Anda di halaman 1dari 13

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/327437538

Inovasi dalam pendidikan meningkatkan perkembangan budaya

Conference Paper · July 2018

CITATIONS READS

0 4,641

5 authors, including:

Roslinda Murad Supyan Hussin


Kolej Poly-Tech Mara Universiti Kebangsaan Malaysia
15 PUBLICATIONS   13 CITATIONS    127 PUBLICATIONS   412 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Syazreen Zakaria Md Hanafizah Ya'acob

1 PUBLICATION   0 CITATIONS   
Kolej Poly-Tech Mara
13 PUBLICATIONS   15 CITATIONS   
SEE PROFILE
SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Technical Matriculation Flipped Learning Project View project

knowledge management View project

All content following this page was uploaded by Roslinda Murad on 24 July 2019.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Inovasi Dalam Pendidikan Meningkatkan Perkembangan Budaya

Roslinda Murad1, Supyan Hussin2, Syazreen Zakaria3, Md Hanafizah Yaacob4, Nor Hafiza Haron5

Perkembangan teknologi maklumat banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini,

dalam bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi telah memberikan anjakan

baru dalam teknik pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar yang terlampau sibuk dengan

tugasan, kerja sambilan dan urusan peribadi akan memberi kesan kepada jadual

pembelajaran mereka kerana pengurusan masa yang tidak efisen menyebabkan ada pelajar

yang terlepas pandang tarikh akhir penghantaran tugasan kepada pensyarah. Sejajar dengan

itu, makalah ini dibuat untuk memperkenalkan projek inovasi dalam pengurusan pengajaran

dan pembelajaran iaitu aplikasi ‘Student Reminder & Notes’ yang berfungsi membantu pelajar

dalam memberi peringatan berkaitan tugasan dan pengurusan nota kepada para pelajar.

Aplikasi ‘Student Reminder & Notes’ ini dapat memberi peringatan berkenaan jadual kelas

yang pelajar sepatutnya hadir serta boleh mendisiplinkan pelajar supaya menepati masa.

Dewasa kini, pelajar dan telefon pintar seakan berpisah tiada. Ini kerana, telefon pintar adalah

suatu alat yang mereka akan bawa ke mana sahaja mereka pergi. Sebagai alternatif untuk

mencatat nota, pelajar boleh menggunakan aplikasi yang tersedia di dalam telefon pintar

mereka berbanding membawa buku nota. Hasil kajian daripada penggunaan aplikasi mudah

alih ini mendapati pelajar lebih berdisiplin untuk menepati masa dan bertanggungjawap ke

atas masa yang mereka ada sekaligus melahirkan generasi yang lebih produktif. Selain

daripada itu, aplikasi ini juga dapat membantu pelajar yang mempunyai jadual harian padat

dengan menguruskan dan menyusun jadual harian serta memberi peringatan kepada

pengguna tersebut. Secara tidak langsung, aplikasi ini juga dapat mengurangkan

penggunaan kertas yang diperbuat dari pokok-pokok yang ditebang sekaligus mengurangkan

perbelanjaan pelajar. Pengurusan masa yang efisien oleh pelajar mampu memberi impak

dan meningkatkan produktiviti Negara.

Katakunci: Inovasi Pendidikan, Perkembangan budaya, m-Pembelajaran


1.0 Pengenalan

Kewujudan produk seperti iPhone, Android, Blackberry, Twitter, Facebook dan YouTube serta

kebangkitan Google adalah hasil cetusan idea inovatif Barat. Menurut Razli Ahmad (2014)

ciptaan ini telah menukar cara hidup masyarakat masa kini dan menjadikan kehidupan

manusia lebih mencabar, seronok dan berdaya saing. Malah, inovasi pendidikan juga telah

menjadikan beberapa buah negara semakin menonjol seperti Korea, Finland serta beberapa

buah negara maju yang lain. Berhadapan dengan situasi tersebut Malaysia juga perlu

memandang kehadapan dan mencuba untuk menjadikan inovasi pendidikan sebagai suatu

halatuju baru terutamanya dalam kalangan generasi baru bagi meningkatkan perkembangan

budaya di negara kita.

Namun Ab. Halim Tamuri & Hussin Nur Hanani (2017) menyatakan pendidikan masa

kini bukan hanya untuk melahirkan warganegara yang baik tetapi lebih memfokuskan kepada

warganegara global yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan motivasi untuk

menangani isu-isu kemanusiaan dan persekitaran. Dalam konteks Malaysia pula khususnya,

peningkatan perkembangan budaya adalah untuk mewujudkan perpaduan antara pelbagai

kaum dan etnik di Malaysia agar dapat menghapuskan prasangka dan streotaip kaum dalam

usaha memupuk sikap positif dan timbul rasa hormat terhadap perbezaan etnik, bangsa,

budaya. Nilai budaya seharusnya difahami sebagai satu set nilai yang berjalan seiring dalam

sistem sosial sesebuah masyarakat.

Menurut Lamsah & Chear (2017) inovasi dalam pendidikan hari ini bersifat global dan

sering dikaitkan kepada pencapaian hasil pembelajaran dan kebolehpasaran graduan.

Kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) menjadikan masyarakat dunia dan

sesebuah organisasi semakin terkait antara satu sama lain dalam satu perkampungan dunia

tanpa sempadan. Manakala persekitaran pembelajaran pintar pula menekankan

pembangunan dan kemajuan pesat setelah teknologi mobil diterapkan dalam system

pendidikan di Malaysia telah memberi peluang untuk pelajar bermotivasi dan mempelajari
semua bidang secara mendalam dengan menggunakan teknologi pembelajaran mobil atau

m-Pembelajaran Analisa Hamdan et al. (2013).

2.0 Masalah kajian

Antara isu dan kelemahan yang dikenalpasti berlaku dan tercetusnya kajian ini adalah:

 Norliza (2013) mengenalpasti kelemahan tadbir urus E-Pembelajaran dan penggunaan

alat bantu mengajar yang terkini serta kurangnya panduan penggunaan E-Pembelajaran

adalah merupakan salah satu masalah yang di hadapi dalam bidang pendidikan.

Menyesuaikan diri sebagai seorang pelajar amatlah sukar kerana terlalu banyak tugasan

diberi boleh mengakibatkan pelajar terlepas pandang tarikh akhir menghantar tugasan.

 Selain daripada itu, Supyan (2016) mengenalpasti pembelajaran di dalam bilik kuliah

memberi banyak impak terutama dalam masalah penggunaan ruang, penggunaan elektrik

untuk mencetak, penggunaan tenaga dan kos yang tinggi dengan penggunaan kertas

yang banyak. Begitu juga kepada sesetengah pelajar yang pergi ke kelas dengan sengaja

tidak membawa atau terlupa membawa buku nota.

 Menurut Zanaton (2017) kelemahan sistem pembelajaran tradisional yang mengundang

kepada kebosanan pelajar mengikuti kuliah, kehadiran dan penglibatan pelajar adalah

antara masalah besar di dalam kelas. Selain daripada itu, pelajar yang terlampau sibuk

dengan tugasan, kerja sambilan dan urusan peribadi akan memberi kesan kepada jadual

pembelajaran mereka kerana pengurusan masa yang tidak efisen.

 M.Radzi (2017) menyatakan melalui kajian kes di Malaysia, Universiti Terbuka Malaysia

(OUM) merupakan universiti perintis yang melaksanakan Pembelajaran mudah alih dalam

persekitaran pintar dengan skala yang besar iaitu pada tahun 2004 dan diikuti oleh

Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2010. Dalam projeknya, OUM telah

menggunakan SMS untuk menyampaikan notis, peringatan serta mesej motivasi kepada
para pelajarnya. Selain daripada OUM dan USM, kurang diketahui mengenai sebarang

projek atau kajian lain yang melibatkan institusi pengajian tinggi lain yang melaksanakan

m-Pembelajaran berskala sedemikian

2.1 Permasalahan

 Merujuk kepada sumber RMKe11 2016-2020, sektor pendidikan di Malaysia masih rendah

dan ketinggalan berbanding sektor-sektor yang lain seperti sektor pengangkutan,

perikanan, pertanian, dan keselamatan atau bandar pintar. Z. Ibrahim (n.d.).

 Manakala menurut Suhazimah (2016) evolusi prestasi daya saing Malaysia, sumber

daripada Malaysia In Global Competitiveness Report 2016-2017, Malaysia masih lagi

ketinggalan dan berlaku penurunan ke paling rendah untuk teras pendidikan dan

kesediaan teknologi. Ini menunjukkan walaupun Malaysia berada di kedudukan ke-25

daripada 138 buah negara, mendahului di rantau Asia Timur dan Asia Pasifik dalam

kalangan negara baru muncul tetapi masih lagi ketinggalan dan berlaku penurunan ke

paling rendah untuk teras pendidikan dan kesediaan teknologi.

3.0 Objektif Projek Inovasi

Objektif projek inovasi ini adalah:

 Membantu memberi peringatan berkenaan jadual kelas yang pelajar sepatutnya hadir.

Sesetengah pelajar selalu tidak mengingatkan jadual kelas mereka dan tidak

menghadiri kelas mereka. Ini membuang masa dan wang jika seorang pelajar terus

belajar tetapi sering mempunyai masalah seperti lupa untuk menetapkan penggera

untuk kelas atau mempunyai hari yang sibuk dan benar-benar lupa bahawa mereka

mesti menghadiri kelas itu. Hanya peringatan dan ciri tambahan seperti tarikh Kuiz

atau peperiksaan atau tarikh tamat tugas boleh membantu pelajar yang memerlukan.
 Mendisiplinkan pelajar supaya menepati masa

Peringatan awal untuk kelas akan datang adalah salah satu ciri yang disediakan oleh

aplikasi ‘Student Reminder & Notes’ ini. Ini menjadi solusi kepadan masalah pelajar yang

suka tidur lewat disebabkan oleh banyak tugasan, tutorial, penyelidikan dan kajian yang

perlu dilakukan.

 Nota untuk pelajar

Dewasa kini, pelajar dan telefon pintar seakan berpisah tiada. Ini kerana, telefon pintar
adalah suatu alat yang mereka akan bawa ke mana sahaja mereka pergi. Sebagai
alternatif untuk mencatat nota, pelajar boleh menggunakan aplikasi yang tersedia didalam
telefon pintar mereka berbanding membawa buku nota.

4.0 Kajian Lepas

Kajian lepas menyediakan penyelidikan semula yang merupakan kajian terperinci yang

mendorong kepada pembinaan projek inovasi ini.

Rajah 4.1 My Class Schedule: Timetable

Merujuk https://play.google.com/store/apps/details?id=de.rakuun.MyClassSchedule.paid,

rajah 4.1: menunjukkan aplikasi My Class Schedule: Timetable yang terdapat di dalam

Gedung Aplikasi Google. Aplikasi mudah alih ini telah dibangunkan oleh Sebastian Mayer
diterbitkan pada Ogos 2011 dan aplikasi ini boleh dimuat turun sehingga masa sekarang.

Aplikasi ini boleh dikatakan popular kerana ramai pengguna menggunakannya. Aplikasi

mudah alih ini memaklumkan pengguna tentang kelas-kelas akan datang, tarikh peperiksaan

dan tugasan yang belum diselesaikan. Tujuan utama aplikasi mudah alih ini adalah untuk

menunjukkan dan mengingatkan tentang jadual harian pengguna yang menggunakan aplikasi

ini. Tambahan pula, aplikasi mudah alih ini datang dengan beberapa fungsi lain seperti secara

automatik senyapkan peranti pengguna semasa sesi pembelajaran bermula.

Beberapa ciri-ciri lain aplikasi mudah alih ini ialah aplikasi mudah alih ini mempunyai

pelbagai pilihan warna serta mempunyai satu widget menunjukkan jadual. Saiz berbeza-beza

dengan saiz grid yang merupakan 2x1, 3x1, 2x2, 3x2, 4x2. Antara ciri lain aplikasi mudah alih

ini ialah pengguna boleh mengubah jadual waktu misalnya mereka mempunyai jadual yang

berubah-ubah. Pengguna boleh mengubah mengikut tema yang disukai sama ada tema gelap

mahupun cerah.

Selain itu, terdapat ciri lain apabila pengguna menggunakan versi berbayar. Antara ciri

tersebut ialah pengguna boleh menggunakan widget jadual yang bergambar, widget kerja

rumah dan jadual peperiksaan. Walau bagaimanapun, aplikasi ini mempunyai kelemahan

tersendiri, iaitu mengandungi banyak iklan. Selain daripada itu, apabila pengguna

mengemaskini versi terbaru, ada pengguna yang mengatakan fungsi peringatan tidak

berfungsi dengan baik serta kelemahan aplikasi ini ialah widgets tidak berfungsi apabila

aplikasi ini dipasang di kad SD.


Rajah 4.2: Timetable++ Schedule.

Manakala https://play.google.com/store/apps/details?id=com.timetable_plus_plus&hl=en

pula merujuk kepada rajah 4.2 aplikasi mudah alih Timetable ++ yang boleh di muat turun di

Gedung aplikasi Google. Kajian kedua yang dikaji ialah Timetable++. Aplikasi mudah alih ini

telah dibangunkan oleh Phylsoft. Aplikasi mudah alih ini telah mencecah lebih dari 100,000

muat turun dan jumlah itu semakin meningkat.

Aplikasi mudah alih tertumpu kepada pelajar sekolah, kolej atau pelajar universiti dan

sesiapa sahaja boleh menggunakannya. Laman utama aplikasi ini menunjukkan kalendar.

Aplikasi ini membantu pengguna untuk mengingatkan tentang kerja rumah serta merekod

nota. Selain itu, aplikasi ini juga boleh mengingatkan masa peperiksaan serta merekod

markah peperiksaan. Tambahan pula, pada fungsi nota, pengguna boleh menyimpan nota

dengan mengambil gambar serta merakam suara untuk dijadikan rujukan di masa hadapan.

Selain itu, fungsi untuk pembatalan kelas dan mengingatkan hari cuti juga terdapat dalam

aplikasi mudah alih ini. Aplikasi mudah alih ini juga boleh membisukan telefon bimbit semasa

kelas.

Fungsi lain aplikasi mudah alih ini ialah boleh mengira masa sehingga waktu kelas

yang lain serta salah satu fungsi unik aplikasi mudah alih ini adalah jadual boleh dikongsi

melalui e-mel dan dengan mudah diimport dari satu lagi peranti mudah alih yang serasi.
Tambahan pula, aplikasi mudah alih ini mempunyai sokongan widget. Pemaju aplikasi

ini juga menawarkan terjemahan. Jika tiada terjemahan tersedia, pemaju menawarkan

sesiapa sahaja bagi membantu memajukan versi terjemahan aplikasi mudah alih.

Aplikasi mudah alih ini mudah digunakan. Pengguna boleh menyentuh secara

sepintas lalu saja skrin untuk melangkau antara minggu. Aplikasi mudah alih ini memerlukan

sambungan data atau sambungan Wi-Fi untuk fungsi sambungan, paparan skrin, simpanan

untuk rakaman suara dan imej menawan, mikrofon. Salah satu kelemahan aplikasi mudah

alih ini yang digunakan secara percuma ialah iklan kerana terdapat banyak penipuan dan

bahaya seperti virus selalunya disembunyikan di dalam mana-mana iklan.

Rajah 4.3: E-Reminder.

Namun https://play.google.com/store/apps/details?id=com.eNode.eReminderapp&hl=en

pada rajah 4.3 menunjukkan ruangan muat turun aplikasi mudah alih E-reminder yang

terdapat ni Gedung Aplikasi Google. E-Reminder merupakan aplikasi ketiga untuk kajian

pembinaan ‘Student Reminder & Notes’. Aplikasi mudah alih ini telah dibangunkan oleh

eMobApp Solutions. Aplikasi mudah alih ini nampaknya agak lama dan hanya mempunyai

lebih dari 1,000 muat turun bermula masa dilancarkan dalam Gedung Aplikasi Google.

Aplikasi mudah alih ini sedikit berbeza dengan yang kajian kes 1 dan kajian kes 2 sebelum
ini. Ciri aplikasi mudah alih ini adalah mudah dan terpantas untuk mengingat bermacam

perkara kerana dalam kehidupan seharian, sesetengah manusia mempunyai pelbagai

tugasan dan mereka perlu mengingatnya, tetapi kadang-kadang mereka terlupa apa yang

mereka mahu lakukan malahan kadangkala terpaksa membuat 2-3 tugasan dalam satu masa.

Aplikasi mudah alih ini membantu para pengguna menyimpan dan memberi peringatan seperti

tarikh tugasan, hari lahir, acara, tamat tempoh tempat letak kereta, pembayaran bil,

mesyuarat, ubat, panggilan-panggilan penting, parti, permainan dan banyak lagi.

Sejak aplikasi mudah alih ini dilancarkan dan aplikasi ini tidak pernah dikemas kini

sejak November 2014. Walau bagaimanapun, tidak banyak maklumat dapat dikumpul semasa

mengkaji aplikasi ini kerana kurangnya ulasan dan komen mengenai aplikasi mudah alih ini.

Tetapi berdasarkan reka bentuknya, aplikasi ini tampak suram dan tidak banyak peranti yang

mampu memasang aplikasi ini.

5.0 Metodologi

Terdapat pilihan beberapa model sebagai metodologi yang digunakan untuk membangunkan

sesuatu projek inovasi atau sistem iaitu seperti ‘waterfall, Prototype, iterative, Rational Unified

Process (RUP) dan Extreme Programming & Agile’. Projek ini menggunakan ‘iterative model’

kerana ia memberi tumpuan kepada membina satu fungsi pada satu masa, fasa utama yang

terlibat dalam projek ini ialah Perancangan dan Analisis (pengumpulan keperluan), Reka

bentuk dan Pembangunan, Pengujian, dan Perlaksanaan.


Rajah 5.1: ‘Iterative Model’

Menurut Korsaa (2002) seperti rajah 5.1 menunjukkan ‘Iterative model’ digunakan di dalam

projek ini kerana pengumpulan keperluan dan rekabentuk jelas dan mudah difahami,

teknologi yang sedang digunakan dalam perisian boleh diganti apabila ada teknologi baru

yang lebih baik. Projek ini bersesuaian dengan model yang digunakan kerana mampu

menghadapi risiko berlakunya perubahan pada ciri-ciri dan fungsi yang mungkin berubah

di masa hadapan.

6.0 Cadangan Aplikasi

Projek inovasi ini adalah untuk membina satu aplikasi mudah alih terutamanya bagi pelajar-

pelajar. Setelah memenuhi semua keperluan dan syarat pengguna aplikasi ‘Student

Reminder & Notes’ telah dibina. Aplikasi ini menawarkan banyak rekabentuk baru dan lebih

menarik kerana ianya lebih mesra pengguna supaya pelajar tidak mempunyai isu dalam

meneruskan pelajaran mereka ke institut-institut lebih tinggi. Pengurusan masa ialah kunci

kejayaan dalam pelajaran selain belajar. Projek ini juga mesra alam kerana tiada penggunaan

kertas, malahan sumber hutan kita dapat diselamatkan kerana pokok-pokok tidak ditebang

bagi tujuan membuat kertas untuk menulis bahan ilmiah. Bahkan nota di dalam aplikasi

tampak lebih menarik dan berwarna warni untuk dibaca. Secara positif, aplikasi mudah alih

ini mampu meningkatkan produktiviti pelajar sehubungan dengan dunia yang sedang mencari

ramai pelajar yang berminda inovatif dan hebat dalam pengurusan masa. Semua ciri yang
dibawa bersama dalam aplikasi mudah alih ini berfungsi dengan cemerlang dan aplikasi

mudah alih menyediakan bantuan dan memulihkan data, pengguna tidak perlu bimbang

dengan kehilangan data. Hanya beberapa melangkah pengguna boleh memulihkan data

sandaran (backup) yang disimpan dalam peranti.

7.0 Kesimpulan

Inovasi dalam pendidikan meningkatkan perkembangan budaya merupakan satu strategi dan

perspektif baharu untuk memahami variasi pelajar dari masyarakat yang berbilang kaum dan

berbilang budaya. Dengan itu hubungan yang lebih harmoni dapat dapat diwujudkan semasa

berinteraksi. Strategi ini seharusnya dapat membantu para pelajar memahami kepelbagaian

budaya yang ada di negara ini supaya matlamat pendidikan untuk memberi kesedaran kepada

pelajar-pelajar tentang wujudnya pelbagai nilai, budaya, agama dan bangsa dalam

masyarakatnya serta terdapat pula persamaan-persamaan dalam pelbagai budaya dapat

dicapai.

Rujukan

Ab. Halim Tamuri & Hussin Nur Hanani. 2017. Pendidikan Abad ke 21 Dalam Kepelbagaian Budaya :
Cabaran dan Harapan. ResearchGate (September).
Analisa Hamdan, Rosseni Din & Siti Zuraida Abdul Manaf. 2013. Penerimaan m-Pembelajaran dalam
Sintem Pendidikan di Malaysia melalui The Unified Theory of Acceptance and Use of
Technology (UTAUT): Satu Analisis Literatur. 1st International Conference on Mobil Learning,
Applications, and Services (mobilcase2012) 1(2): 93–97.
Ibrahim, Z. (n.d.). Malaysian Experience of the Framework of Sharing : Malaysia Public Service
Delivery 1–31.
Korsaa, M. 2002. Abridged version.
Lamsah, S. & Chear, S. 2017. Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Aplikasi Whatsapp dan Telegram
di Universiti Swasta 42(2).
Norliza, R. 2013. PENGGUNAAN MOBILE LEARNING (M-LEARNING) UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN
DALAM KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN UTHM. Thesis (Jun): 1–75. Retrieved from
http://plato.stanford.edu/archives/win2013/entries/phenomenology/
Razli Ahmad, H. H. & A. A. W. A. 2014. Pembudayaan Kreativiti dan Inovasi Dalam Kalangan Pelajar
Institusi Pengajian Tinggi : Kajian Ke Atas Pelajar Universiti Malaysia Perlis. Researchgate.Net
(September 2015): 0–11. Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/263353345
Suhazimah, D. 2016. Kerajaan Digital Inklusif Pemacu 7.
Supyan, H. 2016. Mobile Learning for the green environment. The 1st International Conference on
Green Development (GDIC 2016) (Gdic).
Zanaton, H. I. 2017. Mobile learning: innovation in teaching and learning using telegram 1(1): 19–26.
Aplikasi mobil 1, https://play.google.com/store/apps/details?id=de.rakuun.MyClassSchedule.paid

Aplikasi mobil 2, https://play.google.com/store/apps/details?id=com.timetable_plus_plus&hl=en

Aplikasi mobil 3, https://play.google.com/store/apps/details?id=com.eNode.eReminderapp&hl=en

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai