Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), perguruan dalam konteks pendidikan guru
ditafsirkan sebagai pengajaran.manakala keguruan pula membawa makna perkara yang
berkaitan secara rapat dengan guru, misalnya peranan, tugas dan kelayakan sebagai
seorang guru.

Profesionalisme membawa maksud satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi
seseuatu pekerjaan seseorang dalam mengecapi keberkesanan,produktiviti,kecekapan dan
akauntibiliti.(Sufiah Hussien,1996) dalam karya Esah Sulaiman (2003).

Menurut pandangan heddedrof dalam Esah Sulaiman (2003), profesionalisme membawa


makna jika sesuatu perkejaan dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi serta
tidak melebihkan kepentingan diri dan juga memilig pekerjaan.

Ciri –ciri untuk sesuatu profesion mengikut model Liberman,iaitu merupakan yang
perkhidmatan yang penting dan mempunyai objektif yang jelas untuk masyarakat sejagat
dan negara. Seterusnya menggunakan pelbagai kemahiran dan kepakaran intelek sewaktu
menjalankan tugas. Selain itu, kriteria sesuatu profesion itu terutamanya guru ialah
mendapat latihan yang khusus dalam jangka masa panjang.sebagai contoh bagi institut
pendidikan guru(IPG),seorang siswa pelajar perlu menamatkan ijazah sarjan muda selama
5 tahun sebelum bergelar guru.Di samping itu, sifat profesion ini ialah mengutamakan mutu
dan perkhidmatan pekerjaan dan dedikasi tanpa menghiraukan keuntugan.ciri seterusnya
ialah mempunyai tatasusila dan peraturan perkhidmatan.

1
2.0 PERBINCANGAN TERHADAP ELEMEN PROFESIONALISME

Elemen yang penting Selain daripada metodologi mengajar dan kemahiran


mengajar yang efektif, keunggulan seorang warga pendidik itu terletak pada ilmu
pengetahuannya yang luas. Guru perlu sentiasa mengembang dan meningkatkan ilmu
pengetahuan dalam bidang yang diajarnya agar sentiasa kreatif, kemaskini, bertenaga
dan inspirasional. Sebagai contoh, guru akan berhadapan dengan situasi pelajar remaja
yang mempunyai fikiran yang matang dan semangat inkuiri yang tinggi. Oleh itu, mereka
akan bertanyasoalan yang melebihi sukatan pelajaran atau kurikulum yang tertera dalam
buku teks iaitu soalan berbentuk aras tinggi dan diluar kotak pemikiran(KBAT). Sekiranya,
guru mampu untuk menjawab soalan itu dengan penuh kenyakinan dan disertakan
dengan memberi contoh dan bukti yang kukuh,hal ini akan meningkatkan minat pelajar
untuk belajar. Pembelajaran akan menjadi efektif lagi jika guru boleh berkongsi dan
mengaitkan ilmu tambahan berkenaan dalam kehidupan pelajar. Menurut Dr.Ragbir Kour
(2007), Guru sebagai orang yang menyebarkan ilmu hendaklah mempraktikkan budaya
ilmu melalui membaca berfikir,memerhati berkarya dan bertukar-tukar fikiran serta
mencari pengalaman baru.

Seterusnya ,untuk membentuk situasi pembelajaran sepanjang hayat,seorang guru


perlu menggunakan kaedah talian dan kecanggihan teknologi seperti Internet,
Whatsapp,Telegram,e-mel dan lain-lain.Melalui perkara ini,para guru boleh menggunakan
ia sebagai wadah untuk menambah ilmu mereka di samping dijadikan medium untuk
perkongsian dan sesi soal jawab antara murid dan guru.kenyataan ini disokong oleh iaitu
alam pekerjaan yang berciri teknologi tinggi dan sering berubah didapati tempat kerja
sebagai persekitaran pembelajaran untuk sumber pembangunan manusia.

Elemen ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada komuniti masyarakat iaitu
melahirkan guru dan masyarakat yang mahir yang dalam bidang ICT. Tambahan pula
dapat menarik minat dan tumpuan pelajar dengan kaedah abad ke-21.

Walau bagaimanapun, cabaran yang dihadapi guru ialah ialah kesahihan maklumat
yang diperoleh oleh murid-murid untuk rujukan pembelajarannya,ini kerana pada zaman
sekarang terlalu banyak penipuan dan unsur-unsur negatif yang terkandung di dalam
internet.Di samping itu ialah cabaran untuk melahirkan murid yang dapat berbakti kepada
kemajuan dan pertumbuhan negara kerana ramai remaja yang tewas kepada arus
kemodenan dan teknologi kerana tidak mengamalkannya kearah yang betul.

2
Elemen seterusnya ialah kemahiran praktikal yang perlu disemai dalam diri guru.ini
kerana menurut pandangan Esah Sulaiman (2003),melalui pengajaran mikro guru dapat
belajar kemahiran yang diperlukan dalam bidang ini.Kemahiran ini termasuklah membuat
set induksi, kawalan keadaan kelas merancang isi dan aktiviti pelajaran yang menarik dan
sesuai.Jika guru itu berasal dari institusi pengajian tinggi IPG,mereka akan didik dengan
kemahiran pedagogi yang amat sesuai untuk pengajaran kanak-kanak sekolah
rendah.Selain itu, kemahiran public speaking turut perlu dikuasai oleh guru untuk
memudahkan proses penyampaian maklumat secara efisien semasa pengajaran.

Justeru itu,pembelajaran sepanjang hayat amat berkait rapat dengan elemen


kemahiran praktikal ialah bersemuka.Hal ini kerana, guru perlu bersemuka secara formal
atau tidak formal untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran tertentu. Sebagai contoh,
bertalaqi kitab agama bagi guru agama dan juga menghadirkan diri ke kursus ICT untuk
memantapkan kemahiran TMK.

Kemahiran praktikal ini amat secara langsung dapat memberi sumbangan dari
perspektif ilmu kepada masyarakat sekeliling sama ada secara bersemuka iaitu
kemahiran bercakap dikhalayak ramai seperti ceramah atau secara atas talian iaitu
penulisan blog yang memberi input-input yang berguna pada masyarakat.

Cabaran yang kedua bagi profesion ini ialah kemampuan untuk menyediakan murid
dengan kemahiran serta pengetahuan revolusi maklumat atau digelar sebagai TMK. Hal
ini disebabkan seseorang guru itu perlu meningkatkan lagi peratusan pelajar yang celik
ICT dan mengurangkan jurang celik TMK antara murid Bandar dan luar Bandar, menurut
buku pengajian profesional karya Shamsiah Md Nasir,et.al.(2017).

3
Elemen yang ketiga ialah kemahiran komunikasi kerja berpasukan dan kepimpinan
yang semakin dilihat memudar dalam seorang diri bakal guru. Elemen ini amat penting bagi
membantu seorang guru itu tentang cara mengelola program dengan betul dan untuk
berhadapan dengan komunitit masyarakat yang pelbagai ragam dan orgnisasi sekolah yang
dipimpin oleh pelbagai latar belakang manusia. Menurut Difonzo,(2010) berpandangan
bahawa sesebuah organisasi bukan hanya memandang pada pengalaman berkerja semata-
mata,akan tetapi mereka juga mengutamakan pekerja yang boleh bekerja dengan efektif
secara berkumpulan serta mengerti bagaimana sesuatu proses pengurusan berlaku.

Seterusnya,pendekatan pembelajaran sepanjang hayat yang sesuai diamalkan


terhadap elemen ini ialah pendekatan secara teradun iaitu gabungan kaedah bersemuka
dan atas talian. Sebagai contoh, secara bersemuka , guru boleh bergaul dan mengambil
bahagian dalam aktiviti masyarakat seperti melibatkan diri dalam ahli jawatankuasa masjid
dan sebagainya demi untuk meningkatkan lagi semangat berpasukan. Melalui atas talian
pula, guru boleh bertukar pendapat dengan masyarakat dalam dan luar negara untuk
mewujudkan generasi guru yang berkompetensi dengan menggunakan pelbagai aplikasi
canggih seperti skype,telegram dan lain-lain.

Sehubungan dengan itu, elemen ketiga ini dapat memberi implikasi positif kepada
masyarakat dari segi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan insaniah. Misalnya bagi
guru agama, mereka boleh melaksanakan amali dan praktikal mengenai pengurusan
jenazah melalui kursus-kursus khas bagi meningkatkan kemahiran mengurus jenazah.
Selain itu, ceramah dan kuliah juga fardhu ain seperti bab munakahat dan muamalat yang
menjadi banyak permasalahan terhadap masyarakat sekarang ini.

Cabaran yang terhasil ialah kesukaran untuk mewujudkan murid yang berdaya saing
pada peringkat globalisasi yang mampu berdaya saing dengan mengaplikasi ilmu yang
telah diperoleh. Menurut kitab Al Quran nul Karim,:

“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kalian mengatakan sesuatu yang tidak kalian
kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kalian mengatakan apa-apa yang tidak
kalian kerjakan.” (QS Al-Shaff [61] ayat : 2-3)

Hal ini kerana begitu ramai murid yang tidak mengamalkan kembali apa yang di pelajarinya.

4
Elemen kemahiran yang keempat ialah pembelajaran sepanjang hayat,dan
pengurusan maklumat. Krtiteria keempat ini menekankan bahawa seorang guru itu perlu
sentiasa menambah ilmu pengetahuannya dan mengatur info maklumat yang mereka
perolehi dengan lebih sistematik.Berpandukan perspektif islam, mencari ilmu itu ialah satu
kewajiban bagi orang islam tidak kira laki atau perempuan dan juga tua atau muda.

Hadis:

“mencari ilmu itu adalah wajib bagi setiap muslim lelaki mahupun perempuan.”

( Zahazan,2013)

Seterusnya,Metod pendekatan pembelajaran sepanjang hayat ialah secara teradun.


Proses ini berlaku dengan cara mengkaji dan mencari maklumat yang sahih secara atas
talian dan bersemuka supaya penambahan ilmu yang baru sentiasa berterusan. Sebagai
contoh, para guru boleh bertalaqi bersama pakar –pakar yang lebih mahir dalam bidang
tertentu. Para guru juga boleh berbincang dan merujuk pada pakar ini secara atas talian
seperti menggunakan e-mel dan sebagainya.

Sumbangan terhadap komuniti ialah dapat melahirkan murid yang berpengetahuan


luas dan masyrakat yang cinta akan ilmu hasil daripada penganjuran seminar untuk
memberi pendedahan mengenai kepentingan ilmu. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan
golongan buta huruf dalam kalangan masyarakat. Tambahan pula,ia juga dapat
membudayakan ilmu iaitu mewujudkan persekitaran yang mengeratkan hubungan serta
memantapkan ilmu dengan berkongsi pendapat antara satu sama lain. Taraf pendidikan dan
intelek masyrakat juga akan meningkat jika mengamalkan konsep sebegini.

Namun begitu,terdapat cabaran yang sukar perlu ditempuhi, iaitubagi melahirkan


murid yang dapat menyumbang bakti kepada tanah air dari konteks kemajuan dan
pertumbuhan ekonomi. Hal demikian kerana,untuk memperkukuhkan konsep ini ialah bukan
mudah kerana ia perlu diamalkan sehingga ke liang lahad danmemerlukan kerajinan yang
beterusan dalam mengecapi sesuatu ilmu itu.

5
Elemen penting yang terakhir perlu dipupuk dalam profesionalisme keguruan ialah
nilai ,sikap dan profesionalisme. Hal ini kerana, profesion keguruan ini merupakan satu
profesion yang mulia yang memerlukan seseorang guru itu mempamerkan sikap dan nilai-
nilai murni yang baik agar profesionalisme keguruan mendapat persepsi yang baik dan
positif dari masyarakat terutamanya murid-murid.Menurut Kasran (2011),menyatakan
bahawa nilai murni itu merupakan salah komponen yang mempengaruhi pembentukan
budaya berubah mengikut masa dan faktor persekitaran.

Sehubungan dengan perkara di atas,pendekatan pembelajaran sepanjang hayat


yang boleh dikaitkan ialah melalui kaedah bersemuka,misalnya guru menjadi contoh secara
langsung berhadapan dengan anak murid-muridnya lalu mempamerkan akhlak dan sikap
yang yang mulia seperti peramah ,amanah dalam kerja dan sering membantu murid yang
dalam kesulitan. Oleh itu, murid akan timbul rasa hormat terhadap guru mereka yang
berakhlak cemerlang dan akan cuba untuk mencontohi mereka.

Tambahan pula elemen ini juga dapat memberi impak positif kepada komuniti
masyarkat dengan memperbaiki akhlak masyarakat terutamanya golongan pelajar. Ini
disebabkan golongan pelajar merupakan tenaga simpanan negara yang bakal mewarisi
tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan (hamzah,2001). Justeru itu, penganjuran
program ceramah dan kursus motivasi oleh guru haruslah dilakukan. Selain itu,guru boleh
meneraju program kebajikan seperti melakukan gotong- royong membersihkan kawasan
sekolah dan mengutip sumbangan untuk rumah anak yatim supaya dapat menanamkan sifat
empati dalam diri pelajar dan masyarkat lain.

Cabaran besar yang mempengaruhi elemen ini apabila pelajar pada zaman
sekarang sering terdedah kepada arus kemodenan seperti hedonism dan kurangnya
pengamalan pendidikan agama dalam diri pelajar yang menyebabkan guru sukar untuk
membentuk akhlak seseorang pelajar itu.hal ini turut dibahaskan oleh Ibrahim et.al.
(2012),pendidikan dan pengetahuan agama merupakan wadah yang mustahak dalam
membentuk jati diri dan rohani pelajar.

6
3.0 RUMUSAN

Kesimpulannya,kejayaan dan kelestarian seseorang insan bergelar guru amat


berkait rapat dengan kesanggupan mereka untuk terus memajukan diri dan profesionalisme
keguruannya secara formal atau tidak formal. Elemen-elemen diatas yang telah
dibincangkan juga memainkan peranan yang besar dalam usaha mentransformasikan
pendidikan negara. Elemen ini juga dilihat dapat memastikan hasrat Pelan Pembangunan
Pendidikan Negara 2013-2025 tercapai.

Justeru itu, terdapat beberapa langkah proaktif yang boleh digunakan bagi meningkatkan
profesion ini ke taraf yang lebih tinggi ,salah satunya ialah dengan menaiktaraf skim
perkhidmatan keguruan sama ada dari aspek pengambilan ,latihan dan penempatan supaya
guru berkesempatan merasai skim yang setara atau jauh lebih baik daripada skim
perkhidmatan profesion yang lain.

Pada era konvergen ini, kata Pepatah Lama Melayu yang menanologikan warga guru
sebagai lilin yang membakar diri bagi menerangi orang lain amat sahih sekali.Hal ini
disebabakan tanpa kewujudan seorang guru siapalah kita.Disini saya ingin memetik untaian
sajak Usman Awang yang berbunyi:

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,

Jika hari ini seorang ulama yang mulia,

Jika hari ini seorang peguam menang bicara,

Jika hari ini seorang penulis terkemuka,

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa.

(Usman Awang,1979)

7
RUJUKAN

Baharon, H. N. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Hamzah, .. (2001). Penilaian Ke Atas Perlaksanaan Penerapan Nilai-Nilai Murni. Johor


Baharu: Tesis Sarjana KUITTHO.

Kasran, M. (2011). Nilai -Nilai Sejagat Dalam Pengisian Kurikulum Bahasa Malaysia
Prosiding Seminar Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA. Sarawak.

M, M. (1999). The learning organisation: A systems model for succeeding in 21st century.
Singapore.

Mohamed, Z. (2011). Hadi 40 Imam Nawawi. Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn. Bhd.

Shamsiah Md Nasir, M. I. (2017). Pengantar Pengajian Profesionalisme. Shah Alam: Oxford


Fajar Sdn.Bhd.

Shamsudin. (15 Mei, 2012). Cikgushamsudin. Retrieved 21 Ogos, 2017, from


Cikgushamsudin: http://cikgushamsudin.blogspot.my/2012/05/sajak-guru-o-guru-
usman-awang-1979.html

Sulaiman, E. (2003). Amalan Profesinalisme Perguruan. Skudai: Universiti teknologi


Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai