Anda di halaman 1dari 4

Tugasan 2 : Ulasan kritis

Pengenalan
Berdasarkan artikel yang dipilih iaitu menyoal dan meneroka dalam sesi kaunseling
yang diakses di laman sesawang penulis banyak menceritakan tentang teknik yang
sepatutnya ketika kaunselor ketika mengajukan soalan kepada klien. Dalam artikel ini
penulis banyak mengaitkan contoh dan gambaran yang jelas tentang sesuatu rasional
soalan itu diajukan. Selain itu, penulis menyatakan bahawa setiap persoalan yang diberikan
oleh kaunselor kepada klien akan mempengaruhi suasana komunikasi yang dijalankan
dalam sesi tersebut. Hal ini dapat dilihat apabila soalan yang tidak berkesan akan
menyebabkan berlakunya halangan-halangan dalam komunikasi antara kaunselor dan
klien. Menurut Ibrahim (2002), halangan yang besar sekali dalam kaunseling adalah
komunikasi tidak berkesan antara kaunselor dan klien. Antara halangan komunikasi yang
wujud boleh dikenal pasti melalui ciri kaunselor seperti berikut bersifat memerintah atau
mengarah , kerap mencelah, suka menyiasat dan membuat penghakiman awal, terlalu
kerap menasihat , penggunaan soalan yang tidak bersesuaian dan lain-lain.

Ulasan

Berdasarkan artikel yang telah dipilih iaitu tentang menyoal dan meneroka dalam
sesi kaunseling penulis telah menyatakan terlebih dahulu pendapat yang menurut Mizan &
Halimatun (1996) menyatakan kaunselor perlu menggunakan teknik menyoal untuk
menerokai maklumat lanjut untuk mendapatkan kepastian sesuatu maklumat. Hal ini
demikian apabila penulis menyatakan kaunselor perlu membataskan pertanyaan kepada
klien. Berdasarkan diolag yang diterapkan penulis, saya dapat membuat kesimpulan
bahawa teknik yang digunakan kaunselor dalam menanya soalan ialah lebih memberi
kritikan kepada klien. Hal ini akan menyebabkan berlakunya halangan antara kaunselor dan
klien dalam sesi kaunseling tersebut. Tambahan lagi, melalui cara kaunselor melontarkan
soalan akan menyebabkan klien berasa tidak selesa dan beranggapan bahawa sesi
kaunseling yang dilaksanakan oleh kaunselor bukan untuk membantu dirinya tetapi untuk
merendahkan diri klien serta mencari salah klien tersebut. Jelas menunjukan bahawa
kerasionalan kaunselor dalam menanyakan soalan-soalan kepada klien akan
mempengaruhi emosi klien serta menyebabkan berlakunya halangan dalam proses
bimbingan dan kaunseling individu.

Seterusnya halangan yang dinyatakan oleh penulis ialah penggunaan jenis soalan
kepada klien tersebut. Hal ini berikut akan mempengaruhi kelancaran sesuatu sesi

1
kaunseling yang dilaksanakan antara kaunselor dengan klien. Hal ini dapat dilihat
berdasarkan situasi yang digunakan penulis dalam penggunaan jenis soalan tertutup akan
mengehadkan perbualan yang dijalankan dalam sesi kaunseling. Oleh itu, akan
menyebabkan berlakunya halangan dalam proses kaunseling berikutan kaunselor tidak
mendapat maklumat yang lengkap dan penuh tentang sesuatu permasalahan yang berlaku.
hal ini demikian akan menyukar proses mencari alternatif dan penyelesaian masalah yang
berlaku ke atas diri klien. Tambahan lagi, klien juga akan merasa bosan serta pemikiran
klien akan menyelewang kerana soalan yang yang diajukan oleh kaunselor lebih bersifat
umum dan tiada galakan dorongan minima untuk beliau meneruskan perbincangan. Ironinya
hal ini akan menyebabkan berlakunya halangan yang besar terhadap proses kaunseling
kerana kaunselor gagal mewujudkan suasana terapeutik antara klien .Menurut pendapat
tokoh iaitu Roger (1967) yang menyatakan kemajuan klien dalam kaunseling banyak
bergantung kepada tiga keadaan yang memudahkan seperti empati , hormat dan bersangka
baik serta jujur dan ikhlas dalam sesi proses bimbingan dan kaunseling. Jelas menunjukan
bahawa peranan kaunselor dalam penggunaan soalan yang diberikan akan mempengaruhi
kelancaran proses tersebut tetapi sekiranya kaunselor gagal menanyakan soalan yang
berkesan akan mengakibatkan berlakunya halangan-halangan dalam sesi kaunseling.

Penutup

Kesimpulan yang dapat dirumuskan ialah halangan-halangan yang wujud dalam


kaunseling adalah satu cabaran yang besar dalam bidang kaunseling berikut mempengaruhi
proses kelancaran sesi yang dilaksanakan. Sebagai kaunselor yang professional, peranan
dan tangungjawab diri perlu dipikul supaya dapat meningkatkan mutu dan kualiti profesion
kaunselor. Dalam dunia globalisasi ini, perkhidmatan kaunseling semakin penting dan
mencabar, manusia tentu sekali akan berhadapan dengan pelbagai permasalahan yang
berlaku dalam alam kehidupan. Oleh hal demikian, profesion kaunseling menjadi satu
wardah yang penting dan harus diutamakan bagi membantu individu yang mencari
penyelesaian masalah dan tekanan dalam kehidupan harian.

2
Rujukan

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim & Halimatun Halaliah Mokhtar. (2002). Kaunseling individu ,
apa dan bagaimana. Selangor: Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd.

Abdullah Ghani. Sulaiman. (1999). Asas-asas kemahiran kaunseling. Tanjong Malim:


Universiti Pendidikan Sultan Idris .

Maznah Baba dan Zainal Madon. (2003). Kaunseling individu . Kuala Lumpur: PTS
Publication dan Distributors Sdn. Bhd.

Diakses pada 1 April 2017 di laman web


http://familiharmoni.blogspot.my/2009/03/menyoal-dan-meneroka-dalam-sesi.html

3
Lampiran

Anda mungkin juga menyukai