Anda di halaman 1dari 30

SPM Karangan Cemerlang : Manfaat Amalan Membaca

Manfaat Amalan Membaca

Membaca jambatan ilmu. Namun budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah.
Kajian menunjukkan bahawa secara purata rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. 
Negara kita yang sedang pesat membangun memerlukan rakyat yang berpengetahuan tinggi untuk maju
setanding dengan negara maju di dunia ibarat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Persoalannya,
adakah rakyat Malaysia sedar akan pelbagai faedah yang bakal diperoleh apabila mereka
membaca? Sebenarnya sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat pelbagai manfaat apabila seseorang
mempraktikkan budaya membaca.

Ilmu penyuluh kehidupan dan membaca buku dapat menambahkan pengetahuan. Hal ini
demikian kerana melalui pembacaan seseorang dapat mengetahui isu-isu semasa sama ada yang berlaku
di dalam negara atau di luar negara. Oleh hal yang demikian mereka tidak akan menjadi seperti katak di
bawah tempurung. Selain itu, melalui pembacaan, pembaca berpeluang mempelajari sejarah dan budaya
masyarakat dunia. Umpamanya mereka dapat mempelajari tamadun Mesopotamia, Indus, Hwang Ho,
Mesir Purba dan lain-lain.  Pembaca juga dapat mengetahui budaya masyarakat dunia yang sangat unik
dan berbeza di negara yang berlainan.  Oleh itu, untuk memupuk budaya membaca ini, kita perlulah
menggalakkan anak-anak ke perpustakaan dan membeli bahan bacaan yang bersesuaian untuk mereka
kerana banyak membaca luas pengetahuan dan membaca ialah jendela ilmu.

Amalan membaca juga dapat menambah perbendaharaan kata dalam kalangan pelajar. 
Dasawarsa, ramai pelajar lemah dalam kertas Bahasa Melayu kerana mereka kurang menguasai kosa
kata. Pelajar juga kurang cekap berbahasa Inggeris kerana kekurangan kosa kata bahasa tersebut. Hal ini
menghalang kejayaan pelaksanaan program MBMMBI iaitu usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa
Melayu dan memperkukuh bahasa Inggeris ke arah menguasai pelbagai ilmu pengetahuan pada peringkat
globalisasi. Tabiat ini juga boleh menyumbang kepada penemuan perkataan-perkataan dan istilah baharu
terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain,
begitulah keadaannya apabila membaca, kosa kata seseorang itu sentiasa bertambah dan khazanah bahasa
seperti peribahasa dan ungkapan menarik serta bunga-bunga bahasa semakin dikuasainya.

Seterusnya, tabiat membaca boleh membantu pelajar lulus cemerlang dalam akademik. Tabiat
membaca boleh membantu pelajar memahami sesuatu mata pelajaran dengan cepat dan
mudah. Peribahasa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih sesuai kepada pelajar yang rajin membaca
kerana tabiat membaca juga dapat meningkatkan mutu akademik pelajar.

Tabiat membaca merupakan aktiviti masa senggang yang sangat berfaedah. Masa itu emas, oleh
itu seseorang seharusnya mengisi masa lapang dengan berfaedah seperti mengamalkan hobi membaca
buku. Negara kita memerlukan rakyat yang berpengetahuan untuk membangunkan negara.  Sebagai
contoh, masyarakat di negara Jepun yang maju menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup
mereka. Di negara matahari terbit itu, kita dapat menemukan masyarakat Jepun yang membaca buku
ketika  di dalam kereta api, di stesen bas, di taman-taman, atau di mana-mana sahaja. Sebaliknya, di
negara kita, rakyat kita suka berbual-bual kosong di kedai kopi, bermain dam di atas wakaf, atau melepak
di pusat-pusat beli belah. Kesimpulannya, jelaslah bahawa rakyat yang banyak membaca berupaya
menjamin kemajuan negara.

Tabiat membaca juga adalah pemangkin kemajuan negara. Hal ini demikian kerana kemajuan
sesebuah negara tidak dilihat pada pembangunan fizikal semata-mata tetapi juga diukur pada kemajuan
intelektual rakyatnya. Rakyat berilmu mencerminkan kemajuan sesebuah negara.  Sekiranya negara kita
dapat mengurangkan kadar buta huruf secara tidak langsung, taraf pendidikan di negara kita turut
meningkat dalam usaha melahirkan rakyat bertamadun tinggi. Sejarah telah membuktikan bahawa
pembangunan tamadun keintelektualan manusia bermula daripada buku. Sebagai misalannya, kemajuan
Kota Baghdad telah muncul sebagai pusat penyebaran ilmu yang unggul di dunia suatu ketika dahulu
disebabkan ledakan ilmu menerusi penulisan dan penterjemahan pelbagai buku dari seantero dunia. 
Tuntasnya, melalui tabiat membaca, kita dapat melahirkan modal insan bertaraf dunia.

Natijahnya, berdasarkan faedah-faedah yang telah dibicarakan, sudah terang lagi bersuluh bahawa
tabiat membaca amat signifikan untuk membangunkan intelektual rakyat negara ini.  Tegasnya, tabiat
membaca berupaya menjayakan hasrat negara menjadi negara maju dalam Wawasan 2020. Tabiat
membaca harus dipupuk ibarat sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit ke arah meningkatkan purata
pembacaan rakyat negara ini. Sesungguhnya semua pihak harus berganding bahu bagai aur dengan tebing
untuk meningkat budaya membaca dalam kalangan masyarakat kerana tamadun kebendaan tidak pernah
kekal tetapi tamadun ilmu boleh merentas zaman.

Peranan Semua Pihak Dalam Memupuk Minat Membaca Dalam Diri


Masyarakat Malaysia
“Membaca itu jambatan ilmu,” merupakan satu kata-kata hikmat yang jelas menunjukkan kepentingan
amalan membaca dalam hidup  kita. Kendatipun begitu, kata-kata hikmat ini sering dipandang enteng
oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia terutamanya para remaja yang akan menjadi pemimpin
negara pada suatu masa kelak. Masyarakat Malaysia sering kali menganggap bahawa amalan membaca
itu bukan sekadar untuk lulus peperiksaan semata-mata tetapi juga untuk mengetahui keadaan semasa,
meluaskan ilmu pengetahuan dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, setiap pihak haruslah
melaksanakan obligasi masing-masing untuk memupuk tabiat suka membaca dalam kalangan rakyat
Malaysia

           Ibu bapa merupakan insane yang memainkan peranan signifikan untuk memupuk tabiat suka
membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Menurut Confucius, “ keluarga merupakan unit asas
pembentukan masyarakat”. Kata-kata ini jelas menunjukkan pembentukan peribadi  seseorang individu
bermula daripada keluarga dan keluarga itu pula lahir dengan sepasang ibu bapa. Dalam hal ini, sebagai
insane yang paling penting, ibu bapa perlulah menjadi entity mithali yang terbaik bagi anak-anak. Ibu
bapa mestilah menunjukkan uswah terbaik dengan mengamalkan amalan membaca di hadapan anak-
anak. Hal ini demikian kerana, apabila ibu bapa hanya menasihati anak-anak supaya membaca tetapi
mereka sendiri tidak menunjukkan teladan yang baik, pasti anak-anak akan mempersoalkan sebab
mereka perlu membaca, sedangkan ibu bapa mereka tidak perlu membaca. Oleh hal yang demikian,
sebagai insan yang terdekat dengan anak-anak, ibu bapa perlulah mengamalkan amalan membaca di
hadapan anak-anak sama ada membaca akhbar, buku ilmiah, novel dan sebagainya. Dengan adanya
contoh yang baik di hadapan anak-anak, barulah ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya membaca
pada saat itu, anak-anak tidak akan mempersoalkan lagi sebab mereka perlu membaca, seperti cogan
kata, “ kepimpinan melalui teladan.”

           Bukan itu sahaja, ibu bapa juga perlulah membelanjakan sedikit daripada wang pendapatan
mereka untuk membeli bahan bacaan untuk anak-anak. Ibu bapa seharusnya tidak kedekut dalam
membelanjakan sebahagian daripada wang pendapatan mereka untuk membeli bahan bacaan kerana
mereka perlu sedar bahawa yang dibelanjakan oleh mereka itu tidak sia-sia dan bakal menjadi sesuatu
yang berguna untuk anak-anak mereka sebagai peneraju masa hadapan, seperti kata-kata seorang
tokoh, “ masa hadapan itu dibeli oleh masa sekarang.” Apabila ibu bapa sudi membelanjakan sebahagian
daripada wang mereka untuk membeli bahan bacaan untuk anak-anak, pasti anak-anak akan lebih
mudah mendapatkan bahan bacaan dan tidak perlu ke mana-mana untuk mendapatkan bahan bacaan
sekali gus meningkatkan minat membaca dalam diri anak-anak. Seiring dengan itu, selain sebuah
keluarga ini dapat membentuk sebahagian masyarakat, apabila anak-anak kecil ini keluar dari rumah
mereka dan membaca di hadapan masyarakat lain, pasti masyarakat lain akan mencontohi perbuatan
anak-anak kecil ini sebagai orang yang lebih dewasa, pasti mereka akan berasa malu terhadap anak-
anak kecil ini. Hal ini demikian kerana, apabila masyarakat yang lebih dewasa melakukan kerja yang sia-
sia, dalam mengisi waktu lapang mereka, pasti akan terdetik dalam sukma mereka, sedangkan anak kecil
ini lebih menghargai masa dengan memenuhkan masa lapang mereka dengan membaca, mengapa
mereka yang lebih berilmu dan berpengalaman tidak melakukan hal yang yang sama. Dengan itu, secara
implisit, tabiat suka membaca dalam diri masyarakat Malaysia dapat dipupuk.

           Selain itu, pihak kerajaan juga memainkan peranan untuk memupuk tabiat membaca dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, pihak kerajaan bolehlah mengadakan kempen-kempen
yang menggalakkan amalan membaca. Pihak kerajaan seharusnya menggunakan sebahagian daripada
pendapatan negara  untuk memupuk minat membaca dalam diri masyarakat Malaysia. Bagi golongan
miskin pula, dalam menjayakan kempen memupuk budaya membaca ini, pihak kerajaan bolehlah
membantu warga miskin ini dengan memberikan buku-buku percuma kepada mereka. Dengan adanya
buku-buku mahupun bahan-bahan bacaan yang percuma, pasti kempen ini dapat dijayakan oleh seluruh
rakyat Malaysia kerana tidak timbul lagi masalah ketiadaaan bahan bacaan dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Pihak kerajaan juga seharusnya tidak memandang enteng terhadap usaha mengadakan
kempen untuk memupuk minat membaca dalam diri masyarakat kerana dengan adanya usaha yang
bersungguh-sungguh  dan beristiqamah oleh pihak kerajaan, pasti matlamat kudsi kerajaan untuk
mewujudkan masyarakat yang minat membaca dapat diwujudkan. Pihak kerajaan seharusnya tidak takut
akan kegagalan usaha mereka ini, seperti kata-kata Phytagoras, “ kegagalan bukanlah bererti
kemusnahan tetapi jadikanlah kegagalan itu sebagai lanjakan untuk mencapai kejayaan”. Oleh itu,
wajarlah pihak kerajaan mengadakan kempen untuk memupuk minat membaca dalam diri masyarakat
kerana “ belum cuba, belum tahu.”

           Media massa juga berperanan penting untuk memupuk minat membaca dalam kalangan
masyarakat. Media massa seperti televisyen, internet, radio dan sebagainya penting dalam
menghebahkan kepada masyarakat tentang kepentingan tabiat membaca. Dalam hal ini, pihak-pihak
yang terlibat seperti penerbit stesen televisyen haruslah mengadakan satu dokumentasi yang
memaparkan kepentingan membaca dalam kehidupan dan menayangkannya di televisyen. Dengan ini,
masyarakat yang cetek ilmu tentang kepentingan membaca akan lebih tahu mengapa membaca itu
penting dalam kehidupan mereka. Drama pendek yang berkaitan dengan kepentingan membaca juga
boleh dipertontonkan di televisyen kerana mesej yang disampaikan oleh drama-drama yang ditayangkan
di televisyen akan meresap dengan lebih mudah dalam jiwa masyarakat Malaysia. Hal ini demikian
kerana, jiwa masyarakat selalunya lebih tertarik dengan dunia hiburan. Jadi, sebagai pihak media massa
yang prihatin, mereka seharusnya lebih kreatif dalam melaksanakan usaha untuk memupuk tabiat
membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia agar Malaysia terus maju seiring dengan arus
globalisasi.

           Pihak sekolah juga menggalas tanggungjawab untuk memupuk minat membaca dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, guru merupakan insan terpenting yang berperanan memupuk minat
membaca dalam diri pelajar. Sebagai guru yang penyayang dan ingin pelajarnya berjaya, pasti guru-guru
sedar akan kepentingaan membaca dalam kehidupan. Guru-guru di sekolah seharusnya bekerjasama
dalam mengadakan pertandingan bagi memupuk minat membaca dalam diri pelajar. “melentur buluh
biarlah dari rebungnya,” jelas menunjukkan dalam usaha membentuk peribadi seseorang, kita perlulah
membentuknya sejak dari kecil lagi. Guru-guru tadika mahupun guru-guru sekolah rendah memikul
tanggungjawab yang paling penting untuk menerapkan minat membaca dalam kalangan pelajar sekolah
kerana pada saat ini, pelajar-pelajar ibarat kain putih yang belum dicorakkan. Pada ketika ini, pelajar-
pelajar masih belum dapat membezakan antara baik dan buruk mahupun dosa dan pahala. Oleh itu,
apabila guru-guru mengadakan pertandingan seperti pertandingan membaca paling banyak dan
memberikan hadiah berupa wang tunai dan bahan bacaan kepada para pemenang,pasti pelajar-pelajar
tersebut tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil bahagian sekali gus mereka akan selalu
membaca. Mungkin pada mulanya, pelajar-pelajar ini membaca kerana ingin memenangi pertandingan
tetapi pasti lama-kelamaan minat membaca akan timbul dalam diri mereka. Oleh hal yang demikian,
guru-guru haruslah menjalankan peranan mereka untuk memupuk minat membaca dalam diri pelajar
sekali gus membentuk masyarakat Malaysia yang minat membaca.

           Tidak kurang juga, syarikat-syarikat seperti Karangkraf, PtsOne dan sebagainya perlulah
menjalankan peranan dengan mengeluarkan bahan bacaan yang sesuai untuk semua peringkat umur
agar masyarakat Malaysia mempunyai lebih banyak pilihan dalam memilih bahan bacaan yang sesuai
dengan umur mereka. Dengan adanya kepelbagaian bahan bacaan, pasti masyarakat Malaysia akan
menjadi lebih tertarik untuk membaca. Oleh itu, sebagai syarikat swasta yang prihatin dengan keadaan
rakyat Malaysia, mereka haruslah menjalankan peranan mereka dengan bersungguh-sungguh.

           Akhirulkalam, semua pihak haruslah berganding bahu untuk memupuk  minat membaca dalam diri
masyarakat dan tidak melepaskan tanggungjawab itu kepada pihak kerajaan semata-mata kerana “
muafakat membawa berkat.” Semua pihak haruslah bersikap, “ bagai aur dengan tebing” dalam
menjayakan usaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat. Sebagai rakyat
Malaysia pula, kita seharusnya turut mempunyai inisiatif dalam mengubah diri bagi memupuk minat
membaca dlam diri kita sendiri kerana “ di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.” Janganlah kita terlalu
mengharapkan pihak lain dalam membentuk peribadi kita kerana segala-galanya yang berlaku adalah
pilihan kita sendiri.

LANGKAH MEMUPUK AMALAN/BUDAYA MEMBACA

Budaya dan amalan membaca boleh dipupuk dalam kalangan masyarakat. Peranan pelbagai
pihak diperlukan dalam usaha ke arah itu, memandangkan budaya membaca belum dihayati
sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. Maka dicadangkan perkara-perkara berikut untuk
meningkatkan amalan membaca:

*  Peranan ibu bapa –  membelikan bahan bacaan bermutu di rumah. Ibu bapa perlu
wujudkan ruang pembacaan  untuk anak-anak. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak ke
kedai buku dan memberi kebebasan kepada anak-anak untuk memilih bahan bacaan. Mereka
juga perlu memberi contoh dan teladan, iaitu mereka sendiri perlu mempunyai budaya
membaca. Sekurang-kurangnya ada akhbar harian, atau majalah seperti Dewan Siswa atau
Dewan Pelajar supaya anak-anak dapat membaca. Sediakan sedikit peruntukan untuk membeli
bahan bacaan setiap bulan.
* Peranan  sekolah  –  Sekolah perlu adakan kempen membaca. program NILAM perlu
dilaksanakan dengan lebih berkesan dan guru-guru kena pastikan pelajar menjayakannya.
Panatia dan guru mata pelajaran perlu galakkan pelajar membaca. Pusat Sumber perlu bergerak
lebih ke depan dalam menarik pelajar ke perpustakaan. Di SMKPS, Guru Media dan
Perpustakaan, Encik Abdul Rahman Hamid, berusaha gigih ke arah itu. Selain itu, pameran
buku boleh diadakan di sekolah. Pembelian bahan bacaan yang bermutu perlu ditingkatkan di
sekolah. Program Akhbar Dalam Darjah perlu diperluas. Petikan  rencana yang berinformasi
perlu diletakkan di papan kenyataan sekolah supaya pelajar boleh membaca.
* Peranan  kerajaan  – Kerajaan perlu menambah peruntukan ke sekolah untuk membeli
bahan bacaan tambahan di pusat sumber sekolah . Kerajaan perlu mengadakan kempen
membaca, sama ada di tempat awam atau menggunakan media kerajaan seperti radio dan
televisyen. Pelepasan cukai untuk pembelian buku perlu ditambah. Setiap pejabat kerajaan dan
agensinya perlu ada sudut bacaan. 
* Peranan pihak swasta – Mereka perlu menyokong kempen membaca pihak kerajaan.
Pekerja mereka perlu digalakkan membaca. Mereka perlu memberi sumbangan untuk
program/kempen membaca anjuran pelbagai  pihak.  Sudut bacaan juga perlu diwujudkan oleh
pihak swasta, misalnya di klinik, hospital, restoran dan kompleks membeli-belah. Harga bahan
bacaan yang mereka terbitkan perlu diturunkan. Adakan promosi dan kempen membaca.
* Peranan pelajar. Pelajar perlu menghayati matlamat kempen membaca yang
diadakan.Mereka perlu ada kesedaran dalaman untuk membaca dan bukan kerana tujuan
peperiksaan semata-mata. Jangan lupakan buku apabila peperiksaan berakhir atau apabila
meninggalkan bangku sekolah.
* Peranan penulis buku dan majalah- Mereka perlu menghasilkan bahan bacaan yang
menarik dan dalam masa yang sama terapkan budaya membaca dalam karya mereka. Mereka 
perlu mempelbagaikan isi kandungan karya mereka untuk menarik hati pembaca. Wujudkan
jaringan/link dengan pembaca agar pembaca kekal membaca  pada masa depan. Sertai program
galakan membaca di sekolah, anjuran kerajaan dan swasta.
Kejayaan usaha memupuk budaya membaca bergantung  kepada kerjasama semua pihak. 
Pembabaitan semua pihak itu dapat menjadi pemangkin budaya membaca dalam masyarakat
dan negara.

Kebaikan Koperasi Sekolah


         Pada era ledakan maklumat dan dunia yang pesat membangun ini,saya pasti
setiap sekolah menyediakan kemudahan dan kelengkapan yang sewajarnya untuk para
murid.Antara kemudahannya ialah sebuah koperasi.Koperasi yang dianggap tidak
mempunyai faedah ini sebenarnya mendatangkan 1001 kebaikan untuk murid-murid di
sekolah.Tahukah anda apakah maksud koperasi yang sebenar? Koperasi merupakan
sebuah organisasi yang menjalankan urusan perniagaan barangan dan
perkhidmatan.Koperasi ditubuhkan megikut Akta Koperasi.Kopersi ditadbir oleh ahli
lembaga pengarah yang dilantik dalam mesyuarat agung.Semua ahli koperasi
merupakan pemegang saham koperasi tersebut.Setiap sekolah mesti mengadakan
mesyuarat agung koperasi untuk melantik ahli jawatankuasanya.Jelaslah di sini bahawa
koperasi sekolah merupakan sesuatu yang penting seiring dengan perkara-perkara lain.

        Kebaikan koperasi sekolah ialah dapat memupuk semangat berniaga dalam


kalangan murid.Hal ini kerana apabila mereka berniaga di koperasi dan melayan murid
lain membeli,mereka akan berasa gembira dan akan melahirkan semangat suka untuk
berniaga.Melalui koperasi,para murid berpeluang mengetahui asas selok-belok dalam
mengendalikan urusan perniagaan.Selain itu,ahli koperasi iaitu murid-murid ini terlibat
dalam aktiviti  jual beli,membuat akaun,pemasaran dan pembekalan.Semangat
berniaga tidak datang secara paksaan tetapi dengan sukarela kerana mereka
mengadakan aktiviti jual beli hampir setiap hari.Di samping itu,penguasaan matematik
mereka juga akan bertambah cekap kerana mereka sering mengira setiap kali
pembelian dibuat.Jelaslah di sini bahawa,koperasi sekolah mampu memupuk semangat
untuk berniaga dalam diri murid-murid.

         Seterusnya,kebaikan koperasi sekolah ialah mengenakan harga yang murah pada
setiap barangan contohnya buku tulis,pen,pensil,kertas kajang dan sebagainya.Alatan-
alatan pelajaran ini merupakan satu keperluan rasmi bagi seorang murid untuk
memulakan pembelajaran.Para murid tidak akan mampu untuk belajar dengan baik jika
kelengkapan mereka tidak cukup.Justeru itu,mereka harus menyediakannya terlebih
dahulu.Dengan adanya koperasi sekolah,sudah tentu hal ini akan memudahkan mereka
membeli barangan keperluan sekolah mereka.Harga yang murah juga dapat membantu
murid yang dari keluarga yang kurang senang untuk belajar.Hal ini kerana mereka
mampu untuk membeli peralatan tersebut.Sudah terang lagi bersuluh bahawa
meletakkan harga yang murah merupakan salah satu daripada kebaikan koperasi.

        Selain itu,koperasi sekolah dapat menjimatkan masa murid-murid.Hal ini kerana
mereka tidak perlu pergi ke kedai-kedai yang jauh daripada rumah mereka kerana
hanya ingin memfotostat hanya sehelai kertas.Sudah tentu perkara ini akan menjadi
suatu beban buat mereka terutama mereka yang tinggal di kawasan luar bandar yang
tidak mempunyai perkhidmatan tersebut.Hal ini akan memaksa mereka untuk mereka
keluar ke bandar.Bagi murid yang keluarganya berpendapatan rendah dan tiada
pengangkutan seperti motorsikal atau kereta,mereka mungkin tidak akan membuat
kerja yang diberikan oleh guru mereka.Mereka juga ingin berjaya seperti orang lain dan 
menginginkan kehidupan yang lebih selesa dan keluar dari belenggu kemiskinan
tersebut.Dengan adanya perkhidmatan fotostat di koperasi sekolah,perkara ini dapat
membantu murid-murid.Kesimpulannya,koperasi sekolah dapat menjimatkan masa
murid-murid dengan perkhidmatan yang disediakan.

       Di samping itu,koperasi sekolah dapat mengajar para murid untuk berjimat


cermat.Hal ini kerana apabila mereka membeli di koperasi,mereka tidak perlu
menggunakan semua dari duit belanja yang diberikan oleh ibu bapa mereka.Duit
lebihan itu dapat mereka simpan dan duit tersebut boleh digunakan  jika ada
kecemasan contohnya berlaku kebakaran,ingin melakukan pembedahan dan
sebagainya.Amalan berjimat cermat ini juga harus diterapkan dalam kalangan murid
sejak mereka kecil lagi.kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.Para murid harus
menyimpan atau menanbung kerana menabung merupakan satu amalan yang
mulia.Mereka tidak perlu menyimpan dalam kuantiti yangbanyak setiap hari.Kuantiti
yang sedikit sepert 10 sen atan 50 sen sudah memadai kerana sikit-sikit lama-lama
menjadi bukit.Sudah terang lagi bersuluh bahawa sikap berjimat cermat dapat dipupuk
melalui koperasi sekolah.

        Kesimpulannya,koperasi sekolah bukan sekadar menjual dan membeli


barang,malah memberi banyak lagi faedah kepada kita.Dengan adanya koperasi,kita
dapat melahirkanmurid yang lebih yakin ketika berkomunikasi,pintar bergaul dan
matang dalam membuat keputusan,murid-murid yang selama ini kurang bercakap akan
berani untuk menyuarakan pendapatnya.Selain itu,koperasi sekolah juga dapat
dijadikan sebagai orang tengah kepada guru dan murid ketika mahu berurusan
membuat tempahan buku dengan pembekal di luar,'Usaha tangga kejayaan,itulah
gambaran bagi sebuah koperasi kerana sudah berusha untuk menyediakan satu
perkhidmatan yang dapat memnudahkan murid dan guru.Marilah sama-sama kita
renungkan tentang kebaikan koperasi di sekolah.

FAEDAH-FAEDAH KOPERASI DI SEKOLAH 

Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari menjelang ambang 2020, keadaan ini
menandakan titik permulaan zaman yang serba mencabar minda kita. Dalam meniti
ranjau kehidupan yang penuh pancaroba ini, pihak sekolah telah menubuhkan koperasi
di sekolah. Koperasi merupakan pertubuhan ditubuhkan oleh pihak sekolah untuk
kemudahan warga sekolah, khususnya pelajar dan guru. Dengan adanya koperasi di
sekolah, kita dapat memperoleh banyak kebaikan yang tidak dapat dikira dengan
hujung jari kita. Persoalannya kini, apakah kebaikan penubuhan koperasi sekolah
kepada warga sekolah itu sendiri? Oleh hal yang demikian, faedah-faedah koperasi
sekolah yang akan menjadi fokus perbincangan saya pada hari ini akan dikupas dan
dihuraikan secara terperinci demi kebaikan bersama.

Sebagai mukadimah pembicara, saya ingin melontarkan idea saya tentang faedah
koperasi terhadap warga sekolah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelajar atau
guru dapat membeli barangan dengan harga yang lebih murah. Mereka dapat
menikmati barangan yang harganya berpatutan dan barangan yang berkualiti. Umum
mengetahui bahawa koperasi menjual pelbagai barangan dan makanan seperti alat
tulis, minuman, kertas kajang, buku latihan dan sebagainya. Kesemua ini telah
memenuhi kehendak dan keperluan guru dan pelajar. Sebagai analogi, pelajar dapat
membeli sebatang pen di koperasi dengan harga yang rendah berbanding membeli
sebatang pen di pasar raya. Tambahan pula, barangan di pasar raya mahal-mahal
belaka. Hal ini secara tidak langsung, pelajar dapat menjimatkan wang untuk membeli
alat-alat tulis dan buku-buku rujukan bagi meningkatkan prestasi pembelajaran.
Tegasnya, koperasi menawarkan barangan yang harganya berpatutan dan berkualiti
kepada warga sekolah.

Lanjutan daripada huraian di atas, warga sekolah yang menjadi ahli koperasi berhak
mendapat keuntungan dalam bentuk dividen dan bonus melalui pembelian barangan
oleh warga sekolah. Keuntungan tersebut datangnya daripada jual beli yang dijalankan.
Selain itu, sebahagian daripada keuntungan yang diperoleh oleh koperasi juga dapat
dikeluarkan untuk membantu pihak sekolah dalam menangani masalah prasarana
sekolah. Wang tersebut boleh digunakan untuk menyediakan dan menaik taraf
prasarana di sesebuah sekolah. Contoh yang boleh diketengahkan ialah koperasi SMK
Hamzah Berhad yang berpegang teguh pada prinsip koperasi kita dari kita untuk kita
dengan membahagikan sebahagian keuntugan koperasi untuk membeli buku rujukan
dan buku cerita koleksi terbaru untuk perpustakaan sekolah demi kemudahan murid
yang dahaga akan ilmu pengetahuan. Jelaslah bahawa koperasi mendapat keuntungan
yang berkali ganda melalui aktiviti jual beli. 

Bukan setakat itu sahaja, koperasi membolehkan anak-anak muridnya mengetahui


asas perniagaan. Apabila pelajar mengendalikan urus niaga di koperasi, mereka dapat
memahami dan menguasai asas perniagaan. Pengalaman baru ini tidak dapat dipelajari
dalam silibus sekolah dan merupakan satu pendekatan yang baik untuk mempraktikkan
apa-apa yang dipelajari di dalam bilik darjah. Pelajar yang belajar subjek-subjek seperti
Prinsip Perakaunan, subjek Perniagaan dan Perdagangan dapat memahami apa-apa
yang dipelajari dengan lebih lebih lanjut dan efektif dalam kehidupan seharian mereka.
Sebagai contoh, pelajar dapat berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat dengan pelajar
yang lain dan guru tentang selok-belok dalam urus niaga. Rentetan daripada situasi
tersebut, hubungan silaturahim bagai isi dengan kuku dapat dipupuk antara guru dan
pelajar. Malah, mereka dapat menambah ilmu pengetahuan mereka supaya mereka
tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa
asas perniagaan dapat dimantapkan dalam sanubari anak-anak didik melalui
penglibatan mereka dalam koperasi sekolah. 

Sebagai menggulung segala yang diperkatakan di atas, koperasi mendatangkan


banyak faedah kepada warga sekolah mahupun pihak sekolah. Oleh hal yang demikian
kita perlu bersyukur dan menghargai ahli jawatankuasa koperasi yang begitu
bersungguh- sungguh mengendalikan dan mengurus hal ehwal koperasi. Tanpa usaha
gigih mereka, koperasi sekolah sudah pasti bagai sebutir batu berlian yang tidak
berguna. Marilah kita bersama-sama bagai aur dengan tebing meneruskan usaha kita
dalam menjayakan koperasi sekolah demi mengecapi visi kudsi wawasan 2020 yang
diimpikan dan diwara-warakan oleh mantan Perdana Menteri yang keempat dan semua
lapisan masyarakat.
LANGKAH-LANGKAH MENJAGA KESELAMATAN KANAK-KANAK

     Dunia kanak – kanak yang menyeronokkan sedikit sebanyak telah terbatas akibat kes
penculikan yang semakin menular di negara kita. Hal ini kerana, setiap ibu bapa berasa
bimbang tentang kes kehilangan kanak – kanak yang kian berleluasa sejak akhir – akhir ini
terutamanya melibatkan kes penculikan. Apabila kanak – kanak tidak diawasi oleh orang
dewasa, mereka akan diculik dengan mudah oleh penjenayah dan tidak guna untuk menyesal
di kemudian hari kerana bak kata pepatah, ‘nasi sudah menjadi bubur’. Sebenarnya, pelbagai
langkah yang boleh diambil untuk menjaga keselamatan kanak – kanak.      

     Salah satu langkah bagi menjaga keselamatan kanak – kanak ialah mengawasi anak – anak
di tempat awam bagi mengelakkan penculikan dan pemerdagangan kanak – kanak. Ibu bapa
disarankan untuk sentiasa memimpin tangan anak – anak ketika berada di luar rumah
terutamanya apabila berada di kompleks membeli – belah bagi mengelakkan kejadian yang
tidak diingini berlaku. Ibu bapa juga perlu menemani anak – anak ketika bermain di luar rumah
dan jangan terlalu leka dengan apapun barang ketika sedang membeli – belah. Sebagai contoh,
kebanyakan kes penculikan yang semakin menular di negara kita adalah berpunca daripada
kelalaian ibu bapa dan seterusnya memberikan peluang kepada penjenayah untuk melarikan
kanak – kanak. Jika ibu bapa sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling , kes penculikan di
negara kita akan mencapai penurunan yang sangat baik dari semasa ke semasa.   

     Selain itu, penculikan dan pemerdagangan kanak – kanak juga boleh dibendung apabila
kanak – kanak sentiasa berada dalam kumpulan kerana kes penculikan biasanya berlaku
apabila kanak – kanak berada di luar rumah secara bersendirian. Ibu bapa perlu sentiasa
menasihati anak – anak agar bermain secara berkumpulan di taman permainan dan berjalan –
jalan di sekitar taman perumahan bersama rakan – rakan sebaya. Kes penculikan boleh berlaku
di mana – mana sahaja kerana penjenayah seumpama musang berbulu ayam sentiasa
menunggu peluang yang ada untuk menculik kanak – kanak yang mempunyai sifat lurus dan
mudah mempercayai sesiapa sahaja.   

      Di samping itu, kanak – kanak juga perlu mempelajari ilmu pertahanan diri agar tidak mudah
diculik oleh penjenayah yang mahu menjual kanak – kanak ke negara jiran untuk mendapatkan
wang atau meminta wang tebusan daripada ahli keluarga kanak – kanak tersebut. Ibu bapa
disarankan untuk menghantar anak – anak ke pusat pembelajaran yang menawarkan pakej
mempelajari ilmu pertahanan diri agar keselamatan anak - anak sedikit sebanyak dapat dijamin
ketika berada di luar rumah. Sebagai contoh, sesetengah kanak - kanak yang mempelajari ilmu
pertahanan diri tidak berisiko tinggi untuk diculik. Kanak - kanak yang mempelajari ilmu
pertahanan diri dapat melindungi diri sendiri daripada diculik.

     Konklusinya, semua pihak perlu bekerjasama dan memainkan peranan masing - masing
dalam membanteras jenayah sebegini agar kanak - kanak yang dianugerahkan oleh Tuhan
dapat hidup dengan selamat dan terjamin keselamatannya bagi memperjuangkan nusa dan
bangsa kelak.
Langkah Menangani Jenayah Antarabangsa

Isu jenayah merentas sempadan seperti pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah dan
penyeludupan senjata api mengancam keamanan negara.
Bincangkan langkah-langkah yang perlu diilakukan oleh negara-negara serantau bagi
menangani masalah ini.

Pendahuluan :  Perubahan dunia alaf baru telah mula membentuk suatu fenomena tentang
pola migrasi manusia. Peperangan, kemiskinan, dan bencana alam telah mula mengubah
landskap dunia apabila migrasi gelombang kedua semakin mengancam kestabilan politik dan
sosial di beberapa buah wilayah di dunia. Pola tersebut ialah sindiket pemerdagangan manusia
yang ditunjangi oleh rangkaian penjenayah antarabangsa yang turut dikenali sebagai tekong
laut dan tekong darat. Kesan daripada jenayah tersebut menimbulkan krisis kemanusiaan yang
teruk apabila manusia dengan sewenang-wenangnya dijadikan bahan dagangan demi mengaut
keuntungan yang berlipat ganda. Turut menjadi masalah dalam krisis ini ialah jenayah rentas
sempadan seperti pengedaran dadah dan penyeledupan senjata api. Sementara itu, negara
yang menjadi transit dan negara penerima turut mengalami masalah sama ada dalam aspek
politik, demografi, ekonomi, dan sosial. Sebagai salah sebuah negara transit dan juga penerima,
Malaysia tidak wajar berpeluk tubuh dan wajar menjalinkan kerjasama strategik dengan
negara-negara jiran agar jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini dibendung dengan sebaik
mungkin.

Isi 1 : Memperkukuh sistem politik dan keamanan dalam negara masing-masing – kestabilan
dalam negeri boleh menjadi aset untuk menghalang kemasukan warga asing dengan sewenang-
wenangnya
Isi 2 : Membanteras gejala rasuah yang masih berleluasa dalam kalangan negara-negara dunia
ketiga – berusaha mengurangkan indeks rasuah terutama dalam kalangan penguatkuasa seperti
polis, tentera, dan pengawal pintu masuk perairan negara (peribahasa amalan buruk lontar
batu sembunyi tangan)
Isi 3 : Mengadakan kerjasama rondaan dalam kalangan negara berjiran – mencegah kemasukan
warga asing sacara haram – kedudukan Malaysia dengan negara jiran terutama Indonesia yang
kondusif kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin (hidup berjiran, ibarat aur dengan
tebing)
Isi 5 : Komitmen diplomatik yang jujur dalam kalangan pemimpin negara – pertelagahan politik
memberi laluan mudah untuk orang lain mengambil kesempatan (peribahasa jong pecah yu
yang kenyang)

Kesimpulan : Gejala pemerdagangan manusia merupakan sebahagian daripada krisis


kemanusiaan sejak zaman-berzaman. Jenayah tersebut terus berlarutan hingga kini, cuma yang
berbeza hanya modus operandinya sahaja. Oleh itu, penyelesaian secara global dan serantau
hendaklah diteruskan agar landskap politik dunia dan wilayah tidak terancam oleh sikap dan
amalan manusia yang bersikap pepat di luar runcing di dalam.
CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

Berderap seiring berjalan pulang,


Mawar disisip hiasan si dara,
Remaja kini berperibadi cemerlang,
Menjadi tunjang aspirasi negara.

Pantun di atas menerangkan bagaimana seorang pelajar yang cemerlang dapat


memberikan kebaikan kepada negara. Hal ini demikian kerana pelajar cemerlang mampu
merealisasikan aspirasi negara dan seterusnya bakal menerajui tampuk pemerintahan negara.
Sehubungan dengan itu, setiap pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menjadi pelajar yang
cemerlang, bak kata peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Bagi
menjadi pelajar yang cemerlang, pelbagai kriteria yang positif perlu dipraktikkan dalam
kehidupan seharian mereka.

Ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang pelajar cemerlang ialah mempunyai
sahsiah dan peribadi yang unggul. Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang unggul akan
sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika bersama keluarga, guru
mahupun rakan-rakan.Sebagai contoh, pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati dan
menyayangi guru mereka. Mereka juga sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan-rakan
dalam pelajaran. Sifat sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang
pelajar yang cemerlang. Mereka sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih
kasih dalam pergaulan dengan membeza-bezakan bangsa, agama dan prestasi akademik kerana
menyedari bahawa setiap manusia adalah sama di sisi Allah. Sahsiah dan peribadi pelajar yang
cemerlang yang unggul disenangi oleh orang di sekelilingnya kerana mereka tetap bergaul
mesra kerana tidak bersikap seperti kera sumbang. Oleh itu, jelaslah bahawa pelajar cemerlang
mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul.

Seterusnya, pelajar yang cemerlang sentiasa mengikut ajaran agama. Setiap agama di


dunia ini menganjurkan manusia melakukan kebaikan tidak kiralah agama Islam, Kristian, Hindu
mahupun Buddha. Pelajar yang cemerlang sentiasa menjadikan agama sebagai panduan hidup.
Agama menjadi landasan yang paling ampuh dalam membentuk diri pelajar yang cemerlang
seperti kata seorang cendekiawan, permulaan hidup seseorang manusia adalah mengenal
Tuhan dan agamanya. Pelajar yang cemerlang akan sentiasa mempunyai nawaitu yang suci
dalam setiap tindakan yang dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, seorang pelajar Islam yang
cemerlang sentiasa menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah iaitu dengan menunaikan
solat serta sentiasa berdoa untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, jelaslah bahawa agama menjadi
pegangan pelajar yang cemerlang agar mereka tidak terpesong daripada matlamat sebenar
hidup di dunia ini serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
Selain itu, pelajar yang cemerlang sentiasa menyedari hakikat bahawa masa itu
emas dan tidak mensia-siakan setiap saat yang dimilikinya. Mereka sentiasa mengisi masa
terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku,
mengulang kaji pelajaran, dan beriadah. Mereka juga menyediakan jadual aktiviti harian yang
fleksibel agar aktiviti yang mereka lakukan seimbang daripada aspek jasmani dan rohani.
Penyediaan jadual aktiviti harian amat penting bagi memastikan pelajar tidak hanya
menghabiskan masa selama 24 jam di meja belajar sahaja. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa
berusaha menambah ilmu pengetahuan mereka dengan membaca buku sekiranya mempunyai
masa yang terluang. Hal ini demikian kerana, mereka menyedari melalui pembacaan, mereka
akan dapat meluaskan horizon pemikiran mereka dan seterusnya menjadikan diri mereka
seorang pelajar yang cemerlang. Mereka juga sentiasa menyiapkan setiap tugasan yang diberi
dan tidak menangguhkannya. Mereka juga tidak mengamalkan sikap seperti pahat dengan
penukul dalam proses menuntut ilmu. Oleh hal yang demikian, jelaslah kepada kita semua
bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa bijak dalam mengisi setiap saat dan minit dalam
kehidupan mereka agar tidak berakhir dengan penyesalan.

Di samping itu, ciri pelajar yang cemerlang termasuklah sentiasa memberikan


tumpuan ketika guru sedang mengajar. Hal ini demikian kerana, perhatian dan tumpuan yang
diberikan menjadi salah satu medium pembentukan pelajar yang cemerlang di samping
meningkatkan pemahaman mengenai subjek yang dipelajari. Sebagai contoh, seseorang pelajar
haruslah memberi sepenuh perhatian dan fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran
sedang dijalankan. Mereka harus menghargai setiap detik waktu dalam proses tersebut kerana
masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya,maka ia akan memotong kita. Tumpuan
dan perhatian pelajar di dalam kelas sahaja menjadi salah satu ciri pelajar cemerlang malahan
dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam sesuatu subjek yang dipelajari.
Tambahan lagi, sekiranya mereka menerapkan ciri yang berikut dalam diri mereka, mereka akan
disenangi oleh para guru. Para guru akan berasa senang hati ketika mengajar seterusnya
memberi keberkatan kepada pelajar tersebut untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran,
peperiksaan bahkan dalam kerjaya mereka pada masa akan datang. Oleh hal yang demikian,
jelaslah bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa memberikan tumpuan semasa guru sedang
megajar di dalam kelas.

Bukan itu sahaja, pelajar yang cemerlang juga mempunyai wawasan hidup. Hal ini
demikian kerana wawasan hidup diperlukan supaya mereka sentiasa dapat mencapai segala
cita-cita dalam hidup mereka. Sebagai contoh, mereka yang cemerlang sentiasa mempunyai
sasaran dalam peperiksaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Selain itu,
wawasan hidup mampu mengajar mereka erti berdisiplin dan bertanggungjawab dalam hidup
berikutan mereka akan lebih teliti dan kreatif dalam menyusun masa belajar dan melakukan
aktiviti seharian. Wawasan hidup merupakan ciri dominan pada diri pelajar cemerlang kerana
apabila mereka berwawasan, mereka sentiasa berusaha gigih kerana yang bulat tidak datang
bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Pelajar yang mempunyai wawasan juga lebih
mengetahui hala tuju kehidupan serta tidak mudah berputus asa dalam kehidupan mereka.
Walaupun mereka mungkin menemui kegagalan dalam sesuatu perkara, mereka tidak akan
mudah bersedih malahan menjadikan kegagalan tersebut sebagai batu loncatan untuk
berusaha dengan lebih gigih pada masa hadapan. Wawasan hidup juga mampu menjauhkan diri
daripada sifat menangguhkan kerja dalam kalangan pelajar cemerlang. Setiap pekerjaan
haruslah dilakukan hingga selesai, bak kata peribahasa, alang-alang menyeluk perkasam, biar
sampai ke pangkal lengan. Sifat negatif tersebut tidak akan lagi menjadi penghalang kepada diri
mereka dalam menempa kejayaan hidup. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar yang
berwawasan merupakan pelajar yang cemerlang.

Sementara itu, untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, setiap pelajar


hendaklah sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini demikian kerana,
melalui aktiviti kokurikulum di sekolah, bakat dan kebolehan para pelajar akan terserlah dan
dapat terus digilap untuk mencapai kejayaan. Tamsilannya, para pelajar akan sentiasa
melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang diadakan oleh unit beruniform, serta kelab dan
persatuan seperti berkawad dan berkhemah. Dalam konteks ini, para pelajar bukan sahaja
dapat menyihatkan tubuh badan mereka malah turut dapat mencerdaskan otak mereka kerana
otak yang cerdas lahir daripada badan yang cergas. Para pelajar juga haruslah menyertai
sebarang pertandingan bagi mengenal pasti potensi diri sama ada melalui unit beruniform
mahupun akademik. Contohnya, pelajar yang cemerlang akan menyertai pertandingan yang
dapat menguji minda serta pemikiran mereka seperti pertandingan perbahasan, forum dan
catur. Oleh hal yang demikian, setiap pelajar perlu bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum
untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan seimbang.

Kesimpulannya, kriteria-kriteria yang positif perlu ada dalam diri setiap pelajar bagi
melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua skop kehidupan. Pelajar yang cemerlang
mampu berfikir luar daripada kotak pemikiran dan seterusnya mampu merealisasikan aspirasi
negara. Hal ini demikan kerana, pelajar yang cemerlang merupakan pemacu jentera negara dan
akan menerajui tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan. Oleh itu, generasi pelajar
yang cemerlang perlu dipupuk sejak kecil lagi bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh
biarlah dari rebungnya.
ISI / IDEA MENGIKUT TEMA-TEMA KARANGAN
REMAJA
1.     Setiap remaja perlu mempersiapkan diri untuk menjayakan  wawasan pada tahun 2020.  
Jelaskan peranan anda sebagai remaja untuk menjayakan negara tersebut
 
Peranan yang perlu dimainkan oleh remaja
·         belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam bidang pelajaran- pelajaran dapat
melahirkan remaja yang berdaya saing - belajar dalam pelbagai lapangan
·         Belajar pelbagai kemahiran- melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian yang
menawarkan kursus-kursus kemahiran – Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Negara, Institut
Kemahiran Mara dan sebagainya..
·         Bersiap sedia dengan ilmu kepimpinan – menjadi pemimpin yang berwibawa -
memastikan Negara terus berkembang dengan pesat - menghadiri seminar motivasi dan belajar
kepimpinan di sekolah - menjadi ketua dalam kegiatan kurikulum dan kokurikulum.
·         Mempelajari sejarah Negara – menanamkan semangat cinta akan Negara dalam diri –
mengetahui liku-liku perjuangan tokoh-tokoh yang memerdekakan Negara ini menghargai
perjuangan mereka-berusaha agar penjajahan tidak berulang lagi.
·         Mempelajari ilmu agama- menjadi banteng diri - dapat menjauhi gejala yang tidak baik –
terlibat dengan penagihan dadah – bangkai bernyawa – musuh negara-boleh menjejaskan
nama baik negara.
 
2.     Remaja kini  berdepan dengan pelbagai tekanan dalam usaha memenuhi keingingan ibu
bapa dan guru untuk menjadi pelajar yang cemerlang.  Tekanan yang dihadapi telah
menyebabkan ada segelintir remaja mengambil tindakan yang tidak sesuai. 
Jelaskan usaha-usaha yang perlu anda lakukan  untuk menangani tekanan.
·         Melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan riadah
·         Berkongsi masalah dengan ibu bapa / rakan-rakan
·         Melancong bersama keluarga dan rakan-rakan
·         Berjumpa dengan kaunselor / orang berkenaan sekiranya mempunyai masalah
·         Melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan
·         Berfikiran positif
·         Menghadiri majlis-majlis keagamaan
 
3.     Anda telah menyertai Program motivasi yang telah diarjurkan oleh pihak sekolah.  Pelbagai
aktiviti diadakan, jelaskan bagaimana program tersebut telah menimbulkan kesedaran dalam
diri anda untuk terus  berjaya.
 
·         membentuk sahsiah diri supaya lebih berdisiplin
·         motivasi untuk belajar lebih  bersungguh-sungguh
·         pengurusan masa yang sistematik
·         membentuk ketahanan fizikal dan mental
·         mengasah bakat kepemimpinan
·         menambahkan ilmu pengetahuan
 
4.     Nilai murni yang harus diamalkan oleh remaja :
·         Menghormati ibu bapa
·         Keperihatinan terhadap warga tua
·         Tanggungjwb membantu guru
 
5.     Remaja bersahsiah mulia mampu membangunkan sesebuah negara. Oleh sebab itu, ibu
bapa memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah murni anak-anak mereka.
Bincangkan.
·   Memperuntukan masa berkualiti bersama anak-anak
·   Memnekankan kecemerlangan akademik
·   Penghayatan terhadap ilmu agama
·   Menyelami perasaan atau masalah dialami anak-anak
·   Memenuhi keperluan anak-anak
·   Mengenali rakan anak-anak masing-masing
 
6.     Remaja memberikan sumbangan penting untuk mengharumkan nama sekolah.  Sebagai
remaja jelaskan cara-cara yang dapat anda lakukan untuk mengharumkan nama sekolah.
 
·         Mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan
·         Mencipta kemenagan dalam pelbagai pertandingan yang disertai
·         Sentiasa berakhlak mulia dan menjauhkan diri daripada masalah sosial
·         Menjadi pelajar contoh bagi semua pelajar
·         Menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah

7.     Kebanyakan anak hari ini berdepan dengan pelbagi masalah.  Sehubungan dengan itu anda
ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan. 
Tajuk rencana tersebut ialah  “Peranan keluarga dalam mebantu anak-anak mengatasi
masalah”.  Tulis rencana itu selengkapnya
·         Memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi
·         Meluangkan masa dengan anak-anak
·         Keluarga mengawasi perilaku anak-anak
·         Melengkapkan anak-anak dengan ilmu agama
·         Menyediakan kemudahan dan keperluan asas yang sesuai di rumah
·         Sentiasa peka dengan masalah yang anak-anak hadapi
·         Bersikap sedia mendengar dan bertolak ansur
·         Bercakap dan berbincang dalam suasana lemah lembut
 
8.     Kepentingan semangat berpasukan dalam kalangan pelajar.
·         Sesuatu pekerjaan menjadi lebih mudah
·         Menerapkan nilai kerjasama dalam diri pelajar
·         Mengeratkan hubungan antara rakan sebaya        
9.     Ciri-ciri remaja berwawasan
·         melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dari pelbagai aspek
·         menanamkan sifat tidak jemu dalam menimba ilmu pengetahuan
·         berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat bersaing secara sihat antara satu sama lain
·         generasi muda sekarang perlulah mempunyai sifat keterbukaan
·         generasi muda untuk menyiapkan diri dengan kemahiran dan skil-skil yang kontemporari

 
 
PELANCONGAN
 
1.     Semasa cuti persekolahan yang lalu,  anda berpepaluang ,engikuti lawatan sambil belajar
yang dianjurkan oleh pihak sekolah ke suatu tempat menarik.
Jelaskan faedah-faedah yang anda peroleh daripada lawatan sambil belajar tersebut.
 
o    Dapat mengeratkan hubungan dengan rakan
o    Dapat menambahkan pengalaman
o    Dapat mengurangkan stres
o    Dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang baharu
o    Dapat mengukuhkan ilmu yang dipelajari di dalam kelas
 
 
2.     Faedah melawat tempat bersejarah
 
·         Meluaskan pengetahuan dan pengalaman tentng sejarah tempatan
·         Menghargai jasa ddan pengorbana seseorang tokoh pejuang tanah air.
·         Menimbulkan semanagat cita akan Negara.
·         Kesedaran tentang kezalimana penjajah menindas penduduk tempatan.
 
 
3.     Faktor yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menarik
 
·         keadaan pantai yang bersih dan indah – pantai yang memutih dan bersih – udara yang
nyaman – pelbagai aktiviti laut boleh dijalankan – banyak tempat menarik dan bersejarah –
bangunan tinggalan sejarah di Melaka dan Langkawi - pencakar langit yang disegani – KLCC –
Menara Petronas di Bandar Raya Kuala Lumpur.
·         pelbagai kemudahan awam disediakan – kemudahan pengangkutan – rangkaian jalan raya
yang baik – para pelancong mudah bergerak dan selesa – LRT, komuter, monorel.
·         terkenal dengan kepelbagaian budaya masyarakat yang berbilang bangsa dan agama –
pelbagai perayaan disambut – menggamit para pelancong luar datang ke Malaysia kerana
kekayaan budaya di negara ini.
 
4.     Industri pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara.  Anda
ingin menulis rencana tentang peranan yang perlu dimainkan oleh pelbagai pihak untuk
memajukan industri  pelancongan.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
·         kerajaan mengadakan promosi
·         kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap
·         kerajaan – mempopularkan seni warisan
·         masyarakat menyambut pelancong dengan bersopan
·         masyarakat menjaga kebersihan alam sekitar.
·         Masyarakat – menunjukkan sikap ramah dan berbudi bahasa
·         Swasta - agensi pelancongan mengadakan pakej yang menarik.
 
5.     Industri pelancongan  membawa banyak faedah kepada pertumbuhan ekonomi negara. 
Jelaskan kebaikan-kebaikan industri pelancongan kepada negara.
 
·         Meningkatkan pendapatan dan ekonomi negara
·         Membuka peluang pekerjaan / mengatasi masalah pengangguran
·         Membuka peluang perniagaan kepada penduduk tempatan
·         Pengaliran masuk mata wang asing
·         Pemangkin pembangunan negara
·         Menggalakkan pembinaan infrastruktur
·         Memperkenalkan kebudayaan Malaysia ke luar negara
 
6.     Industri pelancongan  merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Anda
ingin
menulis rencana berkaitan peranan pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
·         kerajaan mengadakan promosi
·         kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap
·         masyarakat menyambut pelancong dengan bersopan
·         masyarakat menjaga kebersihan alam sekitar.
·         agensi pelancongan mengadakan pakej yang menarik.
 
7.     Malaysia merupakan sebuah Negara yang berpotensi untuk maju dalam sektor
pelancomgan.  Sehubungan itu,  anda ingin menulis sebuah rencana untuk disiarkan dalam
akhbar tempatan.  Tajuk rencana tersebut ialah “ usaha-usaha untuk memajukan sektor
pelanconga  Negara”
Tulis rencana itu selengkapnya.
·         kerajaan mengadakan promosi
·         kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap
·         kerajaan – mempopularkan seni warisan
·         masyarakat menyambut pelancong dengan bersopan
·         masyarakat menjaga kebersihan alam sekitar.
·         Masyarakat – menunjukkan sikap ramah dan berbudi bahasa
·         Swasta - agensi pelancongan mengadakan pakej yang menarik.

 
PENDIDIKAN
 
1.     Cara-cara menyayangi sekolah
 
·         Tidak Merosakkan Harta benda Sekolah
-menyemai sikap menyayangi harta benda sekolah
-menghargai prasarana yang disediakan
-kempen antivandalisme
 
·         Mematuhi Peraturan-peraturan Sekolah
-memberi fokus semasa pembelajaran dan pengajaran, menyempurnakan kerja sekolah serta
  mematuhi arahan guru
-menjaga imej dan penampilan diri
-tidak ponteng sekolah dan kelas-hadir dan pulang menepati masa
-menghormati guru, rakan-rakan dan warga sekolah
 
·         Menaikkan Nama Sekolah
-mematuhi disiplin sekolah
-mempertingkat pencapaian  dalam akademik/peperiksaan
-bersama menggerakaktifkan aktiviti kokurikulum
-berusaha bersungguh-sungguh untuk menang dalam setiap acara pertandingan yang disertai
 
2.     Kemahiran menguasai pelbagai bahasa sangat penting untuk memudahkan komunikasi
antara satu sama lain.          
Sehubungan dengan itu, jelaskan kepentingan penguasaan bahasa asing dalam kalangan
pelajar.
 
·         Memudahkan penguasaan ilmu
·         Dapat berhubung dengan masyarakat dunia
·         Senang mendapat pekerjaan
·         Seiring dengan tuntutan globalisasi
·         Memudahkan komunikasi
·         Boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan dan tempat
 
 
3.     Konsep Sekolah Penyayang berteraskan budaya kemesraan dan sayang menyayangi dalam
kalangan guru dan murid.
Jelaskan cara-cara anda menghargai jasa guru.
·           Membantu guru
·           Menghadiahkan kejayaan dalam peperiksaan
·           Mendoakan kesejahteraan guru
·           Meraikan hari-hari yang bermakna dalam kehidupan guru
·           Menziarahi guru
·           Mendengar nasihat dan menghormati guru
·           Bercakap dengan suara yang lemah lembut dan sopan
 
4.     Sekolah anda berhasarat untuk melahirkan “Sekolah Cemerlang Bertaraf Dunia”
Selaku ketua pelajar,  anda dikehendaki mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil
oleh pihak  sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan dalam bidang akakdemik, kokuriklum, 
sahsiah dan persekitaran fizikal.
Akademik
-          Menggiatkan kelas tambahan untuk murid peperiksaan awam
-          Mengadakan program khas untuk murid bukan kelas awam
-          Memperbanyak bengkel dan pendedahan teknik menjawab soalan
 
Kokurikulum
-          Mewujudkan pasukan elit dalam beberapa jenis sukan
-          Melibatkan diri dalam pelbagai program daerah
-          Konsisten dalam latihan dan kem untuk ahli sukan sekolah
-          Menyediakan juru latih yang berkebolehan dan mahir dalam aktiviti yang dirancang
 
Persekitaran sekolah
-          Mengadakan pertandingan keceriaan sekolah – ganjaran yang lumayan – denda kepada
kelas yang kotor
-          Gotong royong peringkat sekolah dan kelas
-          Memperuntukkan kos untuk keceriaan kelas
 
Sahsiah
-          Kem kepimpinan dan jati diri
-          Anugerah tokoh murid
 
5.     Melanjutkan pelajaran ke IPT setelah menamatka Sijil Pelajaran Malaysia merupakan
idaman setiap remaja.
Jelaskan cirri-ciri pusat pengajian tinggi yang menjadi idaman anda.
·         Universiti terkemuka / berrtaraf dunia
·         Terletak di luar negara / dalam negara
·         Mempunyai bidang pengajian yang diminati
·         Sistem pengajian / pendidikan yang yang menarik
·         Prasarana terkini
·         Kemudahan pangangkutan dan penginapan
·         Pensyarah yang hebat

 
ALAM SEKITAR
 
1.     Remaja memberikan sumbgan pentng untuk mengharumk nama sekolah.  Sebagai remaja
jelaskan cara-cara yang dapat anda lakukan untuk mengharumkan nama sekolah.
·         Mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan
·         Mencipta kemenagan dalam pelbagai pertandingan yang disertai
·         Sentiasa berakhlak mulia dan menjauhkan diri daripada masalah sosial
·         Menjadi pelajar contoh bagi semua pelajar
·         Menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah
 
2.     Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam usaha menggalakkan anak-anak
mementingkan keindahan alam sekitar.
Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-
anak menjaga keindahan alam sekitar.
·         ibu bapa menggalakkan anak-anak mengitar semula
·         ibu bapa menunjukkan teladan yang baik
·         ibu bapa menetapkan jadual waktu membersihkan rumah
·         ibu bapa mendidik anak-anak agar menyahut kempen kerajaan seperti tidak
menggunakan plastik.
·         Ibu bapa mengajak anak-anak melibatkan diri dalam aktiviti gotong royong
 
3.     Kebersihan sangat penting dalam kehidupan. 
Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar sentiasa
mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian.
·         ibu bapa menggalakkan anak-anak mengitar semula
·         ibu bapa menunjukkan teladan yang baik
·         ibu bapa menetapkan jadual waktu membersihkan rumah
·         ibu bapa mendidik anak-anak agar menyahut kempen kerajaan seperti tidak
menggunakan plastik.
·         Ibu bapa menyediakan tong sampah di rumah
·         Ibu bapa mengajak anak-anak menceriakan persekitaran rumah dengan tumbuhan hijau
 
4.     Isu kebersihan terutamanya di kawasan sekolah perlu diberi perhatian yang serius.
Sebagai pelajar yang prihatin,  kemukakan langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk
memastikan persekitaran sekolah anda sentiasa bersih
·         Menyertai gotong royong di sekolah
·         Menyediakan dan mematuhi jadual bertugas di dalam kelas
·         Mengajak rakan-rakan menyertai kempen kebersihan
·         Mencadangkan kepada pihak sekolah memperbanyak aktiviti kebersihan
·         Mengajurkan pertandingan kebersihan kelas
·         Membuang sampah di dalam tong sampah
·         Menjaga kawasan taman angkat  - persatuan
·         Menasihati rakan-rakan yang cenderung mengotorkan persekitaran sekolah
·         Mengelakkan terlibat dalam salah laku yang mencemarkan alam sekitar di sekolah
 
5.     Langkah mengelakkan kejadian tanah runtuh
 
·         Pembangunan di lereng bukit yang terkawal

Pembinaan taman perumahan di lereng bukit mesti mendapat kelulusan daripada Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT).

·         Sistem perparitan yang terancang

Pembinaan parit / longkang yang sesuai dan sempurna

·         Penguatkuasaan undang-undang

·         Mengenakan hukuman yang maksimum kepada pemaju perumahan yang tidak mengikut
garis panduan  /  pembalakan haram.

·         Pemantauan oleh pihak berwajib – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

·         Pembukaan kawasan pertanian secara terancang

·         Pembinaan benteng konkrit

·         Kempen ‘Cintai Alam Sekitar’.

 
KEKELUARGAAN
 
1.     Kehidupan berkeluarga merupakan keperluan setiap individu.
Berikan pendapat anda tentang keluarga yang diimpikan.
·         Mempunyai bilangan ahli keluarga yang banyak
·         Ahli keluarga yang sihat
·         Ahli keluarga yang berpendidikan agama
·         Ahli keluarga yang cemerlang dalam akademik
·         Ahli keluarga yang sayang- menyayangi/saling memahami/saling menghormati
·         Ahli keluarga yang sentiasa melakukan aktiviti bersama
·         Ahli keluarga yang tidak terlibat dengan gejala sosial
·         Ahli keluarga yang kaya
 
2.     Banyak pendapat mengatakan bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja berkaitan
dengan kerunuahan institusi keluarga.
Jelaskan peranan keluarga bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa
ini.
·         Merapatkan hubungan kekeluargaan – melakukan aktiviti bersma-sama – melancong
·         Memulihkan hubungan kekeluargaan akibat perbalahan – elak penceraian
·         Berkongsi maklumat dan pandangan  tentang sesuatu isu – saling menghormati – saling
menghargai pandangan orang lain
·         Merancang aktiviti yang berfaedah bersama-sama – elak anak terjebak dalam aktiviti
negatif – kurang kes salah laku
·         Menjadi suri teladan – contoh kepada anak-anak – nilai murni – budi bahasa
 
 
3.     Pengukuhan institusi keluarga merupakan tunjang utama dapat  membina keluarga
bahagia
Huraikan peranan ahli keluarga dalam merealisasikan institusi keluarga bahagia.
·         Ibu  bapa sebagai suri teladan
·         Ibu bapa menyediakan kediaman yang selamat
·         Persekitaran tempat tinggal yang bersih dan ceria
·         Ibu bapa menyediakan makanan berkhasiat dan seimbang
·         Cakna/prihatin terhadap tahap kesihatan ahli keluarga
·         Anak-anak yang bersahsiah terpuji
·         peranan keluarga terdekat seperti adik-beradik, nenek, datuk dan saudara-mara
 
4.     Kempen galakan membaca dijalankan saban tahun masih gagal untuk menjadikan budaya
membaca sebagai amalan hidup masarakat di negara ini.
Huraikan tanggungjawab sesebuah keluarga  untuk  memupuk amalan tersebut.
·         Keluarga menjadi contoh
·         Keluarga membaca bersama-sama
·         Keluarga menceritakan bahan yang dibaca
·         Keluarga mengunjungi pameran buku
·         Adik-beradik dewasa menjadi suri teladan kepada adik-adik yang lain
·         Ibu bapa menyediakan bahan bacaan yang sesuai
 
5.     Sikap sesetengah ibu bapa yang memanjakan anak-anak sering membawa pelbagai kesan
terhadap tingkah laku anak-anak pada masa ini.  Berikan pendapat anda tentang pernyataan
tersebut.
 
·         Anak-anak tidak mampu hidup berdikari – keperluan diri diurus oleh ibu bapa – tidak
mahu hidup susah – tidak sanggup menghadapi cabaran – malas berusaha -  mudah menyerah
kalah apabila ditimpa musibah
·         Anak-anak sukar mengendalikan emosi mereka – gagal hadapi tekanan – bertindak
mengikut perasaan – boleh mencederakan diri sendiri dan orang lain – tidak boleh menerima
hakikat apabila ditimpa kegagalan
·         Anak-anak tidak mempunyai jati diri yang kukuh – tidak ada pendirian – gagal menepis
pujukan dan rayuan rakan sebaya atau kekasih – berlaku pergaulan bebas dan penzinaan – anak
luar nikah – pembuangan bayi
·         Anak-anak berani untuk terlibat dalam masalah sosial – ibu bapa terlalu mengikut kata
anak – tidak menerima hakikat bahawa anak mereka nakal – menyalahkan orang lain atas
masalah yang dlakukan oleh anak sendiri - terlalu yakin dengan alasan anak-anak – disogokkan
dengan wang ringgit dann kemewahan material – anak lupa diri – terlibat dalam salah laku
 
6.     Ibu bapa mempunyai jasa yang sungguh besar kepada setiap orang anaknya. Sebagai
balasan, setiap orang anak mesti membuat kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.
Bincangkan usaha-usaha anda untuk menjadi seorang anak yang baik kepada kedua-dua ibu
bapa.
·         Mematuhi kata-kata dan nasihat ibu bapa
·         Sentiasa bermanis muka dengan ibu bapa
·         Meninggalkan / tidak melakukan perkara-perkara yang tidak disukai ibu bapa
·         Menziarahi ibu bapa di kampung
·         Memberikan bantuan yang diperlukan oleh ibu bapa
·         Membawa ibu bapa melancong
7.     Bapa ialah suri teladan kepimpinan dalam sesebuah rumahtangga terutama kepada anak-
anak lelaki.  Pandangan ini selaras dengan salah satu matlamat pendidikan negara,  iaitu
memperkasakan pelajar lelaki.
Huraikan sifat-sifat kepimpinan yang perlu diasuh oleh ibu bapa kepada anak-anak lelaki
mereka sebagai pemimpin keluarga.
·         Mengasuh anak-anak tentang ilmu keagamaan
·         Mendidik anak-anak bijak membuat keputusan
·         Mendidik anak-anak agar bertanggungjawab menjaga keluarga
·         Mengasuh anak-anak agar menghargai masa
·         Mengasuh anak-anak agar menghormati orang lain
·         Bersikap rasional dalam sesuatu tindakan
 
8.     Kejayaan anak-anak berkait rapat demhan keprihatinan ibu bapa.  Ulaskan pernyataan
tersebut.
·         Memberikan kasih sayang secukupnya
·         Menyediakan keperluan asas
·         Memberikan pendidikan dunia dan akhirat
·         Mengawal p[ergaulan anak-anak
·         Meluangkan masa bersama-sama mereka
·         Mendidik mereka agar pandai mengurus masa
·         Membentuk akhlak mereka
 
9.     Keprihatinan dan kasih sayang ibu bapa penting dalam menentukan kejayaan hidup anak-
anak.  Anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan berdasarkan
pernyataan tersebut.
Tulis rencana itu selengkapnya.
·         Memperuntukkan masa untuk bersama-sama keluarga
·         Prihatin dalam mendengar dan membantu anak-anak menyelesaikan masalah
·         Mengambil berat tentang pendidikan anak-anak
·         Mengatasi masalah stres dalam kalangan anak-anak
·         Melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama keluarga
 
10.  Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak berjaya dalam kehidupan.  Bincangkan usaha-
usaha yang wajar anda lakukan untuk memastiikan harapan mereka itu tercapai.
 
·         Berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
·         Mendapat didikan agama yang sempurna
·         Bergaul dengan orang-orang yang berilmu
·         Tidak terlibat dalam gejala sosial
·         Menghormati orang yang lebih tua terutama ibu bapa dan guru
·         Sentiasa menerima teguran dan nasihat
 

SUKAN
 
1.     Kepentingan sukan
·         Mengekalkan kesihatan
·         Memupuk perpaduan kaum
·         Mengurangkan masalah sosial
·         Meningkatkan imej negara
 
2.     Dalam usaha menggalak dan mencungkil potmsi murid dalan bidang sukan, KPM  telah
memperkenalkan Dasar l Murid l Sukan untuk dilaksanakan di semua  sekolah. Sehubungan dgn
itu,  anda igin menulis rencana untuk diterbitkan dalam majalah sekolah bertajuk Faedah-
faedah Pelaksanaan Dasar l  Murid l sukan di Sekolah..
Tulis recana itu selengkapnya
·         keterlibatan semua murid dalam aktiviti sukan
·         mencungkil dan mengasah bakat serta potensi murid
·         melahirkan murid yang cergas dan cerdas
·         memupuk semangat setiakawan, perpaduan dan kesukanan
·         sebagai satu prasyarat kemasukan ke IPT
·         melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
 
3.     Kerajaan mewajibkan program 1Murid 1Sukan di setiap sekolah.
Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan menyertai aktiviti sukan di sekolah.
·         memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
·         menyihatkan badan
·         memupuk nilai-nilai murni
·         menjadi pasukan pelapis kepada atlet negara.
·         memupuk semangat juang yang tinggi.
 
4.     Kebaikan menyertai kegiatan  sukan lasak.  (Mendaki gunung – Berkayak – Berbasikal)
 
·         Dpat mendisiplinkan diri
·         menggalakkan persaingan sihat
·         mengukuhkan nilai kerjasama
·         membina ketahanan minda
·         Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah
·         Melahirkan remaja yang  cergas
·         Mencari kenalan baru
 
5.     Langkah-langkah memajukan sukan di Malaysia
·         Juru latih yang berwibawa
·         Kemudahan sukan yang lengkap / sempurna
·         Pemakanan seimbang / penjagaan kesihatan yang baik
·         Ganjaran yang menarik / berpatutan
 
6.     Minat bersukan dalam kalangan remaja hari ini semakin berkurangan .
Huraikan peranan pelbagai pihak untuk memupuk minat bersukan dalam kalangan remaja
1.     Peranan pihak swasta
·         Sebagai penaja/pemberi biasiswa/dermasiswa
 
2.     Peranan ibu bapa
·         Memberi galakan
·         Melibatkan diri dalam aktiviti sukan bersama anak-anak
·         Membelikan anak-anak peralatan sukan.
 
3.     Peranan kerajaan
·         Dasar 1M1S
·         Menyediakan kemudahan asas sukan.
·         Membina sekolah sukan
·         Menyediakan jurulatih bertauliah di sekolah-sekolah
 
4.     Peranan media massa
·         Publisiti 
·         Iklan
 
5.     Peranan sekolah
·         Mengadakan latihan / pertandingan di peringkat sekolah
·         Memberi pengiktirafan / penghargaan

 
 
MEMBACA
 
1.     Kempen galakan membaca dijalankan saban tahun masih gagal untuk menjadikan budaya
membaca sebagai amalan hidup masarakat di negara ini.
Huraikan tanggungjawab sesebuah keluarga  untuk  memupuk amalan tersebut.
·         Keluarga menjadi contoh
·         Keluarga membaca bersama-sama
·         Keluarga menceritakan bahan yang dibaca
·         Keluarga mengunjungi pameran buku
·         Adik-beradik dewasa menjadi suri teladan kepada adik-adik yang lain
·         Ibu bapa menyediakan bahan bacaan yang sesuai
 
2.     Manfaat Membaca
·         Negara bertambah maju
·         Berjaya dalam akademik
·         Meningkatkan kepakaran
·         Meningkatkan pengetahuan
 
3.     Ibu bapa merupakan pendorong utama dalam membudaya amalan membaca dalam
kalangan anak-anak.
Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi memastikan amalan membaca
menjadi budaya dalam kalangan keluarg mereka.
·         Membelikan  bahan bacaan yang menarik kepada anak-anak
·         Menjadi contoh / suri  teladan kepada anak-anak
·         Meluangkan masa untuk membaca dengan anak-anak
·         Menceritakan sinopsis cerita / bahan bacaan yang dibaca kepada ank-anak
·         Memberikan ganjaran kepada anak-anak yang membaca
·         Membawa anak-anak mengunjungi pameran buku
 

PERPADUAN KAUM

1.     Kepentingan perpaduan kaum


 
·         Mewujudkan masyarakat yang harmoni
·         Memajukan ekonomi negara
·         Menarik kedtangan pelancong
·         Meningkatkan imej negara
  
2.     Semangat kejiranan belakangan ini semakin kurang diamalkan.  Hal ini disebabkan oleh
kesibukan bekerja walaupun jiran tetangga merupakan orang yang penting dalam kehidupan
bermasyarakat.
Huraikan langkah-langkah yang boleh diambilbagi memastikan amalan hidup berjiran terus
terpelihara dalam kalangan masyarakat moden hari ini.
·         Mengadakan rumah terbuka
·         Mengadakan pelbagai aktiviti yang melibatkan masyarakat setempat – gotong royong,
·         Mengadakan hari keluarga / sukan
·         Mengunjungi jiran tetangga yang ditimpa musibah
·         Menggalakkan anak-anak berbaik-baik dengan jiran tetangga
·         Menjadi contoh kepada anak-anak dalam  adab hidup berjiran
 
 
3.     Suatu ketika dahulu semangat kejiranan menjadi sebahagian daripada budaya hidup dalam
kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita,  tetapi kini amalan murni ini semakin
terhakis.
Bincangkan.
Terhakis kerana :
·         Masyarakat yang mementingkan material – sibuk dengan kerja
·         Masyarakat yang bersikap mementingkan diri sendiri – enau dalam belukar – jangan
menjaga tepi kain orang
·         Struktur rumah yang menghalang hubungan kejiranan
·         Perkembangan sistem komunikasi
·         Luputnya amalan gotong royong dalam kehidupan bermasyarakat
·         Taraf hidup masyarakat yang semakin meningkat
 
4.     Malaysia adalah antara destinasi pelancongan yang popular dalam kalngan masyarakat
tempatan dan antarabangsa. Jelaskan faedah-faedah sektor pelancongankepada negara kita
·         Meningkatkan pendapatan dan ekonomi negara
·         Membuka peluang pekerjaan / mengatasi masalah pengangguran
·         Membuka peluang perniagaan kepada penduduk tempatan
·         Pengaliran masuk mata wang asing
·         Pemangkin pembangunan negara
·         Menggalakkan pembinaan infrastruktur
·         Memperkenalkan kebudayaan Malaysia ke luar negara
 
 
BANGUNAN BERSEJARAH
 
1.     Peninggalan sejarah dan warisan  budaya merupakasan asset yang perlu dipertahankan
dengan baik agar dapat dijadikan sumber rujukan dana tatapan generasi akan datang.
Sarankan langkah-langkah memulihara peninggalan sejarah negara.
i)    Kerajaan
·         Mengadakan kempen
·         Membuat promosi / pameran  tinggalan sejaran
·         Mengenakan denda kepada pihak-pihak yang merosakkan kesan tinggalan sejarah
·         Mengadakan muzium khas
·         Mengadakan aktiviti membersih dan memelihara tinggalan sejarah – seperti bangunan,
kenderaan lama, artifak dan sebagainya
 
ii) Masyarakat
·         Mendidik anak-anak mencintai sejarah negara
·         Melaporkan kepada pihak berkenaan sekiranya menemui bahan  tinggalan sejarah
iii) Media massa
·         Mendedahkan kepentingan bahan tinggalan sejarah kepada negara - dokumentari 
JENAYAH
 
1.     Kejadian jenayah seperti ragut, culik dan pembunuhan di negara kita semakin
membimbangkan banyak pihak.
Tulis sebuah rencana yang bertajuk :Tanggungjawab masyarakat untuk membanteras jenayah’.
·         Melaporkan kejadian jenayah kepada pihak berkuasa
·         Menubuhkan rukun tetangga
·         Mematuhi nasihat yang dikeluarkan oleh media massa/ kerajaan
·         Memberikan pendidikan agama kepada keluarga
·         Memantau aktiviti ahli keluarga
·         Membina hubungan yang baik dalam komuniti
·         Membantu mangsa jenayah
·         Mempelajari seni mempertahankan diri
·         Mengelakkan diri daripada terlibat dengan pinjaman wang daripada syarikat yang tidak
berlesen
 
2.     Kes penderaan ke atas kanak-kanak sering dilaporkan dan meruntun hati setiap ahli
masyarakat yang waras. Untuk itu, sebuah wawancara telah dilakukan bagi melihat usaha-
usaha yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk menangani isu ini.
Tuliskan wawancara itu selengkapnya.
·         Masyarakat prihatin tentang penderaan dalam kalangan tetangga
·         Melaporkan kepada pihak berkenaan dengan segera
·         Mendidik anak-anak dengan kasih sayang
·         Memberikan pendidikan agama kepada anggota masyarakat
·         Menyokong kempen yang dilancarkan oleh kerajaan
·         Menghidupkan kembali budaya dan semangat kejiranan

  
KEPENGGUNAAN
  
1.     Anda merupakan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan
Koperasi (KPDNKK) diminta menyampaikan sebuah ceramah kepada belia-belia di tempat anda.
Tajuk ceramah tersebut ialah “Usaha-usaha Kerajaan dalam Melahirkan Masyarakat Berjimat
Cermat”.
Sediakan teks ceramah tersebut selengkapnya.
·   Kempen secara berkala, besar-besaran
·   Pelaksanaan saham-saham amanah
·   Penerapan dalam mata pelajaran di sekolah
·   Kedai rakyat 1 Malaysia dan kewujudan koperasi di merata tempat
·   Bekerjasama dengan pelbagai agensi separa kerajaan dan swasta dalam menggalakkan aktiviti
menabung seperti  kelab TAHA, Kelab NURI, Kelab Penabung Bijak dan kempen menyimpan wang
saku lebihan
Mewujudkan pertandingan esei, melukis poster dan sebagainya.
2.     Kepentingan  amalan berjimat cermat
·         Membantu ketika susah
·         Simpanan masa depan
·         Melahirkan pengguna yang bijak
·         Menabung untuk masa depan
 
3.     Usaha yang perlu dilakukan untuk memajukan industri kraf tangan di Malaysia
·         Meningkatkan kemahiran
·         Bantuan dan galakan
·         Memasarkan produk
 
4.     Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat pada hri ini semakin popular
kerana banyak memberikan kemudahan kepada penggunanya.
Huraikan kesan-kesan penggunaan telefon bimbit.
·         Mudah digunakan semasa kecemasan
·         Maklumat dapat diperoleh dengan mudah dan segera
·         Memudahkan perkongsian maklumat dengan rakan-rakan
·         Melebarkan  kenalan dan merapatkan  hubungan silaturahim
·         Mempunyai pelbagai fungsi yang menyenangkan pengguna
 
5.     Usaha-usaha menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia
·         Mengadakan kempen berterusan
·         Meningkatkan kualiti barangan
·         Memperluas perniagaan / ekspo
·         Mengadakan jualan murah        
 
6.     Kerajaan menggalakkan  rakyat Malaysia menggunakan barangan buatan tempatan. 
Huraikan kebaikan-kebaikan mengunankan barangan buatan tempatan
·         Mengelakkan pengaliran wang ke luar negara
·         Harga murah / berpatutan
·         Barangan berkualiti / setanding atau lebih baik daripada barangan import

·         Meningkatkan pendapatan peniaga

·         Ekonomi negara meningkat

·         Mewujudkan peluang pekerjaan

7.     Kemiskinan merupakan racun yang mengancam sesebuah negara.

Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam membasmi kemiskinan
dalam kalangan rakyat.
·         Memberikan bantuan modal – untuk mulakan perniagaan
·         Menganjurkan pelbagai kursus – perniagaan, pertanian, kraf tangan
·         Memperkenalkan teknik-teknik terkini dalam pertanian dan penternakan
·         Memberikan bantuan perumahan – kos rendah – perumahan 1 Malaysia
 
8.     Kebiasaan mengambil makanan segera menjadi trend dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Sehubungan dengan itu,  anda ingin menulis  satu rencanayang akan disiarkan dalam
akhabr tempatan yang bertajuk “Kesan-kesan buruk Pengambilan Makanan segera secara
berlebihan”.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
·         Masalah obesiti
·         Masalah penyakit kronik
·         Ketagihan pada makanan segera
·         Tidak mengamalkan pengambilan makanan seimbang
·         Perbelanjaan keluarga meningkat
·         Makanan tradisional dipinggirkan

  
SEMANGAT PATRIOTIK
 
1.     Anda berhasrat untuk menyertai satu pertandingan ceramah yang bertajuk ‘Penerapan
Semangat Patriotik Dalam Kalangan Generasi Muda Kini’.  Sediakan teks ceramah anda
selengkapnya.
·         Kata-kata aluan dan tajuk ceramah
·         Maksud patriotik
·         Cara penerapan – cerita, aktiviti, filem, kempen
·         Kesan – naikkan semangat majukan negara, nilai cinta negara, semangat berpasukan dan
perpaduan
·         harapan
 
2.     Semangat patriotisme perlu ada dalam diri generasi muda pada hari ini kerana mereka
bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.
Huraikan langkah-langkah yang wajar dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotisme
dalam diri anda.
·         Mempelajari mata  pelajaran sejarah dengan penuh minat
·         Menonton filem tentang sejarah negara
·         Membaca buku sejarah negara
·         Mengenali tokoh-tokoh kemerdekaan negara
·         Mengunjungi tempat-tempat bersejarah di pelbagai negeri
·         Menyertai sambutan kemerdekaan negara

Anda mungkin juga menyukai