Anda di halaman 1dari 8

Peranan seorang guru

1.0)

Penduhuluan
Pekebun dan guru adalah dua profesion yang berbeza dalam dunia

kerjayanya. Namun jika dapat dilihat secara teliti maka kedua-dua pekerjaan ini
adalah sama iaitu mendidik atau menjaga. Dalam erti kata yang lain tugas
sebagai seorang guru boleh diibaratkan sebagai tukang kebun atau pekebun
yang mana tugas-tugasnya adalah memelihara atau menjaga biji benihnya
supaya menjadi tanaman yang subur kelak. Begitu juga seorang guru yang mana
menjalankan tugasnya sebagai pendidik dalam mendidik, memberi tunjuk ajar
dan membimbing anak muridnya untuk menjadi contoh dan modal insan yang
berguna pada masa akan datang.
Menurut Hamzah B Uno (2007) baawa seorang guru mempunyai tiga
tugas

utama

Iitu

tugas

professional,

tugas

peribadi

dan

tugas

sosial

(kemasyarakatan). Guru haruslah memiliki pengetahuan yang luas dalam bidang


pengajaran yang akan diajarkan serta penguasaan metodologi yang mana
memiliki konsep teori dan mampu memilih kaedah-kaedah yang lebih baik dan
berkesan dalam menjaga benih supaya tumbuh dalam keadaan yang baik.

2.0)

A teacher is like a gardener.


Guru yang cemerlang adalah ibarat seseorang pekebun yang baik.

Sebagai seorang guru yang baik adalah seperti menjadi tukang kebun yang baik.
Di mana tukang kebun yang baik adalah optimis dan sabar dalam menjalankan
tugasnya sebagai seorang pekebun. Menurut Abuddin Nata (2005), guru dapat
diibaratkan

seperti

tukang

kebun

yang

memberi

kasih

sayang

dan

tanggungjawab dalam menjaga tanamannya serta memenuhi keperluannya.


Guru

juga

akan

menciptakan

keadaan-keadaan

yang

tertentu

yang

membolehkan pelajar berkembang, sama seperti pekebun yang menanam,


memberi kasih sayang, menyiram tanaman yang mana sama dengan kekuatan
dan kehidupan para pelajar akan makin kuat dengan sendirinya kerana adanya
pendorong yang sedia ada (Marlen R., 2011).

Setiap pelajar atau murid mempunyai potensi dan kekuatan, oleh itu tugas
seorang guru hanyalah sebagai pemerhati dan pengarah agar mereka tidak
keluar dari jalurnya yang mana kita menganggap guru itu sebagai tukang kebun
yang memiliki biji benih iaitu pelajar untuk ditanam agar ia tumbuh lebih
berkembang. Jika kita lihat dari aspek tukang kebun itu sendiri sudah semestinya
tukan kebun itu akan berusaha bersungguh-sungguh agar tanaman tersebut
dapat tumbuh dengan subur.
Namun, pekebun itu tidak boleh memaksa tanaman itu tumbuh sesuai
dengan kehendaknya, namun ia harus bekerja keras untuk memastikan semua
kelengkapan adalah mencukupi agar tanaman itu tumbuh dengan subur yang
dalam erti kata lain tanaman itu boleh tumbuh dengan subur apabila adanya
upaya dari pekebun itu sendiri dalam merawat tanaman itu sendiri. Menurut
Gadrner (2005) menganggap semua kanak-kanak berpotensi berfikir secara
kreatif. Yang

mana pada perinkat awal, kanak-kanak sentiasa melintasi

sempadan-sempadan yang mana memerlukan sokongan yang padu daripda


seorang guru. Oleh itu, ia memainkan peranan penting dalam menyokong
perkembangan para pelajar dalam memberi motivasi, pengaruh yang besar
kepada pelajar itu sendiri.

2.1) Cabaran seorang guru


Ramai yang berpendapat secara umumnya kerjaya seorag guru merupaka
suatu pekerjaan yang murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti
yang banyak dan mengatakan menjadi seorang guru senang dan memperoleh
pendapatan yang tinggi dan tetap. Namun sebenarnya profesion menjadi
seorang guru sebenarnya menggalas suatu tugas yang amat mencabar dan
hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam membentuk
seorang mausia untuk menjadi modal insan yang berguna. Jika kita lihat dari
aspek seorang pekebun yang mana meraka juga perlu mengharungi cabaran
yang hampir sama dengan tugas seorang guru yang tanaman itu dibaratkan
sebagai muridnya yang mana perlu dibimbing, dijaga supaya ia tumbuh
membesar dengan baik pada masa akan datang.
2

Jika seorang pekebun akan berdepan dengan pelbagai jenis, bentuk


tanaman dalam memenuhi keperluannya maka ianya sama seperti seorang guru.
Antara cabarannya ialah guru perlu berdepan dengan pelbagai jenis tingkah laku
yang ada pada muridnya yang mana tugas sebagai seorang guru perlu
memenuhi kehandak mereka dalam membantu mereka keperluannya. Menurut
Danielson (2007), perancangan dan persediaan merupakan urusan di belakang
pentas yang mengorganisasikan pengajaran dan persedian pengajran dalam
sesuatu pengajaran. Usaha ini memerlukan pengetahuan kendunagn mata
pelajara yang tingi untuk meraka bentuk penjaran yang bersesuaian dengan
berhadapan dengan pelajar yang berbeza-beza tingakah laku.
Selain itu, cabaran seorang guru ialah tugas guru dalam menyampaikan
pengajarannya dalam bilik darjah. Guru terpaksa menggunakan pendekatan,
teknik dan kaedah yang terbaharu yang lebih berkesan dalam sitem pendidikan
yang

diperkenalkan

untuk

menarik

pemerhatian

para

pelajar.

Dalam

mengintegrasikan unsur kecerdasan pelbagai dalam kalangan pelajar, Jasmine


(1996) menyatakan bahawa adalah perlu memasukkan atau menyediakan satu
perancangan penjagaran dengan menyelitkan jenis-jenis kecerdasan yang
hendak diintegrasikan mengikut kesesuaian dengan topik-topik yang akan di
ajar.
Menurut

Hebblethwaite

(2010)

penggunaan

strategi

dan

kaedah

pengajaran yang berkesan perlu dimiliki seorang guru. Penggunaan strategi dan
kedah pengajaran yang betul mempu melahirkan satu proses pembelajaran yang
berkesan di antara guru dan pelajar iti sendiri. Sebgai contoh dengan membuat
pembelajaran ransangan di man gerak abals yang bergantung kepda proses
peneguhan. Contohnya memberi penghargaan, pujian atau ganjaran kepada
pelajar semasa proses pembeljaran dilakukan untuk menggalakkan pelajarpelajar lain lebih bersemangat. Oleh yang demikian, guru perlulah memiliki daya
pemikiran yang lebih kreatif untuk mengatur strategi pengajaran yang berkesan
dalam berhadapan dengan pelbagai tingkah laku para pelajar.

2.3) environment is essential. (keperluan)


Melalui pekebun, kita dapat lihat bahawa semua tanaman memerlukan
banyak keperluan untuk hidup dengan subur.

Tanaman

atau tumbuhan

memerlukan air, cahaya matahari, baja yang mencukupi untuk terus hidup juga
3

perhatian yang cukup daripada tuannya sendiri. Begitu juga seorang guru yang
mana

memerlukan

keperluan-keperluan

yang

membolehkan

mereka

menjalankan tugas-tugasnya dengan lebih baik dan berkesan.


Persekitaran bilik darjah
Untuk menghasilkan satu pembelajaran yang lebih baik dan berkesan iaitu
persekitaran bilik darjah yang mana sesuasana yang saling menghormati dan
erat. Di samping mewujudkan budaya pembelajaran yang lebih aktif. Oleh itu,
persekitaran bilik darjah yang kondusif dapat lebih menggalakkan pembeljaran
dan pengajaran kea rah yang lebih baik dan berkesan. . Teachers are authority
figures and need to require students to follow certain rules and procedures.
However, these are means for organizing the classroom to support teaching and
learning, not ends in themselves. Classroom management should help students
gain capacity for self regulation (Good dan Brophy, 2008)(ms.38).
Menurut Jacob (2008), enam syarat utama yang menjadikan sebuah bilik
darjah menyebabkan para pelajar rasa selesa dan kondusif untuk belajar dalam
kelas tersebut. Antaranya adalah dapat mewujudkan komuniti, membina ilmu,
memberi sokongan pada pelajar, mengumpul refleksi, mempunyai ekspektasi
dan mampu mengubah budaya dalam kelas. Oleh itu, pengurusan kelas yang
efektif adalah hasil daripada perancangan baik prosedur guru dalam pengajaran.
Mereka percaya rutin kelas yang bermula dari hari pertama dan diulangi
dengan sehingga akhir tahun persekolahan telah melatih pelajar untuk
melakukannya dengan automatik.Kebersihan kelas juga menyumbang kepada
faktor pengajaran yang berkesan.Bilik darjah yang bersih memberikan inspirasi
kepada

murid

semasa

belajar.Di

sini

guru

memainkan

peranan

dalam

memberikan dorongan kepada murid untuk bersamam-sama menceriakan bilik


darjah masing-masing. Tahap keceriaan dalam sesebuah bilik darjah akan
menjadi lebih menarik apabila diwujudkan satu sudut yang mana artikal atau
bahan bacaan untuk merangsang murid di dalam kelas untuk membaca dan
sekali gus menanamkan minat membaca dikalangan pelajar.

Pengajaran

Aspek pengajaran meliputi komponen berkomunikasi dengan pelajar,


penggunaan teknik menyoal dan perbincangan, melibatkan pelajar dalam
pembelajaran, menggunakan pentaksiran dalam pengajaran, menunjukkan
fleksibiliti dan responsif. Guru mesti membekalkan penjelasan yang tepat kepada
pelajar sebagai satu petunjuk jalan untuk mengubah sesuatu yang kompleks
kepada sesuatu yang jelas dalam hidup pelajar (Danielson, 2007). Ini bermakna
tanpa penyampaian yang efektif oleh guru, seseorang pelajar mungkin menemui
jalan buntu dalam memajukan diri secara sosial mahupun akademik.
Disamping itu, pengajaran yang efektif memerlukan teknik menyoal yang jelas
dan tepat.Kemudian, diikuti dengan masa menunggu jawapan yang bersesuaian
daripada pelajar dan menjadikan respon jawapan pelajar sebagai asas dalam
pengajaran (Danielson, 2007).Justeru, penglibatan aktif pelajar sebenarnya
banyak bergantung pada guru yang efektif untuk melaksanakan pengajaran
dengan fleksibel tanpa menjejaskan progres pembelajaran pelajar.

Keceriaan, Interaksi dan Penglibatan Murid:


Guru efektif sentiasa berfikir dan merancang aktiviti penglibatan muridmurid dalam pengajaran. Kemahiran berkomunikasi dan interaksi kependidikan
pelbagai

hala

guru-murid,

murid-murid,

dan

murid-guru

menjadi

teras

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Murid akan merasa pendapat dan


kehadirannya diperlukan serta dihargai. Murid-murid perlu mengenali di antara
satu sama lain, saling berinterkasi dan menggunakan panggilan baik-baik serta
digemari yang membuktikan saling communicate with interest and enthusiasm.
Menurut Ikhsan (2010), guru-guru tidak perlu ragu akan pengintegrasian
dalam unsur kecerdasan yang dilakukan dalam kalangan pelajar melalui aktiviti
pembelajaran dan pengajaran dan sebaliknya wajar mencuba sebagai variasi
kaedah

atau

teknik

penjangaran

bagi

membantu

meningkatan

dalam

memperkembangkan lagi potensi kecerdasanan atau pun bakat yang ada di


kalangan pelajar. Sehubungan dengan itu, ia dapat melahirkan pelajar yang lebih
bermatlamat dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan entelek.
Semasa
pemikiran

menyampaikan

positif

dan

pengajaran

bersangka-suka
5

guru

terhadap

seharusnya

mempunyai

murid

ilmu

agar

yang

disampaikan diterima dengan hati terbuka, ikhlas, telus, tulus, berminda ceria
dan humur. Memandang terus dan telus terhadap individu murid dan melihatnya
dengan penuh empati serta use intrinsic and extrinsic rewards more often than
penalties. Situasi sedemikian akan dapat menimbulkan interaksi positif dan
konstruktif yang menghasilkan keberkatan ilmu yang disampaikan demi manfaat
jangka pendek dan jangka panjang murid dan guru. Masyarakat dan negara akan
memperolehi manfaat seterusnya.
Dalam membentuk suasana yang saling berkerjasama antara satu sama
lain di antara pelajar dan pelajar lain mahupun pelajar dan guru-guru. Pelajar
membolehkan ia lebih memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang
lain. Di samping itu, ia nya mudah untuk berinteraksi dan bekerjasama dengan
orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Ia juga
sekali gus dapat memberikan motivasi kepada diri sendiri dan juga orang lain.
Teori ini dapat mengenalpasti kebolehan dalam memahami diri sendiri dan
seterusnya boleh membentuk indentiti sendiri yang mana kita dapat memahami
dan meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan orang lain dengan lebih
mudah (Roseni Ariffin et. al 2008).

3.0 kesimpulan
Dalam

dunia

pendidikan

yang

semakin

canggih

seiring

dengan

perkembangan teknologi seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang
makin hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas
mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan
yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI)
supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan


2020. Oleh hal yang demikian, cabaran yang datang perlu disahut oleh seorang
guru sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada
muridnya dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan
walaupun

sosiologi

sekolah

tidak

memberangsangkan.

Itu

tugas

dan

tanggungjawab seorang guru di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah.

Rujukan
Abuddin Nata. (2011). Tokoh-tokoh pembaruan pendidikan islam.

Islamic

education, 453.
Danielson, C. (2007). Enhancing professional practice: A framework for teaching.
Alexandria,
VA: Association for Supervision and Curriculum Development.

Gardner, H.(2005). Multiple lenses on the mind. Paper presented at the


ExpoGestion
Conference, Colombia
Good, T.L., and Brophy, J.E. (2008). Looking in classroom. USA: Pearson
Education, Inc.
Hebblethwaite, D. (2010). Effective teaching strategies in the culturally diverse
classroom.
Journal of contemporary Research in Bussiness. 2(8):23-28.
Ikhsan Othman dan Rohizani Yaakub (2010). Application of the multiple
intelligence theory
in curriculum implementation. Asia pacific journal pf educators and
education, 25:21-32.

Jasmine, J. (1996). Teaching with multiple intelligence. CA: Teacher Created


Materials. Inc
Marlene R. (2011). Aku cerdas karena tak bias matematika. PT Gramedia Pustaka
Utama
Kompas Gramedia Building. Jakarta, 60.
Siti Rahayah Ariffin, Roseni Ariffin & Hafsa Mohamed Makki (2008). Faktor
kontribusi
kecerdasan pelbagai dalam kalangan pelajar remaja. Jurnal pendidikan,
33:35-46.
Uno, H. Hamzah B., 2007, Profesi Kependidikan Problema, Solusi, dan Reformasi
Pendidikan
di Indonesia, PT. Bumi Aksara, Jakarta.

Anda mungkin juga menyukai