Anda di halaman 1dari 3

KURSUS:

KSL4013 PENGANTAR BIMBINGAN DAN KAUNSELING

NAMA PENSYARAH:

NUR FADHILAH BT ABDULLAH FAUZI

TAJUK TUGASAN:

REFLEKSI SESI KAUNSELING

NAMA PELAJAR:

WAN NUR AMIRA BINTI MEOR MOHAMAD APANDI

&

NO MATRIK

I21205772
Nama klien: Wan Nur Amira binti Meor Mohamad Apandi

Nama Kaunselor: Muhd Ikhwan bin Ayob

Sesi Kaunseling: Sesi 1 (3 April 2023)

Sesi 2 (7 April 2023)

Sesi 3 (14 April 2023)

Nama kaunselor saya ialah Muhd Ikhwan bin Ayob. Saya telah mengikuti sesi kaunseling
individu bersama dengan kaunselor ini sebanyak 3 kali pertemuan. Kaunselor seorang yang
mesra dan dapat melayan saya dengan baik antaranya menunjukkan ekspresi wajah ceria dan
tahap tenaga yang proaktif walaupun kami tidak pernah berkenalan. Personaliti kaunselor
sangat membantu proses kaunseling yang efektif. Ini kerana kaunselor merupakan profesion
dalam perhubungan menolong. Kaunselor mengenalpasti matlamat dalam sesi kaunseling dan
membantu klien memilih isu yang lebih spesifik /isu yang lebih utama utk klien.

Beliau mahir dalam membina hubungan (rapo) dan penstrukturan pada awal sesi. Pada
masa yang sama sepanjang sesi dijalankan, saya berasa selesa kerana kaunselor
mengaplikasikan kemahiran komunikasi nonverbal yang menyebabkan saya sebagai klien
berkeyakinan dalam berkongsi masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, beliau memberi
perhatian; menunjukkan minat dan menggalakkan perbincangan dengan saya, dorongan
minima yang positif, kedudukan kaunselor dengan klien sangat penting iaitu dalam bentuk
Squarely Face dan postur badan yang terbuka ( Egan, 1986) bagi mempengaruhi klien untuk
terus bercakap dan memberi perhatian yang sepenuhnya dengan jayanya (Ishammuddin, 1999).

Pada sesi kaunseling seterusnya, kaunselor juga membantu bagi menerbitkan celik akal
di dalam diri saya. Dalam hal ini, beliau meneroka berkaitan dengan isu yang diketengahkan
oleh klien. Secara tidak langsung, beliau boleh mengkonfrantasikan klien apabila saya
menunjukkan ketidakseimbangan antara percakapan dan tingkah laku. Dalam isu ini, saya juga
tidak sedar apabila memberikan kata-kata tanpa meneliti diri dengan benar. Namun, kaunselor
berjaya membantu klien melihat dirinya dengan lebih tepat. Saya meneliti juga respons
kaunselor sentiasa mempraktikkan parafrasa setelah mendengar isi klien dengar tepat dan padat.
Hal ini demikian kerana kemahiran ini sangat penting bagi menunjukkan kaunselor mendengar
dan memahami apa yang dikatakan oleh klien.
Tugasan ini juga memberikan pendedahan kepada saya teknik untuk mengendalikan
sesi kaunseling dengan baik sepertimana beliau memberikan contoh dan panduan dalam
kemahiran-kemahiran kaunseling yang perlu ada pada seseorang kaunselor dalam sesuatu sesi.
Akhir kata, Secara keseluruhannya, kaunselor mempunyai pengalaman dan mempunyai
kemahiran kaunseling yang tinggi dalam mewujudkan suasana yang therapeutic dengan
membina hubungan dengan klien dan persekitaran. Selain itu, kaunselor mahir dalam
penerokaan masalah dan amat membantu dalam mengenal pasti punca masalah sekaligus
memberi alternatif penyelesaian kepada masalah tersebut.

Anda mungkin juga menyukai