Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN CERAMAH

Andaikan bahawa anda pegawai kaunseling dari Jabatan Pelajaran. Anda telah diundang untuk menyampaikan
ceramah disebuah sekolah. Ceramah tersebut bertajuk “Faktor-faktor Berlakunya Gejala Vandalisme di
Sekolah”.Tulis teks ceramah anda selengkapnya. Panjang karangan anda hendaklah 250 patah perkataan.

Pendahuluan
 definisi vandalisme --- perilaku membinasakan harta benda awam atau orang lain.
 terlibat --- remaja yang berusia 15 tahun hingga 21 tahun
 kelakuan --- satu cara --- melepaskan geram atau kebosanan
 tempat --- telefon awam, papan tanda, dinding tandas, peralatan sekolah dan sebagainya
 kelakuan --- kerugian besar --- kelakuan mereka

Isi 1
 faktor utama --- pengaruh rakan sebaya.
 rakan sebaya --- nilai-nilai sama ada positif atau negatif dalam diri remaja
 Remaja yang gagal memilih rakan yang baik --- perilaku negatif rakan mereka ---kegiatan vandalisme
 remaja --- kegiatan vandalisme --- tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul --- idea negatif --- menconteng
dan merosakkan harta benda awam

Isi 2
 faktor kedua ---ibu bapa
 remaja yang terjebak --- keluarga yang bermasalah.
 Ibu bapa --- sibuk bekerja ---keperluan dan kasih sayang --- menyebabkan ank-anak berasa tersisih
 Sikap ambil mudah dan kurangnya pemantauan --- ibu bapa --- anak-anak akan melakukan perkara di luar
kawalan

Isi 3
 faktor ketiga --- pengaruh media massa
 pengaruh yang merujuk kepada paparan adegan negatif yang dipaparkan di dalam unsur media massa khususnya
televisyen.
 televisyen --- filem-filem barat --- adegan-adegan ganas dan ekstrem --- merosakkan minda remaja
 filem-filem tempatan --- memaparkan adegan negatif ---- kegiatan vandalisme untuk tontonan masyarakat
 remaja --- tidak mampu untuk membezakan perkara yang baik dan buruk ---- terikut dengan adegan --- dan
mempraktikkan perkara tersebut di dalam kehidupannya
 menyebabkan berlakunya peningkatan kegiatan vandalisme dalam kalangan remaja

Isi 4
 faktor keempat --- sikap tidak peduli masyarakat
 Masyarakat dan setiap individu --- peranan penting dalam membentuk komuniti yang sihat. Malangnya perkara
yang berlaku dewasa ini amat mendukacitakan
 sikap masyarakat --- mementingkan diri menyebabkan perkara yang berlaku di sekeliling sudah tidak diambil
peduli
 kerosakan harta benda awam --- sudah tidak lagi menjadi masalah --- menyebabkan remaja nakal --- kegiatan
vandalism --- bebas untuk melakukan perkara tersebut

Penutup
 berharap agar gejala vandalisme --- dibanteras melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat
 semua pihak --- untuk memberikan bimbingan dan nasihat --- kepentingan menjaga dan menghargai harta benda
awam

peribahasa
melentur buluh biarlah dari rebungnya
CONTOH KARANGAN CERAMAH

Sekolah kamu akan mengadakan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara peringkat sekolah.
Sebagai ketua murid kamu dikehendaki menyampaikan sebuah ceramah bertajuk “ Cara-cara
menghargai kemerdekaan Negara”. Tulis ceramah tersebut selengkapnya.
1. PENDAHULUAN

Yang Dihormati pengerusi majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, Yang dihormati guru-guru, dan
rakan sekalian. Terlebih dahulu ribuan terima kasih diucapkan kerana memberi kepercayaan kepada saya
mewakili rakan-rakan untuk menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk “Cara-cara Menghargai
Kemerdekaan Negara”.

Hadirin sekalian, 2. KATA-KATA PENGHADAPANAN

Negara kita Malaysia telah merdeka lebih daripada setengah abad. Dalam tempoh tersebut, pelbagai
kejayaan telah ditempa oleh negara kita. Berkat pengorbanan dan buah fikiran para pemimpin terdahulu
,maka kita telah berada ditahap sekarang.
3. ISI 1

Sebagai seorang warga yang menghargai  kemerdekaan negara maka kita sepatutnya hidup bersatu padu
antara pelbagai kaum. Dengan hidup bersatu padu maka kita akan dapat menjaga keamanan dan
keharmonian negara dan seterusnya mempertahankan kemerdekaannya. 4. ISI 2

Warga dewan yang dikasihi sekalian,

   Selain itu, kita sebagai murid juga perlu belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Sebagai murid
hari ini, kita adalah pemimpin pada masa yang akan datang. Kitalah yang akan mencorakkan negara ini pada
masa akan datang.
5. ISI 3

Untuk menghargai kemerdekaan negara yang tercinta ini, kita juga perlu mengelakkan diri daripada
terlibat dengan pelbagai gejala yang negatif seperti penagihan dadah dan sebagainya. Gejala sebegini akan
membentuk generasi akan datang yang lemah mental dan fizikal . Generasi yang lemah tidak akan dapat
mempertahankan kemerdekaan negara  dan seterusnya mudahlah musuh menakluk negara kita. 6. ISI 4

       Kesimpulannya, setiap orang yang cinta akan kemerdekaan negara perlu sentiasa mempunyai tahap
kesedaran dan disiplin diri yang tinggi agar kemerdekaan yang sedang kita kecapi sekarang berkekalan
sampai bila-bila. Dengan kata-kata ini, saya sudahi ceramah saya dengan ucapan ribuan terima kasih.
7. PENUTUP

Anda mungkin juga menyukai