Anda di halaman 1dari 12

Tugasan 3 :

Elemen profesionalisme guru yang diperlukan dalam melaksnakan transformasi


PPPM.

Untuk melahirkan murid yang berupaya bersaing di peringkat global,


Pelaksanan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysai (PPPM) memperlihatkan
kesungguhan pihak Kementerian Pendidikan dalam mempersiapkan kemenjadian
murid ke arah generasi muda mengikut acuan abad ke-21. Dengan ini, murid bukan
sahaja belajar bidang akademik tetapi juga dapat menguasai pelbagai pengalaman
belajar berfikir aras tinggi dan bersifat lestari global. Untuk mencapai hasrat ini,
elemen-elemen profesionalisme guru yang diperlukan dalam melaksanakan
transformasi PPPM adalah sangat penting.

Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif, kreatif
dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu
untuk mengadaptasikan amalan mereka dengan kehendak pelajar sebagai
“knowledge worker” dalam era revolusi maklumat abad ke-21.

Seorang guru harus menguasai kemahiran-kemahiran belajar, berfikir,


merancang, mengajar, pemudahcaraan, menilai, berkomunikasi, mengurus, termasuk
kemahiran mengurus teknologi maklumat dankomunikasi (ICT). Kemahiran belajar
melibatkan kemahiran penggunaan mental manusia untuk memperolehi ilmu dalam
bidang kognitif, psikomotor ataupun afektif. Guru harus menyedari tugas dan amanah
yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa
nanti. Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan perubahan strategi
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru hari ini hendaklah sentiasa
berusaha melengkapkan diri dengan mengemas kini ilmu pengetahuan dan
kemahiran mengajar dari semasa ke semasa.

Seseorang guru yang melibatkan diri dalam pembelajaran abad ke 21, beliau
perlu mempunyai kemahiran kaunseling berurusan dengan pelajar. Kemahiran untuk
membantu pelajar menangani emosi sosial dan juga pelbagai lagi perkara yang
menjadi masalah kepada golongan pelajar. Adalah satu kelebihan untuk guru-guru
yang memiliki kemahiran kaunseling dalam menangani isu-isu yang berkaitan dalam
dan luar bilik darjah. Dengan kemunculan guru yang mempunyai kemahiran
kaunseling, dapatlah membantu murid-murid yang kurang bernasib baik untuk
mengembangkan kebolehannya ke tahap yang maksimum supaya memperolehi
pencapaian yang lebih baik. Murid-murid tidak akan berasa takut untuk berjumpa
dengan guru kaunseling tertentu apabila bermasalah dalam kehidupan mereka.
Mereka boleh berjumpa dengan guru yang lebih rapat dengan sendiri lalu
mendapatkan bantuan untuk menyelesaikan masalah kerana setiap guru mempunyai
kemahiran kaunseling. Dengan hal ini, murid-murid akan berasa lebih gembira
setelah mengeluarkan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi atas bantuan guru-
guru lalu meningkatkan tumpuan para murid dalam pembelajaran mereka.

Di samping itu sebagai seorang guru yang professional, mereka juga harus
mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid.
Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati
dan sentiasa bersifat tenang walau dalam apa keadaan sekalipun. Sebagai contoh,
Guru Pendidikan Moral wajar mempamerkan perwatakan yang baik di dalam bilik
darjah. Guru yang menjadi teladan dan panduan untuk para pelajar membentuk
sahsiah diri berdasarkan landasan yang betul.

Guru yang professional juga perlulah menguasai kemahiran untuk


menggunakan teknologi maklumat. Ini kerana bidang pendidikan sentiasa
berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan
pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi
dunia telah banyak membawa pelbagai cabaran kepada kerjaya perguruan. Ilmu dan
kemahiran dalam teknologi dan info komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan
sebagai pemangkin ke arah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.
Misalnya, seorang guru perlulah bijak menggunakan “PowerPoint” atau “MovieMaker”
untuk memberi ilmu pengetahuan kepada murid-muridnya supaya dapat menarik
tumpuan mereka.

Profesionalisme perguruan seterusnya memerlukan seorang guru


berpengetahuan dan berdaya fikir serta berakhlak. Guru dalam profesion keguruan ini
perlu menjadi seorang tokoh yang serba tahu, khususnya setiap aspek yang berkaitan
dengan sistem pendidikan. Guru diharapkan dapat membawa isu-isu semasa untuk
perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama murid di dalam kelas.
Dengan sentiasa memberi penerangan yang berkaitan dengan isu semasa kepada
pemuda-pemudi pascamerdeka, barulah mereka memahaminya dan memberi
pandangan diri sendiri serta sentiasa membantu dalam pembangunan negara.

Sebagai kesimpulan, guru perlulah sentiasa mempertingkatkan diri sendiri


supaya dapat mencapai elemen-elemen profesionalisme guru. Dengan ini, guru akan
berjaya dalam melaksanakan transformasi PPPM. Semoga guru menyelesaikan
semua cabaran dan berjaya dalam melaksanakan transformasi PPPM.
RUJUKAN
Arkib. (2013, September 7). Gelombang transformasi pendidikan. Retrieved from
Utusan Online:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130907/re_01/Gelombang-
transformasi-pendidkan?t=123
Koding. (2013, September 7). Intipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. Retrieved from Blogger: http://koding-
kn.blogspot.my/2013/09/intipati-pelan-pembangunan-pendidikan.html
Masra. (2011, Januari 23). profesionalisme keguruan. Retrieved from Scribd:
https://www.scribd.com/doc/47401493/profesionalisme-keguruan
Mazira. (2009, Oktober 6). PROFESIONAL KEGURUAN. Retrieved from Scribd:
https://www.scribd.com/doc/20659583/PROFESIONAL-KEGURUAN
Media Sosial. (2017, Januari 12). Retrieved from Perutusan tahun baru oleh menteri
pendidikan: http://pkgserimanjung.weebly.com/terkini/perutusan-tahun-baru-
oleh-menteri-pendidikan
Sayang. (2013, Jun 3). Markah yang Awesome....muah,muah... Retrieved from Edu
Stuff: http://ohselasih.blogspot.my/2013/06/markah-yang-
awesomemuahmuah.html
Usuluddin, D. (2011, April 27). PROFESIONALISME PERGURUAN. Retrieved from
Ilham Di Surambi:
https://surambi.wordpress.com/2011/04/27/profesionalisme-perguruan/
Tugasan 4

Bagaimana masyarakat boleh memainkan peranan dalam memastikan murid-


murid mempunyai keupayaan untuk bersaing di peringkat global.

Transformasi sekolah melibatkan peranan masyarakat dalam membantu guru


untuk mencapai matlamat PPPM melalui kerjasama yang diberikan secara total dalam
pembelajaran. Masyarakat telah memainkan peranan dalam memastikan murid-murid
mempunyai keupayaan untuk bersaing di peringkat global.

Keluarga merupakan lembaga pendidikan yang pertama dan utama dalam


masyarakat. Bentuk dan isi serta cara-cara pendidikan di dalam keluarga akan selalu
mempengaruhi tumbuh dan berkembangnya watak, budi pekerti dan kepribadian tiap-
tiap manusia. Pendidikan yang diterima dalam keluarga inilah yang akan digunakan
oleh anak sebagai dasar untuk mengikuti pendidikan selanjutnya di sekolah. Dengan
ini, sesebuah keluarga perlu mendidiknya dengan berbagai ilmu pengetahuan dan
keterampilan yang berguna bagi kehidupannya kelak sehingga bila ia telah dewasa
mampu berdiri sendiri dan sentiasa bersedia untuk bersaing.

Lingkungan masyarakat mempunyai peranan dalam mengembangkan perilaku


dan kepribadian anak. Dalam masyarakat anak bergaul dengan teman sebayanya
maupun yang lebih muda atau bahkan yang lebih tua. Dari pergaulan inilah anak akan
mengetahui bagaimana orang lain berperilaku dan anak dapat mengetahui peristiwa-
peristiwa yang terjadi dalam masyarakat serta anak dapat berpikir dan mencari
penyelesaiannya.

Dalam kehidupan masyarakat modern, komunikasi merupakan suatu


kebutuhan yang sangat penting terutama untuk menerima dan menyampaikan
informasi dari satu pihak ke pihak lain. Akibat pengaruh kemajuan ilmu pengetahuan
dan tekhnologi dalam waktu yang sangat singkat, informasi-informasi tentang
peristiwa-peristiwa, pesan, pendapat, berita, ilmu pengetahuan, dan lain sebagainya
dengan mudah diterima oleh masyarakat, sehingga media massa surat kabar, TV,film,
radio, majalah, dan lainnya mempunyai peranan penting dalam proses transformasi
nilai-nilai dan norma-norma baru kepada masyarakat. Di samping itu, media massa
juga mentransformasikan simbol-simbol atau lambang tertentu dalam suatu konteks
emosional.
Media informasi juga memberikan pengaruh positif bagi perkembangan anak,
khususnya dalam mengkondisikan anak berburu informasi dan pengetahuan. Saat ini
ada jutaan informasi yang dapat diperoleh dengan mudah melalui internet hanya
dalam hitungan detik saja. Bahkan, kementrian pendidikan pun telah meluncurkan
Buku Sekolah Elektronik yang dapat di download oleh semua pengguna internet. Hal
ini tentunya dapat membantu siswa dalam belajar dan mendapatkan buku tambahan
selain yang digunakan di sekolah.

Di Masyarakat terdapat norma-norma yang harus diikuti oleh warganya dan


norma-norma itu berpengaruh dalam pembentukan kepribadian warganya dalam
bertindak dan bersikap. Dan norma-norma tersebut merupakan aturan-aturan yang
ditularkan oleh generasi tua kepada generasi berikutnya. Penularan-penularan itu
dilakukan dengan sadar dan bertujuan, hal ini merupakan proses dan peran
pendidikan dalam masyarakat.

Kesimpulannya, masyarakat telah memainkan peranan dalam memastikan


murid-murid mempunyai keupayaan untuk bersaing. Diharapkan semua pihak akan
bekerjasama untuk melahirkan pemuda-pemudi pascamerdeka yang cemerlang.
Semoga remaja cemerlang, masyarakat harmoni, negara maju dan setanding dengan
negara maju yang lain.
Rujukan
Alimuddin. (2012, December 10). Kreativiti, inovasi dalam pendidikan. Retrieved
from Utusan Online: http://ww1.utusan.com.my
Arsipku. (2010, Mac 3). PENGARUH LINGKUNGAN KELUARGA, SEKOLAH, DAN
MASYARAKAT. Retrieved from CatatanKu: http://arsipku-
catatanku.blogspot.my/2010/03/
HUSNUNNISA. (2015, Mac 24). pengaruh lingkungan terhadap perkembangan
anak. Retrieved from husnunnisaabbas:
https://husnunnisaabbas.wordpress.com
Mary. (2015, OGOS 13). Guru berperanan lahir pelajar capai standard global.
Retrieved from BH Online: http://www.bharian.com.my/node/74472
paudfip. (2009, Jun 17). PERANAN KELUARGA,SEKOLAH DAN MASYARAKAT
DALAM PENDIDIKAN ANAK. Retrieved from Paudfip's Blog:
https://paudfip.wordpress.com/2009/06/17/
SIDEK. (2013, September 12). PPPM: Persiapan hadapi alaf 21. Retrieved from
utusan online: http://ww1.utusan.com.my/
Wahyuni. ( 2014, Disember 18 ). Pengaruh Masyarakat Terhadap Sekolah.
Retrieved from Ad-Durus: http://lathifatulwahyuni.blogspot.my/2014/12
Tugasan 5

Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru, pemimpin sekolah, pegawai


kementerian dan ibu bapa dalam memastikan kejayaan matlamat PPPM.

Dalam memastikan kejayaan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia, pelbagai cabaran telah dihadapi oleh guru, pemimpin sekolah, pegawai
kementerian dan ibu bapa. Dengan mendapatkan beberapa artikel yang diperolehi
dari sumber-sumber yang sahih, saya telah membuat ulasan dan analisis tentang
cabaran-cabaran yang dihadapi.

Pertama sekali, guru merupakan orang yang terdekat dengan murid-murid


untuk mengajar mereka. Namun begitu, cabaran telah dihadapi dalam proses
pembelajaran ini oleh para guru. Menurut nidapik90 dalam penulisan akademiknya,
para guru telah menghadapi cabaran dalam pembelajaran apabila berhadapan
dengan murid-murid yang berasal daripada keluarga, agama dan bangsa yang
berlainan. Selain itu, sikap-sikap para pelajar yang berbeza juga akan menyebabkan
guru menghadapi cabaran. Hal ini disebabkan seseorang susah untuk mengawal segi
psikologi diri sendiri. Seseorang guru akan berfikir dan melayan seseorang pelajar
dengan mengikut perasaan diri sendiri. Oleh sebab itu, seseorang guru perlulah
bijaksana mengawal emosi diri sendiri dan sentiasa bersikap adil apabila berada
dalam kelas.

Selanjutnya, walaupun pekerjaan seseorang guru adalah mengajar pemuda-


pemudi pascamerdeka, tetapi bebanan tugas seseorang guru lebih berat berbanding
dengan kebanyakkan pekerjaan yang lain. Hal ini disebabkan tujuan pembelajaran
abad ke-21 adalah melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan, kemahiran
berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan
identiti nasional. Berbanding dengan pembelajaran tradisional, guru akan menjadi
lebih sibuk kerana perlu memberikan perhatian kepada pelbagai segi serta akiviti.
Kekangan masa seseorang guru juga telah timbul kerana memerlukan banyak masa
dalam merancang dan membina bahan pengajaran yang bersesuaian. Dalam
menyediakan program, aktiviti serta kurikulum, banyak bajet diperlukan. Walaupun
kerajaan telah menyediakan bajet untuk pendidikan dalam bajet persekutuan,
masalah kekurangan dana dan kewangan masih timbul.
Selain itu, guru juga telah menghadapi cabaran dalam bahasa. Kebanyakan
pelajar hanya menguasai bahasa ibunda sendiri sahaja. Hal ini menyebabkan guru
susah untuk menjelaskan tajuk yang ingin disampaikan sehingga semua murid faham.
Sebagai contoh, pelajar kaum Cina susah dalam memahami maksud sebuah petikan
yang berbahasa Melayu.

Remaja-remaja pada zaman globlalisasi ini mudah terpengaruhi dengan gejala


sosial. Banyak maklumat atau informasi yang tidak baik akan menjadikan seseorang
itu berkelakuan jahat atau tidak bermoral. Dengan ini, guru menghadapi cabaran
dalam menerapkan nilai murni dan etika kerohanian dalam generasi muda. Guru
perlulah sebagai rol model supaya dicontohi oleh murid-murid sendiri.

Pemimpin sekolah juga memainkan peranan dalam memastikan kejayaan


matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia tetapi sering menghadapi
cabaran. Hal ini disebabkan pemimpin sekolah iaitu guru besar atau pengetua sekolah
merupakan pemimpin yang menguruskan segala perkara dalam sesebuah sekolah.
Beliau bukan sahaja perlu memastikan keputusan akademik pelajar, bahkan juga
perlu menggalakkan para pelajar aktif dalam aktiviti kokurikulum supaya pelajar yang
seimbang dapat dilahirkan. Dengan ini, guru besar memerlukan banyak tenaga dan
masa untuk melancarkan pelbagai program seperti Program Mengelap Mutiara, Kem
Pandu Puteri dan Kem Pemimpin. Cabaran akan menimbul apabila kehadiran pelajar
dalam program-program ini tidak baik. Pelajar-pelajar tidak mengambil berat dalam
aktiviti-aktiviti ini sebaliknya hanya peimimpin guru yang memberikan tumpuan
dalamnya.

Seterusnya, pemimpin guru juga menghadapi cabaran apabila tingkah laku


seseorang pelajar bermasalah. Sebagai contoh, gangsterisme, isu ponteng sekolah
dan vandalisme yang sering berlaku di kalangan sekolah. Cabaran telah dihadapi
untuk menyelesaikan dan mencegah masalah ini. Pemimpin guru perlu berfikir untuk
mendapatkan cara yang berkesan untuk membantu murid-murid yang bermasalah ini
dan bukanlah memberi hukum berat seperti berhenti sekolah.

Pegawai-pegawai di Kementerian Pendidikan adalah pembuat dasar dan


sebahagiannya merupakan pelaksana dasar. Dasar yang baik adalah dasar yang
boleh dilaksanakan dengan baik. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
merupakan dasar yang baru untuk guru dan pelajar. Oleh sebab itu, terdapat segelinitr
guru yang lebih berpengalaman atau murid susah untuk menerima dasar ini. Mereka
lebih suka pembelajaran tradisional dan berasa pembelajaran lebih berkesan dan
mudah untuk dipelajari. Inilah merupakan salah satu cabaran yang dihadapi oleh
pegawai kementerian supaya semua pelajar dan guru dapat menerima PPPM dan
melaksanakannya dalam pembelajaran. Pegawai kementerian perlulah sentiasa
mengadakan ceramah supaya para pelajar dan guru dapat memahami dan
mengetahui kebaikan yang terkandung dalam PPPM. Penerangan yang jelas perlulah
diberi.

Seterusnya, cabaran yang dihadapi oleh pengawai kementerian dalam


memastikan kejayaan matlamat PPPM ialah sentiasa memastikan kualiti seseorang
guru. Guru merupakan orang yang paling penting dalam pendidikan. Dengan ini,
pegawai kementerian perlu sentiasa berkunjung ke sekolah yang memerlukan
bantuan apabila mendapati keputusan sekolah tersebut tidak berapa baik atau telah
merosot. Pegawai kementerian hendaklah mencari masalah yang telah dihadapi dan
sentiasa bersiap sedia untuk membantu sekolah tersebut.

Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh pegawai kementerian adalah


memastikan para guru menggunakan cara yang betul untuk mengajar murid-murid
sendiri. Hal ini supaya semua guru memberi penerangan dengan kaedah yang betul
dan akhirnya dapat mencapai matlamat PPPM. Pegawai kementerian juga perlulah
memastikan pelajar-pelajar berjaya mendapat ilmu pengetahuan yang disampaikan
sehingga menjadi seorang yang seimbang daripada pelbagai segi.

Anak-anak ibarat sekeping kain putih manakala ibu bapa merupakan insan
yang mencorakkannya. Oleh sebab itu, ibu bapa sangat penting dalam memastikan
kejayaan matlamat PPPM. Walau bagaimanapun, ibu bapa telah menghadapi
cabaran apabila mereka sibuk dalam pekerjaan mereka. Mereka tidak ada masa yang
secukupnya untuk menemani anak-anak sendiri. Dengan ini, ibu bapa telah
mengabaikan anak-anak sendiri sehingga mereka tidak mementingkan pelajaran diri
sendiri.

Cabaran dihadapi oleh ibu bapa apabila anak-anak berkawan dengan rakan
sebaya yang bersikap negatif. Mereka akan menjalankan aktiviti-aktiviti yang tidak
berfaedah bersama-sama seperti merokok, ponteng sekolah dan vandalisme. Ibu
bapa menghadapi cabaran untuk membetulkan perbuatan anak-anak mereka kerana
budak-budak ini percaya akan kawan-kawan mereka. Kemungkinan mereka akan
melari dari rumah dan menyebabkan masalah sosial turut menimbulkan cabaran
kepada para ibu bapa. Hal ini akan membimbangkan pelbagai pihak.

Sebagai kesimpulan, semua pihak iaitu guru, pegawai kementerian, ibu bapa
dan pemimpin sekolah perlu bersatu hati, bertindak seia sekata, berpadu tenaga dan
berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam mencari kaedah yang gramatik bagi
mengatasi cabaran-cabaran yang ditemui ini untuk mencapai dan memastikan
kejayaan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Hal ini adalah
bagi memastikan kewujudan sebuah bangsa Malaysia yang maju, berdaya saing dan
memilki citra bangsa yang kompetitif seiring dengan hasrat Perdana Menteri Datuk
Seri Tun Razak bagi menjadikan bangsa Malaysia yang bertaraf dunia.Pendek kata,
semua pihak haruslah berpegang teguh pada falsafah Confuicius, apatah gunanya
kita tidur di bantal yang sama tetapi mimpi kita berbeza, lebih baiklah kita tidur di bantal
yang berbeza tetapi mimpi yang sama dalam menzahirkan matlamat PPPM.
Diharapkan semua pihak bekerjasama untuk mendapat cara-cara yang baik untuk
menyelesaikan cabaran-cabaran yang dihadapi dan berjaya mencapai matlamat
PPPM. Semoga pelajar cemerlang, masyarakat harmoni, negara maju.
Rujukan

James. (2013, September 6). Transformasi pendidikan dilaksana dalam 3


gelombang. Retrieved from Utusan Online:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri
Khari. (2015, Januari 17). Kembali kepada tujuan asas pendidikan. Retrieved from
Utusan Online: http://www.utusan.com.my/rencana/kembali-kepada-tujuan-
asas-pendidikan-1.48770
Matlamat PPPM: Tangani dulu isu kualiti guru. (2014, Mac 13). Retrieved from Sinar
Online: http://www.sinarharian.com.my
Norasmah. (2012, September 17). KEPIMPINAN PENDIDIKAN DAN
PENGURUSAN PENDIDIKAN: CABARAN KEPADA GURU BESAR DAN
PENGETUA. Retrieved from CORETAN PEMIKIRAN:
http://kamaruzamanmoidunny.blogspot.my

Anda mungkin juga menyukai