Anda di halaman 1dari 7

KOMPONEN SASTERA DALAM BAHASA MELAYU ( KOMSAS)

Skop Kajian Teks Sastera


1. Sinopsis: Ringkasan cerita yang merangkumi perkaraperkara penting dalam sesebuah novel atau cerita
2. Tema : Persoalan utama yang hendak disampaikan oleh
penulis dalam sesebuah karya.
3. Persoalan: Idea-idea sampingan yang hendak disampaikan
oleh penulis dalam karya mereka.
4. Plot
: Jalinan peristiwa atau cerita dalam sesebuah cerita
yang terjadi atas SEBAB dan AKIBAT. Terdiri daripada peringkat
eksposisi/permulaan, perkembangan perumitan,
klimaks/kemuncak cerita dan peleraian/penyelesaian masalah.
5. Watak
: Manusia, binatang atau makhluk lain yang
menjadi pelaku atau pelakon cereka yang dicipta oleh
seseorang pengarang. Watak baik digelar protagonis dan watak
jahat digelar antagonis.
6. Watak Utama : Watak yang menjadi fokus utama yang
mengerakkan sesuatu cerita.
7. Watak Sampingan: Watak pembantu yang peranannya lebih
kecil daripada watak utama.
8. Latar : Setting atau tempat yang menunjukkan lokasi dan
gambaran/suasana sesuatu peristiwa itu berlaku.
9. Latar tempat: Tempat di mana berlakunya peristiwa
10. Latar masa: Waktu kejadian dalam sesebuah cereka yang
meliputi zaman, musim,dan masa
11. Latar masyarakat: Gambaran tentang keadaan masyarakat
semsa peristiwa dalam cereka berlaku.

Teknik Penceritaan dalam Teks Sastera

1. Teknik Suspens: Digunakan oleh pengarang supaya pembaca


tertanya-tanya mengapa sesuatu peristiwa itu terjadi.

2. Teknik Kejutan : Penulis memasukkan sesuatu watak secara


tiba-tiba.

3. Teknik Dialog : Percakapan watak-watak sama ada dituturkan


secara jelas/perlahan kepada orang lain.

4. Teknik Monolog : Pertuturan atau pengucapan watak secara


bersendirian seperti ratapan, doa, dan perasaan watak.

5. Teknik Monolog Dalaman: Percakapan/pertuturan di dalam


hati. Hanya dirinya yang mendengar dan memahami apa yang
diucapkan

6. Prolog : Terdapat dalam drama,disampaikan dalam pelbagai


bentuk seperti puisi, (Prakata) nyanyian dan pernyataan.
Prolog dibacakan oleh salah seorang pelakon.

7. Epilog: Pernyataan sebagai penutup sesuatu penulisan atau


karya. Boleh diucapkan dalam bentuk puisi, syair atau huraian
pantun.

8. Teknik Pemerian: Pemaparan yang jelas, terperinci dan hidup


tentang suasana latar dan peristiwa yang dialami oleh watak.

9. Teknik Imbas Muka: Cara pengarang


membayangkan/meramalkan/membuat andaian tentang
perkara akan datang yang belum berlaku.

10. Teknik Imbas Kembali: mempersembahkan cerita dengan


mengingat kembali peristiwa melalui ingatan, khayalan dan
sebagainya.

11. Kronologi : Mengikut perkembangan masa

12. Sudut Pandangan: Cara pengarang meletakkan kedudukan


dirinya ketika mengembangkan sesuatu plot.

13. Sudut Pandangan Orang Pertama: Kata ganti nama diri


pertama, iaitu aku
seringkali digunakan.

14. Sudut Pandangan Orang Ketiga: Pengarang meletakkan


dirinya di luar daripada watak-watak atau pelaku-pelaku yang
diceritakan. Pengarang kerap menggunakan kata gantinama
diri ketiga, iaitu dia dan mereka.

15. Nada: Bunyi tinggi rendah/ tekanan suara ketika


mendeklamasikan sajak.
-

nada melankolik ( murung/sedih)

nada romantis ( percintaan/keindahan)

nada protes ( tentangan/ sanggahan )

nada sinis ( mengejek/mempersenda )


nada patriotik (semangat kebangsaan)

Keindahan Bahasa/Unsur Gaya Bahasa dalam Genre Sastera

1. Metafora: Perbandingan terus atau secara langsung yang


menggabungkan satu perkataan konkrit dengan perkataan
abstrak.
- Mereka tenggelam dalam lautan fikiran masing-masing.

2. Simile : Perbandingan secara tidak langsung antara satu


benda yang sama dengan menggunakan kata bandingan.
Ayahnya menengking dengan suara yang bagaikan
halilintar.

3. Hiperbola: Perbandingan yang dibuat untuk sesuatu sesuatu


keadaan/peristiwa yang keterlaluan atau melampau.
( menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan)
- Cita-citanya menggunung tinggi.

4. Perlambangan/ Simbolik: Kata-kata yang digunakan untuk


menerangkan sesuatu benda, keadaan atau peristiwa.
- Sebab emas budi terbuang ( emas melambangkan harta
benda atau kekayaan )

5. Pengulangan: Unsur pengulangan berlaku pada kata,


ungkapan, barisan atau rangkap.

6.Anafora: Pengulangan kata pada awal baris pantun/sajak.


-

Kawan ketawa ramai selalu,


Kawan menangis seorang diri.

7. Epifora : Pengulangan perkataan ataufrasa di akhir baris


pantun/sajak.
Dewa berjalan dihampirinya,
Naga yang besar didekatinya,
Setelah naga mencium baunya,
Kepala diangkat ternganga mulutnya

8Repetisi/repitasi : Pengulangan kata dalam baris/ ayat


tertentu.
-

Muka mesti manis, mulut mesti ramah, hati mesti baik.

9. Responsi : Pengulangan kata di tengah baris.


Hari ini menugal jagung,
Hari esok menugal jelai,
Hari ini kita berkampung,
Hari esok kita bercerai.

10. Sinkof / Sinkope : Singkatan perkataan.


- Eiii,! Kenapa mata kau tu?
( kau engkau, tu itu )

11. Hybrid : Penggabungan kata.( daripada dua perkataan


menjadi satu perkataan )
Takkan awak tak boleh jawab soalan ini? kata cikgu kepada
Ramli.
takkan daripada perkataan tidak akan

12. Inversi: Pembalikan susunan perkataan dalam ayat


- Terdiam Zulkifli memikirlan jawapan.
( sepatutnya Zulkifli terdiam memikirkan jawapan.)

13. Personifikasi : Memberi sifatsifat kemanusiaan


(perorangan/penginsanan) terhadap objek yang tidak
bernyawa.
-

matahari tersenyum

14. Jeda: Hentian sejenak pada tengah baris semasa


mendeklamasikan sajak.
Tanda (/) membawa tanda jeda/pemenggalan.

15. Rima Akhir: Pengulangan bunyi yang sama atau


keselarasan bunyi pada kata/suku terakhir sesuatu ayat/baris
puisi.Contoh rima akhir ialah abab,aaaa abcdabcd dan
sebagainya.

16. Asonansi: Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam puisi.


Contoh vokal ialah a,e,i, o, dan u.
- Pandai melompat pandai berlari ( pengulangan vokal a)

17. Aliterasi: Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam


baris pantun/sajak.
- Kalau ada silap dan salah ( pengulangan konsonan l)

18.Paradoks: Unsur-unsur pertentangan yang nyata dengan


pendapat umum.
- dalam kesepian di tengah ramai

19. Onomatope: Mengekalkan bunyi asal sesuatu benda.


Angin yang menderu-deru .

Anda mungkin juga menyukai