Anda di halaman 1dari 21

KERJA KURSUS EKONOMI

TAJUK : EKSPORT MALAYSIA KE NEGARA AMERIKA SYARIKAT


NAMA : NURUL STYAFIEQAH AIN ( 6A UTEM )
NAMA : NURUL SYAFIEQAH AIN ( 6A UTEM )

KERTAS KERJA EKONOMI

TAJUK : EKSPORT MALAYSIA KE NEGARA AMERIKA SYARIKAT


Penghargaan

Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat


masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya juga ingin mendedikasikan
ucapan penghargaan ini kepada guru tercinta saya, Puan Suraini binti Muhammad
kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada beliau membuka ruang untuk
saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
            
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak
terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.
            
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa.

            Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.
EKSPORT MALAYSIA KE AMERIKA SYARIKAT DARI TAHUN 2009
HiNGGA TAHUN 2018

Abstrak

Kajian ini adalah berkaitan dengan eksport Malaysia dari negara Amerika Syarikat
pada tahun 2009 hingga tahun 2018. Objektif ini dijalankan adalah untuk
menganalisis arah aliran eksport Malaysia dengan Amerika Syarikat pada tahun 2009
hingga tahun 2018 dan menganalisis komposisi eksport Amerika Syarikat ke atas
eksport Malaysia pada tahun 2009 hingga tahun 2018. Kajian ini dijalankan dengan
menggunakan data sekunder yang dirujuk daripada laman web rasmi Jabatan
Perangkaan Malaysia, laman web rasmi MITI dan laman web rasmi Bank Negara
Malaysia. Selain itu, buku teks Ekonomi penggal 3 dan kamus Ekonomi juga turut
digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang definisi yang berkaitan dengan tajuk
kajian ini. Data yang diperoleh akan dianalisis dalam bentuk peratusan seterusnya
akan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf. Hasil daripada analisis yang telah
dilakukan, melalui objektif pertama kajian didapati bahawa arah aliran eksport
Malaysia dari negara Amerika Syarikat secara keseluruhannya tidak konsisten dalam
tempoh tahun 2009 hingga tahun 2018. Seterusnya, melalui objektif kedua kajian
mendapati bahawa sumbangan eksport Malaysia dari negara Amerika Syarikat kepada
imbangan dagangan secara keseluruhannya juga tidak konsisten. Oleh itu, untuk
meningkatkan aktiviti eksport, beberapa cadangan telah dikemukakan. Antara
cadangan untuk meningkatkan eksport adalah penyediaan tenaga buruh yang mahir
atau profesional, meningkatkan rangkaian antara industri, mempelbagaikan asas
sektor pembuatan dan mewujudkan pasaran yang luas. Antara barangan yang
dieksport oleh Malaysia adalah termasuklah jentera, produk pertanian dan optik,
instrumen perubatan, perabot dan peralatan tempat tidur, peralatan elektronik, minyak
bumi, kelapa sawit, getah dan tekstil. Manakala barangan yang diimport oleh
Malaysia ialah elektronik, kenderaan, produk besi, baja dan bahan kimia.
Isi Kandungan

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. Penghargaan

2. Tajuk dan Abstrak

3. Isi kandungan

4. Latar Belakang Kajian

5. Pernyataan Masalah

6. Objektif Kajian

7. Kaedah Kajian

8. Hasil Kajian dan Perbincangan

9. Cadangan

10. Penutup / Rumusan Kajian

11. Senarai Rujukan

12. Lampiran
1.0 Latar Belakang Kajian

Menurut Suhiliah Mohd Salleh, 2009 perdagangan antarabangsa bermaksud


urus niaga yang dijalankan antara sebuah negara dengan negara yang lain, iaitu
aktiviti eksport dan import yang melibatkan barang dan perkhidmatan. Perdagangan
antarabangsa juga adalah interaksi antara negara dalam bentuk jual beli barang dan
perkhidmatan berdasarkan kesepakatan bersama. Kerjasama antarabangsa dalam
bidang perdagangan bukanlah sesuatu yang baru saja dimulai, tetapi sudah ada sejak
Zaman Pertengahan. Salah satu daripada tujuan perdagangan antarabangsa adalah
untuk meningkatkan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) atau jumlah nilai
pengeluaran barang dan perkhidmatan di sebuah negara selama satu tahun. Kesan
perdagangan antarabangsa dapat dirasakan dari segi kepentingan sosial, politik dan
ekonomi untuk membantu mendorong kemajuan perindustrian, pengangkutan,
globalisasi dan kehadiran syarikat multinasional. Tambahan pula, kewujudan
kerjasama antarabangsa dalam bidang perdagangan dapat memberikan beberapa
kebaikan dan faedah yang dapat diperoleh dari setiap negara yang bekerjasama dalam
sektor perdagangan seperti dapat mempercepat pertumbuhan ekonomi sesebuah
negara, meningkatkan pengagihan sumber semula jadi negara dan menambah
pertukaran wang asing dari eksport. Selain itu, kerjasama antarabangsa dalam bidang
perdagangan berlaku kerana beberapa faktor pendorong yang memerlukan negara
bekerjasama dalam sektor perdagangan. Antara faktor yang mendorong kepada
kemunculan perdagangan antarabangsa termasuklah kewujudan pasaran bebas,
terdapat perbezaan keadaan geografi, meningkatkan perkembangan teknologi dan
maklumat, perbezaan teknologi dan juga penjimatan kos. Akhir sekali, jenis
perdagangan yang dilakukan antara negara dan kumpulan negara ialah eksport dan
import, barter dan penghantaran.

Menurut Kamus Ekonomi ( 1993 ) eksport adalah penjualan barang dan


perkhidmatan ke luar negeri. Barang yang dieksport termasuklah barang pengguna,
barang modal dan bahan mentah. Eksport perkhidmatan pula termasuk perkhidmatan
perkapalan yang ditawarkan oleh negara tempatan, pelancongan dan insurans. Eksport
ternbahagi kepada dua bahagian iaitu eksport nyata dan eksport tak nyata. Penjualan
barang berbentuk fizikal ke negara lain merupakan eksport nyata manakala penjualan
perkhidmatan yang disediakan oleh rakyat tempatan kepada negara luar untuk
meningkatkan nilai barang merupakan eksport tak nyata. Kegiatan eksport mampu
meningkatkan tingkat keseimbangan pendapatan sesebuah negara. Dalam kajian ini,
Malaysia mengeksport jentera, produk pertanian dan optik, instrumen perubatan,
perabot dan peralatan tempat tidur, peralatan elektronik, minyak bumi, kelapa sawit,
getah dan tekstil.

Seterusnya, menurut Kamus Ekonomi (1993), import pula adalah pembelian


barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh negara asing. Barang yang diimport
termasuk barang pengguna, barang modal dan bahan mentah. Import perkhidmatan
termasuk perkhidmatan perkapalan yang ditawarkan oleh negara asing, pelancongan
rakyat tempatan ke negara asing dan pembelian insurans asing oleh rakyat tempatan.
Import juga dapar didefinisikan sebagai kegiatan membeli barang dan perkhidmatan
oleh sesebuanh negara dari negara lain. Import dibahagikan kepada dua bahagian
seperti eksport iaitu import nyata dan import tak nyata. Pembelian barang berbentuk
fizikal dari luar negara merupakan import nyata manakal import tak nyata merupakan
pembelian perkhidmatan yang ditawarkan oleh luar negara. Kegiatan import akan
merendahkan tingkat keseimbangan pendapatan sesebuah negara.

Amerika Syarikat sudah mempunyai kewujudan konsular atau komersial di


kawasan yang terdiri daripada Malaysia moden sejak tahun 1800-an. Susulan
kemerdekaan Malaysia daripada United Kingdom, Amerika Syarikat secara rasmi
menjalin hubungan diplomatik dengan Malaysia pada tahun 1957. Amerika Syarikat
dan Malaysia meningkatkan hubungan dua hala menjadi Perkongsian Komprehensif
pada April 2014. Oleh itu, Amerika Syarikat dan Malaysia berkongsi satu kerjasama
yang pelbagai dan berkembang dalam perdagangan, pelaburan, keselamatan,
kerjasama alam sekitar, dan hubungan pendidikan dan kebudayaan. Malaysia
mempunyai demokrasi yang pelbagai dan merupakan rakan penting dalam hubungan
A.S. dengan Asia Tenggara. Kedua-dua negara bekerjasama secara erat dalam hal
ehwal keselamatan, termasuk memerangi keganasan, kesedaran domain maritim, dan
kestabilan serantau serta kerap menyertai latihan, eksesais dan lawatan dua hala dan
pelbagai hala. Hubungan ekonomi kita adalah kukuh, dan terdapat sejarah pertukaran
antara rakyat yang panjang. Amerika Syarikat dan Malaysia mempunyai rekod
penglibatan yang panjang dan berjaya di bawah Perjanjian Kerangka Perdagangan dan
Pelaburan (TIFA) dua hala, serta di forum Organisasi Perdagangan Dunia, ASEAN,
dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).  Perdagangan dua hala barangan
dengan Amerika Syarikat adalah $52.2 bilion pada tahun 2018. Malaysia ialah rakan
dagang ke-18 terbesar Amerika Syarikat dan rakan dagang ketiga terbesar antara 10
anggota ASEAN di Asia Tenggara, selepas Singapura dan Vietnam. Amerika Syarikat
ialah rakan dagang ketiga terbesar di Malaysia, selepas China dan Singapura. Eksport
utama dari Malaysia ke Amerika Syarikat adalah termasuk jentera, produk pertanian
dan optik, instrumen perubatan, perabot dan peralatan tempat tidur, peralatan
elektronik, minyak bumi, kelapa sawit, getah dan tekstil. Amerika Syarikat
merupakan salah satu pemegang saham pelaburan asing terbesar di Malaysia sekitar
$15.1 bilion. Pelaburan langsung Amerika Syarikat di Malaysia tertumpu pada sektor
pembuatan, perbankan, dan minyak dan gas. Pelaburan langsung asing Malaysia di
Amerika Syarikat diterajui oleh perdagangan borong, perkhidmatan saintifik dan
teknikal profesional, institusi depositori dan industri kimia.
2.0 Pernyataan Masalah

Kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis arah aliran jumlah eksport
Malaysia dengan Amerika Syarikat dari tahun 2009 hingga tahun 2018 serta
menganalisis peratus sumbangan eksport Amerika Syarikat ke atas eksport Malaysia
dari tahun 2009 hingga tahun 2018. Aspek ini perlu dikaji bagi mengetahui
bagaimana arah aliran dan perubahan yang terjadi kepada eksport dari Malaysia ke
negara Amerika Syarikat. Seterusnya, peningkatan atau penurunan nilai eksport akan
mempengaruhi kadar pertumbuhan eksport Malaysia ke Amerika Syarikat.

Selain itu, kajian ini penting untuk mengetahui langkah yang perlu diambil
bagi meningkatkan eksport Malaysia ke negara Amerika Syarikat. Faktor pendorong
peningkatan atau penurunan perlu diberi perhatian dari segi komponen yang dieksport
bagi memastikan imbangan dagangan bernilai positif atau lebihan.

Seterusnya, kepentingan kajian ini juga adalah untuk memupuk persefahaman


dan kolaborasi antarabangsa. Hubungan dua hala yang baik dalam pelbagai aspek
terutamanya dalam aspek ekonomi dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara
Malaysia.

Secara umumnya, dapat disimpulkan bahawa eksport Malaysia ke negara


Amerika Syarikat akan mempengaruhi imbangan dagangan negara. Oleh itu, Malaysia
perlu memastikan imbangan dagangan bernilai positif atau lebihan.
3.0 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah elemen terpenting sebagai panduan kepada tujuan yang khusus
dalam proses penyelidikan. Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut :

i. menganalisis arah aliran jumlah nilai eksport Malaysia dari tahun 2009 hingga
tahun 2018.

ii. menganalisis peratus sumbangan eksport Malaysia ke negara Amerika Syarikat


dari tahun 2009 hingga tahun 2018.
4.0 Kaedah Kajian

Menurut Ahmad Mazhab Ayob ( 1985 ) , kaedah kajian ialah soal bagaimana
tiap-tiap suatu objektif atau penyelidikan itu hendak dicapai. Kaedah kajian biasanya
mengambil kira aspek pemilihan kaedah kajian, teori pembelajaran bahasa, prosedur
pengumpulan data dan prosedur analisis data. Menurut Nuzulla Agustina ( 2009 ) ,
data adalah keterangan mengenai sesuatu hal yang terjadi dan berbentuk dalam
himpunan fakta, angka, grafik, jadual, gambar, kata, huruf-huruf yang
menggambarkan sesuatu pemikiran, objek, serta keadaan dan situasi. Data yang
diperolehi mesti boleh dipercayai, benar dan tepat pada masa. Sumber data terbahagi
kepada dua bahagian iaitu data primer dan data sekunder. Menurut Zulkarnain
( 2011 ), data primer ialah data yang dikumpulkan sendiri khusus untuk tujuan
penyelidikan yang dikumpulkan melalui pemerhatian, temu bual atau borang soal
selidik yang diedarkan kepada responden. Manakala data sekunder pula merupakan
data yang sedia ada atau idea yang diperolehi daripada mana-mana sumber yang
digunakan semula untuk dibuat kajian yang diperolehi daripada sumber bertulis.
Dalam kajian ini, data sekunder telah digunakan bagi menjalankan kajian ini kerana
dapat memudahkan tugasan untuk mendapatkan maklumat dan data. Data sekunder
diperolehi melalui kajian keperpustakaan, muat turun bahan daripada sumber internet
dan mengumpul laporan agensi kerajaan dan swasta.

4.1 Kaedah Memperolehi Data

4.1.1 Kaedah Sumber Internet

Teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) telah diguna pakai dalam kajian
ini. Kaedah ini telah digunakan untuk mengumpul data yang berkaitan dengan kajian.
Data yang telah dimuat turun akan dijadikan sebagai bahan rujukan. Data yang
diperolehi daripada laman web rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia iaitu
http://www.dosm.gov.my untuk mengetahui nilai eksport Malaysia ke negara
Amerika Syarikat sekitar tahun 2009 hingga tahun 2018. Seterusnya, maklumat juga
diperolehi daripada laman web rasmi MITI iaitu http://www.miti.gov.my untuk
mengetahui hubungan perdagangan antara Malaysia dengan negara Amerika Syarikat
dalam tempoh kajian. Tambahan lagi, maklumat mengenai perkembangan ekonomi
antarabangsa juga diperolehi daripada laman web rasmi Bank Negara Malaysia iaitu
http://bnm.gov.my.

4.1.2 Kaedah Kepustakaan

Kajian kepustakaan adalah kajian yang merujuk bahan ilmiah yang terdapat di
perpustakaan seperti buku, majalah, kamus, artikel, dan lain-lain. Maklumat seperti
definisi import dan eksport diperolehi daripada Kamus Ekonomi yang diterbitkan
pada 1993. Definisi perdagangan antarabangsa pula diperolehi daripada buku teks
Makroekonomi Penggal 1.

4.2 Kaedah Analisis Data

Kaedah ini digunakan untuk menganalisis arah aliran eksport Malaysia ke


negara Amerika Syarikat adar dapat melihat dengan lebih jelas dan tepat hasil data
yang diperolehi. Data dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf. Seterusnya, bagi
mengetahui kadar perubahan eskport Malaysia ke negara Amerika Syarikat, pengiraan
dilakukan dan dipindahkan ke dalam bentuk peratusan. Kaedah peratusan ini
digunakan bagi mendapatkan satu analisis data yang tepat. Kaedah ini juga membantu
memudahkan pembacaan nombor yang berangka besar. Rumus pengiraan yang
digunakan ialah :

4.2.1

Kadar Pertumbuhan Eksport = Eksport 1 - Eksport 0 x 100%

Eksport 0

1 - tahun semasa
0 - tahun sebelum
Gwth3
4.2.2

Peratus Sumbangan Eksport : Nilai Eksport Amerika Syarikat x 100

Nilai Eksport Malaysia


5.0 Hasil Kajian dan Perbincangan

Terdapat dua objektif yang akan dibincangkan dalam bahagian ini. Objektif
pertama adalah menganalisis arah aliran eksport Malaysia ke negara Amerika Syarikat
dari tahun 2009 hingga tahun 2018. Manakala objektif kedua pula ialah menganalisis
peratus sumbangan eksport Malaysia ke negara Amerika Syarikat kepada sumbangan
imbangan dari tahun 2009 hingga tahun 2018.

5.1 Menganalisis arah aliran jumlah nilai eksport Malaysia ke negara


Amerika Syarikat dari tahun 2009 hingga tahun 2018.

Jadual 1 : Arah aliran nilai eksport Malaysia ke negara Amerika Syarikat dari tahun
2009 hingga tahun 2018.

Tahun Eksport Amerika Syarikat Kadar Pertumbuhan


( RM Juta ) (%)

2009 60 811 - 26.47

2010 60 951 0.23

2011 57 653 -5.41

2012 60 791 5.44

2013 58 055 -4.50

2014 64 405 10.94

2015 73 669 14.38

2016 80 233 8.91

2017 88 680 10.53

2018 90 811 2.40


Rajah 1 : Arah alirzan nilai eksport Malaysia ke negara Amerika Syarikat dari
tahun 2009 hingga tahun 2018.

Eksport ( RM Juta )
100000
88680 90811
90000
80233
80000 73669

70000 64405
60811 60951 60791 58055
Eksport ( RM juta )

57653
60000

50000

40000

30000

20000

10000

0
2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018

Tahun

Eksport ( RM Juta )

( sumber : Laporan MITI )

Jadual 1 dan Rajah 1 menunjukkan arah aliran dan kadar pertumbuhan eksport
Malaysia ke negara Anerika Syarikat dari tahun 2009 hingga tahun 2018. Secara
keseluruhannya, arah aliran bagi eksport Malaysia ke negara Amerika Syarikat
menunjukkan pola yang tidak konsisten. Pada tahun 2009 hingga tahun 2010, arah
aliran eksport mengalami peningkatan. Namun begitu, arah aliran mengalami
penurunan pada tahun 2011 kemudian meningkat semula pada tahun 2012. Walau
bagaimanapun, pada tahun 2013 hingga tahun 2018 arah aliran eksport telah
mengalami peningkatan secara berterusan.

Pada tahun 2009, eksport Malaysia ke negara Amerika Syarikat bernilai


RM60,811 juta kemudian meningkat kepada RM60,951 pada tahun 2010.
Peningkatan meningkat sebanyak RM
5.2 Menganalisis kadar sumbangan eksport Malaysia ke negara Amerika
Syarikat pada tahun 2009 hingga tahun 2018.

Jadual 2 : Kadar sumbangan eksport Malaysia ke negara Amerika Syarikat


pada tahun 2009 hingga tahun 2018.

Tahun Nilai Eksport Nilai Eksport Kadar Sumbangan


Amerika Syarikat Malaysia (%)
( RM Juta ) ( RM Juta )

2009 60 811 552 518 11.00

2010 60 951 638 882 9.54

2011 57 653 697 862 8.26

2012 60 791 702 641 8.65

2013 58 055 719 992 8.06

2014 64 405 765 417 8.41

2015 73 669 777 355 9.48

2016 80 233 786 964 10.20

2017 88 680 934 927 9.49

2018 90 811 1 003 587 9.05


Rajah 2 : Kadar sumbangan eksport Malaysia ke negara Amerika Syarikat pada
tahun 2009 hingga tahun 2018.

Kadar Sumbangan ( % )
12
11
10.2
10 9.54 9.48 9.49
9.05
8.26 8.65 8.41
8.06
8
Kadar Sumbangan ( % )

0
2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018

Kadar Sumbangan ( % )

Sumber :

Jadual 2 menunjukkan kadar sumbangan eksport Malaysia ke negara Amerika


Syarikat dari tahun 2009 hingga tahun 2018. Kadar sumbangan eksport Malaysia ke
negara Amerika Syarikat adalah tidak konsisten. Data menunjukkan peratus ini
mengalami penurunan dari tahun 2009 hingga tahun 2014 dan meningkat pada tahun
2015 hingga 2016 kemudian menurun semula hingga tahun 2018.

Pada tahun 2004, nilai eksport Malaysia ke negara Amerika Syarikat adalah
sebanyak RM60 811
7.0 Penutup

Akhir sekali, berdasarkan kepada hasil kajian tentang jumlah nilai eksport
Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2018, dapat dirumuskan bahawa eksport
Malaysia adalah tidak konsisten ataupun berubah-ubah pada setiap tahun. Arah aliran
nilai eksport mencatatkan bahawa nilai eksport yang paling tinggi adalah pada tahun
2015 iaitu sebanyak 14.38 peratus.

Selain itu, berdasarkan kepada analisis peratus sumbangan eksport Malaysia


ke negara Amerika Syarikat dari tahun 2009 hingga tahun 2018, dapat dirumuskan
bahawa kadar pertumbuhan eksport Malaysia ke negara Amerika Syarikat adalah
tidak menentu ataupun tidak konsisten dengan kadar pertumbuhan eksport dari tahun
2009 gingga tahun 2018 iaitu kadangkala mencatatkan kadar pertumbuhan yang
meningkat dan kadangkala kadar pertumbuhan yang menurun. Malaysia merupakan
rakan dagangan terbesar dengan negara Amerika Syarikat selama lima tahun berturut-
turut sejak tahun 2008.

Anda mungkin juga menyukai