sebahagian duit daripada tabung
jabatan kemahiran hidup untuk membeli alatan tangan baru. Dengan ini, alatan
tangan yang baru dapat mengantikan alatan tangan yang rosak dan murid dapat
menggunakan dengan selamat. Selain itu, guru KH harus sentiasa menyiasat isi
kotak kecemasan dan memenuhi bahan atau ubat yang kurang dalam kotak itu demi
keselamatan murid.
Pihak sekolah boleh membuat perancangan tentang pembinaan
tingkap di dalam bengkel untuk memperbaiki sistem pengudaraan bengkel. Dengan
ini, murid dapat belajar dengan selesa.
Kesimpulan

:
Kesimpulannya, program mural ini telah berjalan dengan lancar dan

berjaya dilaksanakan. Kami amat berterima kasih kepada guru besar, guru mentor,
guru penyelaras yang telah banyak membantu kami. Tanpa mereka, program ini
tidak akan dapat dilaksanakan dengan berjaya. Kini, bengkel kemahiran hidup Sjk
(C) Peng Bin kelihatan lebih selesa dan bersih. Kami amat berpuas hati dengan hasil
kerja kami.

Anda mungkin juga menyukai