Anda di halaman 1dari 9

A. i) Tema: Pendidikan.

ii) Pembinaan tajuk

Isu - Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)


Sasaran - Pengajaran dan Pembelajaran
Lokasi - Institusi Pendidikan

iii) Tajuk penulisan esei.

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran dan


Pembelajaran di Institusi Pendidikan.

B. Kerangka penulisan.

1.0 Pengenalan

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau dikenali sebagai ‘Information

and Communication Technology’(ICT) di dunia kini semakin maju. Perkembangan ini

turut memberikan impak yang besar dalam kehidupan seharian kita baik dari segi positif

atau dari segi negatif. Dari segi pendidikan, ICT juga telah membangun dengan pesat.

Menurut Mohd Helmee Firdaus Salehudin (2016) ini dapat dilihat apabila Kementerian

Pendidikan Malaysia telah meletakkan dasar ICT untuk menyahut cabaran era masa

hadapan. Dasar yang ditetapkan adalah seperti berikut:

I. Setiap pelajar memperoleh keupayaan dan kemahiran menggunakan ICT.

II. ICT digunakan sebagai alat dalam proses pembelajaran dan pengajaran serta mata

pelajaran.

III. ICT digunakan untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan

sistem pengurusan.

Dalam usaha merapatkan jurang digital antara lokasi, guru dan pelajar, penggunaan ICT

telah diperluaskan bukan sahaja di instituti pengajian tinggi, malahan di peringkat

sekolah dan prasekolah.

1
2.0 Penggunaan Teknologi dan Maklumat (ICT) Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran di Sekolah.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya difokuskan

kepada cara mengaplikasikan peralatan dengan kaedah, prinsip dan teknik yang sesuai.

Sebagai contoh, remaja pada masa kini lebih gemar melayari internet untuk mencari

maklumat dan sebagainya berbanding daripada bergerak ke perpustakaan. Guru

sepatutnya menggunakan peluang ini untuk membimbing pelajar dan anak mereka ke

arah penggunaan yang betul supaya mereka tidak terlebih membuang masa melayari

perkara-perkara yang melalaikan. Ini merupakan satu cabaran untuk para guru dalam ke

arah perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini menggunakan komputer

dan kemudahan ICT (Sharifah Nor & Kamarul 2011).

2.1 Cabaran dan Masalah.

Walaupun pada masa kini ICT telah diterima ramai dan digunakan secara menyeluruh,

tetapi terdapat di sesetengah institusi pendidikan yang masih tidak dapat mempraktikkan

penggunaan ICT ini ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Isu ini

timbul kerana kurangnya tenaga pengajar yang berpengetahuan serta mahir dalam

bidang ini. Kekangan peralatan serta tempat juga menjadi faktor utama. Ini

menyebabkan para guru terpaksa membawa peralatan seperti ‘laptop’ dan ‘LCD

Projector’ sendiri (Shah Rulbani Zakaria, Mohd Isa Hamzah, & Khadijah Abdul Razak

2017).

2
2.2 Cara Menangani Masalah dan Cabaran.

Cabaran dan masalah yang wujud bukanlah sesuatu yang tidak boleh ditangani.

Berkaitan masalah kekangan peralatan boleh diselesaikan dengan bantuan daripada

pihak kerajaan. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga perlu memainkan peranan

mereka sebagai sumber kewangan luar dalam menyediakan atau membiayai kemudahan

ICT (Siti Hajar Halili & Suguneswary 2016).

Bagi cabaran dimana kurangnya tenaga pengajar yang berkebolehan, ini dapat

diatasi dengan mngadakan kursus khas untuk guru-guru ini. Walaupun mereka telah

mempunyai status sebagai seorang guru, itu bukanlah penghalang bagi mereka

mempelajari benda baharu.

2.3 Kesan Positif.

Terdapat banyak kesan positif dalam penggunaan ICT. ICT berpotensi untuk

meningkatkan minat dan perhatian pelajar untuk fokus menumpukan perhatian terhadap

pelajaran. Selain itu, berpotensi untuk mengembangkan kebolehan untuk pelajar berfikir

secara kritis dan kreatif.

Hasil kajian yang dilakukan oleh Azidahi (2011) mendapati bahawa penggunaan

ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran membantu pelajar dalam mengetahui

dan lebih memahami pelajaran yang diajar terutama dalam mata pelajaran sains, dimana

mata pelajaran ini memerlukan video dan audio serta carta alir untuk pelajar lebih

mudah memahami subjek tersebut.

3
2.3 Kesan Negatif.

Meskipun terdapatnya nilai positif dalam penggunaan ICT dalam pembelajaran dan

pengajaran, nilai negatif juga boleh terhasil. Penggunaan ICT yang tidak dikawal boleh

membawa kesan yang buruk kepada diri pelajar. Kemudahan internet yang disediakan

sekiranya tidak dipantau dengan baik boleh disalah gunakan oleh pelajar dengan

membuka laman sesawang yang tidak berfaedah dan tiada kaitan dengan pelajaran

seperti Facebook, Instagram dan sebagainya. Laman web pornografi turut tidak terlepas

sekiranya rangkaian internet tidak dipantau dengan baik. Terdapat lebih kurang 80,000

laman web yang berkait rapat dengan porno telah dihasilkan antara tahun 1999 ke tahun

2000 dan kebanyakan laman web tersebut boleh diakses dengan percuma (Naquih Nahar

/ UMRAN 2018).

3.0 Kesimpulan

Kesimpulannnya, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ini merupakan

elemen yang penting dalam memajukan negara, bangsa dan anak muda pada masa kini.

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran memberi banyak faedah dan

manfaat kepada pihak guru dan juga pelajar. Walaupun begitu, penggunaan yang tidak

terkawal boleh mendatangkan kesan yang buruk. Oleh itu, diharapkan pihak sekolah

sentiasa memantau dan menjaga kemudahan yang diberikan ini supaya ia tidak

memudaratkan mana-mana pihak.

4
C. Pencarian maklumat

1. Jurnal atas talian

Maklumat Penerangan
bahan
Nama penulis Mohd Helmee Firdaus Salehudin
Tahun 2016
Judul artikel PENGURUSAN ICT DI SEKOLAH MALAYSIA
Nama jurnal International Journal of Education, Psychology and
Counseling
Jilid/ volume 1
Nombor/ issue 1
Muka surat 1-10
Doi/ URL http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/72497
/1.pdf

2. Jurnal atas talian

Maklumat Penerangan
bahan
Nama penulis SHARIFAH NOR PUTEH & KAMARUL AZMAN ABD
SALAM
Tahun 2011
Judul artikel Tahap Kesediaan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan
Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid
Prasekolah
Nama jurnal Jurnal Pendidikan Malaysia
Jilid/ volume 36
Nombor/ issue 1
Muka surat 25-34
Doi/ URL http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/17124
/JP36_1_Chap_3new.pdf

3. Jurnal atas talian

Maklumat Penerangan
bahan
Nama penulis Shah Rulbani Zakaria, Mohd Isa Hamzah, & Khadijah
Abdul Razak
Tahun 2017
Judul artikel Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Pensyarah Pendidikan Islam di Politeknik Zon Selatan
Nama jurnal Tinta Artikulasi Membina Ummah
Jilid/ volume 3
Nombor/ issue 1
Muka surat 29-41
Doi/ URL http://www.journaltamu.com/wp-
content/uploads/2017/07/TAMU-Vol-31-June-2017-3.pdf

5
4. Jurnal atas talian

Maklumat Penerangan
bahan
Nama penulis Siti Hajar Halili dan Suguneswary
Tahun 2016
Judul artikel PENERIMAAN GURU TERHADAP PENGGUNAAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
BERASASKAN MODEL TAM DALAM
PENGAJARAN MATA PELAJARAN BAHASA
TAMIL
Nama jurnal JURNAL KURIKULUM & PENGAJARAN ASIA
PASIFIK
Jilid/ volume 4
Nombor/ issue 2
Muka surat 31-41
Doi/ URL https://juku.um.edu.my/article/view/8197/5670

5. Jurnal atas talian

Maklumat Penerangan
bahan
Nama penulis Azidah Abu Ziden1*, Issham Ismail2 , Robitah Spian3
and K. Kumutha4
Tahun 2011
Judul artikel The Effects of ICT Use in Teaching and Learning on
Students’ Achievement in Science Subject in a Primary
School in Malaysia
Nama jurnal Malaysia Journal of Distance Education
Jilid/ volume 13
Nombor/ issue 2
Muka surat 19-32
Doi/ URL http://mjde.usm.my/vol13_2_2011/mjde13_2_3.pdf

6. Jurnal atas talian

Maklumat Penerangan
bahan
Nama penulis Naquiah Nahar,1* Sahrunizam Sangi,1 Dharsigah A/P
Baniear Salvam,1 Nurhidayu Rosli,1Abdul Hafiz
Abdullah
Tahun 2018
Judul artikel Impak Negatif Teknologi Moden Dalam Kehidupan Dan
Perkembangan Kanak-Kanak Hingga Usia Remaja
Nama jurnal International Journal of Islamic and Civilizational Studies
Jilid/ volume 5
Nombor/ issue 1
Muka surat 87-99
Doi/ URL https://jurnalumran.utm.my/index.php/umran/article/view/
181/pdf

6
D. Lampiran

7
8
9

Anda mungkin juga menyukai