Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Tinangol, Kudat Kod Sekolah:

1. Nama Guru Rosfinie Suking

2. Judul Cikgu Bankrap 3. Bidang:

4. Tarikh Pembentangan 3 Disember 2020 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan -
7. Sinopsis

‘Jika bukan kerana keikhlasan menjadi tunjang, mungkin sudah lama kita tumbang ’ (Zaharoh,
2018). Buku ini bermotifkan penulisan yang menarik pembaca untuk membina perspektif terhadap
guru sebagai insan yang mulia dan memuliakan orang lain. Pendapat bahawa tugas seorang guru
merupakan sesuatu yang mudah oleh segelintir masyarakat bukanlah sesuatu yang asing bagi
warga pendidik. Realitinya tugas sebagai pendidik menguji keupayaan fizikal, mental dan emosi
insan bergelar ‘Cikgu’. Bahkan, terdapat juga golongan guru yang ‘bankrap ' apabila berhadapan
cabaran dalam usaha mendidik anak-anak bangsa menjadi modal insan berkualiti. Ringkasnya,
menerusi buku ini penulis cuba mengetengahkan nilai-nilai dan tips untuk membuka mata
terhadap kerjaya sebagai guru.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Adab dalam menuntut ilmu merupakan salah satu asas pembangunan diri manusia. Ilmu yang
diperoleh menjadi panduan kepada seseorang individu untuk menggilap potensi kendiri dan
memberi sumbangan kepada masyarakat. Selain itu, adab juga boleh menggambarkan status dan
nilai sosial seseorang individu tersebut dalam sesuatu kelompok. Akhir sekali, nilai kepimpinan
melalui tauladan juga terdapat dalam buku ini. Pemimpin yang baik perlu berupaya membimbing
ahli-ahli di bawah kepimpinanannya untuk bekerja seiring dengan matlamat organisasi. Dengan
itu, sebuah organisasi yang berteraskan nilai kerjasama yang tinggi dan hasil kerja yang berkualiti
dapat diwujudkan.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Nili-nilai yang terdapat dalam buku boleh diterapkan dalam organisasi mahupun pdp. Misalnya,
adab menuntut ilmu diterapkan dalam diri murid semasa sesi pdp berlangsung untuk agar murid
mengamalkan nilai cintakan ilmu, menghargai dan mengaplikasikan sebaik-baiknya ilmu yang
diperoleh. Di samping itu, murid juga dididik untuk mengamalkan adab mengormati guru sebagai
penyampai ilmu. Dalam organisasi pula, kepimpinan melalui tauladan dapat diaplikasikan dengan
menunjukkan kemahiran kepimpinan yang sesuai dan seterusnya mewujudkan suasana kerja
yang membina. Bagi murid pula, guru lazimnya dilihat sebagai 'role model'. Menurut Bandura
(1925), manusia belajar melalui proses peniruan atau pemerhatian. Kepimpinan yang ditunjukkan
boleh menjadi contoh kepada mereka untuk mencapai kecemerlangan kendiri.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(ROSFINIE SUKING ) ( )

Anda mungkin juga menyukai