Anda di halaman 1dari 7

PUSAT MATRIKULASI

TUGASAN 1 (BERKUMPULAN)
SESI I, TAHUN AKADEMIK 2023/2024

FAPA 1042
KEMAHIRAN KOMUNIKASI UNTUK PROFESIONAL MUSLIM

TAJUK:
ADAB MENDENGAR DAN KEPENTINGANNYA TERHADAP INDIVIDU DAN
ORGANISASI DALAM PERSPEKTIF ISLAM.

Nama Pensyarah: BAHTIAR BIN MOHD NOR

AHLI KUMPULAN
BIL NAMA NO MATRIK

1 AFIQ IMAN BIN ABDUL RAHMAN 23FA02004


2 NABIL SYAQIL TAN 23FA02006
3 AHMAD SYAZWAN BIN MOHD SHAUKY 23FA02007
4 MUHAMMAD AFIF IMAN BIN ZULKIFLY 23FA02010
PENDAHULUAN

Komunikasi adalah satu elemen yang penting dalam kehidupan manusia. Setiap
manusia sudah pasti akan melakukan komunikasi antara satu sama lain sama ada
secara lisan ataupun bukan lisan. Namun, pelbagai dalam kalangan masyarakat hari ini
tidak mengendahkan atau mengambil peduli prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi ketika
berlangsungnya komunikasi. Mereka berpetah dalam berkata-kata dan bebas berbicara
sehinggakan menimbulkan fitnah serta menyebarkan maklumat yang tidak benar dari
fakta asal. Sepertimana yang selalu diingatkan oleh Kementerian Komunikasi dan
Multimedia Malaysia, ‘tidak pasti jangan kongsi (slogan). Berdasarkan kepada
pernyataan ini, satu analisis dapat dibuat dalam prinsip komunikasi yang terdapat
dalam al-Quran dan al-Hadis perlu dilakukan bagi menzahirkan perintah Allah dalam
etika berkomunikasi khususnya kepada umat Islam. Terdapat kajian menunjukkan
bahawa 19 corak komunikasi yang terdapat dalam al-Quran dan para pengkaji telah
mengklasifikasikan prinsip komunikasi tersebut kepada dua bentuk yang utama iaitu
komunikasi bi al-Lisan dan komunikasi bi al-Hal. Dengan berteraskan kepada prinsip
komunikasi ini dalam kehidupan, sudah pasti masyarakat akan hidup dalam aman dan
harmoni selaras dengan kehendak Allah. Komunikasi berasal daripada perkataan
Yunani iaitu 'communicare' yang bermaksud menjadikan sesuatu milik bersama. Secara
umumnya komunikasi ditakrifkan sebagai proses interaksi antara dua atau lebih individu
dengan matlamat untuk menyalurkan maklumat, idea atau pendapat sesama mereka.
Tujuan utama komunikasi adalah menyampaikan mesej atau menerima mesej. Dalam
hal ini, fokus manusia akan tertumpu kepada arahan, soalan dan penjalasan agar
tersebut membawa kompleksiti yang minimum dan kejelasan maksimum.Seterusnya,
setiap individu Muslim merupakan komunikator agama atau da'i pendakwah, Dakwah
sangatlah berkait rapat dengan komunikasi. Secara praktikalnya, dakwah ialah proses
mengajak manusia supaya mengamalkan ajaran islam dengan melakukan pengabdian
yang tulus kepada Allah S.W.T dan menuruti sunnah Nabi Muhammad S.A.W yang
berpanduan al-Quran dan al-Hadis serta pandangan ulama'(ijma'ulama') sebagaimana
yang tercatat dalam kitab dan karya-karya mereka. Menurut Mohd Yusuf Husian (1990)
menegaskan bahawa komunikasi Islam merupakan proses menyampaikan atau
bertukar perutusan dan maklumat dengan menggunakan prinsip dan kaedah yang
terdapat dalam al-Quran dan al-Hadis. Pengertian tersebut menunjukkan bahawa
aktiviti berkomunikasi merupakan suatu proses pemindahan, penyampaian, penyeruan
dan perkongsian idea, pendapat gagasan, ajaran agama terhadap seseorang untuk
melaksanaklan amar makruf dan nahi mungkar
DEFINISI ADAB MENDENGAR

Definisi Adab:
Adab berasal dari perkataan arab “‫ ”َأَد ب‬yang membawa maksud kesopanan atau budi
Bahasa. Dari segi istilah pula, terdapat pelbagai pendapat bergantung kepada lokasi
ethnic, Bahasa dan lain-lain. Secara amnya adab boleh ditaksirkan sebagai pembezaan
aturan, kelakuan, dan kepandaian membuat pilihan yang betul.

Definisi mendengar:
Kemasukan input bahasa atau bukan bahasa melalui alat pendengaran manusia, iaitu
telinga.

Kesimpulannya, Adab mendengar merupakan cara dan perilaku apabila mendengar


seseorang berkata-kata. Adab mendengar membantu kita untuk menerima dan
memahami informasi yang ingin disampaikan oleh penyampai.
ADAB SEBAGAI SEORANG PENDENGAR YANG BERKESAN

1. Mendengar untuk belajar

-Melatih diri untuk memupuk rasa ingin tahu terhadap sesuatu perkara yang sedang di
bincangkan,contohnya membuat carian tentang perkara yang tidak diketahui selepas
selesai perbincangan dengan tujuan untuk menambah pengetahuan.

2. Bertanya soalan

-Dengan memberi respon dengan bertanya soalan menunjukkan bahawa anda benar
benar berminat untuk mendengar, situasi ini kebiasaannya berlaku ketika sesi
mengajar, apabila penyampai (pensyarah) membuka sesi soal jawab lalu kita selaku
pendengar (pelajar) bertanyakan soalan,situasi ini secara tidak langsung akan
mengubah suasana menjadi lebih baik.

3. Tunggu hingga selesai

Selain itu, memberikan respon setelah individu tersebut selesai bercakap untuk
membuatkan kita lebih memahami isu tersebut dengan lebih baik bagi mengenal pasti
emosi penyampai,jangan memotong atau bertanyakan soalan ketika seseorang individu
sedang bercakap kerana perkaraini boleh mengganggu emosi individu (Penyampai)
tersebut.

4. Beri perhatian

Tumpukan perhatian sepenuhnya kepada perbincangan yang sedang berlangsung


dengan memastikan minda anda bersedia dan terbuka dengan apa yang akan
disampaikan, antara cara yang boleh dipraktikkan untuk fokus adalah memastikan fon
dalam mod senyap dan membuat hubungan mata (eyecontact) seperti melihat anggota
muka seseorang itu yg sedang bercakap kepada individu yang lain. Dengan ini,
seseorang itu dapat memberi perhatian yang penuh dan mesej yang disampaikan
dengan jelas dan boleh diterima.

5. Ulang semula apa yang didengari

Aplikasikan proses mendengar secara aktif. Ulangi semula apa yang telah disampaikan
dengan mengolah kembali maklumat yang telah diperolehi berdasarkan kefahaman
sendiri tapi pastikan ianya tidak lari daripada makna asal yang ingin disampaikan.
KEPENTINGAN KEMAHIRAN MENDENGAR

1. Membolehkan seseorang individu itu berinteraksi dengan orang lain secara tepat.

Untuk menyatakan kehendak, perasaan, pengalaman dan berupaya mengutarakan


pendapat dan pandangan yang jituserta berkesan. Contohnya dalam aktiviti
perbincangan kumpulan, pelajar yang telah menguasai kemahiran lisan iaitu kemahiran
mendengar dan bertutur akan mudah melakukan perbincangan kumpulan dengan cara
memberikan buah fikiran yang bernas berdasarkan pengalaman yang sedia ada pada
murid tersebut melalui kemahiranbertutur dan mendengar yang telah dikuasainya.

2. Membolehkan seseorang individu itu menyebut perkataan atau ayat dengan betul,
jelas dan tepat.

Seperti meningkatkan sebutan pelajar tersebut dan akhirnya akan menyebabkan


pelajar dapat menyebut ayat dengan betul, jelas dan tepat. Ini akan memudahkan
pelajar dalam proses berkomunikasi dengan individu lain.

3. Membolehkan seseorang individu itu bertutur menggunakan ayat yang tersusun,


perkataan yang sesuai dan perbendaharaan kata yang lebih luas.

Sebagai contoh pensyarah mengggunakan kata-kata yang gramatis Ketika melakukan


kelas atau kuliah yang membuatkan pelajar lebih mudah mempelajari apa yang diajar
dan akan menggunakan kata-kata yang tepat apabila ingin bertanyakan soalan atau
memberikan cadangan.

4. Meningkatkan keyakinan dan kepercayaan diri

Sebagai contoh menjadikan pelajar berani bercakap, menyatakan perasaan dan


pendapat.ini akan membuatkan pelajar sedar bahawa pendapat dan cadangan mereka
perlu didengari orang ramai untuk memberi pengetahuan kepada orang lain juga.

5. Dapat memberi tindak balas yang baik kepada orang yang sedang bercakap

Dengan ini ianya sedikit sebanyak tidak menyentuh perasaan anda misalnya dalam
masa perbincangan jika rakan anda berbincang tentang sesuatu tajuk dan anda
tertinggal dan masih bertanyakan masalah yang sama akan memalukan diri sendiri.
PENUTUP

Jelaslah, bahawa adab atau tingkah laku perlu diaplikasikan dalam kehidupan seharian
kerana tingkah laku itu menunjukkan personaliti diri sendiri kepada orang lain atau kita
membawa pendirian kita kepada seseorang. Oleh itu , manusia perlu menunjukkan
adab yang baik kepada org lain. Dalam konteks ini, saya menekankan adab mendengar
dan kepentingannya amat penting dalam organisasi dan individu agar tidak berlaku
tersalah penerimaan maklumat antara penyampai dengan pendengar kerana jika
tersalah penerimaan maklumat ianya mungkin boleh menyebabkan masalah dalam
komunikasi serta berlaku konflik seperti penyebaran ceritu palsu dan akan
menimbulkan fitnah. Saya menyeru agar setiap individu dapat mengamalkan adab
sebagai seorang pendengar supaya kita semud dapat melihat keberkesanan dan
sekaligus menjadikan diri sendiri sebagai contoh kepada orang lain. Akhir sekali , para
cendikiawan berkata bahawa buang yang keruh ambil yang jernih.
RUJUKAN

Bahan rujukan elektronik


1. https://careercounselling4u.uitm.edu.my/index.php/info-psychology/1310-tips-menjadi-
pendengar-yang-baik
2. http://aliassidek.blogspot.com/2009/06/kemahiran-mendengar.html?m=1
3. https://www.scribd.com/doc/130153069/Kepentingan-Kemahiran-Mendengar-Dan-
Bertutur-Atau-Juga-Dikenali-Sebagai-Kemahiran-Lisan-Dalam-Pengajaran-Dan-
Pembelajaran-Bahasa-Melayu-Adalah-Membole

BUKU
1.Kemahiran Komunikasi Untuk Profesional Muslim

Anda mungkin juga menyukai