Anda di halaman 1dari 25

USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF DI MALAYSIA: ANALISIS PERNIAGAAN NORDIN BATIK KELANTAN (USAHAWAN KAMPUNG/KECIL MENENGAH)

Oleh: Siti Hashidah binti Mohd Nasir (P 66513) she_nas@yahoo.com Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

1.0 PENDAHULUAN Bidang keusahawanan merupakan salah satu bidang yang sangat penting bagi mana-mana negara di dunia ini. Hal ini kerana keusahawanan merupakan salah satu bentuk disiplin ilmu yang menjadi tonggak kepada perkembangan, pembangunan dan pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Masyarakat yang mempunyai paling ramai usahawan dianggap sebagai sebuah kumpulan masyarakat yang sempurna, berbakat, berdisiplin, berdikari, berjaya dan lebih maju dari segi perkembangan mental dan sosio-ekonominya. Menjadi seorang usahawan yang berjaya bukanlah satu tugas yang mudah. Namun, ianya juga bukanlah satu tugas yang sukar untuk dicapai. Dalam membentuk individu menjadi seorang usahawan berjaya, mereka haruslah memahami konsep asas keusahawanan dan memiliki ciri-ciri yang seharusnya ada pada usahawan berjaya. Golongan usahawan memainkan peranan di dalam membantu menggerakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya inovasi sesebuah negara. Perkara ini jelas kerana, tanpa kehadiran usahawan, maka banyak sumber alam tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya, dan kerugian sumber akan berlaku. Usahawan juga merupakan daya penggerak penerokaan bidang-bidang baru dan terkini selari dengan kehendak masyarakat. Peranan usahawan itu sendiri dalam menyediakan menyediakan ruangruang dan peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan kepada masyarakat sekeliling tidak boleh dipertikaikan. Justeru itu, usahawan dianggap sebagai pemangkin dan pemacu terpenting dalam proses pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dan kehadiran usahawan sememangnya amatlah diperlukan.

Faktor pendorong kejayaan merupakan elemen terpenting bagi mencapai kelebihan bersaing bagi usahawan-usahawan yang sedia ada di Malaysia. Walaupun ramai pencipta dan
1

inventor adalah terdiri daripada kalangan usahawan, namun terdapat ramai usahawan yang berjaya bukannya disebabkan hasil pencapaian penciptaan mereka. Faktor kejayaan juga menunjukkan prestasi samada suatu perusahaan itu telah berjaya atau tidak berjaya mencapai sasaran misi dan visi yang telah dibentuk sebelum organisasi tersebut ditubuhkan. Organisasi yang berjaya mengenalpasti dan menggunakan faktor-faktor kejayaan akan membentuk keunikan bagi membolehkan mereka mencapai kelebihan bersaing. Tujuan analisis tentang usahawan kreatif dan inovatif ini adalah untuk mengenal pasti keadaan pembangunan Nordin Batik di Malaysia terutamanya negeri Kelantan. Kertas ini akan membincangkan secara

terperinci latar belakang kehidupan dan faktor-faktor kejayaan utama dan kritikal tokoh usahawan batik di Kelantan iaitu Tuan Haji Nordin Bin Mahmood. Aspek perbincangan turut menghuraikan ciri-ciri seseorang usahawan serta apa yang perlu ada untuk menjadi individu yang bergelar usahawan berjaya. Berbeza dengan seorang peniaga, usahawan merupakan seorang yang berfikiran kreatif, inovatif dan bersedia mengambil risiko dalam meneroka dan mengemudi suatu perusahaan atau perniagaan yang diceburinya. Perbincangan turut menjurus kepada analisis terhadap amalan keusahawanan, pengaruh persekitaran luaran dan dalaman, tindakan kreatif dan inovatif serta cadangan tindakan kreatif atau inovatif yang dilakukan oleh tokoh dalam perniagaan batik dan bagaimana mereka menempa kejayaan dalam perniagaan yang diceburi diterangkan secara ringkas bagi tujuan memberi gambaran rahsia kejayaan mereka.

2.0 DEFINISI USAHAWAN KREATIF DAN KEUSAHAWANAN Disiplin ilmu keusahawanan merupakan satu disiplin ilmu yang masih muda usianya berbanding dengan disiplin ilmu lain. Oleh itu, masih banyak isu-isu yang belum diterokai dan diperjelaskan oleh para penyelidik dan ahli akademik. Maka, tidak hairanlah jika istilah keusahawanan sering disamaertikan dengan peniaga, walaupun kedua-duanya adalah berbeza dari beberapa sudut penjelasan, penerangan dan pentafsiran.

2.1 Usahawan Kreatif Perkataan entrepreneur (usahawan) adalah dalam bahasa Inggeris juga berasal daripada bahasa Perancis iaitu entreprendre yang bermaksud memikul (tugas), tanggungjawab, menggalas atau mencuba. Dalam Bahasa Malaysia istilah usahawan sebenarnya berasal daripada perkataan usaha. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007), usaha ialah daya upaya termasuk ikhtiar, kegiatan, perbuatan, dan lain-lain hal untuk melaksanakan atau menyempurnakan sesuatu tugas dan pekerjaan
2

bagi tujuan untuk mencapai kejayaan. Usahawan disifatkan sebagai seorang yang berkebolehan untuk mengesan dan merebut sesuatu peluang perniagaan, melibatkan diri secara berterusan dan secara langsung, mencipta peluang baru dalam perniagaan, dan mengusahakan perniagaan tersebut bagi tujuan mencapai ganjaran dari segi kewangan (keuntungan) dan kepuasan diri. Biasanya usahawan dilihat sebagai seseorang yang dinamik dan sentiasa mempunyai sifat ingin mencuba atau mencipta sesuatu yang baru. Usahawan dikatakan sanggup mengambil risiko perniagaan untuk berjaya.Stoner (1995) mendefinisikan usahawan sebagai pengasas kepada sesuatu usaha teroka dan mewujudkan satu organisasi baru bagi usaha tersebut dan seterusnya menguruskannya untuk mendapat keuntungan.

Usahawan kreatif menurut John Howkins sebagai seseorang yang secara kreatifnya membuka kunci kejayaan yang berada dalam diri mereka sendiri daripada melibatkan faktor- faktor luaran. Usahawan kreatif adalah individu yang mengambil alih pencipataan atau penghasilan kerja-kerja kreatif and mampu membina struktur perniagaan dalam memasarkan produk-produk yang kreatif. Seseorang usahawan yang kreatif mampu bertindak kreatif dalam pelbagai aspek seperti penghasilan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengurusan, pemasaran dan penggunaan sumber. Ramai usahawan yang salah faham mengenai konsep kreativiti yang mana mereka beranggapan kreativiti memberi maksud penghasilan produk baru yang belum pernah ada dalam pasaran. Namun konsep sebenar kreatif adalah mencari peluangpeluang yang ada dalam diri mereka yang belum pernah dicungkil untuk menghasilkan kelainan pada produk atau perkhidmatan tidak kira produk atau perkhidmatan yang sedia ada mahupun produk baru.

2.2 Keusahawanan Hisrich R.D., Peters M.P., and Shepherd D.A., (2007) mendefinisikan bahawa keusahawanan pula merupakan bidang kerja yang bermakna bukan sahaja kepada diri dan keluarga, tetapi juga kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Keusahawanan secara ringkasnya adalah merupakan satu proses dinamik dalam penghasilan kekayaan secara berperingkat. Seorang usahawan yang berjaya, mampu merealisasikan impiannya dan bijak dalam mengatur strategi perniagaan dengan menggabungkan input-input yang sedia ada, membuat pengubahsuaian dan bersedia menghadapi risiko untuk menjayakan sesebuah perniagaan bagi tujuan mencapai
3

keuntungan. Dalam era globalisasi dan dunia informasi kini, usahawan perlu meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya dari semasa ke semasa. Justeru itu, keusahawanan adalah merupakan satu bidang yang memerlukan disiplin yang tinggi, dinamik, dan berterusan. Pelbagai disiplin seperti pengurusan, ekonomi, sosiologi, sosio-psikologi ataupun psikologi menyumbang ke arah kematangan dan kemajuan disiplin keusahawanan sebagai suatu bentuk disiplin yang unik dan tersendiri.

Menurut Hisrich dan Peter (2007), keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar dalam ekuiti, masa dan komitmen kerjaya atau menyediakan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia adalah proses penciptaan sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa dan usaha dan juga risiko kewangan, psikologi dan sosial. Ganjaran dari usaha itu, maka usahawan akan menerima manfaat dari segi kewangan, kepuasan peribadi dan kebebasan.

3.0 CIRI-CIRI USAHAWAN KREATIF 1. Seorang usahawan yang kreatif adalah usahawan yang sengaja menghasikan idea baru, konsep baru dan tanggapan baru. Maksudnya idea yang dikemukakan menyimpang jauh daripada idea yang ada sekarang. Ada kalanya idea itu seolah-olah pelik dan mencabar fikiran logik manusia normal. 2. Mengutamakan cara lain untuk melihat sesuatu yang sedang difikirkan. Maksudnya, ia cuba lari daripada cara biasa melihat sesuatu. Semakin banyak sudut pandangan yang digunakan semakin baik. 3. Memberi fokus kepada usaha mahu mengubah idea yang ada pada masa ini. Maksudnya, tujuan utama pemikiran ini ialah untuk membawa perubahan, bukan untuk meneruskan idea sekarang. 4. Mencari cara baru untuk menggantikan penyelesaian yang sedang digunakan sekarang. Maksudnya, pemikiran ini cuba membuang cara kerja yang ada hari ini dan menggantikannya dengan yang baru. 5. Pemikiran ini tidak pernah berpuas hati dengan jawapan yang digunakan sekarang. 6. Pemikiran ini sengaja menghasikan idea-idea yang boleh memeranjatkan fikiran-fikiran biasa.

7. Pemikiran ini mengganggap idea yang baik tidak perlu kelihatan logik pada awalnya, Ia gemar menggunakan logik songsang. Sebagai contoh, biasanya orang menyapu garam pada ikan sebelum digorengkan. Logik songsang mengatakan goreng ikan dahulu, baru sapu garam. 8. Menumpukan perhatian kepada kemungkinan-kemungkinan yang mungkin akan berlaku pada masa akan datang, maksudnya, pemikiran ini gemar membayangkan apa yang akan terjadi akibat adanya idea yang pelik itu.

4.0 USAHAWAN

KAMPUNG/KECIL

MENENGAH:

PERNIAGAAN

NORDIN

BATIK KELANTAN

Secara amnya, Kelantan adalah sebuah negeri yang memang dikenali sebagai sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai hasil kesenian yang halus dan bermutu tinggi. Antaranya ialah songket, pertukangan perak, wau bulan dan hasil kraftangan termasuk juga batik. Batik merupakan satu kesenian yang sungguh halus dan menarik kerana ianya menuntut kepakaran dan ketelitian yang tinggi. Antara pengusaha batik yang terkenal dan tersohor di Kelantan adalah Tuan Haji Nordin Bin Mahmood. Beliau merupakan antara golongan terawal yang mempelopori industri batik di Kelantan dan tokoh batik yang masih berdiri gagah di arena pembatikkan sehingga kini. Hasil kerja keras tanpa mengenal penat lelah dan iltizam yang tinggi, beliau tidak pernah jemu untuk menceburi sektor batik dan pernah melalui pahit getir sepanjang pembabitan beliau yang sudah lebih dari 50 tahun dalam bidang ini. Kini, beliau mampu berbangga dengan hasil kerja kerasnya selama ini dengan terbina megahnya Wisma Nordin, iaitu satu-satunya pusat pameran dan jualan batik yang pertama dan terbesar di negeri Kelantan yang pernah dimiliki kaum bumiputera khususnya dalam kalangan pengusaha batik Kelantan. Perniagaan Nordin Batik Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat bumiputera yang menjalankan perusahaan batik di negeri Kelantan. Syarikat milik tuan Haji Nordin bin
5

Mahmood ini telah ditubuhkan pada tahun 1993 iaitu tambahan kepada perniagaan yang dahulunya didaftarkan di bawah Ordinan Perniagaan 1956 sebagai pemilik tunggal pada 1hb September 1981.

Dewasa ini, Nordin Batik telah menjadi syarikat yang terulung di negeri Kelantan malah kewujudan Wisma Nordin adalah satu mercu tanda perniagaan batik tersebut dan ianya terletak pada Lot 74, Kampung Paloh Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan yang mana bernilai lebih kurang RM2 juta. Di samping mengusahakan perusahaan batik, Tuan Haji Nordin juga telah mengorak langkah dengan membangunkan sebuah hotel bajet yang dikenali dengan nama Paloh Inn yang terletak pada bangunan yang sama, di mana sekarang ini diuruskan oleh anak ketiganya, Puan Azlizan Nordin. Di bangunan Wisma Nordin juga, terletaknya Showroom Nordin batik yang diuruskan oleh anaknya yang sulung iaitu Puan Azlinda Nordin dan dibantu oleh Encik Ruhi Mukhlis Muhammad selaku Penolong Pengurus Showroom Nordin batik.

4.1 Biodata Pengerusi Eksekutif

Tuan Haji Nordin bin Mahmood, dilahirkan pada 24 September 1949, di Jalan Gajah Mati, Kota Bharu, Kelantan berusia 64 tahun merupakan Pengerusi Eksekutif Wisma Nordin Group. Beliau menetap di Lot 1905, Jalan Wakaf Stan, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Padang Garong, Kota Bharu dan beliau telah melanjutkan pelajarannya di Sultan Ismail College (SIC). Penglibatan beliau dalam bidang batik mula timbul sejak dari zaman kanak-kanaknya lagi, yang mana beliau telah terdedah kepada dunia batik. Sebenarnya, batik telah menjadi sebahagian daripada hidup Tuan Haji Nordin kerana bapanya, iaitu Haji Mahmood bin Muhammad sendiri adalah seorang penggiat batik di sekitar awal 40an. Haji Mahmood telah menjadikan batik sebagai sumber pendapatan utama keluarga dengan membuat sarang batik (batik cop) dan mengusahakan batik secara tradisional di bawah rumahnya, di Jalan Gajah Mati bersama seorang pekerja, yang mana ia diusahakan secara kecil-kecilan.

Berkat dari pemerhatian sejak kecil, minat Tuan Haji Nordin terhadap batik mula tersemai. Pada tahun 1963, beliau telah mula membantu bapanya dalam pembatikkan, dan kemudian telah keluar mencari pengalaman berniaga batik dengan bapa saudaranya sendiri, Tuan Haji Muhammad Amin bin Idris. Pada tahun 1968 sehingga 1972, berbagai pengalaman yang ditimba sepanjang terbabit dalam bidang penjualan yang mana Tuan Haji Nordin sebagai jurujual di kedai bapa saudaranya yang terletak di Pasar Lama Kota Bharu, atau lebih dikenali sebagai Pasar Zink Merah. Selepas lebih empat tahun sebagai jurujual, Tuan Haji Nordin telah membuat keputusan untuk mengambil upah membuat batik sendiri, sekaligus mewarisi tradisi
7

batik dari bapanya. Dengan bermodalkan RM500, beliau telah membuka tapak di Kampung Sireh dengan menubuh sebuah kilang dan diusahakan dengan dibantu oleh tiga orang pekerja. Beliau membuat batik secara mengambil upah dari pembatikpembatik di sekitar Kota Bharu selama lebih kurang 15 tahun. Berkat kesabaran, komited yang tinggi, dan idea yang kreatif, beliau berjaya bertahan dan muncul sebagai penggiat batik yang tersohor di Kelantan. Pada tahun 2002, beliau memenangi tempat kedua bagi Anugerah Tokoh Usahawan Kraf 2002 Peringkat Akhir, sebagai ahli Persatuan Pembatik-pembatik Kelantan dan aktif sebagai ahli persatuan amal. Sebagai seorang ketua keluarga, beliau merupakan seorang suami dan bapa yang penyayang dan bertanggungjawab. Isteri beliau, Puan Hajah Asiah binti Mohd Zain, merupakan pengurus pusat jualan Nordin Batik di Bazaar Buluh Kubu. Bapa kepada enam orang cahaya mata ini, telah berjaya membesarkan anak-anak beliau, dan menjadikan mereka sebagai bakal pewaris kepada perniagaan beliau, yang mana anak sulung beliau, Azlinda Nordin telah dilantik sebagai Pengurus Showroom Nordin Batik Sdn. Bhd, anak keduanya iaitu Fadli Nordin di pertanggungjawabkan menjaga dan menyelia kilang kedua yang terletak di Kg. Penambang, Jalan PCB, Kota Bharu, manakala anak ketiganya iaitu Azlizan Nordin pula bertindak sebagai Pengurus Pentadbiran Paloh Inn. Aziana Nordin pula merupakan anak ke empat, memperolehi Diploma Kesetiausahaan daripada Universiti Teknologi MARA Cawangan Dungun, Terengganu. Manakala anaknya yang kelima iaitu Mohd. Faizal, bertanggungjawab ke atas kerja-kerja pembinaan bagi projek terbaru Tuan Haji Nordin iaitu industri burung layang-layang. Seterusnya anak bongsu beliau, Nur Afiqah masih lagi menuntut di institut pengajian tinggi.

4.2 Profil Perniagaan

Nama Syarikat No. Pendaftaran Syarikat Alamat

: : :

Nordin Batik Sdn. Bhd. 280166 X Lot 184, Kampong Pintu Geng, 15100 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Tarikh Penubuhan Setiausaha Syarikat

: :

29 hb Oktober 1993 SAIFULDIN & PARTNER (M) SDN. BHD. 4355-D, Lot 1006, Seksyen 27, Tingkat 1, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Status Syarikat Telefon Modal Berbayar Bank / No. akaun

Sendirian Berhad 09-748 5394 RM 500,000.00 PBB 3094046717 RHB 20303910137040 BCB 03010048987058

Jualan Setahun Kapasiti Pengeluaran Sebulan

RM 4,500,000.00 (TAHUN 2012) i. ii. iii. Batik Stensil 4,600 helai Kain Kemeja Stensil 3,000 helai Kaften Stensil 2,000 helai Batik Pasang Lukis Batik Kaften Lukis Batik Skaf Lukis Batik Pasang Stensil Batik Kaften Stensil Batik Skaf Stensil Batik Sarong Kain Kemeja Stensil Agensi Kerajaan Pelancong Jualan terus kepada pembekal Jualan terus kepada pengguna

Jenis Produk Yang Dikeluarkan

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.

Saluran Pengedaran

i. ii. iii. iv.

Nilai Eksport Punca Bahan Mentah

: :

RM 330,000,000 Kain putih diimport terus dari Negara China dan Singapura manakala ubat kain dibeli dari pembekal tempatan.

Pengalaman dalam bidang batik Kajian dan Penyelidikan

42 tahun

Sentiasa mengadakan perbincangan dan kajian dengan kakitangan yang terlibat mengenai masalah yang timbul terutama sekali di bahagian stensil dan teknik mewarna supaya ianya dapat menghasilkan mutu yang menarik dan cantik.

10

4.3 Showroom Nordin Batik

Showroom Nordin Batik ialah sebuah pusat jualan kraftangan yang terletak di bangunan Wisma Nordin, Lot 74, Kampung Paloh Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan. Sebagai sebuah pusat kraftangan yang pertama seumpamanya di bandar Kota Bharu. Usaha syarikat ini untuk memperkenal dan menaikkan kembali martabat hasil kraftangan tempatan yang mana satu-satunya warisan tradisi nenek moyang kita dapat dihargai oleh semua lapisan masyarakat dan dipelihara hasil seninya. Penumpuan syarikat ini ialah untuk memasarkan barangan kraftangan dan hasil produk batik dan juga songket. Pemilik Showroom Nordin Batik, Tuan Haji Nordin Bin Mahmood telah mendapat khidmat nasihat dari pihak Kraftangan Malaysia untuk menjalankan perusahaan penjualan kraftangan. Pada mulanya, Tuan Haji Nordin merancang untuk menjadikan tapak jualan ini sebagai sebuah pusat pameran dan jualan barangan batik sahaja, tetapi setelah dikaji dan ditinjau oleh pihak Kraftangan Malaysia, tapak jualan ini berpotensi untuk dimajukan sebagai sebuah pusat kraftangan yang mengumpulkan pelbagai jenis hasil seni dan kraftangan yang unik dan menarik. Dengan inisiatif pemilik, maka wujudlah sebuah pusat pameran dan jualan kraftangan yang pertama di negeri Kelantan dengan keluasan 11,200 kaki persegi yang dikenali sebagai Showroom Nordin Batik. Bersama kakitangan seramai sepuluh orang yang diuruskan oleh pengurus pusat pameran, Puan Azlinda Nordin pasti Showroom Nordin Batik mampu muncul sebagai pusat kraftangan yang terkenal di Malaysia.
11

a) Objektif Pusat pameran dan jualan kraftangan yang diwujudkan adalah salah satu projek pelancongan yang bakal menarik minat pelancong bagi mengenali lebih dekat kesenian dan kehalusan kraftangan masyarakat tempatan. Showroom Nordin Batik diharapkan dapat mengiktiraf produk kraftangan ke peringkat antarabangsa, sekaligus dapat memartabatkan nilai budaya Melayu yang sebenar. Syarikat juga berharap agar pusat kraftangan ini dapat menjadi salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di negeri Kelantan, khusus bagi pelancong yang ingin mendapatkan produk kraftangan yang terbaik dan pelbagai dengan harga yang berpatutan.

b) Misi / Visi Misi utama syarikat dalam mewujudkan pusat pameran dan jualan kraftangan ini ialah untuk menyedia dan memasarkan produk-produk kraftangan dan tradisional yang mempunyai ciri-ciri keaslian nilai seni dan budaya yang tinggi.

c) Sasaran Pelanggan Syarikat telah mengenalpasti beberapa kategori pelanggan yang disasarkan bagi melancarkan pameran dan penjualan produk kraftangan : i. ii. iii. iv. Rombongan pelancong luar negeri Rombongan pelancong tempatan Kakitangan kerajaan dan perbadanan Pemborong-pemborong tempatan dan luar negeri

d) Produk Pembuatan dan Jualan Beberapa produk yang bakal dijadikan bahan pameran dan jualan di pusat kraftangan syarikat ialah: i. ii. Produk batik (kain, baju siap, beg, bekas pensil dan lain-lain) Barang-barang haji dan ihram (kain ihram, tali pinggang haji, seluar haji dan telekong sembahyang) iii. iv. Produk perak (pasu, mangkuk, perhiasan, replika dan lain- lain) Produk kayu ukir (bekas pensil, bingkai gambar, perhiasan, bingkai cermin dan lain-lain) v. Pasu antik (terdiri daripada pasu yang dibentuk dan dicorakkan dengan teknik tradisional)
12

vi. vii.

Produk songket (kain, beg dan perhiasan rumah) Produk tembikar (terdiri daripada produk tembikar dalam pelbagai saiz dan bentuk)

viii.

Produk kaca (diimport khas dari negara China seperti gelas kaca, pasu bunga, buah-buahan hiasan dan lain-lain

ix.

Produk mengkuang dan rotan ( terdiri daripada tudung saji, beg, bakul, topi, bekas bunga dan lain-lain)

x.

Produk khat dalam pelbagai bentuk dan saiz dengan ukiran ayat-ayat suci Al-Quran.

xi.

Alatan sembahyang (seperti tasbih, sejadah, kopiah, songkok dan baju melayu untuk dewasa dan kanak-kanak)

e) Aktiviti Pelancongan Beberapa aktiviti pelancongan telah dirancang dan dijadualkan yang mana akan beroperasi di salah satu sudut di tapak Showroom Nordin Batik ini bagi memberi peluang kepada pelancong yang berkunjung untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana produk kraftangan dihasilkan. Antara aktiviti yang syarikat sediakan ialah mini bengkel untuk mendemonstrasikan cara pembuatan batik bermula dari proses chanting dan mewarna. Syarikat juga mengadakan demonstrasi membuat wau dan tenunan songket.

f) Kemudahan dan Keistimewaan Sebagai sebuah pusat pameran yang bakal dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat dan dari serata negeri, syarikat akan memastikan pengunjung yang datang mestilah dilayan dengan sebaik mungkin, dan kerana menyedari hakikat tersebut syarikat akan menempatkan kakitangan yang mencukupi dan mesra pelanggan untuk melayan pelanggan syarikat di setiap bahagian yang diwujudkan. Bukan itu sahaja, antara kemudahan lain ialah kemudahan musalla, dan kawasan meletak kereta yang mencukupi bagi menampung kehadiran pelancong. Syarikat juga telah mewujudkan beberapa replika berbentuk produk kraftangan seperti rebana, keris, kain batik dan chanting. Dengan adanya replika ini mungkin boleh menarik minat pelancong untuk berhenti dan singgah di pusat kraftangan syarikat ini.

13

g) Strategi Pemasaran Syarikat telah merancangkan beberapa strategi pemasaran bagi memberikan maklumat kepada umum berkenaan pusat pameran dan jualan kraftangan yang diwujudkan melalui beberapa media seperti internet, akhbar dan media elektronik yang mana dari segi penerimaan maklumat yang lebih menyeluruh dan meluas. Melalui promosi yang bakal diadakan, syarikat dapat menarik minat pelancong dan masyarakat tempatan untuk membeli produk kraftangan dengan harga istimewa. Di samping itu, syarikat juga giat mempromosikan rangkaian produk dengan mengadakan lawatan promosi dari sekolah ke sekolah, lawatan ke jabatan-jabatan kerajaan, agensi pelancongan, dan menaja pakaian bagi pengacara televisyen dan artis, selain dari mengadakan karnival jualan dengan tawaran harga yang menarik.

4.4 Proses Pembuatan Batik

Kain di chanting

Proses skrin

Produk sedia dipasarkan

14

5.0 ANALISIS FIRMA DAN PERNIAGAAN NORDIN BATIK KELANTAN

5.1 Amalan Keusahawanan Nordin Batik Sdn. Bhd. adalah merupakan sebuah Syarikat Sendirian Berhad yang ditubuhkan bagi tujuan mengilang dan mengedar batik tradisional untuk pasaran di dalam dan di luar negeri Kelantan. Ianya ditubuhkan pada tahun 1993 tambahan kepada perniagaan yang dahulunya didaftarkan dibawah Ordinan Perniagaan 1956 sebagai pemilik tunggal pada 1hb. Sept. 1981. Dengan kegigihan dan ketabahan pemiliknya iaitu Tuan Haji Nordin bin Mahmood, syarikat ini telah berkembang maju tahun demi tahun di dalam perusahaan batik tradisional. Beliau telah pun memulakan perusahaan batik ini semenjak 1972, bertempat di Kampung Sireh, Kota Bharu dengan 3 orang pekerja. Pengeluaran pada masa itu bertumpukan kepada batik sarong dan batik ela. Di sini juga dinyatakan peringkat-peringkat amalan keusahawanan yang diamalkan oleh Tuan Haji Nordin dalam pembuatan batiknya iaitu:-

i.

Input - Sentiasa mengenal pasti jenis kain yang bermutu dan diimport.

Kebanyakan kain yang diimport adalah dari China. Jenis kain juga dikelaskan mengikut gred-gred yang tertentu. Gred yang mahal akan menghasilkan batik yang mahal dan bermutu nilainya.

ii.

Transformasi - Pada awalnya, pengilangan dibuat dengan 15 orang pekerja.

Syarikat mendapat bekalan kain putih dari Koperasi Pembatik-pembatik Kelantan Berhad untuk mengilang batik sarong dan batik ela. Tahap pengeluaran adalah sebanyak 15-20 pasang sehari. Kerja-kerja ini dilakukan secara mengambil upah dari pembatik-pembatik di sekitar Kota Bharu.Syarikat terpaksa berpindah ke Kampung
15

Pintu Geng, Kota Bharu, kerana proses pembesaran di mana tempat lama didapati tidak lagi sesuai kerana sempit. Pada masa ini bilangan pekerja telah meningkat kepada 50 orang dengan kuantiti pengeluaran sebanyak 100 meter sehari. Syarikat memasuki era baru dalam industri batik tradisional dengan mengeluarkan batik tulis yang terdiri dari kain sutera Jacquard, Rayon Jacquard dan Rayon Fuji. Bilangan pekerja meningkat kepada 60 orang dengan pengeluaran sebanyak 100 pasang sehari (400 meter).

iii.

Output - Syarikat telah dilesenkan sebagai pengilang berlesen dibawah

Seksyen 13, Akta Cukai Jualan. Syarikat telah diberi kebenaran oleh Jabatan Kastam dan Eksais di Raja untuk mengimport kain putih dari China dan Singapura tanpa bayaran cukai jualan. Di samping itu, syarikat juga diberi pengecualian duti import oleh Perbendaharaan Malaysia untuk tujuan yang sama. Jumlah pekerja meningkat kepada 80 orang dan pengeluaran meningkat kepada 120 pasang sehari (480 meter). Bilangan pekerja bertambah kepada 110 orang seiring dengan pertambahan permintaan yang mana pengeluaran meningkat kepada 440 pasang sehari (1760 meter). Syarikat telah menambahkan bilangan pekerja kepada 140 orang dengan purata pengeluaran di antara 550-750 pasang sehari dengan penggunaan kain putih di antara 2200 hingga 3000 meter sehari dan semuanya adalah terdiri daripada kain sutera yang diimport terus daripada negara China.

5.2 Pengaruh Persekitaran Perkembangan fesyen terkini menjadikan industri batik semakin berkembang dengan pelbagai idea yang dihasilkan oleh pelukis batik adalah sangat berdaya saing. Faktor ini mengapa pengurusan harus sentiasa peka dengan keadaan semasa. Persekitaran memainkan peranan penting dan amat dititikberatkan oleh Tuan Haji Nordin dalam memastikan kualiti batik yang dihasilkan benar-benar memberi kepuasan kepada citarasa pelanggan malah pengaruh persekitaran yang sering memberi kesan adalah dari sudut:i. Luaran - Persekitaran luaran seperti pelanggan, persaingan, pengaruh kerajaan, pembekal, institusi kewangan dan pertubuhan bukan kerajaan adalah persekitaran yang mempengaruhi secara langsung aktiviti keusahawanan dari luar usaha teroka. Malah dengan terbentuknya faktor-faktor ini maka pengusaha batik yang lain

16

sentiasa bertungkus lumus bagi memastikan produk mereka sentiasa mendapat tempat dihati pelanggan dengan pelbagai variasi corak yang terbaru dan terkini.

ii.

Dalaman - Komponen persekitaran dalaman terdiri daripada sumber, struktur dan budaya. Sumber merupakan aset utama bagi pengeluaran produk. Sumber ini termasuklah usahawan sendiri, aset kewangan, sumber manusia, bahan mentah, kemudahan fizikal, teknologi dan reputasi. Usahawan perlu menguruskan sumbersumber ini dengan cekap agar perniagaan terus maju. Usahawan sendiri merupakan sumber yang paling dekat dengan perniagaan. Diri usahawan yang menyumbang tenaga, idea, kemahiran, pengetahuan dan pengalaman. Usahawan perlu bekerja keras, jujur, berwawasan, bersemangat, tidak mudah putus asa, menepati janji. Sumber kewangan diperlukan untuk mendapat lain-lain sumber. Sumber kewangan terdiri daripada modal sendiri, pinjaman bank, pinjaman daripada saudara mara atau rakan, pelabur-pelabur dan penajaan sumber kewangan dalaman. Sumber manusia atau pekerja amat dititikberatkan malah pekerja itu sendiri yang akan merealisasikan matlamat usahawan dan menjadikan sektor batik bermutu nilainya. Manakala sumber fizikal pula adalah harta digunakan dalam pengeluaran dan pentadbiran usaha teroka. Ianya terdiri daripada bangunan, peralatan, mesin dan jentera serta semua harta yang ada di lokasi usaha teroka. Selain itu, struktur usaha teroka adalah kaedah mengorganisasikan terma komunikasi, rantaian perintah, autoriti dan aliran kerja. Usahawan batik perlu menanam budaya yang positif dalam organisasi perniagaan daripada peringkat awal penubuhan usaha teroka. Hal ini perlu untuk memastikan satu suasana yang kondusif atau baik wujud dalam organisasi bagi pengurusan yang lebih berkesan. Dalam pada itu juga, suasana tempat mencanting batik atau tempat melukis batik juga haruslah mempunyai ruang yang mencukupi dan luas agar ianya dapat memberi keselesaan kepada pelukis batik agar dapat menterjemahkan serta menghasilkan batik yang bermutu nilainya.

iii.

Kebaikan - Aspek kebaikan yang diterapkan terutamanya disiplin para pekerja atau sumber manusia itu sendiri memainkan peranan penting di samping dapat menaikkan imej firma. Selain itu juga, ianya dapat membantu keluarga masingmasing terutama pekerjanya yang terdiri golongan remaja dan ibu-ibu tunggal dengan kepakaran yang dimiliki malah memberi peluang pekerjaan kepada
17

masyarakat setempat dalam penghasilan produk batik. Setiap produk yang dihasilkan disusun dengan lebih teratur, lebih kemas agar ianya mampu menarik minat pelanggan untuk melihat hasil keluaran batik. Selain itu, faktor demografi dilihat dikenal pasti dan dianalisa oleh usahawan dalam bentuk umur, jantina dan lain-lain yang akan mempengaruhi usahawan dalam membuat keputusan tentang lokasi dan jenis keluaran. iv. Masalah - Kebanyakan masalah pengusaha batik adalah bermula daripada persaingan dalam pasaran. Selain itu, lokasi firma haruslah strategik dan memudahkan para pelanggan untuk singgah selain kurangnya publisiti, iklan serta promosi. Selain itu, masalah faktor cuaca menjadi pemangkin kepada warna dalam menghasilkan corak dan batik yang menarik serta eksklusif. Selain itu, masalah kelembapan dan kegawatan ekonomi telah melanda negara, semua perniagaan menjadi lembap, begitulah juga dengan perniagaan industri batik menerima nasib yang sama. Walau bagaimanapun dengan pengalaman yang ada pada Encik Nordin Mahmood, beliau masih lagi bertahan untuk mengeluar dan memasarkan keluaran kilang beliau. Di samping itu, beliau juga telah berjaya mengubah haluan corak batik daripada corak lukis tangan kepada corak stensil (skrin printing manual) yang menjadi kesukaan orang ramai. Skrin printing menggunakan meja meja panjang dan mampu mengeluarkan 2000 meter sehari jika perlu.

5.3 Pengurusan Organisasi i. Pekerja - Syarikat memberi peluang kepada tenaga kerja untuk mencurahkan idea mereka bagi menghasilkan batik yang lebih bermutu. Semangat harus diberikan kepada mereka bagi mendapatkan hasil kerja yang lebih baik. Di samping itu, dengan perbanyakkan pameran merupakan satu alternatif dalam

memperkenalkan industri batik di persada antarabangsa dengan lebih produktif dan kompetitif.

ii.

Operasi Syarikat - Syarikat telah diluluskan Pengecualian Duti Import/Cukai Jualan ke atas Mesin dan Peralatan oleh MIDA sebagaimana Rujukan MIDA 100/32114/0061/002 JKM pada 19 September 2000. Dengan kelulusan ini syarikat telah menempah 2 buah mesin iaitu mesin kalender dan mesin clureng
18

dari Pekalongan, Indonesia

dengan

harga

RP125,000,000.00

juta

RM52,500.00 dan dijangkakan syarikat akan memperolehi mesin tersebut pada pertengahan bulan Jun ini. Kegunaan mesin adalah untuk pengering dan pengilat khusus untuk pengeluaran batik sarong dan Batik Jawa Tulin. Sosial Peranan sosial yang dimainkan oleh usahawan atau perniagaan meliputi peringkat-peringkat berikut. a) Input Mengadakan bengkel atau seminar kepada para pengusaha termasuk pelukis batik bagi mencurahkan idea mereka dalam menghasilkan tahap batik yang tinggi nilai komersialnya. Menghasilkan pelbagai corak sama ada bebas, abstrak atau tumbuh-tumbuhan mengikut gaya semasa dan terkini.Di samping itu, mengadakan pameran di setiap ekspo sama ada di peringkat negeri atau antarabangsa, menempatkan beberapa orang wakil yang mampu memberikan maklum balas kepada para pelanggan. b) Transformasi Mengadakan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya batik kerana ianya menggambarkan budaya kita sebagai orang Melayu yang tidak dapat dipisahkan dengan batik. Selain itu, tahun 2003 telah menyaksikan kejayaan besar dalam sejarah perniagaan bagi Tuan Haji Nordin. Setelah melalui pelbagai rintangan dan jatuh bangun di dalam industri batik serta mendapat persaingan yang sengit dari pengusaha-pengusaha batik profesional di sekitar Kota Bharu, beliau telah mengambil langkah yang berani pada masa yang tepat untuk mengembangkan lagi empayar perniagaannya. Dengan tertubuhnya Wisma Nordin pada pertengahan 2003, yang terbahagi kepada beberapa cabang perniagaan, iaitu ruang pameran dan pusat jualan kraftangan (SHOWROOM NBSB), tempat penginapan dengan bilik berhawa dingin serta kemudahan yang selesa (PALOH INN), dewan untuk pelbagai kegunaan (DEWAN CENGKIH) dan sektor pemaju perumahan (NBM ENGINEERING & DEVELOPMENT) yang dibina di atas tapak dengan keluasan 2 ekar di alamat 74, Kg. Paloh Pintu Geng, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Pada masa yang sama, pihak kerajaan telah mengadakan kempen penggalakkan pemakaian batik di kalangan kakitangan kerajaan dan juga swasta sebagai sebahagian pakaian rasmi semasa bekerja. Hasil dari galakan daripada kerajaan juga, industri pembatikkan Malaysia telah menunjukkan perkembangan yang positif. Usaha ini disambut baik oleh seluruh
19

iii.

pengusaha batik, dan pihak syarikat Tuan Haji Nordin juga tidak ketinggalan untuk menghasilkan produk yang lebih baik, mempelbagaikan corak dan fabrik kain demi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat. c) Output Ianya sebagai pemangkin kepada kemajuan negara dalam meningkatkan ekonomi negara di samping memperkenalkan batik di persada antarabangsa. Ia juga menjadi amalan masyarakat di negara ini agar menjadikan pakaian batik sebagai satu wadah atau kemestian dalam menghadiri majlis-majlis rasmi tidak kira mereka Melayu, Cina dan India serta kaum lain juga sebagai jati diri rakyat Malaysia dalam merealisasikan semangat 1Malaysia.

5.4 Analisis SWOT Secara umumnya, analisis SWOT (Strengths, Weakness, Opportunities & Threats) telah digunakan untuk membuat penilaian dan analisis setelah semua maklumat diperoleh. Pendekatan SWOT adalah satu model analisis yang paling hampir kepada situasi sebenar kerana ia memberi peluang untuk penilaian secara serentak dalam membuat keputusan, menilai objektif, pelbagai faktor dan strategi (Siti Maimon, 2003). Dalam pendekatan SWOT, saya mengambil langkah untuk mengetahui serba sedikit tentang perniagaan Tuan Haji Nordin dari segi:-

Kekuatan (Strengths). Apakah kecekapan yang ada pada perniagaan anda? Apakah yang anda benar-benar cemerlang dalam melakukan sesuatu? Ya, sentiasa peka dengan perkembangan semasa dalam industri batik kerana sekarang banyak persaingan di antara pengusaha batik sama ada dalam Kelantan atau luar dari Kelantan. Saya mesti sentiasa kemaskinikan corak serta padanan warna yang terbaru agar setiap batik yang dihasilkan lebih berkualiti dan mendapat tempat pertama di hati pelanggan.

Kelemahan(Weakness). Adakah perniagaan anda kekurangan daripada segi sumber-sumber atau kebolehan? Adakah perniagaan anda terdedah kepada ancaman pesaing-pesaing? Boleh dikatakan banyak kekurangan terutamanya permintaan yang banyak dari para pelanggan, semakin banyak permintaan maka banyaklah jumlah kain yang diperlukan dan di situlah sumber-sumber kain dari pengedar perlu kita hubungi. Selain daripada
20

itu, para pekerja dilatih untuk mengetahui tentang mutu kain, warna, fabrik dan sebagainya.Ya, banyak persaingan serta ancaman dari pesaing-pesaing lain terutamanya dari segi sumber kain.

Peluang-peluang (Opportunities). Bolehkah perniagaan anda menjual lebih banyak atau mencari pasaran baru atau membuat produk/ servis baru? Seperti yang dikatakan tadi, perniagaan ini boleh berkembang jika wujudnya ideaidea baru untuk dihasilkan bagi menjamin mutu batik yang tinggi. Banyak peluang boleh diketengahkan dan produk ini bukan sahaja setakat kain atau kemeja batik sahaja, mungkin kita akan perkenalkan produk baru berasaskan batik seperti lampu, kotak, pensel, payung dan pelbagai barangan lain yang mempamerkan ciri-ciri batik.

Ancaman(Threats). Adakah produk dan teknologi anda boleh ditewaskan? Atau adakah pasaran semakin mengecil? Ya, kemungkinan ianya boleh berlaku di kalangan pengusaha batik sekarang terutamanya timbul cara baru yang lebih lengkap, lebih canggih dan ada juga di kalangan pengusaha yang berkemampuan akan menggunakan teknik lukisan batik secara digital, dan itulah yang menjadikan kita tewas. Sebenarnya banyak cara yang boleh kita ketengahkan dalam menghasilkan produk batik yang lebih berkualti dan bermutu.

5.5 Ringkasan Analisis Secara keseluruhan, kejayaan Tuan Haji Nordin bin Mahmood sebagai usahawan kampung yang kreatif dan inovatif dalam perusahaan batik tradisi di Kelantan dipengaruhi oleh kemahiran-kemahiran keusahawanan yang tinggi yang ada dalam dirinya. Semua ilmu dan kemahiran ini berjaya beliau perolehi melalui pelbagai pengetahuan dan pengalaman luas dan berguna yang telah beliau lalui sepanjang bergelar usahawan. Sehingga ke hari beliau telah berjaya mendapat gelaran Tokoh Usahawan Batik yang berjaya. Hal ini menjadikan beliau layak untuk dianggap sebagai seorang yang mempunyai ciri-ciri kretif dan inovatif. Untuk lebih memahami dan melihat dengan lebih jelas lagi tentang analisis Perniagaan Nordin Batik Sdn Bhd dari konteks perusahaan yang bercirikan kreatif dan inovatif, sila rujuk Jadual 1.

21

Jadual 1: Ringkasan Analisis Usahawan Kreatif dan Inovatif: Perniagaan Nordin Batik Sdn Bhd. Aktiviti / Proses Produk Strategi & Langkah Pengurusan Perniagaan Sentiasa mengenal pasti jenis kain yang bermutu dan diimport dari China. Jenis kain juga dikelaskan mengikut gred-gred yang tertentu. Gred yang mahal akan menghasilkan batik yang mahal dan bermutu nilainya. perkenalkan produk baru berasaskan batik seperti lampu, kotak, pensel, payung dan pelbagai barangan lain yang mempamerkan ciri-ciri batik mengubah haluan corak batik daripada corak lukis tangan kepada corak stensil (skrin printing manual) yang menjadi kesukaan orang ramai. Skrin printing menggunakan meja meja panjang dan mampu mengeluarkan 2000 meter sehari jika perlu. Mengadakan bengkel atau seminar kepada para pengusaha termasuk pelukis batik bagi mencurahkan idea mereka dalam menghasilkan tahap batik yang tinggi nilai komersialnya. memberi peluang kepada tenaga kerja untuk mencurahkan idea mereka bagi menghasilkan batik yang lebih bermutu. kemaskinikan corak serta padanan warna yang terbaru agar setiap batik yang dihasilkan lebih berkualiti dan mendapat tempat pertama di hati pelanggan memberikan maklumat kepada umum berkenaan pusat pameran dan jualan kraftangan yang diwujudkan melalui beberapa media seperti internet, akhbar dan media elektronik mempromosikan rangkaian produk dengan mengadakan lawatan promosi dari sekolah ke sekolah, lawatan ke jabatan-jabatan kerajaan, agensi pelancongan, dan menaja pakaian bagi pengacara televisyen dan artis, selain dari mengadakan karnival jualan dengan tawaran harga yang menarik. perbanyakkan pameran merupakan satu alternatif dalam memperkenalkan industri batik di persada antarabangsa dengan lebih produktif dan kompetitif. Beberapa aktiviti pelancongan telah dirancang dan dijadualkan yang mana akan beroperasi di salah satu sudut di tapak
22

Pengeluaran

Pengurusan organisasi

Pengurusan pekerja

Perkhidmatan pelanggan

Pemasaran

Showroom Nordin Batik ini bagi memberi peluang kepada pelancong yang berkunjung untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana produk kraftangan dihasilkan. Kajian Penyelidikan & Sentiasa mengadakan perbincangan dan kajian dengan kakitangan yang terlibat mengenai masalah yang timbul terutama sekali di bahagian stensil dan teknik mewarna supaya ianya dapat menghasilkan mutu yang menarik dan cantik.

6.0 CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI. Setiap insan di dunia ini tidak boleh lari dari cabaran dan dugaan dalam hidup, begitu juga dengan Tuan Haji Nordin bin Mahmood sendiri. Pelbagai asam garam dalam selok-belok perniagaan telah beliau lalui. Beliau juga telah merasa bermula dari bawah, kemerosotan ekonomi, karenah pelanggan dan banyak lagi. Antara cabaran yang terpaksa dihadapi oleh beliau adalah masalah untuk bertapak dalam industri batik. Untuk menjadikan batik beliau di kenali orang ramai, beliau pernah menjual kain batik dari rumah ke rumah dengan menggunakan basikal dan beliau berjalan kaki sambil memikul kain batik sekiranya basikal beliau rosak. Setelah orang ramai mula mengenali akan kain batik tersebut, beliau mula mendapat tempahan dari pelusuk Kota Bharu.

Di samping itu juga, kehidupan keluarga beliau yang serba kekurangan telah menaikkan lagi motivasi beliau untuk berdikari sendiri. Betapa susahnya hidup beliau sehingga beliau mengambil langkah untuk meneruskan usaha bapa beliau dalam mengusahakan batik tradisional. Sehinggalah beliau berjaya menjadikan syarikat beliau antara yang elit di Kelantan pada masa ini. Apa yang menarik perhatian saya adalah beliau tidak langsung meninggi diri malah selalu mengingati asal usul beliau. Sampai begitu sekali beliau merendahkan diri namun beliau percaya pasti ada hikmah di sebalik apa yang di lakukannya. Cabaran yang paling besar yang pernah di tempuhi dan tidak mungkin di lupakan adalah kegawatan ekonomi Malaysia pada sekitar tahun 1993 sehingga hujung 1998. Di antara tahun itu, perniagaan beliau mula jatuh dan permintaan terhadap batik merudum secara mendadak sehinggakan tiga perempat dari pengusaha batik di negeri Kelantan telah kerugian teruk dan ada yang telah lingkup. Pelbagai inisiatif telah di lakukan oleh beliau untuk mengukuhkan kembali perniagaan beliau hinggalah diperkenalkan kain sutera dan

23

penggunaan teknik lukis tangan. Sejak dari itu bermulalah evolusi dalam batik sehingga ke hari ini.

Beliau telah menanam sikap sentiasa maniskan muka apabila berdepan pelanggan walaupun mereka silap dan cerewet. Tapi masih tidak terlepas dari pelanggan yang menipu, tidak membayar batik yang sudah di ambil, dan lain- lain. Inilah asam garam perniagaan yang beliau pernah lalui.

7.0 KESIMPULAN Usahawan yang mengusahakan batik merupakan seseorang yang berfikiran kreatif, inovatif dan bersedia mengambil risiko dalam mengusahakan usaha teroka yang diceburinya. Usahawan akan cuba menghasilkan idea-idea perniagaan yang baru, mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber yang sedia ada dalam membangunkan perniagaannya sehingga berjaya. Usahawan juga dikatakan mencipta kekayaan dari hasil usaha terokanya. Peranan usahawan adalah sangat penting dalam membina masyarakat yang sempurna dan sihat. Pihak kerajaan telah mewujudkan banyak program-program bagi menggalakkan penyertaan individu sebagai usahawan. Persediaan untuk menjadi usahawan bolehlah diibaratkan sebagai langkah bersiap sedia menuju medan perang. Individu yang terlibat hendaklah mempastikan bahawa mereka bukan sahaja mempunyai kelengkapan fizikal yang standing dengan musuh dalam bidang perniagaan yang akan diceburi tetapi juga mempunyai kekuatan spiritual dan mental yang seimbang dengan cabaran yang akan ditempuhi. Walaupun kerjaya sebagai usahawan sesuatu yang dianggap mencabar, namun pada masa yang sama hasil dan ganjarannya amatlah memberangsangkan.Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, seseorang individu itu perlu mempunyai ciri-ciri unik seorang usahawan. Ciri-ciri inilah yang membezakan individu yang bergelar usahawan dengan bukan usahawan. Seseorang usahawan itu boleh menjadi seorang pengurus dan peniaga kecil, namun belum pasti mereka ini boleh menjadi usahawan yang berjaya. Profil usahawan berjaya boleh dijadikan contoh dan sumber inspirasi kepada seseorang individu dalam mengejar cita-citanya menjadi usahawan berjaya dan cemerlang.

24

Andersson, S.(2003). High-growth firms in the Swedish erp industry. Journal of small business and enterprise development 10(2):180-193. Azizi Hj. Yahaya,(2008). Pembentukan Personaliti Remaja Johor. Sekundai. Universiti Teknologi Malaysia. Dinnis, A & Helms,M.(2000). Women entrepreneurship: a study case of Portugal. Journal of international business of entrepreneurship.8 (2):65-88. Erni et.al,(2001). Penglibatan kaum wanita dalam aktiviti keusahawanana di negeri Johor: Kajian terhadap faktor-faktor kritikal kejayaan dan kegagalan pengendalian perniagaan. (Dlm) Thuaibah et.al Ibrahim,I.(2000).Kedudukan wanita dalam isalam. Dalam Abdul Rahman,S.F.(Penyunting). Pemartabatan wanita di Malaysia.Pp.9. Ismail Abdul Wahab.2004. Profil dan cabaran usahawan wanita di Malaysia. Pusat pembangunan usahawan Malaysia (MEDEC) Shah Alam: Universiti Teknologi MARA. Kuehl,C.R & Lambing,P.(2000). Entrepreneurship.Edisi Ketiga. Upper saddle river, New Jersey:Prentice-Hall. Norlizah Che Hassan.(2008). Perkaitan cara gaya keibubapaan dengan konsep kendiri dan tingkah laku delinkuen remaja. Tesis PhD.Univerasiti Malaya.

25

Anda mungkin juga menyukai