Anda di halaman 1dari 1

LATIHAN PEMAHAMAN

NAMA : ________________________________________ TARIKH : _______________

KELAS : ____________________

Masyarakat harus terus didekati demi memupuk kesedaran, semangat kekitaan dan rasa bangga
terhadap warisan bangsa. Sedang setiap lapisan masyarakat mempunyai peranan dalam menyemarakkan
dan melestarikan warisan, satu kumpulan masyarakat yang harus sentiasa didekati adalah golongan muda.
Menteri Penerangan, Perhubungan dan Kesenian, Dr Yaacob Ibrahim, berkata demikian ketika berucap di
majlis makan malam amal yang juga penutup pesta makanan yang berlangsung selama dua hari di
Kampung Gelam.
Bertemakan Kisah Rendang dan Rempah Ratus, pesta itu dianjurkan Yayasan Warisan Melayu
dengan kerjasama Taman Warisan Melayu, sempena Pesta Makanan Singapura 2011. Berucap di majlis
penutup itu malam kelmarin di Restoran Tepak Sireh di Kampung Gelam, Dr Yaacob, yang juga Menteri
Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, berkata: 'Tugas memupuk kesedaran mengenai warisan
kita tidak boleh dipikul satu dua pihak sahaja. Semua orang memainkan peranan.
'Saya menggesa Yayasan Warisan Melayu terus mendekati dan bekerjasama dengan lebih ramai
rakan kongsi masyarakat dan pihak-pihak berkepentingan untuk memastikan adanya semangat kekitaan,
serta merangsang sikap inklusif dan rasa bangga terhadap bangsa kita, untuk menjadikan Kampung
Gelam sebuah kawasan rancak yang boleh dibanggakan semua.' Kata Dr Yaacob. Dr Yaacob
menambah, golongan muda berperanan penting dalam usaha melestarikan warisan.
Memberi contoh, beliau berkata usaha mendedahkan golongan muda kepada makanan tradisional,
seperti yang dilakukan sempena pesta itu, adalah sesuatu yang dialu-alukan kerana ia melambangkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang diwarisi turun temurun. Bagi majlis makan malam itu kelmarin, para
pelajar dari Sekolah Assumption Pathway, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) College West dan Sekolah
Northlight membantu beberapa jurumasak selebriti, Cik Azizah Ali, Cef Amri Abdul Azim dan Cef Andri
Jamil, dalam menyajikan makanan Melayu.
Di bawah bimbingan jurumasak selebriti itu, para pelajar itu menyediakan makanan tradisional
Melayu lima hidang yang diberikan 'sentuhan gourmet'. Pelbagai acara dianjurkan sepanjang pesta dua
hari yang berlangsung pada 23 dan 24 Julai lalu, termasuk pertandingan resipi Rendang, bengkel
demonstrasi memasak rendang tok, dan bengkel mengenai rempah ratus. Pesta itu mengajak pengunjung
khususnya masyarakat Melayu dan bukan Melayu untuk lebih memahami warisan makanan Melayu
melalui hidangan tradisionalnya iaitu rendang.

Jawab soalan-soalan yang berikut:

1. Namakan satu kegiatan tradisional yang kamu tahu. Terangkan sedikit tentang kegiatan
tradisional tersebut.
2. Bagaimanakah satu kaum dapat mengekalkan adat tradisi mereka supaya tidak hilang ditelan
kemajuan teknologi.
3. Pada pendapat kamu, bolehkah kita menggunakan kemajuan teknologi untuk mengekalkan
tradisional sesuatu kaum? Berikan saranan-saranan kamu.

Anda mungkin juga menyukai