Anda di halaman 1dari 1

LATIHAN RINGKASAN

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
cara-cara membendung jenayah dalam kalangan pelajar. Panjang ringkasananda hendaklah tidak
melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.

Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang melibatkan remaja. Hal ini telah
menggambarkan betapa seriusnya kejadian jenayah dalam kalangan mereka. Segala jenayah ini
dapat dibendung melalui pendekatan yang lebih berkesan, misalnya ibu bapa sebagai orang yang
paling rapat dengan remaja hendaklah memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak ketika di
rumah kerana segalanya bermula di rumah. Pendidikan agama dan nilai-nilai murni mestilah
diterapkan supaya anak-anak dapat menilai antara perkara yang baik dan yang buruk.

Remaja juga haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana remaja mudah terpengaruh dengan
kawan-kawan mereka, tetapi kini kebanyakan ibu bapa tidak mengambil peduli dengan siapa anak
mereka berkawan. Pengaruh hiburan melalui media massa juga hendaklah dibendung.

Pihak sekolah pula perlu memantapkan lagi kawalan disiplin sekolah bagi menjamin kegiatan salah
laku pelajar berkurangan. Setiap kesalahan pelajar seperti ponteng sekolah, merokok,mengambil
dadah, atau membuli pelajar lain hendaklah didenda setimpal dengan kesalahan mereka. Masalah
ini sukar dibendung kerana ibu bapa tidak mahu meluangkan masa datang ke sekolah untuk
berbincang bagi mencari pendekatan awal sebelum masalah anak-anak mereka menjadi semakin
serius. Malahan, ada juga antara ibu bapa yang sanggup mengambil tindakan undang-undang
terhadap guru-guru jika pihak sekolah mengambil tindakan disiplin terhadap anak mereka.

Masalah ini dapat dibendung jika penguatkuasaan undang-undang hendaklah


diperketat,tamsilannya remaja bawah umur yang melakukan kegiatan jenayah berat seperti bunuh
hendaklah dikenakan hukuman mati mandatori sama seperti pesalah dewasa. Golongan remaja
adalah aset negara pada masa depan. Kita tidak mahu mereka yang mewarisi negara ini terlibat
dengan jenayah. Oleh itu, mereka haruslah didedahkan kepada isu-isu semasa melalui kempen-
kempen dan kem motivasi supaya mereka mengetahui bahawa segala kes jenayah akan merosakkan
masa depan mereka.

Bahagian A (ii) Pemahaman

1.Berikan maksud mudah terpengaruh dalam petikan ? [2 markah]

2.Mengapakah masalah jenayah dalam kalangan pelajar sukar dibendung? [4 markah]

3.Kebanyakan masyarakat kita pada masa kini tidak mahu mengambil peduli tentang masalah
remaja di sekitar mereka. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku? [4 markah]

Anda mungkin juga menyukai