Anda di halaman 1dari 5

Bukan Linear kepada Linear:

Pembahagian Soalan:

 Jadual / Carta Pai / Graf -


Mentafsir / menganalisis data
 Carta Alir / Gambar Rajah -
Menghurai proses / faktor

Kemahiran Asas:
 Memahami kehendak soalan:
 Menganalisis data
 Menganalisis pengetahuan

 Memahami format penulisan jawapan:


 Format bergabung – analisis data dan analisis pengetahuan ditulis dalam satu perenggan
 Format berasingan – analisis data dan analisis pengetahuan ditulis dalam perenggan yang
berasingan

 Cara menulis jawapan:


 Menyatakan bentuk analisis data;
 Bukti berangka yang diambil dari jadual dan dikira;
 Analisis pengetahuan (jika diminta).

Memahami kehendak soalan:

Contoh Soalan 1:
 Berdasarkan maklumat yang dikemukakan dalam jadual di bawah, huraikan perubahan
kedatangan pelancong asing dari negara ASEAN terpilih ke Malaysia dari tahun 2008
hingga 2012. Jelaskan mengapa berlakunya sedemikian.

Kehendak soalan:
 Analisis data – perubahan kedatangan pelancong asing
 Analisis pengetahuan – sebab berubah
 Format penulisan Jawapan: Bergabung

Format penulisan jawapan:


 Format bergabung:

1
Contoh penulisan:
Jumlah keseluruhan kedatangan pelancong asing ke Malaysia dari tahun 2008 hingga 2012 adalah
meningkat berterusan. Buktinya dari sebanyak 852 ribu orang pada tahun 2008, meningkat kepada
1.12 juta orang pada tahun 2012. Peningkatan ini adalah sebanyak 268 ribu orang bersamaan
dengan 31.45%. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh promosi besar-besaran yang dibuat oleh
kerajaan melalui pelbagai agensi di luar negara.
Contoh Soalan 2:
Berdasarkan maklumat yang dikemukakan dalam jadual di bawah, huraikan perubahan kedatangan
pelancong asing dari negara ASEAN terpilih ke Malaysia dari tahun 2008 hingga 2012. Jelaskan usaha
untuk memajukan sektor pelancongan di negara ini.

 Kehendak soalan:
 Analisis data – perubahan kedatangan pelancong asing;
 Analisis pengetahuan – usaha memajukan sektor pelancongan.
 Format penulisan jawapan: berasingan

Format penulisan jawapan:


 Format berasingan:
Contoh penulisan:
Jumlah keseluruhan kedatangan pelancong asing ke Malaysia dari tahun 2008 hingga 2012 adalah
meningkat berterusan. Buktinya dari sebanyak 852 ribu orang pada tahun 2008, meningkat kepada
1.12 juta orang pada tahun 2012. Peningkatan ini adalah sebanyak 268 ribu orang bersamaan
dengan 31.45%.
Usaha untuk memajukan sektor pelancongan di negara ialah dengan cara mengadakan
promosi secara besar-besaran ke seluruh dunia tentang tempat-tempat menarik di negara kita
seperti tempat tinggalan sejarah yang terdapat di negara ini, misalnya Kota A Farmosa di Melaka,
Lembah Bujang di Kedah.

Analisis Perubahan:
 Menganalisis data dengan merujuk kepada perubahan:
 Meningkat berterusan
 Menurun berterusan
 Tiada perubahan
 Tidak konsisten – menurun, menaik, menurun / menaik, menurun dan menaik semula.
(Dalam soalan ada menggunakan perkataan “perubahan” atau “perkembangan”

2
Latihan 1:
Berdasarkan jadual di bawah, huraikan perubahan eksport Malaysia ke negara-negara ASEAN
terpilih antara tahun 2004 hingga anggaran tahun 2006 dan mengapakah berlakunya perubahan
sedemikian.

Format penulisan jawapan: Bergabung


Contoh penulisan jawapan:

Jumlah keseluruhan eksport Malaysia ke negara-negara ASEAN terpilih dari tahun 2004 hingga
2006 (anggaran) adalah meningkat berterusan. Buktinya pada tahun 2004 jumlah eksport sebanyak
RM96389 juta dianggarkan akan meningkat kepada RM118431 juta pada tahun 2006. Peningkatan
ini adalah sebanyak RM22042 juta atau 22.86%. Peningkatan ini adalah disebabkan berlakunya
perkembangan perdagangan antarabangsa antara negara-negara ASEAN. Kerjasama yang wujud
ini menyebabkan kegiatan perdagangan berkembang.

3
Latihan 2:

Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan perkembangan nilai eksport Malaysia
mengikut kelompok negara terpilih bagi tempoh bulan Januari hingga bulan September bagi tahun
2012 dan Januari – September 2013 dan nyatakan alasan mengapa Asia Tenggara menjadi pasaran
utama Malaysia.

Format penulisan jawapan: Brasingan

Contoh penulisan jawapan:

Jumlah keseluruhan eksport Malaysia mengikut kelompok negara terpilih meningkat dari
bulan Januari hingga bulan September bagi tahun 2012 dan Januari – September 2013. Buktinya
nilai eksport Malaysia sebanyak RM246861 juta bagi Januari – September 2012, meningkat
kepada RM266147 juta bagi Januari – September 2013. peningkatan ini adalah sebanyak
RM19826 juta bersamaan dengan 7.81%.

Asia Tenggara terus menjadi pasaran utama pilihan Malaysia atas semangat ASEAN.
Menerusi semangat ASEAN, perdagangan antara Malaysia dengan Asia Tenggara meningkat.
Kerjasama perdagangan antara Malaysia dengan negara-negara Asia Tenggara dapat merapatkan
hubungan diplomatic dengan negara jiran.

4
Soalan Latihan:

Anda mungkin juga menyukai