Anda di halaman 1dari 1

Jumaat 15 Mei 2020

Nama: ( )
Tingkatan: MT2 Perdagangan Xiao / Ai
AYAT SUSUNAN BIASA DAN AYAT SUSUNAN SONGSANG
A. Tukarkan setiap ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah
maksud asalnya.
1. Anak-anak Pak Man Toya  itu berkejar-kejaran di taman.
2. Pak Ahmad telah menjual sawah di hujung kampung itu.
3. Keropok lekor sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak.
4. Dedaun kering berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup kencang.
5. Syarat-syarat pertandingan menulis karya kreatif telah diterangkan oleh pihak penganjur sebentar tadi.
6. Cenderamata yang dihadiahkan oleh rakan-rakannya tersusun dengan kemas di dalam almari perhiasan
koleksi.
7. Sambutan yang diberikan oleh orang ramai terhadap Kempen Gaya Hidup  Sihat itu sungguh
menggalakkan.
8. Siti Nurhaliza berasa sangat bersyukur dengan kelahiran anak sulungnya itu.
9. Rumah yang telah usang itu roboh akibat angin kencang.
10. Penduduk kampung menyambut hari raya dengan meriah setiap tahun.
B. Tukarkan setiap ayat susunan songsang di bawah kepada ayat susunan biasa tanpa mengubah
maksud asalnya.
1. Sungguh menakjubkan pertunjukan udara yang diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun
hari kemerdekaan negara.
2. Dihadiri oleh ramai murid tingkatan lima Program Strategi Kecemerlangan SPM anjuran akhbar harian
itu.
3. Akan pergi ke Seremban untuk menyertai pertandingan forum remaja peringkat kebangsaan pasukan
forum remaja sekolah kami.
4. Seronok berjumpa dan berbual mesra semasa sambutan Hari Keluarga yang diadakan di rumahnya
baru-baru ini sanak-saudara Pak Hashim.
5. Mengancam keamanan negara kegiatan subversif.
6. Sungguh cantik solekan mak andam itu.
7. Ditubuhkan oleh Puan Ramlah Persatuan Belia kampung ini.
8. Berselerak kerana tidak dikemaskan oleh orang gajinya barang-barang di ruang tamu.
9. Masih boleh diperbaiki cerita-cerita yang ditulis oleh pelajar itu.
10. Apabila Mak Cik Rahmah meninggalkannya di rumah Puan Siah, adik menangis teresak-esak.

Anda mungkin juga menyukai