Anda di halaman 1dari 11

Budaya hedonisme merupakan cabaran

kepada pembentukan budaya ilmu dalam


kalangan remaja masa kini. Bincangkan
keburukannya jika golongan remaja
terpengaruh dengan budaya tersebut dan
kebaikannya jika memantapkan budaya
membaca.
Pengenalan:
Golongan remaja mempunyai
tanggungjawab besar sebagai pemimpin
masa depan.
Mereka perlu menghindarkan diri daripada
pengaruh negatif, khususnya terpengaruh
dengan budaya hedonisme, iaitu budaya
yang mengagung-agungkan hiburan
secara melampau, sebaliknya perlu
mempunyai budaya membaca.
Isi-isi Penting:
A. Keburukan Pengaruh Hiburan:
- Masalah Sosial:
a) golongan remaja tidak berminat terhadap
pelajaran;
b) enggan belajar bersungguh-sungguh;
c) menganggap hiburan lebih menyeronokkan
dan mendapat pulangan yang lebih baik.
- Tidak mementingkan ilmu pengetahuan:
a) remaja kurang minat belajar.
b) sering dilalaikan oleh pengaruh hiburan.

- Wujud generasi yang tiada wawasan:


a) wujud generasi belia yang kurang berkualiti.
b) generasi yang terlalu mementingkan hiburan,
tidak mempunyai kekuatan pegangan jati diri
atau kurang semangat patriotisme.
- Pengaruh terhadap budaya:
a) golongan remaja akan terpengaruh dengan
budaya penyanyi luar negara seperti rock, skin
head, punk dan corak pergaulan yang bebas.
b) remaja tempatan akan terkejut dengan
budaya kehidupan luar.

- Terjebak dengan jenayah:


a) remaja yang tiada panduan ilmu boleh
melakukan masalah jenayah.
b) untuk mendapatkan kebebasan dan hiburan,
remaja akan melakukan tindakan seperti
berpeleseran, terlibat dengan penagihan
dadah, dan kegiatan vandalisme.
B. Kebaikan Jika Mengamalkan Budaya Membaca

- Meningkatkan kematangan berfikir:


a) dapat berfikir secara matang ke arah
kebaikan.
b) dapat berfikir sesuatu perkara dari segi
kesan baik dan buruk.
- Meningkatkan martabat diri atau negara:
a)Seseorang yang banyak membaca akan
mencapai banyak kejayaan dalam hidup.
b)Dapat mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam pelajaran.
c)Pasti tidak terjebak ke dalam kancah sosial
dan jenayah.
- Meningkatkan budaya membaca:
a)Akan menjadi suatu budaya dalam
masyarakat.
b)Kejayaan yang dicapai oleh remaja akan
dicontohi oleh remaja lain.
c) persaingan dalam kalangan remaja melalui
pembacaan akan menjadi budaya yang baik.
- Memajukan negara:
a)Akan menggalakkan industri penerbitan
buku.
b)Remaja akan menyumbangkan
kebijaksanaan kepada pembangunan
negara.
c)Remaja akan mampu mencipta sesuatu
melalui pembacaan mereka.
d)Contoh: remaja sekolah atau penuntut
universiti mampu mencipta sesuatu kajian,
melalui bacaan yang luas.
Kesimpulan

Semua pihak perlu berusaha


membendung gajala hiburan yang
keterlaluan dan berusaha
memantapkan budaya membaca
dalam kalangan remaja.

Format jawapan: 2 + 2
Pesanan
Anda tidak perlu menghantar tugasan ini. Inisiatif
anda untuk membuat tugasan ini amat
membantu dalam persiapan menghadapi
peperiksaan akhir tahun nanti.

Sekian, selamat belajar.

Cikgu Teng
29/10/2009