Anda di halaman 1dari 17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, 27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR

PBKK 1074
PENDIDIKAN BIMBINGAN
TUGASAN 1: PENULISAN LAPORAN
Nama : WONG SHIN CI
No. K/P : 050730131156
Angka Giliran : 2023112310173
Program : PISMP
Ambilan : JUN 2023/2028
Unit : BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2
Nama Pensyarah : PUAN ZAWIYAH BINTI ZALI
Tarikh Hantar : 15 NOVEMBER 2023

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:______________________Tarikh : _____________________

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:_______________________Tarikh : _____________________


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

1
KM 10, JALAN PADANG TENGKU 27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR

BIODATA

NAMA : WONG SHIN CI

NO. KAD PENGENALAN : 050730-13-1156

EMAIL : shinci0730@gmail.com

ALAMAT : NO. 1J, LORONG ULU SUNGAI MERAH 40C, 96000


SIBU, SARAWAK

STATUS : BUJANG

NOMBOR TELEFON : 0165101836

NAMA BAPA : WONG SIE ING

NAMA IBU : CHIONG SWEE LING

UNIT : BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SJKC) UNIT 2

AMBILAN : JUN 2023/2028

HALAMAN PENGAKUAN

2
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ............................................

Nama penulis : WONG SHIN CI

No. kad pengenalan : 050730-13-1156

Unit : BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2

Tarikh :

3
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT

Biodata 2

Halaman Pengakuan 3

Isi Kandungan 4

Penghargaan 5

TUGASAN 1 : PENULISAN LAPORAN

1.0 Pengenalan 6

2.0 Kemahiran Membina Hubungan dan Kepercayaan 7-8

2.1 Kemahiran Penyelesaian Masalah 8

2.2 Empati dan Kemahiran Menyokong 9

2.3 Penggunaan Teknik-Teknik Kreatif dalam Kaunseling 10

3.0 Cabaran yang Dihadapi Sepanjang Penganjuran Program 11

3.1 Cara Penyelesaian Cabaran yang Dihadapi Sepanjang 12


Penganjuran Program

4.0 Cadangan Penambahbaikan dan Alternatif Untuk Program 13


Bulan Kaunseling

5.0 Penutup 14

Rujukan 15

Lampiran 16-17

4
Penghargaan

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana telah
mengurniakan saya kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan kerja kursus dengan jayanya.
Tugasan kerja kursus ini telah memberikan banyak kebaikan kepada saya dari segi
pengetahuan dan pengalaman. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
IPGKTAA kerana memberi peluang kepada saya untuk mempelajari kursus ini.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu
Puan Zawiyah kerana mengajar kelas dengan penuh kesabaran dan tanggungjawab. Beliau
telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya supaya menghasilkan
tugasan yang lebih baik. Selain itu, beliau juga memberi pendapat kepada saya agar
membuat penambahbaikan pada tugasan ini. Oleh itu, kerja kursus saya dapat disiapkan
dalam masa yang ditetapkan dengan adanya bantuan beliau.

Bukan itu sahaja, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang
sanggup membantu saya jika saya menghadapi masalah semasa menghasilkan tugasan ini.
Saya sering berbincang dengan mereka tentang tugasan yang diberikan supaya boleh
berkongsi maklumat yang didapati masing-masing dan bertukar-tukar idea. Dengan adanya
dorongan rakan-rakan, saya lebih bermotivasi dan bersemangat untuk menyiapkan kerja
kursus ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga dan
rakan-rakan saya yang selalu memberikan pandangan dan cadangan kepada saya dari
pelbagai aspek. Melalui tugasan ini, saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan di
samping belajar untuk menjadi bakal guru yang bertanggungjawab.

5
1.0 Pengenalan
Dalam bulan yang lepas untuk menyokong dan menyambut Bulan Kaunseling
Kebangsaan di negara kita yang bertujuan memperjuangkan aspek kesejahteraan mental
dan emosional, keperluan akan khidmat kaunseling semakin mendalam dan signifikan,
program bulan kaunseling telah dianjurkan dalam Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku
ampuan Afzan oleh guru pelatih kursus Bimbingan dan Kaunseling Ambilan 2023/2028 dan
dibantu oleh guru pelatih kursus Bimbingan dan Kaunseling Ambilan2020/2024. Bulan
Kaunseling yang telah dirangka ini adalah untuk memberikan platform bagi para pelajar
dalam IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan untuk menjelajahi dan memahami keperluan
mereka dalam konteks pembangunan peribadi.

Program bulan kaunseling dianjurkan bertujuan untuk memberikan sokongan holistik


kepada para pelajar dalam kampus kita dengan merangkumi pelbagai aspek kehidupan,
termasuk hubungan interpersonal, pengurusan stres, pengukuhan diri, dan penyelesaian
masalah. Penggunaan kemahiran bimbingan yang berkesan adalah kunci utama dalam
menjana perubahan positif dan memberikan impak yang berkekalan terhadap para pelajar
kampus kita yang melibatkan diri dalam program bulan kaunseling yang telah dianjurkan.

Dalam laporan ini, kami akan menyiasat dan menilai beberapa kemahiran bimbingan
utama yang digunakan oleh para guru pelatih kursus Bimbingan dan Kaunseling semasa
menjalankan sesi kaunseling dalam program ini. Secara keseluruhannya, analisis ini
melibatkan pemahaman mendalam terhadap bagaimana setiap kemahiran berkontribusi
kepada pembangunan individu dan mencapai matlamat program bulan kaunseling.

Melalui peninjauan ini, diharapkan guru pelatih kursus Bimbinagan dan Kaunseling
yang terlibat dalam anjuran program bulan kaunseling ini dapat merangka strategi yang lebih
efektif untuk menyokong dan memperkukuhkan kemahiran bimbingan dalam konteks
kaunseling, serta menyediakan panduan bagi pelaksanaan program yang lebih baik pada
masa akan datang. Dengan berkembangnya kefahaman dan kesedaran mengenai
pentingnya kaunseling, kita dapat membantu pelajar dalam kampus kita yang menghadapi
masalah emosi, mental untuk menghadapi masalah mereka serta mencapai masyarakat
yang lebih sihat secara emosional dan mental.

Sebagai persoalannya, apakah kemahiran–kemahiran bimbingan yang digunakan


sepanjang program bulan kaunseling dijalankan?

6
2.0 Kemahiran Membina Hubungan dan Kepercayaan

Salah satu asas yang penting dalam kaunseling adalah kemahiran membina
hubungan dan kepercayaan antara kaunselor dan klien. Dalam pelaksanaan program bulan
kaunseling, para guru pelatih bimbingan dan kaunseling memainkan peranan utama dalam
memastikan kewujudan hubungan yang kukuh dan saling percaya di antara mereka dan
para peserta program. Dengan menggunakan kemahiran ini, kami dapat mencipta ruang
yang selamat dan selesa, di mana peserta berasa rasa selesa untuk berkongsi pengalaman
dan meluahkan perasaan dalaman mereka. Dalam anjuran program bulan kaunseling,
terdapat beberapa teknik bagi kemahiran membina hubungan dan kepercayaan telah kami
aplikasikan dalam proses bimbingan.

Pertama kali, melalui kontak mata yang mesra dan isyarat verbal yang menyokong,
pelatih guru bimbingan dan kaunseling menyampaikan kehadiran fizikal dan emosional
mereka, ia menunjukkan kami sentiasa bersedia dan sanggup untuk mendengar dengan
sepenuh hati. Langkah ini amat penting untuk membina persekitaran yang memudahkan
peserta berasa nilai, pemandangan, cara fikiran dan pengalaman diri sendirinya boleh
diterima dan difahami. Selain itu, kami sebagai kaunselor dan pembimbing pelatih juga
menekankan kejujuran dan transparansi dalam sesi bimbingan dan kaunseling serta semasa
berkomunikasi mereka. Hal ini disebabkan sebagai seorang pembimbing dan kaunselor
yang professional, kami menegaskan prinsip-prinsip etika kaunseling dan memberikan
jaminan terhadap kerahsiaan maklumat.

Selain itu, kemahiran membina hubungan dan kepercayaan juga melibatkan


kefahaman dan penghargaan terhadap perasaan klien. Dalam seluruh pelancaran program
bulan kaunseling guru pelatih bimbingan dan kaunseling telah menunjukkan empati,
penghargaan dan pemahaman atas segala perkongsian daripada klien serta mencipta suatu
ruang untuk klien supaya dapat mengekspresikan perasaan mereka secara bebas dan
tanpa takut dinilai atau ditegur. Dengan cara ini, klien kami membangun jambatan
kepercayaan yang memungkinkan mereka berasa yakin untuk menyentuhi isu-isu yang lebih
mendalam dan peribadi. Hal ini dikatakan demikian kerana kesanggupan para guru pelatih
bimbingan dan kaunseling untuk bersikap terbuka, tulus, dan sensitif terhadap keperluan
klien adalah faktor vital dalam membentuk hubungan yang rapat, efektif dan berkesan
dengan klien.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa pentingnya kemahiran membina
hubungan dan kepercayaan dalam pelancaran bulan kaunseling. Hal ini dikatakan demikian
kerana kemahiran ini membentuk asas bagi pengalaman kaunseling yang positif. Dengan
mewujudkan hubungan dan kepercayaan yang kukuh, para guru pelatih bimbingan dan

7
kaunseling dapat memastikan klien merasakan sokongan sejati, memberi peluang untuk
pemahaman mendalam, dan mempercepat proses perkembangan peribadi.

2.1 Kemahiran Penyelesaian Masalah

Dalam pelancaran program bulan kaunseling, kemahiran penyelesaian masalah


menjadi landasan penting yang membantu para guru pelatih bimbingan dan kaunseling
membimbing klien untuk mengatasi cabaran dan mencapai matlamat perkembangan
mereka. Sebagai guru bimbingan dan kaunseling pelatih, kami menggunakan kemahiran
penyelesaian masalah untuk membantu pelajar-pelajar kampus kami yang terlibat dalam
program bulan kaunseling untuk mengenal pasti, mengurai, dan mencari penyelesaian
terhadap pelbagai masalah kehidupan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tersebut.

Pertama kali, sebagai kaunselor dam pembimbing pelatih kami menggalakkan


klien kami untuk mengatasi masalah dengan mengajukan soalan yang mendalam dan
merangsang pemikiran kreatif. Hal ini dikatakan demikian kerana cara ini memudahkan sesi
penyelesaian masalah dengan menyediakan panduan yang disasarkan, membantu peserta
melihat masalah dari pelbagai sudut pandangan, dan menggalakkan pertimbangan
penyelesaian yang berpotensi. Langkah ini membantu peserta mengembangkan kemahiran
menyelesaikan masalah mereka sendiri, mengukuhkan daya tahan, dan meningkatkan
keupayaan mereka untuk menghadapi cabaran.

Selain itu, kemahiran penyelesaian masalah juga melibatkan proses pengenalan


dan pengurusan emosi. Sebagai kaunselor dam pembimbing pelatih, kami
bertanggungjawab untuk membimbing peserta dalam mengenal pasti emosi yang berkaitan
dengan masalah, membantu mereka untuk memahami impak emosi terhadap pemikiran
rasional, dan merancang strategi penyelesaian yang bersifat emosional sekaligus praktikal.
Dengan mengintegrasikan aspek emosional dalam proses penyelesaian masalah, kami
dapat membantu klien untuk meraih kejayaan yang berdaya tahan dan bermakna serta
mampu mengelakkan klien daripada membuat keputusan yang kurang rasional dan
mengikuti perasaan sementara sahaja.

Di samping itu, kemahiran penyelesaian masalah juga merangkumi penggunaan teknik


pemecahan masalah yang berstruktur. Kami sebagai kaunselor dan pembimbing pelatih
menyediakan panduan langkah yang berkaitan dengan langkah untuk membantu klien kami
menyusun rencana tindakan yang praktikal dan efektif. Dalam bulan kaunseling, aktiviti-
aktiviti yang telah dianjurkan menekankan kemahiran penyelesaian masalah supaya
memberikan peluang kepada peserta untuk mengamalkan kemahiran ini dalam kehidupan
sebenar mereka, menyumbang kepada pembangunan keupayaan klien kami dalam
menangani cabaran dan mencapai kesejahteraan emosi yang lebih tinggi.

8
2.2 Empati dan Kemahiran Menyokong

Dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti semasa bulan kaunseling, kami sebagai


kaunselor dan pembimbing pelatih memainkan peranan penting dengan mengaplikasikan
empati dan kemahiran menyokong. Kemahiran empati membantu para kaunselor dan
pembimbing pelatih untuk memahami pengalaman dan perasaan klien secara sepenuhnya.
Kami menyediakan ruang tanpa penilaian, mencipta hubungan yang penuh kasih sayang,
dan menunjukkan kepekaan terhadap keadaan emosi klien. Dengan mendemonstrasikan
empati, kami berjaya mewujudkan kepercayaan antara pihak klien dengan pihak
pembimbing dan menunjukan pemahaman yang mendalam terhadap kehidupan dan
pengalaman klien.

Tambahan pula, kemahiran empati juga terwujud melalui kemampuan guru


bimbingan dan kaunseling pelatih untuk melihat perkara dari perspektif klien, mencipta
hubungan yang saling pengertian, dan menangkap nuansa emosi klien yang susah atau
tidak dapat diungkapkan secara langsung. Dengan demikian, kami memastikan bahawa
peserta berasa diambil berat dan difahami, memberikan pengalaman kaunseling yang
bermakna dan terapeutik serta memastikan klien berasa kami sanggup untuk mendengar
perkongsian mereka.

Sementara itu, kemahiran menyokong adalah komponen penting dalam


memastikan klien berasa disokong dan diberdayakan dalam perjalanan perkembangan
mereka. Sebagai kaunselor dan pembimbing pelatih, kami menggunakan kemahiran
menyokong untuk memberikan dorongan positif, mengakui kejayaan peserta, dan
menyediakan bimbingan praktikal. Kami mendorong klien untuk mengenali sumber
sokongan dalam hidup mereka, membangun rasa keyakinan diri, dan menghadapi cabaran
dengan ketabahan supaya keyakinan diri klien semakin meningkat dan semakin berani
untuk menghadapi sebarang cabaran dalam kehidupan meraka.

Secara keseluruhannya, aktiviti-aktiviti yang dirangka dalam bulan kaunseling


membekalkan peluang kepada kami yang berperanan sebagai seorang kaunselor dan
pembimbing pelatih untuk menerapkan kemahiran empati dan menyokong secara efektif.
Dengan menunjukkan pemahanan dan penghargaan kepada peserta tentang pengalaman
mereka, kami mampu membantu klien dalam mengembangkan kesedaran diri dan
mencapai matlamat perkembangan dengan cara yang sesuai dan berkesan.
Kesinambungan penggunaan kemahiran empati dan menyokong sepanjang bulan
kaunseling memberikan landasan positif untuk perubahan dan pertumbuhan yang
berterusan dalam kehidupan klien .

9
2.3 Penggunaan Teknik-Teknik Kreatif dalam Kaunseling

Dalam pelancaran aktiviti-aktiviti semasa bulan kaunseling, sebagai kaunselor dan


pembimbing pelatih kami telah mengaplikasikan kemahiran bimbingan yang inovatif,
khususnya dengan penggunaan teknik-teknik kreatif. Hal ini disebabkanteknik-teknik ini
membolehkan klien untuk mengekspl orasi pemikiran dan perasaan mereka melalui medium
yang lebih ekspresif dan menyeronokkan. Sebagai contoh, kami akan menggunakan seni
visual, penulisan kreatif, permainan peranan, dan aktiviti kreatif lain untuk merangsang
refleksi mendalam dan penghayatan diri.

Pertama kali, penggunaan seni visual seperti lukisan atau seni kreatif lain
memungkinkan pelajar IPGKTAA yang terlibat dalam program bulan kaunseling untuk
menyampaikan perasaan mereka secara tidak langsung, seringkali membuka pintu kepada
perbincangan mendalam tentang isu-isu yang mungkin sukar diutarakan secara lisan.
Sementara itu, penulisan kreatif memberikan platform kepada klien kami untuk
mengungkapkan diri mereka dengan lebih bebas dan kreatif, serta membolehkan mereka
merenung dan meneroka pemikiran mereka dalam format yang berbeza.

Selain itu, permainan peranan adalah teknik yang sering digunakan dalam bulan
kaunseling untuk membantu peserta melihat situasi dari perspektif yang berbeza dan
menggali solusi alternatif. Sebenarnya, aktiviti-aktiviti ini memupuk kreatif dan
memperkukuhkan kemahiran penyelesaian masalah klien secara berperingkat. BUkan itu
sahaja, pendekatan ini tidak hanya memberi keseronokan tetapi juga menyediakan alat
untuk pembelajaran dan pemahaman diri yang mendalam supaya klien jelas bahawa nilai,
keperluan dan masalah yang dirinya hadapi serta jelas bahawa cara mengatasi masalah
tersebut.

Ringkasnya, dengan mengintegrasikan teknik-teknik kreatif, sebagai kaunselor dan


pembimbing pelatih kami dapat mengembangkan sesi kaunseling yang dinamik dan
memenuhi keperluan klien secara holistik. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti-aktiviti
yang menggunakan pendekatan kreatif mendorong kreativiti, membantu klien untuk
menyusun dan menghubungkan maklumat dengan cara yang lebih mendalam, serta
memberikan cara penyelesaian berbeza ekspresif yang menguntungkan bagi mereka yang
mungkin menghadapi kesukaran untuk menyuarakan perasaan dalaman mereka secara
langsung.

10
3.0 Cabaran yang Dihadapi Sepanjang Penganjuran Program

3.0.1 Cabaran Penglibatan Peserta

Sepanjang penganjuran program bulan kaunseling cabaran sering dihadapi untuk


mendapatkan penglibatan aktif daripada para peserta. Kesukarelaan peserta untuk
berkongsi masalah peribadi atau kekurangan kesedaran mengenai kepentingan kaunseling
boleh menjadi halangan. Selain itu, sebahagian pelajar kampus kita kurang menyedari
bahawa bantuan kaunseling adalah penting dan menjadi keperluan untuk menghadapi
masalah dan cabaran dalam hidup mereka. Oleh hal sedemikian, pelajar-pelajar kurang aktif
dalam melibatkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sepanjang program bulan kaunseling
diadakan. Hal ini terus menyebabakan kelancaran penganjuran program bulan kaunseling
ini kerana terdapad beberapa program memerlukan pelajar kampus kita melibatkan diri dan
mendaftar sebagai peserta aktiviti secara sukarela.

3.0.2 Cabaran Kerjasama dengan Pihak Berkaitan

Selain itu, kerjasama dengan pihak berkaitan seperti pihak jabatan berbeza dalam
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, pihak penceramah, pihak Hospital
dan pihak-pihak yang lain juga menjadi cabaran semasa penganjuran program bulan
kaunseling. Kesukaran untuk menjalin hubungan yang kukuh dengan pihak-pihak ini telah
memberi kesan terhadap keberkesanan program. Proses koordinasi dan komunikasi yang
tidak berkesan mungkin menghalang aliran maklumat dan sokongan yang diperlukan untuk
menjayakan program kaunseling. Tambahan pula, kerjasama antara ahli jawatan kuasa dan
penasihat yang bertanggungjawab untuk melancarkan program juga amat mencabarkan
kerana kekurangan pengalaman pihak ahli jawatan kuasa dan kekurangan komunikasi yang
berkesan antara kedua-dua pihak tersebut telah menyebabkan kesalahfahaman dan
penghantaran dan perkongsian maklumat yang kurang tepat dan silap.

11
3.1 Cara Mengatasi Cabaran yang Dihadapi Sepanjang Penganjuran Program

3.1.1 Cara Penyelesaian Cabaran Penglibatan Peserta

Bagi mengatasi cabaran penglibatan peserta dalam penganjuran program bulan


kaunseling, langkah-langkah tertentu diambil. Pertama kali, Ahli Jawatan Kuasa
penganjuran program mengamalkan pendekatan promosi yang kreatif dan menyeluruh
untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kaunseling, contohnya termasuklah
penggunaan media sosial, pengiklanan tempatan, dan penyampaian maklumat secara
langsung kepada pelajar-pelajar kampus. Selain itu, sebagai Ahli Jawatan Kuasa
penganjuran program kami telah meyediakan inisiatif untuk memberikan pemahaman yang
mendalam mengenai manfaat kaunseling melalui taklimat dan pendedahan awam. Selain
itu, kami mencipta ruang yang terbuka dan mesra di mana peserta berasa selesa untuk
berkongsi pengalaman mereka. Dengan pendekatan holistik ini, peserta lebih cenderung
terlibat secara aktif dalam program kaunseling.

3.1.2 Cara Penyelesaian Cabaran Kerjasama dengan Pihak Berkaitan:

Tambahan pula, kami juga sedar bahawa kepentingan untuk menangani cabaran
berkaitan dengan kerjasama pihak berkaitan dalam penganjuran program bulan kaunseling.
Suatu cara yang telah diambil untuk mengatasi cabaran ini adalah dengan membangunkan
jaringan komunikasi yang kukuh dengan pihak-pihak terlibat. Sesi perbincangan berkala dan
mesyuarat koordinasi telah diatur untuk berkongsi idea, maklumat, dan menangani sebarang
isu yang timbul. Selain itu, perlu kami juga berusaha untuk memahami keperluan unik setiap
pihak berkaitan dan menyesuaikan program kaunseling mengikut konteks mereka.
Keterlibatan aktif dan sokongan daripada pelbagai pihak diperolehi melalui pendekatan
inklusif yang melibatkan mereka dalam perancangan dan pelaksanaan program. Dengan
demikian, cabaran berkaitan dengan kerjasama pihak berkaitan diatasi dengan berkesan,
dan memastikan kejayaan dan kesan positif program kaunseling.

12
4.0 Cadangan Penambahbaikan dan Alternatif Untuk Program Bulan Kaunseling

Sepanjang pelancaran Program Bulan Kaunseling, terdapat banyak lagi kelemahan


dan ketidaksempurnaan dalam cara menganjur program kami sebagai ahli jawatan kuasa
program ini. Untuk meningkatkan keberkesanan program bulan kaunseling, cadangan
penambahbaikan dan alternatif boleh diaplikasikan.

Untuk meningkatkan keberkesanan program bulan kaunseling, terdapat beberapa


cadangan penambahbaikan dan alternatif yang boleh diambil kira. Pertama kali, ahli jawatan
kuasa program boleh memperkukuhkan usaha promosi melalui penggunaan media sosial,
papan iklan, dan bahan promosi kreatif untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang
kepentingan kaunseling. Sesi pendedahan juga boleh diadakan untuk memberikan
pemahaman yang lebih mendalam mengenai peranan kaunseling kepada pelajar IPGKTAA
dan terus meningkatkan kesejahteraan mental dalam kampus kita.

Selain itu, penting untuk menawarkan pelbagai kaedah penyampaian kaunseling,


termasuklah sesi kaunseling dalam talian untuk memudahkan akses peserta yang mungkin
menghadapi kesulitan untuk hadir secara fizikal. Keperluan untuk membangunkan bahan-
bahan pendidikan yang bersifat interaktif dan mudah difahami juga perlu diberi perhatian,
dengan memastikan peserta dapat memanfaatkan maklumat dengan lebih baik.

Secara keseluruhannya, pendekatan holistik ini, yang melibatkan promosi yang


kukuh,dan pelbagai kaedah penyampaian dapat memperkukuhkan dan memperbaiki
program bulan kaunseling, memberikan manfaat yang lebih besar kepada pelajar IPGKTAA
dalam memahami dan menguruskan aspek-aspek kesihatan mental mereka.

13
5.0 Penutup

Kesimpulannya, anjuran Program Bulan Kaunseling telah memberikan sumbangan


yang signifikan dalam memperkukuhkan kemahiran bimbingan di kalangan kami sebagai
guru bimbinagn dan kaunseling pelatih. Penggunaan kemahiran empati, kemahiran
menyokong, penggunaan teknik-teknik kreatif, membina hubungan dan kepercayaan, serta
kemahiran-kemahiran lain yang telah diterapkan dalam program ini, telah memberikan
kesan positif terhadap klien dan peserta program. Melalui penilaian menyeluruh, kami
menyedari bahawa kemahiran mendalam dalam menggalakkan pemahaman, memberikan
sokongan, dan membantu individu untuk mencapai matlamat perkembangan mereka telah
berjaya diterapkan dengan berkesan.

Seterusnya, program ini juga membuktikan bahawa penggunaan kemahiran


bimbingan adalah aspek penting dalam mencapai objektif bimbingan kaunseling. Kehadiran
kemahiran penyelesaian masalah, pemilihan objektif yang tepat, dan pemusatan pada isu-
isu kritis membantu klien untuk merancang langkah-langkah yang kompleks dan terarah ke
arah pemulihan dan pertumbuhan diri.

Selain itu, program ini telah memperlihatkan kejayaan dalam menanamkan nilai
etika bimbingan dan kaunseling, dengan memastikan kepercayaan dan kerahsiaan klien
diutamakan sepanjang proses kaunseling. Penyelarasan program dengan prinsip-prinsip
etika kaunseling adalah langkah positif yang memberikan landasan yang kukuh kepada
setiap interaksi kaunseling.

Secara keseluruhannya, laporan ini menunjukkan bahawa Program Bulan


Kaunseling telah berperanan sebagai medan latihan yang cemerlang bagi setiap guru
bimbingan dan kaunseling pelatih yang terlibat dalam penganjuran program dalam
mengasah dan mengaplikasikan kemahiran bimbingan. Akhir kali, mengharapkan kejayaan
dan pengalaman yang diperoleh dalam program ini akan terus memberi impak positif dalam
perkhidmatan kaunseling yang lebih meluas, dan memberikan manfaat yang berterusan
kepada pembelajaran lanjutan kami pada masa depan.

14
Rujukan

Shuib, M. S. (2016). Kemahiran Asas Kaunseling. BIMBINGAN DAN KAUNSELING.


https://bimbingandankaunseling.blogspot.com/2010/06/kemahiran-asas-
kaunseling.html

(PDF) kemahiran Asas Seorang kaunselor* - researchgate. (2020).


https://www.researchgate.net/publication/317087330_KEMAHIRAN_ASAS_SEORAN
G_KAUNSELOR

(PDF) kemahiran Asas Kaunseling Dalam Kalangan guru Kaunseling Sekolah . (2018).
https://www.researchgate.net/publication/328746205_Kemahiran_Asas_Kaunseling_d
alam_Kalangan_Guru_Kaunseling_Sekolah_Menengah

Editorial, S. (2021, October 18). Proses kaunseling - teknik dan model Yang Boleh
Digunakan. Tips Kesihatan. https://www.tips-kesihatan.com/proses-kaunseling-teknik-
dan-model-yang-boleh-digunakan/

Wikimedia Foundation. (2023). Empathy. Wikipedia. https://en.wikipedia.org/wiki/Empathy

15
Lampiran

Gambar Program Youth Inspiration Speaker

Gambar semasa peserta-peserta


menyampaikan ucapan

Persembahan nyanyia

Penyampaian hadiah kepada peserta yang


memenangi pertandingan

16
Gambar Majlis Perasmian Bulan Kaunseling

Gimik Majlis dilancarkan oleh pengarah


IPGKTAA dan Pegawai-Pegawai PERKAMA

Persembahan lakonan dari peljar BNK


Ambilan Jun 2020/2024

Para AJK bergambar dengan pensyarah BNK


dan pegawai-pegawai dari PERKAMA

17

Anda mungkin juga menyukai