Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN

Menurut Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip et. al (2009), kaunseling adalah satu
proses interaksi antara seorang kaunseling dan klien. Ia merupakan perhubungan menolong
yang memerlukan kedua-dua pihak untuk berinteraksi antara satu sama lain bagi mencapai
matlamat sesi. Oleh itu, kemahiran komunikasi yang baik khususnya bagi pihak kaunselor
amat penting untuk menjamin kelancaran dan keberkesanan keberkesanan sesi. Ini dapat
disokong oleh Abdullah Sani Yahaya (2005) yang menyatakan bahawa kemahiran komunikasi
penting bagi individu yang ingin membantu menyelesaikan masalah orang. Kemahiran
berkomunikasi amat penting kerana ia melibatkan penyampaian idea, maklumat, perasaan,
dan ekspresi tingkah laku antara satu sama lain (Maznah Baba & Zainal Madon, 2003).
Dengan adanya kemahiran ini, kaunselor dan klien boleh lebih mudah untuk saling
memahami.

Dalam memberi khidmat kaunseling, terdapat situasi kaunselor perlu menjalankan sesi
dengan klien yang berbeza latar belakang budaya dengannya. Inilah yang dikatakan sebagai
kaunseling silang budaya iaitu interaksi merentasi budaya (Muhammed Mamud Baba, 2015).
Menurut Pedersen dalam Costigan (2004) budaya merangkumi aspek demografi seperti
jantina dan umur, status seperti latar belakang sosial, pendidikan, dan ekonomi, afiliasi rasmi
atau tidak rasmi, dan etnografi seperti etnik, kebangsaan, bahasa dan agama. Perbezaan
dalam aspek-aspek ini boleh mempengaruhi gaya komunikasi seseorang. Misalnya, dalam
aspek etnik, dialek pertuturan bahasa Melayu kaum Melayu asli di semenanjung berbeza
dengan masyarakat di Sabah yang mempunyai bahasa ibunda sendiri seperti Kadazan
Dusun. Jadi, kemahiran komunikasi penting bagi mengelakkan salah faham. Untuk meneroka
lebih lanjut topik ini, ulasan kritis dilakukan terhadap artikel yang berkaitan. Artikel yang dipilih
bertajuk ‘Kemahiran Asas Seorang Kaunselor’ yang dihasilkan oleh Mohamed Sharif Mustafa,
Roslee Ahmad, dan Sulaiman Shakib Mohd. Noor (2016).

2.0 ULASAN MENYELURUH KANDUNGAN ARTIKEL

Artikel ini secara holistiknya membincangkan tentang keperluan kaunselor untuk


mengetahui dan mempunyai kemahiran asas kaunseling yang penting dalam menjalankan
sesi kaunseling. Kemahiran tersebut merangkumi kemahiran prasesi, membina hubungan,
membina suasana persekitaran, menyoal, mendengar, parafrasa, meminta penjelasan,
berempati, membuat refleksi, berkomunikasi, merumus dan lain-lain. Kemahiran-kemahiran
ini harus dipelajari untuk diaplikasikan dalam proses menolong klien mengikut kesesuaian
masa dan tempat. Ini amat dititikberatkan kerana menurut penulis, sekiranya kemahiran yang
diaplikasikan tidak sesuai, ia akan mempengaruhi seluruh proses kaunseling seperti

1
menyukarkan klien menyelesaikan masalah kerana hilang keyakinan dan kepercayaan
terhadap kaunselor.

3.0 ULASAN KRITIS TERHADAP ARTIKEL

Fokus ulasan dilakukan berdasarkan kepada keperluan komunikasi lisan serta bukan
lisan dalam kaunseling budaya. Dalam artikel yang dipilih ini, penulis tidak menyatakan secara
langsung kepentingan komunikasi lisan dan bukan lisan. Sebaliknya, kemahiran komunikasi
hanya diketengahkan secara ringkas iaitu sebagai salah satu sub kemahiran asas kemahiran
membina hubungan. Ia juga tidak dihuraikan secara spesifik dari segi jenis atau cara
komunikasi. Untuk membantu memahami dengan lebih lanjut mengenai cara komunikasi,
pernyataan Hasuria Che Omar, Noriah Mohamed, & Radiah Yusoff (2009) boleh dirujuk iaitu
menyatakan bahawa komunikasi melibatkan dua cara iaitu lisan dan bukan lisan. Dari segi
maksud pula, menurut Maznah Baba & Zainal Madon, (2003) komunikasi lisan bermaksud
interaksi tutur kata manakala kemahiran bukan lisan ialah mesej yang disampaikan bukan
melalu tutur kata tetapi melalui ekspresi muka, pandangan mata, dan gerak-geri.

Seterusnya, artikel ini juga bukanlah berfokus kepada kemahiran dalam kaunseling
silang budaya sebaliknya lebih kepada perkhidmatan kaunseling yang umum. Walau
bagaimanapun, ini tidak bermakna ia tidak relevan dikaitkan dalam konteks kaunseling silang
budaya kerana pada dasarnya kaunseling umum adalah sama proses dengan kaunseling
silang budaya dan kemahiran yang diperlukan juga sama cuma bezanya adalah dari segi jenis
latar belakang budaya klien yang memerlukan penekanan lebih dalam kemahiran tertentu
khususnya komunikasi. Berbicara tentang komunikasi, menurut penulis, dalam kaunseling,
kemahiran mengurus ruang komunikasi penting untuk menentukan proses kaunseling dapat
berjalan dengan berkesan tanpa gangguan fizikal atau psikologikal.

Sehubungan itu, kaunselor perlulah memahami beberapa petunjuk berhubung aspek-


aspek dalam ruang komunikasi yang mungkin boleh menimbulkan masalah jika tidak diberi
perhatian. Misalnya, peraturan agama, perbezaan jantina, umur, budaya, latar belakang etnik
dan isu yang dibincangkan. Sebagai contoh, semasa sesi kaunseling jarak antara kaunselor
dan klien haruslah bersesuaian iaitu tidak terlalu hampir atau terlalu jauh sehingga boleh
menyukarkan interaksi kedua-dua pihak. Jika diteliti, aspek-aspek yang disebutkan oleh
penulis ini adalah sama dengan disebutkan oleh Pedersen dalam Costigan (2004) tentang
elemen-elemen budaya yang boleh wujud dalam kaunseling silang budaya. Di samping itu,
penelitian juga boleh dilihat dari segi pengkategorian ruang komunikasi ini sama ada
merupakan komunikasi lisan atau bukan lisan.

2
Melihat kepada definisi cara komunikasi yang telah dinyatakan, maka ruang
komunikasi boleh dikategorikan dalam komunikasi bukan lisan. Justeru, menerusi pernyataan
contoh penekanan ruang komunikasi tersebut, boleh dikatakan penulis telah secara tidak
langsung menyatakan kepentingan kemahiran komunikasi non verbal untuk memudahkan
interaksi semasa sesi. Selain ruang komunikasi, penulis juga ada ada menyebut tentang
ekspresi muka dan kontak mata. Ekspresi muka dikatakan sebagai cara menghantar mesej
menerusi riak wajah. Contohnya, kaunselor mempamerkan riak wajah yang dapat
meyakinkan klien. Ekspresi muka yang tidak sama dengan kata-kata akan menimbulkan
reaksi kurang senang klien. Kontak mata pula bukan bererti kaunselor memandang tepat pada
biji mata klien, tetapi menumpukan perhatian ke arah muka klien untuk menunjukkan
tumpuan, minat, tanda hormat, serta menggalakkan perundingan dan mempamerkan
kesungguhan kaunselor terhadap isu yang dibawa oleh klien. Pandangan penulis ini dapat
disokong oleh Thompson dalam Afdal (2016) iaitu kontak mata sebagai sign of sincerity,
seriousness and attention.

Selanjutnya, dari segi komunikasi lisan pula, penulis sememangnya tidak menyatakan
secara eksplisit tentang kepentingan kemahiran tersebut. Namun, secara implisitnya pula,
hampir semua kemahiran yang dinyatakan oleh penulis merupakan sebahagian daripada
komunikasi lisan. Misalnya, kesemua kemahiran membina hubungan, menyoal,
memparafrasa atau mengulang sebut, meminta penjelasan, konfrontasi, membuat refleksi,
dan merumus merupakan kemahiran yang memerlukan seseorang kaunselor bercakap atau
bertutur kepada klien sama ada untuk menyampaikan maklumat, mendapatkan maklum
balas, dan meneroka. Penulis menekankan penguasaan kemahiran-kemahiran ini supaya
dapat diaplikasikan dengan sesuai dan berkesan dalam sesi. Sebagai contoh, kemahiran
menyoal sama ada soalan terbuka atau tertutup dilakukan mengikut kesesuaian. Dalam
konteks kaunseling silang budaya, pengemukaan soalan perlu mengambil sensitiviti kaum
agar tidak tersalah beri soalan yang boleh menyinggung perasaan klien. Tuntasnya, penulis
telah menyatakan kepentingan kemahiran lisan dan bukan lisan dengan mendalam
sebenarnya walaupun secara tersirat atau implisit sahaja.

3
4.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, dapat dikatakan bahawa penulis artikel ‘Kemahiran Asas


Kaunseling’ ini telah menyatakan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam kaunseling
khususnya kemahiran komunikasi iaitu lisan dan bukan lisan. Sememangnya kemahiran ini
penting diketahui dan dikuasai demi menjamin keberkesanan sesi lebih-lebih lagi dalam
kaunseling silang budaya yang memerlukan kaunselor berkomunikasi dengan pelbagai jenis
latar belakang budaya klien. Jadi, wajarlah input-input yang diperoleh dari artikel ini
dimanfaatkan untuk membolehkan kaunselor meningkatkan kompetensi terutamanya dalam
kaunseling silang budaya.

4
RUJUKAN

Abdullah Sani Yahaya. 2005. Mengurus disiplin pelajar. Selangor: PTS Professional

Afdal. 2016. Understanding of non verbal behavior clients and techniques in counseling
session. Diperoleh daripada https://www.researchgate.net/publication/307849691_
UNDERSTANDING_OF_NON_VERBAL_BEHAVIOR_CLIENTS_AND_TECHNIQUE
S_IN_COUNSELING_SESSION

Costigan, L. 2004. Social Awareness in Counselling: A Critique of Mainstream Counselling


from A Feminist Counselling, Cross-Cultural Counselling, and Liberation Psychology
Perspective.United States of America: iUniverse, Inc.

Hasuria Che Omar, Noriah Mohamed, & Radiah Yusoff. 2009. Bahasa verbal dan bukan
verbal II, volume 2. Kuala Lumpur: ITBM

Maznah Baba & Zainal Madon. 2003. Kaunseling individu. Kuala Lumpur: PTS Professional

Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin Jusoh, &
Syed Sofian Syed Salim. 2009. Kemahiran bimbingan dan kaunseling. Kuala Lumpur:
PTS Professional

Mohamed Sharif Mustaffa, Roslee Ahmad Sulaiman, & Shakib Mohd Noor. 2016. Kemahiran
asas seorang kaunselor. Diperoleh daripada https://educ.utm.my/nihra/files/2016/03
/KEMAHIRAN_ASAS_SEORANG_KAUNSELOR.pdf

Muhammed Mamud Baba. 2015. Cross-Cultural Issues in Contemporary Counselling


Practice: African Experience. British Journal of Research, 2(1), 001-008.

5
SENARAI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. Pengenalan 1

2. Ulasan Keseluruhan Kandungan Artikel 1

3. Ulasan Kritis Terhadap Artikel 2-3

4. Penutup 4

5. Rujukan

6. Lampiran

Anda mungkin juga menyukai