Anda di halaman 1dari 12

Program Pendidikan Kerjaya serta impak ke atas perkembangan kerjaya |1

Program Pendidikan Kerjaya serta Impak ke atas Perkembangan Kerjaya

Prof. Datin Amla bt Salleh, Hajijah Maulad Abdul Rahsip

Fakulti Pendidikan, UKM

1.0 PENDAHULUAN

Perkembangan kerjaya adalah proses perkembangan sahsiah yang menjurus kepada


pembentukan sifat yang menyediakan seseorang melakukan kerja. Persediaan tersebut
didorong oleh bakat, minat dan kebolehan semulajadi serta pengaruh persekitaran seperti
pendidikan dan latihan formal dan tidak formal termasuk peluang (Amla Mohd Salleh:
2010:13)

Namun begitu, apa yang kita dapat lihat, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan
Perangkaan Negara pada tahun 2012 dalam Utusan Online pada 08 Mei 2012 menunjukkan
bahawa jumlah siswazah yang menganggur di negara ini adalah seramai 76,200 orang
disebabkan tidak memiliki kemahiran untuk mencari pekerjaan.

Ekoran daripada itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato Maznah Mazlan
berkata bahawa, hasil kajian Jabatan Tenaga Kerja menerusi portal Jobstreet Malaysia ke atas
1.994 responden mendapati bahawa 77.14 peratus mengaku memerlukan bimbingan bagi
mencari pekerjaan.

Statistik ini disokong oleh berdasarkan kajian-kajian lepas yang mana beberapa
permasalahan seumpama masalah pengangguran ini mendorong pengkaji untuk membuat
kajian. Pengangguran yang berlaku adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah
kemahiran teknikal dan insaniah yang perlu ada pada seorang graduan masih kurang, walhal
kemahiran ini sangat diperlukan oleh pihak industri. Graduan yang dihasilkan juga tidak
matang dalam hal-hal kerjaya contohnya dari aspek penulisan resume yang lemah, tidak
bersedia untuk temuduga dan sebagainya (Ahmad Esa et.al 2013).

Ketidakmatangan graduan ini mungkin berpunca daripada kurangnya persediaan


pelajar dalam kerjaya semasa di peringkat pengajian tinggi. Contohnya, kajian yang telah
dijalankan oleh Hassan Hushin dan rakan (2011) berhubung dengan pembinaan modul
program pembanguna kerjaya khas untuk pelajar tahun 1. Tahun pertama menjadi pelajar IPT
menjadi satu pengalaman yang baru. Pelajar akan belajar untuk berdikari dan mula untuk
Program Pendidikan Kerjaya serta impak ke atas perkembangan kerjaya |2

mengatur langkah tanpa bantuan orang lain. Kesannya, pelajar akan menjadi keliru
disebabkan tiada panduan untuk menentukan hala tuju masa depan.

Menurut Brown 2007 dalam Amla Mohd Salleh (2013:10) menyatakan bahawa,
daripada sudut psikologi, kegagalan mendapatkan pekerjaan atau hilang pekerjaan akan
menimbulkan tekanan akibat rasa hilang identiti atau gagal membina identiti, putus asa, rasa
tidak diterima dan marah. Hal ini adalah disebabkan pengalaman semasa menjadi pelajar IPT
tidak dimanfaatkan dengan sebetulnya daripada aspek pembangunan kerjaya.

Melihat kepada pelaksanaan kaunseling kerjaya di peringkat institusi pendidikan,


usaha ada dilaksanakan, namun sejauh mana keberkesanan pelaksanaan program tersebut
tidak meyakinkan. Oleh itu, dalam usaha untuk menangani fenomena ini, usaha yang jitu dan
bersepadu perlu dilakukan oleh pelbagai pihak. Antaranya ialah, peranan kaunselor, peranan
agensi-agensi pekerjaan, keluarga, persekitaran dan individu itu sendiri. Seiring dengan
kemajuan teknologi, peningkatan dari aspek kemudahan untuk melaksanakan usaha-usaha ke
arah peningkatan pendidikan kerjaya juga wajar dititikberatkan. Pada bahagian yang
seterusnya, penulis akan membawakan keberkesanan program pendidikan kerjaya telah
dijalankan oleh pengkaji-pengkaji.

2.0 SOROTAN KAJIAN LEPAS


Program Pendidikan Kerjaya serta impak ke atas perkembangan kerjaya |3

Keberkesanan pendidikan kaunseling kerjaya bergantung kepada sejauh mana


pelaksanaannya di peringkat pendidikan rendah, menengah mahu pun pendidikan tinggi.
Terdapat beberapa kajian berkenaan dengan program pendidikan kerjaya telah dijalankan
sama ada peringkat sekolah mahupun pengajian tinggi. Antaranya ialah kajian yang telah
dijalankan oleh Ahmad Esa, Sahila Suadi, Noraishah Daud (2013), Nor Fadila Mohd Amin
dan Azman Ripin (2010), Madinah Mohd Yusof, Mohd Hanafi Mohd Yasin dan Mahidin
Awang Itam (2011), Nurziatul Adawiyah Dolah, Ahmad Esa (2012), Hassan Hushin dan
Mohd Earmee Sofian (2011), Poh Li, Lau, Aqeel Khan, Haslee Shahril Abdullah dan Fong
Peng, Chew (2011), Jamaludin Ahmad dan Mohamad Safuan Rosli (2013), Abdullah Mat
Rashid dan Ab.Rahim Bakar (2009), serta Siti Amely bt Jumaat, Siti Zarina Mohd Muji, Ida
Laila Ahmad, Zarina Tukiran, Jamaluddin Jalani, Khalid Isa, Norfaiza Fuad, Musnani
Mohamed dan Shamsul Mohamad (2008).

Berdasarkan kajian ini secara umum, kajian-kajian yang telah dijalankan banyak
menyentuh tentang keberkesanan pelaksanaan program kerjaya di IPT dan kaedah
perancangan kerjaya yang dilakukan. Kajian ini telah dijalankan ke atas sampel yang
mempunyai latar belakang yang pelbagai sama ada di peringkat IPTA atau IPTS.

Ahmad Esa et.al (2013) telah mengkaji tentang kepekaan pelajar kepada program dan
perkhidmatan dalam persediaan ke alam kerjaya di Universiti Tun Hussien Onn (UTHM).
Kajian ini bertujuan untuk menilai sama ada pelajar berpuas hati atau tidak dengan
perkhidmatan yang disediakan seterusnya mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan
kurangnya pelajar menggunakan khidmat kaunseling kerjaya ini. Analisis yang digunakan
oleh para pengkaji dalam kajian ini adalah statistik frekuensi, deskriptif, inferensi dalam
menganalisis data. Kajian telah dijalankan ke atas pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan
seramai 361 orang untuk melihat Tahap Kepuasan Pelajar terhadap Kualiti Perkhidmatan
Program Kerjaya di UTHM. Kajian ini mengumpul data secara terus daripada responden
melalui instrumen soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan program Statistical
Package for the Social Sciences (SPSS) versi 17.0.

Melihat kepada kajian yang telah dijalankan oleh Ahmad Esa et.al (2013), hasil
daripada analisis data yang diperoleh menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap tahap
kepuasan pelajar berkaitan program kesediaan kerjaya di UTHM berada pada tahap yang
tinggi iaitu skor min keseluruhan ialah 3.83. Selain itu, dapatan juga menunjukkan bahawa
Program Pendidikan Kerjaya serta impak ke atas perkembangan kerjaya |4

tahap kepuasan kaunselor kerjaya di UTHM berada pada tahap yang tinggi iaitu skor min
keseluruhan ialah 3.81.

Seterusnya isu yang wujud berkenaan dengan kesediaan kerjaya dalam kalangan
pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Nor Fadila
Mohd Amin & Azman Ripin (2010) membuat kajian ini melihat kepada kajian yang
dilakukan oleh Azmi Misani (1994) berhubung peranan guru-guru teknikal ke arah
meningkatkan pengetahuan kerjaya dalam kalangan pelajar aliran latihan kemahiran
ketukangan di sekolah-sekolah menengah vokasional dilakukan hanya pada peringkat
sekolah. Oleh yang demikian, pengkaji ingin mengkaji dari lapangan yang berbeza berkaitan
isu kerjaya ini pada peringkat universiti.

Pertamanya, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti persepsi
pelajar terhadap keberkesanan kurikulum dalam bidang kejuruteraan Elektrik dalam
menerapkan nilai-nilai yang berkaitan dengan kesediaan kerjaya, mengenal pasti tahap
kesedaran pelajar berkaitan kesediaan kerjaya sebelum tamat belajar, dan untuk mengenal
pasti persepsi pelajar terhadap penglibatan pihak universiti dalam memupuk pelajar ke arah
kesediaan kerjaya. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian deskriptif. Pengkaji memilih
responden daripada pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UTM seramai 361
orang pelajar. Dapatan menunjukkan bahawa kesediaan kerjaya dalam kalangan pelajar
Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM berada pada tahap yang baik.

Selain itu, penulis juga turut membuat sorotan ke atas kajian yang telah dijalankan
oleh Madinah Mohd Yusof et.al (2011) berhubung dengan pelaksanaan transisi kerjaya di
program pendidikan Vokasional Pelajar Pekak di Malaysia. Menurut Anthony 2003; Steven
2000; Marita & Howard 1999; Will 1984 dalam kajian ini, transisi didefinisikan sebagai
program pendidikan yang bermatlamatkan peralihan daripada sekolah tinggi ke alam kerjaya
yang bertujuan supaya hasil pengajaran dan pembelajaran berhubungkait dengan kerjaya,
pendidikan selepas persekolahan, program pendidikan vokasional, kehidupan berdikari,
penglibatan komuniti dan perhubungan sosial .

Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau pelaksanaan program transisi
kerjaya (PTK) di program vokasional pelajar pekak daripada aspek perkembangan pelajar.
Selain itu juga, pengkaji juga menjalankan kajian ini untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan
PTK di program vokasional pelajar pekak daripada aspek kolaborasi antara agensi serta untuk
meneliti keperluan guru untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan PTK. Kajian ini
Program Pendidikan Kerjaya serta impak ke atas perkembangan kerjaya |5

merupakan kajian tinjauan yang dijalankan kepada guru-guru pendidikan khas di 10 buah
sekolah yang menjalankan program vokasional pelajar pekak. Kajian ini melibatkan seramai
179 orang guru sebagai responden kajian.

Kajian yang telah dijalankan oleh Madinah Mohd Yusof et.al (2011) memperoleh
dapatan yang menunjukkan bahawa pelaksanaan PTK kepada pelajar pekak di Malaysia bagi
aspek perkembangan pelajar adalah pada paras yang sederhana. Kajian juga mendapati
bahawa terdapat banyak lagi elemen dan perancangan yang tidak dilaksanakan secara
sepenuhnya. Selain itu, untuk persoalan kajian yang kedua, dapatan menunjukkan bahawa
tahap pelaksanaan daripada aspek kolaborasi antara agensi pada paras sederhana. Begitu juga
dengan dapatan kajian untuk persoalan ketiga yang mana pengkaji mendapat bahawa
perlunya guru bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan PTK dengan lebih berkesan.

Di samping itu, kajian yang telah dijalankan oleh Nurziatul Adawiyah Dolah &
Ahmad Esa (2012) berhubung dengan penerapan kemahiran penyelesaian masalah menerusi
Kelab Kaunseling dan Kerjaya UTHM. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik
Negara pada tahun 2008 menunjukkan bahawa jumlah siswazah yang menganggur adalah
13% daripada keseluruhan rakyat Malaysia yang dikaitkan dengan kelemahan graduan dari
aspek kemahiran interpersonal termasuklah menyelesaikan masalah. Oleh itu, pengkaji ingin
mengkaji sejauh mana fungsi KKDK di UTHM dapat menerapkan elemen kemahiran
penyelesaian masalah melalui program dan aktiviti yang dijalankan.

Di samping itu, kajian ini telah dibentangkan di Prosiding Seminar Pendidikan Pasca
Ijazah 2012 yang mana ia bertujuan untuk mengenal pasti penerapan elemen kemahiran
penyelesaian masalah menerusi aktiviti kokurikulum dalam kalangan ahli Kelab Kaunseling
dan Kerjaya (KKDK). Selain itu, pengkaji juga ingin mengenal pasti kesedaran pelajar
mengenai elemen kemahiran penyelesaian masalah menerusi aktiviti kokurikulum dalam
KKDK serta mengenal pasti penguasaan pelajar terhadap elemen kemahiran penyelesaian
masalah menerusi aktiviti kokurikulum dalam KKDK. Kajian ini adalah berbentuk kajian kes
yang berfokuskan sekumpulan individu iaitu ahli KKDK UTHM. . Pengkaji hanya
memberikan jangkaan dapatan yang mana terdapat tahap kecenderungan yang tinggi dari segi
penerapan, kesedaran dan penguasaan elemen kemahiran penyelesaian masalah dalam
kalangan pelajar yang menyertai secara aktif dalam KKDK UTHM kesan daripada
penglibatan ahli dan diberikan peluang untuk melaksanakan tugas-tugas penting sebagai
jawatankuasa yang menuntut kreativiti berfikir serta kemahiran penyelesaian masalah yang
tinggi.
Program Pendidikan Kerjaya serta impak ke atas perkembangan kerjaya |6

Seterusnya adalah kajian mengenai pembinaan modul program pembangunan kerjaya


pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan UTM yang telah dijalankan oleh Hassan Hushin &
Mohd Earmee Sofian (2011). Kajian ini bertujuan untuk membantu pelajar yang menghadapi
masalah pada peringkat awal untuk menyesuaikan diri di alam kampus UTM. Di samping itu,
kajian ini juga bertujuan untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah mereka dalam
pembelajaran pada tahun pertama di universiti, membantu pelajar meningkatkan jati diri
mereka dan mengamalkan gaya hidup sihat. Selain itu juga, kajian ini bertujuan untuk
membantu pelajar menjadi seorang insan yang cemerlang dalam semua aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek serta membantu pelajar untuk memahami dan memupuk minat pada
profesion perguruan.

Kajian seterusnya dijalankan oleh Poh Li,Lau et.al (2011) yang mana kajian ini
bertujuan untuk mengkaji adakah wujud perbezaan yang signifikan dalam peningkatan mata
pelajaran dalam kumpulan sasaran dan memberi kesan kepada kematangan kerjaya selepas
pelaksanaan Eksplorasi Kerjaya. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat adakah
wujud perbezaan yang signifikan dalam peningkatan mata pelajaran dalam dalam kumpulan
sasaran dan memberi kesan kepada konsep kendiri selepas program Eksplorasi Kerjaya.
Kajian ini adalah berbentuk deskriptif.

Dapatan kajian Poh Li, Lau et.al (2011) menunjukkan bahawa kematangan kerjaya
dan konsep kendiri bertambah baik selepas sahaja program Eksplorasi Kerjaya dijalankan.
Dapatan kajian ini menyokong kepada keperluan perancangan program dan memberikan
persediaan kepada para pelajar dengan maklumat kerjaya dan pendidikan dalam usaha untuk
meningkatkan kematangan kerjaya dan konsep kendiri. Pengkaji juga menekankan bahawa
pendidikan peringkat menengah adalah masa yang sesuai untuk bimbingan kerjaya.

Menurut kajian Jamaludin Ahmad & Mohamad Safuan Rosli (2013) tentang
memperkasa motivasi pencapaian pelajar kolej kediaman melalui pendekatan modul motivasi
mendapati bahawa modul motivasi IPT berkemampuan meningkatkan motivasi pencapaian
dalam kalangan pelajar kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia (UPM). Reka bentuk
kajian ini ialah kajian eksperimen ujian-pra dan ujian-pasca. Reka bentuk kajian ini bertujuan
untuk mengkaji kesan penggunaan modul motivasi IPT terhadap motivasi pencapaian pelajar
UPM. Subjek kajian terdiri daripada pelajar Kolej Kediaman Kolej Tun Dr Ismail, UPM.
Instrumen yang digunakan adalah Ujian Motivasi Pencapaian (UMP) ciptaan Abu Bakar
Nordin (1995).
Program Pendidikan Kerjaya serta impak ke atas perkembangan kerjaya |7

Seterusnya, dapatan kajian Siti Amely et.al (2008) menunjukkan bahawa program
seminar kerjaya mampu meningkatkan motivasi diri kepada pelajar IPT sekaligus
memberikan mereka semangat untuk memfokuskan halatuju mereka semasa di universiti agar
lebih bersedia di pasaran kerja. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif dan data-
data diperolehi secara soal selidik. Kajian ini telah dijalankan dalam kalangan pelajar tahun 3
dan 4 Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik seramai 87 orang.

Abdullah Mat Rashid & Ab.Rahim Bakar (2009) telah menjalankan pendekatan
kajian kualitatif iaitu menggunakan kaedah temu bual semi-struktur ke atas kaunselor. Tujuan
kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sejauh mana strategi intervensi dalam
perkembangan kerjaya yang dilaksanakan oleh guru kaunselor. Selain itu, kajian ini juga
bertujuan untuk mengkaji perbezaan pelaksanaan strategi intervensi dalam perkembangan
kerjaya mengikut sekolah. Pengkaji mendapati bahawa 14 jenis strategi intervensi telah
dilaksanakan lebih daripada 50% peserta yang dikaji. Peserta yang terlibat adalah seramai
104 orang guru kaunseling daripada pelbagai jenis sekolah. Ternyata, intervensi kaunseling
diperlukan dalam membantu pelajar berhadapan dengan cabaran kerjaya.

Setelah penulis membuat pembacaan literasi terhadap beberapa kajian lepas,


perlaksaaan program atau modul pendidikan kerjaya ternyata memberikan kesan yang positif.
Penulis juga mendapati bahawa terdapat beberapa kepentingan perlaksaan modul pendidikan
kerjaya ini dijayakan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

3.0 IMPAK PELAKSANAAN


Program Pendidikan Kerjaya serta impak ke atas perkembangan kerjaya |8

Pengkaji juga menyatakan bahawa bagi mengoptimumkan peranan kaunselor dalam


melaksanakan program kerjaya adalah disarankan agar mereka meningkatkan promosi bagi
setiap program kerjaya yang hendak dilaksanakan

Secara keseluruhannya, pendidikan kerjaya yang dilaksanakan di peringkat IPT


menunjukkan dapatan yang positif. Antara contohnya, kajian yang dilaksanakan oleh Hassan
Hushin & Mohd Earmee Sofian (2011) mencadangkan modul untuk digunakan oleh
membantu pihak pengurusan dalam mengendalikan program-program yang dijalankan
melibatkan pelajar-pelajar tahun satu di Fakulti Pendidikan UTM. Panduan modul ini dibina
berdasarkan Model Drum (1981) yang mana unsur tujuan dan matlamat, sasaran program dan
kaedah yang dijalankan dititikberatkan. Pembangunan modul ini dapat memberi sumbangan
kepada pihak pentadbir UTM untuk menjalankan satu program yang dapat menyelesaikan
masalah sosial pelajar bagi meningkatkan sahsiah pelajar seterusnya meningkatkan
pencapaian akademik mereka. Pengkaji juga mengharapkan bahawa modul ini diharap dapat
membantu pelajar untuk lebih memahami dan memupuk minat yang mendalam terhadap
profession peguruan

Nor Fadila Mohd Amin & Azman Ripin (2010) menyatakan bahawa, melihat kepada
kepentingan kesediaan kerjaya dalam kalangan pelajar, kajian ini telah dilakukan bagi
membolehkan pelbagai pihak menambah baik sistem pendidikan ke arah anjakan paradigm
yang positif. Daripada dapatan kajian ini, ia diharapkan dapat memberi banyak kepentingan
kepada semua pihak dalam aspek-aspek yang perlu diberi perhatian dalam usaha untuk
menangani masalah kerjaya pelajar seperti pelajar, pihak hal ehwal pelajar, pihak universiti,
dan kerajaan atau pihak berkuasa. Selain itu, hasil kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada
pelajar dalam membuat penilaian kendiri dalam memupuk motivasi ke arah kerjaya yang
lebih relevan.

Menurut kajian Jamaluddin Ahmad & Mohamad Safuan Rosli (2013), dapatan kajian
menunjukkan bahawa modul motivasi Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang dibangunkan oleh
Jamaludin Ahmad (2011) sesuai diguna pakai oleh pelajar IPT. Impak daripada penggunaan
modul ini telah memberi panduan, peluang, semangat, dorongan dan galakan kepada pelajar
kumpulan eksperimen supaya menyedari keperluan dan kepentingan motivasi pencapaian
dalam kehidupan mereka sebagai seorang pelajar. Pengkaji juga mendapati bahawa aktiviti-
aktiviti yang dirancang dalam modul motivasi IPT telah membantu peningkatan keseronokan
pelajar dan seterusnya berjaya meningkatkan motivasi pencapaian pelajar. Oleh itu, pengkaji
merumuskan bahawa aktiviti yang terdapat dalam modul motivasi IPT menepati pandangan
Program Pendidikan Kerjaya serta impak ke atas perkembangan kerjaya |9

Mc Clelland (1961) yang menegaskan bahawa motivasi pencapaian boleh ditingkatkan


melalui latihan atau aktiviti tertentu dengan syarat pelajar dilibatkan secara aktif dalam
latihan atau aktiviti tersebut. Pengkaji juga menyatakan bahawa hasil kajian ini amat berguna
kerana jika didapati berkesan, maka bolehlah modul motivasi IPT ini dijadikan satu cadangan
untuk dilaksanakan di semua IPT di seluruh Malaysia. Modul ini juga boleh dijadikan asas
panduan kepada penciptaan modul-modul lain yang bersifat motivasi.

Menurut Dagget (2003) dalam kajian Abdullah Mat Rashid & Ab.Rahim Bakar
(2009), intervensi program perkembangan kerjaya bukan hanya tertumpu kepada pelajar
semata-mata bahkan guru dan ibu bapa. Namun begitu, kajian mendapati bahawa hanya 2.3%
daripada guru kaunseling yang mengaplikasikan intervensi program perkembangan kerjaya
kepada ibu bapa. Contohnya, melalui konferens yang diadakan yang mana guru kaunselor
turut menjemput ibu bapa untuk menghadirkan diri ke konferens tersebut. Kenyataan ini
disokong oleh Michele (1986) dalam kajian Abdullah Mat Rashid dan rakannya (2009). Jika
guru kaunselor memahami bahawa keluarga juga mempengaruhi dalam pekerjaan dan
pendidikan anak-anak, maka mereka boleh membangunkan strategi yang berkesan untuk
membantu ibu bapa dalam anak-anak membuat keputusan yang tepat dan berpuas hati dengan
pilihan kerjaya.

Menurut Siti Amely et.al (2008). Terdapat beberapa komen dan cadangan yang
diterima daripada para pelajar yang menyertai seminar ini. Antaranya ialah, bagus dan boleh
dianjurkan selalu, Kalau boleh besarkan skop lagi best, bukan hanya kuasa elektrik sahaja,
terang dan jelas dan sebagainya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa program seperti ini
adalah program yang bermanfaat serta dinantikan oleh para pelajar.

4.0 PENUTUP
Program Pendidikan Kerjaya serta impak ke atas perkembangan kerjaya |
10

Kesimpulannya, kaunselor perlu cakna dalam membantu para pelajar untuk membuat
keputusan kerjaya. Kaunselor perlu bertindak bijak dalam melaksanakan program kerjaya
dengan bantuan atau kerjasama daripada pihak yang berkaitan seperti pengurusan akademik,
ibu bapa dan individu itu sendiri. Aplikasi teori kerjaya juga perlu dititikberatkan dalam
melaksanakan perkhidmatan pendidikan kerjaya ini. Tindakan susulan perlu dilakukan sebaik
sahaja program kerjaya dilaksanakan. Keberkesanan program pendidikan kerjaya ini akan
memberi kesan yang positif dalam diri pelajar. Impak yang positif ternyata akan membantu
pelajar tersebut untuk membuat pilihan kerjaya dan seterusnya akan memberi kepuasan
kepada pelajar tersebut apabila memasuki alam kerjaya. Penulis mengharapkan banyak lagi
program atau modul pendidikan kerjaya yang dilaksanakan dalam usaha untuk membimbing
pelajar membuat keputusan kerjaya.

RUJUKAN
Program Pendidikan Kerjaya serta impak ke atas perkembangan kerjaya|
11

Amla Mohd Salleh. 2010. Pendidikan Kerjaya dan Pembangunan Modal Insan. Bangi.
Penerbit UKM.

Abdullah Mat Rashid & Ab.Rahim Bakar. 2009. Career Development Interventions
Implemented by Secondary School Counsellors in Malaysia.Universiti Putra
Malaysia.

Ahmad Esa, Sahila Suadi & Noraishah Daud. 2013. Persepsi Pelajar Terhadap Program
Kerjaya di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. Prosiding Persidangan
Antarabangsa dan Pertandingan Inovasi Kaunseling dan Pendidikan.

Hassan Hushin & Mohd Earmee Sofian. 2011. Pembinaan Modul Program Pembangunan
Kerjaya Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia

Jamaludin Ahmad & Mohamad Safuan Rosli. 2013. Memperkasa Motivasi Pencapaian
Pelajar Kolej Kediaman Melalui Pendekatan Modul Motivasi. Seminar Pasca
Siswazah dalam Pendidikan (GREDUC 2013)

Madinah Mohd Yusof, Mohd Hanafi Mohd Yasin & Mahidin Awang Itam. 2011.
Pelaksanaan Transisi Kerjaya di Program Pendidikan Vokasional Pelajar Pekak di
Malaysia. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan dan
Latihan Teknik dan Vokasional.

Nor Fadila Mohd Amin & Azman Ripin. 2010. Kesediaan Kerjaya di Kalangan Pelajar
Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi
Malaysia.

Nurziatul Adawiyah Dolah & Ahmad Esa. 2012. Penerapan Kemahiran Penyelesaian
Masalah Menerusi Kelab Kaunseling dan Kerjaya UTHM. Prosiding Seminar
Pendidikan Pasca Ijazah.

Poh Li,Lau, Aqeel Khan, Haslee Sharil Abdullah & Fong Peng, Chew. 2011. The
Effectiveness of Career Exploration Programme for High School Students.
International Conference on Humanities, Society and Culture. IACSIT Press.
Singapore
Program Pendidikan Kerjaya serta impak ke atas perkembangan kerjaya|
12

Siti Amely Jumaat, Siti Zarina Mohd Muji, Ida Laila Ahmad, Zarina Tukiran, Jamaluddin
Jalani, Khalid Isa, Norfaiza Fuad, Masnani Mohamed & Shamsul Mohamad. 2008.
Mampukah Seminar Kerjaya Kejuruteraan Kuasa Meningkatkan Motivasi Diri
kepada Pelajar di IPT?. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan.
Universiti Teknologi Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai