Anda di halaman 1dari 7

TAHAP KECENDERUNGAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE INSTITUSI

PENGAJIAN TINGGI DALAM KALANGAN PELAJAR LEPASAN


SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Muhammad Airil Zulmajdi Bin Azri

Fakulti Kontemporari Islam

Abstrak

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap kecenderungan untuk melanjutkan pengajian
ke institusi pengajian tinggi dan faktor utama mendorong mereka untuk tidak melanjutkan pengajian
dalam kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tujuan dari penelitian ini adalah
untuk melihat sejauh mana kebenaran bahawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tidak berminat
untuk melanjutkan pengajian tinggi. Hasil perbincangan ini melihat kepada perkaitan yang jelas tahap
kecenderungan pelajar menerusi faktor kehendak diri sendiri, dorongan ibu bapa, pengaruh rakan
sebaya, limitasi pilihan, peluang pekerjaan, pilihan kerjaya, serta latar belakang kemahiran dan minat.

Kata kunci: Kecenderungan, Minat, Pengajian, Sijil Pelajaran Malaysia.

PENGENALAN

Pendidikan dan kerjaya adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Kebiasaannya orang memilih
pendidikan tertentu bukan sekadar mengisi ilmu di dada dengan pengetahuan sebaliknya bermatlamat
bagi mendapatkan pekerjaan yang sesuai mengikut tahap pendidikan. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan menekankan usaha penting sektor pendidikan negara dalam melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan
(RMK9), kerajaan telah menggariskan teras bagi meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi
negara serta memupuk minda kelas pertama sebagai satu dari lima teras utama dalam usaha kerajaan
untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)
dilancarkan pada 27 Ogos 2007 untuk merealisasikan matlamat pembangunan modal insan dalam
menghadapi cabaran pembangunan ekonomi yang berlandaskan ilmu pengetahuan dan inovasi.

Manusia perlu belajar kerana secara semula jadi manusia memang tidak mempunyai
pengetahuan berkaitan sesuatu perkara melainkan telah melalui perkara itu sendiri atau
mempelajarinya daripada orang lain. Pada zaman kini, manusia bukan sekadar perlu belajar malah
memiliki latar belakang berpendidikan supaya mempunyai kelulusan. Pendidikan menjadi suatu
keperluan yang asasi kerana dengan hasil pendidikan tersebut kita dapat menjayakan cita-cita kita dan
menyara kehidupan seharian hasil pendapatan yang baik menjadikan seseorang itu berupaya hidup
selesa malah mampu bersaing dengan kemajuan dan pembangunan yang giat berlaku di sekelilingnya.

Sehubungan dengan itu, kita perlu menitikberatkan perkara ini baik dahulu mahupun
sekarang terutama kepada pelajar lepasan SPM yang menjadi tonggak utama pemimpin pada masa
hadapan iaitu gesaan supaya belajar mencari ilmu pengetahuan sebanyak mungkin. Ia bersesuaian
dengan ajaran Nabi Muhammad SAW sendiri bahawa sebagaimana sabdanya seperti diriwayatkan
oleh Ibnu Majah iaitu, “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap orang Islam.” Para ulama Islam
zaman silam juga ada mengemukakan gesaan supaya menuntut ilmu sehingga ke negeri China. Ini
disebabkan tempat itu adalah tempat yang paling jauh diketahui wujud oleh mereka pada ketika itu.
Oleh kerana itu, tidak ramai anak-anak remaja yakni belia yang didedahkan dengan persediaan
menghadapi dunia kerjaya.

PENYATAAN MASALAH

Baru-baru ini kita digemparkan dengan isu lepasan Sijil Pengajian Malaysia tidak berminat
untuk menyambung ke pengajian tinggi. Hal ini dibangkitkan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
merupakan ahli politik Malaysia yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di Muar kerana
kebimbangan beliau terhadap generasi muda yang enggan melanjutkan pengajian tinggi dan mudah
terdedah dengan perkara-perkara ‘trend’. Jika dahulu pelajar lepasan SPM berlumba-lumba cuba
untuk mendapatkan tempat di institusi pengajian tinggi akan tetapi kini tidak lagi apabila kaji selidik
Jabatan Perangkaan mendapati kira-kira 390,000 atau 72.1 peratus pelajar lepasan SPM tidak mahu
menyambung pengajian dan memasuki alam pekerjaan. Walaupun data tersebut adalah dari tahun
2019 tetapi ‘trend’ ini dipercayai akan berterusan pada tahun akan datang. Menurut laporan
Pembangunan Produktiviti dan Daya Saing (MPC), sebuah tinjauan dilaksanakan bagi mengukur
prestasi Pendidikan rakyat Malaysia mendapati hanya 22.1 peratus sahaja pelajar SPM melanjutkan
pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi.

Penularan budaya pada masa kini sedikit sebanyak telah mengurangkan minat pelajar lepasan
SPM untuk melanjutkan pengajian tinggi. Hal ini kerana pelajar-pelajar ini lebih cepat terpengaruh
dengan ‘influencer’ yang telah berjaya tanpa berlatarbelakang pengajian tinggi. Sesetengah influencer
menyatakan bahawa ‘tidak belajar tinggi-tinggi pun boleh berjaya, tanpa sijil pun boleh jadi kaya
raya’. Ini menyebabkan pelajar-pelajar lepasan SPM mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan
pengajian seterusnya mengambil peluang untuk memasuki alam pekerjaan. Jika ini berlanjutan,
negara kita akan kekurangan tenaga profesional yang memerlukan sijil diiktiraf seperti pensyarah,
doktor dan sebagainya. Akhirnya kita terpaksa import pekerja profesional dari luar negara sebab
pekerja tempatan kita hanya ramai dalam sektor kemahiran.

PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah faktor membuatkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tidak berminat untuk
melanjutkan pengajian tinggi?

2. Sejauh manakah inisiatif yang diambil dapat mengatasi permasalahan untuk mengurangkan
peratusan pelajar lepasan SPM yang tidak berminat melanjutkan pengajian tinggi?

OBJEKTIF KAJIAN

1. Untuk mengenalpasti faktor yang dihadapi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tidak
berminat untuk melanjutkan pengajian tinggi.

2. Untuk melihat inisiatif yang di ambil dapat mengatasi permasalahan untuk mengurangkan
peratusan pelajar lepasan SPM yang tidak berminat melanjutkan pengajian tinggi.
METODOLOGI

Kajian ini adalah berbentuk tinjauan dan merupakan satu kajian awal yang menggunakan kaedah soal
selidik bagi mengumpul data berkenaan tahap kecenderungan minat untuk melanjutkan pengajian ke
institusi pengajian tinggi dalam kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menurut
Othman (2001) dan Hamidah (2007) menyatakan metodologi sebagai suatu prosedur yang sistematik
dalam menggabungkan pendekatan kajian serta analisis data bagi memastikan prestasi penyelidikan
dapat dicapai dengan sempurna.

REKA BENTUK KAJIAN

Secara umumnya kajian ini berbentuk deskriptif bagi mengkaji faktor yang dihadapi pelajar
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak berminat untuk melanjutkan pengajian tinggi dan
inisiatif yang perlu diambil untuk mengatasinya. Kajian ini akan menggunakan reka bentuk seperti
kajian tinjauan. Malah, reka bentuk kajian tinjauan ini juga menurut Creswell (2005) adalah prosedur
dalam penyelidikan kualitatif yang mana pengkaji menjalankan satu tinjauan terhadap sampel atau
keseluruhan populasi. Justeru, dalam penyelidikan yang dilakukan ini, kaedah temu bual menjadi
antara kaedah yang digunakan oleh penyelidik sebagai satu cara untuk mendapatkan data dan
maklumat daripada informan kajian. Pengumpulan data bagi penyelidikan ini akan dibuat melalui
proses pemerhatian turut serta kerana ia merupakan satu proses penyelidikan yang lebih fleksibel dan
juga berubah mengikut konteks.

LOKASI KAJIAN

Lokasi kajian adalah merupakan salah satu daripada unsur yang penting dalam menentukan sesebuah
kajian itu dapat dikaji secara kursus. Kekuatan dan keberhasilan suatu kajian adalah amat berkait rapat
dengan lokasi kajian. Pengkaji perlu mengetahui secara tepat tentang sesebuah lokasi supaya kajian
yang dilaksanakan dapat memberikan satu gambaran yang jelas. Kajian yang padat adalah hasil
daripada pengetahuan pengkaji tentang latar belakang sesuatu tempat kajian. Berdasarkan
pengetahuan tersebut, pengkaji dapat memanipulasikan secara keseluruhan tentang apa yang terdapat
dalam kawasan lokasi kajian.

Pengkaji menjalankan kaedah temu bual bersama bekas pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Desa Cempaka di Nilai, Negeri Sembilan seramai tiga orang informan. Informan yang
pertama ialah Iwana Izzah (Informan 1). Seterusnya ialah Nurin Alya Nazeeha (Informan 2) dan yang
terakhir ialah Afiq Danial (Informan 3). Ketiga-tiga informan adalah penduduk tetap di Desa
Cempaka, Nilai.

INSTRUMEN KAJIAN

Menurut Mohd Sabri Ismail (2009) instrumen kajian merupakan satu sistem, pendekatan, prinsip atau
kaedah untuk memperoleh sesuatu berdasarkan satu usaha yang teratur dan cekap. Ia merupakan satu
cara dalam usaha manusia untuk mempelajari dan mengetahui tentang gejala alam dan masyarakat
berdasarkan suatu sistem yang lebih teratur dan efisien bagi memastikan pencarian terhadap gejala
tersebut memperoleh hasil yang baik.
Kajian ini akan dijalankan dalam bentuk kajian yang bersepadu dengan menggunakan dua
cara bagi mendapat dan memperoleh hasil kajian yang baik dan tepat iaitu tatacara pengumpulan data
dan tatacara analisis data. Dalam hal ini, pengkaji menggunakan kaedah penyelidikan lapangan. Mohd
Sabri Ismail (2009), penyelidikan lapangan adalah satu kajian yang melibatkan pengkaji berada di
tempat kajian dalam masa, tempoh dan keadaan tertentu. Ini bermaksud penyelidikan secara langsung
ke atas objek yang dipilih untuk dikaji dan diteliti. Bagi tujuan tersebut, pengkaji telah mengunjungi
tiga pelajar lepasan SPM sebagai informan untuk ditemubual.

Kaedah penyelidikan ini digunakan bagi mencapai kesempurnaan dan matlamat kajian.
Dalam instrumen ini, pengkaji melaksanakan dan menggunakan beberapa kaedah iaitu kaedah
temubual dengan menemubual pelajar lepasan SPM yang terlibat bagi mengumpulkan pelbagai
maklumat termasuklah faktor dan inisiatif yang diambil. Dalam hal ini, pengkaji merangka “interview
guide” bagi menyelaraskan soalan temubual kepada respondan sebelum mengadakan sesi perjumpaan
secara bersemuka dengan respondan terutamanya pelajar lepasan SPM yang terlibat dalam
mengajukan soalan spontan yang difikirkan perlu untuk kajian.

TATACARA PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS DATA

Pengumpulan data juga dapat ditakrifkan sebagai proses atau aktiviti yang dijalankan oleh pengkaji
bagi mengumpulkan data lapangan yang diperlukan untuk menjawab persoalan kajian bagi
penyelidikan atau menguji hipotesis bagi penyelidikan kajian. Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji
akan menggunakan kaedah temu bual di mana pengkaji akan menemubual pihak yang berkaitan
dengan kajian iaitu informan daripada tiga orang pelajar lepasan SPM dari Nilai, Negeri Sembilan.
Pengkaji juga melakukan pemerhatian jenis pemerhatian turut serta dimana pengkaji memainkan dua
peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati.

Kaedah analisis data yang digunakan adalah analisis naratif. Kaedah analisis naratif ini
digunakan untuk menganalisis kandungan dari pelbagai sumber seperti, temu bual, pemerhatian dari
lapangan dan tinjauan. Berikut adalah berdasarkan soalan kajian dan tatacara analisis data:

BIL SOALAN KAJIAN ANALISIS DATA


1 Apakah faktor membuatkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Data Temubual
Malaysia tidak berminat untuk melanjutkan pengajian
tinggi?
2 Sejauh manakah inisiatif yang diambil dapat mengatasi Data Pemerhatian
permasalahan untuk mengurangkan peratusan pelajar
lepasan SPM yang tidak berminat melanjutkan pengajian
tinggi?

HASIL KAJIAN

Pengkaji memperoleh maklumat daripada Informan 1 di mana antara faktor yang menyebabkan
pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) enggan melanjutkan pengajian tinggi ialah penawaran
kursus pengajian yang tidak relevan. Hal ini menyebabkan ramai pelajar lepasan SPM tidak berminat
untuk melanjutkan pengajian yang mereka kerana kursus yang ditawarkan tidak sama seperti
kehendak mereka. Seperti yang kita ketahui, lepasan SPM boleh membuat permohonan untuk
memasuki ke universiti pilihan mereka. Akan tetapi, permohonan adalah terhad kepada mana-mana
kursus yang ditawarkan. Disebabkan itu, mereka perlu berebut-rebut untuk memohon dan
menyebabkan persaingan yang tinggi. Apabila kursus yang dimohon tidak diterima, mereka akan
ditapis sekali lagi untuk kursus-kursus yang menjadi pilihan kedua mereka. Hal ini membuatkan
mereka tidak berminat untuk melanjutkan pengajian disebabkan kursus yang ditawarkan tidak
menepati pilihan mereka. Mereka mengambil keputusan untuk terus memasuki alam pekerjaan.

Seterusnya, antara faktor lain pengkaji memperoleh maklumat daripada Informan 2 ialah gaji
yang ditawarkan bagi graduan lepasan universiti adalah rendah. Hal ini kerana mereka memikirkan
bahawa melanjutkan pengajian menambah kos sara hidup mereka. Seperti yang kita ketahui, majoriti
mahasiswa yang melanjutkan pengajian memohon bantuan dan pinjaman dalam kursus yang
ditawarkan sebagai contoh pinjaman PTPTN. Setiap subjek bagi kursus yang ditawarkan perlu
dibayar yuran pengajian menyebabkan mereka terpaksa untuk memohon pinjaman. Lebih-lebih lagi
bagi mahasiswa yang merantau ke negeri-negeri tertentu. Selepas menamatkan pengajian, mereka
perlu membayar pinjaman yang mereka telah mohon selepas memasuki pekerjaan. Ini menyebabkan
mereka berfikiran bahawa jika telah memasuki alam pekerjaan, gaji yang ditawarkan adalah rendah
bagi graduan diploma seterusnya perlu membayar pinjaman yang telah diterima semasa melanjutkan
pengajian. Oleh sebab itu, mereka lebih memilih untuk terus mencari pekerjaan berbanding
melanjutkan ke pengajian tinggi.

Yang terakhir, pengkaji mendapat maklumat daripada Informan 3 bahawa kursus pengajian
tidak memenuhi pasaran pekerjaan. Walaupun terdapat banyak kursus pengajian yang ditawarkan
dalam pelbagai bidang akan tetapi kursus-kursus berkenaan dilihat tidak seiring dengan permintaan
pasaran kerja semasa. Hal ini menyebabkan ramai graduan bekerja bukan dalam bidang pengajian
masing-masing dan lebih malang menjadi penganggur. Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.
Saravanan berkata, penekanan harus diberikan kepada kursus yang boleh disesuaikan ke arah
peningkatan kemahiran yang berterusan dan kemahiran semula tenaga kerja. Kementerian mendapati
bahawa selepas pandemik COVID-19, kebanyakan pekerjaan yang ditawarkan tidak boleh menggaji
graduan generasi pertama kerana ijazah atau diploma mereka sudah tidak boleh digunakan," kata
Saravanan selepas melancarkan inisiatif Mynext oleh Talentcorp di Pusat Konvensyen Sime Darby.
Tambahnya, cabaran terbesar bukanlah pengangguran kerana kadar pengangguran di negara ini telah
menurun daripada 5.3 peratus kepada 3.9 peratus. Cabaran terbesar ialah pekerjaan yang tidak
sepadan. Graduan generasi pertama tidak mendapat pekerjaan yang sesuai, terutama mereka yang
mempunyai ijazah perniagaan dan pentadbiran. Oleh itu, kerajaan perlu mempertimbangkan kursus
pengajian yang ditawarkan supaya selaras dengan pasaran pekerjaan bagi lepasan graduan seterusnya
menarik semangat pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian.

PERBINCANGAN

Hasil kajian mendapati bahawa amatlah penting bagi mengetahui faktor-faktor membuatkan pelajar
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tidak berminat untuk melanjutkan pengajian tinggi yang boleh
menjejaskan kesejahteraan negara. Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi & Muamalat, Universiti Sains
Islam Malaysia, Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee berkata, jika kerajaan lambat bertindak, negara
akan berdepan masalah kekurangan tenaga kerja profesional dalam sektor kritikal 15 atau 20 tahun
akan datang.

Pengkaji telah membuat pemerhatian daripada hasil kajian iaitu inisiatif yang perlu diambil
bagi mengatasi permasalahan untuk mengurangkan peratusan pelajar lepasan SPM yang tidak
berminat melanjutkan pengajian tinggi. Antaranya ialah menawarkan kursus yang relevan untuk
kesemua universiti. Hal ini membuka peluang kepada pelajar untuk mendalami kursus yang dijanjikan
seterusnya menarik minat dan semangat pelajar untuk melanjutkan pengajian tinggi. Sebagai contoh,
menambah kursus ke universiti yang tidak ditawarkan bagi membuka kapasiti pelajar yang membuat
permohonan. Oleh itu, kerajaan perlulah menitikberatkan dan menaiktaraf fasiliti di universiti
terutamanya Universiti Awam agar kesejahteraan pelajar terjamin.

Seterusnya, antara inisiatif yang perlu diambil ialah menawarkan gaji setaraf dengan
pendidikan. Hal ini juga dapat membuka mata pelajar lepasan SPM untuk lebih berfikir ke hadapan
dengan melanjutkan pengajian tinggi dapat menjamin kos sara hidup yang sederhana. Ini kerana
pertumbuhan ekonomi di Malaysia boleh dikatakan semakin baik, jadi tiada masalah untuk
menawarkan gaji setaraf dengan pendidikan bagi ‘fresh graduate’. Ini menjadikan pulangan yang baik
untuk mereka bagi menyelesaikan hutang-hutang dan pinjaman semasa pengajian dahulu.

Akhir sekali, inisiatif yang patut diambil adalah mempertingkatkan kursus yang ditawarkan
untuk pasaran pekerjaan. Hal ini menjadi perkara yang penting bagi mengelakkan graduan lepasan
universiti menjadi penganggur. Kerajaan perlulah memperbanyakkan peluang pekerjaan mengikut
kursus-kursus yang ditawarkan supaya negara kita akan kekal mempunyai tenaga kerja profesional
dalam pelbagai sektor. Hal ini jelas menunjukkan terdapat kesannya kepada produktiviti dan
penyerapan tenaga buruh pada ekonomi kelak. Ini juga mendorong kepada kelebihan pakar dalam
negara dan perkara ini akan menyenangkan pasaran buruh. Oleh itu, inisiatif ini dilihat akan
menyebabkan produktiviti, inovasi dan daya saing buruh negara bakal meningkat dan memberi kesan
yang baik kepada kualiti hidup masyarakat.

RUMUSAN

Pengkaji menyiasat apakah faktor membuatkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tidak berminat
untuk melanjutkan pengajian tinggi? Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor yang utama menjadi
permasalahan ini adalah generasi muda yang tidak berminat untuk melanjutkan pengajian tinggi. Hal
ini menyebabkan negara kita akan mengalami kekurangan tenaga pakar dalam pelbagai bidang.
Pemilihan bukanlah suatu perkara yang mudah dan seseorang pelajar itu lazimnya akan dipengaruhi
oleh beberapa faktor luaran dan dalaman yang terdapat dipersekitarannya. Bagi pelajar yang telah
mengenal pasti kerjaya yang diinginkan, maka adalah lebih mudah untuk mereka membuat pemilihan
tetapi bagi pelajar yang masih belum melakukan pemilihan kerjaya akan menghadapi masalah dan
dilema untuk membuat pemilihan mengikut minat serta kriteria yang ada pada diri mereka.

Selain itu, teori kerjaya berasaskan personaliti yang dibentuk oleh Anne Row (Osipow, 1973
& Zunker, 1981) juga antaranya menyatakan bahawa kualiti perhubungan awal yang dialami oleh
individu mempengaruhi perkembangan minat yang mana kemudiannya mempengaruhi pemilihan
kerjaya dan individu boleh dikelompokkan kepada pelbagai jenis personaliti tertentu. Perkara ini turut
dinyatakan oleh Ginzberg apabila proses pemilihan kerjaya berakhir setelah wujud kompromi di
antara minat, kebolehan, nilai dan peluang-peluang. Kedua-dua unsur teori ini dapat diperhatikan
dalam kajian yang dilakukan ini apabila corak pemilihan aliran pengajian yang dibuat adalah
berdasarkan beberapa pemboleh ubah personaliti pelajar. Oleh itu, peranan kerajaan amatlah penting
bagi meningkatkan mutu kursus dan peluang pekerjaan yang banyak bagi menarik minat pelajar
lepasan SPM ini kerana merekalah tonggak kepimpinan kita pada masa akan datang.
RUJUKAN

Afterschool.my. (14 Jun, 2021). Kenapa Graduan Universiti Awan Sukar Dapat Kerja Berbanding
IPTS? Retrieved from https://afterschool.my/bm/berita/kenapa-graduan-universiti-awam-
sukar-dapat-kerja-berbanding-ipts-#

FMT Reporters. (7 Ogos, 2022). KPM Akui Cabaran Gaji Rendah Antara Punca Tak Sambung
Pengajian. Retrieved from https://www.msn.com/en-my/news/berita/kpm-akui-cabaran-gaji-
rendah-antara-punca-tak-sambung-pengajian/ar-AA10oSb7

Gags Teacher Magazine. (7 Ogos, 2022). Jalan Salahkan Lepasan SPM Enggan Sambung Belajar –
Pensyarah. Retrieved from https://www.gagsteacher.com/2022/08/jangan-salahkan-lepasan-
spm-enggan.html

Hairunnaja Najmuddin. (2006). Membimbing Remaja Memilih Pendidikan & Kerjaya. Selangor:
Petaling Jaya, PTS Professional.

Hasnah Toran, Mohd Hanadi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar & Norasuzaini Sujak. (2009).
Sokongan Dan Halangan Yang Dihadapi Pelajar-Pelajar Kurang Upaya Di Sebuah Institusi
Pengajian Tinggi Di Malaysia. AJ TLHE, 1(2), 18-29.

Jasmi, K. A. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif. Kursus


Penyelidikan Kualitatif Siri 1, 28-29.

Mohamad Fhaizal, Rohaiza Daud & Nur Fazliana. (2015). Kajian Empirikal Awal Terhadap Pola
Kecenderungan Pemilihan Aliran Pengajian Peringkat Pra-Universiti oleh Pelajar Lepasan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Jurnal Personalia Pelajar, 18(1), 23-34.

Noor Ain Norman. (4 Ogos, 2022). Kajian Menunjukkan 72.1% Pelajar Lepas SPM Tidak Mahu
Sambung Pengajian. Retrieved from https://www.remaja.my/kajian-menunjukkan-72-1-
pelajar-lepas-spm-tidak-mahu-sambung-pengajian/

Anda mungkin juga menyukai