Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN BAHASA MALAYSIA KATA SENDI (TEACHERS COPY)

1. Rendang ayam untuk kenduri ini saya masak daripada pagi tadi.

dari

2. Kelima-lima orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah

di atas kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah mereka dalam


pertandingan reka cipta itu. atas
3. Pelancong dari negara Taiwan itu sangat sukakan buah-buahan tempatan

seperti durian dan manggis.- suka akan


4. Banyak pelancong yang datang dari Amerika dan Eropah terpikat kepada

keindahan Pulau Tioman ketika kali pertama berkunjung ke pulau itu.


oleh
5. En Salman membeli hasil pertanian dari penduduk kampung dan

menjualnya di pasar malam.


dari daripada
6. Baginda menitahkan pembesar-pembesar negeri supaya sentiasa amanah

di dalam melaksanakan tanggungjawab.


amanah di dalam - amanah dalam
7. Ibu terkejut bila berita itu saya sampaikan kepadanya.

bila apabila
8. Cuaca buruk di malam itu menyukarkan pihak polis untuk memburu

banduan yang bersembunyi di dalam hutan.


di - pada
9. Kemerosotan akhlak di kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa

yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.


di dalam
10. Adik menghempaskan mainan yang baru dibeli oleh ayah kepada lantai.

kepada pada
11. Kepetahan murid itu menyampaikan syarahan tentang cara-cara

menghargai jasa ibu bapa mendapat tepukan dari penonton.


dari daripada

LATIHAN BAHASA MALAYSIA KATA SENDI (TEACHERS COPY)


12. Keropok lekor memang sedap dimakan jika dicecahkan pada sos cili.

pada dengan
13. Selepas pulang daripada pejabat, Encik Amir akan ke bilik anak-anaknya

untuk berbual-bual dengan mereka seketika.


daripada dari
14. Harun memberitahu Cikgu Lim yang Haris tercedera semasa bermain bola

di padang.
yang bahawa.
15. Ahmad berasa sangat rindu pada ibunya walaupun baru beberapa hari

tinggal di asrama.
pada akan
16. Pengguna jalan raya diingatkan supaya berhati-hati semasa melintasi

jalan raya untuk mengelakkan diri dari terlibat dalam kemalangan.


dari daripada
17. Farhana menangis teresak-esak bila diberitahu tentang berita yang sedih

itu.
bila apabila
18. Syafiq marahkan abangnya yang sudah dua tahun tidak pulang ke

kampung.
marahkan - marah akan

Anda mungkin juga menyukai