Anda di halaman 1dari 2

Diari Cikgu Chom

PANDUAN, NOTA & LATIHAN BAHASA MELAYU BAGI PELAJAR SPM & PMR

Khamis, 27 Jun 2013

Karangan Contoh 19 - Karangan Peribahasa (Penceritaan)


Peribahasa : hangat-hangat tahi ayam
Maksud : hanya bersemangat pada mulanya, tetapi malas pada pertengahan jalan

Contoh Soalan:
Tuliskan satu cerita berdasarkan maksud peribahasa 'hangat-hangat tahi ayam'.

Kehadiran Ahmad disambut mesra oleh rakan-rakan kelas baharunya. Dia merupakan
pelajar yang berpindah dari sekolah lamanya kerana mengikut ibu bapanya yang bertukar
tempat kerja. Ahmad menonjolkan sikap baik dan bersopan-santun agar tidak dipandang
serong oleh rakan-rakan baharunya. Ternyata, penerimaan Ahmad oleh teman-temannya
tidak mengecewakan. Hari pertama persekolahan lagi, dia sudah didampingi rakan-rakan
menyebabkan dia tidak lagi kekok dengan situasi di sekolah baharunya.
Sikap rajin dan berdisiplinnya menyebabkan dia dihormati oleh rakan-rakannya. Dia
juga menanam cita-cita untuk menjadi seorang doktor. Gurunya memberikan sokongan
moral apabila mengetahui impian besarnya itu. Malah, dia sentiasa aktif di dalam kelas
dan senantiasa bertanyakan soalan jika dia tidak memahaminya. Namun, sikap eloknya itu
tidak berkekalan. Pergaulannya mulai liar setelah dia berkawan dengan pelajar
bermasalah. Dia mula mengabaikan pelajaran sedangkan suatu ketika dahulu dia begitu
bersungguh-sungguh di dalam kelas. Dia tidak lagi dihormati malah dicemuh kerana hanya
berpura-pura selama ini. Ahmad mengendahkan segala pandangan terhadap dirinya
kerana kini dua sudah memiliki kawan-kawan karib yang sebenarnya merosakkan dirinya.
Sungguhpun begitu, guru-guru yang prihatin menegurnya supaya berubah. Apabila
sahaja dia ditegur, dia pasti akan menangis dan mula bertekad untuk membuang tabiat
buruknya. Teguran gurunya memberikan inspirasi baharu untuk dirinya berubah. Namun,
semangat membaranya hanya seketika sahaja. Dua atau tiga minggu kemudian setelah
ditegur, dia akan mengulangi perbuatannya itu. Mujurlah, guru-guru yang mengajarnya
tidak jemu dan berputus asa untuk menegurnya agar sikap dan kelakuan Ahmad akan
berubah. Guru kelasnya senantiasa memantau sikap Ahmad demi tidak hanyut dalam
kancah negatif.
Sikap kepala angin Ahmad ini membingungkan rakan-rakan sekelasnya. Sekejap
Ahmad menjadi pelajar yang sangat rajin, seketika nanti dia menjadi pelajar yang
bermalah. Ahmad hanya bersemangat pada mulanya, tetapi menjadi dingin setelah jemu
berusaha. Kata-kata gurunya bagai mencurahkan air ke daun keladi kerana dia mula
mengabaikan pesanan gurunya. Ahmad semakin hari semakin teru perangainya, malah
mula ponteng sekolah dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah. Ramai rakan
sekelasnya tertanya-tanya ke manakah hilangnya semangat juang untuk berjaya Ahmad?
Musim peperiksaaan semakin tiba. Ahmad masih leka dengan dunianya sedangkan
detik pentingnya sebagai pelajar bakal teruji. Dengan angkuhnya, dia mengabaikan
pelajaran kerana yakin dia telah berusaha. Ibu bapanya yang menyedari sikap Ahmad ini
turut menegur sikapnya yang kurang elok ini. Sebagai akibatnya, keputusan akhir
tahunnya sangat teruk. Malah, dia diturunkan kelas dan bersama-sama dengan pelajar
lemah yang bermasalah. Malunya tidak kepalang kerana dijadikan bahan tawa rakan-
rakannya yang dahulu mengaku sahabat karib.
Keinsafan mulai timbul dalam hati ahmad. Sikap buruknya ini harus dikikis untuknya
berjaya. Memang sahlah, pepatah tua, hangat-hangat tahi ayam, ditujukan kepada
dirinya kerana hanya bersemangat pada mulanya, tetapi akhirnya mengalah. Kesedarannya
untuk berubah kini bukan sahaja jangka masa pendek, tetapi untuk selama-lamanya demi
masa hadapan yang gemilang.

Hak Cipta Terpelihara, Cikguchom.blogspot.com

Cikgu Kalsom at Khamis, Jun 27, 2013

Kongsi 0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima
kasih atas komen ikhlas anda.

Laman utama
Papar versi web

Dikuasakan oleh Blogger.

Anda mungkin juga menyukai