Anda di halaman 1dari 1

Latihan Kesalahan Tatabahasa. Gariskan dan tulis jawapan yang betul.

1. Pemandangan di pantai itu sangat indah nian.


2. Semua penduduk-penduduk Kampung Harmoni berganding bahu untuk menceriakan taman
permainan.
3. Zaidi hanya mendiamkan diri bila dimarahi oleh ayahnya.
4. Kami dikehendaki mematuhi peraturan sekolah.
5. Baginda sultan amat marah apabila mendapat tahu salah seorang hulubalangnya telah belot.
6. Alat tulis alat tulis yang dijual di koperasi sekolah lebih murah berbanding di pasar raya.
7. Saya dan keluarga menginap di Metro Hotel semasa bercuti di Kuala Lumpur pada cuti
sekolah yang lalu.
8. Abang menghadiahkan seutas jam tangan untuk adik kerana mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
9. Kedua warganegara Indonesia itu diberkas oleh pihak berkuasa kerana memasuki Malaysia
secara haram.
10. Pertengkaran yang berlaku di antara Zaidi dan Amran telah membuatkan hubungan mereka
semakin renggang.
11. Murid-murid dikehendaki menyiapkan lukisan mereka dalam masa satu setengah jam.
12. Para-para penonton yang menyaksikan perlawanan bola sepak itu bertepuk sambil bersorak
untuk menyokong pasukan masing-masing.
13. Ibu menghalau dua ekor burung-burung gembala kerbau yang memakan padi yang
dijemurnya.
14. Baju kurung yang berwarna biru itu yang paling cantik sekali.
15. Ayah menasihati abang supaya menjauhkan diri dari penyalahgunaan dadah
16. Oleh sebab terlalu sayangkan adiknya, Muazam sanggup dituduh sebagai pencuri.
17. Kegemaran saya di waktu lapang ialah membaca buku cerita.
18. Martana Restoran yang terletak di Jalan Kampung Bunian itu terkenal dengan rendang
daging.
19. Beliau telah dijatuhi hukuman penjara oleh mahkamah kerana terlibat dalam pengedaran
dadah.
20. Berbagai usaha telah dilakukan oleh Mak Jah untuk mengubah sikap anaknya yang semakin
liar sejak bergaul dengan budak samseng.

Latihan Kesalahan Ejaan

1. Kain songket merupakan kraftangan yang terkenal di Terengganu.


2. Kebanyakan rumah di Taman Kosas telah diubahsuai demi keselesaan pemilik sekeluarga.
3. Setiap kali perlawanan bola sepak diadakan di Stadium Bukit Jalil, kesesakan lalulintas pasti
berlaku.
4. Murid-murid Tingkatan Lima Intan sedang membuat ujikaji di makmal.
5. Kami sekeluarga sangat gembira kerana abang berjaya melanjutkan pelajaran diluar Negara.
6. Gejala merempit perlu dibenteras kerana turut menyumbang kepada gejala sosial.
7. Pegawai kerajaan itu berusaha mententeramkan orang ramai yang mulai gelisah itu.
8. Penerapan disiplin dapat dilakukan dari segi tingkahlaku dan hubungan antara satu dengan
yang lain.
9. Kumpulan anti kerajaan itu telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.
10. Walaupun Sharizan sibuk dengan aktiviti ko-kurikulum, namun dia tidak pernah
mengabaikan pelajarannya.

Anda mungkin juga menyukai