Anda di halaman 1dari 9

6.

2 OBJEKTIF 2
Objektif kedua kajian ini adalah mangkaji pertumbuhan imbangan akaun barangan
Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012.
Tahun Imbangan Akaun
Dagangan
( RM juta )
Peratusan Perubahan Imbangan Akaun
Dagangan ( % )
2005 130 151 24.22
2006 139 491 7.18
2007 130 826 - 6.21
2008 170 378 30.23
2009 140 357 - 17.62
2010 136 751 - 2.57
2011 151 565 10.83
2012 125 614 - 17.12

Jadual 1 : Imbangan Akaun Dagangan dan Peratusan Perubahannya dari Tahun 2005 hingga
Tahun 2012.
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia
( dipetik dan diubahsuai daripada Lampiran 4 )












Graf 3 : Imbangan Akaun Dagangan Dari Tahun 2005 Hingga Tahun 2012.
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia
( dipetik dan diubahsuai daripada Lampiran 4 )





0
20000
40000
60000
80000
100000
120000
140000
160000
180000
2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012
I
m
b
a
n
g
a
n

A
k
a
u
n

D
a
g
a
n
g
a
n


(

R
M

j
u
t
a

)

Tahun

Graf 4 : Peratusan Perubahan Imbangan Akaun Dagangan Dari Tahun 2005 Hingga Tahun 2012.
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia
( dipetik dan diubahsuai daripada Lampiran 4 )




-30%
-20%
-10%
0%
10%
20%
30%
40%
2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012
P
e
r
a
t
u
s
a
n

P
e
r
u
b
a
h
a
n

I
m
b
a
n
g
a
n

A
k
a
u
n

B
a
r
a
n
g
a
n

(

%

)

Tahun
Peratusan Perubahan Imbangan Akaun Dagangan
Petunjuk :
Jadual 1 menunjukkan imbangan akaun dagangan dan peratusan perubahannya dari tahun
2005 hingga tahun 2012. Graf 3 pula menunjukkan imbangan akaun dagangan dari tahun 2005
hingga tahun 2012. Graf 4 menunjukkan peratusan perubahan imbangan akaun dagangan dari
tahun 2005 hingga tahun 2012.
Secara keseluruhannya, arah aliran imbangan akaun dagangan dari tahun 2005 hingga
tahun 2006 adalah meningkat. Nilai imbangan akaun dagangan pada tahun 2005 adalah
RM 130 151 juta dan nilai ini meningkat kepada RM 139 491 juta pada tahun 2006. Kemudian,
arah aliran imbangan akaun dagangan bagi tahun 2007 mulai jatuh kerana nilai imbangan akaun
dagangan pada tahun 2006 ( RM 139 491 juta ) jatuh kepada RM 130 826 juta pada tahun 2007.
Peningkatan imbangan akaun dagangan yang besar berlaku pada tahun 2008 iaitu daripada
RM 130 826 juta ( tahun 2007 ) meningkat kepada RM 170 378 juta pada tahun 2008. Nilai
imbangan akaun dagangan pada tahun 2008 ( RM 170 378 juta ) merupakan nilai yang tertinggi
antara 8 tahun ( dari tahun 2005 hingga tahun 2012 ). Dari tahun 2008 hingga tahun 2012, arah
aliran bagi imbangan akaun dagangan adalah jatuh secara berterusan iaitu daripada
RM 170 378 juta ( tahun 2008 ) jatuh kepada RM 136 751 juta pada tahun 2010. Nilai pada tahun
2010 ( RM 136 751 juta) kemudiannya meningkat kepada RM 151 565 juta pada tahun 2011.
Tetapi nilainya mulai menurun pada tahun 2012 iaitu daripada RM 151 565 juta ( tahun 2011 )
jatuh kepada RM 125 614 juta. Nilai ini juga merupakan nilai imbangan akaun dagangan yang
terendah antara 8 tahun ( dari tahun 2005 hingga tahun 2012 ).
Arah aliran imbangan akaun dagangan pada tahun 2005 menunjukkan peningkatan. Pada
tahun 2005, nilai imbangan akaun dagangan ialah RM 130 151 juta. Nilai ini meningkat sebanyak
24.22% berbanding dengan tahun sebelumnya ( tahun 2004 ). Peningkatan ini dipacu oleh aktiviti
perdagangan ( eksport dan import ). Menurut Laporan Ekonomi Malaysia pada tahun 2005 ( atas
talian ) menyatakan bahawa eksport kasar berkembang pada kadar dua angka sebanyak 11% pada
tahun 2005 (2004:20.8%). Pertumbuhan itu disebabkan oleh prestasi kukuh sektor komoditi,
terutamanya eksport mineral (27.1%). Perolehan daripada eksport perkilangan juga secara relatif
kekal kukuh pada tahun 2005, meningkat lebih 10%, sementara eksport pertanian meningkat pada
kadar sederhana sebanyak 3.4%. Pernyataan tentang eksport kasar di atas bertambah kukuh
dengan adanya Laporan Rancangan Malaysia Kesembilan ( atas talian ) yang menyatakan eksport
keluaran pertanian dan perhutanan meningkat pada kadar purata 10.3% setahun dan merupakan
7.0% daripada jumlah eksport berikutan daripada eksport kelapa sawit dan getah yang lebih tinggi.
Pada tahun 2006, arah aliran imbangan akaun dagangan adalah meningkat. Nilai imbangan
akaun dagangan pada tahun 2006 adalah sebanyak RM 139 491 juta. Nilai ini meningkat
sebanyak RM 9 340 juta atau 7.18 % dalam berbanding dengan tahun sebelumnya ( tahun 2005 ).
Walaupun pada tahun 2006 berlaku peningkatan dalam imbangan akaun dagangan, tetapi
peningkatan ini jatuh sebanyak 17.04% berbanding dengan peningkatan yang berlaku pada tahun
2005 ( 24.22% ). Walaubagaimanapun, peningkatan dalam imbangan akaun dagangan adalah
dipacu oleh peningkatan dalam eksport pada tahun 2006. Menurut Laporan Prestasi Sektor
Perkilangan dan Perkhidmatan 2006 ( atas talian ) menyatakan eksport produk perkilangan
bernilai RM451.8 bilion pada tahun 2006 berbanding dengan RM413.1 bilion pada tahun 2005.
Eksport produk perkilangan telah menyumbang sebanyak 76.7 peratus daripada jumlah eksport
Malaysia bagi tahun 2006. Selain itu, menurut Laporan Ekonomi Malaysia 2006/2007 ( atas
talian ) menyatakan pertumbuhan sebanyak 12% bagi eksport ( f.o.b ) berikutan sebahagian besar
peningkatan permintaan global bagi barangan E&E terutamanya semikonduktor. Pada tahun
2007, nilai imbangan akaun dagangan adalah bernilai sebanyak RM 130 826 juta
setelah mengalami kejatuhan sebanyak 6.21% berbanding dengan tahun 2006 yang bernilai
sebanyak RM 139 491 juta. Jadi, arah aliran imbangan akaun dagangan bagi tahun 2007 adalah
menurun. Kejatuhan imbangan akaun dagangan pada tahun 2007 disebabkan oleh kadar
pertumbuhan import melebihi kadar pertumbuhan eksport pada tahun tersebut. Pernyataan ini
dikukuh dengan menurut Laporan Prestasi Sektor Perkilangan dan Perkhidmatan 2008 ( atas
talian ) yang menyatakan eksport meningkat sebanyak 2.7 peratus kepada RM605.1 bilion pada
tahun 2007 daripada RM589 bilion pada tahun 2006. Manakala import meningkat sebanyak
4.9 peratus kepada RM504.6 bilion daripada RM480.8 bilion pada tahun 2006. Laporan di atas
bertambah kukuh dengan adanya Laporan Ekonomi Malaysia 2007/2008 ( atas talian ) yang
menyatakan bahawa Import kasar meningkat 5% mencerminkan terutamanya import input untuk
eksport perkilangan serta permintaan lebih tinggi terhadap barangan pengguna dan modal. Import
barangan pengantara, iaitu komponen utama import, berkembang 6.9% dan import barangan
modal yang lebih tinggi (7.2%). Manakala, Eksport kasar meningkat pada kadar sederhana
sebanyak 2.7% pada tahun 2007 (2006: 10.3%) disebabkan oleh permintaan lemah terhadap
eksport perkilangan. Pertumbuhan dalam eksport barangan perkilangan menjadi sederhana kepada
0.3% pada tahun 2007 (2006: 10.1%) akibat kemerosotan eksport E&E (-4.2%; 2006: 6.4%) dan
penyederhanaan dalam eksport bukan E&E (8.1%; 2006: 17.2%).
Arah aliran imbangan akaun dagangan bagi tahun 2008 adalah meningkat. Peningkatan
yang besar iaitu sebanyak 30.23% telah berlaku pada tahun 2008. Peningkatan sebanyak
RM 39 552 juta berlaku apabila imbangan akaun dagangan meningkat daripada RM 130 826 juta
kepada RM 170 378 juta pada tahun 2008. Arah aliran ini bukan sahaja diterajui oleh peningkatan
dalam eksport produk tetapi juga disebabkan oleh kadar pertumbuhan eksport pada tahun 2008
adalah jauh lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan import. Menurut Laporan Berita Mstar ( atas
talian ) menyatakan pendapatan daripada eksport produk minyak sawit Malaysia diunjurkan
melebihi RM50 bilion tahun ini berbanding catatan rekod RM45.6 bilion pada 2007. Menurut
Laporan MATRADE iaitu Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia pada tahun
2008 ( atas talian ) menyatakan pada tahun 2008, Malaysia mencapai pertumbuhan perdagangan
yang hebat sebanyak 6.8 peratus kepada RM1.185 trilion. Eksport meningkat 9.6 peratus kepada
RM663.49 bilion manakala import mencatat pertumbuhan sebanyak 3.3 peratus kepada
RM521.61 bilion, menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM141.88 bilion.
Pada tahun 2009, arah aliran imbangan akaun dagangan adalah menurun. Penurunan yang
besar telah berlaku pada tahun 2009 kerana nilai peratusan perubahan jatuh daripada nilai positif
( 30.23% ) kepada nilai negatif ( -17.62% ) pada tahun 2009. Penurunan imbangan akaun
dagangan pada tahun 2009 adalah sebanyak RM 30 021 juta berbanding dengan tahun
sebelumnya. Kejatuhan ini berpunca daripada kejatuhan dalam eksport negara melebihi kejatuhan
import negara. Menurut Laporan Berita Mstar ( atas talian ) menyatakan nilai eksport negara
berkurangan kerana permintaan dunia telah merosot dengan begitu ketara. Umpamanya, pada
bulan Januari 2009, eksport negara telah jatuh sebanyak 27.8 peratus. Pernyataan ini bertambah
kukuh dengan adanya Laporan Ekonomi Malaysia 2009/2010 ( atas talian ) yang menyatakan
bahawa eksport barangan pembuatan yang menyumbang 76.7% daripada jumlah eksport merosot
17.8% kepada RM 407.0 bilion ( 2008 : 3.7% RM 495.3 bilion ), manakala eksport barang
komoditi utama jatuh 25.4% kepada RM 112.0 bilion ( 2008 : 39.0% RM 150.1 bilion ).
Sementara itu, import barang perantaraan merosot 26.1% kepada RM 297.2 bilion ( 2008 : 5.7% ;
RM 379.1 bilion ) serta import barangan modal merosot 15.0% kepada RM 59.4 bilion ( 2008 :
0.01% ; RM 69.9 bilion ) disebabkan oleh aktiviti pelaburan dalam sektor pembuatan lembap.
Penurunan berlaku dalam arah aliran imbangan akaun dagangan pada tahun 2010.
Penurunan imbangan akaun dagangan pada tahun 2010 adalah sebanyak RM 3 606 juta
berbanding tahun 2009. Walaupun berlaku penurunan imbangan akaun dagangan pada tahun 2010
tetapi penurunan ini ( -2.57 % ) adalah lebih kecil berbanding dengan penurunan yang berlaku
pada tahun 2009 ( -17.62 % ). Ia menandakan imbangan akaun dagangan semakin pulih.
Penurunan ini disebabkan oleh kadar pertumbuhan eksport kecil daripada kadar pertumbuhan
import pada tahun 2010. Hal ini dibuktikan dengan Laporan MATRADE iaitu Perbadanan
Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia pada tahun 2010 ( atas talian ), menyatakan eksport
berkembang sebanyak 15.6 peratus kepada RM639.43 bilion sementara import meningkat
21.7 peratus kepada RM529.19 bilion. Pernyataan dikukuhkan lagi melalui Laporan Prestasi
Perdagangan bagi Disember 2010 ( atas talian ), menyatakan jumlah perdagangan bagi tahun 2010
bernilai RM1.169 trilion. Ini disumbangkan oleh nilai eksport sebanyak RM639.43 bilion dan
import RM529.19 bilion. Eksport mencatatkan peningkatan 15.6% manakala import melonjak
21.7% berbanding tahun 2009.
Peningkatan telah berlaku dalam arah aliran imbangan akaun dagangan pada tahun 2011.
Peningkatan yang berlaku adalah agak besar kerana nilai peratusan perubahan meningkat kepada
nilai positif ( 10.83% ) pada tahun 2011 berbanding nilai negatif ( -2.57% ) pada tahun 2010.
Peningkatan yang berlaku adalah sebanyak RM 14 814 juta berbanding dengan imbangan akaun
dagangan tahun 2010. Peningkatan ini disumbangkan oleh pertumbuhan kukuh dalam eksport
barangan sepanjang tahun 2011. Menurut Laporan MATRADE bagi Disember 2011 ( atas talian ),
menyatakan eksport Malaysia pada bulan Disember 2011 berjumlah RM60.74 bilion, merupakan
nilai eksport tertinggi pernah direkodkan bagi bulan Disember. Eksport meningkat 6.1%
berbanding tahun lalu. Pernyataan disokong oleh Laporan Berita Harian ( atas talian ) menyatakan
bagi tempoh enam bulan terkumpul Jan-Jun 2011, jumlah perdagangan meningkat 7.9 peratus
kepada RM614.35 bilion, disokong oleh pertumbuhan kukuh dalam eksport sebanyak 6.6 peratus
kepada RM336.60 bilion. Barangan utama yang menyumbang kepada kenaikan eksport pada Jun
ialah barangan elektrik dan elektronik (RM19.63 bilion), minyak kelapa sawit(RM5.96 bilion),
gas asli cecair (RM3.74 bilion), kimia dan bahan kimia (RM3.64 bilion), petroleum mentah
(RM3.06 bilion), barangan perkilangan logam (RM1.82 bilion), jentera perkakasan dan peralatan
(RM1.76 bilion), keluaran getah (RM1.52 billion), barangan optik dan saintifik (RM1.50 bilion)
dan lain-lain barangan (RM11.94 billion).
Pada tahun 2012, arah aliran imbangan akaun dagangan adalah jatuh. Kejatuhan ini adalah
sebanyak RM 25 951 juta berbanding dengan nilai imbangan akaun dagangan pada tahun
sebelumnya. Kejatuhan yang berlaku ini adalah agak besar kerana jatuh daripada nilai positif
dalam peratusan perubahan ( 10.83% ) bagi tahun 2011 kepada nilai negatif ( -17.12% ) pada
tahun 2012. Penurunan ini berpunca daripada keberlakuan perbezaan dalam kadar pertumbuhan
import dengan kadar pertumbuhan eksport. Menurut Laporan MATRADE bagi Disember 2012
( atas talian ) menyatakan eksport meningkat 0.6% kepada RM702.19 bilion manakala import
mengembang 5.9% kepada RM607.36 bilion. Pernyataan ini disebabkan oleh pernyataan yang ada
dalam Laporan Berita Harian ( atas talian ) iaitu import dari China meningkat meningkat
21.3 peratus kepada RM91.86 bilion, tetapi eksport ke negara itu merosot 3.1 peratus kepada
RM88.75 bilion disebabkan penurunan eksport komoditi. Hal ini menyebabkan kejatuhan dalam
imbangan akaun dagangan kerana berlaku ketidakseimbangan dalam kadar pertumbuhan import
dan eksport.
Secara kesimpulannya, tahap kestabilan imbangan akaun dagangan dipengaruhi oleh
aktiviti eksport dan import yang dijalankan oleh sesebuah negara. Peningkatan dalam imbangan
akaun dagangan ditunjukkan dari tahun 2005 hingga tahun 2006, serta tahun 2008 dan juga 2011.
Kebanyakan peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan dalam aktiviti eksport. Kepesatan
dalam aktiviti eksport menyebabkan kadar pertumbuhan eksport melebihi kadar pertumbuhan
import. Selain itu, apabila eksport negara disegani, permintaan agregat terhadap eksport negara
akan meningkat, lantas industri yang berasaskan eksport akan meningkatkan permintaan sumber
pengeluaran terutamanya buruh dan meningkatkan pengeluaran barang eksport. Secara tidak
langsung, pengangguran kitaran dapat dielakkan. Peningkatan dalam permintaan agregat barang
eksport menyebabkan pengusaha menjalankan penyelidikan dan pembangunan ( R&D ) supaya
pelanggan dapat menikmati keluaran yang bermutu tinggi. Selain itu, pengusaha juga akan
mengadakan pelbagai program pembangunan modal insan. Melalui program ini, tenaga buruh
akan dibekallkan dengan pengetahuan dan kemahiran. Hal ini dapat mengelakkan tenaga buruh
daripada menghadapi masalah pengangguran teknologi dan meningkatkan tingkat upah mereka.
Apabila tingkat upah ditingkatkan dan masalah pengangguran diatasi, maka kadar kemiskinan
akan jatuh. Seterusnya, aktiviti pelaburan juga akan meningkat kerana akibat kepesatan dalam
perniagaan eksport, para pelabur berminat melabur dalam perniagaan eksport. Apabila pelaburan
terhadap perniagaan eksport meningkat, maka peniaga dalam aktiviti eksport mempunyai modal
yang besar bagi memperluaskan perniagaan mereka. Lantas pasaran negara diperluaskan.
Peningkatan dalam aktiviti eksport dapat mengelakkan dan memperbaiki imbangan pembayaran
yang negatif kerana kepesatan aktiviti eksport dapat meningkatkan aliran masuk wang ke negara
lantas menyebabkan aliran wang masuk melebihi aliran keluar wang.
Sebaliknya, penurunan imbangan akaun dagangan ditunjukkan pada tahun 2007, dan dari
tahun 2009 hingga tahun 2010 serta tahun 2012. Penurunan ini disebabkan oleh penurunan
eksport dan peningkatan import negara. Akibat kejatuhan eksport sedangkan permintaan terhadap
import meningkat, menyebabkan kadar pertumbuhan import melebihi kadar pertumbuhan eksport.
Akibat ketidakpesatan aktiviti eksport, menyebabkan permintaan agregat barang eksport jatuh lalu
menyebabkan ekonomi negara berlaku masalah pengangguran kitaran yang disebabkan oleh
kejatuhan dalam pengeluaran dan kejatuhan dalam penggunaan buruh. Selain itu, kejatuhan dalam
permintaan agregat barang eksport, usaha penyelidikan dan pembangunan ( R&D ) akan krang
dijalankan lantas pengguna tidak menikmati barang yang bermutu tinggi. Program pembangunan
modal insan akan dibatalkan akibat permintaan agregat jatuh kerana pengusaha industri yang
berasaskan eksport ingin menjimatkan kos pengeluaran. Hal ini menyebabkan tenaga buruh
menghadapi masalah pengangguran teknologi terutamanya apabila berlaku pemindahan teknologi
dalam tempat kerja mereka kerana tenaga buruh tidak dibekalkan dengan pengetahuan yang
berasaskan teknologi. Apabila tingkat kemahiran tenaga buruh yang terhad, menyebabkan upah
mereka rendah. Akibat upah tenaga buruh rendah dan masalah pengangguran berlaku,
menyebabkan kadar kemiskinan negara naik. Akibat kerugian industri berasaskan eksport, para
pelabur yang asalnya melabur industri-industri berkenaan akan menarik diri daripada melabur.
Hal ini menyebabkan pelaburan negara jatuh. Kejatuhan dalam pelaburan menyebabkan modal
industri terhad lantas menyebabkan pasaran perniagaan mereka tidak dapat diperluaskan. Akibat
ketidakpesatan aktiviti eksport menyebabkan aliran keluar wang melebihi aliran masuk wang.
Lantas menyebabkan imbangan pembayaran negatif.

Anda mungkin juga menyukai