Anda di halaman 1dari 4

Sekolah yang bersih dapat memberi gambaran bahawa para pelajar di sekolah tersebut peka dan

prihatin terhadap kebersihan.Para pelajar mempunyai


tanggungjawab dan peranan yang sangat penting untuk menjadikan sekolah sentiasa berada dalam
keadaan bersih dan ceria.

Mula-mula sekali, pelajar-pelajar mestilah memastikan bilik darjah, sebagai tempat untuk
menimba ilmu pengetahuan, sentiasa bersih dan kemas. Dalam hal ini, pelajar-pelajar haruslah
menjaga kebersihan bilik darjah dengan membersihkannya semasa guru tiada di dalam kelas. Para
pelajar harus membuang sampah ke dalam bakul sampah yang disediakan di dalam bilik darjah.
Selain itu, para pelajar perlulah bertugas mengikut jadual tugasan yang telah sediakan dengan penuh
tanggungjawab. Sekiranya bilik darjah bersih dan ceria pastinya para pelajar dapat belajar dengan
tenang dan selesa.

Seterusnya, murid-murid hendaklah menjaga kebersihan persekitaran sekolah dengan tidak


membuang sampah di merata-rata tempat. Pihak pengawas juga haruslah memainkan peranan
dengan mengambil tindakan terhadap para pelajar yang mengotorkan kawasan sekolah. Selain itu,
para pelajar hendaklah menjaga harta benda sekolah dengan baik iaitu tidak mengotorkan,
menconteng atau merosakkan harta benda sekolah. Para pelajar juga haruslah bekerjasama
memelihara pokok-pokok bunga yang terdapat di pekarangan sekolah supaya sentiasa hidup dengan
subur agar dapat mencantik kan dan menceriakan kawasan persekitaran sekolah.
Keadaan persekitaran sekolah yang cantik dan ceria ini, mampu memberi ketenangan kepada para
pelajar agar dapat belajar dengan sempurna.

Selain itu, pelajar hendaklah melibatkan diri dalam kempen kebersihan yang dianjurkan oleh
pihak sekolah.Para pelajar boleh menyertai aktiviti yang diadakan dalam kempen tersebut
umpamanya,
gotong-royong, pertandingan kelas terbersih, pertandingan mengarang, pertandingan melukis poster
dan lain-lain lagi.Kempen kebersihan yang dianjurkan oleh pihak sekolah sememangnya mampu
menjadikan sekolah kita bersih dan ceria, selain dapat memupuk semangat cinta akan kebersihan
dalam kalangan para pelajar.

Para pelajar juga haruslah membantu guru membersihkan setiap tempat di sekolah untuk
menjamin keceriaan sekolah. Pelajar-pelajar boleh menolong guru membersihkan bilik guru agar
sentiasa bersih dan kemas. Para pelajar juga harus bersikap ringan tulang dengan membantu guru
mengecat dinding sekolah, melukis mural dan lain-lain lagi.

Sebagai kesimpulannya, para pelajar harus memikul tanggungjawab menjaga kebersihan dan
keceriaan sekolah kerana bersih itu indah. Jika sekolah kita bersih dan indah pastinya, sekolah akan
menjadi tempat kita menimba ilmu pengetahuan dengan mudah dan berkesan agar dapat
melahirkan modal insan menjelang wawasan 2020.
Adab Penjagaan Harta Sekolah

Tanggungjawab menjaga harta sekolah tanggungjawab bersama


-Menjaga harta sekolah menjadi tanggungjawab pelbagai pihak yang bukan bertumpukan kepada
pengetua dan guru besar semata-mata, tetapi semua warga sekolah. Sekolah merupakan tempat
pengajian yang menyediakan pelbagai kemudahan pelajar membabitkan peralatan makmal,
bangunan, surau, makmal komputer dan jugakemudahann yang lain bagi kemudahan dan keselesaan
pelajar.
Harta sekolah adalah milik sekolah yang dibekalkan oleh kerajaan untuk kegunaan pelajar
mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan. Keadaan sekolah yang baik, peralatan pengajaran yang
cukup serta pelajar yang bertanggungjawab merupakan faktor kejayaan sesebuah sekolah.

Tujuan pelajar perlu menjaga harta benda sekolah


-Dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan.
-Untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran.
-Dapat membantu para pelajar supaya belajar dengan baik dan selesa seterusnya mendapat
kejayaan.
-Dapat menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dan tekun. -Supaya
harta sekolah berada dalam keadaan selamat dan baik.

Antara peralatan atau harta sekolah


-Bangunan
-Komputer
-Kemudahan asrama (jika ada)
-Buku teks dan pinjaman buku perpustakaan
-Kerusi dan meja
-Peralatan sukan
-Papan tulis
-Tandas

Cara-cara menjaga harta sekolah


-Sentiasa menggunakan segala peralatan yang terdapat di sekolah dengan baik dan cermat. -Menjaga
dan menyayangi harta sekolah seperti menjaga harta kita sendiri.
-Semua peralatan yang telah digunakan hendaklah disimpan dengan baik, di tempat asalnya dan
selamat.
-Melaporkan kepada guru atau kepada pihak pentadbir sekolah jika terdapat mana-mana kerosakan
di sekolah.
-Sentiasa menjaga kebersihan dalam kawasan sekolah seperti tandas, kantin, surau tempat berehat
dan kawasan-kawasan lain.
-Tidak melakukan pembaziran terhadap penggunaan air dan elektrik kerana ini dapat menjimatkan
wang sekolah dalam urusan pembayaran bil bulanan.
-Sentiasa mematuhi arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. -Mengadakan
gotong-royong dalam membersihkan kawasan sekolah seperti mencuci cermin tingkap kelas,
membasuh tandas, membersihkan kawasan laman sekolah dan memperbaiki kerosakan peralatan
sekolah.
-Selalu menjaga dan menceriakan kelas dan juga persekitaran sekolah.
-Mengadakan pertandingan kelas tercantik dan ceria juga dapat membantu membina semangat yang
ada di kalangan para pelajar dalam usaha menjaga harta sekolah.

Kebaikan menjaga harta benda sekolah


-Menjamin proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan boleh menarik minat para pelajar.
-Dapat menjimatkan wang kerajaan dalam usaha membiayai peralatan sekolah yang banyak serta
dapat membantu mengurangkan kos penyelenggaraan yang tinggi.
-Para pelajar dapat belajar dengan baik, tekun, rajin dan dalam keadaan selesa dan suasana yang
ceria.
-Proses pembelajaran akan menjadi lebih baik dan dapat dilaksanakan dengan berkesan serta dapat
membantu meningkatkan prestasi dan kejayaan pelajar.
-Supaya keadaan persekitaran sekolah akan sentiasa kelihatan ceria, bersih dan menarik, sekali gus
memudahkan pihak pengurusan sekolah menjalankan tugas mereka.
-Pelajar akan lebih berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap harta benda sekolah. Ini kerana jika
peralatan dijaga dengan baik, peralatan tersebut dapat digunakan untuk jangka masa yang panjang.
-Kurangnya masalah dan tidak menimbulkan sebarang kesulitan kepada para guru pelajar jika semua
harta benda sekolah dijaga dengan baik, cermat dan selamat.
-Sebagai tanda bersyukur di atas segala kemudahan yang telah disediakan.
-Pelajar akan di sayangi guru jika dapat menjaga kawasan sekolah dan harta benda sekolah dengan
baik.
-Pelajar akan lebih bersemangat untuk menghadirkan diri ke sekolah.

Pelbagai kesan sekiranya tidak menjaga harta benda sekolah dengan baik:
-Persekitaran sekolah tidak cantik, busuk dan menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tikus.
-Persekitaran sekolah yang kotor akan membuatkan pelajar dan semua warga sekolah berasa tidak
selesa dan menyusahkan pelajar itu sendiri.
-Menimbulkan pelbagai masalah dan kesulitan kepada pihak pengurusan sekolah.
-Pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran seterusnya akan mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran kerana tidak dapat dijalankan dengan baik.
-Merugikan wang negara kerana banyak membelanjakan ke arah pembaikan harta benda sekolah
yang rosak akibat tidak dijaga dengan baik.
-Melahirkan para pelajar yang tidak bertanggungjawab ke atas peralatan sekolah dan seterusnya
harta awam.
-Jika peralatan sekolah rosak, segala aktiviti sekolah juga akan turut terjejas dan tidak dapat berjalan
seperti yang dirancangkan atau dengan lancar.
-Tindakan disiplin akan dikenakan kepada pelajar yang merosakkan harta benda sekolah.

Sebab-sebab berlakunya kerosakan harta benda sekolah


-Pelajar berasa kurang berminat untuk belajar.
-Kurangnya pendidikan agama dan moral di kalangan pelajar.
-Pelajar tidak mempunyai rasa tanggungjawab ke atas harta benda sekolah.
-Pelajar terpengaruh dengan rakan sebaya yang tidak bertanggungjawab ke atas harta benda
sekolah.
-Tidak menyayangi dan menganggap harta benda sekolah sebagai harta benda sendiri.
Cara-cara mendidik pelajar supaya bertanggungjawab terhadap harta benda sekolah
-Menyedarkan para pelajar tentang tanggungjawab menjaga harta benda sekolah. -Memberitahu
kepada pelajar kesan-kesan sekiranya tidak menjaga harta benda sekolah dengan baik.
-Melatih pelajar supaya menyayangi sesuatu perkara seperti menyayangi harta sendiri.
-Jika ada pelajar telah melakukan kerosakan peralatan sekolah, pelajar berkenaan wajib
menggantikannya kepada pihak sekolah.
-Memberi amaran dengan membuat peraturan kepada pelajar bahawa tindakan disiplin akan diambil
kepada mereka yang melakukan kerosakan harta sekolah.

Anda mungkin juga menyukai