Anda di halaman 1dari 6

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti arah aliran eksport Malaysia dan
sumbangan eksport malysia ke negara Singapura dan ke Amerika Syarikat dari tahun 2009
hingga tahun 2018. Data bagi kajian ini didapati menggunakan data sekundar iaitu melalui
internet. Kebanyakan data dan maklunat yang diperolehi adalah dari laman sesawang rasmi
seperti Laporan Bank Negara, Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia dan
sebagainya bagi mendapatkan data yang sahih mengenai arah aliran eksport Malaysia dan
sumbangan eksport malysia ke negara Singapura dan ke Amerika Syarikat dari tahun 2009
hingga tahun 2018. Data yang diperoleh akan dianalisis dan seterusnya ditunjukkan dalam
bentuk jadual dan graf. Selain itu, pengkaji juga menggunakan buku rujukan ekonomi untuk
mendapatkan definisi bagi perkataan tertentu mengenai yang berkaitan dengan kajian ini.
Seterusnya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa eksport Malaysia menunjukkan
peningkatan secara berterusan dari tahun 2009 hingga tahun 2018. Eksport tertinggi dicapai
pada tahun 2018 manakala eksport terendah dicapai pada tahun 2009. Disamping itu, hasil
kajian bagi sumbangan eksport malysia ke negara Singapura dan ke Amerika Syarikat dari
tahun 2009 hingga tahun 2018 menunjukkan tidak konsisten iaitu meningkat, menurun dan
meningkat semula. Eksport ke Singapura tertinggi dicapai pada tahun 2018 manakala
terendah dicapai pada 2009. Eksport ke Amerika Syarikat tertinggi dicapai pada tahun 2018
manakala yang terendah dicapai pada tahun 2011.
6.0 CADANGAN

Bahagian ini membincangkan cadangan daripada pengkaji selepas mengenal pasti arah aliran
eksport Malaysi dan membangdingkan sumbangan eksport Malaysia ke negara Singapura dan
ke Amerika Syarikat dari tahun 2009 hingga tahun 2018. Cadangan ini disyorkan kepada
ahli perniagaan atau ahli korporat dan kerajaan untuk meningkatkan jumlah eksport negara
danseterusnya mengembangkan ekonomi negara.

6.1 Mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif kepada pengeksport

Persekitaran yang lebih kondusif dapat dicapai melalui penambahbaikkan dari segi
infrastruktur, peraturan, akses kepada kewangan, prosedur dan dasar fiskal. Kerajaan boleh
memperbaiki skim cukai sifar dengan menjadikannya lebih mudah diakses kepada pendeksort
tidak langsung dan meluasakan kepada input yang diimport untuk digunakan dalam
digunakan dalam pengeluaran produk akhir yang akan dieksport. Tambahan pula, pra-
prabayaran cukai untuk pengeksport perlu dihapuskan untuk mengurangkan keperluan kredit.
Di samping itu, kerajaan harus memudahkan peraturan yang berkaitan denganeksport kerana
prosedur birokrasi yang lama memberi kesan negatif kepada pengeksportterutamanya
pengeksport baru. Pada masa yang sama, kerajaan perlu meningkatkan pengumpulan dan
penyebaran maklimat mengenai pasaran asing dan keperluan untuk mengeksport terutamanya
standard produk dan keperluan teknikal lain yang dikenakanuntuk mengeksport ke pasaran
negara maju. Hal ini boleh membantu pengeksport dalammengenali kelemahan mereka dalam
bidang eksport dan mendorong firma baru untukterlibat dalam bidang eksport. Dengan usaha-
usaha tersebut, pengeksport boleh meluaskan pasaran asing dan meningkatkan eksport.

6.2 Memperkukuhkan pembangunan industri perusahaan kecil dan sederhana(PKS)


dalam bidang eksport

Malaysia mempunyai banyak pengusaha PKS. Dengan menggalakkan PKS dalam bidang
eksport, negara boleh meningkatkan hasil. Kerajaan harus meningkatkan kredit kepada
pengusaha PKS, kredit jangka pendek dan jangka panjang adalah penting kepada pengusaha
PKS. Hal ini kerana pengusaha PKS menghadapi kekangan kredit yang lebih terikat
berbanding dengan firma besar. Dengan ini, pengusaha PKS mendapat modal untuk
melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan dalam penciptaan teknik
pengeluaran baru yang boleh menjimatkan masa dan kos pengeluaran serta tidak menghadapi
beban pembayaran royalti terhadap penggunaan teknologi asing, penciptaan produk baru
yang berkualiti dapatmengukuhkan daya saing keluaran. Kesemua ini boleh meningkatkan
permintaan barangan eksport dengan barangan eksport yang berkualiti dan berharga lebih
rendah, seterusnya meningkatkan eksport PKS. Penubuhan konsortium eksport yang
merangkumi ahli-ahli professional untuk membantu PKS mengakses
pasaran antarabangsa. Konsortium eksport ini harus beroperasi sebagai 'pakej eksport
perkhidmatan' yang menggunakan kepakaran ahli untuk membuat penilaian sama ada
barangan PKS sesuai untuk dieksport dan cara menyesuaikan barangan PKS untuk dieksport.
Dengan usaha ini, eksport PKS dapat dijalankan dengan lebih efektif.
PENUTUP

Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, pengkaji mendapati arah aliran eksport
Malaysia dari tahun 2009 hingga 2018 semakin meningkat. Peningkatan eksport tahun 2009
hingga tahun 2018 adalah sebanyak RM451,069. Pada tahun 2009, jumlah eksport adalah
sebanyak RM552,518 juta dan meningkat kepada RM1,003,587 juta pada tahun 2018.
Eksport paling tinggi tercapai pada tahun 2018 iaitu sebanyak RM 1,003,587 manakala
eksport yang paling rendah tercapai pada tahun 2009 iaitu RM552,518.

Pengkaji mendapati sumbangan eksport Malaysia ke negara Singapura dan ke


Amerika Syarikat dari tahun 2009 hingga tahun 2018 tidak konsisten. Eksport ke Singapura
meningkat dari tahun 2009 hingga 2014 iaitu dari RM77009 juta kepada RM10878 juta. Pada
tahun 2014 hingga 2015, eksport ke Singapura menurun daripada RM108728 juta kepada
RM108388 juta. Pada tahun 2015 hingga 2018 eksport ke Singapura meningkat berterusan
iaitu dari RM108388 juta kepada RM140249 juta. Manakala eksport ke Amerika Syarikat
pada tahun 2009 hingga 2010 meningkat daripada RM60811 juta kepada RM60951 juta dan
menurun kepada RM57653 juta pada tahun 2011. Pada tahun 2012 eksport ke Amerika
Syarikat meningkat kepada RM60791 juta dan menurun kepada RM58055 juta pada tahun
2013. Eksport ke Amerika Syarikat meningkat semula pada tahun 2014 hingga 2018 iaitu
daripada RM64405 juta kepada RM90811 juta.
Rujukan

Gerbang Rasmi Kerajaan Malaysia, (https://www.malaysia.gov.my/public/cms/article/page/24/


dicapai pada 21 Jun 2018)

(https://getittogetherbook.com/149-international-trade-definition-benefits-types-and-driving-
factors)

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).


(https://www.hmetro.com.my/bisnes/2018/06/346608/eksport-malaysia-meningkatdicapai pada 21
Jun 2018)

https://www.bnm.gov.my/documents/20124/831129/cp01_001_rencana.pdf

Bank Negara Malaysia (2010). Laporan Ekonomi Malaysia 2010. Dicapai pada Jun 20,
aaa2018, dari http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2010/cp01.pdfBank Negara
Malaysia (2011).
Laporan Ekonomi Malaysia 2011. Dicapai pada Jun 20, aaa2018, dari
https://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2011/cp01.pdf Bank Negara Malaysia (2012).

Laporan Ekonomi Malaysia 2012. Dicapai pada Jun 20, aaa2018, dari
http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2012/cp01.pdf
Bela Balassa. “Eksport, Pilihan Dasar dan Pertumbuhan Ekonomi di Negara-
negaraaaaMembangun Selepas Kejutan Minyak 1973”. dlm. Jurnal Ekonomi
Pembangunan 18, aaahlm. 28-35, Januari 1985.
Kewangan Malaysia (2010). Laporan Ekonomi 2010/2011. Dicapai padaaaaJun 20, 2018,
dari http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1011/bab3.pdf
Kementerian Kewangan Malaysia (2012). Laporan Ekonomi 2012/2013. Dicapai padaaaaJun
21, 2018, dari http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1213/bab3.pdf
Kementerian Kewangan Malaysia (2013). Laporan Ekonomi 2013/2014. Dicapai padaaaaJun
21, 2018, dari http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1314/bab3.pdf
Kementerian Kewangan Malaysia (2014). Laporan Ekonomi 2014/2015. Dicapai padaaaaJun
21, 2018, dari http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1415/bab3.pdf
Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (2007). Laporan
PerdaganganaaAntarabangsa Dan Industri Malaysia (MITI) 2007. Dicapai pada Jun 22, 2018,
dari
aahttp://www.miti.gov.my/miti/resources/MITI%20Report/MITI_Report_2007_(BM).pdf
https://www.sinarharian.com.my/article/26392/BERITA/Nasional/Malaysia-catat-
pertumbuhan-eksport-tertinggi-sejak-April-2010
Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (2009). Laporan Perdagangan
Antarabangsa Dan Industri Malaysia (MITI) 2009. Dicapai pada Jun 22, 2018, dari
aahttp://www.miti.gov.my/miti/resources/MITI%20Report/MITI_Report_2009_(BM).pdf
Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (2007). Laporan Perdagangan
Antarabangsa Dan Industri Malaysia (MITI) 2007.
https://www.miti.gov.my/miti/resources/auto%20download%20images/55555e1488ad5 .pdf
Noor Aiman Haziq. “Ekonomi Singapura sedang menuju kearah kemelesetan” dlm. Buletin
Astro Awani, 27 Jun 2019.
https://www.astroawani.com/berita-bisnes/ekonomi-singapura-sedang-menuju-ke-arah-
kemelesetan-laporan-211175
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/830675/cp01.pdf
https://www.utusanborneo.com.my/2017/02/09/dagangan-malaysia-meningkat-kepada-rm149-
trilion

Anda mungkin juga menyukai