Anda di halaman 1dari 3

1.

Bincangkan sumbangan dasar Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 kepada

pembangunan aspirasi murid sekolah.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) adalah berasaskan aspirasi falsafah


Pendidikan Kebangsaan ke arah menyediakan pendidikan seimbang bagi setiap murid. Pelaksanaan
pelan ini banyak menyumbang kepada pembangunan aspirasi murid sekolah seperti meningkatnya ilmu
pengetahuan di kalangan murid kerana mereka didedahkan dengan pengetahuan am yang menyeluruh
tentang Malaysia, Asia dan dunia dari aspek sejarah,manusia dan geografi.

Selain itu, murid juga akan digalakkan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang lain seperti seni,muzik,dan sukan. Ini dapat memupuk kemahiran berfikir di kalangan murid-
murid kerana setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan
mereka dengan menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.
Murid yang kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar
konteks akademik akan dapat menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan
pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif.

Dalam dunia yang semakin mencabar ini, kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang
lain secara berkesan adalah amat penting. Sistem pendidikan ini akan membantu setiap murid mencapai
potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan tidak formal untuk bekerja dalam
pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi
empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi
dengan berkesan.

Di samping itu, setiap kanak-kanak akan dapat menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa
sekurang-kurangnya pada tahap minima. Dengan tahap penguasaan bahasa ini selepas menamatkan
persekolahan, murid berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran
kerja. Selain itu, murid juga digalakkan mempelajari bahasa lain sebagai bahasa tambahan.

Akhir sekali, sistem ini dapat memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap murid bagi mendepani
cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan konflik
secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika berada dalam situasi
yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul. Sistem pendidikan juga berhasrat untuk
membentuk individu penyayang yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara.

2. Jelaskan kepentingan atau manfaat Revolusi Industri 4.0 (RI4.0) kepada guru dalam proses
penyampaian pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Era digital memberikan impak yang begitu besar kepada sistem pendidikan di negara ini. Ini juga memberikan
manfaat kepada guru-guru dalam proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Menerusi dunia digital, penggunaan inovasi teknologi menjadikan kehidupan sosial dan amalan
seharian lebih mudah daripada sebelum ini. Penggunaan teknologi telah menunjukkan kesan positif
bukan sahaja terhadap gaya hidup, tetapi juga telah memberi impak kepada bidang pendidikan. Guru
dapat menggunakan secara efektif di dalam kelas. Guru dapat menerapkan elemen multimedia seperti
video, audio, grafik, dan teks yang mendedahkan murid kepada persekitaran pembelajaran yang lebih
menarik.

Selain itu, aplikasi laman web juga guru dapat gunakan sebagai platform pembelajaran yang juga dapat
menggalakkan pembelajaran kendiri dikalangan murid-murid. Guru juga dapat menjalankan kaedah
pembelajaran yang pelbagai.

Di samping itu, guru-guru boleh menggunakan platform Cloud Computing untuk meletakkan modul-
modul pengajaran, perbincangan dan kuliah di aplikasi ini agar para murid ini dapat mencabar diri
mereka dan berasa seronok dalam perbincangan kumpulan yang mempunyai persekitaran pembelajaran
yang interaktif dan secara tidak lansung memberikan mereka peluang untuk berkoloborasi dengan
rakan-rakan mereka agar mereka ini merasakan bahawa pembelajaran masih boleh berlaku biarpun
bukan sahaja di dalam kelas. Guru-guru juga dapat menggunakan Liquid Crystal Display (LCD) yang boleh
menayangkan gambar dan tayangan video yang mempunyai warna dan suara. Ianya sekaligus akan
menjadikan pengajaran menjadi lebih seronok dan menarik minat para murid untuk belajar tentang
subjek tersebut.

Guru juga dapat manfaat daripada penggunaan aplikasi Google Classroom seterusnya dapat menjadi
lebih menarik serta mampu merangsang minat pelajar sekalis gus dapat membantu meningkatkan
prestasi akademik para pelajar.Guru juga dapat meningkatkan daya kefahaman murid juga adalah salah satu
kelebihan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Sebagai contoh dalam pengajaran subjek
sejarah yang memerlukan murid mengingati sesuatu peristiwa yang berkronologi.Guru hanya perlu menyediakan
persediaan grafik contohnya tayangan filem dalam pengajaran.Hasil pengaplikasian ICT tersebut dapat merangsang
daya kefahaman dan ingatan murid dengan lebih mudah kerana murid akan lebih fokus dan cenderung dengan
persembahan grafik yang ditayangkan.Tidaklah mereka hanya bergantung dengan nota-nota dan catatan yang
kadang kala memeningkan kepala dan menimbulkan kekeliruan untuk memahaminya.
3. Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan satu alternatif dalam menilai dan

mengukur kebolehan, pengetahuan dan kemampuan murid sepanjang tempoh persekolahan mereka.

Kemukakan alasan yang sesuai kepentingan PBD kepada murid.

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ialah sebuah pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan
pencapaian murid. Antara kepentingan Pentaksiran Bilik Darjah kepada murid adalah hasil ujian mungkin
merupakan suatu perangsang bagi mereka sekiranya keputusan yang diterima adalah baik. Prestasi
mereka yang baik akan mendorong mereka belajar dengan lebih tekun lagi . Sebaliknya, keputusna yang
kurang baik akan menggalakan dalam mencabar murid untuk berbuat yang lebih baik. Selain itu,
kepentingan Pentaksiran Bilik Darjah adalah untuk mengenalpasti murid yang lemah dalam bersosial.
Kemahiran bersosial membolehkan mereka berinteraksi dan menjaga hubungan antara masyarakat
dengan baik bersesuaian mengikut golongan. Mereka juga akan tahu cara yang sesuai untuk
berkomunikasi dengan orang lain mengikut intonasi suara, gerak geri dan emsosi yang betul. Sekiranya
mereka tidak menguasai kemahiran ini, akan menyebabkan timbulnya perasaan rendah diri dan
kemurungan dalam diri murid tersebut. Di samping itu,Pentaksiran ini penting kerana ia boleh melihat
prestasi murid secara menyeluruh selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dalam
usaha membentuk dan membangunkan modal insan yang berkualiti. Guru juga dapat menyampaikan
kurikulum secara lebih terperinci iaitu membina nilai-nilai ke arah pembentukan insan yang berguna dan
seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani. Pengajaran seperti ini dapat membantu murid-murid
menerima perubahan bentuk pembelajaran yang baharu pada masa akan datang. Murid-murid boleh
dibantu dalam perkembangan diri, mencari kekuatan dan kelemahan mereka dalam pembelajaran untuk
meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Anda mungkin juga menyukai