Anda di halaman 1dari 4

5.

2 MENGANALISIS PERATUS SUMBANGAN EKSPORT MAKANAN TERHADAP EKSPORT MALAYSIA


DARI TAHUN 2009-2018

Kajian ini dilakukan untuk menganalisis peratus sumbangan eksport makanan terhadap eksport
Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2018 sama ada mengalami peningkatan atau
penurunan.Kajian ini juga dibuat bagi mengetahui factor-faktor berlakunya peningkatan atau
penurunan bagi arah aliran eksport makanan Malaysia ini sepanjang tempoh kajian yang dipilih oleh
pengkaji.

EKSPORT EKSPORT
TAHUN
MAKANAN(RM JUTA) KESELURUHAN(RM JUTA)
PERATUS SUMBANGAN (%)

2009 15791 434669.8 3.6%

2010 18168 528828.2 3.4%

2011 20555.2 573626.3 3.6%

2012 20691.9 702641.2 2.9%

2013 22100.5 719992.4 3.1%

2014 25646.7 765416.9 3.4%

2015 27369.9 777355.1 3.5%

2016 30218 786964.2 3.8%

2017 31841.8 934926.8 3.4%

2018 31575.3 1003586.8 3.1%

Sumber:Perangkaan Utama Perdagangan Luar Negeri,Eksport & Import Mengikut Seksyen


Barangan, 1967- 2019, Malaysia)
Peratus Sumbangan Eksport Makanan Dari Tahun 2009
Hingga Tahun 2018
1200000 4.5%
4.0%
1000000
3.5%
800000 3.0%
2.5%
600000
2.0%
400000 1.5%
1.0%
200000
0.5%
0 0.0%
2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018

EKSPORT MAKANAN(RM JUTA) EKSPORT KESELURUHAN(RMJUTA)


PERATUS SUMBANGAN (%)

Berdasarkan jadual 2, nilai eksport makanan di Malaysia menunjukkan arah aliran yang
meningkat dari tahun 2009 hingga tahun 2019. Berlaku peningkatan daripada RM434669.8 juta pada
tahun 2009 kepada RM1003586.8 juta pada tahun 2018. Manakala peratus sumbangan
menunjukkan tidak konsisten di mana berlaku penurunan dan peningkatan.

Dari tahun 2009 hingga tahun 2010, nilai eksport adalah meningkat tetapi mengalami
peratus sumbangan menurun dari 3.6% kepada 3.4% pada tahun 2010. Ekonomi Global mencatatkan
pertumbuhan positif 3.6% berbanding penguncupan 2.4% pada tahun 2009. Hal ini disebabkan,
Tindakan-tindakan pihak kerajaan menggalakkan permintaan dan mengurangkan ketidaktentuan
serta risiko. Menurut Laporan (2009/2010), penurunan peratus sumbangan pada tahun 2010
tersebut adalah disebabkan oleh sektor perkhidmatan merupakan sektor penting dalam ekonomi.
Sektor perkhidmatan merangkumi pelbagai aktiviti seperti pengangkutan, telekomunikasi,
perkhidmatan kewangan (perbankan, insuran, dan pasaran modal). Sektor perkhidmatan adalah
penyumbang terbesar kepada KDNK Malaysia. Bagi tempoh Sembilan bulan pertama tahun 2009,
ianya menyumbang sebanyak 57.3% kepada KDNK. Sektor perkhidmatan mencatatkan
pertumbuhan sebanyak 1.6% dalam nilai ditambah bagi tempoh Januari-September 2009. Guna
tenaga dalam sektor perkhidmatan adalah dianggarkan sebanyak 6.1% juta orang atau 52.6%
daripada jumlah guna tenaga pada tahun 2009.

Pada tahun 2011, dilihat bahawa peratus sumbangan eksport makanan menunjukkan
peningkatan semula daripada 3.4% pada tahun 2010 kepada 3.6% pada tahun 2011. Namun, jumlah
eksport makanan juga menunjukkan peningkatan kepada RM573626.3 Menurut Laporan Ekonomi
(2011/2012) nilai ditambah sektor pertanian berkembang 3.4% dalam tempoh separuh pertama
2011. Hal ini disebabkan dipacu oleh pengeluaran minyak sawit mentah (CPO) dan getah yang lebih
tinggi. Pengeluaran ternakan, buah-buahan dan sayur-sayuran juga berkembang kukuh. Pelbagai
Langkah untuk meningkatkan pengeluaran makanan melalui pelaksanaan projek berimpak tinggi
seperti Zon Industri Akuakultur (ZIA) dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) telah
menyumbang kepada aktiviti sektor pertanian yang lebih tinggi. Dengan pelaksanaan inisiatif
Kerajaan bagi meningkatkan sumber pertumbuhan baharu, terutamanya rumpai laut, ikan hiasan,
dan produk herba, sektor ini turut dijangka memberi sumbangan besar dalam meningkatkan peluang
pekerjaan dan pendapatan isi rumah luar bandar.

Pada tahun 2012 nilai eksport keseluruhan adalah meningkat. Walaubagaimanapun, peratus
sumbangan eskport makanan adalah menurun dari 3.6% pada tahun 2011 kepada 2.9% pada tahun
2012. Menurut Laporan Ekonomi (2012/2013), peningkatan eksport keseluruhan ini disebabkan
pertumbuhan ekonomi dalam jangka sederhana dijangka dipacu oleh pelaburan swasta, disokong
oleh pelaksanaan berterusan projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan aktiviti
pembinaan yang cergas. Pertumbuhan pelaburan swasta dijangka menyeluruh sejajar dengan
keyakinan pelabur yang positif dan permintaan domestic yang kukuh. Penurunan peratus
sumbangan eksport makanan disebabkan nilai ditambah sektor pertanian menguncup secara
marginal sebanyak 1.5%. Ini disebabkan, sebahagian besarnya oleh pengeluaran yang lebih rendah
dalam subsektor perladangan. Hal ini tercetus apabila keadaan cuaca kurang baik dan kitaran
pengeluaran semulajadi yang rendah.

Pada tahun 2016 peratus sumbangan eskport makanan telah mencatatkan sebanyak 3.8%
berbanding tahun 2012 iaitu 2.9% menunjukkan peningkatan yang ketara sepanjang 4 tahun
tersebut. Justeru, jumlah eskport makanan turut menunjukkan peningkatan daripada RM702641.2
juta kepada RM786964.2 juta pada tahun 2016. Menurut Laporan Ekonomi (2016/2017) Ekonomi
Malaysia pada tahun 2016 dijangka terus berkembang meskipun berhadapan persekitaran luar yang
mencabar termasuk pertumbuhan lebih perlahan dalam kalangan ekonomi maju , harga minyak
berterusan rendah, dan ketidaktentuan pasaran kewangan antarabangsa. Hal ini kerana, Malaysia
terdedah kepada ketidaktentuan luar tersebut. Walau bagaimanapun, pembaharuan struktur
ekonomi, kewangan dan fiskal yang dilaksanakan selama ini telah menyediakan penampan yang
mencukupi untuk menangani cabaran luar. Peratus sumbangan makanan menunjukkan peningkatan,
Walau bagaimanapun, pengeluaran komoditi makana seperti ternakan, buah-buahan dan sayur-
sayuran meningkat disokong oleh perlbagai program dan inisiatif kerajaan untuk mencapai tahap
sara diri. Selain itu, nilai ditambah subsektor agro-makanan berkembang 4.5% dalam tempoh
separuh tahun 2016, sejajar dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan jaminan makanan serta
subsector bagi penternakan meningkat kepada 4.9% disebabkan sebahagian besarnya peningkatan
pengeluaran ayam-itik.

Pada tahun 2017 hingga 2018 menunjukkan peningkatan dalam eksport keseluruhan dari
RM934926.8 juta kepada RM1003586.8 juta tetapi mengalami penurunan peratus sumbangan dari
3.4% pada tahun 2017 kepada 3.1% pada tahun 2018. Menurut Laporan Ekonomi (2018/2019)
berdasarkan peningkatan eksport keseluruhan disebabkan pengeluaran komoditi makanan dijangka
menyokong sektor pertanian dengan menyumbang sekitar 42% pada tahun 2018 berikutan
permintaan yang lebih tinggi hasil daripada peningkatan pendapatan isi rumah. Subsektor ternakan
dijangka meningkat 7% disokong oleh pengeluaran yang lebih tinggi bagi segmen ayam-itik dan telur.
Di samping itu, usaha yang berterusan ntuk mencapai tahap sara diri dan permintaan berterusan
daripada isi rumah akan memberi manfaat kepada subsektor ini. Subsektor pertanian pula, diunjur
meningkat 4.6% dalam tempoh yang sama disokong oleh pengeluaran sayur-sayuran dan buah-
buahan yang lebih tinggi .Namun penurunan peratus sumbangan eksport makanan menurun
disebabkan subsektor perikanan dijangka merosot 0.6%. Walau bagaimanapun, pendaratan ikan
laut dianggar berkurang terutamanya dipengaruhi oleh musim tengkujuh dalam tempoh yang sama.

Anda mungkin juga menyukai