Anda di halaman 1dari 29

1.

0 PENGENALAN

Pengajaran mikro adalah untuk belajar cara mengajar. Guru-guru perlu


lalui latihan yang diberikan tentang pengajaran mikro. Maksud mikro
bermaksud kecil atau halus. Cooper dan Allen (1971) mendefinisikan
pengajaran mikro sebagai situasi pengajaran yang dikurangkan dari segi
masa dan bilangan murid iaitu 4 sehingga 20 minit dengan 3 sehingga 10
orang murid. Panintal pengajaran mikro satu teknik latihan yang sangat
diperlukan dengan 6 sehingga 10 murid dan 5 sehingga 10 minit atau
tumpuan pada satu kemahiran khusus.

Kemahiran pengajaran mikro bertujuan untuk melatih bakal-bakal guru


untuk menguasai kemahiran mengajar dan diterapkan dalam sesi
pengajaran mikro apabila memasuki alam pekerjaan. Pada kebiasaannya,
hanya satu kemahiran akan difokuskan semasa menjalankan sesi
pengajaran mikro, antara kemahiran-kemahiran adalah set induksi,
kemahiran menerang dan menstruktur isi pelajaran, kemahiran
menggunakan contoh dan mengemukakan soalan, kemahiran
mempelbagaikan kaedah perbincangan, kemahiran merumus dan
menutup pelajaran dan sebagainya.

Teknik pengajaran mikro membantu bakal-bakal guru menjadi seorang


guru yang kreatif dan berwibawa. Teknik pengajaran mikro juga
membantu seorang guru membuat persediaan yang lebih awal untuk
menghadapi situasi pengajaran yang sebenar dalam bilik darjah.

1
2.0 DEFINISI

Definisi penutupan pengajaran

Penutupan pengajaran pada kebiasaan akan berlaku pada akhir pengajaran.


Penutup diertikan sebagai penamat kepada satu penyelesaian sesuatu tugas
atau pembelajaran tertentu. Dalam pengajaran dan pembelajaran , penutup
boleh dilakukan melalui suatu rumusan atau kesimpulan.

Proses penutupan pengajaran merupakan satu usaha guru secara sengaja


dijalankan untuk menyusunkan maklumat yang telah disampaikan kepada
murid-murid dan membantu murid-murid untuk melihat perkaitan antara
maklumat tersebut. Penutupan pengajaran dalam akhir pengajaran mencakup
aspek-aspek seperti melengkapkan sesuatu aksi pengajaran, menerangkan
makna pengajaran yang disampaikan, menjawab soalan penting kepada proses
pengajaran dan pembelajaran yang beru disampaikan.

Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1996), guru boleh melakukan aktiviti
pengukuhan, pemilihan dan pengayaan dengan melibatkan pelajar untuk
menghasilkan penutupan yang baik dan berkesan. Kaedah ini boleh
menyebabkan pelajar menghayati isi pelajaran yang disampaikan oleh guru
dengan lebih baik dan berkesan. Guru juga boleh meminta pelajar
menyempurnakan tugasan yang berkaitan dengan isi pelajaran seperti kerja
rumah atau projek. Selain itu, guru juga boleh meminta pelajar mengulang kaji
pelajaran yang disampaikan dengan mencadangkan buku rujukan atau buku
teks yang bersesuaian.

Dalam proses penutupan pengajaran, guru juga boleh menanya soalan yang
berkaitan dengan maklumat yang baru disampaikan untuk mengukuhkan lagi
peringatan pelajar-pelajar. Secara ringkas, penutupan pengajaran merupakan
salah satu elemen yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2
3.0 TUJUAN PENUTUPAN PENGAJARAN

Antara tujuan penutupan pengajaran adalah menyatukan dan


mengukuhkan pembelajaran yang baru disampaikan. Semasa proses
pengajaran, guru akan menyampaikan pelbagai maklumat kepada pelajar,
selepas pengajaran, guru akan membuat rumusan dengan menanya soalan
kepada murid-murid tentang maklumat yang disampaikan pada tadi. Hal
ini bertujuan untuk membolehkan pelajar untuk mengingat kembali
tentang maklumat yang disampaikan oleh guru, hal ini secara langsung
dapat mengukuhkan lagi ingatan pelajar terhadap maklumat yang
disampaikan semasa sesi pengajaran.

Selain itu, penutupan pengajaran bertujuan memenuhi fungsi penutupan.


Terdapat pelbagai fungsi dalam penutupan pengajaran seperti menguji
kefahaman murid, mengukuhkan lagi kefahaman murid dan sebagainya.
Dengan menjalankan penutupan pengajaran, semua fungsi-fungsi akan
memenuhi dan tujuan penutupan dapat dicapai.

Seterusnya, penutupan pengajaran dijalankan dengan bertujuan untuk


memberi gambaran terhadap keseluruhan proses pengajaran dan
pembelajaran. Dalam hal ini, guru dan juga murid dapat mengetahui
gambaran atau mengetahui keseluruhan sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran. Murid akan mengetahui keseluruhan maklumat yang
disampai oleh guru pada hari ini.

Meninjau pemahaman pembelajaran juga merupakan salah satu tujuan


dalam penutupan pengajaran. Melalui penutupan, guru akan mengetahui
tahap kefahaman murid-muridnya dengan menanya soalan. Jika murid
memahami pengajaran yang disampaikan, maka objektif pengajaran dapat
dicapai. Jika berlaku sebaliknya, maka objektif pengajaran tidak tercapai,
dengan hal ini, guru haruslah menilai bahawa cara pengajaran atau
penyampaian mempunyai sebarang masalah atau tidak dan bersedia
3
untuk meningkatkan lagi teknik-teknik pengajaran.

Tujuan penutupan yang terakhir adalah untuk menarik perhatian murid-


murid dalam kelas. Guru boleh menarik perhatian pelajar-pelajarnya
dengan melakukan aktiviti susulan seperti memberi kerja rumah dan
sebagainya. Guru juga akan memberitahu kepada pelajar tentang
maklumat yang akan disampaikan pada kelas yang akan datang.

4.0 JENIS-JENIS PENUTUPAN PENGAJARAN

4
Terdapat dua jenis penutupan pengajaran, iaitu penutupan kognitif dan
penutupan sosial. Penutupan kognitif merupakan penutup yang dilakukan
untuk mengukuhkan segala bentuk pelajaran dan telah dipelajari. Ia
berlaku selepas satu sesi pengajaran. Guru akan membuat suatu senarai isi
kandungan yang mustahak yang perlu diketahui dan dihayati oleh pelajar.
Perhatian yang diberikan kepada butir-butir utama yang telah
diketengahkan dan dikuasai. Kesimpulan kognitif haruslah menarik dan
sekurang-kurangnya dapat membawa pelajar kepada beberapa
kemungkinan dan persoalan-persoalan baru. Penutupan kognitif
dilakukan untuk meneguhkan apa yang telah dipelajari oleh pelajar dalam
pengajaran guru.
Contoh penutupan kognitif adalah “ sekarang kita berhenti dahulu
untuk sementara dan menyemak semula perkara-perkara yang telah kita
pelajari dan fahamkan. Cuba terangkan semula secara ringkas tentang
cara-cara berlakunya hujan”.

Penutupan sosial pula dilakukan dengan memberi satu perasaan


pencapaian kepada pelajar supaya mereka ingin terus belajar. Penutupan
sosial bermaksud membangkitkan perasaan puas di kalangan pelajar
terhadap pencapaian mereka dalam sesuatu tajuk pengajaran guru. Dalam
kaedah ini, guru memberi pujian, dorongan dan galakan kepada pelajar
yang dapat menjawab soalan yang diajukan kepada mereka semasa guru
menutup pengajarannya.
Contohnya, “ kamu semua telah memahami sungguh-sungguh bentuk
dan struktur ayat selapis. Hampir semua daripada kita telah dapat
membina ayat-ayat sedemikian. Tahniah cikgu ucapkan! Dalam pelajaran
yang seterusnya, kita semua akan belajar pula ayat-ayat berlapis”.

5.0 OBJEKTIF PENUTUPAN PENGAJARAN

5
 Guru dapat memberi rumusan dan kesimpulan terhadap pelajaran yang
disampaikan oleh mereka dalam bilik darjah.

 Mewujudkan perkaitan antara pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada


dengan tajuk pelajaran baru yang berikutnya.

 Meneguhkan pengajaran yang baharu sahaja diajar oleh guru. Hal ini
dapat membantu murid mengukuhkan lagi ingatan murid.

 Menjadi asas yang kukuh untuk menyampaikan pengajaran dan


melakukan aktiviti susulan dalam pelajaran.

6.0 PRINSIP-PRINSIP PENUTUPAN PENGAJARAN

 Penutupan yang diberikan oleh guru sepatutnya berjaya meninggalkan


kesan yang berkekalan.

 Penutupan pengajaran perlu memberi makna kepada para guru dan


berasaskan minat, kemampuan dan peringkat umur pelajar.

 Penutupan pengajaran sepatutnya dapat mewujudkan perkaitan antara


pengetahuan, pengalaman dan kemahiran pelajar dengan konsep baru
yang akan dipelajari oleh mereka kelak.

 Penutupan itu dapat mengaitkan aspek-aspek pengajaran guru dengan


pelajaran yang diajarnya.

 Penutupan pengajaran sepatutnya dapat memberi gambaran mengenai


aktiviti pengajaran guru pada masa akan datang.

7.0 PELAKSANAAN KEMAHIRAN PENUTUPAN PENGAJARAN

6
Perlaksanaan penutupan pengajaran yang pertama adalah perkaitan
kognitif. Dalam perkaitan kognitif, guru haruslah membuat rumusan
berkaitan dengan pengetahuan yang baru disampaikan dan pengalaman
pelajar. Pada akhir sesi pengajaran. Guru boleh menanya soalan yang
berkaitan untuk memberi imbasan dan pengukuhan kepada para pelajar.
Guru juga akan mengetahui keberkesanan sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran melalui membuat penutupan perkaitan kognitif. Guru boleh
melakukan aktiviti susulan dengan memberi kerja sekolah kepada
muridmuridnya.

Pelaksanaan penutupan pengajaran kedua adalah perkaitan sosial. Dalam


perkaitan sosial, guru boleh memberi pujian kepada murid apabila
menjawab soalan dengan betul. Selain itu, guru juga boleh memberi
dorongan kepada pelajar supaya menggalakkan mereka menjawab soalan
semasa penutupan. Dengan ini, pelajar akan berasa puas hati dengan
pencapaian dan kejayaan mereka dalam pelajaran.

Yang terakhir adalah memotivasikan pelajar. Guru boleh mewujudkan


motivasi dengan membangkitkan perasaan mesra antaranya dengan
pelajar. Guru juga boleh membangkitkan semangat ingin tahu di kalangan
pelajarnya. Ada pula guru yang meggunakan motivasi yang berbentuk
mencabar pertimbangan fikiran pelajar.

8.0 KESAN PENUTUPAN PENGAJARAN

 Dalam penutupan pengajaran, murid dapat membuat kesimpulan

7
terhadap pengajaran guru. Mereka akan mengetahui faham atau tidak
terhadap pengajaran guru dan jika tidak faham, mereka akan memperoleh
penyelesaian terhadap sesuatu pelajaran yang disajikan oleh guru.

 Penutupan pengajaran dapat membantu murid-murid mengukuhkan lagi


daya ingatan terhadap maklumat yang disampaikan oleh guru pada sesi
pengajaran.

 Guru juga akan mengetahui keberkesanan pengajaran mereka terhadap


murid-murid. Objektif pengajaran dicapai atau tidak akan diketahui dalam
penutupan pengajaran. Guru akan bersedia meningkatkan teknik
pengajaran jika objektif pelajaran tidak tercapai.

 Penutupan pengajaran guru berjaya meneguhkan konsep pembelajaran


para pelajar dalam bilik darjah.

 Penutupan pengajaran dapat membangkitkan perasaan ingin tahu di


kalangan pelajar dan terdorong untuk mempelajari pelajaran yang
seterusnya.

9.0 REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO (CHRISTINY ANAK MUSAH /


126491)

Dalam menyiapkan microteaching ini, saya mengalami beberapa masalah


ataupun kekangan. Kekangan yang pertama ialah untuk mencari subjek yang
8
sesuai untuk digunakan terhadap kaedah ataupun teknik pengajaran yang
dipilih. Terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang dapat digunakan tetapi
tidak semua subjek boleh diajar menggunakan kaedah atau teknik pengajaran
yang telah dipilih. Setiap subjek atau topik yang terdapat dalam sesuatu
sukatan pelajaran tidak semestinya sesuai dengan setiap kaedah pengajaran
yang ada. Dalam microteaching ini saya telah memilih subjek Sejarah Tahun 4
iaitu Peristiwa Pembukaan Melaka.

Saya telah memilih cara merumus dan juga menutup pengajaran. Merumus
pengajaran ada terbahagi kepada dua iaitu rumusan kecil dan juga rumusan
besar. Rumusan kecil bermaksud guru akan merumus fakta-fakta atau juga
isiisi penting yang telah diberi atau dihuraikan oleh seseorang murid dan
manakala rumusan besar pula dimana guru merumus semua perkara yang
merangkumi setiap isi penting atau objektif yang ingin dicapai pada sesi
pembelajaran tersebut. Di sini saya tidak begitu nampak kelemahan tentang
cara merumus tetapi mungkin juga tetap ada sedikit kekurangan ketika saya
ingin memberikan rumusan tersebut yang mungkin tidak disedari oleh
rakanrakan yang lain.

Menutup ada terbahagi kepada tiga iaitu penutup sosial, penutup kognitif dan
juga memberi motivasi. Dalam membuat rumusan dan penutupan saya hanya
ada menggunakan penutup sosial di mana guru telah memberikan pujian
kepada murid-murid seterusnya membuat penilaian tentang tahap kefahaman
atau pencapaian murid terhadap pembelajaran mereka pada hari tersebut.
Guru juga telah memotivasikan murid dengan cara memberi penghargaan
kepada murid-murid iaitu dengan memberi hadiah atau sesuatu kesukaan
murid pada akhir pembelajaran seperti pemberian gula-gula. Murid juga
kelihatan seronok untuk belajar dan guru juga telah berjanji untuk belajar
menggunakan kaedah lakonan pada masa yang seterusnya. Namun terdapat
juga kelemahan ketika menutup sesi pembelajaran ialah guru sepatutnya
9
menggunakan penutup kognitif iaitu satu cara untuk mengukuhkan lagi tahap
kefahaman murid dengan memberi tugasan dan sebagainya. Di sini, guru
hanya menggunakan penutup sosial sahaja dan penutup kognitif tidak
digunakan atau tidak ditekankan. Apabila murid tidak diberi tugasan pada sesi
akhir pembelajaran, maka segala maklumat yang ingin disampaikan tersebut
mungkin tidak dapat mencapai objektif disebabkan tiada pengukuhan yang
diberikan penekanan. Oleh itu, guru sepatutnya menyediakan tugasan untuk
murid selepas setiap sesi pebelajaran agar mereka dapat mengingati fakta-fakta
yang penting tersebut. Ini akan dapat mengelakkan tiada murid yang akan
ketinggalan terhadap topik-topik tertentu. Seeloknya, guru perlu
menggabungkan ketiga-tiga elemen yang terdapat dalam cara penutupan
tersebut supaya pengajaran akan lebih berkesan dan bermakna.

Kesimpulannya, rumusan dan penutup juga merupakan elemen yang sangat


penting dalam sesebuah sesi pengajaran dan juga pembelajaran. Rumusan dan
penutup yang sesuai akan membangkitkan rasa ingin belajar murid. Walaupun
kelihatan agak ringkas namun rumusan dan penutup adalah penting dan mesti
dibuat seusai sahaja sesi pembelajaran dan juga pengajaran. Setiap kelemahan
dan kekurangan guru juga perlu diperbaiki dan kelebihan tersebut perlu
dikekalkan atau boleh dipertingkatkan dengan lebih baik.

(HII LI SIM / 126498)

Saya telah memilih subjek Bahasa Melayu Tingkatan 1 dalam pengajaran mikro
saya. Tajuk yang diajar adalah Ayat Perintah. Terdapat seramai 10-11 orang
pelajar melibatkan dalam pengajaran mikro saya. Sesi pengajaran telah
dilakukan pada jam 2 petang, hari Isnin. Disebabkan tajuk pembentangan saya
10
adalah “Merumus dan Menutup Pelajaran”, saya telah memilih langkah kedua
iaitu aktiviti mengukuhkan kefahaman murid dalam pengajaran mikro
sebelum membuat rumusan dan penutup.

Dalam menjalankan aktiviti mengukuhkan kefahaman murid, saya telah


menggunakan kemahiran memberi penerangan supaya murid dapat
memahami cara aktiviti dijalankan. Saya rasa penerangan yang diberikan oleh
saya adalah jelas kerana murid-murid faham dan tahu cara aktiviti dijalankan.
Hal ini dapat dibuktikan bahawa semua murid-murid melibatkan diri secara
langsung dalam aktiviti yang dijalankan.

Saya telah membuat membuat kedua-dua jenis kesimpulan iaitu kesimpulan


kognitif san kesimpulan social dalam membuat rumusan dan menutup
pelajaran. Saya membuat kesimpulan kognitif dengan meminta murid
mengulang sekali apa-apa yang telah diajar berdasarkan nota edaran yang
diedarkan. Selain itu, saya juga menggunakan teknik kemahiran penyoalan
dalam membuat kesimpulan kognitif. Saya membuat kesimpulan social
dengan memberikan peneguhan jenis pujian kepada murid supaya mereka
mempunyai rasa pencapaian tentang pelajaran yang disampaikan. Hal ini
membolehkan mereka mempunyai rasa ingin terus berusaha dan mencuba lagi.
Saya juga mengaitkan dengan pelajaran yang akan datang dalam membuat
penutup pelajaran. Aktiviti susulan yang saya buat adalah menyuruh murid
mengulang kaji pelajaran yang disampaikan semula di rumah masing-masing
berdasarkan nota yang diedarkan.
Terdapat beberapa komen daripada rakan-rakan apabila pengajaran mikro
saya ditayangkan di dalam kelas tutorial. Disebabkan kekangan masa, saya dan
ahli kumpulan saya telah membuat keputusan untuk menayangkan
pengajaran mikro iaitu subjek Bahasa Melayu yang saya ajar. Terdapat
beberapa kekuatan dan kelemahan telah diberikan oleh rakan-rakan.
Antaranya kekuatan yang diberikan berdasarkan pengajaran mikro yang
ditayangkan adalah cikgu memberikan kejutan kepada murid iaitu cikgu
11
menyembunyikan kotak sebelum aktiviti dijalankan. Aktiviti yang dijalankan
juga seronok dan dapat menarik perhatian murid. Selain itu, cikgu juga
menyediakan nota edaran yang berkaitan dengan pelajaran kepada murid.
Cikgu juga membuat kesimpulan kognitif dan kesimpulan social yang
berkaitan dengan pelajaran dalam akhir pelajaran. Di samping itu, cikgu juga
sentiasa memberi peneguhan atau pujian kepada murid apabila murid
memberi perhatian dan menjawab soalan dengan betul. Cikgu juga dikatakan
telah memberi gambaran tentang pelajaran yang seterusnya kepada murid
pada akhir pelajaran. Tambahan pula, cikgu juga memberi arahan yang jelas
dengan intonasi yang sesuai. Cikgu juga mempunyai kemampuan untuk
mengurus kelas dengan baik dan teratur. Selain itu, cikgu juga dapat membuat
rumusan keseluruhan dengan baik.

Walaupun terdapat kekuatan, kelemahan juga wujud dalam pengajaran mikro


saya. Antaranya ialah susunan meja untuk menjalankan aktiviti adalah kurang
sesuai. Cikgu juga tidak melibatkan semua murid dalam menjawab soalan.
Cikgu harus melbatkan semua murid untuk menjawab soalan supaya
pemahaman semua murid dapat diketahui. Selain itu, cikgu juga kurang
menguasai kemahiran penyoalan dengan baik. Cikgu tidak memberi masa
yang cukup kepada murid untuk berfikir tentang jawapan yang perlu
diberikan. Cikgu juga tidak digalakan mengedarkan nota sebelum membuat
rumusan. Hal ini demikian kerana murid akan merujuk nota yang diberikan
apabila mengulang sekali apa-apa yang disampaikan oleh cikgu. Hal ini telah
menyusahkan cikgu untuk memahami penguasaan murid tentang pelajaran
yang disampaikan. Di samping itu, cikgu haruslah memberikan lembaran kerja
sebagai kerja rumah untuk mengukuhkan murid tentang pelajaran yang
disampaikan. Cikgu juga digalakan memaparkan peraturan aktiviti pada slide
supaya murid lebih memahami peraturan aktiviti. Cikgu juga perlu
memberikan penerangan yang lebih banyak dan terperinci di bahagian
penutup.

12
Segala komen yang diberikan oleh rakan-rakan dan Dr Jamalsafri amat kami
hargai. Kami berjanji akan berusaha untuk memperbaiki cara pengajaran kami
supaya dapat menyampaikan pengajaran dengan berkesan pada masa yang
akan datang. Akhir sekali, pengajaran mikro ini telah menyebabkan saya dan
ahli kumpulan saya lebih memahami dan menguasai tentang cara dan teknik
pengajaran yang berkesan dan baik.

10.0 RANCANGAN PENGAJARAN (CHRISTINY ANAK MUSAH /


126491)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SEJARAH TAHUN 4

13
Kumpulan 11: Merumus dan Menutup Pelajaran

Mata pelajaran: Sejarah

Kelas: 4 Comel

Masa: 9:00 am-10:00 am

Tajuk: 5. Tokoh Terbilang Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Standard Kandungan: 5.2 Parameswara Sebagai Pengasas Kesultanan Melayu


Melaka.

Standard Pembelajaran: 5.2.3 Menyatakan peristiwa pembukaan Melaka

Objektif Pembelajaran:

1. Murid dapat mengetahui pengasas Kesultanan


Melayu Melaka.

2. Dapat menyatakan peristiwa pembukaan Melaka.

3. Murid dapat mengetahui asalnya nama “Melaka”

ditubuhkan.

Nilai-nilai Murni: Berdikari, Kerajinan, Kerjasama

Pengetahuan sedia ada murid: Murid telah mengetahui Melaka sebagai kota
bersejarah.

Alat Bantu Mengajar: Laptop, LCD Projektor, prop

Langkah/ Isi Aktiviti Guru Aktiviti Catatan


Masa Pelajaran Murid

14
Induksi Aktiviti Guru bertanya Murid
menjawab
Set guru khabar dan
pertanyaan
sebelum pelajaran lepas dari guru.
kepada murid
memulak
an
pelajaran

Langkah 1 Penerang  Guru  Murid  BBM –


an kepada
bertanya mende Video
tajuk
pelajaran sejauhma ngar
nakah penjela  Murid
pengetah san dapat
uan daripa menamb
murid da ahkan
tentang guru. idea
mereka.
Melaka

 Murid
 Guru menon
menayan ton
gkan video video
tentang yang
Sejarah ditunju
Penubuha kkan.
n Melaka.

 Murid
 Guru dimint
bertanya a
menja

15
kepada wab
murid soalan
tentang berdas
kefahama arkan
n mereka kefaha
terhadap man
video merek
yang a
ditunjukk tentan
an g
video.

 Guru
mengaitk
an video
dengan
tajuk
yang
diajar.

16
Langkah 2 Menggun  Guru  Murid Nilai:
akan menjelas mende kerjasama,
kaedah
kan ngar tolong
lakonan
bahawa penjela menolong.
aktiviti san
seterusny dari Alat Bantu
a yang guru. mengajar: Prop
dilakuka
n ialah  Murid
berlakon. memb
uat

17
 Murid persed
telah dipilih iaan
untuk tentan g
memegan watakwat
g ak yang
watakwatak akan
tertentu. dilako
nkan.

 Guru
telah  Semua
memberi kan murid
prop yang terlibat
digunaka n dalam
untuk murid aktiviti
berlakon. lakona
n.

 Seterusny
a guru  Murid
memberi berlak on
kan skrip mengi
lakonan kut arahan
kepada yang
murid. telah
diberik an.

18
Langkah 3  Guru  Murid
Rumusan memint member
a murid ikan
Penutupan merum rumusa
sosial : uskan n tentan
tentang g kefaham
Memberi pelajara an mereka.
penilaian n itu.
Peneguhan  Murid
positif  Guru menden
merum gar
Membuat us rumusa
perkaitan dengan n guru.
lebih
mendal
am

19
RANCANGAN PENGAJARAN

NAMA: HII LI SIM


TARIKH: 7 Desember 2015
NO. MATRIK: 126498 MASA: 2 petang
MATA PELAJARAN: Bahasa Melayu
KELAS: Tingkatan 1
TAJUK: Ayat Perintah

Standard Kandungan:
Memahami dan menggunakan ayat perintah yang betul dan sesuai dalam
pelbagai situasi.

Standard Pembelajaran:
Memahami dan menggunakan 4 jenis ayat perintah yang telah diajar dengan
betul dan sesuai dalam pelbagai situasi

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
(i) Membina 4 jenis contoh ayat perintah yang diajar.
(ii) Menggunakan 4 jenis ayat printah dalam perbualan yang diajar dengan
betul.
(iii) Membaca 4 jenis ayat perintah dengan intonasi yang betul dan sesuai.

Pengetahuan sedia ada:


Murid mampu membina dan menggunakan ayat dasar dan ayat tunggal
dengan betul.

Penerapan Nilai (PN):

20
Berani mencuba, kesabaran, berunsur intelek, bekerjasama dan kesediaan
untuk menerima.

Bahan Bantu Mengajar:

(i) Video

(ii) Nota edaran

(iii) Lembaran kerja

(iv) Kotak tertutup

(v) Lagu

21
Langkah-Langkah Pengajaran:

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan


Langkah/ Isi
Masa Pembelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid

Set induksi Mengingat 1.Guru meminta 1.Murid memberi Guru memberikan pujian kepada murid
(5 minit) kembali murid mengingat contoh yang berjaya mengingat kembali pelajaran
pelajaran lepas. kembali pelajaran berdasarkan lepas dan memberikan contoh yang betul.

lepas dan pelajaran lepas.


Bersedia memberikan contoh. Guru akan menjelaskan bahawa video yang
menerima 2.Murid ditayangkan berkaitan dengan
pelajaran yang
2.Guru menonton video pembelajaran mereka.
baru
menayangkan video dengan penuh
yang mempunyai perhatian.

ayat perintah.

Langkah 1 Mengajar 4 jenis 1.Guru mengajar 4 1.Murid Pengajaran berserta dengan contoh dan
jenis ayat perintah gambar supaya murid lebih faham dan jelas
(10 minit) ayat perintah menerima dan
berdasarkan slides tentang apa-apa yang disampaikan.
mendengar apa-

22
yang ditunjukan. apa yang diajar
oleh guru dengan Guru memberikan pujian kepada murid
yang berani menjawab soalan tidak kira
2.Guru menanya penuh perhatian.
betul atau tidak.
soalan berkaitan apa-
apa yang diajar 2.Murid
dalam proses menjawab soalan
pengajaran dan yang ditanya oleh

pembelajaran. guru.

23
Langkah 2 Aktiviti 1.Guru 1.Murid-murid Murid yang tidak tahu menjawab soalan
(8 minit) mengukuhkan mengeluarkan 1 mendengar boleh diajar oleh guru atau rakan sekelas
kefahaman kotak tertutup yang penerangan guru lain.
murid tentang mengandungi dengan penuh
pelajaran yang soalan-soalan yang perhatian.
diajar berkaitan dengan
dijalankan. ayat perintah. 2.Murid
mengambil satu

2.Guru memberi soalan berbentuk


penerangan sebelum kertas yang
aktiviti bermula iaitu terdapat dalam
guru meminta murid kotak penutup

“pass” kotak apabila muzik


tertutup apabila dihentikan.
muzik dipasangkan.
3.Murid
menjawab soalan
3.Guru meminta

24
seorang murid berdasarkan
mengambil satu kertas soalan
soalan berbentuk yang diambil.
kertas yang terdapat
dalam kotak tertutup

apabila muzik
dihentikan. Guru
meminta murid
membaca soalan
yang ditunjukan
pada kertas dan
menjawabnya.

Langkah 3 Aktiviti 1.Guru memberi 1.Murid-murid Murid-murid memberi penuh perhatian


diminta untuk
(8 minit) menguji lembaran kerja yang dalam menyiapkan tugasan yang diberi.
menyiapkan
kefahaman berkaitan dengan

25
murid-murid ayat perintah kepada lembaran kerja Murid-murid yang kurang faham boleh
terhadap
semua murid. yang diberi berbincang dengan guru atau murid-murid
pelajaran yang
disampaikan. dalam kelas. sekelas lain.
3.Guru
membincangkan 2.Murid

jawapan dengan menyemak

murid. jawapan yang


dibincangkan
oleh guru.

Penutup (5 1.Guru merumuskan 1.Murid-murid Guru menimbulkan perasaan pencapaian


minit) murid dan memotivasikan perasaan ingin
kembali apa-apa mengulangkan
belajar murid.
yang telah diajar apa-apa yang
dengan disampaikan
mengedarkan nota oleh guru
dan meminta murid
berdasarkan
mengulangkan apa-

26
apa yang telah nota yang
disampaikan. diedarkan.

2.Guru memuji

pencapaian setiap

murid dan
memberitahu murid
tentang pelajaran
baru yang akan
datang.

27
11.0 KESIMPULAN

Konklusinya, penutupan pengajaran berlaku di akhir pengajaran. Ia terdiri


daripada dua jenis iaitu penutupan kognitif dan penutupan sosial.
Penutupan pengajaran dapat menguji kefahaman murid dan membantu
mereka mengukuhkan lagi daya ingatan terhadap pengajaran yang baru
disampaikan oleh guru. Selain itu, penutupan pengajaran dapat
membantu guru untuk mengetahui keberkesanan cara pengajaran atau
penyampaian semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru akan
bersedia untuk meningkatkan lagi teknik pengajaran dari semasa ke
semasa.

Oleh itu, jelaslah bahawa penutupan pengajaran mempunyai pelbagai


prinsip dan objektif dalam melaksanakan. Selain itu, penutupan
pengajaran juga mempunyai pelbagai kebaikan dan merupakan elemen
yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran.

29
12.0 RUJUKAN

• Abdul Said Ambotang, Mohd Yusof Abdullah, Baharom Mohamad dan


Shukri Zain. (2012). Pengaruh Pengetahuan Pedagogi dan Kandungan
Terhadap Efikasi Guru dalam Pengajaran Ekonomi.

• Alan J. Singer, Teaching to Learn, Learning to Teach, Routledge Taylor&


Francis Group, New York and London 2014.

• Kamarudin Hj Husin, Siti Hajar Hj Abdul Aziz, Pedagogi: Asas


Pendidikan, Kumpulan Budiman Sdn Bhd 2003.

• Mok Soon Sang, Pedagogi untuk pengajaran dan penbelajaran,


Penerbitan Multimedia Sdn Bhd, 2008.

• Noraini Idris, Shuki Osman, Pengajaran dan Pembelajaran,


McGrawHill (Malaysia) Sdn Bhd 2009.

• Omardin Ashaari, Prinsip Pengajaran Mikro, Dewan Bahasa dan


Pustaka Kuala Lumpur, 1997.

• Robert Fisher, Teaching Children to learn, Stanley Thomas (Publishing)


Ltd, 1995.

30

Anda mungkin juga menyukai