Anda di halaman 1dari 3

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan.

Gariskan kesalahan tersebut


dan tulis jawapan pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

1. Ariyan perlu membuat keputusan samada mahu


melanjutkan pelajaran ke luar negara ataupun tidak.
_____________________________

2. Murtabak yang dibeli oleh ayah petang tadi telah basi.


_____________________________

3. Galakkan daripada ibu bapa banyak membantu


meningkatkan prestasi murid. _____________________________

4. Mereka sekeluarga akan ke Pulau Pinang dengan menaiki


keretapi. _____________________________

5. Adik saya perlu dimasukan ke dalam wad kerana demam


panas. _____________________________

6. Encik Ganesh mahu memohon jawatan juru latih pasukan


bola sepak negeri untuk musim itu.
_____________________________

7. Tragedi yang mengorbankan banyak nyawa itu sungguh


dasyat dan mengerikan. _____________________________

8. Pihak polis menggesahkan tiada mangsa yang cedera parah


dalam kemalangan di simpang tiga semalam.
_____________________________

9. Ibu tidak dapat menyembunyikkan kerisauannya apabila


abang tidak pulang sejak semalam.
_____________________________
10. Masalah-masalah itu akan dapat diselesaikan dengan
pengurusan yang lebih sistemetik.
_____________________________

11. Kamu berlu berfikir secara lojik sebelum membuat sebarang


keputusan. _____________________________
12. Terdapat beberapa kesalahan ejaan pada bahagian pra-kata
buku itu. _____________________________

1. Berkat dorongan dan sokongan kedua ibu bapanya, Amira


telah berjaya menempa nama dalam bidang perniagaan.
_____________________________

2. Setiap petang, Puan Asmah menjual goreng keledek di


hadapan rumahnya. _____________________________

3. Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat


kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.
_____________________________

4. Lain-lain hal yang berbangkit akan dibincangkan kemudian.


_____________________________

5. Farha menangis teresak-esak bila diberitahu tentang berita


yang sedih itu. _____________________________

6. Syafiq marahkan abangnya yang sudah dua tahun tidak


pulang ke kampung. _____________________________

7. Sudah berminggu saya tidak bersua muka dengan anak Pak


Hilal itu. _____________________________
8. Berbagai jenis pakaian yang dipamerkan di Pameran Busana
Tradisional Melayu tempoh hari.
_____________________________

9. Keropok lekor itu sangat sedap sekali apabila dimakan


dengan cili sos. _____________________________

10. Semua peserta-peserta seminar itu diminta berkumpul di


dewan utama seawal pukul 8.00 pagi.
_____________________________

11. Manisha sangat suka akan biskut yang ibunya bakar.


_____________________________

12. Sikap saling bantu-membantu wajar dipraktikkan dalam


masyarakat. _____________________________
JAWAPAN :
1. Ariyan perlu membuat keputusan samada mahu melanjutkan
pelajaran ke luar negara ataupun tidak. sama ada
2. Murtabak yang dibeli oleh ayah petang tadi telah basi. Martabak
3. Galakkan daripada ibu bapa banyak membantu meningkatkan prestasi
murid. Galakan
4. Mereka sekeluarga akan ke Pulau Pinang dengan
menaiki keretapi. kereta api
5. Adik saya perlu dimasukan ke dalam wad kerana demam
panas. dimasukkan
6. Encik Ganesh mahu memohon jawatan juru latih pasukan bola sepak
negeri untuk musim itu. jurulatih
7. Tragedi yang mengorbankan banyak nyawa itu sungguh dasyat dan
mengerikan. dahsyat
8. Pihak polis menggesahkan tiada mangsa yang cedera parah dalam
kemalangan di simpang tiga semalam. mengesahkan
9. Ibu tidak dapat menyembunyikkan kerisauannya apabila abang tidak
pulang sejak semalam. menyembunyikan
10. Masalah-masalah itu akan dapat diselesaikan dengan pengurusan yang
lebih sistemetik. sistematik
11. Kamu berlu berfikir secara lojik sebelum membuat sebarang
keputusan. logik
12. Terdapat beberapa kesalahan ejaan pada bahagian pra-kata buku
itu. prakata
13. Berkat dorongan dan sokongan kedua ibu bapanya, Amira telah berjaya
menempa nama dalam bidang perniagaan. kedua-dua
14. Setiap petang, Puan Asmah menjual goreng keledek di hadapan
rumahnya. keledek goreng
15. Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak
berkuasa tempatan. oleh sebab
16. Lain-lain hal yang berbangkit akan dibincangkan kemudian. Hal-hal lain
17. Farha menangis teresak-esak bila diberitahu tentang berita yang sedih
itu. apabila
18. Syafiq marahkan abangnya yang sudah dua tahun tidak pulang ke
kampung. marah akan
19. Sudah berminggu saya tidak bersua muka dengan anak Pak Hilal
itu. berminggu-minggu
20. Berbagai jenis pakaian yang dipamerkan di Pameran Busana Tradisional
Melayu tempoh hari. Berbagai-bagai / Pelbagai
21. Keropok lekor itu sangat sedap sekali apabila dimakan dengan cili sos. sos
cili
22. Semua peserta-peserta seminar itu diminta berkumpul di dewan utama
seawal pukul 8.00 pagi. Semua peserta
23. Manisha sangat suka akan biskut yang ibunya bakar. dibakar oleh ibunya
24. Sikap saling bantu-membantu wajar dipraktikkan dalam masyarakat. saling
membantu / bantu-membantu

Anda mungkin juga menyukai