Anda di halaman 1dari 3

MENUAI EMAS: CERPEN KOMSAS TINGKATAN 2 (THINKING BIG)

Pengenalan

Cerpen karya Salina Ibrahim, 43, siswazah syariah, Universiti Malaya ini termuat pada muka surat 68 -
75, naskhah antologi 'Baik Budi, Indah Bahasa'. Bekas wartawan ini aktif dalam bidang penulisan genre
cerpen dan novel. Walaupun kisah siswazah menceburi bidang pertanian bukanlah cerita baharu
(mungkin klise), tetapi penulis berjaya menyampaikan mesej bahawa kebijaksanaan menjalin
komunikasi dengan masyarakat dan pakar memudahkan perancangan projek yang berpotensi untuk
maju.

Watak utama: Alif, siswazah ekonomi

Teknik penceritaan: sudut pandangan orang ketiga (pencerita bukan watak dalam cerpen)
: imbas kembali (Aiman mengingati kembali saat sukar behadapan dengan pemilik
petak sawah
terutama Abang Man yang mahu menjual tanah kepada pemaju perumahan)

Sinopsis

Kata-kata semangat arwah abah masih terngiang-ngiang, manakala sokongan kental emak (Mak wan)
dalam mempertahankan tanah bendang mereka, sambil memujuk pemilik petak bendang yang lain
akhirnya membuka jalan kepada Alif untuk menggembleng muafakat penanaman padi secara estet.
Galakan Tuk Ketua juga memberi kekuatan kepada Alif untuk menangani tentangan Abang Man dan
orang kampung yang termakan umpan pemaju perumahan untuk menjual petak bendang masing-
masing. Kemuncak sindiran Abang Man ialah Alif tidak lulus universiti, sedangkan emak sendiri
menghadiri majlis konvokesyen Alif. Khidmat nasihat pegawai pertanian dan penggunaan mesin
berteknologi canggih dimanfaatkan sebagai projek estet mini yang mengubah kaedah bermandi keringat
dan selut kepada gaya pengurusan yang cekap dan sistematik. Akhirnya, semua 15 orang pemilik petak
sawah dengan keluasan hampir 60 hektar itu setuju berganding bahu sehingga terbentang petak emas
yang tersedia untuk dituai ...

Tema: Kemajuan dalam bidang pertanian, iaitu penanaman padi – bidang penanaman padi sering
diperkecil oleh masyrakat sebagai suatu aktiviti yang rendah nilai ekonominya. Tanggapan ini meleset
dengan adanya ilmu dan sikap positif yang dimiliki oleh alif dan keluarganya.

Watak dan perwatakan

1)alif – anak kepada makwan, berkelulusan di university dalam bidang ijazah ekonomi. Seorang anak
muda yang berwawasan tinggi, sabar, redha dan sentiasa bersyukur. Beliau juga seorang yang berani
menghadapi cabaran serta yakin pada diri sendiri. Alif juga anak yang sangat taat kepada ibu dan
ayahnya, menghormati orang lain, bersikap optimistic dan digelar petani moden.

2)makwan ibu kepada alif sangat penyabar, tegas dan teguh pendirian. Selain itu makwan juga agak
sensitive tetapi tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.
3) Tok ketua- seorang yang penyabar dan berhemah tinggi. Beliau juga mempunyai ciri-ciri kepipinan
yang baik dan sentiasa menyokong hasrat murni Alif.

4) Abang man- seorang yang agresif dan tidak berhemah dalam tindakannya. Beliau sering kali bersikap
terburu-buru dan mengeluarkan kata-kata kesat pada orang lain.

Latar masyarakat

1) Masyrakat petani contohnya Alif dan penduduk kampungnya merupakan masyrakat yang
menjalankan aktiviti penanaman padi.

Nilai murni

...

...

...

Persoalan

...

...

...

Pengajaran

...

...

...

Perbincangan kbat

...

...

Contoh tugasan soalan


...

...

Anda mungkin juga menyukai