Anda di halaman 1dari 7

BAB 8 RAGAM AYAT

Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang menekankan subjek sebagai pelaku. Pada umumnya, ayat aktif terbahagi kepada: (i) Ayat aktif transitif menggunakan kata kerja transitif yang memerlukan objek untuk melengkapkan maksud ayat. (ii) Ayat aktif tak transitif menggunakan kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek selepas kata kerja untuk melengkapkan maksud ayat.

Ayat pasif terbentuk daripada ayat aktif transitif. Ayat pasif ialah ayat yang menekankan objek dan perbuatannya. Ayat pasif dikategorikan kepada tiga: (i) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua. (ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri ketiga (iii) Ayat pasif yang lain ( kata kena, imbuhan ter-, ber, dan ke-..an ) 8.1 Kesalahan Lazim

8.1.1

Ayat Aktif Transitif Salah Petikan membincangkan tentang kesan pencemaran alam sekitar. Alina mengenang kembali kisah silam. Ayah menasihati abang supaya tidak mengulangi lagi kesilapannya. Betul Petikan membincangkan kesan pencemaran alam sekitar. Alina mengenang kisah silam kembali. Ayah menasihati abang supaya tidak mengulangi kesilapannya lagi.

8.1.2

Ayat Aktif Tak Transitif Salah Bas ekspres itu menuju Kuala Lumpur. Budak yang bermasalah itu berjumpa guru kaunseling. Kamu mesti hormat guru. Betul Bas ekspres itu menuju ke Kuala Lumpur. Budak yang bermasalah itu berjumpa dengan guru kaunseling. Kamu mesti hormat akan guru.

Bahagian Dua: Ayat

55

8.1.3

Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kata Ganti Nama Diri Kedua Salah Buku itu dibaca oleh saya. Kerja rumah itu mesti disiapkan oleh awak Kebun di belakang sekolah diusahakan oleh kami. Peraturan sekolah wajar dipatuhi oleh kalian. Betul Buku itu saya baca. Kerja rumah itu mesti awak siapkan. Kebun di belakang sekolah kami usahakan. Peraturan sekolah wajar kalian patuhi.

8.1.4 Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Ketiga Salah Trofi itu Ashraf menangi. Hadiah itu belum mereka tuntut. Rumput itu kerbau ragut. Betul Trofi itu dimenangi oleh Ashraf. Hadiah itu belum dituntut oleh mereka. Rumput itu diragut oleh kerbau.

8.1.5 Ayat pasif yang lain ( kata kena, imbuhan ter-, ber- dan ke-..-an ) (i) Bangunan itu terbina dalam masa dua tahun. (ii) Telefon bimbitnya kena curi. (iii) Pakaian di ampaian belum berangkat. (iv) Rumah Mawi kemasukan pencuri. 8.2 Rumus

8.2.1 Ayat Aktif Transitif SUBJEK Mereka Mereka Kata Kerja Transitif menghadiri menghadiri PREDIKAT Objek kursus. kursus (Keterangan) di Pulau Pangkor.

Rumus ayat: Subjek + KKT + Objek + Keterangan 8.2.2 Ayat Aktif Tak Transitif SUBJEK PREDIKAT Kata Kerja Tak Transitif (Keterangan)

Adik menangis. Adik menangis Rumus ayat: Subjek +KKTT+ Keterangan

dengan kuat.

Bahagian Dua: Ayat

56

8.2.3 Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kata Ganti Nama Diri Kedua

Rumus ayat aktif: Subjek + (Kata bantu) + KKT +Objek

Contoh ayat: Saya (S) (Kata bantu)

telah (KKT)

membaca ( Objek)

buku itu.

Rumus ayat pasif: Objek + Subjek + Kata kerja dasar + (Keterangan)

Contoh ayat: Buku itu telah (Objek) 8.2.4 (kata bantu) (S)

saya baca. (kata kerja dasar)

Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Rumus ayat aktif: Subjek + KKT +Objek +( Keterangan)

Contoh ayat: Bapa ( S) (KKT)

memandu (Objek)

kereta baharu

ke Kuala Lumpur.

(Keterangan)

Rumus ayat pasif: Objek + KK Imbuhan di-+ oleh + Subjek+(Keterangan)

Contoh ayat: Kereta baharu ( Objek)

dipandu (S)

oleh

bapa

ke Kuala Lumpur.

(KK Imbuhan di- )

(Keterangan )

Bahagian Dua: Ayat

57

8.3 Latihan Pengukuhan 8.3.1 Ayat Aktif Transitif Ayat Pasif Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua Isi tempat kosong dengan ayat yang betul. Bil. Ayat Aktif Transitif 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kami mendaki Gunung Kinabalu. Saya menyertai Perkhemahan Kadet Bomba. Kamu mesti menyiapkan kerja rumah itu. Anda hendaklah mematuhi arahan ketua. Saya dan Ai Lee membuat kek itu. Tugas itu telah kalian laksanakan dengan baik. Hati ibu telah kausakiti. Persembahan terbaik akan kami berikan. Titah baginda telah hamba sampaikan. Laksamana akan beta titahkan meminangkan Puteri Gunung Ledang. Ayat Pasif diri pertama dan kedua

8.3.2 Ayat Aktif Transitif Ayat Pasif Kata Ganti Nama Diri Ketiga Isi tempat kosong dengan ayat yang betul. Bil. Ayat Aktif Transitif 1 Para remaja menjalani Program Latihan Khidmat Negara. 2 Tentera memantau keselamatan di kawasan pedalaman. 3 Dia membantu ibu memasak hidangan tengah hari. 4 Beliau menerima pingat kebesaran daripada Yang Di-Pertuan Agong. 5 Encik Yusuf membawa pesakit itu ke klinik. 6 7 8 9 10 Ayat Pasif Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Perabot jati dibeli oleh bapa saya. Drama Sehangat Asmara dibintangi oleh Adi Putra dan Rita Rudaini. Kumpulan artis Korea amat diminati oleh golongan remaja di negara ini. Seekor kambing dibaham oleh harimau. Mangsa digigit oleh nyamuk aedes pada waktu pagi dan senja.

Bahagian Dua: Ayat

58

8.3.3 Tandakan Ayat Pasif yang Betul () dan Ayat Yang Salah (X) Bil 1 2 3 4 5 Ayat Pentaksiran Berasaskan Sekolah telah dilaksanakan di semua sekolah. Buku baharu itu telah mereka baca. Subjek itu saya belum kuasai. Cerita itu tidak kami fahami. Wang itu hendaklah dibelanjakan oleh kamu dengan berhemat. /x

8.3.4 Nyatakan Sama Ada Ayat-Ayat Berikut Ayat Aktif Transitif atau Ayat Aktif Tak Transitif Bil 1 2 3 4 5 Ayat Murid-murid mengulang kaji pelajaran dengan tekun. Bayi itu tidur dengan nyenyak. Maria menyalin resipi ayam masak merah dari Internet. Kereta api itu menghala ke Gua Musang. Ayah tidur berbantalkan lengan. Ayat aktif Transitif/ Ayat Aktif Tak Transitif

Bahagian Dua: Ayat

59

8.4 SKEMA JAWAPAN Ayat Aktif Transitif Ayat Pasif Diri Pertama dan Kedua Bil. Ayat Aktif Transitif 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kami mendaki Gunung Kinabalu. Saya menyertai Perkhemahan Kadet Bomba. Kamu mesti menyiapkan kerja rumah itu. Anda hendaklah mematuhi arahan ketua. Saya dan Ai Lee membuat kek itu. Kalian telah melaksanakan tugas itu dengan baik. Engkau telah menyakiti hati ibu. Kita akan memberikan persembahan terbaik. Hamba telah menyampaikan titah baginda. Beta akan menitahkan Laksamana meminang Puteri Gunung Ledang. Ayat Pasif Diri Pertama dan Kedua Gunung Kinabalu kami daki. Perkhemahan Kadet Bomba saya sertai. Kerja rumah itu mesti kamu siapkan. Arahan ketua hendaklah anda patuhi. Kek itu saya dan Ai Lee buat. Tugas itu telah kalian laksanakan dengan baik. Hati ibu telah kausakiti. Persembahan terbaik akan kami berikan. Titah baginda telah hamba sampaikan. Laksamana akan beta titahkan meminangkan Puteri Gunung Ledang.

Ayat Aktif Transitif Ayat Pasif Kata Ganti Nama Diri Ketiga Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Ayat Aktif Transitif Para remaja menjalani Program Latihan Khidmat Negara. Tentera memantau keselamatan di kawasan pedalaman. Dia membantu ibu memasak hidangan tengah hari. Beliau menerima pingat kebesaran daripada Yang Di-Pertuan Agong. Encik Yusuf membawa pesakit itu ke klinik. Bapa saya membeli perabot jati. Adi Putra dan Rita Rudaini membintangi drama Sehangat Asmara. Golongan remaja di negara ini amat meminati kumpulan artis Korea. Harimau membaham seekor kambing. Nyamuk aedes menggigit mangsa pada waktu pagi dan senja. Ayat Pasif kata ganti diri diri ketiga Program Latihan Khidmat Negara dijalani oleh para remaja. Keselamatan dipantau oleh tentera di kawasan pedalaman. Ibu dibantu olehnya memasak hidangan tengah hari. Pingat kebesaran diterima oleh beliau daripada Yang Di-Pertuan Agong. Pesakit itu dibawa oleh Encik Yusuf ke klinik. Perabot jati dibeli oleh bapa saya. Drama Sehangat Asmara dibintangi oleh Adi Putra dan Rita Rudaini. Kumpulan artis Korea amat diminati oleh golongan remaja di negara ini. Seekor kambing dibaham oleh harimau. Mangsa digigit oleh nyamuk aedes pada waktu pagi dan senja.

Bahagian Dua: Ayat

60

Ayat Pasif Bil 1 2 3 4 5 Ayat Pentaksiran Berasaskan Sekolah telah dilaksanakan di semua sekolah. Buku baharu itu telah mereka baca. Subjek itu saya belum kuasai. Cerita itu tidak kami fahami. Wang itu hendaklah dibelanjakan oleh kamu dengan berhemat. /x x x x x

Ayat Aktif Transitif Atau Ayat Aktif Tak Transitif Bil 1 2 3 4 5 Ayat Murid-murid mengulang kaji pelajaran dengan tekun. Bayi itu tidur dengan nyenyak. Maria menyalin resipi ayam masak merah daripada Internet. Kereta api itu menghala ke Gua Musang. Ayah tidur berbantalkan lengan. Ayat aktif Transitif/ Ayat Aktif Tak Transitif Ayat aktif Transitif Ayat Aktif Tak Transitif Ayat Aktif Transitif Ayat Aktif Tak Transitif Ayat Aktif Tak Transitif

Bahagian Dua: Ayat

61

Anda mungkin juga menyukai