Anda di halaman 1dari 1

Abstract Untuk Seminar International di UKM

KEKANGAN GRADUAN MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN



Oleh

Siti Solehah Ghazali
Halimah Harun
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak
Bidang keusahawanan menyediakan peluang yang luas untuk diceburi sebagai satu kerjaya.
Namun, ia masih kurang digemari oleh graduan di malaysia. Kebanyakan graduan
mempersepsikan bidang ini sebagai pilihan kedua atau terakhir kerana kurangnya kesedaran
terhadap potensi kerjaya tersebut. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti
faktor-faktor, cabaran dan isu-isu berkaitan yang menjadi kekangan kepada graduan untuk
menceburi bidang keusahawanan. Kajian kuantitatif telah dilakukan menggunakan kaedah soal
selidik ke atas 100 orang responden di beberapa IPTS di Melaka untuk melihat faktor yang
mempengaruhi kekangan graduan menceburi bidang keusahawanan. Dapatan kajian ini
diharapkan dapat membantu mengurangkan atau meminimumkan impak kekangan bagi graduan
yang ingin menceburi bidang keusahawanan.

Kata kunci: graduan, bidang keusahawanan, faktor, cabaran, isu

Anda mungkin juga menyukai