Anda di halaman 1dari 28

ARAH ALIRAN DAN KADAR

PERTUMBUHAN EKSPORT DAN


IMPORT DI MALAYSIA PADA
TAHUN 2004-2014
PENGHARGAAN

Saya Nurazila Suhaila Binti Razali ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan
ribuan terima kasih kepada Pengetua sekolah Menengah Kebangsaan Infantb Jesus Convent iaitu
Puan Chong Chew Yoong , seterusnya Puan Ching Lan Fong selaku guru pembimbing
matapelajaran Ekonomi Malaysia STPM Penggal 3 yang telah banyak memberi tunjuk ajar
kepada saya semasa menyiapkan tugasan ini. Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan
dalam menyiapkan projek ini amatlah saya hargai.

Selain itu, bagi rakan – rakan seperjuangan terima kasih juga diucapkan kerana sudi
memberi tunjuk ajar kepada saya dan berkongsi idea serta memberi komitmen yang baik kepada
saya. Akhir sekali, saya ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
kedua ibu bapa saya yang terbabit secara langsung atau tidak.

Sekian terima kasih.

v
ARAH ALIRAN DAN KADAR PERTUMBUHAN EKSPORT DAN IMPORT DI

MALAYSIA DARI TAHUN 2004 HINGGA TAHUN 2014

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji arah aliran eksport dan import di Malaysia dari tahun 2004
hingga tahun 2014 dan membandingkan kadar pertumbuhan eksport dengan kadar pertumbuhan
import di Malaysia dari tahun 2004 hingga tahun 2014. Pengkaji telah menggunakan kaedah
sekunder untuk mendapatkan data. Antaranya ialah kaedah memperoleh data. Pengkaji telah
menggunakan sumber internet dan mendapatkan maklumat daripada Laporan Ekonomi Malaysia
serta mendapatkan maklumat daripada buku rujukan. Pengkaji juga menggunakan kaedah
menganalisis data seperti memerihal menggunakan cara menentukan maksimum dan minimum,
perbandingan dan peratus. Hasil keseluruhan kajian ini, mendapati arah aliran eksport dan import
menunjukkan trend yang tidak konsisten. Seterusnya, bagi kadar pertumbuhan eksport dan
import menurun dari tahun 2004 hingga tahun 2008 namun menunjukan nilai negatif pada tahun
2009 dan nilai menurun pada 2010 hingga 2014. Kesimpulannya hasil kajian ini dapat memberi
gambaran mengenai arah aliran dan kadar pertumbuhan eksport dan import yang dijalankan di
Malaysia.

Vi
ISI KANDUNGAN

BILANGAN PERKARA HALAMAN


A Tajuk Kajian -
B Borang Penulisan Kerja Kursus (i-iv)
C Penghargaan v
D Abstrak vi
E Isi Kandungan vii
1 Latar belakang Kajian 1
2 Penyataan Masalah
3 Objektif Kajian
4 Kaedah Kajian

4.1 Kaedah Memperoleh Data


4.2 Kaedah Menganalisis Data
5 Hasil Kajian

5.1 Mengkaji arah aliran eksport dan import di Malaysia pada tahun
2004-2014

5.2 Membandingkan kadar pertumbuhan eksport dan import di


Malaysia pada tahun 2004-2014

6 Cadangan
7 Rumusan

8 Senarai Rujukan
9 Lampiran
1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Ekonomi terbuka bermaksud ekonomi yang menjalankan perdagangan antarabangsa, iaitu


melibatkan eksport dan import barang dan perkhidmatan serta pergerakan modal antara negara.
Kajian ini bertemakan Perdagangan Luar Negeri yang melibatkan perdagangan antarabangsa.
Dalam ekonomi, eksport (X) merujuk kepada proses barang atau komoditi yang dijual atau
diangkut dari satu negara ke negara lain secara sah, terutamanya untuk perdagangan. Eksport
merupakan bahagian penting dalam perdagangan antarabangsa. Import (M) pula merupakan apa-
apa barangan (contohnya satu komoditi) atau perkhidmatan yang dibawa ke dalam sebuah negara
dari negara lain di dalam satu kaedah yang disahkan oleh undang-undang, biasanya bagi
kegunaan di dalam perdagangan. satu kegiatan membeli barang dan perkhidmatan Import
barangan atau perkhidmatan diberikan kepada pelanggan tempatan oleh penghasil. Satu import di
dalam negara penerima adalah satu eksport kepada negara penghantar.

Pertumbuhan ekonomi ialah pembangunan ekonomi berbentuk fizikal seperti pertambahan


keluaran barang dan perkhidmatan, pertambahan infrastruktur dan peningkatan pembangunan
ekonomi lain. Ianya merupakan alat untuk mengukur prestasi pembangunan negara. Kajian ini
pula mengkaji kadar pertumbuhan eksport dan import untuk melihat perbandingannya.
Pertumbuhan ekonomi yang baik ialah peningkatan dalam kegiatan eksport yang menyebabkan
imbangan dagangan negara adalah positif manakala sekiranya pertumbuhan import adalah lebih
tinggi ini menunjukkan imbangan dagangan negara negatif.

Kadar pertumbuhan eksport tahun t = eksport tahun t - eksport tahun (t-1) × 100

eksport tahun (t-1)

Kadar pertumbuhan import tahun t = import tahun t - import tahun (t-1) × 100

import tahun (t-1)

Kajian ini akan mengkaji arah aliran eksport dan import dan perbandingan antara kadar
pertumbuhan eksport dan kadar pertumbuhan import di Malaysia dari tahun 2004 hingga tahun
2014. 1
2.0 PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini adalah untuk menganalisis arah aliran eksport dan import di Malaysia dari
tahun 2004 hingga 2014 dan mengukur pertumbuhan ekonomi. Dalam kajian ini, didapati arah
aliran import dan eksport bagi 11 tahun adalah semakin meningkat iaitu eksport meningkat lebih
banyak berbanding import. Namun, pertumbuhan ekonomi adalah tidak konsisten. Pertumbuhan
ekonomi yang tertinggi bagi eksport bagi 11 tahun yang dikaji ialah 20.95 pada 2004 dan
pertumbuhan ekonomi yang terendah ialah -16.67 pada tahun 2009 manakala pertumbuhan
ekonomi yang tertinggi bagi import pula ialah 26.25 bagi 2004 dan terendah pada -16.38 pada
2009.

Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada peningkatan per kapita keluaran dalam negara kasar
(KDNK) atau pertumbuhan pendaptan agregat. Pertumbuhan ekonomi selalunya didorong oleh
peningkatan produktiviti yang melibatkan penghasilan lebih banyak barangan dan perkhidmatan
dengan input tenaga kerja, modal, tenaga dan bahan yang sama. Pertumbuhan ekonomi negara
yang tinggi menunjukkan KDNK taraf hidup rakyat dalam negara meningkat. Pada tahun 2009,
pertumbuhan ekonomi menunjukkan negatif dengan pengurangan arah aliran import dan eksport.

Kajian ini penting untuk menentukan taraf pertumbuhan ekonomi dalam negara. Oleh itu,
pertumbuhan ekonomi akan meningkatkan pendapatan rata-rata penduduk di Malaysia.Kajian ini
juga dilakukan untuk mengkaji cara-cara untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi agar dapat
memberi manfaat kepada pertumbuhan Negara. Kajian ini juga penting untuk mengkaji
bagaimana nilai- nilai eksport dan import dapat ditingkatkan.

2
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah untuk:

a) Mengkaji arah aliran eksport dan import di Malaysia dari tahun 2004 hingga tahun 2014.

b) Membandingkan kadar pertumbuhan eksport dengan kadar pertumbuhan import di Malaysia


dari tahun 2004 hingga tahun 2014.

3
4.0 KAEDAH KAJIAN

4.1 Kaedah Memperoleh Data

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (2012), data sekunder merupakan maklumat
sampingan yang telah diolah dan boleh digunakan dalam melaksanakan kajian. Bagi
menyempurnakan kajian ini, pengkaji telah mengumpul maklumat dari data sekunder dengan
menunjukkan kepada sumber-sumber berikut:

4.1.1. Sumber Internet

Untuk kajian ini, banyak maklumat mengenai arah aliran eksport dan import serta
kadar pertumbuhan eksport dan import negara diperoleh dengan melayari internet.
Maklumat serta data-data dimuat turun melalui kaedah tersebut. Dengan ini,
maklumat yang jelas mengenai isu yang dikaji dapat diperoleh secara mudah dan
cepat. Antara laman web yang dilayari ialah
‘http://search.handycafe.com/results?q=langkah+mengimbangkan+eksport+
dan+import&l=my&l=my&s=start&hl=en’

4.1.2 Laporan Ekonomi Malaysia

Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan kajian korpus iaitu data daripada
Laporan Ekonomi Malaysia. Laporan Ekonomi Malaysia memberi banyak
maklumat yang tepat mengenai bilangan eksport dan import negara serta
pertumbuhan ekonomi eksport dan import Negara.

4.1.3 Buku Rujukan

Buku-buku rujukan juga dirujuk oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat


tambahan mengenai kajian ini. Buku yang dirujuk seperti Ace Ahead Teks STPM
Ekonomi Malaysia Penggal 3 yang ditulis oleh Suhilliah mohd. Salleh. Buku ini
diterbitkan oleh Oxford Fajar Sdn. Bhd. Pengkaji merujuk buku tersebut untuk
mendapatkan maklumat.
4.2 Kaedah Analisis Data

Kaedah ini dilakukan dengan memerihalkan data dengan menggunakan:

4.2.1 Maksimum dan minimum

Dapatan kajian dibuat dalam bentuk minimum dan maksimum. Hal ini
dikenalpasti agar dapat mengkaji kadar pertumbuhan eksport dan import yang
paling tinggi dan paling rendah.

4.2.2 Peratusan

Peratusan digunakan dalam mengkaji perbandingan dan kadar. Peratusan


bermakna cara menyatakan nombor sebagai pecahan daripada 100%. Contohnya,
kadar pertumbuhan eksport dan import negara pada 2006 ialah 9.88%. Peratusan
ini digunakan apabila kadar pertumbuhan tersebut dihitung.

4.2.3 Perbandingan

Selepas mengira peratus bagi objektif kedua tersebut, perbandingan akan dibuat
antara tahun 2004 hingga 2014 yang terlibat. Hal ini demikian kerana
perbandingan arah aliran antara tahun berkaitan dapat dikenal pasti sama ada
semakin meningkat, menurun atau tidak berubah. Contohnya, kadar pertumbuhan
eksport dan import pada tahun 2008 ialah 9.72% namun menurun kepada -16.67%
pada tahun 2009.
5.0 HASIL KAJIAN

Dalam hasil kajian, pengkaji akan mengkaji arah aliran eksport dan import di Malaysia dari
tahun 2004 hingga tahun 2014. Pengkaji juga akan menganalisis kadar pertumbuhan eksport dan
import di Malaysia dari tahun 2004 hingga tahun 2014.

5.1 Arah aliran eksport dan import di Malaysia dari tahun 2004 hingga tahun 2014

Jadual 1 menunjukkan arah aliran eksport dan import di Malaysia dari tahun 2004 hingga tahun
2014. Arah aliran eksport dan import di Malaysia dari tahun 2004 hingga 2014 adalah tidak
konsisten sepanjang tahun yang dikaji.
Jadual Rajah 1 dan 2 menunjukkan arah aliran eksport dan import di Malaysia dari tahun
2004 hingga tahun 2014 . Melalui kajian yang dilakukan berdasarkan Laporan Ekonomi oleh
Bank Negara, arah aliran eksport dan import mengalami peningkatan dan penurunan dari tahun
2004 hingga tahun 2014.

Pada tahun 2004, eksport adalah sebanyak RM 481,653.0 juta dan mengalami
peningkatan sebanyak RM 54580.7 juta iaitu RM536233.7 juta pada tahun 2005. Import negara
adalah RM 399,632.2 juta pada tahun 2004 dan meningkat kepada RM432870.8 juta pada tahun
2005. Hal ini demikian kerana pertumbuhan ini dipacu oleh sektor swasta dan didorong pula oleh
dasar makroekonomi yang menyokong, serta keadaan kewangan yang menggalakkan. Kenyataan
ini dinyatakan dalam Laporan Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2004 oleh MITI.

Pada tahun 2006 , eksport dan import terus meningkat . Eksport meningkat sebanyak
RM53006.6 juta kepada RM 589,240.3 juta dan import pula meningkat kepada RM478,147.9
juta .

Pada tahun 2007 , eksport meningkat sedikit kepada RM 604,299.6 juta berbanding tahun
2006 dengan peningkatan sebanyak RM15059.3 juta. Import turut meningkat kepada RM
502,044.6 juta dengan peningkatan sebanyak RM23896.7 juta . Hal ini disebabkan pertumbuhan
global yang kukuh pada tahun 2007, didorong oleh pertumbuhan yang melebihi trend di
kebanyakan ekonomi perindustrian, pertumbuhan pesat ekonomi pasaran sedang pesat
membangun dan harga minyak yang lebih tinggi menyebabkan eksport negara adalah lebih tinggi
berbanding import pada tahun tersebut. Kenyataan ini dinyatakan dalam Laporan Ekonomi
Malaysia tahun 2007 oleh Bank Negara.

Pada tahun 2008 pula , eksport meningkat lagi banyak berbanding import. Eksport
meningkat kepada RM 663,013.5 juta dengan peningkatan sebanyak RM58713.9 juta dan import
pula meningkat sebanyak RM17759,7 juta iaitu RM 519,804.3 juta .

Pada tahun 2009 , eksport dan import mengalami penurunan ketara. Eksport menurun
sebanyak -RM110495.4 juta iaitu kepada RM 552,518.1 juta dan import pula menurun kepada
RM 434,669.8 juta berbanding dengan tahun yang sebelumnya . Penurunan ini berlaku
disebabkan oleh harga komoditi yang rendah terutama harga minyak mentah serta kelembapan
ekonomi global. Kenyataan ini dinyatakan dalam Laporan Perkembangan Ekonomi pada tahun
2009.

Pada tahun 2010 pula , eksport dan import meningkat semula. Eksport meningkat kepada RM
638,882.5 juta dan import pula meningkat kepada RM 528,828.2 juta berbanding tahun 2009
yang mengalami penurunan eksport dan import.

Pada tahun 2011, arah aliran eksport dan import terus meningkat dengan sederhana. Eksport
meningkat sebanyak RM58979.4 juta iaitu kepada RM 697,861.9 juta dan import pula meningkat
kepada RM 573,626.3 juta . Eksport yang perlahan kerana prestasi ekonomi Amerika Syarikat
yang lebih rendah daripada jangkaan dan akibat gannguan rantaian bekalan berikutan kesan
daripada gempa bumi yang berlaku di Jepun. Kenyataan ini dinyatakan dalam Laporan Prestasi
dan Aspek Ekonomi 2011 oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Pada tahun 2012 , Eksport dan import terus meningkat dengan jumlah yang tinggi
berbanding dengan tahun sebelumnya. Eksport meningkat kepada RM702,641.2 juta dan import
turut bertambah sebanyak RM33050 juta iaitu kepada RM 606,676.3 juta . Peningkatan ini
kerana aktiviti sektor awam dan swasta berada dalam persekitaran pasaran kewangan yang
kondusif, harga yang stabil dan pasaran buruh yang menggalakkan. Kenyataan ini dinyatakan
dalam Laporan Prestasi dan Aspek Ekonomi 2012/2103 oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Pada tahun 2013 , eksport dan import masih mengalami peningkatan. Eksport meningkat
sebanyak RM17351.2 juta iaitu kepada RM 719,992.4 juta dan import pula meningkat kepada
RM 648,696.9 juta. Pada tahun 2014, masih berlakunya peningkatan dalam eksport dan import
negara iaitu dengan eksport meningkat dengan banyak iaitu kepada RM 765,416.9 juta dan
import meningkat kepada RM 682,937.1 juta . Peningkatan ini masih terus berlaku kerana
mendapat manfaat daripada permintaan luaran yang lebih tinggi, khususnya dari AS. Kenyataan
ini dinyatakan dalam Laporan Perkembangan Ekonomi pada tahun 2014.
5.2 Membandingkan kadar pertumbuhan eksport dengan kadar pertumbuhan import di
Malaysia dari tahun 2004 hingga tahun 2014.

Jadual 1 menunjukkan kadar pertumbuhan eksport di Malaysia dari tahun 2004 hingga tahun
2014. Berdasarkan jadual di bawah , kadar pertumbuhan eksport dan import adalah tidak
konsisten sepanjang tempoh masa kajian. Kadar pertumbuhan eksport yang paling tinggi adalah
15.63% pada tahun 2010 manakala paling rendah adalah sebanyak -16.67% pada tahun 2009.

Rumus menghitung kadar pertumbuhan eksport:

Kadar pertumbuhan tahun t = eksport tahun t - eksport tahun (t-1) × 100

eksport tahun (t-1)

Kadar pertumbuhan eksport tahun 2004 = eksport tahun t - eksport tahun (t-1) × 100

eksport tahun (t-1)

=481253.0-397884.4×100

397884.4

=20.95%

Kadar pertumbuhan eksport tahun 2005 = eksport tahun t - eksport tahun (t-1) × 100

eksport tahun (t-1)

= 536233.7-481253.0 × 100

481253.0

=11.42%

Kadar pertumbuhan eksport tahun 2006 = eksport tahun t - eksport tahun (t-1) × 100
eksport tahun (t-1)

=589240.3-536233.7×100

536233.7

=9.88%

Kadar pertumbuhan eksport tahun 2007 = eksport tahun t - eksport tahun (t-1) × 100

eksport tahun (t-1)

=604299.6-589240.3×100

589240.3

=2.56%

Kadar pertumbuhan eksport tahun 2008 = eksport tahun t - eksport tahun (t-1) × 100

eksport tahun (t-1)

=663013.5-604299.6×100

604299.6

=9.72%

Kadar pertumbuhan eksport tahun 2009 = eksport tahun t - eksport tahun (t-1) × 100

eksport tahun (t-1)

=552518.1-663013.5×100

663013.5

=-16.67%
Jadual 1 : Kadar Pertumbuhan Eksport di Malaysia dari tahun 2004 hingga

Tahun 2014

Tahun Eksport(RM juta) Kadar pertumbuhan eksport


(%)
2003 397,884.4 -
2004 481,253.0 20.95
2005 536,233.7 11.42
2006 589,240.3 9.88
2007 604,299.6 2.56
2008 663,013.5 9.72
2009 552,518.1 -16.67
2010 638,882.5 15.63
2011 697,861.9 9.23
2012 702,641.2 0.68
2013 719,992.4 2.47
2014 765,416.9 6.31

SUMBER: LAPORAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI


RAJAH 1:KADAR PERTUMBUHAN EKSPORT MALAYSIA( %)

eksport
25
20.95 eksport
20
15.63
15
11.42
9.88 9.72 9.23
10
6.31
5 2.56 2.47
0.68
0
2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014
-5

-10

-15

-20 -16.67
Jadual 2 menunjukkan kadar pertumbuhan import di Malaysia dari tahun 2004 hingga tahun
2014. Berdasarkan jadual tersebut, kadar pertumbuhan import adalah tidak konsisten sepanjang
tempoh masa kajian. Kadar pertumbuhan import yang paling tinggi adalah pada tahun 2010 iaitu
21.67% manakala paling rendah adalah 16.38% pada tahun 2009.

Rumus menghitung kadar pertumbuhan import:

Kadar pertumbuhan tahun t = import tahun t - import tahun (t-1) × 100

import tahun (t-1)

Kadar pertumbuhan import tahun 2004 = import tahun t - import tahun (t-1) × 100

import tahun (t-1)

=399632.2-316537.9×100

316537.9

= 26.25%

Kadar pertumbuhan import tahun 2005 = import tahun t - import tahun (t-1) × 100

import tahun (t-1)

=432870.8-399632.2×100

399632.2

= 8.32%

Kadar pertumbuhan import tahun 2006 = import tahun t - import tahun (t-1) × 100
import tahun (t-1)

=478147.9-432870.8×100

432870.8

= 10.46%

Kadar pertumbuhan import tahun 2007 = import tahun t - import tahun (t-1) × 100

import tahun (t-1)

=502044.6-478147.9×100

478147.9

= 5.00%

Kadar pertumbuhan import tahun 2008 = import tahun t - import tahun (t-1) × 100

import tahun (t-1)

=519804.3-502044.6×100

502044.6

= 3.54%

Kadar pertumbuhan import tahun 2009 = import tahun t - import tahun (t-1) x100

import tahun (t-1)

=434669.8-519804.3×100

519804.3

= -16.38%
Jadual 2 : Kadar Pertumbuhan Import di Malaysia dari tahun 2004 hingga tahun 2014

Tahun Import(RM juta) Kadar pertumbuhan import


(%)
2003 316537.9 -
2004 399,632.2 26.25
2005 432,870.8 8.32
2006 478,147.9 10.46
2007 502,044.6 5.00
2008 519,804.3 3.54
2009 434,669.8 -16.38
2010 528,828.2 21.67
2011 573,626.3 8.47
2012 606,676.3 5.76
2013 648,696.9 6.93
2014 682,937.1 5.28

SUMBER: LAPORAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI


RAJAH 2: KADAR PERTUMBUHAN IMPORT ( %)

import
30
26.25 import
25 21.67
20

15
10.46
10 8.32 8.47
6.93
5 5.76 5.28
5 3.54

0
2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014
-5

-10

-15

-20 -16.38
Berdasarkan Jadual 1 dan 2 , kadar pertumbuhan eksport dan import di Malaysia dari tahun
2004 hingga 2014 menunjukkan penurunan dan peningkatan kadar pertumbuhan tersebut
sepanjang 10 tahun.

Pada tahun 2004, kadar pertumbuhan eksport adalah 20.95% manakala kadar pertumbuhan
import menunjukkan kadar lebih tinggi iaitu 26.25%. Kadar pertumbuhan import adalah lebih
tinggi berbanding kadar pertumbuhan eksport dengan perbezaan 5.3%. Keadaan ini berlaku
kerana pertumbuhan perdagangan global dan permintaan dalam negeri yang memberangsangkan.
Pertumbuhan ini diterajui oleh sektor swasta, manakala pihak kerajaan meneruskan konsolidasi
fiskal. Kenyataan ini dinyatakan dalam laporan Ekonomi Malaysia tahun 2004 oleh Bank
Negara.

Seterusnya, pada tahun 2005 kadar pertumbuhan eksport menurun kepada 11.42% dengan
perbezaan -9.53% berbanding tahun 2004 iaitu 20.95% manakala kadar pertumbuhan import
yang menunjukkan kadar penurunan yang lebih tinggi iaitu jatuh kepada 8.32% pada tahun 2005
dengan perbezaan sebanyak -17.93% berbanding tahun 2004 iaitu 26.25% . Kadar penurunan
eksport adalah lebih rendah berbanding kadar penurunan import dengan perbezaan 3.1% pada
tahun 2005.

Pada tahun 2006 pula , kadar pertumbuhan eksport menunjukkan penurunan sedikit kepada
9.88% dengan perbezaan sebanyak -1.54% berbanding tahun 2005, 11.42%. Kadar pertumbuhan
import pula menunjukkan peningkatan kepada 10.46% pada tahun 2006. Perbezaan ini adalah
sebanyak 2.14% berbanding tahun 2005. Kadar pertumbuhan import meningkat berbanding
kadar pertumbuhan eksport yang menurun.

Pada tahun 2007, kadar pertumbuhan eksport pula menunjukkan penurunan kepada 2.56%
dengan perbezaan sebanyak -7.32% berbanding tahun 2006 iaitu 9.88%. Seterusnya, kadar
pertumbuhan import juga menunjukkan penurunan kepada 5.00% pada tahun 2007 dengan
perbezaan sebanyak 5.46% berbanding tahun 2006, 10.46%. Kadar penurunan eksport
menunjukkan lebih tinggi berbanding kadar penurunan import pada tahun 2007.

Pada tahun 2008 pula kadar pertumbuhan eksport meningkat semula kepada 9.73% dengan
perbezaan sebanyak 7.16% berbanding tahun 2007 iaitu 2.56%. Kadar pertumbuhan import turut
menunjukkan penurunan pada tahun ini iaitu 3.54% berbanding 5.00% pada tahun 2007.
Perbezaannya adalah sebanyak 1.46% berbanding pada tahun 2007. Kadar pertumbuhan eksport
adalah positif pada tahun 2008 berbanding kadar penurunan import yang negatif.

Seterusnya pada tahun 2009, kadar pertumbuhan eksport dan import menunjukkan
penurunan yang ketara. Kadar pertumbuhan eksport menurun kepada -16.67% berbanding tahun
2008 yang sebanyak 9.73%. Kadar pertumbuhan import pula menurun kepada -16.38%. Kadar
pertumbuhan eksport menurun lebih banyak berbanding kadar pertumbuhan import dengan
perbezaan 0.29% pada tahun 2008. Keadaan ini wujud kerana berlakunya krisis kewangan global
dan aktiviti pembayaran balik hutang dalam ekonomi maju telah mendorong aktiviti penjualan
aset di seluruh dunia yang menyebabkan penurunan yang ketara dalam pasaran ekuiti dan bon
serantau. Banyak firma menutup operasi dan pengangguran bertambah pada masa tersebut.
Kenyataan ini dinyatakan dalam laporan Ekonomi Malaysia tahun 2009 oleh Bank Negara.

Pada tahun 2010 pula, kadar pertumbuhan eksport mengalami peningkatan positif kepada
15.63% berbanding tahun 2009 iaitu -16.67%. Di samping itu, kadar pertumbuhan import turut
meningkat kepada 21.67% pada tahun tersebut. Kadar pertumbuhan import adalah lebih tinggi
berbanding kadar pertumbuhan eksport dengan perbezaan sebanyak 6.04% pada tahun 2010.
Mengikut Buletin Suku Tahunan Malaysia 2010, wujudnya keadaan sebegini kerana hasil
daripada permintaan luar negeri yang lebih kukuh dan permintaan dalam negeri disokong oleh
penggunaan swasta yang lebih tinggi dan perbelanjaan sektor awam yang mapan. Diikuti dengan
permintaan serantau yang lebih tinggi telah mendorong lagi pertumbuhan ekonomi melalui kesan
limpahan guna tenaga, pengeluaran dan sentimen secara keseluruhan.

Pada tahun 2011, kadar pertumbuhan eksport dan import menunjukkan penurunan pada
masa yang sama. Kadar pertumbuhan eksport menurun kepada 9.23% berbanding tahun 2010,
15.63% dan kadar pertumbuhan import turut mengalami penurunan kepada 8.47% pada tahun
2011. Kadar penurunan import adalah lebih tinggi berbanding kadar penurunan eksport dengan
perbezaan sebanyak 0.76% pada tahun 2011.

Pada tahun 2012, kadar pertumbuhan eksport jatuh dengan banyak berbanding kejatuhan
kadar pertumbuhan import. Kadar pertumbuhan eksport menurun kepada 0.68% dengan
penurunan sebanyak 8.55% pada tahun tersebut. Kadar pertumbuhan import pula turun
kepada 5.76% sebanyak 2.71%. Kadar penurunan import adalah lebih tinggi berbanding kadar
penurunan eksport pada tahun tersebut. Pertumbuhan global meningkat dengan lebih sederhana
secara serentak apabila keadaan ekonomi yang semakin lemah di beberapa ekonomi utama
menjejaskan perdagangan antarabangsa yang seterusnya memberikan kesan limpahan negatif
terhadap aktiviti dalam negeri ekonomi sedang pesat membangun. Kadar pertumbuhan eksport
secara keseluruhan adalah rendah kerana kemerosotan permintaan global terhadap produk
pembuatan dan harga komoditi yang rendah. Kenyataan ini dinyatakan dalam laporan
Perkembangan Ekonomi pada tahun 2012 oleh Bank Negara.

Seterusnya, pada tahun 2013, kadar pertumbuhan ekpsort dan import meningkat. Kadar
pertumbuhan eksport meningkat kepada 2.47% dan kadar pertumbuhan import juga meningkat
kepada 6.93%. Kadar pertumbuhan import adalah lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan
eksport sebanyak 4.46%.

Pada tahun 2014, kadar pertumbuhan eksport menunjukkan peningkatan manakala kadar
pertumbuhan import menunjukkan penurunan. Kadar pertumbuhan eksport meningkat kepada
6.31% dan kadar pertumbuhan import menurun kepada 5.28%. Kadar pertambahan eksport
adalah lebih tinggi berbanding kadar penurunan import pada tahun tersebut.
6.0 CADANGAN

Arah aliran eksport dan import merupakan sesuatu yang penting untuk negara Malaysia. Hal
ini demikian kerana , negara kita bergantung kepada aktiviti perdagangan antarabangsa melalui
sektor eksport dan import demi perkembangan ekonomi negara yang baik. Oleh itu , untuk
mengembangkan lagi eksport dan import negara , setiap pihak perlu memainkan peranan bagi
menjayakannya .

Antara langkah untuk mengembangkan lagi pertumbuhan ekonomi negara ialah dengan
mengurangkan kemasukan barangan import melalui dasar perlindungan seperti pengenaa tarif
oleh pihak kerajaan. Hal ini demikian kerana, bagi setiap kemasukan barangan import akan
dikenakan cukai yang akan menambahkan pendapatan negara. Apabila tarif dikenakan , harga
barang menjadi lebih mahal maka jumlah import akan berkurang. Oleh itu, pengaliran wang
Ringgit ke luar dapat dikurangkan. Kerajaan dapat mengawal kemasukan barangan import dan
menggelakkan daripada berlakunya lambakan barang import. Hal ini secara tidak langsung akan
menggalakkan kadar pertumbuhan eksport negara dan mengawal kemasukan import ke negara
Malaysia.

Pihak swasta juga perlu memainkan peranan dalam mempelbagaikan ekonomi negara.
Kegiatan ekonomi negara tidak hanya bergantung pada sektor pertanian tetapi juga
mengembangkan sektor perkilangan. Tujuannya adalah untuk menaikkan pendapatan negara dan
mengukuhkan struktur ekonomi negara. Cara ini dapat dilaksanakan melalui pemindahan
teknologi tinggi dan secara tidak langsung akan mewujudkan persaingan . Peniaga-peniaga akan
meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa dan mengeksport barangan negara ke luar negara .
Pesaingan ini akan menghasilkan produk yang berkualiti untuk memenuhi pasaran antarabangsa
yang sentiasa berubah dan menarik minat pembeli luar negara untuk membeli barangan kita.
Oleh itu, pihak swasta juga perlu mengembangkan sektor perkilangan di Malaysia yang akan
mampu menambah pendapatan negara dan tidak perlu bergantung kepada barangan import.

Akhir sekali, kerajaan boleh melaksanakan kuota terhadap barang import. Kuota merupakan
sekatan perdagangan yang mengehadkan kuantiti barang yang boleh diimport dalam jangka masa
tertentu. Contohnya, langkah ini bersesuaian untuk dilaksanakan apabila negara ingin
mengeksport kereta buatan tempatan pada tahap awal bagi mengurangkan persaingan dengan
kereta import. Kesannya jumlah import akan berkurang. Oleh itu, terdapatnya pelbagai langkah
untuk mengurangkan import dan meningkatkan eksport Negara.
7.0 RUMUSAN
8.0 SENARAI RUJUKAN

Bank Negara Malaysia (2004). Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia.Dicapai pada
Mar23,2005,dari

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_publication&pg=bm_ar&ac=33&lang=bm

Bank Negara Malaysia (2007). Laporan Ekonomi Malaysia. Dicapai pada Mar 12, 2008, dari

http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2007/cp01.pdf

Bank Negara Malaysia (2010). Buletin Suku Tahunan Malaysia. Dicapai pada Feb 18, 2011, dari

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_publication&pub=qbarc&lang=bm

Bank Negara Malaysia (2012). Laporan Perkembangan Ekonomi Malaysia. Dicapai pada Jun 6,
2013, dari

http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2012/cp01.pdf,

Sabariah Ali , 2017. Ace Ahead Teks STPM Makroekonomi Penggal 2 Edisi 3,

Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai