Anda di halaman 1dari 2

Jumaat 15 Mei 2020

Nama: ( )
Tingkatan: MT2 Perdagangan Xiao / Ai
AYAT SUSUNAN BIASA DAN AYAT SUSUNAN SONGSANG
A. Tukarkan setiap ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah
maksud asalnya.
1. Anak-anak Pak Man Toya  itu berkejar-kejaran di taman.
Berkejar-kejaran di taman permainan anak-anak Pak Man.
2. Pak Ahmad telah menjual sawah di hujung kampung itu.
Telah menjual sawah di hujung kampung itu, Pak Ahmad.
3. Keropok lekor sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak.
Sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak  keropok lekor
4. Dedaun kering berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup kencang.
Berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup kencang, dedaun kering.
5. Syarat-syarat pertandingan menulis karya kreatif telah diterangkan oleh pihak penganjur sebentar tadi.
Telah diterangkan oleh pihak penganjur syarat-syarat pertandingan menulis karya kreatif sebentar
tadi.
6. Cenderamata yang dihadiahkan oleh rakan-rakannya tersusun dengan kemas di dalam almari perhiasan
koleksi.
Tersusun dengan kemas di dalam almari perhiasan koleksi cenderamata yang dihadiahkan oleh rakan-
rakannya.
7. Sambutan yang diberikan oleh orang ramai terhadap Kempen Gaya Hidup  Sihat itu sungguh
menggalakkan.
Sungguh menggalakkan sambutan yang diberikan oleh orang ramai terhadap Kempen Gaya Hidup
Sihat itu.
8. Siti Nurhaliza berasa sangat bersyukur dengan kelahiran anak sulungnya itu.
Berasa sangat bersyukur dengan kelahiran anak sulungnya itu Siti Nurhaliza.
9. Rumah yang telah usang itu roboh akibat angin kencang.
Roboh akibat angin kencang rumah yang telah usang itu.
10. Penduduk kampung menyambut hari raya dengan meriah setiap tahun.
Menyambut hari raya dengan meriah setiap tahun penduduk kampung.
B. Tukarkan setiap ayat susunan songsang di bawah kepada ayat susunan biasa tanpa mengubah
maksud asalnya.
1. Sungguh menakjubkan pertunjukan udara yang diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun
hari kemerdekaan negara.
Pertunjukan udara yang diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun dari kemerdekaan
negara sungguh menakjubkan.
2. Dihadiri oleh ramai murid tingkatan lima Program Strategi Kecemerlangan SPM anjuran akhbar harian
itu.
Program Strategi Kecemerlangan SPM anjuran akhbar harian itu dihadiri oleh ramai murid tingkatan
lima.
3. Akan pergi ke Seremban untuk menyertai pertandingan forum remaja peringkat kebangsaan pasukan
forum remaja sekolah kami.
Pasukan forum remaja sekolah kami akan pergi ke Seremban untuk menyertai pertandingan forum
remaja peringkat kebangsaan .
4. Seronok berjumpa dan berbual mesra semasa sambutan Hari Keluarga yang diadakan di rumahnya
baru-baru ini sanak-saudara Pak Hashim.
Sanak-saudara Pak Hashim seronok berjumpa dan berbual mesra semasa sambutan Hari Keluarga
yang diadakan di rumahnya baru-baru ini.

5. Mengancam keamanan negara kegiatan subversif.


Kegiatan subversif mengancam keamanan negara.
6. Sungguh cantik solekan mak andam itu.
Solekan mak andam itu sungguh cantik.
7. Ditubuhkan oleh Puan Ramlah Persatuan Belia kampung ini.
Persatuan Belia kampung ini ditubuhkan oleh Puan Ramlah.
8. Berselerak kerana tidak dikemaskan oleh orang gajinya barang-barang di ruang tamu.
Barang-barang di ruang tamu berselerak kerana tidak dikemaskan oleh orang gajinya.
9. Masih boleh diperbaiki cerita-cerita yang ditulis oleh pelajar itu.
Cerita-cerita yang ditulis oleh pelajar itu masih boleh diperbaiki.
10. Apabila Mak Cik Rahmah meninggalkannya di rumah Puan Siah, adik menangis teresak-esak.
Adik menangis teresak-esak apabila Mak Cik Rahmah meninggalkannya di rumah Puan Siah.

Anda mungkin juga menyukai