Anda di halaman 1dari 9

5.

0 Cabaran dan Transformasi




Rajah 5.1 : Cabaran & Transformasi Guru


5.1 Kreativiti dan Inovasi
Cikgu Amir sebagai sumber manusia dalam bidang pendidikan yang
bertanggungjawab membina kreativiti dan inovasi dalam setiap program pendidikan
secara terancang dan sistematik. Sehubungan dengan itu, latihan perguruan yang
dipraktkikan di institusi pengajian tinggi mesti menyediakan tenaga guru yang dapat
menonjolkan peranan mereka dengan lebih efisyen dan berdaya saing alam menempuh
dunia moden disamping melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran insaniah
yang diperlukan selaras dengan kehendak Falsafah Kebangsaan Malaysia. Cikgu Amir
sememangnya perlu untuk memberikan kreitiviti dan inovasi dalam proses pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah. Ini kerana pemupukan kreativiti ini
memberi ruang kepada anak murid untuk berfikir secara kreatif ini. Dorongan dan
Cabaran &
Transformasi Guru
Kreativiti &
Inovasi
Pakej
Latihan
Kursus
Pengajaran
Efektif
Menyediakan
Bahan Bantu
Mengajar
Cabaran
Di Sekolah
Cabaran
Dalam
Sistem
Pendidikan
Cabaran
Dalam
Masyarakat
Cabaran
Wawasan
2020
pemupukan yang positif ini dapat melahirkan anak-anak muda yang berfikiran lebih jauh.
Cikgu Amir perlu mempelbagaikan kaedah mengajar yang dapat menarik minat murid.


5.2 Pakej Latihan
Dalam lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, guru harus dilengkapi oleh pakej
latihan yang dianjurkan oleh Jabatan pelajaran Negeri atau Jabatan Pelajaran Daerah.
Melalui pakej latihan yang dianjurkan ini, guru dapat dilatih untuk mengkaji semula,
mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dalam proses pembelajaran di kelas secara
kritis dan keratif. Pakej latihan dicadangkan menyediakan idea dan aktiviti yang berguna
untuk menyokong peningkatan kualiti pembelajaran melalui sumbangan idea daripada
guru yang berpengalaman, guru yang berprestasi cemerlang dan guru yang mempunyai
kepakaran dalam bidang tertentu. Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan
Profesionalisme. Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk
mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan
dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah
pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-
kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat
mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang
semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para
pendidik. Cikgu Amir boleh mengikuti latihan yang disediakan oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia seperti Kurus Peningkatan Profesionalisme.


5.3 Kursus Pengarajan Efektif
Selain menyertai pakej latihan, guru yang berinovasi juga perlu menghadiri bengkel
mengenai pengajaran yang efektif yang dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun swasta.
Melalui bengkel ini juga, guru akan didedahkan kepada persepsi umum yang berkaitan
dengan kualiti pengajaran yang sesuai dengan peredaran zaman dan sejajar dalam
menentukan pendidikan bercorakan arus perdana.

Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti pula, bergantung kepada
perlakuan mengajar guru dalam proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian.
Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru telah merancang sesuatu program
mengajar mengikut prinsip mengajar.pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran
eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid.
Selain itu melaksanakannya dengan cekap dan berjaya menggunakan teknik mengajar
yang sesuai. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai dan cerdas
diberikan aktiviti pengayaan, manakala murid-murid yang lambat dibimbing dengan
aktiviti pemulihan. Keberkesanan pengajaran ini dapat dilihat apabila guru menggunakan
teknik penilaian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

CIkgu Amir boleh mempelbagaikan pengajaran yang efektif dengan mengikuti kursus
pedagogi anjuran pihak atasan dengan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari beliau
semasa mengikuti kursus tersebut. Pengajaran yang efektif membantu murid untuk
memahami apa yang telah diajarkan oleh guru.


5.4 Menyediakan bahan bantu mengajar
Selain membangunkan dan mempersiapkan diri menjadi guru yang kreatif dan
berinovasi, guru berperanan menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat
dimanfaatkan dalam bilik darjah. Pendidikan kini menekankan penggunaan teknologi
komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Dasar kurikulum baru iaitu kurikulum
standard sekolah rendah menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat
dalam bilik darjah. Bahan grafik merupakan bahan yang mudah difahami oleh murid
selain alat bantu mengajar bebentuk visual. Cabaran dan perubahan pendidikan masa
kini menuntut guru menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat mempertingkat mutu
dan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa sesuai dengan perkembangan pendidikan
masa kini. Bahan inovasi pendidikan pemulihan menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) ini merupakan salah satu contoh bahan bantu mengajar yang boleh
digunakan dalam bilik darjah. Dalam abad ke-21, bidang pendidikan menghadapi pelbagai
cabaran akibat kesan globalisasi dan liberalisasi. Setiap pendidik di institusi pendidikan
pasti menghadapi cabaran sebagai seorang pendidik bagi memastikan bidang perguruan
sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman. Oleh sebab itu,
kesan globalisasi dan liberalisasi menuntut guru yang berilmu agar celik dan mahir dalam
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Dalam suasana alaf baharu
yang berorientasi TMK, teknologi memainkan peranan yang besar dalam pendidikan.

Peranan sebagai guru yang boleh diambil bagi mempertingkatkan bidang ini ialah
para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang
semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik
sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan
sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum
wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga
harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa
kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam
kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Pembestarian sekolah seperti projek
Sekolah Bestari dan School.Net, hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan
segala kemudahan semaksima mungkin. Semua pihak harus memberikan jalinan
kerjasama dalam memastikan pendidikan yang diberikan dapat menjamin kualiti dan mutu
generasi pemimpin kita pada masa akan datang.

Cikgu Amir perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang seiring zaman dan
mampu untuk memudahkan penyimpanan bahan bantu mengajar tersebut. Oleh itu,
penggunaan bahan bantu mengajar berkonsepkan digital memudahkan penyimpanan
Cikgu Amir.


5.5 Cabaran Di Sekolah
Persidangan Pendidikan ke-5 dalam tahun 1997 merumuskan bahawa cabaran besar
dalam abad ke-21 selain daripada ledakan ilmu yang berbentuk global ialah masalah
sosial yang perlu ditangani dan di atasi ke arah membentuk masyarakat madani.

Di negara kita, terdapat 430,000 guru untuk mendidik 5.4 juta pelajar. Betapa
besarnya tanggungjawab guru untuk membimbing dan mendidik bilangan anak dan
pelajar yang begitu ramai. Masalah gejala sosial yang sering kita ketahui memberik impak
yang besar terhadap guru ialah pelajar yang malas belajar, suka tidur dalam kelas,
ponteng atau terbabit kegiatan samseng, membuli. Lebih buruk lagi, terdapat juga sikap
pelajar sekolah yang dikatakan agak keterlaluan dengan sikap dan perangai yang negatif
seperti merempit, berzina, buang bayi, merokok, salah guna dadah, mencuri dan gejala
lain.

Isu disiplin pelajar memang satu perkara yang serius. Namun, ia bukan tugas
pendidik semata-mata. Ibu bapa perlu bertindak pantas mengenal pasti masalah atau
keadaan tertentu yang dihadapi anak mereka serta lebih prihatin dan mengambil tahu hal
anak mereka secara lebih mendalam dan terkawal. Ini menerangkan dengan lebih
terperinci akan tugas seorang guru yang berada di saf hadapan untuk membangun
bangsa cemerlang yang akan menentukan sebuah negara maju, aman dan dihormati. Isu
sosial ini tidak harus dipandang remeh dan diletakkan sepenuhnya atas pundak seorang
insan yang bernama guru tanpa ada rasa bersalah.

Jumlah pelajar yang terlibat dengan kes disiplin semakin hari semakin meningkat
Pada waktu sekarang, hampir semua ibubapa dan masyarakat mempunyai taraf pelajaran
yang lebih tinggi. Orang dewasa ini telah pun berjaya melalui sistem persekolahan
tersebut. Hal ini menghasilkan satu masyarakat yang juga mempunyai ilmu-ilmu yang
dahulunya dikatakan hak ekskusif orang tertentu dan hanya diketahui oleh guru-guru.
Lantaran itu, masyarakat juga perlu memainkan peranan penting dalam menentukan
corak anak muda dalam memimpin negara kelak. Tanggungjawab ini tidak harus
diletakkan pada sebelah pihak sahaja tanpa mengambil peduli akan apa yang bakal
berlaku. Sikap tidak ambil peduli ini semakin menebal dalam diri masyarakat kita yang
harus dikikis melalui perubahan yang perlu diubah dalam diri sendiri supaya menjadi
contoh pada yang lain.

Pada zaman dulu guru dihormati dan rotan ialah senjata utama mendisiplin pelajar
tetapi kini semua itu tidak dianggap relevan lagi. Kebanyakan ibu bapa yang berkerjaya
dan bergaji besar serta berasal dari kampung bagaikan lupa peranan guru yang
membantu kejayaan mereka hanya kerana anak mereka dirotan kerana kesalahan
disiplin. Sebaliknya, mereka bertindak datang ke sekolah dan menyalahkan guru yang
terbabit merotan anaknya. Hal ini sedang berlaku dalam sistem pendidikan kita.Terlalu
banyak campur tangan dan akhirnya guru tiada kebebasan untuk bertindak menyebabkan
masalah disiplin tiada noktah.







5.6 Cabaran Dalam Sistem Pendidikan
Dunia pendidikan berubah dengan penekanan diberikan kepada penggunaan
teknologi maklumat yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keadaan ini
seterusnya menyebabkan pengurusan sekolah menjadi semakin kompleks. Pihak
pengurusan dan pentadbiran sekolah di zaman kepesatan teknologi banyak mengalami
perubahan selaras dengan teknologi masa kini. Ini memberi cabaran kepada guru di
dalam mengikuti perkembangan terkini. Guru perlu menyediakan diri untuk memenuhi
hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu membangunkan sistem pendidikan
berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan
memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Tugas, tanggungjawab dan peranan guru di Malaysia hari ini bukan sahaja berbeza
dari masa yang lalu, tetapi juga lebih berat dan kompleks. Hal ini adalah akibat daripada
perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat. Sebagai seorang pendidik
yang bertanggungjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang
diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa nanti.
Perubahan sistem pendidikan di Malaysia yang pesat, khasnya pelaksanaan reformasi
pendidikan dalam dekad 80-an dengan pengenalan program KBSR dan KBSM
memerlukan guru mereformasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha
melengkapkan diri dengan ilmu pengetahun dan kemahiran mengajar yang canggih demi
mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang kian mencabar.

Ekoran daripada reformasi pendidikan yang dilancarkan khasnya pengenalan konsep
sekolah bestari, tugas dan kerja guru hari ini tidak sama seperti masa yang lalu. Peranan
guru yang lalu merupakan seorang penyampai maklumat tetapi pada masa kini
peranannya telah berubah menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan pemberi
rangsangan dalam bilik darjah. Guru pada masa dulu menumpukan tugasnya mengajar
murid dengan ilmu pengetahuan tetapi pada masa kini menyeluruh dari segi intelek,
rohani, jasmani dan emosi, mendidik murid supaya enjadi insan yang berilmu
pengetahuan serta berakhlak mulia berani dan sanggup menghadapi cabaran hidup serta
berguna untuk pembangunan Negara.

Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan perubahan strategi
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hal ini bermakna sistem latihan
perguruan dahulu telah dianggap kurang sesuai dan berguna lagi untuk mencapai
matlamat pendidikan yang baru. Perubahan-perubahan yang seperti ini tentunya
mengubah harapan dan keperluan semua pihak ke atas kecekapan dan keterampilan
guru-guru agar impian sebagai yang diwawarkan menjadi kenyataan.



Rajah 5.2 : Kejayaan pelajar adalah hadiah yang bermakna bagi guru.




5.7 Cabaran Dalam Masyarakat


Rajah 5.3 : Cabaran guru pada masa kini.
Profesion perguruan adalah berkait dengan kemasyarakatan pendidik memainkan
Peranan yang dimainkan oleh guru dalam mendidik murid sebenarnya merealisasikan
aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Semakin masyarakat dan negara
bertambah maju dan bersifat global semakin banyak cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
guru. Begitu juga dengan peningkatan taraf hidup dan status sosio ekonomi rakyat yang
semakin besar, begitu la betapa besarnya cabaran seorang guru yang perlu ditempuhinya
ataupun dalam kata yang lain, guru juga adalah agen perubahan yang membawa
kemajuan kepada masyarakat. Dalam abad ke-21 ini, cabaran dalam bidang pendidikan
adalah tidak terhad kepada penemuan-penemuan baru sahaja. Namun ia termasuk juga
penyesuaian penemuan-penemuan tersebut kepada perspektif yang lebih luas dan
seterusnya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Oleh yang demikian, setiap guru
perlulah mempunyai kesediaan menerima sebarang penemuan baru seterusnya
berkemampuan untuk mengaplikasikan penemuan baru tersebut di dalam profesion bagi
kepentingan masyarakat.

Umum mengetahui, guru adalah sumber maklumat dan pengetahuan, kemahiran dan
keterampilan, sumber kebudayaan dan ilmu dan penyedia tenaga manusia untuk alam
pekerjaan. Guru juga merupakan agen penyatu masyarakat.

Dalam memastikan masyarakat di sesebuah negara itu bergerak mengikut acuan
yang diolah oleh pemimpin, guru menjadi pengalas tanggungjawab ini secara langsung
mahupun secara tidak langsung yang berperanan sebagai ejen penyalur budaya dan
ilmu. Selain itu, guru berperanan sebagai institusi kedua selepas keluarga. Dalam konteks
ini, guru memainkan peranan sebagai ejen pewarisan budaya yang penting bagi
membentuk sesebuah masyarakat. Proses pembelajaran mungkin berlaku secara
spontan dan personaliti berubah secara tidak disedari dek kerana perubahan zaman yang
pantas. Muda mudi hari ini seakan-akan hilang jati diri dan nilai murni kerana resapan
pengaruh barat yang kian merisaukan kita. Pemakaian yang tidak melambangkan jari diri
kita sebagai orang timur dan lebih membimbangkan dengan pemakaian yang tidak cukup
kain mendedahkan aurat sana sini yang terus terang lagi bersuluh melanggar hukum
agama. Guru harus lebih peka dengan peredaran zaman supaya tidak ketinggalan dalam
mengenali status perbuatan dan pemakaian anak muda hari ini agar mampu untuk
memberi bimbingan jika perkara tersebut berlaku di hadapan kita. Masyarakat dewasa ini
harus buka mata seluas mungkin dengan mendepani cabaran bersama guru secara
profesional dan sedar tentang hakikat bahawa guru ialah pembimbing dan pendidik dalam
masyarakat yang berbudaya. Banyak persepsi yang melingkari profesion keguruan,
antaranya tanggapan yang menyatakan bahawa profesion keguruan sebagai mudah dan
tidak memeningkan kepala, namun menjanjikan gaji yang memuaskan.

5.8 Cabaran Berasaskan Wawasan 2020
Guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa melihat teknologi baharu sebagai
perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi menguasainya.
Penggunaan teknologi dalam pengajaran akan menghasilkan generasi yang cekap dari
segi penggunaan teknologi dan mampu untuk mengharungi era globalisasi, sekali gus
merealisasikan impian negara agar menjadi negara maju pada 2020.
Cabaran-cabaran yang terkandung dalam wawasan negara adalah meliputi proses
pembangunan kognitif, afektif dan psikomotor serta penerapan nilai dan asas moral bagi
membentuk sikap kanak-kanak atau pelajar. Generasi baru yang dihasilkan melalui
proses ini perlu dapat memanifestasikan inovasi, daya cipta atau daya reka yang tinggi
di samping perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat. Guru adalah
sebagai orang yang bertanggung jawab secara terus kepada proses bagi mendapatkan
hasil akhir ini baik pada dimensi instrinsik mahupun dimensi instrumental. Justeru itu
guru perlu berkterampilan, berilmu pengetahuan di samping berpegang kepada anutan
agama dan nilai-nilai murni.

Anda mungkin juga menyukai