Anda di halaman 1dari 4

Diari Cikgu Chom

PANDUAN, NOTA & LATIHAN BAHASA MELAYU BAGI PELAJAR SPM & PMR

Selasa, 18 Jun 2013

Karangan Contoh 11 - Usaha-usaha Menjadikan Membaca


Sebagai Amalan Hidup (SPM)
Membaca Jambatan Ilmu. Membaca merupakan suatu amalan mulia yang perlu
dipraktikkan dalam kehidupan remaja. Tulis sebuah rencana tentang usaha-usaha untuk
menjadikan membaca sebagai amalan hidup golongan remaja.

Analisis soalan:
Tema - amalan membaca
Tugasan - menulis rencana tentang usaha-usaha untuk menjadikan membaca
sebagaiamalan hidup golongan remaja
Format - Rencana

Usaha-usaha Yang Boleh dilakukan oleh Remaja Untuk Menjadikan


Membaca Sebagai Amalan Hidup

Oleh: Mohd. Aiman Naqib bin Nasruddin

Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan pada hari ini telah menyebabkan
remaja hilang keyakinan diri dan ketahanan jiwa. Mereka lebih terdorong dan gemar
melakukan pelbagai aktiviti negatif seperti berpeleseran, membuli dan vandalisme.
Mengapakah mereka melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan sebarang keuntungan
kepada mereka? Tidak pernahkah terdetik dalam sanubari mereka bahawa terdapat
pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan oleh mereka khususnya dengan
membaca? Apakah yang dimaksudkan dengan membaca dan apakah kepentingannya?
Membaca didefinisikan sebagai memerhati sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan
teliti dan memahami makna kandunganya. Kepentingannya pula adalah untuk melahirkan
individu yang berilmu pengetahuan. Hal ini kerana, membacalah yang menghubungkan
antara manusia dengan segala ilmu pengetahuan, seperti cogan kata 'Membaca Jambatan
Ilmu'.

Walaubagaimanapun, berdasarkan kajian, rakyat Malaysia hanya membaca dua buah


buku setahun. Hal ini amat berbeza bagaikan langit dan bumi jika dibandingkan dengan
bilangan buku yang dibaca oleh rakyat Jepun . Justeru, kita perlulah mencari formula
terbaik untuk menjadikan rakyat Malaysia gemar membaca. Oleh itu, tanpa menuding jari
ke arah orang lain kerana dikhuatiri bagai menepuk air di dulang, terpercik ke muka
sendiri, sebagai seorang pelajar dan remaja kita perlulah mencari inisiatif dan cara yang
efektif untuk menjadikan membaca itu amalan hidup.

Memang tidak dapat disangkal lagi, usaha yag pertama ialah atas diri remaja sendiri.
Remaja perlulah rajin pergi ke perpustakaan. Seperti yang kita ketahui Malaysia tidak
pernah ketandusan perpustakaan. Tamsilnya, perpustakaan sekolah, perpustakaan awam
dan perpustakaan bergerak. Di sini, remaja dapat membaca dan meminjam pelbagai jenis
buku untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Walaupun perpustakaan yang dipenuhi
dengan buku itu ibarat lautan yang terbentang luas yang tidak dapat diterokai, remaja
perlulah sentiasa berusaha dan rajin ke perpustakaan untuk membaca. Walaupun sekadar
sebuah buku seminggu, ilmu yang diperoleh amat besar nilainya. Remaja juga boleh
melakukan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Negara atau perpustakaan di universiti
universiti terkemuka di Malaysia. Selain dapat menyemai minat membaca dalam diri ,
remaja juga dapat melihat kecanggihan teknologi yang terdapat di situ, bak peribahasa,
sambil menyelam minum air. Dengan itu , remaja perlulah rajin mengunjungi perpustakaan
agar sentiasa terdorong untuk membaca.

Selain itu , remaja juga boleh ikut serta secara aktif dalam program NILAM atau Nadi
Ilmu Amalan Membaca. Hal ini kerana, NILAM berfungsi untuk menarik minat para pelajar
membaca dalam kuantiti yang banyak. Melalui program ini , remaja perlu membaca dua
versi buku iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan kemudiannya direkodkan di
dalam Buku Nilam. Pelajar yang membaca dalam kuantiti yang banyak akan diberi
penghargaan bermula daripada gangsa, perak, emas dan seterusnya nilam. Malah, pelajar
yang aktif juga boleh mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan.

Tambahan pula, remaja juga perlu menjadikan amalan membaca sebagai hobi pada
masa senggang . Aktiviti ini jauh lebih baik berbanding remaja melakukan aktiviti-aktiviti
yang membawa remaja ke arah negatif. Daripada remaja membiarkan masa yang terluang
terbiar begitu sahaja, remaja perlu mengisinya dengan membaca kerana masa itu emas.
Contohnya, remaja boleh menyusun jadual untuk membaca pada hujung minggu atau pada
masa cuti persekolahan. Marcus Aurelis pernah berkata,jangan membuang masa
memikirkan bagaimana untuk menjadi orang yang baik, sebaliknya mulakan dengan diri
sendiri dahulu . Di sini jelaslah bahawa remaja itu sendiri perlu menggalakkan dirinya
sendiri agar sentiasa membaca pada waktu senggang.

Seterusnya , remaja juga boleh membuat langganan buku pada setiap bulan . Buku-
buku atau majalah yang dilanggan bukanlah sekadar berunsurkan tarbiah sahaja tetapi
juga bercorak santai . Tamsilnya, Dewan Siswa, majalah i-sihat dan Solusi . Di manakah
remaja boleh melanggan buku-buku tersebut ? Remaja boleh melanggannya di kedai-kedai
buku , internet atau meminta bantuan guru di sekolah untuk melanggan. Impaknya, remaja
akan sentiasa membaca pada setiap masa, menjimatkan masa dan dapat mengetahui
perkembangan terkini apabila melanggan buku pada setiap bulan. Remaja perlulah
sentiasa berusaha mencari pelbagai jenis buku dengan cara melanggan buku pada setiap
bulan. Persis kata peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Remaja juga boleh menjadikan individu yang gemar membaca dan sentiasa dekat
dengan buku sebagai idola . Sebagai contoh, A.Samad Said yang terkenal dengan karya
puisinya, Profesor Diraja Ungku Aziz, Mary Renault dengan buku-buku sejarahnya dan
penulis tersohor, Sharifah Abu Salim . Apabila remaja menjadikan mereka sebagai idola,
remaja akan sentiasa terdorong untuk membaca dan menjadi seperti mereka. Positifnya,
remaja akan sentiasa menjadikan idola mereka itu sebagai hala tuju. Hal ini kerana,
ketekalan dan kejituan mereka dalam usaha menulis buku untuk dijadikan bahan rujukan
harus dihargai dan dijadikan pendorong . Justeru, remaja haruslah menjadikan tokoh-
tokoh tersohor ini sebagai idola berbanding dengan menjadikan artis sebagai pujaan hati
mereka.

Usaha yang terakhir ialah berkawanlah dengan rakan sebaya yang gemar membaca
atau lebih dikenali sebagai ulat buku. Hal ini demikian kerana, pengaruh rakan sebaya amat
kuat semasa peringkat remaja. Sekiranya rakan-rakan remaja terdiri daripada mereka
yang suka membaca pelbagi bahan bacaan, lama-kelamaan, remaja juga akan terikut-ikut
dan terbiasa dengan amalan membaca. Bak kata pepatah alah bisa tegalbiasa. Dengan
itu , remaja perlulah arif memilih rakan. Jika remaja tersilap langkah dalam memilih rakan,
tidak mustahil mereka akan menjadi duri dalam daging dalam hidup kita.

Konklusinya , sebagai seorang remaja kita perlulah sentiasa berusaha memajukan diri
untuk jaminan masa hadapan. Hal ini kerana, remaja adalah pewaris tampuk kepimpinan
negara. Remaja merupakan aset negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara. Janganlah biarkan usia remaja dipenuhi dengan perkara sia-sia. Kontradiksinya,
penuhilah masa remaja kita dengan aktiviti yang berfaedah seperti amalan membaca.
Remaja perlu berpegang teguh dan jitu dengan slogan Membaca itu Jambatan Ilmu dan
Rakyat Membaca , Bangsa Berjaya seperti yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri
Malaysia kita , Dato Seri Najib bin Abdul Razak generasi berpengetahuan merupakan
tunjang untuk mencapai wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
maju.

Cikgu Kalsom at Selasa, Jun 18, 2013

Kongsi 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima
kasih atas komen ikhlas anda.

Laman utama
Papar versi web

Dikuasakan oleh Blogger.

Anda mungkin juga menyukai