Anda di halaman 1dari 27

040625-15-0014

PENGHARGAAN

Perasaan syukur tidak terhingga kerana dapat juga saya menyiapkan kerja kursus Ekonomi
kertas 4 (944/4) penggal 3 tahun ini yang bertajuk “ Kos Sara Hidup Pensyarah Pusat
Tingkatan Enam SMK Labuan” dalam masa yang ditetapkan.

Dalam pada itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah SMK
Labuan khususnya kepada Pengetua Encik Mohd Nizam Bin Yasim dan Penolong Kanan
Pusat Tingkatan Enam, Encik Saminan Bin Haji Sabtu yang telah memberi keizinan dan
dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan teratur.

Seterusnya pengkaji ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan
kepada guru mata pelajaran Ekonomi, Encik Hamka bin Mat Daud yang telah banyak
meluangkan masa, memberi tunjuk ajar serta nasihat untuk membantu pengkaji menyiapkan
kajian. Selain itu beliau juga memberikan semangat kepada pengkaji untuk menjalankan
tugasan ini sebaik-baiknya.

Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih kepada teman-teman seperjuangan serta ibu bapa
yang tercinta, Ibrahim bin mahmuddin dan Roziana binti Mohamad yang sudi memberi
bantuan kepada pengkaji dengan sentiasa memberi pertolongan serta sokongan moral dari
mula membuat kajian sehingga selesai.

Akhir sekali, pengkaji ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru
dan semua pihak yang terlibat sepanjang proses penyiapan projek ini sama ada secara
langsung ataupun tidak langsung. Semoga kalian dirahmati dan memperoleh kehidupan yang
sejahtera.

i
040625-15-0014

KOS SARA HIDUP PENSYARAH PUSAT TINGKATAN ENAM SMK LABUAN

ABSTRAK

Kajian ini bertajuk Kos Sara Hidup Pensyarah Pusat Tingkatan 6 SMK Labuan. Kajian ini
dijalankan berdasarkan dua objektif kajian yang ditetapkan oleh pengkaji iaitu Mengkaji
tingkat kos sara hidup pensyarah pusat tingkatan 6 di SMK Labuan dan Mengenal pasti
tingkat kos sara hidup pensyarah pusat tingkatan 6 mengikut lima komposisi utama di SMK
labuan. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah data primer, data sekunder,
kaedah analisis data dan dapatan analisis. Data-data yang telah diperoleh akan dianalisis dan
ditunjukkan dalam bentuk jadual, graf bar dan carta pai bagi mempersembahkan maklumat
dengan lebih sistematik dan kemas. Hasil kajian ini menunjukkan majoriti pensyarah
Tingkatan Enam SMK Labuan merupakan golongan M40. Pengkaji juga mendapati bahawa
lima komposisi utama perbelanjaan yang ditanggung oleh Para Pensyarah Tingkatan Enam
ialah kos kediaman, kos Pendidikan, kos pengangkutan, bayaran bil – bil semasa dan
perbelanjaan makanan dan minuman atau barangan dapur.

ii
040625-15-0014

ISI KANDUNGAN

BIL BUTIRAN MUKA SURAT

Penghargaan i

Abstrak ii

Isi Kandungan iii

1.0 Latar Belakang Kajian 1

2.0 Pernyataan Masalah 2

3.0 Objektif Kajian 3

4.0 Kaedah Kajian 4-8

5.0 Hasil Kajian dan Perbincangan 9-18

6.0 Cadangan 19-21

7.0 Rumusan Kajian 22

8.0 Rujukan 23

Lampiran -

iii
040625-15-0014

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

SMK Labuan atau pusat Tingkatan Enam Labuan terletak di tengah-tengah pusat bandar
Labuan. SMK Labuan dibina pada tahun 1921 sebagai sekolah rendah dan kemudian
dinaikan taraf sebagai sekolah menengah pada tahun 1960. Sekolah Menengah Kebangsaan
Labuan termasuk Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan terdiri daripada 57 buah kelas. Pelajar
perdana memiliki dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang manakala pusat Tingkatan Enam
SMK Labuan terdiri daripada dua golongan iaitu 6 atas dan 6 bawah. Pengkaji memilih
untuk mengkaji kos sara hidup para pensyarah Tingkatan Enam SMK Labuan. Jumlah
bilangan pensyarah pusat Tingkatan 6 SMK Labuan dalam lingkungan 37 atau 38 orang.

SMK Labuan merupakan salah satu sebuah sekolah yang cemerlang di Labuan. Pensyarah
di Pusat Tingkatan Enam di SMK Labuan turut mengalami masalah peningkatan kos sara
hidup disebabkan oleh pelbagai faktor seperti aktiviti sosioekonomi di Labuan yang semakin
teruk disebabkan oleh kegiatan mengambil untung yang semakin berleluasa dan pensyarah
serta Masyarakat setempat menjadi mangsa eksploitasi peniaga. Peniaga dan badan korporat
mengambil kesempatan ini untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan. Pihak yang
tidak mahu memikul beban kenaikan kos oleh kerajaan akan memindahkan lebihan kos
kepada pihak lain terutamanya pengguna. Malah terdapat juga peniaga - peniaga di Labuan
yang sewenang-wenangnya menaikkan harga barang dengan sesuka hati. Hal ini memberi
pelbagai kesan negatif kepada pensyarah iaitu kemerosotan taraf hidup pensyarah di Pusat
Tigkatan Enam SMK Labuan. Kemerosotan ini disebabkan oleh kuasa beli pensyarah yang
semakin merundum akibat kenaikan harga barangan atau masalah inflasi yang di hadapi pada
masa kini. Hal ini akan menyebabkan bajet perbelanjaan para pensyarah meningkat dan
menyebabkan pendapatan yang diperolehi setiap bulan sukar untuk menampung keperluan -
keperluan para pensyarah di Labuan. Oleh itu, kos sara hidup pensyarah meningkat.

1
040625-15-0014

Foto 1 : Peta SMK Labuan Foto 2 : Gambar Dataran SMK Labuan

Kos sara hidup di Labuan semakin meningkat terutamanya pada hari ini Malaysia Tengah
mengalami inflasi. Inflasi menyebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang
meningkat secara drastik dan ini mengancam taraf hidup penduduk di Labuan. Menurut
laporan di Astro Awani, 18 April 2018, menyatakan bahawa isu kos sara hidup merupakan
antara isu yang paling diberi perhatian oleh penduduk di Malaysia. Buktinya, hasil kajian
oleh Panel Penyelidik Universiti Malaya (UM) mendapati isu kos sara hidup menduduki
tangga keempat dalam ranking isu yang paling dibimbangi rakyat Malaysia selain isu gaji,
pekerjaan dan pengangguran yang menduduki tempat pertama. Isu kos sara diri yang tinggi di
Malaysia telah membebankan dan merisaukan penduduk Malaysia menyebabkan pelbagai
kesan kepada penduduk di sesebuah kawasan terutamanya yang tinggal di kawasan bandar.

1.1 Kos Sara Hidup

Menurut Julizah Sabstu dari Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Selatan , kos sara hidup
adalah kos yang terpaksa ditanggung oleh isi rumah bukan sahaja untuk memenuhi keperluan
asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal tetapi juga keperluan-keperluan lain untuk
keselesaan hidup termasuk kos pendidikan, kos sambungan jalur lebar dan kos kenderaan
untuk kegunaan harian.

2
040625-15-0014

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Kos sara hidup di kalangan masyarakat semakin meningkat dan seringkali kita mendengar
rungutan masyarakat madani tentang bajet perbelanjaan yang seringkali terganggu
disebabkan oleh dasar kerajaan yang berubah - ubah. Masalah peningkatan kos sara hidup ini
perlu di kawal kerana taraf hidup masyarakat kini semakin merosot disebabkan pendapatan
yang diterima tidak setanding dengan kos sara hidup pada masa kini. Berikut dengan perkara
tersebut, pengkaji ingin mengkaji kos sara hidup mengikut komposisi di kalangan pensyarah
Pusat Tingkatan Enam di SMK Labuan. Sekiranya didapati tingkat pendapatan para
pensyarah pusat Tingkatan Enam SMK Labuan tidak setanding dengan kos perbelanjaan yang
ditanggung setiap bulan, hal ini menyebabkan taraf hidup para pensyarah merosot.

Hasil kajian ini penting kerana laporan akan diserahkan kepada KPDN (Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) untuk memberi cadangan agar KPDN dapat
mengambil langkah bagi merangka dasar kawalan harga barangan dalam negara. Laporan
juga akan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengemukakan idea
bagi membantu para pensyarah dalam mengekalkan taraf hidup yang stabil.

3
040625-15-0014

3.0 OBEKTIF KAJIAN

Pengkaji telah menetapkan dua objektif dalam menyelesaikan kajian ini . Terdapat dua
objektif kajian yang ditetapkan oleh pengkaji iaitu:

i. Mengkaji tingkat kos sara hidup pensyarah Pusat Tingkatan Enam di SMK Labuan.
ii. Mengenal pasti tingkat kos sara hidup pensyarah Pusat Tingkatan Enam mengikut lima
komposisi utama di SMK labuan.

4
040625-15-0014

4.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan data sekunder dan data primer untuk mendapatkan
maklumat tentang tingkat kos sara hidup para pensyarah Tingkatan Enam SMK Labuan.
Menurut Ahmad Mazhab Ayob (1985:19) kaedah kajian adalah cara atau langkah yang
digunakan oleh pengkaji untuk mencapai objektif kajian.

4.1 Data Primer

Menurut Rohana Yusof dalam buku Penyelidikan Sains Sosial (2004),data primer ialah data
yang berasal dari sumber asli atau pertama. SabithaMarican (2005) berpendapat data primer
ialah data asal yang dikumpul secara khususnya untuk menjawab persoalan kajian. Secara
umumnya, data primer bermaksud data yang diperolehi / dikumpul daripada sumber yang
asal seperti alam semula jadi, persekitaran, masyarakat, atau individu

4.1.1 Kaedah Soal Selidik / Kajian Terdahulu

Pengkaji telah menghasilkan borang soal selidik yang sesuai untuk mendapatkan dan
mengumpulkan maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Sebanyak 10
borang soal selidik telah diedarkan secara kepada responden iaitu pensyarah Tingkatan
Enam di SMK Labuan . Boring soal selidik terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A
dan bahagian B. Bahagian A adalah mengenai maklumat diri responden. Bahagian B
merupakan kajian tentang tingkat kos sara hidup responden mengikut komposisi
perbelanjaan.

5
040625-15-0014

4.2 Data Sekunder

Menurut Uma Sekaran (2013) data sekunder adalah maklumat yang diperolehi daripada
sumber sedia ada. Contohnya ialah seperti sumber internet, maklumat dari jurnal, artikel dan
kaedah kepustakaan. Data-data tersebut masih lagi sesuai dan relevan untuk menjadi
maklumat dalam dapatan kajian atau dikembangkan kepada formula bagi menyelesaikan
masalah pada masa hadapan. Dalam kajian ini, data sekunder yang digunakan oleh pengkaji
adalah seperti berikut:

4.2.1 Sumber Internet

Pengkaji telah menggunakan sumber dari internet untuk mendapatkan pelbagai data dan
makumat berkaitan kajian untuk membantu pengkaji memberi idea dalam penulisan kerja
kursus. Pengkaji mencari akhbar atau buletin secara dalam talian untuk mencari maklumat
tentang kos sara hidup bagi melengkapkan kajian ini.

4.3 Kaedah Analisis Data

Data yang dianalisis telah dikumpulkan oleh pengkaji dengan menggunakan kaedah
deskriptip dalam bentuk jadual dan graf. Pengkaji akan menganalisis data setelah
memperoleh maklumat daripada borang soal selidik yang dijawab oleh 10 orang responden.
Maklumat yang telah diperoleh akan digunakan oleh pengkaji untuk menghasilkan jadual dan
carta serta menghuraikan analisis data dengan lebih jelas.

6
040625-15-0014

4.3.1 Pengiraan peratus

Jumlah responden−bilangan responden


Peratusan(%) : x 100
Jumlah Responden

Pengkaji menggunakan rumus peratusan ini kerana ingin mengenalpasti perbezaan bilangan
responden bagi setiap kategori yang dikaji agar dapat membandingkan kos perbelanjaan
ditanggung dan jumlah pendapatan yang diterima oleh pensyarah Tingkatan Enam SMK
Labuan.

4.3.2 Pengiraan Purata

bilangan responden X skala mengikut komposisi


Purata :
Jumlah Responden

4.3.1 Perisian Excel

Pengkaji telah menggunakan Microsoft Excel untuk menghasilkan carta pai yang akan
dipersembahkan dengan huraian yang jelas dalam kajian ini. Carta pai yang dihasilkan dapat
mempersembahkan data kajian dengan lebih menarik dan kemas.

4.3.1 Kaedah Jadual

Pengkaji menggunakan kaedah jadual agar maklumat dapat disusun dengan sistematik dan
lebih kemas bagi memudhkan para pembaca boleh memahami data yang dipersembahkan
dalam kajian ini.

7
040625-15-0014

4.4 Dapatan Analisis

Dalam kajian ini pengkaji mempersembahkan data dalam bentuk jadual dan rajah.

Jadual 1: Tingkat Kos Sara Hidup Pensyarah Pusat Tingkatan Enam Di SMK Labuan.

Rajah 1 : Pendapatan Isi Rumah Pensyarah Tingkatan Enam Di SMK Labuan.

Jadual 2 : Tingkat Kos Sara Hidup Pensyarah Pusat Tingkatan Enam Mengikut Lima
Komposisi Utama Di SMK Labuan

Rajah 2 : Carta Kos Perbelanjaan Kediaman Pensyarah Tingkatan Enam Di SMK Labuan.

Rajah 3 : Carta Perbelanjaan Makanan Dan Minuman Atau Barangan Dapur Pensyarah
Tingkatan Enam Di SMK Labuan

Rajah 4 : Carta Kos Pendidikan Pensyarah Tingkatan Enam Di SMK Labuan.

Rajah 5 : Carta Kos Pengangkutan Sebulan Pensyarah Tingkatan Enam Di SMK Labuan

Rajah 6 : Carta Kos Perbelanjaan Bil – Bil Semasa Pensyarah Tingkatan Enam Di SMK
Labuan.

8
040625-15-0014

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Bahagian ini membincangkan dapatan kajian serta tafsiran terhadap data yang telah diperoleh
berkaitan tingkat kos sara hidup pensyarah Pusat Tingkatan Enam di SMK Labuan.

5.1 Mengkaji Tingkat Kos Sara Hidup Pensyarah Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan.
Bahagian ini pengkaji telah mengkaji tingkat kos sara hidup pensyarah Pusat Tingkatan Enam
mengikut di SMK Labuan.

Bil Demografi Kategori/ skala Bilangan Peratus


(orang) (%)
1 Jantina Lelaki 5 50
Perempuan 5 50
2 Umur Responden 30 tahun ke bawah 0 0
31 tahun – 40 tahun 4 40
41 tahun – 50 tahun 1 10
50 tahun ke atas 5 50
3 Status perkahwinan Bujang 1 10
Berkahwin 9 90
Duda / Janda 0 0
Balu 0 0
4 Pendapatan isi rumah RM 3000 ke bawah 0 0
RM 3001 – RM 6000 0 0
RM 6001 – RM 9001 4 40
RM 9000 – RM 12000 4 40
RM 12 000 ke atas 2 20
Saiz isi rumah 2 orang ke bawah 1 10
3 orang – 6 orang 9 90
7 orang – 10 orang 0 0
10 orang ke atas 0 0

Jadual 1: Tingkat Kos Sara Hidup Pensyarah Pusat Tingkatan Enam Di SMK Labuan.

9
040625-15-0014

Berdasarkan jadual 1, pengkaji mengkaji tingkat kos sara hidup pensyarah tingkatan 6
mengikut jantina iaitu lima pensyarah lelaki dan lima pensyarah Wanita yang membawa
peratusan sebanyak 50.00 %.

Selain itu, jadual 1 , dengan jelas menunjukkan umur responden iaitu pensyarah Tingkatan
Enam di Smk Labuan, W,P Labuan. Data ini diperoleh melalui kaedah soal selidik. Melalui
kaedah ini dapat ditunjukkan bahawa 50.00% daripada keseluruhan reponden iaitu bersamaan
lima orang responden ialah berumur 50 tahun ke atas. Bukan itu Sahaja, responden yang
berumur di antara 31 tahun hingga 40 tahun mempunyai peratusan sebanyak 40.00% iaitu
bersamaan empat orang responden. Selebihnya daripada 10 orang responden hanya satu
orang responden berumur di antara 41 tahun hingga 50 tahun. Oleh itu, didapati tiada
pensyarah tingkatan Enam yang di kaji berumur 30 tahun ke bawah. Dapat disimpulkan
bahawa majoriti responden ialah berrumur 50 tahun dan ke atas.

Seterusnya, melalui kaedah soal selidik yang dijalankan oleh pengkaji, didapati bahawa
kebanyakan responden telah pun berkahwin iaitu seramai sembilan orang responden
bersamaan 90.00%. Walaubagaimanapun , terdapat seorang responden atau 10.00% dalam
kajian ini berstatus bujang. Setelah di kaji, didapati tiada responden berstatuskan duda atau
janda dan balu. Hal ini jelas menunjukkan lebih separuh bilangan responden yang di soal
berstatus berkahwin.

Seterusnya, berdasarkan jadual 1, dapat disimpulkan bahawa tidak ada salah satu responden
yang yang mempunyai saiz isi rumah dalam lingkungan 7 hingga 10 orang dan 10 orang ke
atas. Oleh itu, peratusan yang dibawa ialah 0.00%. walaubagaimanapun, terdapat satu orang
responden yang mempunyai saiz isi rumah dalam lingkungan 2 orang ke bawah dengan
peratusan sebanyak 10.00%. Selebihnya, terdapat sembilan orang responden daripada
keseluruhan responden mempunyai saiz isi rumah dalam lingkungan 3 hingga 6 orang yang
membawa peratusan sebanyak 90.00%. Dari sudut pandangan pengkaji, didapati majoriti
responden yang menjawa soal selidik mempunyai saiz isi rumah yang sederhana Sahaja.

10
040625-15-0014

Rajah 1 : Carta Pendapatan Isi Rumah Pensyarah Tingkatan Enam Di SMK Labuan

Pendapatan Isi Rumah Pensyarah Tingkatan Enam di SMK Labuan


45
40 40
40

35

30

25 Pendapatan Isi Rumah


Pensyarah Tingkatan Enam
20 di SMK Labuan
20

15

10

5
0 0
0
RM 3000 ke RM 3001 - RM RM 6001 - RM RM 9001 - RM RM 12 000 ke
bawah 6000 9000 12 000 atas

Setelah mengkaji jadual 1 dan rajah 1, terdapat dua lingkungan pendapatan yang mempunyai
peratusan sebanyak 40.00% daripada keseluruhan 10 respoden iaitu responden yang memiliki
pendapatan dalam lingkungan RM 6000 hingga RM 9000 serta dalam lingkungan RM 9001
hingga RM 12 000 dengan bilangan sebanyak empat orang responden. Kemudian diikuti
dengan dua orang responden yang memiliki pendapatan melebih RM 12 000 yang membawa
peratusan yang paling sedikit iaitu 20.00%. dapat dirumuskan bahawa bilangan responden
yang menjawab soal selidik pengkaji mempunyai kedudukan yang seimbang dalam setiap
lingkungan pendapatan masing – masing.

11
040625-15-0014

5.2 Mengenal pasti tingkat kos sara hidup pensyarah Pusat Tingkatan Enam mengikut
lima komposisi utama di SMK Labuan.
Bahagian ini pengkaji telah mengkaji tingkat kos sara hidup pensyarah Pusat Tingkatan Enam
mengikut lima komposisi utama di SMK Labuan.

Jadual 2 : tingkat kos sara hidup pensyarah Pusat Tingkatan Enam mengikut lima komposisi
utama di SMK Labuan

Bil Komposisi Kategori/ skala Bilangan Peratus


(orang) (%)
1 Perbelanjaan Isi Rumah RM 500 ke bawah 1 10
RM 501 – RM 1000 0 00
RM 1001 – RM 1500 4 40
RM 1501 – RM 2000 4 40
RM 2000 ke atas 1 10
2 Kos Pengangkutan Sebulan ( RM 500 ke bawah 2 20
ansuran kereta , minyak RM 501 – RM 1000 6 60
kereta, kos pengankutan RM 1001 – RM 1500 2 20
awam, penyelenggaraan RM 1501 – RM 2000 0 0
kereta dan sebagainya) RM 2000 ke atas 0 0
3 Kos perbelanjaan Kediaman RM 1000 ke bawah 2 20
( sewa atau bayaran ansuran RM 1001 – RM 2000 6 60
rumah sebulan) RM 2001 – RM 3000 1 10
RM 3001 – RM 4000 1 10
RM 4000 ke atas 0 0
4 Bayaran bil- bil semasa RM 200 ke bawah 1 10
( elektrik, air , internet dan RM 201 – RM 400 2 20
lain- lain) RM 401 – RM 600 3 30
RM 601 – RM 800 3 30
RM 800 ke atas 1 10
10 orang ke atas 0 0

12
040625-15-0014

5 Perbelanjaan hiburan RM 150 ke bawah 5 50


( Netflix, YouTube, Astro, RM 151 – RM 300 3 30
Wayang dan lain lain) RM 301 – RM 450 1 10
RM 450 ke atas 0 0
Tiada 1 10
6 Pendidikan ( yuran RM 500 ke bawah 2 20
tuisyen , taska , elaun dan RM 501 – RM 1000 3 30
lain – lain ) RM 1001 – RM 1500 2 20
RM 1501 – R 2000 1 10
RM 2000 ke atas 2 20
7 Kos perubatan RM 200 ke bawah 2 20
RM 201 – RM 400 6
60
RM 401 – RM 600 2 20
RM 600 – RM 800 0 0
RM 800 ke atas 0 0

(Sumber :Kajian Lapangan 2023)


040625-15-0014

13

Rajah 2 : Carta Kos Perbelanjaan Kediaman Pensyarah Tingkatan Enam Di SMK


Labuan.

Kos Perbelanjaan Kediaman Sebulan Pensyarah Tingkatan Enam Di SMK


Labuan

10
20
10
RM 1000 ke bawah
RM 1001 - RM 2000
RM 2001 - RM 3000
RM 3001 - RM 4000
RM 4000 ke atas

60

Jadual 2 dan rajah 2 di atas dengan jelas menunjukkan pembahagian kos perbelanjaan yang
ditanggung oleh kesemua responden yang dikaji. Setelah dikaji terdapat dua orang daripada
10 orang responden menanggung kos perbelanjaan kediaman dalam lingkungan RM 1000 ke
bawah iaitu membawa peratusan sebanyak 20.00%. Diikuti pula dengan 60.00% atau enam
orang responden dalam kajian menanggung kos pengangkutan dalam lingkungan RM 1001
hingga RM 2000. Selain itu, terdapat dua lingkungan kos perbelanjaan kediaman membawa
peratusan sebanyak 10.00% iaitu dalam lingkungan RM 2001 hingga RM 3000 dan dalam
lingkungan RM 3001 hingga RM 4000 dengan bilangan responden hanya satu orang
responden. Walaubagaimanapun, pengkaji mendapati tiada responden menanggung kos
perbelanjaan kediaman dalam lingkungan RM 4000 ke atas. Berdasarkan kiraan purata kos
perbelanjaan kediaman iaitu 1300.8, dengan jelas menunjukkan bahawa majoriti pensyarah
yang dikaji menanggung kos perbelanjaan kediaman dalam lingkungan RM 1001 hingga RM
2000.
040625-15-0014

14

Rajah 3 : Carta Perbelanjaan Makanan Dan Minuman Atau Barangan Dapur Pensyarah
Tingkatan Enam Di SMK Labuan

Jadual 2 dan rajah 3 dengan jelas menunjukkan perbelanjaan makanan dan minuman atau

Perbelanjaan Makanan Dan Minuman Atau Barangan Dapur Tingkatan Enam Di


SMK Labuan

10 10

RM 500 ke bawah
RM 501 - RM 1000
RM 1001 - RM 1500
RM 1501 - RM 2000
RM 2000 ke atas
40 40

barang dapur responden yang dikaji iaitu pensyarah Tingkatan Enam SMK Labuan selama
sebulan. Setelah dikaji, didapati dua lingkungan perbelanjaan barang dapur mempunyai
peratusan sebanyak 10.00% daripada keseluruhan responden iaitu responden yang
menanggung perbelanjaan barang dapur dalam lingkungan RM 500 ke bawah serta dalam
lingkungan RM 2000 ke atas iaitu satu orang responden. Selain itu, terdapat empat orang
responden atau 40 % daripada keseluruhan responden yang menanggung perbelanjaan
makanan dan minuman sebulan dalam lingkungan RM 1001 hingga RM 1500. Selebihnya,
pengkaji mendapati bahawa terdapat 40.00% atau empat orang responden daripada 10 orang
responden menanggung kos perbelanjaan barangan dapur dalam lingkungan RM 1501 – RM
2000. Namun begitu, tiada seorang pun responden menanggung kos perbelanjaan barangan
dapur dalam lingkungan RM 501 hingga RM 1000 dengan peratusan sebanyak 0.00%.
Pengkaji mendapati majoriti responden menanggung kos perbelanjaan makanan dan
minuman atau barangan dapur yang tinggi. Secara purata, pengkaji mendapati bahawa
majoriti responden menanggung kos perbelanjaan makanan dan minuman atau barangan
dapur dalam lingkungan RM 1001 hingga RM 1500 dengan bilangan purata iaitu 1250.8.
040625-15-0014

15

Rajah 4 : Carta Kos Pendidikan Pensyarah Tingkatan Enam Di SMK Labuan.

Kos Pendidikan Sebulan Pensyarah Tingkatan Enam Di


SMK Labuan

20 20

RM 500 ke bawah
RM 501 - RM 1000
RM 1001 - RM 1500
RM 1501 - RM 2000
10 RM 2000ke atas

30
20

Setelah melihat pada rajah 4, dapat disimpulkan bahawa hanya seorang responden daripada
10 orang responden menanggung kos pendidikan dalam lingkungan RM 1501 hingga RM
2000 dengan membawa peratusan sebanyak 10.00% Sahaja. Namun begitu, pengkaji
mendapati bahawa terdapat tiga lingkungan kos pendidikan yang membawa peratusan
sebanyak 20.00% iaitu kos Pendidikan dalam lingkungan RM 500 ke bawah, serta dalam
lingkungan RM 1001 hingga RM 1500 dan dalam lingkungan RM 2000 ke atas. Selebihnya,
terdapat tiga orang responden atau 30.00% daripada keseluruhan menanggung kos
perbelanjaan pendidikan dalam lingkungan RM 501 hingga RM 1000. Pengkaji merumuskan
bahawa kos pendidikan yang ditanggung oleh kebanyakan pensyarah yang dikaji adalah
dalam lingkungan RM 501 hingga RM 1000 dengan jumlah purata sebanyak 1000.5 .
040625-15-0014

16

Rajah 5 : Carta Kos Pengangkutan Sebulan Pensyarah Tingkatan Enam Di SMK Labuan.

Kos Pengangkutan Sebulan Pensyarah Tingkatan Enam Di


SMK Labuan

20 20

RM 500 ke bawah
RM 501 - RM 1000
RM 1001 - RM 1500
RM 1501 - RM 2000
RM 2000 ke atas

60

Berdasarkan rajah 5 dan jadual 2, didapati bahawa majoriti responden iaitu enam orang
responden menanggung kos pengangkutan dalam lingkungan RM 501 hingga RM 1000 yang
membawa peratusan sebanyak 60.00%. Seterusnya, terdapat dua lingkungan kos
pengangkutan yang mempunyai peratusan sebanyak 20.00% atau dua orang responden
daripada 10 orang responden iaitu responden yang menanggung kos pengangkutan dalam
lingkungan RM 500 ke bawah dan dalam lingkungan RM 1001 hingga RM 1500.
Walaubagaimanapun, terdapat dua lingkungan yang membawa peratusan sebanyak 0.00%
yang menunjukkan tiada responden menanggung kos pengangkutan dalam lingkungan RM
1501 hingga RM 2000 serta dalam lingkungan RM 2000 ke atas. Dengan purata sebanyak
510.6 daripada dapatan kajian, pengkaji merumuskan kebanyakan responden yang dikaji
menanggung kos pengangkutan sebulan dalam lingkungan RM 501 hingga RM 1000.
040625-15-0014

17

Rajah 6 : Carta Kos Perbelanjaan Bil – Bil Semasa Pensyarah Tingkatan Enam Di SMK
Labuan.

Kos Perbelanjaan bil - bil Pensyarah Tingkatan Enam Di


SMK Labuan

10 10

RM 200 ke bawah
RM201 - RM 400
20
RM 401 - RM 600
RM 601 - RM 800
30 RM 800 ke atas

30

Dalam jadual 2 dan rajah 6, dapatan kos perbelanjaan bil – bil semasa sebulan para
pensyarah Tingkatan Enam Smk Labuan menunjukkan hanya dua orang responden daripada
keseluruhan menanggung kos perbelanjaan bil – bil semasa sebanyak RM 201 hingga RM
400 dengan peratusan sebanyak 20.00%. Selain itu, terdapat dua lingkungan kos perbelanjaan
bil Semasa membawa peratusan sebanyak 30.00% iaitu dalam lingkungan RM 401 hingga
RM 600 serta dalam lingkungan RM 601 hingga RM 800. Tambahan lagi , terdapat dua
lingkungan kos bil – bil semasa yang dikaji oleh pengkaji membawa peratusan sebanyak
10.00% iaitu dalam lingkungan RM 200 ke bawah dan dalam lingkungan RM 800 ke atas.
Secara puratanya iaitu 440.8, pengkaji mendapati kebanyakan pensyarah menanggung kos
perbelanjaan bil – bil semasa dalam lingkungan RM 401 hingga RM 600.
040625-15-0014

18

6.0 CADANGAN

Berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan, pengkaji mendapati bahawa majoriti pensyarah
menanggung kos perbelanjaan hidup melebihi RM 5000 sebulan. Dengan itu, pengkaji
mengemukakan tiga cadangan untuk memastikan kos sara hidup pensyarah Tingkatan Enam
SMK Labuan dapat dikawal dan taraf hidup para pensyarah sentiasa berada dalam keadaan
stabil.

6.1 KEMPEN BERBELANJA SECARA BERHEMAH

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu menjalankan kempen berbelanja secara


berhemah kepada para guru dan para pensyarah untuk meningkatkan kesedaran tentang
kepentingan mengawal jumlah perbelanjaan dan keburukan membeli barang-barang yang
tidak berfaedah. Hal ini boleh dilaksanakan melalui cara menyebarkan mengenai had
pembelian barang mengikut keperluan dan kemampuan setiap pengguna. Pelaksanaan ini
juga boleh dijalankan dengan bantuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara
Hidup dengan mengarahkan setiap perusahaan pasar raya yang menjual barangan dan
perkhidmatan untuk menghadkan pembelian barangan keperluan asas seperti ayam, ikan,
beras, minyak masak dan lain – lain agar pengguna tidak membeli barangan secara berlebihan
dan mengurangkan pembaziran. Pelaksanaan ini dijalankan khusus untuk membantu
masyarakat merancang perbelanjaan secara berhemah dan menggalakkan Masyarakat untuk
melakukan perbandingan harga dan kandungan produk agar penjimatan serta kualiti barangan
yang dibeli dapat dijaga. Hal ini secara tidak lansung dapat mengurangkan permintaan
masyarakat yang berlebihan di samping mengawal kadar inflasi dari terus meningkat. Oleh
itu, kos sara hidup masyarakat dapatkan dikurangkan di samping mengekalkan taraf hidup
yang stabil.
040625-15-0014

19

6.2 BAYARAN INSENTIF KEPADA GURU – GURU YANG BEKERJA LUAR


WAKTU

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) wajar memberikan bayaran lebih kepada guru-
guru atau pensyarah yang menjalankan kelas atau aktiviti tambahan waktu luar sesi
persekolahan. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan para pensyarah kadang kalanya
diwajibkan hadir pada hari yang bukan waktu persekolahan seperti Sabtu dan Ahad kerana
terdapat aktiviti seperti kelas tambahan, perkhemahan, aktiviti kokurikulum dan semua ini
tanpa bayaran. Sebagai contoh, Pihak KPM boleh memberikan bayaran sebanyak RM 30
setiap satu jam kepada guru – guru atau pensyarah yang menjalankan aktiviti tambahan.
Tambahan lagi, KPM wajar memberikan bayaran insentif kepada guru- guru atau pensyarah
untuk meningkatkan motivasi mereka dalam menaik taraf kecemerlangan generasi-generasi
muda di Malaysia. Selain itu, sebahagian pensyarah terpaksa menanggung makan dan minum
para pelajar jika berlansung sebarang aktiviti, walhal aktiviti tersebut merupakan anjuran
pihak atasan. Pensyarah juga menghadapi krisis kos sara hidup disebabkan oleh faktor luaran.
Oleh itu, bayaran insentif daripada pihak KPM kepada pensyarah yang bekerja lebih masa
membantu meningkatkan pendapatan para pesnyarah dan mengekal taraf hidup yang baik.
040625-15-0014

20

6.3 AMALAN GAYA HDUP YANG BEREKONOMI

Usaha mengubah gaya hidup hendaklah disegerakan untuk mengawal kos sara hidup yang
semakin meningkat. Para pensyarah hendaklah merancang kos perbelanjaan atau merancang
bajet mengikut kemampuan pendapatan semasa. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan cara
mengurangkan kos perbelanjaan makan di luar. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli turut
mengakui bahawa rakyat Malaysia semakin 'ketagih' untuk makan di luar dan membelanjakan
sebahagian besar daripada pendapatan bulanan semata-mata untuk memuaskan keinginan
tersebut. Memetik laporan media tempatan, Rafizi berkata, berbanding ekonomi negara lain
seperti Korea Selatan, isi rumah Malaysia membelanjakan sebahagian besar pendapatan
mereka untuk membungkus dan makan di luar hingga menyebabkan penyusutan pendapatan
boleh belanja mereka. Oleh itu, Masyarakat hendaklah bijak dalam mengawal kos
perbelanjaan yang minimum bagi mengekalkan kos sara hidup yang rendah. Tambahan lagi,
bagi mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan, para pensyarah juga perlu mengambil
inisiatif mengurangkan perbelanjaan dalam hiburan. Hal ini bagi mengurangkan perbelanjaan
pada kos yang tidak berfaedah dan menyebabkan pembaziran.
040625-15-0014

21

7.0 RUMUSAN KAJIAN

Berdasarkan dapatan kajian yang telah dikaji, pengkaji dapat merumuskan bahawa lima
komposisi perbelanjaan utama responden kajian ini iaitu pensyarah Tingkatan Enam SMK
Labuan ialah kos perbelanjaan kediaman, kos perbelanjaan makanan dan minuman atau
barangan dapur, kos pendidikan, kos pengangkutan dan bil – bil semasa. Hal ini dibuktikan
apabila pengkaji mendapati bahawa kelima-lima komposisi perbelanjaan ini membawa purata
yang tinggi berbanding komposisi yang lain. Oleh itu, kajian ini dengan jelas menunjukkan
komposisi utama yang penting bagi kos sara hidup yang ditanggung oleh Pensyarah
Tingkatan Enam SMK Labuan.

Sehubungan dengan perkara di atas, berdasarkan pengiraan jumlah kos purata bagi setiap
komposisi, pengkaji mendapati bahawa majoriti pensyarah menanggung perbelanjaan kos
sara hidup melebihi RM 5000 sebulan.

Seterusnya, pengkaji juga mendapati bahawa majoriti responden yang dikaji yang terdiri
daripada Pensyarah Tingkatan Enam SMK Labuan merupakan golongan M40 kerana secara
puratanya pendapatan isi rumah Pensyarah Tingkatan Enam SMK Labuan ialah 8400.8.
Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah, 2022 menyatakan julat pendapatan
kategori pendapatan bagi M40 adalah di antara RM 5250 hingga RM 11 819. Namun begitu,
golongan M40 juga menghadapi krisis kos sara hidup yang tinggi lebih – lebih lagi apabila
berlalu krisis COVID – 19 yang melanda seluruh dunia. Tambahan lagi, semakin meningkat
pendapatan mereka, maka pasti meningkat juga perolehan cukai oleh negara melalui cukai
individu, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mahupun aspek percukaian lainnya dan hal
ni mengurangkan bajet para pensyarah walaupun mereka memperoleh pendapatan yang
tinggi.
040625-15-0014

22
8.0 RUJUKAN

1. Mohamad Shukri Seman, Lim Kien Kwok dan Safriza Abd. Hamid, 2017. Buku Teks
STPM PRA-U Ekonomi (Ekonomi Malaysia). Selangor: Pelangi Sdn. Bhd
2. Nur Iftitah Rozlan. “Ketagih Makan Luar atas 3 faktor ada benarnya kata Menteri”
dlm. Majoriti. 20 September 2023.
3. Shafizan Johari “Kos sara hidup isu keempat paling dibimbangi rakyat Malaysia“
dlm. AstroAwani. 18 April 2018.
4. Badra (2023). Maksud B40, M40, T20, Miskin Tegar – Kategori Pendapatan Terkini.
Dicapai pada Julai 31, 2023, from https://ecentral.my/maksud-miskin-tegar-b40-m40-
t20/
5. Ang Kean Hua (2016). Pengenalan Rangkakerja Metodologi dalam Kajian
Penyelidikan: Satu Kajian Kes. Dicapai pada 15 September 2023 dari
https://www.articjou.com/2016/03/?m=1#:~:text=Menurut%20Marican
%20(2005)%2C%20data,terdahulu%20dikumpul%20untuk%20tujuan%20kajian
040625-15-0014

23
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai