Anda di halaman 1dari 4

KOMPONEN SASTERA DALAM BAHASA MELAYU KOMPONEN SASTERA DALAM BAHASA MELAYU ( KOMSAS) Skop Kajian Teks Sastera

1. Sinopsis: Ringkasan cerita yang merangkumi perkara-perkara penting dalam sesebuah novel atau cereka. 2. Tema : Persoalan utama yang hendak disampaikan oleh penulis dalam sesebuah karya. 3. Persoalan: Idea-idea sampingan yang hendak disampaikan oleh penulis dalam karya mereka. 4. Plot : Jalinan peristiwa atau cerita dalam sesebuah cerita yang terjadi atas SEBAB dan AKIBAT. Terdiri daripada peringkat eksposisi/permulaan, perkembangan perumitan, klimaks/kemuncak cerita dan peleraian/penyelesaian masalah. 5. Watak : Manusia, binatang atau makhluk lain yang menjadi pelaku atau pelakon cereka yang dicipta oleh seseorang pengarang. Watak baik digelar protagonis dan watak jahat digelar antagonis. 6. Watak Utama : Watak yang menjadi fokus utama yang mengerakkan sesuatu cerita. 7. Watak Sampingan: Watak pembantu yang peranannya lebih kecil daripada watak utama. 8. Latar : Setting atau tempat yang menunjukkan lokasi dan gambaran/suasana sesuatu peristiwa itu berlaku. 9. Latar tempat: Tempat di mana berlakunya peristiwa 10. Latar masa: Waktu kejadian dalam sesebuah cereka yang meliputi zaman, musim, dan masa 11. Latar masyarakat: Gambaran tentang keadaan masyarakat semsa peristiwa dalam cereka berlaku. Teknik Penceritaan dalam Teks Sastera 1. Teknik Suspens: Digunakan oleh pengarang supaya pembaca tertanya-tanya mengapa sesuatu peristiwa itu terjadi. 2. Teknik Kejutan : Penulis memasukkan sesuatu watak secara tiba-tiba. 3. Teknik Dialog : Percakapan watak-watak sama ada dituturkan secara jelas/perlahan kepada orang lain. 4. Teknik Monolog : Pertuturan atau pengucapan watak secara bersendirian seperti ratapan, doa, dan perasaan watak. 5. Teknik Monolog Dalaman: Percakapan/pertuturan di dalam hati. Hanya dirinya yang mendengar

dan memahami apa yang diucapkan 6. Prolog : Terdapat dalam drama,disampaikan dalam pelbagai bentuk seperti puisi, (Prakata) nyanyian dan pernyataan. Prolog dibacakan oleh salah seorang pelakon. 7. Epilog: Pernyataan sebagai penutup sesuatu penulisan atau karya. Boleh diucapkan dalam bentuk puisi, syair atau huraian pantun. 8. Teknik Pemerian: Pemaparan yang jelas, terperinci dan hidup tentang suasana latar dan peristiwa yang dialami oleh watak. 9. Teknik Imbas Muka: Cara pengarang membayangkan/meramalkan/membuat andaian tentang perkara akan datang yang belum berlaku. 10. Teknik Imbas Kembali: mempersembahkan cerita dengan mengingat kembali peristiwa melalui ingatan, khayalan dan sebagainya. 11. Kronologi : Mengikut perkembangan masa 12. Sudut Pandangan: Cara pengarang meletakkan kedudukan dirinya ketika mengembangan sesuatu plot. 13. Sudut Pandangan Orang Pertama: Kata ganti nama diri pertama, iaitu aku seringkali digunakan. 14. Sudut Pandangan Orang Ketiga: Pengarang meletakkan dirinya di luar daripada watak-watak atau pelaku-pelaku yang diceritakan. Pengarang kerap menggunakan kata gantinama diri ketiga, iaitu dia dan mereka. 15. Nada: Bunyi tinggi rendah/ tekanan suara ketika mendeklamasikan sajak. nada melankolik ( murung/sedih) nada romantis ( percintaan/keindahan) nada protes ( tentangan/ sanggahan ) nada sinis ( mengejek/mempersenda ) nada patriotik (semangat kebangsaan) Keindahan Bahasa/Unsur Gaya Bahasa dalam Genre Sastera 1. Metafora: Perbandingan terus atau secara langsung yang menggabungkan satuperkataan konkrit dengan perkataan abstrak. - Mereka tenggelam dalam lautan fikiran masing-masing. 2. Simile : Perbandingan secara tidak langsung antara satu benda yang sama dengan menggunakan kata bandingan. Ayahnya menengking dengan suara yang bagaikan halilintar. 3. Hiperbola: Perbandingan yang dibuat untuk sesuatu sesuatu keadaan/peristiwa yang keterlaluan atau melampau. ( menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan)

- Cita-citanya menggunung tinggi. 4. Perlambangan/ Simbolik: Kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatubenda, keadaan atau peristiwa. - Sebab emas budi terbuang ( emas melambangkan harta benda atau kekayaan ) 5. Pengulangan: Unsur pengulangan berlaku pada kata, ungkapan, barisan atau rangkap. 6.Anafora: Pengulangan kata pada awal baris pantun/sajak. Kawan ketawa ramai selalu, Kawan menangis seorang diri. 7. Epifora : Pengulangan perkataan ataufrasa di akhir baris pantun/sajak. Dewa berjalan dihampirinya, Naga yang besar didekatinya, Setelah naga mencium baunya, Kepala diangkat ternganga mulutnya 8. Repetisi/repitasi : Pengulangan kata dalam baris/ ayat tertentu. Muka mesti manis, mulut mesti ramah, hati mesti baik. 9. Responsi : Pengulangan kata di tengah baris. Hari ini menugal jagung, Hari esok menugal jelai, Hari ini kita berkampung, Hari esok kita bercerai. 10. Sinkof / Sinkope : Singkatan perkataan. - Eiii,! Kenapa mata kau tu? ( kau engkau, tu itu ) 11. Hybrid : Penggabungan kata.( daripada dua perkataan menjadi satu perkataan ) Takkan awak tak boleh jawab soalan ini? kata cikgu kepada Ramli. takkan daripada perkataan tidak akan 12. Inversi: Pembalikan susunan perkataan dalam ayat - Terdiam Zulkifli memikirlan jawapan. ( sepatutnya Zulkifli terdiam memikirkan jawapan.) 13. Personifikasi : Memberi sifatsifat kemanusiaan (perorangan/penginsanan) terhadapobjek yang tidak bernyawa. matahari tersenyum 14. Jeda: Hentian sejenak pada tengah baris semasa mendeklamasikan sajak. Tanda (/) membawa tanda jeda/pemenggalan. 15. Rima Akhir: Pengulangan bunyi yang sama atau keselarasan bunyi pada kata/suku terakhir sesuatu ayat/baris puisi.Contoh rima akhir ialah abab,aaaa abcdabcd dan sebagainya.

16. Asonansi: Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam puisi. Contoh vokal ialah a,e,i,o, dan u. - Pandai melompat pandai berlari ( pengulangan vokal a) 17. Aliterasi: Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris pantun/sajak. - Kalau ada silap dan salah ( pengulangan konsonan l) 18.Paradoks: Unsur-unsur pertentangan yang nyata dengan pendapat umum. - dalam kesepian di tengah ramai 19. Onomatope: Mengekalkan bunyi asal sesuatu benda. Angin yang menderu-deru .

Anda mungkin juga menyukai