Anda di halaman 1dari 29

BAB 2

KAJIAN TEORITIS

2.1 PENGENALAN
Bahagian ini akan membincangkan hasil penyelidikan lampau yang
berkaitan tajuk kajian oleh pengkaji iaitu Kajian Mengenai Aspirasi
Kerjaya Sebagai Usahawan dalam Kalangan Belia : Satu Tinjauan
Terhadap Belia di Tanjung Malim.
Kajian teoritis merupakan kajian mengenai konstruk, konsep,
definisi dan proposisi yang berfungsi untuk melihat sesuatu fenomena
secara

sistematik

melalui

hubungan

antara

pembolehubah-

pembolehubah. Kajian teoritis juga disebut kajian kepustakaan di mana ia


menjadi

jambatan

kepada

pengkaji

untuk

mendapatkan

landasan

kontruksi dan konsep sebagai pedoman dalam kajian yang bakal


dijalankan nanti. Selain itu pengkaji juga akan membuat analisa tentang
karya penyelidik sebelumnya bagi mendapatkan pemahaman tentang
teori-teori yang relevan berhubung masalah yang dikaji. Menurut Sabitha
Marican (2005), ulasan karya dilakukan sebelum mendefinisi sesuatu
masalah dan ia dilakukan di sepanjang kajian.
Hasil daripada pembacaan dan penelitian mendalam, pengkaji
mendapati bahawa terdapat beberapa kelompongan dalam penyelidikan
yang lalu. Di dalam kajian bakal yang dijalankan ini, pengkaji mengambil
kira peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan, agensi-agensi terlibat
dan juga persatuan-persatuan belia dalam memberi bentuk sokongan dan
bantuan kepada golongan belia yang menceburi bidang keusahawanan
dan perniagaan yang tidak menjadi fokus penyelidikan yang lalu. Oleh
yang demikian, kajian yang dijalankan sekarang ini adalah untuk
melengkapkan dapatan-dapatan daripada kajian lalu serta melakukan
penambahbaikan terhadap hasil dapatan tersebut.

2.1 DEFINISI-DEFINISI USAHAWAN


Dalam bahasa Melayu, perkataan usahawan adalah berasal dari kata
dasar usaha yang berhubungkait dengan ikhtiar, perbuatan dan
tindakan untuk melaksanakan sesuatu. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat (2007), usahawan ialah orang yang mengusahakan sesuatu
perusahaan. Dari perspektif etimologi pula, perkataan usahawan adalah
berasal daripada perkataan Entrepreneur yang berakar umbi daripada
perkataan Perancis iaitu Entreprendre. Ia membawa maksud to
undertake atau memikul tugas atau mencuba. Perkataan Entrepreneur
digunakan pada asalnya oleh Richard Clinton (1725) yang melihat
usahawan sebagai pengambil risiko ekonomi iaitu buy a certain pricesell at uncertain price (Mohani Abdul et al., 2008).
Menurut

Mohani

Abdul

et

al.

(2008)

di

dalam

bukunya

Pembudayaan Keusahawanan, usahawan dan keusahawanan sebenarnya


boleh dilihat daripada beberapa perspektif sains sosial; iaitu ekonomi,
sosiologi dan psikologi. Pandangan ini turut sama dinyatakan oleh Hoe
Chee Hee et al.(2005) yang mana beliau menulis di dalam bukunya Asas
Keusahawanan bahawa ahli ekonomi, sosiologi dan psikologi merupakan
tiga golongan utama dalam sains sosial yang menjadikan keusahawanan
dan usahawan sebagai bidang kajian mereka.
Menurut Mohani Abdul et al. (2008) lagi, perkataan usahawan
digunakan oleh Richard Clinton pada waktu itu untuk merujuk kepada
agen yang membeli alat-alat pengeluaran bagi menghasilkan barangan
yang dapat dipasarkan. Individu yang bergelar usahawan berperanan
menggabungkan faktor-faktor pengeluaran seperti buruh, tanah dan
modal untuk mendapat manfaat keuntungan. Mohani Abdul et al.(2008)
juga berpandangan waktu membeli faktor pengeluaran tersebut, seorang
usahawan tidak pasti akan harga yang bakal diterimanya. Menurutnya
lagi, di situlah wujudnya elemen risiko dan spekulasi yang sememangnya
sinonim dengan alam keusahawanan.
Jean Baptiste Say telah memperluaskan makna usahawan kepada
organizer firma perniagaan di mana usahawan berperanan dalam
mengfungsikan output dan pengedaran. Menurut Dr Kathleen Aleen,

seorang profesor keusahawanan di University of Southern California


(2001), di dalam bukunya Entrepreneurship for Dummies mendefinisikan
usahawan sebagai someone who creates a new opportunity in the world
of business and assembles that resources necessary to successfully
exploit that opportunity money, people and organization.
Ab.Aziz

Yusof

(2013) di

dalam bukunya

Strategi

Usahawan

Cemerlang : Modul Garis Panduan Keusahawanan berpendapat bahawa


masyarakat yang mempunyai ramai usahawan adalah masyarakat yang
terbaik. Semakin ramai usahawan dalam sesebuah masyarakat, semakin
maju dan berjaya masyarakat tersebut. Usahawan adalah merupakan
nadi penggerak dan juga pemangkin kepada perkembangan ekonomi
sesebuah negara. Peningkatan jumlah usahawan yang berjaya akan
mampu untuk menukar status sesebuah negara dari negara membangun
kepada status negara maju. Oleh itu, adalah amat penting bagi kerjaan
untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan
agar dapat merangka strategi dan pelan pembangunan agar bilangan
usahawan berjaya dapat ditingkatkan jumlahnya dari setahun ke setahun.
Menurut Ab. Aziz Yusof juga, usahawan merupakan individu yang
dinamik, kreatif dan inovatif. Mereka bersedia mengharungi senario
ketidaktentuan

melalui

senjata

kreativiti

dan

perisai

kesungguhan

sehingga mencapai kejayaan. Semangat ini menyebabkan mereka


melihat hari esok dengan penuh peluang dan berkeyakinan untuk
merebut peluang berkenaan (Ab. Aziz Yusof, 2013).
Manakala menurut Chiew Tung Moi et al. (2011) di dalam bukunya
Asas Keusahawanan yang dinyatakan oleh Hisrich et al. (2010), usahawan
adalah seorang yang berinisiatif untuk mengumpulkan sumber-sumber
secara inovatif dan sanggup untuk mengambil risiko atau berani
bertindak dalam keadaan ketidakpastian. Menurutnya definisi berkenaan
menekankan empat aspek sebagai seorang usahawan iaitu melibatkan
proses penciptaan sesuatu yang baharu dan bernilai, menyumbangkan
masa dan usaha, ganjaran kepada usahawan dan mengambil risiko.
Menurut Mohani Abdul (2008), terdapat perbezaan yang signifikan
antara seorang usahawan dengan peniaga walaupun perkataan peniaga

dan

usahawan

ditanggapi

sebahagian

orang

sebagai

sama

erti.

Pandangan ini turut disokong oleh Chiew Tung Moi et al. (2011) yang
menyebut di dalam bukunya Asas Keusahawanan di mana menurutnya
usahawan adalah lebih kepada seseorang individu yang bermatlamatkan
kepuasan diri sendiri dalam menerajui peluang perniagaan berbanding
keuntungan. Manakala peniaga menurut Chiew Tung Moi et al. (2011)
adalah memfokus pencapaian keuntungan yang maksimum. Pendek kata,
semua usahawan adalah peniaga, sebaliknya tidak semua peniaga adalah
usahawan.
Perbezaan ketara antara seorang usahawan dengan peniaga
adalah dari segi tahap kesediaan dan kesanggupannya menentang risiko.
Seorang

usahawan

berani

mengambil

risiko

demi

memajukan

perniagaannya biarpun berdepan dengan ketidaktentuan pasaran. Namun


seorang peniaga adalah konservatif (Mohani Abdul, 2008). Selain itu
perbezaan lain adalah dari segi sistem pengurusan perniagaan. Seorang
usahawan mengamalkan sistem pengurusan tidak formal Hands On
serta menggunakan strategi berinovatif dalam perniagaannya. Manakala
seorang peniaga pula menggunakan sistem kawalan sekali gus kurang
berinovatif dalam menjalankan perniagaanya.
Barjoyai Bardai & Mohd. Fairuz Md. Salleh (1998) di dalam bukunya
Peluang Perniagaan, memberi pandangan bahawa istilah usahawan
masih menjadi perbahasan dalam kalangan pengkaji kerana tidak wujud
persetujuan tentang siapa yang sebenarnya boleh dipanggil usahawan.
Menurutnya, suatu ketika dahulu begitu ramai orang menggunakan istilah
usahawan dengan agak longgar sehingga golongan peniaga berjaya
tidak suka jika diri mereka dipanggil usahawan. Tambah Barjoyai Bardai &
Mohd. Fairuz Md. Salleh, ia khususnya berlaku di Malaysia apabila
usahawan dikaitkan dengan peniaga kecil yang sentiasa mengharapkan
bantuan kerajaan untuk memajukan perniagaannya.
Usahawan boleh diterjemahkan secara longgar sebagai golongan
yang berusaha kuat. Ia merangkumi golongan peniaga, pengurusan
kakitangan di sektor awam dan swasta malah melibatkan juga ahli politik.
(Barjoyai Bardai & Mohd. Fairuz Md. Salleh, 1998). Walau bagaimanapun
menurut Barjoyai Bardai & Mohd. Fairuz Md. Salleh (1998), ia berbeza

dengan istilah yang digunakan di Indonesia. Di sana golongan usahawan


digelar wiraniaga yang membawa maksud golongan yang berjaya dalam
perniagaan. Tambahnya istilah berkenaan adalah lebih bertepatan
dengan matlamat keusahawanan.
Usahawan adalah terdiri daripada para peniaga, tetapi bukan
semua peniaga adalah usahawan. Usahawan boleh disamakan dengan
peneroka yang mempunyai peranan meneroka sumber alam untuk
kegunaan masyarakat. Sebaliknya usahawan pula berperanan meneroka
peluang ekonomi untuk memberi manfaat sosial kepada masyarakat dan
negara. Usahawan dan keusahawanan boleh dilihat dari pelbagai
perspektif.

Menurut Ab. Aziz Yusof (2013) dalam bukunya Strategi

Usahawan Cemerlang : Modul Garis Panduan Keusahawanan, beliau


menyatakan terdapat lapan perspektif yang boleh digambarkan daripada
individu atau kumpulan yang bergelar usahawan. Pertamanya usahawan
membangunkan kekayaan melalui keuntungan hasil daripada kesulitan
yang ditempuhi. Keduanya usahawan juga membangunkan perniagaan
melalui penubuhan syarikat dengan menggabungkan kekuatan antara
mereka. Seterusnya usahawan juga membangunkan inovasi melalui
penciptaan produk atau idea baharu berasaskan kekuatan daya fikir yang
dimiliki. Keempatnya, usahawan membangunkan perubahan melalui
penyesuaian

kehendak

manusia,

situasi

dan

persekitaran.

Kelima

usahawan membangunkan pekerjaan melalui pengwujudan peluang


pekerjaan. Keenam usahawan membangunkan pertumbuhan ekonomi
melalui perkembangan jualan dan pendapatan dengan pembinaan
keyakinan. Ketujuh usahawan membangunkan nilai melalui penumpuan
kepada persoalan sosial yang tidak sepatutnya diabaikan. Kelapan
usahawan mencapai mencapai keredaan Allah SWT melalui amal makruf
dan mencegah kemungkaran berasakan sifat tawadduk, tawakal dan
istiqamah.
.
Sesungguhpun begitu, banyak pihak yang mempunyai tanggapan
bahawa seseorang usahawan adalah dilahirkan bukannya dibangunkan.
Namun ia dibuktikan sebaliknya. Kajian secara ilmiah mendapati bahawa
usahawan dibangunkan melalui proses keusahawanan yang melibatkan
pelbagai peringkat yang dilalui oleh seseorang yang bercita-cita untuk
menjadi seorang usahawan (Ab. Aziz Yusof, 2013). Menurut beliau lagi,

peringkat tersebut bermula dari impian,kesedaran, persediaan, keyakinan


dan

akhirnya

konsisten.

Usahawan

membangun

bersama

dengan

pemupukan kemahiran dan pengetahuan melalui pelbagai pengalaman


yang berbeza.
Manakala menurut Kamarulzaman Ismail & Amaludin Ab. Rahman
(2009), di dalam bukunya Melangkah ke alam Keusahawanan, kerjaya
sebagai usahawan memerlukan individu untuk mempunyai ciri-ciri yang
diperlukan seperti inovatif, kreatif, berani mengambil risiko dan bijak
mengambil peluang. Tambahnya, keusahawanan merujuk kepada perilaku
atau gaya usahawan bertindak terhadap peluang, memulakan pengiraan,
mengembang

dan

mempertahankan

daya

maju

perniagaan

yang

diterokainya. Beliau juga ada menyatakan kemajuan teknologi telah


menampakkan peningkatan bilangan usahawan baru yang menghasilkan
produk, terutamanya berasaskan bioteknologi serta perhidmatan lain
yang ditawarkan oleh usahawan muda.
Wan Liz Ozman Wan Omar & Sulzari Mohamed di dalam bukunya
Memperkasakan Usahawan : Panduan Lengkap Pengurusan Perniagaan
dan

Penjanaan

menyebut

Usahawan

usahawan

yang

adalah

dinyatakan

seseorang

oleh

yang

Marshall

(1920)

membahagikan

dan

mengurus faktor-faktor pengeluaran dan menanggung risiko. Selain itu


Cole

(1959)

pula

berpendapat,

usahawan

ialah

seseorang

mempunyai keupayaan untuk melihat peluang-peluang

yang

ekonomi dan

merangka langkah-langkah untuk mengeksploitasinya. Di dalam buku


yang sama, Hugen (1968) menyatakan usahawan adalah individu yang
mencetuskan idea-idea perniagaan, membentuk organisasi syarikat,
menambah modal, menggaji pekerja, menjalinkan hubungan dengan
pembekal, pelanggan dan pemerintah serta menukarkan konsep menjadi
sebuah organisasi yang berfungsi. Di dalam buku yang sama juga, Cortes
(1972), dipetik dalam Technomet Asia (1984) pula mengemukakan
pandangan usahawan adalah pembekal sumber-sumber, penyelia dan
penyelaras dan pembuat keputusan yang muktamad.
2.2 DEFINISI-DEFINISI KEUSAHAWANAN

Mohani

Abdul

(et.al)

Keusahawanan

(2008)

menyatakan

di

dalam

kekayaan

bukunya

dicipta

oleh

Pembudayaan
individu

yang

menanggung risiko besar di dalam ekuiti, masa dan komitmen kerjaya


atau menyediakan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia
selari dengan definisi keusahawanan yang diutarakan Hisrich dan Peter
(1998) di mana menurut beliau keusahawanan adalah suatu proses
dinamik untuk mencipta kekayaan. Kuratko dan Hodgetts (2004) pula
menerangkan

keusahawanan

sebagai

suatu

proses

inovasi

dan

penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar


dan proses dengan kerjasama rangkaian dalam kerajaan, pendidikan dan
perlembagaan.
Menurut Kamarulzaman Ismail (2009) di dalam bukunya Melangkah
ke Alam Keusahawanan, beliau mendefinisikan keusahawanan sebagai
suatu proses yang melibatkan aktiviti-aktiviti usahawan. Hal ini bermakna
keusahawanan adalah segala aktiviti, kegiatan dan tindak-tanduk yang
bakal memberi manfaat jangka pendek dan jangka panjang oleh seorang
usahawan

dalam

menjalankan

agendanya

dalam

perniagaan.

Keusahawanan juga merupakan aktiviti perniagaan yang diwujudkan oleh


seseorang yang mentafsirkan keadaan persekitaran, mengenal pasti
peluang,

menggunakan

membesarkan

bahan-bahan,

kekayaan

dan

menjalankan

menggalakkan

idea-idea,

kebajikan

sosial

(Kamarulzaman Ismail, 2009).


Menurut Hisrich et al. (2010) yang dinyatakan oleh Tam Yin Ling
Adeline et al. (2014) di dalam bukunya Asas Keusahawanan Edisi Kedua,
keusahawanan merupakan satu proses penciptaan sesuatu yang baru
dengan penambahan nilai yang memerlukan usaha dan masa serta
mengambil

kira

faktor

kewangan,

psikik

dan

risiko

sosial

serta

menghadapi ketidakpastian, dan seterusnya menerima pulangan dalam


bentuk kewangan dan kepuasan peribadi. Van Aardt et al. (2008) pula
mendefinisikan
mencipta,

keusahawanan

membina

dan

sebagai

satu

memperluaskan

tindakan

satu

permulaan,

perusahaan

atau

organisasi, mewujudkan satu pasukan keusahawanan serta mengumpul


sumber-sumber untuk mencari peluang dalam pasaran jangka panjang.

2.3 PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA


Semua usahawan adalah peniaga, namun tidak semua peniaga adalah
usahawan. Sesetengah masyarakat mungkin mempunyai pandangan
usahawan
sebenarnya

itulah
ia

peniaga,
bukanlah

dan

peniaga

begitu.

itulah

Walaupun

usahawan.

perkataan

Namun

usahawan

mempunyai kaitan dengan peniaga, namun sekiranya dikaji secara


mendalam, usahawan dan peniaga adalah dua entity yang berbeza. Insan
yang bergelar usahawan adalah sentiasa ingin memajukan diri serta lebih
dinamik berbanding dengan seorang peniaga yang kurang menunjukkan
kemahuan untuk berkembang serta mempelbagaikan kegiatannya.
Perbezaan antara seorang usahawan dengan peniaga dapat
diperhatikan dengan jelas jika dikaji secara teliti. Menurut Mohani Abdul
et al. (2008) di dalam bukunya Pembudayaan Keusahawanan, beliau
menyebut seorang usahawan adalah individu yang mengusahakan
sesuatu perusahaan manakala peniaga didefinisikan sebagai orang yang
berniaga. Selain itu, dari segi skala dan orientasi perniagaan, menurut
Mohani Abdul et al. (2008), usahawan menjalankan perniagaan dengan
skala yang lebih besar berbanding peniaga. Dari segi sistem pengurusan
pula, usahawan adalah menggunakan sistem pengurusan yang berupa
tidak formal Hands On di mana strategi perniagaanya lebih inovatif.
Manakala peniaga lebih delegasi serta menggunakan sistem kawalan dan
kaedah-kaedah yang tidak inovatif. Mohani Abdul et al. (2008) turut
menyatakan perbezaan ketara antara usahawan dengan peniaga adalah
dari segi sifat mereka. Menurutnya seorang usahawan seorang yang
tegar mengambil risiko demi memajukan perniagaannya. Usahawan tidak
pasti tentang keuntungan atau kerugian yang bakal dihadapinya asalkan
dapat mengembangkan lagi perniagaanya. Manakala seorang peniaga
lebih

konservatif,

statik

dan

berhati-hati

dalam

sikap

terhadap

perniagaannya.
2.4 SEJARAH KEUSAHAWANAN
Sejarah adalah penyelidikan atau pengetahuan yang diperolehi melalui
penelitian yang mana ia melibatkan kajian ke atas masa lalu. Ibn Khaldun

(1332-1406) menyatakan Sejarah didefinisikan sebagai catatan tentang


masyarakat umum manusia atau peradaban manusia yang terjadi pada
watak/sifat masyarakat itu.
Pada zaman awal, kebanyakan usahawan adalah terdiri daripada
saudagar. Mereka merupakan pengembara dari satu tempat ke tempat
yang lain untuk menjual hasil produk mereka. Mohani Abdul et al. (2008)
dalam bukunya Pembudayaan Keusahawanan menceritakan Marco Polo
merupakan seorang pengembara yang telah memperkenalkan istilah gobetween di mana beliau cuba mewujudkan laluan perniagaan bagi
menjual produk ke Timur. Dalam proses ini menurut Mohani Abdul, para
pedagang akan menandatangani kontrak dengan pemilik wang (kapitalis)
bagi menjual produknya.
Menurut Mohani Abdul et al. (2008) lagi, pada zaman pertengahan,
konsep usahawan dihuraikan sebagai individu yang mengelola projek
pengeluaran yang besar tetapi ia tidak akan menanggung apa-apa risiko
dalam projek pengeluaran. Individu ini hanya akan menggunakan sumber
yang ada sahaja yang telah diperuntukkan oleh pemodal. Usahawan
hanya berperanan ke atas kerja-kerja seni bina seperti membina
bangunan kota dan kubu pertahananan, rumah ibadat dan bangunan
awam. Pada abad ke-17, usahawan telah mula terlibat dengan kontrak
bersama golongan pemerintah. Untung atau rugi projek akan dibahagi
berdasarkan

komitmen

para

usahawan.

Di

sini

usahawan

telah

berperanan sebagai penanggung risiko dalam menjalankan perniagaanya.


Pada abad ke-18, keusahawanan dapat dilihat dari sudut individu
yang

mempunyai

modal

dan

dibezakan

dengan

individu

yang

membekalkan modal (venture capitalist). Pada masa berkenaan, sektor


perindustrian telah menuntut usahawan agar berusaha bagi merebut
peluang demi kemajuan diri dan negara (Mohani Abdul et al., 2008). Di
sini dapat dilihat peranan signifikan yang dimainkan oleh para usahawan
dalam membangunkan masyarakat dan negara. Pada pertengahan abad
ke-20 pula, transformasi keusahawanan berlaku apabila usahawan yang
dulu dilihat sebagai pengembara, pengurus kemudian pengembang
ekonomi kini telah dianggap sebagai agen perubahan masyarakat.
Mohani Abdul et al. (2008) menyebut di sini berlakunya apa yang kita

panggil sebagai inovasi ke atas produk, proses atau sistem yang baharu.
Usahawan

juga

berkeupayaan

memenuhi

kehendak-kehendak

masyarakat melalui penciptaan produk baharu di pasaran. Mohani Abdul


et al. (2008) memberi contoh terbinanya pyramid daripada ketulan batu
di Mesir.
Senario keusahawanan pada abad ke-21 pula menurut Mohani
Abdul et al. (2008) mengalami kekompleksitian dan kepelbagiaan dalam
menjalankan agendanya. Seiiring dengan peredaran zaman, usahawan
kini dilihat sebagai pengurus bersifat heterogeneti tenaga kerja yang
semakin meningkat. Selain itu, kemajuan dalam teknologi juga turut
mempengaruhi corak dan orientasi keusahawanan. Usahawan perlu lebih
bermobiliti

serta

sentiasa

bergerak

bagi

melaksanakan

tugasnya.

Menurut Kuratko dan Hodgetts (1996) yang dinyatakan oleh Mohani Abdul
et al. (2008), usahawan merupakan perintis atau pelopor dalam mencipta
perniagaan baharu.
2.5 KEUSAHAWANAN DALAM KONEKS ISLAM
Islam mengiktiraf kerjaya sebagai usahawan sebagai salah satu cabang
ibadat di mana 9/10 daripada sumber rezeki adalah datangnya dari
perniagaan. Mohd Adib Abd Muin et al(2014) di dalam kajiannya
Pengurusan Keusahawanan Sosial Islam : Model Usahawan Berjaya Dalam
Amalan

Nilai-Nilai

Murni

menyebut

bahawa

bidang

pengurusan

keusahawanan sosial Islam adalah salah satu cabang penting di bawah


konteks

Muamalah

yang

dikenal

pasti

sebagai

pemangkin

yang

berpotensi besar membangunkan ekonomi ummah sejagat.


Menurut al-Ghazali (2000) dalam kitab ihyaUlumuddin yang
dinyatakan oleh Mohd Adib Abd Muin et al (2014) dalam kajiannya
Pengurusan Keusahawanan Sosial Islam : Model Usahawan Berjaya Dalam
Amalan Nilai-Nilai Murni, hadis Nabi Muahammad SAW menceritakan
tentang keusahawanan. Hadis tersebut yang bermaksud
Usaha yang paling baik sekali ialah usaha seseorang dengan tangannya,
dan semua jual beli yang diredhai oleh Tuhannya.

2.6 TEORI-TEORI KEUSAWANAN


Ahli sains sosial telah mempelopori kajian secara mendalam mengenai
usahawan. Ahli eknomi adalah golongan pertama yang membicangkan
mengenai ilmu keusahawanan.Ditinjau dari sudut ekonomi, Joseph A.
Schumpeter yang dinyatakan oleh Mohani Abdul (2008) di dalam bukunya
Pembudayaan Keusahawanan telah membina satu model keusahawanan
dalam tahun 1934 yang meletakkan inovasi sebagai inti pati kepada
kegiatan keusahawanan. Menurutnya, usahawan boleh dianggap sebagai
seorang pengubahsuai yang tidak akan membiarkan sistem ekonomi
berada dalam suasana statik, stabil dan tidak mengalami perubahan.
Schumpeter juga turut membincangkan mengenai soal equilibrium atau
keseimbangan. Menurut Schumpeter juga, ketidakseimbangan berlaku
disebabkan oleh tindakan usahawan melalui inovasi dan kreativiti
mereka. Di dalam buku The Theory of Economic Develepment ,
Schumpeter

juga

memberi

pendapat

bahawa

usahawanlah

yang

membawa perubahan kepada ekonomi.


Dari

perspektif

sosiologi,

Ibn

Khaldun

bapa

sosiologi

yang

dinyatakan oleh Mohani Abdul (2008) dalam bukunya Pembudayaan


Keusahwanan

menerangkan

pertemuan individu-individu

tentang

konsep

dengan kemahiran

sosialisasi

di

mana

yang dibawa akan

melahirkan satu bandar atau city-state. Tambahnya, Ibn Khaldun


melihat pembangunan masyarakat sebagai suatu proses pembentukan
yang melihat keusahawan sebagai salah satu cara hidup segolongan ahli
dalam

masyarakat

city-state

tersebut.

Max

Veber

(1958)

yang

dinyatakan oleh Mohani Abdul (2008) dalam bukunya Permbudayaan


Keusahawanan

menyebut

bahawa

keusahawanan

terdiri

daripada

elemen-elemen keagamaan yang dijadikan landasan untuk mencapai


kejayaan dalam aktiviti ekonomi. Ia disebut di dalam bukunya The
Prostant Ethics and The Spirit of Capitalism bahawa kejayaan golongan
Protestant dalam kegiatan ekonomi adalah disebabkan oleh ajaran yang
terdapat dalam agama Prostestan.

Gibbs (1972) yang dinyatakan oleh

Mohani Abdul (2008) telah mengemukakan model pembangunan sosial.


Menurut Gibbs, proses yang dilalui serta perhhubungan sosial yang

dilakukan oleh seseorang memaksa diri mereka untuk melakukan


perubahan dengan mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam
bidang perniagaan.
Dari perspektif psikologi pula, Mohani Abdul (2008) dalam bukunya
menjelaskan model baka di mana menurutnya usaha wan mempunyai
identiti tersendiri yang dapat membezakan di antara usahawan dengan
buka usahawan. Menurutnya, antara sifat yang perlu ada oleh usahawan
ialah inisiatif, keupayaan merancang, mengambil risiko, kecekalan dan
sedia mengambil peluang. Keusahawan adalah ciri-ciri eksklusif yang unik
dimiliki oleh individu tertentu yang membolehkannya mendepani cabaran
dengan menukarkan cabaran menjadi sebuah peluang. Oleh itu individu
yang mempunyai ciri-ciri usahawan ini mampu berjaya dalam lapangan
kerjaya yang diceburinya.
Hoe Chee Hee et al. (2005) di dalam bukunya Asas Keusahawanan
mennulis bahawa keusahawanan boleh dilihat dari dua sudut yakni sudut
makro dan sudut mikro. Dari sudut makro, pemikiran keusahawanan
boleh dipecahkan kepada tiga iaitu pertamanya aspek persekitaran.
Menurut Hoe Chee Hee et al.(2005) lagi, pandangan dari perspektif
persekitaran menekankan betapa pentingnya faktor persekitaran ke atas
keusahawanan sama ada faktor ini boleh membantu atau membantutkan
pembangunan keusahawanan (Van de Ven,1993). Faktor persekitaran
termasukalah pengaruh institusi sokongan, budaya dan individu tertentu
serta faktor persekitaran lain yang boleh mempengaruhi kejayaan
usahawan.
Selain itu, menurut Hoe Chee Tee et al.(2005) juga, faktor kedua
iaitu aspek kewangan dan modal turut berhubungkait dengan kegiatan
keusahawanan.
sokongan

Pandangan

kewangan

dan

berkenaan
modal

menurutnya

untuk

menjamin

menekankan
kejayaan

dan

pembangunan keusahawanan. Sokongan tersebut merangkumi bantuan


pinjaman untuk pembelian aset atau sumber, modal kerja atau modal
teroka.

Hoe

Chee

Tee

et

al.(2005)

juga

menulis

aspek

ketiga

keusahawanan iaitu aspek anjakan. Menurut beliau, seseorang individu


akan

menceburi

bidang

keusahawanan

apabila

terasa

diketepikan

daripada memilih atau mengikuti sesuatu kerjaya. Anjakan berkenaan


boleh berupa anjakan politik, ekonomi dan budaya.
Hoe Chee Tee et al. (2005) menjelaskan lagi, jika seseorang
dihalang atau mendapati sukar untuk menceburi sesuatu kerjaya atau
industri akibat daripada sesuatu peraturan daripada kerajaan, individu itu
akan cenderung untuk menceburi bidang perniagaan atau keusahawanan
sebagai

jalan

keluar

dalam

pembangunan

kerjayanya.

Selain

itu,

perbezaan unsure budaya seperti ras, etnik dan jantina juga boleh
menghalang seseorangg menceburkan diri dalam sesuatu pekerjaan.
Maka menurut Hoe Chee Tee et al. (2005) individu berkenaan terpaksa
memilih kerjaya keusahawanan sebagai kerjaya jangka panjangnya.
Tambahnya lagi, selain faktor tersebut, faktor kemelesetan ekonomi juga
boleh

mendorong

seseorang

menceburi

bidang

keusahawanan

terutamanya apabila individu tersebut terlibat dengan perbehentian


pekerja bagi menjimatkan kos firma.
Menurut Hoe Chee Tee et al. (2005) lagi, keusahawanan juga boleh
dilihat dari sudut mikro. Melalui sudut ini, keusahawanan dimiliki oleh
indiidu yang mempunyai personaliti keusahawananan. Ciri-ciri motivasi
individu usahawan adalah seperti motivasi ke arah kejayaan, kreativiti,
kesungguhan dan pengetahuan teknikal. Menurut Shaver & Scott (1991)
yang dinyatakan oleh Hoe Chee Tee et al. (2005) dalam buku Asas
Keusahawanan, ciri-ciri berkenaan amat ketara dalam kalangan ushaawan
yang berjaya.

2.7 FAKTOR TARIKAN DAN TOLAKAN KE ARAH KEUSAHAWANAN


Terdapat

banyak

faktor

yang

menjadi

pendorong

kecenderungan

mendekat atau menjauhi seseorang individu untuk menceburi bidang


keusahawanan. Menurut Mohani Abdul et al.(2008), terdapat dua faktor
yang mempengaruhi individu untuk menceburi bidang keusahawanan
iaitu; faktor daya tarikan dan daya tolakan.

Menurut Mohani Abdul et al. (2008), daya tarikan secara umumnya


didasari oleh dorongan psikologi seseorang yang menentukan tahap
minatnya terhadap bidang keusahawanan. Mohani Abdul et al. (2008)
memberi contoh keegoan seseorang untuk membuat sesuatu yang
dirasakan merupakan ciptaannya sendiri. Selain itu, sikap tidak suka
diperintah dan suka menjadi ketua juga mampu menarik minat seseorang
ke arah keusahawanan. Selan itu, seseorang yang cenderung ke arah
keusahawanan akan mendapat kepuasan diri dalam bentuk kebebasan
berfikir dan bertindak.
Faktor tolakan pula menurut Mohani Abdul et al.(2008) adalah
disebabkan

kekecewaan.

Beliau

mengumpamakan

seseorang

yang

mengalami kehampaan seseorang terhadap situasi kerja lamanya, gaji


yang tidak setimpal dan sebagainya. Selain itu, kekurangan peluang
pekerjaan

akibat

kegawatan

ekonomi

akan

memberi

impak

pengangguran yang mana peluang pekerjaan akan berkurangan. Hal ini


menurut Mohani Abdul et al. (2008) akan menolak individu berkenaan
untuk masuk ke alam keusahawanan.
2.8 PETUA KEJAYAAN USAHAWAN
Kesediaan seseorang untuk menceburi bidang keusahawanan adalah
bergantung kepada banyak faktor.

Norashidah Hashim, Norasmah

Othman & Noraishah Buang (2009) dalam kajiannya Konsep Kesediaan


Keusahawanan Berdasarkan Kajian Kes Usahawan Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) di Malaysia menunjukkan bahawa kejayaan seseorang
usahawan adalah bergantung kepada dua sebab; pertamanya kemahuan,
dan keduanya kebolehan. Kajian telah dijalankan terhadap enam orang
usahawan yang terlibat dengan IKS menggunakan kaedah kualitatif.
Setiap responden telah ditemual bual antara sejam setengah hingga dua
jam menggunakan soalan temu bual separa berstruktur.

Beliau telah

menggunakan Teori Tindakan Bertujuan dan Teori Tingkah Laku Terancang


Fishben dan Ajzen (1980).

Sebanyak 13 soalan dikemukakan kepada

setiap responden. Hasil dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan


daripada enam orang responden tersebut, hampir semua mempunyai
latar belakang keluarga yang terlibat dalam perniagaan kecuali seorang.

Selain

itu

diperoleh

kemahiran
secara

dan pengetahuan

formal

atau

melalui

dalam perniagaan
pengalaman

kerja

adalah
sebelum

menceburi bidang keusahawanan. Secara umumnya, hasil dapatan kajian


menunjukkan bahawa faktor kesediaan seorang usahawan menceburi
bidang keusahawanan adalah didorongi faktor latar belakang keluarga
dan pengalaman sendiri.
Mohd Hassan bin Mohd Osman (2007) dalam kajiannya Faktor-faktor yang
Mempengaruhi Kejayaan Usahawan Kredit Mikro di Negeri Johor pula
menunjukkan tiga faktor utama kejayaan usahawan ialah kemahiran
dalam pengurusan, pengkhususan dalam membuat kerja dan juga sikap
tidak mudah berputus asa dalam mengharungi cabaran perniagaan.
Kajian telah dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif.
Seramai 233 usahawan kecil di bawah skim kredit mikro telah dijadikan
responden kajian melalui pengedaran borang soal selidik. Temu bual
dengan Pegawai Yayasan TEKUN Nasional turut dijalankan. Hasil dapatan
kajian menunjukkan taburan pencapaian akademik usahawan paling
ramai adalah tamat sekolah menengah iaitu seramai 98 orang diikuti
sekolah rendah, peringkat diploma/ijazah dan seterusnya lain-lain. Hal ini
bermaksud hampir kesemua usahawan mempunyai pendidikan asas.
Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan faktor minat adalah faktor
dominan yang mencederungkan usahawan untuk menceburi bidang
keusahawanan. Faktor motivasi lain adalah seperti warisan keluarga,
mempunyai modal, cepat mendapat keuntungan dan lain-lain. Kemahiran
dalam bidang pengurusan dan penggunaan masa dikenalpasti sebagai
faktor utama yang menentukan kejayaan seseorang usahawan. Dapatan
ini

menyokong pendapat Mohd Shafie Ariffin & Mohamad Azim

Shafeeyullagan

(2009)

dalam

bukunya

Teras

Keusahawanan

yang

menyatakan seorang usahawan menitikberatkan mutu kerja yang tinggi.


Tambahnya seorang usahawan tidak semata-mata ingin menyelesaikan
sesuatu tugas sebaliknya menyelesaikannya dengan cemerlang dan
bermutu.
Ahmad Zabani Morad (2014) dalam kajiannya Usahawan Berjaya
dan Peranan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Negeri
Kedah menunjukkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya lapan faktor

kritikal yang menentukan kejayaan seeorang usahawan. Kajian ini


dijalankan di kawasan Parlimen Pokok Sena, Kota Setar dan Kubang Pasu
yang melibatkan seramai 300 orang usahawan dan firma. Kajian
dijalankan

menggunakan

kaedah

kuantitatif.

Hasil

dapatan

kajian

menunjukkan faktor kritikal utama yang melahirkan kejayaan usahawan


ialah faktor diri sendiri, sanggup kerja kuat dan tabah dalam perniagaan.
Hal ini menyokong pandangan Ab. Aziz Yusof (2013) di dalam bukunya
Strategi Usahawan Cemerlang: Modul Garis Panduan Keusahawanan yang
menyatakan peringkat pertama yang dialami seseorang usahawan adalah
bermula dengan sebuah impian. Menurut beliau lagi, impian seorang
usahawan ini mempunyai hubungkait dengan khayalan seseorang untuk
mencapai kejayaan yang mana seseorang usahawan akan memikirkan
kejayaan, kesenangan dan kemewahan yang bakal diraih apabila
menceburi bidang keusahawanan. Selain itu menurut
usahawan adalah percaya dengan diri sendiri

beliau juga

serta sentiasa mencari

peluang tanpa mengenal penat dan lelah.


Hasil dapatan kajian Ahmad Zabani Morad (2014) ini juga turut
disokong oleh kajian Hasnah Ali, Norhafizah Abdul Razak & Sanep Ahmad
Faktor Mempengaruhi Kejayaan Usahawan Peruncitan Melayu : Satu
Kajian Kes yang menemukan bahawa faktor keyakinan diri sendiri
merupakan

faktor

yang

signifikan

dalam

mempengaruhi

kejayaan

usahawan. Menurutnya lagi, faktor-faktor lain turut ada namun tidak


menunjukkan hubungan yang signifikan.
Menurut Khursiah binti Ahmad Zainudin dalam kajiannya Kesan
Penerimaan Pembudayaan Teknologi Hijau dalam keusahawanan di
Kalangan Belia di Sekitar Lembah Klang mendapati bahawa terjadinya
perhubungan yang positif antara faktor yang mendorong usahawan belia
dengan kejayaan usahawan belia.. Kajian tersebut dijalankan di sekitar
Lembah Klang yang melibatkan seramai 150 orang responden yang telah
dipilih. Kajian telah menggunakan kaedah kuantitatif di mana penyelidik
telah mengedarkan borang soal selidik tentang isu kejayaan usahawan
belia. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat empat faktor kritikal
yang mendorong belia berjaya dalam bidang keusahawanan. Faktor
tersebut ialah sikap belia, bantuan kerajaan, penggunaan teknologi hijau

dan perkembangan sains dan teknologi. Berdasarkan kajian ini, didapati


terdapat bantuan dan galakan daripada kerajaan kepada golongan belia
untuk menceburi bidang keusahawanan. Agensi-agensi tertentu yang
ditubuhkan berperanan memotivasikan usahawan dan bertindak dengan
cekap untuk membantu mereka dari segi pemasaran, modal, latihan dan
lain-lain (Kamarulzaman Ismail, 2009).
Suhaini Mat Daud, Nurhasyila Minhat & Yuslina Salleh dalam
kajiannya Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kejayaan Usahawan Kecil
MARA di Negeri Perlis mendapati bahawa terdapat sekurang-kurangnya
empat faktor utama yang mempengaruhi kejayaan usahawan kecil MARA
iaitu

minat,

bantuan

kewangan,

kemahiran

dan

latihan

dan

perkembangan teknologi. Kajian dijalankan melibatkan seramai 81 orang


usahawan kecil MARA yang mendapat pembiayaan daripada MARA. Kajian
tersebut menggunakan pendekatan kuantiatif dan instrumen kajian untuk
mengutip data adalah menggunakan borang soal selidik. Hasil dapatan
kajian menunjukkan faktor utama yang mendorong kejayaan usahawan
kredit MARA adalah faktor kemahiran dan latihan diikuti faktor minat,
bantuan kewangan dan perkembangan teknologi. Dapatan kajian ini
menyokong hasil dapatan kajian yang dijalankan Zaidatol Akmaliah et al
(1994) yang mendapati pendidikan keusahawan amat penting sama ada
yang bakal menjadi usahawan ataupun yang telah menceburi bidang
tersebut (Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias, 1997).
Menurut Norbaiti binti Tukiman & Ghazali bin Semil@Ismail (2010)
di dalam kajiannya Cabaran dan Faktor Kejayaan Usahawan Wanita
Bumiputera Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri Melaka,
faktor utama yang mempengaruhi kejayaan usahawan wanita bumiputera
adalah

minat yang tinggi terhadap bidang keusahawanan.

Kajian

dilakukan mengambil masa selama setahun ke atas 110 orang usahawan


wanita bumiputera PKS di tiga buah daerah di negeri Melaka iaitu Alor
Gajah, Melaka Tengah dan Jasin. Kajian menggunakan gabungan kaedah
kuantitatif dan kualitatif. Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor minat
yang mendalam dalam bidang keusahawanan menjadi pendorong utama
usahawan wanita bumiputera PKS untuk berjaya. Selain itu didapati
hubungan perniagaan usahawan wanita bumiputera PKS dengan faktor-

faktor kejayaan adalah lemah dan ini seterusnya menunjukkan prestasi


perniagaan tidak dipengaruhi atau bersandar sepenuhnya oleh faktorfaktor kejayaan yang dikenalpasti.
Suhaila Nadzri, Suhaily Md Shamsudin & Muhammad Firdaaus
Muhammad Sabri (2014) dalam kajiannya Faktor-faktor Penyumbang
kepada Kejayaan dan Kegagalan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Bumiputera di Malaysia mendapati bahawa terdapat dua faktor utama
yang mempengaruhi kejayaan atau kegagalan seseorang usahawan. Hasil
dapatan kajian membuktikan faktor dalaman dan faktor luaran amat
mempengaruhi kejayaan atau kegagalan perniagaan PKS di Malaysia.
Faktor

dalaman

meliputi

ciri-ciri

keusahawanan

dan

orientasi

keusahawan. Selain itu penyelidik juga mendapati terhadap elemen


ketaatan kepada agama dalam memberi pengaruh ke atas kejayaan
usahawan.
2.9 CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA
Menurut Ahmad Zabani Morad (2014) dalam kajiannya Usahawan Berjaya
dan Peranan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Negeri
Kedah, terdapat lapan ciri usahawan yang boleh menentukan kejayaan
seseorang usahawan. Kajian ini dijalankan di kawasan Parlimen Pokok
Sena, Kota Setar dan Kubang Pasu yang melibatkan seramai 300 orang
usahawan dan firma. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kuatitatif.
Hasil dapatan kajian menunjukkan skor min tertinggi dicatatkan oleh ciri
yakin terhadap diri sendiri, sanggup kerja kuat dan tabah dalam
perniagaan. Dapatan kajian ini disokong oleh Kamarulzaman Ismail
(2009) di dalam bukunya Melangkah ke Alam Keusahawanan, yang mana
beliau

berpendapat dorongan peribadi

berjaya menarik

seseorang

individu untuk menjadi seorang usahawan. Tambahnya, terdapat individu


yang suka melakukan kerja yang mencabar dan mempunyai risiko yang
tinggi. Selain itu, sifat keegoan seseorang untuk melaksanakan sesuatu
yang dirasakan merupakan ciptaannya sendiri, di samping sikap yang
tidak suka diperintah juga berjaya menarik individu tersebut ke arah
keusahawanan (Kamarulzaman Ismail & Amaludin Ab. Rahman, 2009).

Kajian Ahmad Zabani Morad (2014) juga menunjukkan ciri-ciri lain


yang ada pada seseorang juga boleh menentukan ia mampu menjadi
seorang usahawan yang berjaya. Ciri tersebut ialah tidak mudah berputus
asa, cekal menghadapi cabaran, sanggup berdikari dan berdaya maju,
tahu membuat pengkhususan, sanggup menentang risiko, tidak gentar
mendepani persaingan dan mampu bersaing. Selain itu faktor keturunan
keluarga juga menjadi motivasi kepada seorang usahawan untuk berjaya.
Pandangan ini disokong oleh

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah

Elias (1997) di dalam bukunya Keusahawanan & Motivasi Diri yang


menyatakan

sesetengah

usahawan

telah

disemai

semangat

keusahawanan semasa mereka masih kanak-kanak lagi. Menurutnya,


kesan pengalaman awal seperti bekerja keras, rajin, berdikari dan gigih ini
akan memupuk diri mereka supaya lebih cenderung ke arah memperolehi
sifat keusahawanan.
Mohani Abdul et al.(2008) di dalam bukunya Pembudayaan
Keusahawanan pula menyamakan usahawan yang berjaya dengan
seorang pemimpin yang berjaya. Menurutnya, personaliti pemimpin yang
berjaya adalah percaya kepada perkembangan berterusan (continous
growth), peningkatan kecekapan (improved efficiency) dan kejayaan yang
berterusan kepada organisasinya. Selain itu, seorang usahawan yang
berjaya sentiasa memberi galakan kepada pekerjanya serta mahir dalam
berkomunikasi serta membawa diri dalam lapangan kerjaya yang
diceburinya. Seorang usahawan yang berjaya juga mempunyai matlamat
yang jelas dan khusus serta menyelidiki maklumat. Menurut Mohani
Abdul et al.(2008) juga, usahawan berjaya akan sentiasa memperbaik
tindakan serta berusaha menjaga maruah orang bawahannya.
Seorang usahawan yang berjaya memiliki sikap merancang dan
bertanggungjawab

terhadap

kerjayanya

serta

bersedia

berubah.

Usahawan juga sanggup belajar daripada pengalaman sendiri dan juga


pengalaman orang lain supaya dapat memantapkan pengetahuan dan
kemahirannya. Mohani Abdul et al (2008) menulis di dalam bukunya itu
bahawa usahawan berjaya sentiasa berhati-hati terhadap kaedah baharu
yang terdapat dalam pasaran untuk meningkatkan produktiviti. Mohani
Abdul et al (2008) merumuskan ciri usahawan berjaya adalah percaya

kepada diri, berkebolehan menanggung risiko, cekal, fleksibel, kreatif,


berdisiplin, jujur dan sentiasa berinisiatif.
2.10 PERANAN USAHAWAN
Usahawan adalah agen perubahan masyarakat dan negara. Semakin
ramai usahawan dalam sesebuah negara, maka semakin maju dan pantas
sesebuah negara itu berkembang dan berjaya. Usahawan merupakan
rakan pembangunan negara serta berkolaborasi dengan pihak kerajaan
bagi membangunkan ekonomi masyarakat.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias (1997) di dalam
bukunya Keusahawanan & Motivasi Diri menyebut, kehadiran usahawan
akan menggalakkan penggunaan sumber-sumber ekonomi dengan lebih
berkesan. Menurutnya, usahawan menyumbang kepada kemakmuran
sosial serta mengorbankan tenaganya demi pembangunan ekonomi dan
sosial. Setiap masalah ekonomi yang dihadapi oleh penduduk sesebuah
negara adalah berkait dengan kemampuan penduduknya mengeksploitasi
sumber-sumber ekonomi dengan baik. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie &
Habibah Elias (1997) juga menyebut di negara-negara maju, terdapat
ramai usahawan yang bergiat secara aktif untuk memajukan negara.
Beliau

menambah,

kekuatan

sesebuah

negara

bergantung

pada

pembangunan industrinya. Dalam hal ini, usahawanlah yang berperanan


mengelolakan projek-projek pembangunan serta mengeluarkan barang
dan perkhidmatan.
Mohani Abdul et al. (2008) di dalam bukunya Pembudayaan
Keusahawanan pula menyenaraikan antara peranan usawan adalah
dalam mempertingkatkan pendapatan per kapita negara. Pendapatan per
kapita adalah pendapatan negara dibahagikan dengan jumlah penduduk
semasa. Menurut Mohani Abdul et al.(2008), peranan usahawan ini dapat
dilihat dari sudut mikro dan makro. Dari sudut mikro usahawan
bertangggungjawab dalam mengurus dan mengeluarkan barangan untuk
digunakan oleh masyarakat. Selain itu, usahawan juga menggembleng
segala sumber ekonomi untuk menghasilkan output seperti makanan,
pakaian, barangan elektrik, hasil pertanian dan lain-lain. Dari sudut makro

pula, Mohani Abdul et al.(2008) menyebut, usahawan berperanan


menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat serta menyajikan
pelbagai pilihan produk untuk digunakan oleh masyarakat. Selain itu,
usahawan

juga

menyumbang

kepada

peningkatan

teknologi

serta

penemuan dan inovasi baharu dalam penciptaan sesuatu produk.


Menurut Tam Yin Ling Adeline et al.(2014) dalam bukunya Asas
Keusahawanan, usahawan berperanan mencipta kekayaan di sampping
turut mendorong pembahagian kekayaan serta menyumbang kepada
kemakmuran ekonomi negara. Dari segi ekonomi, menurut Tam Yin Ling
Adeline et al. (2014), cukai yang dibayar oleh usahawan dapat membantu
kerajaan membina prasarana kepada rakyat. Peranan usahawan juga
dalam pengeluaran barangan dapat memberi lebih banyak pilihan kepada
pengguna dalam memilih produk yang diingininya. Malah menurut Tam
Yin Ling Adeline et al.(2014) juga, usahawan berperanan mengurangkan
kadar

pengangguran

pekerjaan.

Pendapat

dalam
ini

negara

berpedanan

melalui
dengan

penawaran

peluang

pandangan

yang

dikemukakan Mohani Abdul et al (2008) sebelum ini yang menyatakan


usahawan menyumbang kepada penyediaan peluang pekerjaan kepada
masyarakat.

2.11 KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA


Keusahawanan di Malaysia sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru. Ia
sebenarnya telah bermula seawall zaman kesultananan Melaka lagi
apabila penduduk tempatan berurus niaga dengan pedagang asing.
Setelah British mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu, mereka telah
menjalankan dasar pecah dan perintah yang mengasingkan sama
sekali setiap kaum mengikut sektor ekonomi. Selepas kemerdekaan
dicapai, pelbagai dasar ekonomi dilaksanakan seperti Dasar Ekonomi
Baru (DEB) (1971-1990), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (19902000) dan Wawasan 2020. DEB diperkenalkan adalah rentetan daripada
peristiwa 13 Mei 1969 yang melibatkan pertumpahan darah antara kaum
kesan daripada dasar pecah dan perintah British. Kajian oleh W.A. Lewis

dalam Racial Conflict and Economic Development yang dinyatakan oleh


Abdul

Razak

Omar

(1998)

dalam

bukunya

Menjaring

Usahawan

Bumiputera, beliau menulis bahawa apabila sesuatu kaum mendominasi


bidang perniagaan, ketegangan atau konflik antara etnik biasanya
berlaku.

Pada

ditubuhkan

tahun

sebagai

1995

Kementerian

badan

yang

Pembangunan

mengawal

dan

Usahawan

mempromosikan

pembangunan keusahawanan di Malaysia. Pada 2005 pula, Kementerian


tersebut dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi Malaysia.
Pemupukan budaya keusahawanan di Malaysia juga melibatkan
agensi-agensi kerajaan yang berperanan memberi latihan kepada para
usahawan. Menurut Mohani Abdul et al.(2008) di dalam bukunya
Pembudayaan Keusahawanan memberi contoh agensi tersebut ialah
seperti MARDI, MARA, NPC, SIRIM, MIDA dan MIDF. Beliau juga menulis
bahawa program pembangunan vendor dan pembangunan francais turut
diperhebatkan dan menjadi insentif kepada usahawan dalam sektor IKS.
Bumiputera. Pada tahun 2009, kementerian yang terlibat dengan
keusahawanan

telah

diambil

alih

oleh

Kementerian

Perdagangan

Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan


Wilayah.

Bidang

keushawanan

dilihat

sebagai

berprospek

untuk

menyumbang kepada hasil negara. Salah satu bidang keberhasilan utama


yang telah ditetapkan kerajaan adlaah Pengukuhan Keupayaan dan
Pembudayaan Keusahawanan (Tam Yin Ling Adeline, 2014).
2.12

PERBEZAAN

PENGURUSAN

PERNIAGAAN

ABAD

KE-20

DENGAN ABAD KE-21


Menurut Mohani Abdul et al. (2008) di dalam bukunya Pembudayaan
Keusahawanan, perbezaan pengurusan perniagaan pada kedua- dua abad
ini dapat dibahagikan kepada tiga aspek iaitu; pengaruh persekitaran
perniagaan,

pengaruh

menjelaskan,
menyebabkan

pada

persaingan

abad

usahawan

ke
tidak

20,

dan

pengaruh

persekitaran

mudah

teknologi.

Beliau

perniagaan

telah

meletakkan

tanggungjawab

kepada pekerja kerana mempunyai tanggapan yang rendah terhadap


kemampuan mereka. Walaubagaimanpun menurut Mohani Abdul, pada

abad ke-21, usahawan lebih mempercayai kebolehan pekerja serta


meletakkan tanggungjawab yang besar ke atas bahu mereka.
Selain itu, pengaruh persaingan menurut Mohani Abdul turut
mengubah fenomena keusahawanan di kedua-dua abad ini. Pada abad
ke-20, pengaruh liberalisasi dan globalisasi dalam alam perniagaan
tidaklah begitu rumit seperti mana abad ke-21.

Keterbukaan pasaran

serta fenomena dunia tanpa sempadan telah memberi kesan kepada


senario keusahawanan di mana ia telah mendedahkan syarikat-syarikat
usahawan kepada persaingan global yang sengit. Kebolehan kompetitif
akan menentukan kelangsungan syarikat (Mohani Abdul et al., 2008).
Menurutnya, usahawan abad ke-21 perlu bersedia menangani masalahmasalah luar jangka dan kepelbagaian ketidakpastian yang bakal
dihadapi
Pengaruh teknologi juga memberi pengaruh yang signifikan kepada
budaya keusahawanan. Menurut Mohani Abdul et al. (2008), peningkatan
dalam penggunaan mikro komputer, komunikasi data, imej dan grafik
adalah antara contoh-contoh yang dapat diperkatakan. Transformasi
teknologi yang berlaku pada era kini sudah tentunya lebih pantas
berbanding dahulu. Perubahan ini akan memberi kesan yang pelbagai
dari segi teknologi atua sinergi (Mohani Abdul et al.2008).
2.13 CABARAN DIHADAPI USAHAWAN DI ABAD KE-21
Senario

keusahawanan

pada

zaman

kini

adalah

lebih

kompleks

berbanding dahulu. Norbaiti binti Tukiman dan Ghazali bin Semil@Ismail


(2010) dalam kajiannya Cabaran dan Faktor Kejayaan Usahawan Wanita
Bumiputera Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Negeri Melaka
mendapati bahawa cabaran utama yang dihadapi golongan tersebut
adalah keyakinan diri dan cabaran dari keluarga terdekat. Selain itu
menurut Mohani Abdul et al.(2008) dalam bukunya Pembudayaan
Keusahawanan, beliau menyenaraikan cabaran-cabaran yang dihadapi
usahawan pada abad ke-21. Antaranya kepelbagaian tenaga kerja di
mana beliau menjelaskan tenaga kerja dalam dunia perniagaan kini
adalah lebih heterogen dan berbagai-bagai-bagai latar belakang. Selain

itu,

kesetiaan

pekerja

yang

menurun,

kekurangan

tenaga

buruh,

kekurangan pekerja berkemahiran, peningkatan kualiti yang berterusan,


gerak balas terhadap globalisasi dan kesementaraan menjadi cabaran
utama kepada usahawan dalam mengharungi cabaran alam perniagaan
pada abad ke-21.
2.14 USAHAWAN DAN RISIKO
Usahawan dan risiko tidak dapat dipisahkan. Hal ini kerana usahawan itu
sendiri bersifat menanggung risiko serta bertanggungjawab terhadap
keputusan yang dibuatnya. Menurut Mohani Abdul et al.(2008) di dalam
bukunya menulis bahawa perkataan risiko berasal daripada perkataan
Arab risq atau perkataan Latin risicum. Risiko merupakan tanggungan
yang dihadapi oleh seseorang dalam perjalanan untuk mendapatkan hasil
di mana hasil yang bakal diperoleh tidak diketahui sama ada hasil yang
baik atau sebaliknya.
Mohani Abdul et al.(2008), menggambarkan risiko sebagai keadaan
ketidakpastian. Beliau memberi analogi seorang usahawan yang terpaksa
membuat satu pilihan terbaik di antara pilihan-pilihan yang terbaik.
Sekiranya keputusan yang dibuat itu betul, hasil yang diperoleh adalah
berupa keuntungan. Namun jika keputusan yang diambil itu salah, hasil
yang diterima adalah mendukacitakan. Oleh sebab itu, usahawan perlu
mengenal pasti risiko yang bakal diambil sama ada dengan melihat
kepada peratusan kejayaan dibandingkan dengan peratusan kegagalan.
Usahawan yang sejati memandang risiko sebagai peluang dan bukanya
halangan untuk perusahaannya lebih maju berkembang.
Menurut Mohani Abdul et al (2008) lagi, terdapat beberapa jenis
risiko

yang

akan

dihadapi

para

usahawan

dalam

menjalankan

perniagaanya. Pertamanya risiko perniagaan seperti kebakaran, kecurian


harta perniagaan, kecederaan pekerja, perbehentian pekerja, kualiti
barangan dan kerosakan jentera. Walau bagaimanapun risiko-risiko
berkenaan menurut Mohani Abdul boleh dikawal atau dipindahkan kepada
pihak lain. Fenomena kegawatan ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang
pula adalah bentuk risiko yang tidak boleh dikawal oleh usahawan dan
usahawan terpaksa memikul risiko berkenaan. Keduanya risiko kewangan

yang mana usahawan berhadapan dengan risiko tahap kecairan tunai,


risiko pinjaman, kredit dan tukaran asing .
Selanjutnya Mohani Abdul et al.(2008) menerangkan tentang
pengurusan risiko melalui pengurangan impak ke atasnya. Dalam dunia
moden, usahawan tidak semestinya dapat menghapuskan semua risiko,
sebaliknya boleh meminimakan impak risiko dengan memindahkanya
kepada penanggung-penanggung risiko.
Tam

Yin

Ling

Adeline

et

al

(2014)

dalam

bukunya

Asas

Keusahawanan menjelaskan usahawan perlu menghadapi risiko dalam


perniagaan tanpa mengira industri yang diceburi. Risiko merujuk kepada
kemungkinan mengalami kerugian atau menghadapi bahaya (Kamus
Dewan,2010). Beliau menulis bahawa pengurusan risiko penting kepada
seorang usahawan demi menjumatkan sumber, melindungi reputasi
syarikat, mencegah liability undang-undang dan perlindungan kepada
orang ramai dan alam sekitar.
Menurut Tam Yin Ling Adeline et al (2014) lagi, proses pengurusan
risiko bermula dengan mengenal pasti risiko perniagaan, mengkaji dan
menilai risiko, merancang pengurusan risiko, melaksanakan pengurusan
risiko dan akhirnya menilai dan mengawal keberkesanan pengurusan
rsiko. Beliau juga memberi contoh risiko yang bakaldihadapi usahawan
dalam kerjayanya sebagai usahawan termasuklah risiko kekurangan
aliran tunai, hutang lapuk, kerugian, pengeluaran tergendala stok terjejas
dan risiko kemalangan. Selain itu beliau juga melanjutkan tentang caracara pengurusan risiko yang boleh digunakan oleh usahawan. Hal ini
kerana pengurusan risiko yang baik dapat meminamkan kesan risiko
tersebut ke atas perusahaan. Beliau memberi contoh risiko kekurangan
aliran tunai boleh diatasi dengan menjual produk secara tunai dan
mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.
2.15 USAHAWAN DAN KREATIVITI
Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan
menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui

kemahiran imaginasi. Menurut Mohani Abdul et al. (2008) dalam bukunya


Pembudayaan Keusahawanan, kreativiti adalah kebolehan kompetitif
yang perlu ada dalam diri setiap usahawan. Dengan adanya kreativiti,
seorang usahawan dapat berinovasi melalui penciptaan produk yang lain
dari yang lain serta tidak dikeluarkan oleh usahawan lain.
Pemikiran kreatif adalah berbeza dengan pemikiran konvensional
yang sering diguna pakai sekarang. Pemikiran kreatif akan menidakkan
logik dan rasional demi mencipta sesuatu yang baru yang tidak
terjangkau oleh pemikiran logik. Misalnya penciptaan aiskrim pasu yang
menjadi fenomena sekarang adalah bertitik tolak daripada pola pemikiran
kreatif oleh individu tertentu. Selain itu, pengenalan produk mesra alam
seperti polisterina yang diperbuat daripada ubi kayu juga adalah
rentetan daripada pemikiran kreatif yang berimaginasi tentang perkara
berkenaan.
Dollinger (1995) yang dinyatakan oleh Mohani Abdul et al.(2008)
dalam

buku

Pembudayaan

Keusahawanan

berpandangan,kreativiti

mempunyai hubungan yang rapat dengan revolusi, perubahan dan


dinamisme. Kreativiti merupakan leupayaan berfikir secara kritikal dan
membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya
mengemukakan cadangan penyelesaian.
Menurut Chermerhorn, Hunt dan Osborn (2003) yang dinyatakan
dalam

buku

Asas

Pembudayaan

Keusahawanan

(2007),kreativiti

melibatkan perkembangan yang tiada tolok bandingnya dan merupakan


jawapan kepada sesuatu masalah yang bakal diperoleh.
2.16 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, usahawan dan keusahawanan adalah dua entiti
yang berbeza. Usahawan adalah orang yang terlibat dalam bidang
keusahawanan sebaliknya keusahawanan adalah proses yang dilalui
usahawan dalam kerjayanya dalam bidang tersebut. Selain itu, usahawan
dan peniaga mempunyai peranan yang berbeza antara satu sama lain.
Keusahawan juga telah berlaku bukan pada hari ini sebaliknya bertahun-

tahun yang lalu, namun dengan nama yang lain. Usahawan dan kreativiti
adalah tidak boleh dipisahkan. Usahawan juga perlu bijak dalam
pengurusan risko perniagaan. Oleh itu, langkah-langkah yang betul perlu
dicari

suapay

dapat

melahirkan

usahawan

berjaya

setersunya

menyumbang kepada kemammuran negara.

BIBLIOGRAFI
Buku
Ab. Aziz Yusof (2013). Strategi Usahawan Cemerlang : Modul Garis
Panduan

Keusahawanan. Kuala Lumpur : Utusan Publications &

Distributors Sdn Bhd.


Barjoyai Bardai & Mohd. Fairuz Md. Salleh (1998). Peluang Perniagaan.
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Chiew Tung Moi, Tam Yin Lin@Adeline, Mansur Tola & Chang Mui
Ling@Dyana

(2011). Asas Keusahawanan. Puchong : Penerbitan

Multimedia Sdn Bhd.


Hoe Chee Hee, Mohd Salleh Din, Norashidah Hashim, Ooi Yeng Keat,
Shuhymee

Ahmad, Habshah Bakar, Norita Deraman, Rosli Mahmood,

Armanurah Mohamad, Lily Julienti Abu Bakar, Muhammad Nasri Md


Hussain (2005).

Asas Keusahawanan. Singapore : Thomson Learning

Kamarulzaman Ismail & Amaludin Ab. Rahman (ed) (2009). Melangkah ke


Alam Keusahawanan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors
Sdn Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kathleen Aleen,Ph.D (2001). Entrepreneurship for Dummies. United
States of

America : IDG Books Worldwide, Inc.

Mohani Abdul, Kamarulzaman Ismail, Zainal Abidin Mohamed & Abdul


Jumaat

Mahajar

Jaya : Prentice Hall

(2008).

Pembudayaan

Keusahawanan.

Petaling

Mohd Shafie Ariffin & Mohamad Azim Shafeeyullagan (2009). Teras


Keusahawanan. Shah Alam : Mc Graw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd.
Sabitha Marican (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya :
Prentice

Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Tam Yin Ling Adeline, Chiew Tung Moi, Dyana Chang Mui Ling,
Bonaventure

Boniface & Mansur Tola (2014). Asas Keusahawanan

Edisi Kedua. Puchong

: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Wan Liz Ozman Wan Omar & Sulzari Mohamed (2002). Memperkasa
Usahawan : Panduan Lengkap Pengurusan Perniagaan dan Penjanaan
Usahawan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias (1997). Keusahawanan dan
Motivasi

Diri. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia

Jurnal
Norashidah Hashim, Norasmah Othman & Noraishah Buang (2009).
Konsep

Kesediaan Keusahawanan Berdasarkan Kajian Kes Usahawan

Industri Kecil

dan

Sederhana

Pendidikan Malaysia, 34(1) ,

(IKS)

di

Malaysia.

Dalam

Jurnal

187-203.

PROSIDING PERBINCANGAN
Hasnah

Ali,

Memberikan

Norhafizah

Abdul

Razak

dan

Sanep

Ahmad

(2010).

pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam

perbincangan. Dalam

Prosiding

Persidangan

Kebangsaan

Ekonomi

Malaysia ke V (PERKEM V)

Inovasi dan Pertumbuhan Ekonomi (m.s.

141-151) Port Dickson Negeri

Sembilan.

Ahmad Zabani Morad (2014). Memberikan pendapat yang bernas sebagai


sumbangan dalam perbincangan. Dalam Prosiding Persidangan
Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-9 (PERKEM-9) Urus Tadbir
Ekonomi

yang Adil : Ke arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi (459-

466). Kuala Terengganu : Universiti Kebangsaan Malaysia


Mohd Adib Abd Muin, Muhmmad Fakhirin Che Majid & Shhairimi Abdullah
(2014).

Memberikan pendapat yang beranas sebagai sumbangan

dalam

perbincangan. Dalam Seminar Penyelidikan Kebangsaan

2014: Memartabatkan Kesarjanaan Melalui Penyelidikan.

: Universiti

Utara Malaysia
TESIS
Mohd Hassan bin Mohd Osman (2007). Faktor-faktor yang Mempengaruhi
Kejayaan Usahawan Kredit Mikro di Negeri Johor. Johor : Universiti
Teknologi Malaysia
Norbaiti binti Tukiman & Ghazali bin Semil@Ismail (2010). Cabaran dan
Faktor Kejayaan Usahawan Wanita Bumiputera Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS) di Negeri Melaka. Melaka : Universiti Teknologi Mara.
Norsida Man & Azimi Hamzah (2007). Keperluan Program Pendidikan
Pertanian Di Kalangan Beliatani Di Kawasan Luar Bandar. Malaysia :
Universiti Putra Malaysia
KERTAS KERJA
Mohamed Khaled Nordin, Januari 2009. Kongres Ekonomi Islam Ketiga
(KEI-3).
Islam Ketiga

Kertas kerja yang Dibentangkan dalam Kongres Ekonomi


(KEI-3) di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai